Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 18 Oktober 2012

SEJARAH


FAKTOR-FAKTOR PENGUKUHAN KERAJAAN JOHOR PADA ABAD KE 17 MASIHI.
PENGENALAN
Kerajaan Johor terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi pintu laluan untuk masuk ke selat Melaka.  Sebelum Johor di bawa empayar  kesultanan Melaka pada abad ke 15 masihi Johor pernah menjadi jajahan takluk dua  kerajaan besar di Nusantara iaitu kerajaan Srivijaya di Palembang dan Majapahit di Jawa.    Namun Pada tahun 1509 masihi pertugis yang telah bertapak di Goa, telah menghantar satu rombongan ke Melaka.  Rombongan tersebut yang di ketuai oleh Diego Lopez d` Sequeira  cuba untuk mencari inesiatif bagi mendapatkan Melaka.[1] Walaupun mereka mengunakan alasan dengan cara hanya untuk berdagang tetapi hakikatnya mereka mencari jalan untuk mendapatkan Melaka kerana tertarik dengan kelebihan yang terdapat di Melaka.  Perkara  ini diketahui oleh sultan Melaka yakni Sultan Ahmad Shah ketika itu lalu mengarahkan agar di tangkap saudagar-saudagar portugis tersebut, namun Diego Lopez dapat meloloskan diri dan kembali semula ke Goa.
     Setelah itu pertugis telah mula mengatur rentak bagi menyerang Melaka.Semasa serangan pertugis yang dipimpin oleh Alfonso d`Albuquerque  Pada  tahun 1511 masihi menyebabkan kekalahan Melaka  walaupun beberapa siri pertempuran beraku namun pertugis yang mengetauhi kelemahan melaka  menyebabkan  kota Melaka ditawanpada 25 Ogos 1511 masihi.[2]  Hal ini mengakibatkan sultan Mahmud serta puteranya Sultan Ahmad shah dan para pembasarnya telah berundur ke pagoh kemudian ke muar dan Pahang. Setelah itu, mereka berundur lagi ke Bentan yang terletak di kepulauan Riau dan membina kota di situ, serta menyusun kembali kekuatan tenteranya bagi mendapatkan semula Melaka dari pertugis.[3]Sultan Mahmud telah melancarkan beberapa seri serangan ke atas Melaka bagi mendapatkan semula Kota Melaka dari pertugis. Namun begitu, semua serangan yang dilakukan itu telah mengalami kegagalan, sehinggalah pertugis menyerang Bentan dan mengalahkan pertahanan Sultan Mahmud.   Sultan Mahmud kemudiannya terpaksa berundur ke Kampar di sumatera dan meninggal dunia disana dan di gelaran Sultan Marhum Kampar. Waris baginda Raja Ali[4] telah diangkat menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat shah II, baliau telah mengawini puteri bendahara Pahang iaitu Puteri Kasuma Dewi semasa berada di Pahang.[5]  Sultan Alauddin Riayat Shah telah kembali semula ke Johor bersama pengikutnya. Seterusnya, Sultan Alauddin Riayat Shahtelahmembina Kota yang terletak di Tanjung Batu. Kota tersebut telah ditambak dengan batu dan akhirnya dikenali sebagai Kota Johor Lama.[6]
    Pada abad ke 16 masihi johor sentiasa sibuk mempertahankan kedaulatanya kerana menjadi sasaran dua kuasa kuat ketika itu, yakni pertugis yang telah menawan kota Melaka dan kerajaan Aceh yang baru muncul di sumatera,setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 masihi.  Hal ini menyebabkan kerajaan Johor sentiasa terancam oleh dua kuasa ini, walaupun begitu Johor tetap berusaha dalam mempertahankan negerinya.Namun  keadaan ini telah  berubah pada penghujung abad ke 16 masihi, apabila muncul satu lagi kuasa eropah di Batawi iaitu Belanda.  Belanda yang telah membebaskan diri dari kekuasaan raja pillips sepanyol mula mengiatkan diri dalam bidang perdagangan di asia khususnya selat Melaka.  kemunculan Belanda di Bitawi membawa perubahan basar kepada kerajaan Johor dan akhirnya hubungan antara Johor dan Belanda termetrai serta bermulanya kebangkitan Johor seiring dengan kemunculan Belanda di selat Melaka pada abad ke 17 masihi.

