Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 7 Jun 2013

DEFINISI MELAYU DAN ASAS KEBUDAYAAN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

PENGENALAN
            Perkembangan penempatan awal manusia di Alam Melayu sebelum Masihi menunjukan adanya masyarakat awal yang menghuni wilayah ini.  Perkara ini menyebabkan pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana mengenai “Melayu”.   Konsep melayu mengikut perlembagaan Malaysia adalah berbeza dengan melayu pada pembentukan temadun melayu sebelum penjajahan oleh emperialisme dari barat pada abad ke 16 masihi.  Kewujudan tamadun Melayu menunjukan bagaimana terbentuknya empayar Melayu itu sendiri di Nusantara suatu ketika dahulu.  Hal ini boleh dilihat melalui bukti-bukti kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara seperti Funan, Kutai, Tarumanegara, Singahari, Srivijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan lain[1].   Melalui kewujudan kerajaan-kerajaan awal menunjukan terbentuknya empayar melayu satu ketika dahulu.  Kerajaan melayu yang wujud tampa pengaruh dari luar dikenali sebagai “local genius”.   Budaya masyarakat tempatan tampa berlakunya adaptasi dari pengaruh luar dikenali sebagai local genius.[2]  Namun perkembangan kebudayaan melayu yang mudah mengadaptasi sesuatu budaya menyebabkan budaya melayu semangkin pelbagai.   Sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu, pengaruh Hindu dan Budha telah bertapak sekian lama dan telah di Asimilasikan dengan kebudayaan tempatan.   Budaya mengikut kamus Dewan merujuk kepada keseluruahan cara hidup  yang merangkumi cara bertindak, berkelakukan dan berfikir) serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan ataupun kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban,  kemajuan.[3]
           
ASAL USUL KATA AKAR “MELAYU”
            Asal usul perkataan melayu wujud dalam beberapa patah perkataan yang pertama adalah dari perkataan Himalaya, Melayur-pura, Pamalayu, dan Mlayu.  Perkataan Himalaya mambawa maksud tempat yang sejuk dan bersalji iaitu “ Hima” bermaksud sajuk ataupun salji dan “Alaya” pula bemaksud tempat/ lokasi.  Manakala perkataan “ Melayur-pura membawa maksud gunung dan perkataan ini ditemui di sebuah Prasasti di Sumatera.   “Pamalayu” adalah nama sempena peristiwa serangan yang dilakukan oleh kerajaan Kartanegara keatas Hulu Jambi.  Peristiwa serangan tersebut menyebabkan dibina sebuah prasasti sebagai tugu peringatan serangan tersebut yang dikenali sebagai “ekspidis Melayu”.
MELAYU DARI SUDUT PARAS RUPA DAN FIZIKAL.
            Orang yang dimaksudkan sebagai orang melayu dari paras rupa dan fizikal adalah golongan yang memiliki warna kulit bersawo matang.  Mempunyai susuk badan yang sederhana besar, ketinggian yang sederhana dan rambut ikal mayang.   Orang melayu juga dikenali identitinya sebagai bangsa yang lemah lembut dalam setiap tingkah laku dan masyarakat melayu adalah masyarakat yang kaya dengan budi bahasa dan berpekerti mulai.
MELAYU DARI SUDUT KETURUNAN DAN GEOGRAFI
            Masyarakat melayu asalnya dari rumpun melayu yang bertutur dalam bahasa melayu dan dialik melayu.   Suku melayu adalah masyarakat yang mendiami kepulauan Asia Tenggara yang meliputi kawasan semenanjung Tanah Melayu sehingga di Selatan Thailand, selatan Filipina, kepulauan Indonesia.[4]   Sebahagian pendapat para sarjana kawasan penempatan orang melayu adalah sangat luas meliputi kawasan kepulauan Madagascar di Afrika dan Easter Island iaitu sebuah pulau yang terletak di bahagian tenggara lautan pasifik.   Segelintir pendapat pula mengatakan kawasan geografi masyarakat melayu meliputi kawasan kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat dan Utara Taiwan serta New Zealand di bahagian selatan. [5]
TAKRIF MELAYU BERDASARKAN PERLEMBANGAAN MALAYSIA
            Setelam pembentukan Negara yang merdeka, Malaysia telah mengklasifikasikan takrif melayu dalam perlembangaan sebagai undang-undang tertinggi Negara dalam artikal perkara 160(2).  Mengikut artikal 160(2) perlembagaan persekutuan takrif melayu didifinisikan sebagai seorang yang menganuti agama islam, bercakap  dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat-adat dan budaya melayu.[6]
ASAL USUL BANGSA MELAYU.