FAKTOR-FAKTOR PENGUKUHAN KERAJAAN JOHOR PADA ABAD KE 17 MASIHI.
KEKALAHAN PERTUGIS DI MELAKA.                                     
      Semasa pemerintahan sultan Johor yang ke tujuh iaitu Sultan Abdul Jalil shah(, baliau telah memberi tawaran kepada Belanda untuk menyerang Kota Melaka apabila serangan pertamanya mengalami kegagalan.[7]Setelah  itu Belanda bersetuju meneriman tawaran disamping bagi mengatasi dan mengimbangi kuasa pertugis yang mempunyai kota pertahanan yang kukuh. Kepungan telah dilakukan oleh oleh Belanda dan sekutunya Johor pada 2 Ogos 1640 dan akhirnya kota Melaka di tawan pada 14 Jenuari 1641 masihi.[8]Kejayaan belanda dan johor memusnahkan empayar Portugis di Melaka memberi peluang kepada johor mengukuhkan kedudukanya di selat Melaka pada abad ke 17 masihi.Setelah Portugis dapat dikalahkan maka Johor telah bebas dari ancaman dan serangan dari Melaka.   Sebelum  Portugis di kalahkan oleh Belanda atas bantuan kerajaan Johor, kerajaan Johor sentiasa diserang oleh Portugis kerana menganggap Johor adalah saingan dalam kegiatan perdagangan di selat Melaka, selain itu pertugis sering menyerang johor kerana takut johor akan muncul sebagai satu lagi kuasa ketenteraan di selat Melaka yang akan mengugat kedudukanya di Melaka.[9]kekalahan pertugis menyebabkan  Johor  dapat menyusun semula sistem politik dan ekonominya pada abad ke 17masihi.
 Politik dan ekonomi Johor semangkin berkembang apabila Portugis di kota Melaka telah ditewaskan  dan diambil ahli oleh Belanda. Politik kerajaan Johor semangkin kukuh  dan stabil apabila tiada lagi serangan yang dilakukan oleh Portugis seperti mana sebelum abad ke 17, Portugis sering kali menyerang kerajaan johor yang mengakibatkan politik kerajaan johor sentiasa kucar-kacir  kerana kota pemerintahan kerajaan johor sering dimusnahkan dan berpindah ke kawasan lain ini mengakibatkan johor tidak berkembang.  Kekalahan pertugis  dapat mengembangkan lagi ekonomi Johor pada abad ke 17  dimana ekonomi johor telah berkembang di selat Melaka kerana johor telah menjadi tumpuan pedagang disamping tiada lagi ancaman dari pertugis di  Melaka,  keadaan ini menyebabkan pengukuhan kerajaan Johor. 
Ekonomi johor juga berkembang apabila kelebihan yang diberikan oleh belanda di Melaka.setelahmembantu belanda untuk mengalahkan pertugis.Belanda memberi kelebihan kepada johor kerana mengenang budi kerajaan johor dalam membentu menewaskan pertugis.Seperti mana surat yang ditulis oleh gabenor jeneral Antonio van dieman pada 23 disember 1643 masihi yang menyatakan behawa Belanda harus mengenang budi Johor yang banyak membantu dan menakluk kota Melaka kerana tampa bantuan dari johor meraka tidak akan menawan kota Melaka yang mempunyai kota pertahanan yang kukuh yang diutus kepada Heeran XVII di belanda ketika itu.[10]Kelebihan tersebut tidak diberikan kepada pedagang yang datang bedagang ke Melaka, hal ini menyebabkan johor dapat mengukuhkan kedudukanya pada abad ke 17.
    Kekalahan pertugis di Melaka juga, menyebabkan johor dapat meluaskan lagi empayarnya ke selat Melaka,  sebelum kekalahan portugis pada tahun 1624 masihi  telah ditandatangani satu perjanjian diantara johor dan belanda sebelum menawan kota Melaka yang menyatakan bahawa sekiranya Portugis dapat dikalahkan Melaka akan menjadi milik belanda menakalah johor dapat meluaskan empayar disekitar Melaka iaitu tanah melayu disamping itu harta rampasan perang akan dibahagi dua dan Mariam pertugis akan diserahkan kepada johor.[11]Jelas menunjukan kekalahan pertugis di Melaka menyebabkan pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi. Walupun Melaka tidak menjadi milik johor namun ia dapat menguntungkan kerajaan johor untuk menjaga kepentinganya di selat Melaka.  kekalahan pertugis nyata membawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masishi.
KELEMAHAN KERAJAAN ACEH
Kemunculan kerajaan Aceh seiring dengan kejatuhan kerajaan Melaka ketangan Pertugis pada tahun 1511masihi,  menyebabkan Aceh muncul sebagai kuasa baru diselat melaka.  Kerajaan Aceh yang diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat Syah,telah  berkembang begitu cepat dalam perdagangan di selat Melaka kerana menjadi tumpuan perdagangan dari asia barat yang tidak lagi singgah kepelabuhan Melaka kerana Melaka telah jatuh ketangan orang kristian.[12]Hal ini menyebabkan Aceh telah muncul sebagai pusat perdagangan baru kerana menjadi pusat persinggahan orang islam yang tidak singgah lagi ke Malaka.[13]Sehinggalah zaman kegemilangan kerajaan aceh pada tahun 1607-1636 yang di perintah oleh sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Kelemahan kerajaan Aceh bermula pada penghujung abad ke 16 masihi  setelah kemangkatan sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada 22 disember 1636 masihi.  Pentadbiran kerajaan diterajui oleh menantu baginda iaitu Raja Mughal yang merupakan Putera Sultan Ahmad yang berasal dari Pahang dengan gelaran sultan Iskandar Thani.[14]Namun  Kelemahan kerajaan aceh telah bermula semasa pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam lagi. Semasa serang balas oleh pertugis pada tahun 1629 masihi dalam perang tiga segi menyebabkan kekalahan teruk keatas Aceh, dalam perang tersebut seramai 19 000 tentera aceh telah terkorban dan menenggelamkan kesemua kapal perang aceh.[15]
 Kerajaan Johor telah mengabil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukanya kerana kerajaan Aceh pada masa itu tidak lagi mengunakan kuasa ketenteraan untuk meluaskan empayarnya, perkara ini sebabkan oleh  sultan Iskandar  Thani merupakan seorang yang berpengetauhan agama dan warak. Dimana baliau tidak mengalakan aceh untuk berperang sehinggakan aceh tidak tegas dalam bidang ketenteraan.[16]Peluang Johor untuk mengukuhkan kedudukanya pada abad ke 17 masihi semangkin cerah apabila kerajaan Aceh diperintah oleh para Ratu, yakni balu isteri sultan aceh. Kemangkatan Sultan Iskandar Thani menyebabkan tampuk pemerintahan kerajaan dipegang oleh isteri baliau,  iaitu Puteri Safiatuddin, dengan gelaran Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah.[17]
Keadaan ini menyebabkan berlaku konplik dalam politik kerajaan aceh kerana ramai para Ulama di Aceh tidak bersetuju wanita sebagai ketua kerajaan Hal ini disebabkan oleh bertentangan dengan syarat islam. Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh johor untuk mengukuhkan kedudukanya kerana aceh telah lemah dan tidak lagi menjadi ancaman kepada kerajaan johor disamping itu johor juga dapat mengulangi zaman kegemilanganya semasa di Melaka, hal ini kerana musuh musuh tradisi(perang tiga segi) johor telah mula menunjukan kelemahan  setelah sekurun lebih mengancam Johor.[18]
      Disamping itu juga kesibukan Orang–orang kaya Aceh  dengan kegiatan dalam istana menyebakan kelemahan kerajaan Aceh terhadap dasar luarny.  Peranan  orang kaya aceh diistana mula tidak cekap kerana sibuk berusaha untuk mengekalkan kekuasaan mereka keatas mahkota aceh,  daripada untuk meluaskan lagi sempadan kekuasaan aceh.Perkara ini memberi peluang kepada johor untuk meluaskan empayar ekonomi dan politiknya.Dimana johor tidak lagi mempunyai halangan-halangan dari kerajaan Aceh. Tampa halangan dari Aceh menyebabkan  kerajaan johor muladapat berfungsi dengan lebih cekap seperti zaman sebelumnya dan mula mengembangkan kegiatan perdagangan antarabangsa di pelabuhannya.[19]Perkara ini jelas menunjukan  setelah kelemahan aceh pada pengabad ke 17 masihi menyebabkan pengukuhan kerajaan johor.



HUBUNGAN DENGAN BELANDA
Belanda yang mula bertapak di bitawi[20] di sumatera pada penghujung abad ke 16 masihi telah mula bersaing dalam kegiatan perdagangan diselat Melaka.Belanda telah menjalin hubungan dengan kerajaan johor melalui perdagangan dan ketenteraan dimana wakil seorang pegawai belanda yang bernama Laksamana Jacob van Heemskerck telah datang ke johor yang berkerajaan di batu sawar.[21]Hubungan dengan belanda banyak membawa kepada pengukuhan dan kestabilan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.  Melalui hubungan dengan belanda,  johor dapat lagi mengembangkan ekonominya tampa gangguan dari pertugis di Melaka sebelum di tewaskan  dan mengurangkan ancaman aceh pada tahun 1641 masihi.
  Selain itu, perhubungan dengen belanda dapat menjamin keselamatan johor dari ancaman pertugis, hal ini di buktikan sewaktu angkatan perang pertugis mengepung batu sawar pusat pentadbiran kerajaan johor, sultan johor ketika itu ialah Sultan Alauddin(1528-1564) telah memintah bantuan ketenteraan dari Belanda. Akibatnya portugis berundur dari meneruskan serangan keatas johor setelah mereka ketahui Johor telah membuat hubungan  dengan belanda.[22]
Melalui hubungan dengan belanda, sultan Alauddin juga dapat menyekat kemaraan dan ancaman kerajaan aceh di sekitar kawasan naugan kerajaan johor, dikukuhkan lagi dengan membenarkan belanda membina kota dan kubu di johor terutamanya di batu sawar.[23]Perkara ini menyebabkan serangan dari luar yang mengancam kerajaan johor dapat dikurangkan kerana belanda mula menempatkan tenteranya di perairan Johor.perkara ini menyebabkan johor tidak mudah di cerobohi oleh mana kuasa terutamanya portugis di Melaka dan Aceh di sumatera.
 Hubungan dengan belanda mengukuhkan lagikedudukan  kerajaan johor setelah kota Melaka di tawan oleh belanda, melalui perhubungan dengan belanda johor dapat mengembangkan ekonominya di selat Melaka tampa gangguan mana-mana kuasa. Kerajaan belanda yang mengenang budi baik johor dalam membantu untuk menewasan portugis di beri kelebihan dalam kegiatan perdagangan, dimana johor diberi kelebihan berdagang di pelabuhan Melaka berbanding pedagang dari luar.Melalui  perjanjian pada tahun 1642 masihi diantara johor dengan belanda  ada menyatakan mengenai kebebasan cukai terhadap barangan keluaran johor yang dibawah masuk ke zon bebas cukai di Melaka, hal ini menyebabkan pengeluaran hasil bumi bertambah akibat dorongan bebas cukai tersebut serta mengalakan lagi penduduk tempatan untuk meningkatkan hasil keluaran.[24]Perkara ini mendorong kepada perkembangan ekonomi kerajaan johor di samping johor dapat mengembangkan ekonominya sendiri, ini jelas menunjukan melalui hubungan dengan belanda johor dapat mengukuhkan kedudukanya pada abad ke17 masihi.
PERANAN ORANG LAUT.
Suhubungan dengan itu, faktor yang membawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi adalah disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh orang laut. Walaupun orang laut menduduki heirarki yang keempat dalam masyarakat, namun mereka memberi sumbangan begitu besar begi  kerajaan johor.  orang laut yang mendiami  kepulauan dan persisir pantai di johor terdiri dari pelbagai suku antaranya suku bentan dari pulau bentan, suku mapper dari pulau lingga, suku bulang dari pulau bulang, dan suku galang dari pulau galang dan separuh suku orang laut tinggal di pulau singapura termasuklah suku bulo,bakaka, kilang, timiang, mnau, dan boya.[25] Kemahiran yang tinggi diatas permukaan  laut menjadi kelebihan kepada orang laut yang tidak dimiliki oleh orang lain ketika ini, menjadikan mereka orang penting dalam pelbagai kegiatan termasuklah ketenteraan.
   Selain daripada itu, orang laut juga mempunyai kemahiran dan kelebihan tersendiri mengikut suku  antaranya bagi suku bentan, meper dan galang merupakan pahlawan yang handal, meraka  menjadi penting dalam angkatan perang kerajaan johor dalam mempertahankan negeri dari serangan dan ancaman dari pihak luar.[26]Kemahiran tinggi dalam mengedalikan kapal menjadikan angkatan perang johor yang kuat.Manakala suku matang pula memilikai kapakaran dalam membuat senjata serta menjadi tukang besi dan suku ladi pula mempunyai kemahiran dalam pertukangan kayu.[27]Kelebihn yang dimiliki oleh orang laut menjadi nadi kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.
Dalam kegiatan ekonomi orang laut memainkan peranan penting untuk meningkatkan kegiatan perdagangan di pelabuhan Johor.orang laut yang memainkan peranan mengalakan pedagang singgah kepelabuhan johor dimana keselamatan pedagang akan dijaga oleh orang laut jika singgah ke pelabuhan johor serta orang laut sentiasa berusaha agar pedagang tidak mengadakan urusan perdagangan dengan saingan kerajaan Johir.[28]  Disamping itu orang laut juga memainkan peranan mengawal laluan perdagangan di sekitar perairan johor,melalui kawalan ini orang laut dapat mengawasi semua pergerakan kapal.[29]
   Di sampang itu kegiatan yang dijalankan oleh orang laut terutamanya mengumpul hasil-hasil laut  seperti mengutip trepeng, memugut tumbuhan laut (agar-agar) dan kulit penyu yang penting untuk perdagangan dengan cina.[30]Selain itu mereka juga menari hasil-hasil hutan untuk dijadikan tikar kajang.  Kebolehan mereka ini menyebabkan  kegiatan ekonomi johor berkembang.
   Sehubungan dengan itu kesetian orang laut juga terhadap keturunan raja dari Srivijaya menjadi sebeb kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi, perkara ini dibuktikan setelah kemangkatan sultan Mahmud mangkat dijulang pada tahun 1699 M menyebabkan orang laut mengutuk pembunuhan tersebut dan tidak menumpahkan taat setia kepada sultan dari keturunan bandahara.  Sehinggalah kemunculan  Raja Kecil[31] yang mengaku sebagai anak kepada Sultan Mahmud mangkat dijulang.
KEDUDUKAN STRATEGIK
    Kemunculan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi adalah disebabkan oleh faktor kedudukan geografinya sendiri, jika kemunculan kerajaan Melaka pada abad ke 15 masihi adalah dsebabkan oleh kedudukan Melaka yang terletak ditengah-tengah laluan di selat Melaka,  johor juga muncul kerana kedudukanya yang terletak dipintu untuk masuk ke selat Melaka.  kedudukan johor yang terletak di pintu untuk memasuki selat Melaka menyebabkan kedudukan johor strategik dalam pelbagai bidang terutamanya perdagangan.   Pedagang dari timur mesti melalui perairan Johor sebelum memasuki selat melaka.Disamping itu keadaan semulajadi johor yang dikelilingi oleh pulau sesuai untuk di jadikan pelabuhan persinggahan untuk perdagangan.
Pembinaan pelabuhan yang baik kerana terlindung oleh tiupan angina monsoon timur dan barat daya juga antara faktor kemunculan johor pada abad ke 7 masihi.Tiupan angina monson yang bertiup mengikut musim menyebabkan para pedagang mencari tempat pelabuhan yang sesuai agar tidak menghadapi bahaya.Mereka mencari pelabuhan untuk persinggahan dan menanti pertukaran arah angin untuk meneruskan pelayaran semula.Oleh kerana kedudukan sungai johor yang terlindung dari ancaman bahaya pukulan angin monson di samping banyak pulau-pulau di sekitar kerajaan johor menyebabkan para pedagang tertumpu ke johor.hal ini banyak membantu perkembangan kerajaan johor. Akibat menjadi tumpuan pedagang menyebabkan ekonomi kerajaan johor berkembang seterusnya mengukuhkan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.
Perairan kerajaan johor yang mempunyai kedalaman terutamanya di persisir sungai johor menyebabkan johor menjadi tumpuan pedagang, kerana perairanyang cetak dan dalam menyebabkan kapal-kapal besar tidak mengalami masalah untuk berlabuh di pelabuhan.Hal ini menyebabkan johor menjadi tumpuan saudagar dari cina yang memiliki kapal dagang yang besar.