            Pelbagai pendapat dan teori yang dikemukakan oleh para pengkaji mengenai asal-usul bangsa Melayu.  Terdapat dua teori yang berbeza mengenai perkembangan dan  permulaan bangsa melayu.  Teori pertama adalah pendapat dan kajian dari orang luar ( barat) dan kedua adalah teori yang dikemukakan oleh penduduk tempatan ( orang melayu sendiri).
Teori pertama yang dikemukakan oleh para sarjana barat iaitu Sarasint, Heine Geldern dan Peter Bellwood, percaya bahawa bangsa Melayu sebenernya berasal dari Tanah Besar China yang terletak di Wilayah Yunan.[7]   Mereka berpendapat bahawa bahasa pertuturan yang hampir sama antara penduduk Yunan dengan penduduk yang mendiami kawasan kepulauan melayu dari segi kosa kata, fonologi,  morfologi, dan sintaksis.   Selain itu, mereka turut mengkaji mengenai persamaan kebudayaan antara masyarakat Yunan dengan masyarakat melayu dari sudut adat resam.  Persamaan adat resam  seperti kepercayaan terhadap animism, kegiatan ekonomi melalui pertanian dan penangkapan ikan.   Para sarjana barat turut melihat persamaan latar belakang keluarga masyarakat Yunan dan melayu Nusantara dari sudut sistem sosial iaitu melalui gambaran persamaan tatacara berkeluarga dan perkahwinan.   Material turut dijadikan pembandingan oleh para sarjana barat dalam melihat persamaan termasuklah dari seudut binaan tembikar, senjata, tempat tinggal dan lain-lain.[8]
Pendapat ini turut disokong oleh para sarjana lain berdasarkan kewujudan gelombang penghijrahan secara besar-besaran penduduk tanah besar ke kepuluaan di Asia Tenggara.  Teori penghijraan ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap pertama pada 3000-1500 sebelum masihi dan kedua adalah 1500-300 SM.    Pada peringkat pertama penghijrahan penduduk dari Yunan berlaku pada tahun 3000-1500 SM telah membentuk Melayu Proto.[9]  Para sarjana percaya penghijrahan berskala besar dengan membentuk empat laluan utama iaitu Burma, Siam, Veitnam dan Taiwan.  Mana kala peringkat kedua yang berlaku pada tahun 1500-300 SM membentuk Melayu Deutro.[10]  Kumpulan ini lambat datang ke kepulauan Melayu dan setelah kedatangan mereka telah mendesar dan mengasak kumpulan pertama( Melayu Proto) ke kawasan pedalaman dan pada hari ini dikenali sebagai pribumi masyarakat Asli.  Kumpulan kedua ini telah membentuk tamadun-tamadun Melayu maritim.
Pendapat kedua dikemukakan oleh sarjana tempatan iaitu Prof. Wan Hashim Wan The yang  berpendapat bahawa masyarakat Melayu berasal dari Alam Melayu sendiri tampat melibatkan penghijrahan.  Pendedahan hasil temuan arkeologi mengukuhkan lagi hujah beliau mengenai asal masyarakat Melayu.  Hasil temuan arkeologi menunjukan Alam Melayu sudah dihuni oleh masyarakat primatif yang berusia 35000 SM.  Perkara ini menunjukan persanggahan dengan tarik teori pertama iaitu penghijrahan pada tahun 5000-2000 SM.  Temuan arkeologi seperti Lenggong, Tingkayu, Gua Niah, Gua Cha dan lain-lain menunjukan wujudnya masyarakat asli di Alam Melayu dan melihat perkembangan zaman pra-sejarah.[11]  Pengikut penelitian Prof Wan Hashim tiada persamaan ras antara masyarakat Yunnan dengan masyarakat Alam Melayu.
ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM.