PERANAN PEMERINTAH
 SULTAN
Raja atau sultan memainkan peranan dalam intitusi kerajaan melayu kerana sultan adalah jantung kepada sesebuah kerajaan.  Dalam konteks kerajaan melayu, kerajaan tidak akan wujud jika tiada pemerintah yakni raja.  Walaupun kerajaan telah dihancurkan dan dimusnahkan namun jika raja berkenaan masih hidup selagi itulah kerajaan tersebut masih wujud. Dalam konteks negeri johor, walaupun seringkali pusat pemerintahan dimusnahkan dan dibakar oleh pertugis dan aceh namun hanya sekelip mata sahaja sultan  mendirikan kerajaan semula ditempat lain.   Buktinya semasa pemerintahan sultan Ali Jalla Abdul Jalil[32]
Sultan Abdul Jalil Syah III( 1623-1677)
            Sultan Alauddin Riayat Syah III yang memerintah Johor pada tahun 1623 sehingga tahun 1677 masihi telah memainkan peranan penting dalam pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.[33]  Beliau yang bijaksana  telah menandatangani perjanjian dengan Belanda untuk menyerang Portugis di Melaka. Akhirnya pada julai 1640, baginda telah menhantar angkatan perang sebanyak 40 perahu dengan 1 500 askar melayu yang dipimpin oleh anak laksamana yakni Sri Bija Diraja.  Setelah kekalahan portugis, beliau telah mewujudkn kekuasaan Johor yang luas diluas dan jelas dibawah empayar Johor seperti sungai Kampar, penagi, klang, siak, unggaran, bengkalis, pulau-pulau karimunan, bulang, lingga dan pulau-pulau di sekitar singapra.  Selain Raja-raja dari kepulauan sekitar johor telah bernaung dibawah pemerintahan sultan Abdul Jalil Syah.Perkara ini menunjukan baliau memainkan peranan penting dalam pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.[34]

LAKSAMANA
Laksamana mamainkan peranan penting dalam mengukuhkankedudukan negeri johor pada abad ke 17 masihi. Laksamana yang bertindak sebagai ketua angkatan perang dalam mempertahankan negeri johor dari serangan musuh dan menjaga perairan johor dari lanun banyak membantu dalam mengukuhkan kedudukan johor pada abad ke 17 masihi  dan akibat sumbangan baliau diberi gelaran paduka raja yang diberikan oleh sultan yang mempunyai taraf dengan bandahara.[35]  Jasa paduka raja dalam membangunkan kerajaan johor begitu banyak sehingga rakyat menyanjung baliau diantara sumbangan baliau adalah mengebalikan maruah Johor apabila tewas kepada Jambi, namun akhirnya paduka Raja telah menewaskan Jambi. Selain itu paduka Raja yang berperan dalam segala kegiatan dalam negeri termasuk hubungan dengan luar.Ini termasuk dalam berurusan dengan belanda mengenai kepentingan kedua belah pihak.
MAJLIS ORANG KAYA
   Sehubungan dengan itu majlis orang kaya turut memainkan peranan dalam politik kerajaan johor  dimana majlis orang kaya yang terdiri daripada  bandahara, paduka raja, tuk pikrama, laksamanan, temenggung, sri bija diraja, sri mahawangsa, paduka sri maharaja, dan maharaja indera mara danda.[36]Orang kaya berperanan penting diistana dalam pelbagai bian termasuk menjdi penasihat kepada raja.Orang kaya turut memainkan peranan dalam pentadbiran kerajaan johor terutamanya dalam bidang hubungan dengan kerajaan luar, dibuktikan dengan kedatangan pegawai belanda ke johor yang mendapat sambutan  orang kaya johor  yang terpenting di balai.[37]Ini menunjukan orang kaya johor memainkan peranan penting dalam membantu sultan mentadbir kerajaan disamping itu orang kaya juga memainkan peranan sebagai pengiring sultan bila memgunjungi sebuah negeri.