POLITIK DAN PENTADBIRAN
            Sebelum kedatangan islam di Alam Melayu, politik dan pentadbiran kerajaan-kerajaan di Alam Melayu banyak dipengaruhi oleh Hindu-Budha yang lebih awal bertapak di Alam Melayu.   Walaupun pengaruh India terdapat dalam politk dan pentadbiran dalam kerajaan Melayu, tapi tidak boleh dinafikan mengenai kewujudan sistem politik dan pentadbiran yang bercorakkan dari pengaruh tempatan sendiri sebagai contoh dalam kerajaan Kutai di Kalimantan Timur melalui jumpaan prasasti Yupa yang mengisahkan keturunan Mulawarman. Ashvararan adalah anak Kudungga yang memegang jawatan sebagai penghulu adat yang terkemuka dan jelas beliau belum menganut dan mengamalkan pengaruh Hindu sehinggalah kepada warisnya Mulawarman yang mula mengamalkan ajaran Hindu melalui upacara korban.[12]
            Setelah pengaruh India diadaptasikan dalam sistem polotik dan pentadbiran di Alam Melayu.   Pengaruh dari India menyebabkan pemerintah mempunyai kedudukan yang semangkin kukuh dan istimewa berbanding rakyat biasa.  Gelaran permerintah iaitu Raja menduduki kedudukan teratas sebagai wakil dewa memerintah.  Sebahagian kerajaan  di Alam Melayu bukan sahaja mengelar diri mereka sebagai wakil dewa tetapi juga sebagai jelmaan dewa sebagai contoh kerajaan Airlangga yang telah melakukan upacara penitisan Dewa sehinggakan raja Airlangga digelar sebagai Dewaraja ataupun jelmaan dewa.[13]   Pengaruh Hindu-Budha juga dapat dilihat dari sudut falsafah Kosmologi Hindu-Budha di Alam Melayu sebagai contoh konsepsi Gunung Mahameru sebagai gunung kosmik yang terletak ditengah-tengah Jambu-dvipa sebagai pusat kosmos.[14]  Perkara ini menyebabkan lahir symbol makro-kosmos(supra-human) dan mikro-kosmos(human) dalam pemerintahan Raja bagi kerajaan-kerajaan awal.
            Selain itu, sistem pemerintahan secara warisan juga merupakan pengaruh dari India dalam kerajaan Melayu.  Seorang Raja akan mewariskan tahta kerajaan kepada anak  lelaki dari permaisuri yang dikenali sebagai anak Gahara.  Sehubungan dengan itu, pengaruh dari India lebeh jelas dalam kewujudan golongan  elit dan golongan bangsawan sebagai contoh golongan Brhamin yang berfungsi sebagai penasihat Raja dalam pentabdiran.   Golongan elit seperti para golongan bangsawan seperti sistem pembesar empat lipat.
KEPERCAYAAN
               Sebelum kedatangan pengaruh Hindu dan Budha ke Alam Melayu sudah wujud agama dan kepercayaan di Alam Melayu.  Masyarakat Melayu sudah mempunyai amalan dan kepercayaan sendiri sebelum mengamalkan beberapa kepercayaan dari luar terutamanya dari India.   Animism adalah kepercayaan yang sudah wujud sekian lama dan sehingga kini ia masih diamalkan oleh masyarakat di Alam Melayu itu sendiri.   anismesm adalah kepercayaan kepada unsur-unsur alam seperti pokok, angin, bukit, roh dan unsur-unsur ghaib.[15]  
            Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, pengaruh Hindu dan Budha lebih berpengaruh dalam masyarakat Melayu.   Hindu lebih berpengaruh berbanding daripada Budha di Alam Melayu.  Kepercayaan Hindu yang mempercayai Dewa-dewa yang mengtadbir alam dan tiga dewa utama dalam kepercayaan Hindu iaitu Dewa Brahma( pencipta), Dewa Vishnu( pelindung) dan Dewa Siva( pembinasa).  Kewujudan Candi-candi di beberapa kerajaan awal seperti Candi Borobudor( Srivijaya), Candi Angkor Wat( Funan), Candi Lembah Bujang( Kedah Tua) dan lain-lain mengambarkan pengamalan sepenuhnya kepercayaan Hindu dan Budha di Alam Melayu.[16]
            Agama dan kepercayaan turut mengubah corak Istana apabila ia dijadikan sebagai psat untuk keagamaan melalui upaca dan ritual yang dilakukan oleh golongan Brahmin.[17]  Dalam upacara keagamaan ia akan mengaitkan keistemewaan Raja-raja Melayu dengan tokoh-tokoh legenda Hindu bagi mengukuhkan lagi kedudukan Raja dalam masyarakat.  Namun setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu semua unsur amalan kepercayaan yang bertentangan dengan syariat Islam telah ditinggalkan secara beransur-ansur.