DAULAT
Faktor yang membawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi adalah faktor daulat.Daulat kesultan johor adalah warisan dari kesultanan sultan Melaka dimana raja yang berdaulat yang berasal dari bukit siguntang.kesultanan melayu adalah warisan keturunan yang berwibawa dan berkuasa, ia dikaitkan dengan Raja Zulkarnain sampailah ke Raja Sulan.[38]Seterusnya raja sulan mempunyai tiga orang putera dan telah datang ke bukit Si Guntang Mahameru.  Setelah itu dua dari puteranya telah mengawini penduduk tempatan yang mendiami tempat tersebut iaitu Wan Empuk dan Wan Malani, namun seorang dari putera raja sulan yakni Nila Utama dengan gelaran Sang Sapurba sulit untuk mendapatkan isteri kerana setiap wanita yang baliau kawini akan kedal, sehinggalah isterinya yang keempat puluh.[39]
Puteri yang baliau kawini adalah peteri seorang pemerintah kerajaan Palembang iaitu Demang Lebar Daun. Sebelum baliau memperisterikan wan sendari satu perjanjian telah dimenterai oleh sang sapurba dengan demang lebar daun. Perjanjian tersebut menyebutkan bahawa demang daun yang mewakili rakyat tidak sesekali akan menderhaka kepada sang sapurba sehinggalah sampai keanak cucu mereka, sekiranya mereka derhaka maka bala akan datang menimpa dan sebaliknya pula yakni sang sapurba yang mewakili pemerintah, baginda dan zuriatnya tidak akan melakukan aniaya kepada demang lebar daun(rakyat) .[40]maka disini bermulanya konsep daulat, dimana rakyat tidak sesekali melangar perintah raja.
    Melalui konsep daulat raja-raja melayu dapat mengukuhkan kedudukanya, ia bermula dengan kerajaan melayu dipalembang sehingga ke Melaka dan seterusnya ke johor.  penduduk tempatan khususnya orang laut tetap menumpahkan taat setia kepada raja dari keturunan bukit si guntang mahameru. Perkara ini dibuktikan selepas abad ke 17 masihi semasa sultan johor dari keturunan Melaka mangkat, kerajaan johor diperintah oleh golonan bandahara kesan daripada itu orang laut mula tidak setia kepada raja kerana menganggap sultan seterusnya tidak memiliki daulat.  Boleh dikatakan orang laut hanya setia kepada raja yang berdaulat yang berketurunan dari bukit siguntang.Perkara ini juga dapat dibuktikan apabila kemunculan kecil yang mengaku sebagai waris dari sultan Mahmud, maka orang laut telah menumpahkan taat setia kepada raja kecil dan masa itu raja kecil dapat menewaskan kerajaan johor yang diperintah oleh golongan bandahara atas bantuan orang laut yang begitu bersungguh-sungguh untuk pemerintah yang berdaulat.
Melalui konsep daulat juga kerajaan johor dapat mengukuhkan keduduknya.  Semasa pertugis mengalahkan sultan Mahmud Shah dan anaknya sultan Ahmad Ahah, kerajaan aru ketika itu cuba membelot kuasa kerajaan Pasai.   Pemerintah pasai ketika itu meminta perlindungan dari pertugis setelah tidak diterima maka ia kembali kepada sultan Mahmud di bentan,  Baliau telah dikawinkan dengan puteri sultan Mahmud dan dihantar semula ke Aru diiringi oleh angkatan perang sultan Mahmud.[41]Ini jelas menunjukan bahawa Daulat[42] kesultanan johor dapat mengukuhkan mengukuhkan kedudukanya melalui kesetian rakyat.
TAAT SETIA NEGERI JIRAN
Taat setia negeri jiran banyak membantu kerajaan johor untuk mengukuhkan kedudukanya pada abad ke 17 masihi.Negeri jiran yang dulunya negeri naugan kerajaan Melaka tetap setia kepada pemerintah dari keturunan Melaka walaupun pusat pentadbiran bukan lagi berpusat di Melaka.negeri-negeri yang dulu bernaung dibawah empayar Melaka dan telah membuat persetian pertuanan dengan kerajaan Melaka terus menumpahkan taat setia kepada kerajaan baru Melaka-johor.Negeri tersebut termasuklah, siak, inderageri, dan negeri rokan tetap menumpahkan taat setia kepada kerajaan johor.[43]taat setia negeri jiran ini banyak membantu kerajaan johor dalam pelbagai bidang termasuk ketenteraan, negeri ini menghantar tentera bagi membantu menyerang musuh johor disamping membekalkan barangan untuk keperluan perdagangan  dipelabuhan  Johor.




PELABUHAN ENTERPOT
Selain dari itu, pengukuhan kerajaan johor pad abad ke 17 masihi adalah disebabkan oleh Johor sebagai pelabuhan Enterpot.Johor muncul sebagai satu pelabuhan enterpot telah menjadi daya tarikan kepada pedagang dari timur dan barat.Walaupun johor tidak mengeluarkan barangan namun pelabuhannya tetap sibuk menjalankan pernigaan meraka kerana tertarik dengan kemudahan-kemudahan di pelabuhan johor.[44]  kemudahan yang terdapat di johor juga di andaikan sama seperti mana apa yang terdapat di Melaka pada satu ketika dahulu, seperti menyediakan gudang menyimpan barang, tempat membaiki kapal, pegawai tempatan bagi mengendalikan urusan pedagang, dan timbang berat menjadi daya penarik kepada pedagang.[45]
Kemampuan johor mengeluarkan barangan seperti kain yang terbaru yang memiliki corak dan harga barang tersebut yang jauh lebih murah berbanding di Melaka menyebabkan perminaan kain riau lebih banyak berbanding kain yang ada di melaka.sahubungan dengan itu juga, keluaran barangan tempatan yang menjadi motif utama pedagang datang ke asia termasuklah emas, kayu gaharu, kelembek, sarang burung, gading, kapur barus, rempa ratus, dan lada hitam.[46]dikeluarkan oleh kawasan jajahan dan naugan johor dan dikumpulkan dipelabuhan johor menjadikan pelabuhan johor sebagai pusat pengumpulan barang.
Disamping itu, peranan yang dijalankan oleh golongan pemerintah kerajaan johor turut menjadikan johor sebagai pusat persinggahan perdagangan.Hal ini banyak dilakukan oleh laksamana tun abdul jamil, dimana baliau telah mendapat hati para pedagang yang melalui perairan johor untuk singgah ke pelabuhan johor.[47]hal ini menunjukan kemunculan johor sebagai pelabuhan enterpot menyebabkan kewangan kerajaan johor bertambah kukuh. Seterusnya menbawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.