SISTEM MASYARAKAT
               Walaupun pengaruh Hindu-Budha diterima dalam masyarakat Melayu, tetapi tidak semuanya diamalkan dalam sistem masyarakat Melayu itu sendiri.   Sistem feudal yang diamalkan di India dan di Alam Melayu adalah sangat berbeza.   Sistem feudal yang diamalkan di India adalah sangat jelas iaitu hidup masyarakat adalah berdasarkan Kasta iaitu jika seseorang menjadi hamba maka seluruh keturunannya akan menjadi hamba dan kedudukan wanita adalah rendah.  Berbanding dengan sistem feudal yang diamalkan di Alam Melayu yang hanya wujud dua golongan feudalil iaitu golongan yang memerintah dan golongan diperintah.  Golongan pemerintah diketuai oleh Raja sendiri yang dibantu oleh anak Raja, golongan elit dan bangsawan.  Manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
            Dalam sistem Hindu-Budha kasta masyarakat terdiri daripada empat golongan utama iaitu Brahmin, Satria, Vaisya dan Sundra dan wanita tidak mempunyai keistemewaan lansung.    Namun dalam kerajaan Alam Melayu wanita juga boleh menjadi pemerintah tertinggi sebagai contoh ratu kartagama dari Mahapahit.  Dan setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu maka sistem lebih kepada berkonsepkan islam iaitu pemerintah dianggap sebagai “zullullah Fil-Alam” yang bermaksud bayangan Allah dimuka bumi.
PERUNDANGAN
            Perkembangan sistem perundangan yang wujud dalam Alam Melayu adalah banyak diadaptasi dari India.   Undang-undang Hindu yang diterima oleh orang Melayu adalah berdasarkan sumber “Dharmasastra”.[18]  Hukuman yang dikenakan adalah berbeza mengikut klas sosial masyarakat iaitu golongan atasan dan golongan bawahan akan mempunyai hukuman yang berbeza gambar rajah berikut menunjukan hukuman berdasarkan kedudukan kasta, namun dalam kerajaan Melayu hukuman adalah atas budi bicara Raja sepenuhnya :
Pesalah
Mangsa kesalahan
denda
Brahmin
Brahmin
Brahmin
Ksyatriya
Ksyatria
Vaisya
Vaisya
Vaisya
Sundra
Sundra
sundra
Ksyatria
Vaisya
Sundra
Brahmin
Vaisya
Brahmin
Ksyatria
Sundra
Brahmin
Ksyatria
vaisya
1000
500
250
2000
1000
5000
2000
1000
Dibunuh
5000
2000

Sumber : Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm 183
            Melalui perkembangan pengaruh Hindu-Budha maka undang-undang yang dibuat adalah untuk mengukuhkan taat setia rakyat kepada Raja.  Melalui taat setia ini maka wujudnya konsep Durhaka iaitu sesiapa yang melangar perintah Raja akan menerima tulah dalam bentuk bencana alam, sakit dan lain-lain.  Selain itu, golongan alhi agama iaitu Brahmin mempunyai beberapa keistemewaan kerana golongan tersebut menjadi penasihat Raja dalam pentadbiran dan mengubal undang-undang berdasarkan agama Hindu-Budha.  Dalam kes-kes tertentu golongan Brahmin mempunyai keistemewaan seperti tidak boleh dihukum.  Namun setelah kedatangan Islam undang-undang yang dibuat adalah berdasarkan syariat Islam sebagai contoh undang-undang kanun Melaka, undang-undang kanun Pahang dan lain-lain.


BAHASA DAN SISTEM TULISAN.
Sehubungan dengan itu, perkembangan pengaruh dari India keatas  pembentukan Tamadun Melayu dapat dilihat dari sudut Bahasa dan sistem tulisan.  Sebelum kedatangan Hindu-Budha, sudah wujud bahasa melayu kunu jawa dan kesan pengaruh daripada dari India memperkayakan lagi bahasa dari sudut perbandaharaan kata sebagai contoh istilah guru, dosa, syurga, neraka, siksa, nirwana, dewa, dewi dan banyak lagi.[19]   Manakala dalam sistem tulisan, pengaruh dari India dapat dilihat daripada kewujudan tulisan Pallawa dan tulisan Kawi.  Tulisan ini yang berasal dari India selatan terbukti disesuaikan dalam kehidupan masyarakat melayu sebagai contoh catatan pada prasasti-prasasti di kerajaan-kerajaan Hindu-Budha di Alam Melayu.[20]  Namun setelah kedatangan Islam bahawa arab mula banyak digunakan dalam bahasa dan sistem tulisan sebagai contoh kewujudan tulisan jawi dalam prasasti batu bersurat Terangganu.
KESENIAN DAN KESUSASTERAAN
            Walapun kesenian sudah lama wujud dalam masyarakat melayu sebelum kedatangan pengaruh dari Hindu-Budha seperti seni dalam pelbagai bentuk perhiasan sebagai contoh tinggalan arkeologi yang terdiri daripada pelbagai hasil tembikar yang bercorak dan alatan perhiasan dan lukisan dan ukiran pada dinding Gua.[21]  Perkara ini menunjukan kewujudan kesenian di Alam Melayu sebelum kemasukan unsur dari luar.   Setelah kedatangan pengaruh dari India,  corak kesenian dalam masyarakat Melayu lebih menonjol dan ketara sebagai contoh candi Borobudor, candi Lembah Bujang, Angkor Watt.[22]  Kewujudan Candi di Alam Melayu adalah tidak sama dengan Candi yang terdapat di India. Perkara ini menunjukan bagaimana adaptasi yang berlaku antara pengaruh dari luar dengan budaya tenpatan.   Corak dan ukiran pada Candi yang mengisahkan tentang babak kehidupan Budha dan juga pembinaan patung dewa-dewa dan Raja memperlihatkan perkembangan seni di Alam Melayu hasil dari pengaruh dari India.[23]  Kewujudan wayang kulit juga adalah buka perkara baru yang dibawa dari India, tetapi ia sudah wujud dalam budaya dan kesenian masyarakat tempatan.  Namun setelah kemasukan penaruh dari Hindu-Budha maka carita wayang kulit banyak ditokok tambah berdasarkan  karya Ramayana dan Mahabhrata.[24]
PEREKONOMIAN.
            Dalam sistem ekonomi di Alam Melayu tidaklah jelas bagaimana perubahan akibat daripada pengaruh daripada Hindu-Budha.  Oleh itu, pada peringkat awal ekonomi di Alam Melayu tidak menunjukan dengan jelas bentuk perubahan-perubahan tersebut.   kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah kesinambungan daripada generasi sebelumnya iaitu kegiatan pertanian, nelayan, memunggut hasil hutan dan lain-lain secara sara diri.[25] Setelah pengaruh India masuk kegiatan ekonomi tidaklah mengalami perubahan seperti dalam bidang yang lain.   Namun di kawasan-kawasan tertentu seperti di Jawa, Bali kegiatan masyarakatnya banyak tertumpu kepada keseniaan ukiran dan pahatan sebagai pekerjaan dan kegiatan perdagangan patung Dewa-dewa Hindu dan Budha.[26]  Pengaruh dari India dalam bidang ekonomi jelas pada fungsi kuil-kuil yang bukan sahaja berfungsi untuk keagamaan tetapi juga untuk ekonomi sebagai contoh di Khmer, kuil-kuil telah kaya kerana pemberinan para pembesar dan penaungnya.