SISTEM NAUNGAN
 Walaupun johor adalah kesinambngan dari kerajaan Melaka, namun ia berdiri berdasarkan dasarnya sendiri walaupun ada persamaan dari aspek lain. Sistem naugan yang di jalankan di johor berbeza di Melaka satu ketika dahulu yang menjalankan sistem kiwi. Sistem naugan adalah satu sistem dimana pedagang yang berdagang di johor mesti mendapat naungan dari orang-orang kaya johor tidak  kira sama ada bandahara, raja indera bungsu, temenggung, laksamana ataupun kadi.[48]  Melalui sistem naugan ini, pedagang akan mendapat pelindungan dari bahaya seperti penagih hutang ataupun jenayah.Orang kaya johor akan mendapat sebahagian hasil dari pedagang sebagai pendapatan dan ganjaran keran memberi perlindungan kepada pedagang. 
Pada abad ke 17 masahi, laksamana paduka raja tun abdul jamil lebih adalah orang kayajohor yang bernaung kapada baginda seperti mana permerhatian duta-duta belanda pada tahu 1687 masahi yang mana laksamana mempunyai ramai naugan pedagang.[49]  Melalui sistem naugan juga, pedagang akan mendapatkan pas kebenaran daripada belanda seterusnya dapat berlayar tampa sekatan dan gangguan ke pelabuhan lain seperti aceh, perak, dan kedah. Orang-orang kaya yang di beri penghormatan oleh belanda tidak akan menganggu pedagang yang mereka naungi melalui paying cop mohor, hal ini menyebabkan peningkatan pendapatan kepada pemerintah johor.[50]
Perkara ini banyak membantu mengukuhkan ekonomi kerajaan johor, walaupun pada dasarnya belanda memperkenalkan sistem ini bagi mengurangkan monopoli galongan tempatan.Peningkatan pembandaharaan johor ini akhirnya dapat mengukuhkan kedudukan johor pada abad ke 17 masihi.

DASAR SUAI FAEDAH KERAJAAN JOHOR
Kerajaan johor mempunyai dasar yang unik dalam mengstabilkan negerinya dari dibinasakan oleh pertugis dan aceh dalam perang tiga segi.Pada abad ke 16 masihi yang banyak membinasakan kerajaan johor yang telah menjadi mengsa peperangan tersebut.Namun pemerintah johor mengunakan Sistem suai faedah ini di gunakan bagi mengekalkan kedaulatanya.Dasar ini banyak membantu johor dari menjadi mangsa kepada dua kuasa pertugis dan aceh.
      Semasa pemerintahan putera sultan Alauddin yakni sultan Abdullah(sultan hammat shah) telah diangkat menjadi raja oleh sultan iskandar mahkota alam. Baliau telah mengadakan hubungan dengan pertugis di Melaka setelah tawaran kepada belanda ditolak kerana tidak mahu melibatkan diri.[51]  Setelah itu sultan hammat shah telah membuat perjanjian dengan pertugis dan ahkirnya Berjaya menghalau tentera aceh di johor.[52]  keadaan ini menyebabkan johor dapat mempertahankan kerajaanya dari serangan aceh, di samping dapat membangunkan kerajaanya yang  lemah kepada kukuh pada tahun 1618,  namun aceh tetap mengancam johor ini di buktikan apabila sultan  iskandar muda menyerang ibu kota johor di lingga dan memusnahkan kota tersebut pada tahun 1623  masihi, menyebabkan sultan hammat shah berundur ke tambelan.[53]
      Akibat dari perjanjian dengan pertugis di Melaka pertugis tidak menyerang johor, tetapi sebaliknya pertugis menyerang aceh setelah aceh memusnahkan ibu kota johor, hal ini mengakibatkan ramai tentera aceh yang terkorban dianggarkan 19 000 tentera aceh terkorban.[54]Perkara ini memberi peluang kepada johor untuk mengatur kembali pentadbiranya setelah di binasakan oleh aceh.   Hal ini juga menyebabkan johor bebas dari aceh dan membina serta memanggil semula rakyatnya ke ibu kota, setelah melarikan diri dari serangan aceh .Johor telah menjalin hubungan dengan belanda pula bagi menghalau pertugis di Melaka.Perhubugan yang terjalin dengan belanda setelah sultan johor melihat kekuatan belanda yang bertapak di betawi, baliau telah yakin dengan bersahabat dengan kuasa kuat dapat mengatasi kuasa pertugis di malaka.  Melaluhi perhubungan pada abad ke 17 masahi belanda menjadi sekutu johor yang akan menyerang pertugis pula.[55]Akhirnya denga bantuan johor pertugis di Melaka akhirnya dapat ditewaskan pada bulan jenuari 1641 masihi, hal ini menyebabkan johor telah bebas dari pertugis dan aceh.Melalui bentuan johor dalam menentang kuasa pertugis di Melaka belanda telah terhutang budi dengan johor, dimana johor telah dberi keistemewaan dalm berdagang di Melaka.Kerana dengan bantuan tentera johor semangat juang tentera belanda begitu tinggi untuk mendapatkan Melaka setelah serangan pertama meraka dapat dipatahkan oleh portugis.
Hubungan dengan belanda memberi peluang kepada johor   muncul pada abad ke 17 masihi sebagai satu kuasa baru yang ulung di selat. Keadaan ini mengancam kedudukan belanda di Melaka, dimana pegawai belanda telah mengutus surat ke bitawi agar johor di musnahkan kerana menjadi saingan dalam perdagangan, hal ini kerana johor menjadi pusat perdagangan bebas cukai dan membawa johor kepada pelabuhan enterpot.[56] Johor juga dapat menancam kerajaan belanda, dimana sekiranya belanda mengerang johor, johor akan memintah kpta pentadbranya kepulauan orang laut, hal ini menyebabkan orang laut akan mengancam perdagangan belanda di selat Melaka melalui aktiviti lanun, yang akan menganggu perdagangan belanda.[57]Akibatnya belanda tidak berani menyerang johor, seterusnya johor dapat mengembangkan lagi ekonominya seterusnya dapat megukuhkan kedudukanya pada abad ke 17 masihi. Melalui dasar sui faedah ini johor dapat mengulangi zaman kegemilanganya semasa di Melaka.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya, Kekalahan pertugis ketangan Belanda pada tahun 1641 masihi adalah faktor utama meyumbang kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.  Berakhirnya empayar pertugis yang lebih seabad lamanya menawan kota Melaka dan merupakan ancaman utama bagi kerajaan johor sebelum kekalahan ketangan belanda atas bantuan dan dorongan daripada kerajaan johor.    disamping itu, aceh yang telah merosot secara mendadak akibat tiada waris pemerintahan yang berkaleber selapas sahaja kemangkatan sultan iskandar mahkota alam dan iskandar thani menyebabkan politik kerajaan johor dalam keadaan tegang akibat daripada itu  ia membantu perkembangan yang membawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.  Hal ini berlaku kerana aceh bukan lagi ancaman kepada johor, disamping itu faktor-faktor lain yang membawa kepada pengukuhan kerajaan johor  sama seperti kerajaan melayu Melaka walaupun terdapat perbezaan sedikit sahaja seperti kedudukan yang strategik, peranan orang laut, para pemerintah, taat setia negeri jiran, kemudahan yang terdapat dipelabuhan dan undang-undang johor itu sendiri yang akhirnya membawa kepada pengukuhan kerajaan johor.  dan yang utama juga adalah persahabatan dengan belanda yang banyak memberi keuntungan kepada kerajaan negeri johor.keadaan johor telah berubah setelah kemangkatan Sultan Mahmud mangkat dijulang yang dibunuh oleh Megat sri Rama.  Perkara ini menyebabkan hilangnya taat setia kepada pemerintah baru dari kalangan orang laut.Selain itu bermulanya juga dinasti bandahara memerintah sehingga kemunculan Raja Kecil yang mengaku sebagai anak Sultan Mahmud Mangkat di julang.
Department of history
Univeisiti of Malaya
                                                                                                                                          Kuala lumpur
                                                              
BIBLIOGRAFI

1.       A.Talib Hj. Ahmad, Sejarah Penjajah Portugis Di-tanah melayu[1511-1641], Sysrikat Peniagaan Ra,ayat.

2.      Haji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala lumpur, 1971.

3.       Kamarudin Abd. Razak, Peninggalan Sejarah Disepanjang Sungai Johor, Yayasan Warisan Johor. 1998.

           
4.      Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1642-1728, Pembangunan Ekonomi dan Politik,
terjemahan Shamsudin Jaafar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1998.

5.      Mohd Amirullah Bin Abdul Rahmanl, kerajaan johor-riau dalam sejarah melayu, university Malaya, 2005.

6.      Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Negeri Johor, 1998.


7.      Maruwih Ahmat, penjajahan portugis dan sepanyol keatas asia tenggara, satu pengamatan semula,karisma publications, 2006.

8.        Mardiana Binti Nordin, Politik Kerajaan Johor, 1718-1862: kajian teks berdasarkan Tuhfat Al-Nafis, Jabatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999.


9.      Khoo Kay Kim, Tanah Melayu Abad ke 18, Jernal Sejarah, jernal tahunan persatuan sejarah university Malaya, kuala lumpur,1977/78.

10.  Waston, Barbara Andaya dan Leornard Y.  Andaya, sejarah Malaysia, Macmillan Publisher (M) Sdn Bhd, Edisi Bahasa Melayu,1988



[1]Lotfi Ismail B.A. Sejarah Malaysia 1400-1963.(1975). Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors.hlm 51.
[2]Ibid hlm 53.
[3] Barbara Waston Andaya dan Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia, macmillan pablescher(m) SDN BHD, 1985. Hln 79.
[4] Raja Ali mempunyai saudara yang lebih berhak menjadi sultan seterusnya selepas kewafatan sultan Mahmud shah, iaitu raja Muzafar shah saudara raja ali. Namun tahta kerajaan diwasiatkan kepada raja Ali akibat dari tindakan tun Fatimah(ibu raja ali) iri hati dengan raja muzafar shah dan telah mengancam sultan Mahmud akan menggugurkan kandunganya sekiranya anak kandungan tersebut tidak menjadi waris baliau yakni sebelum raja ali dilahirkan, akibat daripada itu kedudukan raja muzafar shah telah diturunkan semula dan diambil oleh saudaranya raja Ali. Namun begitu raja muzafar shah telah dijemput ke perak lalu ditabalkan  sebagairaja perak. Mardiana nordin ,politik kerajaan johor 1718-1862, yayasan negeri johor, 1998. Hlm 15.
[5] Mardiana Nordin, politik kerajaan johor 1718-1862, yayasan negeri johor.1998, hlm 19.
[6]Kamarudin abd.Razak, peninggalan sejarh di sepanjang sungai johor, yayasan warisan johor. 1998. Hlm 6.
[7]Belanda yang tertarik dengan Melaka telah melakukan serangan pertamanya pada tahun 1597 masihi namun serangan tersebut dapat dipatahkan oleh tentera pertugis. Pengajian Malaysia, sejarah tanah melayu, internasional low book services, 2010. Hlm 32.
[8]Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1642-1728, pmbangunan ekonomi dan politik, terjemahan shamsudin jaafar, dewan bahasa dan pustaka, kementerian pendidikan malaysia kuala lumpur, 1987. Hlm 35.
[9]Ibid.
[10]Ibid. hlm 36.
[11]A. talib hj, ahmad, sejarah penjajah portugis di-tanah melayu[1511-1641], sysrikat peniagaan ra,ayat
[12] Selain faktor untuk mendapatkan monopoli perdagangan rempah ratus di selat Melaka, portugis juga datang ke asia adalah untuk menyebarkan agama kristian yang dimainkan peranan oleh para mubalig kristian disamping sifat  panatik terhadap Prester John yang dianggap sebagai Raja Kristian yang mempunyai kekayaan dipercayai memerintah dikawasan Asia dan Afreka:  Maruwih Ahmat, penjajahan portugis dan sepanyol keatas asia tenggara, satu pengamatan semula,karisma publications, 2006. Hlm 67.
[13]Ibid. hlm 29.
[14] Haji buyong bin adil, sejarah johor.
[15] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor. Hlm 34.
[16]Ibid. hlm 35.
[17]  Haji buyong bin adil, sejarah johor, dewan bahasa dan pustaka, kementerian pelajaran Malaysia. Kuala lumpur, 1971. Hlm 70.
[18] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor. Hlm 36.

[19]Ibid. hlm 38.
[20]Bitawi pada masa kini di kenali sebagai Jakarta, dan menjadi ibu negeri bagi kerajaan ripablik Indonesia.
[21]Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman,kerajaan johor-riau dalam sejarah melayu, university Malaya, 2005. Hlm 53.
[22]Ibid. hlm 54.
[23]Ibid.
[24]Ibid. hlm 87.
[25] Leonard Y. Andaya. Kerajaan johor 1641-1728. Hlm 58
[26]Pengajian Malaysia, sejarah tanah melayu, Internasional Law Book Services, 2010.Hlm 42.
[27]Ibid. hlm 43.
[28] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1617-1729, hlm 67.
[29] Ibid.
[30] Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman, kerajaan Johor-Riau. Hlm 44.
[31] Setelah kematian Sultan Mahmud mangkat dijulang pada tahun 1699 masihi Sultan Abdul Jalil memegang tampuk pemerintahan sehinggalah tahun 1718 masihi apabila Raja Kecil muncul.  Beliau mendakwa dia adalah  waris dari sultan Mahmud II setelah itu beliau mendapat kepercayaan dan sekongan dari orang laut serta rakyat tempatan dan akhirnya mengulingkan semula pemerintahan dinasti Bandahara sebagai pemerintah kerajaan johor melalui serangan pada 22 mac 1718 masihi dan mengangkat dirinya sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah(1718-1722M).  Baliau telah meletakan semula pangkat Abdul Jamil sebagai Bandahara, namun beliau melarikan diri ke terangganu setelah anaknya yang menjadi isteri Raja kecil ( tungku Kamariah) melarikan diri ke rumah Tun Abdil Jamil.  Dalam tuhfat al-nafis menyatakan bahawa tungku kamariah dilarikan oleh kakaknya tungku tenggah.  Melalui peristiwa ini Raja Kecil menyerang kediaman Abdul Jamil  kerana marah.  Kemarahan ini mengakibatkan pembunuhan Abdul Jamil dipahang yang dilakukan oleh Nahkota Sekam atas arahan Raja kecil, walaupun pada awalnya hanya mengarahkan agar membawa pulang Abdul Jalil bersama keluarganya namun arahan tersebut berubah dan akhirnya Tun Abdul Jamil di bunuh di pahang.  Dan peristiwa ini akhirnya menimbulkan kemarahan anak tun abdul jamil iaitu raja sulaiman dan tengku tengah( selain dendam diputuskan tali pertunagan dengan raja kecil) akhirnya telah memintah pertolongan lima bugis bersaudara dan kedudukan raja kecil tidak bertahan lama apabila serangan pada 4 okteber 1722 M mangakibatkan kekalahan raja kecil dan bermulanya campur tangan bugis di negeri johor.  Mardiana Nordin, politik kerajaan johor, 1718-1862: kajian berdasarkan tuhfat al-nafis, jabatan sejarah universiti Malaya, kuala lumpur, 1999. Hlm 58-59.
[32]Kerajaan Johor tidak pernah aman kerana sentiasa terumbang-ambing diantara tahun 1530-1699, hanya beberapa masa sahaja johor aman iaitu diantara tahun 1587-1617 dan 1643-1673 yakni semasa pemerintahan sultan Abdul Jalil shah dan sultan Abdullah. Khoo Kay Kim,Tanah Melayu Abad ke 18, jernal sejarah, jernal tahunan persatuan sejarah university Malaya, kuala lumpur,1977/78.hlm 3.
[33] Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman, kerajaan Johor-Riau. Hlm 13.
[34]Ibid. hlm 15.
[35] Malaysia kita, institusi tadbiran awan Negara (intan), kuala lumpur malaysia, 1991 .Hlm 177.
[36] Leonard Y. Andaya: the kingdom of johor, hlm 43.
[37] Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman: kerajaan johor-riau dalam sejarah peradaban melayu. Hlm 41.
[38] Matlob Zam Ismail, imbasan peristiwa bersejarah johor, yayasan warisan johor, 2002. Hlm 1.
[39] Ibid.
[40] Ibid.
[41]Leornard Y. Andaya, kerajaan johor 1617-128.hlm 28.
[42]Ketinggian daulat seorang raja juga mempengaruhi kedudukan dan kemakmuran kerajaannya. Ini digambarkan dengan ciri fizikal seorang raja yang memerintah adalah tinggi dan istimewa daulatnya maka negerinya akan aman dan makmur dengan hasil tanaman dan ternakan yang melimpah ruah serta rombongan pedagang juga tidak putus-putus untuk berkunjung untuk berniaga kedalam negeri. Dan sebaliknya jika berlaku kemerosotan timbul dalam negeri, kicau-bilau berlaku, kerugian dan bencana alam berlaku maka ia dikaitkan dengan sikap raja yang zalim dan tidak mentadbir dengan baik disamping sikap raja yang boros, gemar menghabiskan duit rakyat dan tidak kukuh pegangan agama maka raja berkenaan rendahlah nilai daulatnya.  Dalam konteks masyarakat melayu raja diangap sebagai sacral yang tinggi kedudukanya. Daulat juga membezakan aktiviti raja dengan rakyat biasa dimana semua yang ada pada raja adalah berbeza dan tidak sama dengan rakyatnya misalnya pengunaan peralatan dan alat kebesaran.  Kelebihan ini termasukalah pengunaan warna kuning, dan peralatan lain seperti paying kuning, tandur dan usungan dan lain-lain.selain itu pengunaan bahasa juga menjadikan perbezaan antara raja dengan rakyat tempatan seperti pengunaan istilah patik,titah, murka, kurnia dan anugerah serta istilah istanah yang lain.  Hal ini menandakan perbezaan antara raja dan penduduk tempatan.  Mardiana Binti Nordin, Politik Kerajaan Johor, 1718-1862: kajian teks berdasarkan Tuhfat Al-Nafis,Jabatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999. Hlm 202-203.
[43] Leonard Y. Andaya, kingdom of johor, hlm 49.
[44] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1641-1728. Hlm 50.
[45]Ibid.
[46]Ibid. hlm 51.
[47]Ibid.
[48]Ibid. Hlm 51.
[49]Ibid.
[50]Ibid. hlm 53.
[51] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1641-1728. Hlm 33.
[52] Ibid.
[53] Ibid.
[54]Ibid. hlm 34
[55]Barbara Waston Andaya dan Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia. Hlm 78
[56]Ibid. hlm 79.
[57]Ibid, hlm 80.