KESIMPULAN
            Kesimpulannya, jelas menunjukan definisi siapakah yang digelar sebagai “Melayu” adalah jelas dikenalpasti identiti dan fizikalnya.   Namun definisi Melayu pada masa kini adalah sangat bertentangan dengan definisi Melayu pada masa sekarang.   Keadaan ini juga disebabkan perubahan yang berlaku setelah kemasukan dan penjajahan oleh emperialism barat ke Alam Melayu.    Walaupun begitu, kebudayaan Melayu masih dikekalkan iaitu sentiasa mengadaptasi dengan pengaruh-pengaruh dari luar.  Perkara ini menunjukan bagaimana pembentukan kebudayaan Melayu yang berlaku melalui pertembungan-pertembungan budaya tempatan ataupun local genius dengan budaya-budaya yang dibawa masuk ke Alam Melayu yang dimulai dengan pengaruh Hindu-Budha.  Setelah itu, kebudayaan Melayu dicorakkan dengan unsur-unsur Islam sehinggalah kemasukan barat.  Keadaan ini menyebabkan kebudayaan Melayu semangkin kaya dan berkembang.








BIBLIOGRAFI
1.     Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : sebelum dan sesudah pengaruh Islam. Utusan Publications & Disributors SDN BHD. 2000.
2.     Aziz Dereman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia 1975.
3.     Muhammad Yusoff Hashim. Persejarahan Melayu Nusantara. Teks Publising, Kuala Lumpur 1988.
4.     Mohd Aris Haji Othman. Identiti Etnik Melayu. Penerbit Fajar Bakti SDN BHD, Petaling Jaya 1985
5.     Mohd. Dalhan Mansoer. Penghantar Sejarah Nusantara awal. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia kuala Lumpur, 1979
6.     Mohd Supian Sabtu. Arkeologi dan Kesenian di Lembah Bujang : Data pahatan batuan pada struktur percandian. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006



[1] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : sebelum dan sesudah pengaruh Islam. Utusan Publications & Disributors SDN BHD. 2000. Hlm 61.
[2] Ibid. hlm 57.
[3] Aziz Dereman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia 1975. Hlm 7.
[4] Muhammad Yusoff Hashim. Persejarahan Melayu Nusantara. Teks Publising, Kuala Lumpur 1988. Hlm 11.
[5]Ibid. Hlm 1.
[6]Mohd Aris Haji Othman. Identiti Etnik Melayu. Penerbit Fajar Bakti SDN BHD, Petaling Jaya 1985. Hlm 70.
[7] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm 18.
[8] Mengikut penelitian hasil daripada jumpaan arkeologi seperti tembikar dan alatan senjata termasuk kapak genggam yang  hampir sama dari segi kesenian dan ukiran dalam pembuatan diantara tanah besar China dengan kepulauan-kepulauan Nusantara.  Walau bagaimanapun corak dan kesenian hasil arkeologi diantara tanah besar dan wilayah-wilayah kepulauan adalah berbeza dari segi penghasil dan seni sebagai contoh kapak genggam.
[9] Adul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm 18.
[10] Ibid. hlm 19.
[11] Perkembangan zaman prasejarah di Alam melayu yang dibuktikan melalui tinggalan arkeologi menyebabkan pendapat dari barat boleh dipersoalkan. Hal ini kerana terdapat beberapa zaman prasejarah yang membentuk perkembangan masyarakat di Alam melayu antaranya adalah zaman batu awal yang terdiri daripada zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik dan kedua adalah zaman Logam.  Perkembangan ini menunjukan wilayah Nusantara sudah mempunyai penduduk lebih awal dari teori yang dikemukakan. Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Awal Asia Tenggara . Hlm 11
[12] Mohd. Dalhan Mansoer. Penghantar Sejarah Nusantara awal. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia kuala Lumpur, 1979. Hlm 58-59.
[13] Ibid. hlm 130.
[14] Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara . Hlm 178.
[15] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia.  Hlm 100.
[16] Mohd Supian Sabtu. Arkeologi dan Kesenian di Lembah Bujang : Data pahatan batuan pada struktur percandian. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006. Hlm 1.
[17] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Hlm 57
[18] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Hlm 50.
[19] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Hlm 54.
[20] Ibid.
[21] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm 18.
[22] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. 54
[23] Ibid.
[24] Ibid.
[25] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm 187.
[26] Ibid. 186.

2 ulasan: