Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 19 Oktober 2012


Sumbangan islam kepada perkembangan tamadun eropah
PENGENALAN
      Tamadun islam[1] yang muncul ditengah padang pasir di Kota Madinah akhirnya telah berkembang sehinggalah kejatuhan kerajaan islam yang terakhir iaitu kerajaan Turki Utmaniyah.   Selepas sahaja kewafatan Rasulullah saw islam terus dikembangkan oleh para sahabat sehinggalah kejatuhan Parsi dan Rom yang merupakan kuasa besar di dunia ketika itu.   Perkembangan kerajaan islam akhirnya berkembang ke Eropah selepas sahaja kemasukan islam ke Sepanyol iaitu apabila orang-orang islam menduduki Magribi dan Sicily. Perkara ini disebabkan oleh satu pergolakan keadaan menjadi tegang apabila masuk abad ke 8 masihi.  Hal ini memberi peluang kepada orang islam untuk membuka dan menguasi Andalusia.[2]Ketika ini keadaan Eropah sangat tegang kerana golongan agama dan pembesar terus menikmati segala keistimewaan dan kekayaan, manakala golongan bawahan pula sentiasa menerima penderitaan dan kesengsaraan hidup .   Hal ini berlaku selepas sahaja keruntuhan empayar Rom timur dan zaman ini dikenali sebagai zaman gelap.
    Islam terus berkembang di Eropah apabila tentera islam Berjaya dalam kempen ketenteraan di benua eropah iaitu pada tahun 710 masihi, Musa Ibn Nusayr telah menghantar panglima Tarif Bin Malik dengan tenteranya seramai 500 orang untuk memulakan penerokaan tersebut dan mendapat kemenangan.  Setelah itu kerajaan islam terus meneruskan kempen ketenteraan untuk meluaskan empayar kali kedua tentera islam mendapat bantuan dan kerjasama dengan golongan Julian.[3]  Dalam peperangan ini golongan yahudi turut membantu tentera islam dengan menjadi perisik unutk mengetauhi kekuatan dan kelemahan tentera lawan.
 Kemasukan pengaruh islam di eropah juga adalah kesan daripada keruntuhan empayar rom.  Perkara ini menunjukan bahawa islam mula tersebar dengn meluas apabila satu demi satu kerajaan yang terdapat di eropah jatuh ketangan orang islam.  Setelah itu islam mula menjdikan Andalusia sebagai pusat pemerintahan di eropah.  Pemerintah islam yang menjalankan pemerintahan secara sistematik serta menjalinkan hubungan  dengan kerajaan kecil eropah yang tidak mengancam kerajaan islam akhirnya telah membuka ruang kepada masyarakat eropah untuk menimba pelbagai bidang kemajuan dan ilmu pengetauan seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun eropah.  Perkembangan tamadun eropah kesan daripada perluasan empayar tamadun islam dapat diperincikan dari beberapa aspek yang utama iaitu dari sudut ekonomi, politik, social dan intelektual.







SUMBANGAN ISLAM DARI SUDUT EKONOMI.
   Sumbangan islam dalam perkembangan ekonomi di Eropah adalah penting dalam permulaan  perkembangan di Eropah pada abad ke 11 masihi, hal ini kerana selepas sahaja keruntuhan Empayar Rom pada abad ke 3 masihi dan abad ke 4 masihi[4]  Ekonomi Eropah telah mengalami kemerosotan, perkara ini  menyebabkan kemerosotan perdagangan dan industry di eropah disamping salah satu punca kepada kejatuhan Empayar Rom.  Kesan dari kemerosotan ekonomi di Eropah menyebabkan sebahagian penduduk eropah berhijrah dan mula menetap di kawasan luar Bandar yang dikenali sebagai Manor.[5]  Walaupun ketika ini pemerintah eropah yakni itu Charemagne cuba untuk memulihkan ekonomi empayarnya namun gagal. 
PERDAGANGAN
        Setelah bertapaknya islam di eropah akhirnya telah mengakhiri zaman gelap di eropah  apabila kegiatan ekonomi mengalami perkembangan terutamanya dalam kegiatan perdagangan.  Pada abad ke 11 masihi, telah kelihatan perkembangan ketara  apabila berlaku pertambahan penduduk,[6] pembukaan tanah untuk pertanian, kemunculan pedagang, dan lebih penting lagi adalah jalinan antara eropah barat dengan laut Mediterranean yang pada suatu ketika tertutup dalam zaman gelap.[7]  Perkembangan perdagangan apabila Vinice menjadi pusat perdagangan yang penting kepada eropah selatan selain berfungsi sebagai pembekal kepada Constantinople untuk bahan mentah dan bawa balik barang mewah dari timur untuk diagihkan di barat.[8]  Perkara ini menunjukan islam memecahkan dinding penghalang antara timur dan barat yang akhirnya membawa kepada perkembangan perdagangan.[9] Situasi ini dapat dilihat di sepanyol telah mencapai puncak perdagangan ketika pemeritahan Abdul Rahman yang mendapat hasil Negara sebanyak 10,000 emas, emas dan barang-barang lain.[10]   Pusat perdagangan orang barat di Sicily apabila muncul sebagai pusat perdagangan, industry yang akan dieksport keluar dari eropah.[11]
PERTANIAN
     Suhubungan dengan itu, sumbangan islam kepada tamadun Eropah dapat dikupas  melalui  kegiatan pertanian.  Kedatangan islam ke bumi eropah banyak mengubah corak pertanian di eropah sendiri, orang islam telah memperkenalkan teknologi pengairan yang baik untuk pertanihan dan kemudian sistem ini dipraktikalkan oleh orang-orang eropah dengan cara menirunya dan dimajukan dikawasan mereka.[12] Hal ini juga dibuktikan melalui Khalid bin ‘Abdullah al-Qasri Beliau yang merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin ‘Abd al-Malik. Menurut Mahayudin, beliau telah berjaya membinaparit-parit dan tali air dalam usaha menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik.  Perkara ini dibuktikan dengan nama-nama peralatan pengairan sebagai contoh “Noria”, Acequia, Accadus, dan bahkan jenis tanaman tertentu tidak dikenali oleh masyarakat kristian kerana istilahnya mengunakan bahasa arab sebagai contoh Albaricucoque, Limon, dan Lain-lain.  Perkara ini menujukan bahawa Negara-negara kristian di utara Sepanyol mengunakan teknologi orang islam dalam memajukan lagi kegiatan pertanihan mereka.
    Sehubungan dengan itu, tamadun eropah juga dapat manfaat dari kemajuan perindustrian orang islam.  Dimana sector perkilangan[13] yang dimajukan oleh orang islambanyak memberi pengetauan kepada orang eropah.    Orang-orang islam telah menubuhkan sector perkilangan sepeti kilang membuat senjata, kilang alat keperluan rumah, dan kilang perhiasan, kerana berasaskan Al-asbania islam kaya dengan penghasilan galian seperti besi di Almeria, emas dari larda dan lain-lain sumber telah mempengaruhi sector perkilangan tersebut.[14]
POLITIK
       Seterusnya sumbangan islam kepada tamadun eropah dapat dilihat dari sudut politik.  Semasa islam berkembang di sepanyol  terutamanya di Andalusia dan Sicily, pemerintah islam ketika itu telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan eropah sepeti Jerman, Perancis, Britain, Itali dan lain-lain.  Hal ini menyebabkan pemerintah eropah mendatangi pusat pemerintah islam melalui pengantaran duta sebagai contoh Raja Otto The Great pemerintah Jerman ketika itu telah menghantar Recemund sebagai dutanya ke Andalusia.[15] keadaan ini menunjukan para pemerintah di eropah menghantar duta-duta ke kerajaan islam untuk belajar dalam pelbagai bidang untuk dibawa balik ke kerajaan eropah untuk diadaptasikan dalam kehidupan mereka.   Hal ini kerana pemerintah eropah tertarik dengan corak pemerintahan islam yang begitu lengkap kerana sistem pemerintahan islam yang mengamalkan dasar-dasar agama dalam pemerintahan menyebabkan kerajaan islam hidup dalam harmoni walaupun pelbagai bangsa, agama dan budaya.
     Kesan dari perkembangan intelektual islam didunia eropah akhirnya telah mengubah corak pemerintah berbanding sebelumnya.  Jika sebelumnya pihak gereja[16] menguasai dan terlibat dalam semua bidang pentadbiran telah berubah setelah kedatangan islam kebumi eropah.   Dimana hal ini dapat dilihat apabila Raja-raja berusaha menyekat dan mematahkan kuasa Pope sebagai contoh Plilip IV(1285-1314M) mengenaikan cukai keatas pihak Gereja.[17]    Selain itu, Edward(raja England) juga turut berusaha meruntuhkan kuasa pihak gereja apabila turut mengenaikan cukai keatas gereja.[18]  Dimana perjuangan politik raja-raja eropah untuk mematahkan kuasa Pope disokong kuat oleh St Thomas Aquinas pada abad ke 13 yang  mengkaitkan asal usul Negara dengan teori undang-undang.[19]
SUMBANGAN ISLAM DALAM ILMU SAINS DAN PERUBATAN
PERUBATAN
   Sehubungan dengan itu, sumbangan islam kepada perkembangan tamadun eropah  adalah dari sudut perubatan.  Ilmu perubatan islam yang meluas sehingga ke eropah akhirnya sampai ke  eropah melalui university-universiti yang terdapat di itali seperti solerno dan penubuhan university di Perancis hasil daripada penghijrahan doctor-doktor dari Solerno, Italy.  Maka berlakulah penterjemahan ilmuan islam dalam bidang perubatan kepada bahasa latin sabagai contoh Robert Chester yang menterjemahkan karya karangan Al-Khawarizmi pada tahun 1145 M.  manakala Constantine Afrika yang menghasilkan karya berjudul Liber Regius hasil daripada terjemahan karangan peubatan muslim dikenali di eropah sebagai Haly Abbas.[20]
   Perubatan di eropah juga berkembang kerana intitusi pembelajaran perubatan di eropah menguna dan memanfaatkan sepenuhnya pemikir perubatan arab islam kerana kitab-itab tulisan tokoh perubatan islam seperti Al-Razi diterjemahkan ke bahasa eropah contohnya kitab al-hawi menjadi rujukan utama di Perancis semenjak 1395 M. [21]  selain Al-Razi, tokoh yang terkenal yang memberi sumbangan besar kepada peradaban dunia khususnya eropah adalah Ibnu Sina. Karya-karya beliau telah digunakan di university-universiti di Perancis dan Italy  bahkan dijadikan sebagai syarahan utama di Fakulti Perubatan di Montpellier dan karya belai bertajuk  “Qanun fi al-tib” di terjemahkan ke bahasa latin dan eropah serta bukunya bertajuk Remidies for the Heart, berkaitan dengan 760 jenis dadah.  Perkara ini menunjukan bahawa perkembangan tamadun eropah dalam aspek ilmu perubatan hasil dari para ilmuan islam.  Sehingga kini masih menjadi sumber rujukan dalam bidang perubatan moden.
KIMIA

     Selain ilmu perubatan, ilmu sains kimia juga antara sumbagan islam kepada tamadun
eropah.  Sarjana  barat yang pertama sekali memperkenalkan ilmu kimia adalah kedunia eropah
adalah Robert of Chaster setelah menterjemakhkan karya ibn khindi yang bertajuk “The booh of the composition of alchymy”.  Dimana Robert menyatakan bahawa since what alchemy pada tahun1144 M perkara ini menunjukan bahawa ilmu kimia sangat baru pada orang eropah.  Kenyataan ini menunjukan bahawa sarjana barat mula mengenali dan mempelajari ilmu kimia dari sarjana islam dibuktikan lagi dengan pengunaan bahasa arab antaranya Chemistry, daripada Al-kimiya, Alcohol dari Al-kuhul, Alkaline dari Al-qalawi dan Arsenic dari Al-zinich dan lain-lain.[22]
FIZIK
       Sehubungan dengan itu,  tamadun islam ramai melahirkan pakar dalam bidang fizik yang akhirnya memberi faedah kepada perkembangan tamadun eropah.  Antara tokoh islam yang terkenal dalam bidang fizik ialah Al-Kindi menghasilkan bukunya berjudul Optics yang memperihalkan tentang ilmu ukur dan Fisiologi yang begitu terkenal di timur dan barat.[23]  Selain beliau, Ibn al-Haitham telah membahaskan tentang ilmu optic  mengenai cahaya serta Berjaya menghasilkan 200 kerya dalam bidang fizik dan karya-karya beliau telah diterjemahkan dalam bahasa latin yang kemudianya digunakan oleh orang-orang eropah untuk dijadikan rujukan sebagai contoh Galilieo mengunakan teori Ibn Bajjah dalam bukunya Pisan  Dialogne.[24]   Serta tiori tersebut disokong oleh sarjana barat seperti St Thomas dan Duns Scotus dan menjadi rujukan kepada dunia fizik barat sehingga mencapai zaman kemuncak Renaissance.[25]      Sumbangan islam dalam ilmu fizik sangat luas sehingga sarjana inggrish menyatakan bahawa barat saharusnya menghargai orang arab kerana menjadi pengasas sebenar ilmu fizik.[26]
MATEMATIK DAN ASTRONOMI
    Sumbangan islam dari sudut matematik dan astronomi juga penting dalam perkembangan tamadun di eropah.  Ramai tokoh matematik yang lahir di eropah hasil daripada pembelajaran dari ilmuan islam sebagai contoh Gerbert Aurillac merupakan orang eropah yang pertama cuba memperkenalkan system angka arab iaitu al-arqam ghubairah yakni angka debu, kerana pada masa itu pengiraan dibuat sama ada diatas tanah ataupn sekeping papan yang berdebu.[27]  Di eropah akhirnya angka ini dikenali sebagai Sembilan angka aksara tampa sifir, dimana angka-angka ini terdapat di sepanyol yang bertarik 976 M.[28]  Selain itu, tokoh yang terkenal dari eropah hasil dari sumbangan ilmuan islam adalah Adelard Bath yang memperkenalkan angka muslim, jadual khawarizmi dan Abakus ke England serta Leanardo Fibonacci yang memberi sumbangan dalam bidang matematik latin pada abad ke 13 masihi.[29]   Selain dari itu, islam juga memberi sumbangan kepada eropah dalam ilmu bidang astronomi.[30]Tokoh islam yang terkenal adalah Abu Ja’far Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi, dimana beliau merupakan sarjana islam yang pertama menyiapkaan takwin islam yang meramalkan kedudukan planet dan bintang.[31]
Selain baliau, ramai juga sarjana islam seperti Al-Batani yang terkenal dengan sumbanganya yang besar dalam bidang astronomi apabila mengarangkan buka yang bertajuk Kitab Al-Zaj, dengan memperkenalkan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometi dengan mengunakan teori fungsi sinus dan kosinus dan kaedah ini lebih baik dari kaedah yunani yakni kaedah perintis.[32]  Setelah itu orang eropah mula belajar dari sarjana islam dan lahirlah para sarjana eropah yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang astronomi sebagai contoh Copernicus, Kepler, Tycho Brahe dan Galilieo.  
   Perkembangan ilmu astronomi di eropah juga berkembang hasil galakan dari maharaja Alfonso The Wise(1223-1284M) apabila menubuhkan sebuah pasukan khas yang terdiri daripada sarjana yunani untuk membuat satu takwin yang dikenali sebagai takwin Alfonso.  Dimana idea-idea takwin tersebut berdasarkan takwin islam.[33]  Sebagai contoh Gerbert Aurillic telah membuat alatan bantuan untuk mengajar  seperti Strolab untuk menerangkan konsep alam ini hasil pembelajaranya di Sepanyol.[34]   Kesan kepada masyarakat eropah dapat mengenali kedudukan bintang dikawasan selatan sebagai contoh Ferdinad Maggelan dalam pengembaraanya padatahun 1511 M,  hakikatnya masyarakat eropah menguasai bidang geografi hasil daripada ulama islam.[35]


TEKNOLOGI
     Sehubungan dengan itu,  sumbangan islam juga dapat dilihat dari sudut perkembangan  teknologi.  Dalam hal ini masyarakat eropah yang mengalami zaman gelap mempunyai tahap pengetauhan dalam bidang teknologi adalah sangat rendah.  Hal ini menyebabkan perkembangan islam di eropah telah menyalurankan perkembangan teknologi kepada masyarakat  eropah.   Masyarakat eropah banyak memperolehi teknologi dari islam sebagai contoh kompas, dimana para pelaut islam mahir dalam bidang pelayaran telah menjelajahi lautan daripada kilwa di afrika timur hingga ke selat Melaka pada abad ke 6 masihi.[36]  Selain itu islam juga teknologi pembuatan kertas di eropah juga berasal dari china melalui perantaraan islam sepanyol pada abad yang ke 13 masihi.  Perkara ini menunjukan tamadun islam menjadi perantaraan bagi tamadun eropah untuk mendapatkan teknologi dalam pembuatan kertas.[37]  Selain daripada itu juga tamadun islam juga menyumbangkan teknologi Asid nitrik, iaitu bahan yang digunakan dalam industri logam terutamanya unutk memisahkan logam bes daripada emas dan perak juga dipraktikalkan oleh masyarakat eropah dari tamadun islam pada abad yang ke 14 masihi.[38]   Selain itu islam juga turut mendedahkan kepada tamadun eropah mengenai penggunaan jam, serbuk bedil dan meriam.[39]    Sehubungan dengan itu, teknologi dalam bidang yang membangun di era moden adalah hasil keras para ilmuan islam.  Banu Musa dalam bukunya(the book of artices) menerangkan pecapaian dalam bidang kejeruteraan, antara ciptaan teknologi yang dihasilkan termasuklah jam air gajah, pam air dua dan enam selinder dan putaran jet stim.  Seterusnya digunakan oleh orang barat,  pada dunia barat teknologi ini diasaskan oleh Branca dalam tahun 1629.[40]   Perkara ini menujukan masyarakat eropah mengunakan hasil ciptaan islam dengan lebih kompleks dengan cara melakukan inovasi-inovasi untuk mewujudkan yang lebih baik.
SUMBANGAN ISLAM DALAM SENI BINA DAN KESENIAN
Sumbangan islam seterusnya dapat diklasifikasikan dari sudut seni bina.[41]   Perkembangan seni bina islam yang bermula zaman rasulullah saw dengan membina masjid terus berkembang sehinggalah zaman khalifah dan kerajaan islam yang lain sesudahnya.  Dalam konteks pembangunan seni bina di eropah kesan dari seni bina islam dapat dilihat dari segi corak binaanya sebagai contoh seni bina hospital Les Quinze Vingt yang di paris oleh Louis IX hasil mempunyia persamaan dengan hospital Sultan Nur Al-Din di Damsyik.  Selain itu, islam juga menpengaruhi perkembangan seni bina kota di eropah, dimana dalam tamadun islam kota-kota yang dibina mempunyai perancangan yang rapi agar tidak mudah dimasuki oleh musuh sekiranya menyerang Negara islam.  Hal ini telah ditiru oleh orang barat terutama dalam perang salib.   Perkara ini berlaku kerana seni bina islam yang berorentasikan ketenteraan yang lebih mementingkan keselamatan masyarakat islam sendiri,  seterusnya seni bina ini ditiru oleh oleh tentera salib untuk membina kota pertahanan mereka.[42]
     Seterusnya sumbangan islam dalam bidang kesenian kepada tamadun eropah.  Perkembangan kesenian islam termasuk dari seni lukisan dan seni buatan.  Islam telah mendedahkan kepada barat mengenai corak dalam pembuatan tembikar dan kaca sebagai contoh Sepanyol telah menghasilkan seni tembikar yang bermutu tinggi yang berlainan dari tempat lain.  Reka bentuk dan pemilihan warna corak yang indah yakni biru, ruby, kekuningan dan ungu menghasilkan corak yang indah dan telah digunakan oleh orang barat dibuktikan dengan orang kristian yang membenci orang islam namun mereka menyukai dan mengamalkan serta menghargai seni tembikar islam.[43]  Kesenian islam yang diadaptasikn oleh masyarakat eropah dapat juga dilihat melalui tenunan, tembaga, pedang.
SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG FALSAFAH DI EROPAH
        Seterusnya  sumbangan islam dalam bidang  falsafah di eropah.   Setelah sahaja kematian ahli falsafah terakhir yunani yakni Aristotle pada 322 masihi, tidak wujud lagi falsafah di dunia barat.[44]  Namun setelah kelahiran islam di eropah yang ramai melahirkan  ahli falsafah telah menjadi batu loncatan kepada dunia barat untuk melahirkan semula ahli falsafah apabila 600 tahun tidak mewarisi ilmu falsafah dari yunani sebagai contoh Abu Yusuf@ Al-Khindi yang mengunakan buku-buku dari yunani hasil karangan Aristotle dan plato yang akhirnya membuka ahli falsafah baru kepada dunia barat.[45]   Selain beliau ahli falsafah isalm yang terkenal adalah Al-Farabi yang dikenali dengan nama Al-Pharabius di eropah serta Ibn Rushd.  Hal ini menyebabkan aliran falsafah sampai ke orang eropah apabila penterjemahan ke bahasa latin dilakukan,  sebagai contoh Raymond I mengunakan ilmu falsafah islam dan kemudianya digunakan didalam ajaran agama kristian.[46]   Selain itu, perluasan ilmu falsafah islam ke dunia eropah dapat dibuktikan dengan pengunaan teks “Organon Aristotles” di university Paris dan bukanya Organon Aristotles yang asli  tetapi hasil dari falsafah islam.[47]
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
     Sehubungan dengan itu,  sumbangan islam kepada dunia eropah juga dapat dikembangkan melalui kesusasteraan.  Mengikut pendapat prof Mackail menyatakan bahawa “as Europe owes its religion to Judaea, so he owes its romance to Arabia” perkara ini menunjukan jika islam tidak berkembang ke eropah maka eropah tidak akan mengenali ertinya kesusasteraan dan ilmu.[48]   Para ilmuan islam tela mendedahkan masyarakat eropah dengan hasil karya-karya sastera islam yang sangat terkenal seperti hikayat 1001 malam, rabaiyat umar Khayyam, shah names, oleh Firdausi, mantiqut-tair oleh fariduddin attar, al-masnawi oleh jalaludin al-rumi, guistan dan bustan oleh al-saadi.  Karya-karya sastera islam ini telah mempengaruhi masyarakat eropah sebagai contoh Geoffrey Chaucer telah menghasilkan karya yang bertajuk Canterbury Tales hasil pengaruh dari karya hikayat 1001 malam, seterusnya Cristopher Sly mengunakan buku Geoffrey dalam menghasilkan bukunya berjudul the taming of the shrew dan the sleeper wakened.[49]  Perkara ini menunjukan bahawa selepas sahaja islam menguasai eropah maka orang-orang barat terdedah dengan kesenian yang dihasilkan oleh orang islam, maka orang eropah mula menghasilkan karya tersendiri hasil daripada pengaruh islam.
 

 PENDIDIKAN
     Sumbangan islam dalam mengalirkan ilmu pengetauan akhirnya membentuk satu intitusi tertinggi dalam pendidikan iaitu penubuhan universiti.  Penubuhan university[50] ini serentak dengan kemasukan ilmu yang berlaku pada awal abad ke 12 masihi.[51] Penubuhan university zaman ini dinamakan sebagai university zaman pertengahan ataupun medieval universities yang dilahir dari pengaliran ilmu dari Andalusia dan berkembang pesat setelah berlaku pengaliran ilmu seperti yang dinyataka oleh W. B. Fisher iaitu “dari sepanyol mereka mendapt idea memperkembangkan unuversiti ke selatan Italy  dengan jelas model orang islam diperakui.[52]   Perkara ini menunjukan pengaliran pelbagai ilmu dari ilmuan islam akhirnya telah membentuk satu badan pendidikan di eropah iaitu university.
     Penubuhan university terkenal di eropah pada abad ke 12 masihi  seperti  paris, dan di bologna Italy serta di England adalah university oxford dan Cambridge.  Semuanya atas perkembangan ilmu di eropah oleh ilmuan islam yang disokong kuat oleh pemerintah.[53]  Perkembangan pendidikan di eropah yang mengamalkan corak pendidikan islam dimana tenaga intitusi pendidikan dinaungi oleh pemerintah dan corak pembelajaranya adalah guru dan anak murid akan bekerjasama dalam menyelesaikan dan mendalami sesuatu ilmu.

SUMBANGAN ISLAM KEPADA PEMODENAN EROPAH( ZAMAN RENAISSANCE)
   Sehubungan dengan itu, sumbangan islam kepada tamadun eropah adalah membawa tamadun eropah kepada satu zaman pembaharuan yang dikenali sebagai renaissance.   Kesan dari pengaliran ilmu dari tamadun islam kepada masyarakat eropah menyebabkan perubahan pemikiran masyarakat eropah.  Sebelum ini pemikiran masyarakat eropah banyak dikawal oleh pihak gereja[54] yang dikenali sebagai golongan Eklesiastik yang telah menyalahgunakan gereja dan sering merebut kuasa sesama mereka. Kesanya kepada masyarakat eropah menyebabkan hidup dalam serba kekurangan dan kesengsaraan dan hampir separuh daripada mereka adalah buta huruf.[55]  Walaubagaimanapun setelah perkembangan ilmuan islam kedunia eropah akhirnya telah merubah daya pemikiran masyarakat eropah sendiri yang memyebabkan percangahan pendapat mengenai kegunaan akal dan authority pihak gereja yang dikenali sebagai  “the comflict between reason and authority” dan akhirnya melahirkan aliran Humanisme yang menekankan keupayaan akal untuk mencapai ilmu.[56]  Akhirnya perubahan pemikiran masyrakat barat mengenai kegunaan akal logic dalam sesuatu bidang akhirnya membawa kepada perkembangan pelbagai bidang di eropah yang akhirnya membawa kepada zaman renaissance.


PENUTUP
       Sebagai kesimpulanya, Kedatangan islam ke benua eropah yang bermula di magribi  meluas di bumi barat pada 730 masihi akhirnya menjadi titik tolok kepada kegemilangan tamadun eropah.  Perkembangan tamadun islam di eropah akhirnya memberi sumbangan yang besar kepada tamadun eropah yang akhirnya membawa kepada zaman moden.  Perkembangan intelektual islam dalam pelbagai bidang ilmu akhirnya telah mengubah dunia eropah dari aspek ekonomi, politik, social dan intelektual.  Perkara ini semua berlaku kerana aktiviti penterjemahan yang dilakukan yang berlaku pada abad yang ke 11 masihi.  Serta kedatangan islam ke barat merupakan rahmat yang paling besar dalam era perubahan di eropah yang akhirnya memuncak dengan kemunculan zaman renaissance yang menjadi kebangaan kepada eropah dalam memasuki dunia moden setelah 600 tahun didalam keadaan gelap.  Oleh itu, sumbangan islam dalam perkembangan tamadun eropah adalah sangat besar sehinggalah era zaman penjelajahan dan pada masa kini masih terasa bahangnya  tersebut terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.  Hal ini menyerlah setelah kemerosotan islam dan di era penerokaan dan penjelajaan eropah ke asia.  Oleh itu, sumbangan islam kepada perkembangan tamadun eropah adalah menjadi perintis kepada tamadun barat moden.





BIBLIOGRAFI.
 Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, karisma publications sdn bhd, shah alam 2009.
 Dr Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah danTamadun Islam, edisi kedua, Pustaka  Darussalam, 2007.
  Mustapa hj. Daud, Pengantar Tamadun Islam, Media Intelek SDN BHD, 1989.

  Prosiding Seminar Antarabangsa: Andalusia 1300 Tahun Menyingkap Kegemilangan Tamadun di Barat. disunting oleh Dr. Muhammad Azizan bin Sabjan, Dr. Noor Shakirah binti Mat Akhir dan Nor Azlina Mohd Zubaida. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, 2008.

 Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan publications & Distributors SDN BHD, 2003.
Shaharir Mohamad Zain. Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan Teknologi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989.

 Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Mohammad Noorizzuddin Nooh, Sapor Sipon, Alina Abdul Rahman dan Badrul Munir Muhamad Nur. Sains Islam Merentasi Zaman, University Sains Islam Malaysia, 2007.

 Fransco Cardini. Europe and islam, English Translation Copyright Caroline Beamish, Oxford, 2001.
 Salmah Omar, ( tesis sarjana) Peranan Andalusia Sebagai Pusat Pengaliran Ilmu dari Tamadun Islam ke Eropah pada Abad ke 10-13 Masihi, University Malaya,Kuala Lumpur, 2004.

Sayyid Fayyaz Mahmud. A Shory History Of Islam. Oxford Uniersiti Press, London, 1960.



[1]    Konsep islam boleh diketegorikan kepada dua konsep iaitu dari sudut istilah dan bahasa.  Dari sudut istilah adalah menyerah diri kepada ALLAH SWT yang maha ESA dengan cara mematuhi segala perintah-NYA serta meninggalkan segala larangan-NYA.  Manakala dari sudut bahasa pula bererti sejatera ataupun selamat.   Dalam agama islam 2 perkara yang  asas iaitu rukun islam(5 perkara) dan rukun iman(6 perkara).  Agama  yang dibawa oleh NABI MUHAMMAD SAW di madinah adalah dari keturunan arab quraisy bapa baginda bernama Abdullah telah wafat sebelum kelahiran baginda dan baginda dipelihara oleh datuknya bernama abdul mutalib, manakala ibunda RASULULLAH SAW adalah Fatimah dan wafat ketika dalam perjalanan untuk menziarahi kubur ayah Baginda saw.  Sayyid  fayyaz Mahmud.   A Short History Of Islam, oxford university press, 1960. Hlm18-19.
[2]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, karisma publications sdn bhd, shah alam 2009.Hlm 4.
[3]Ibid. hlm 7.
[4]Sivachandralingam Sundra Raja.Sejarah Eropah. Utusan publications & distributors sdn bhd. Hlm 102.
[5]Ibid. lm 103
[6]         Perkembangan perdagangan ini menyebabkan pertumbuhan penduduk semangkin mrningkat perkara ini dibuktikan apabila perkembangan perdagangan islam dapat menjalin hubungan antara barat dan timur kesanya menyebabkan penduduk ditimur dan barat semangkin pesat.   Kesanya wujud Bandar-bandar utama sebagai contoh fustat(mesir) mempunyai penduduk seramai 4,000,000 juta orang, Baghdad seramai 60,000 ribu orang, Toledo seramai 2,000,000 juta orang dan cardova seramai 1,000,000 juta orang.  Perkara ini menunjukan perkembangan positif dalam pertambahan penduduk yang memperlihatkan peningkatan dalam kegiatan perdagangan di timur dan barat.Mustapa hj.Daud, pengantar tamadun islam, media intelek sdn bhd, 1985. Hlm 148.
[7]Ibid.
[8]Ibid.
[9]Selepas sahaja eropah mengalami zaman renaissance, berlaku revolusi di perancis yang diikuti oleh England.Perkara ini menyebabkan keperluan terhadap bahan-bahan semulajadi seperti rempah ratus dan bijih timah semangkin diperlukan selaras dengan peningkatan penduduk dan kepesatan perdagangan.  Oleh itu, selepas sahaja islam merosot di eropah. Orang eropah mula mencari jalan ke asia dan afrika untuk mendapatkan bahan mentah tersebut tampa melalui Italy dan orang islam.  Kesanya orang eropah seperti Portugal dan sepanyol mula meneroka ke asia bagi meluaskan pasaran dan mendapatkan bahan mentah.  Pada abad ke 16 hingga ke 20 masihi kuasa eropah termasuk belanda, portugis, dan ingrish telah menguasai jalan perdagangan laut dunia, manakala menjelang abad ke 20 amarika syarikat muncul sebagai sebuah kuasa yang menguasi jalan perdagangan laut. Semua ini bermula kesan daripada pengaruh islam di eropah yang akhirnya membuka dunia baru di eropah.  Mustapa hj. Daud, pengantar tamadun islam, media intelek sdn bhd, 1985. 150
[10]Mustapa hj. Daud, pengantar tamadun islam, media intelek sdn bhd, 1985. Hlm 148.
[11] Ibid.
[12]Dr. ahmad zaki bin hj berahim, serotan sejarah kecermelangan tamadun islam di Andalusia dan kedudukanya sebagai jambatan kecermelangan tamadun eropah. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.  Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida, 2008 .hlm 96.
[13] Mengikut laporan yang dikemukakan oleh al-idris menjelaskan bahawa umat islam antara yang terawal memperkenalkan teknologi mengunakan pergerakan air dari kawasan  takungan air dari kawasan yang besar melalui saluran paip kecil kekawasan yang lebih rendah untuk mengerakan turbin, dimana ia merupakan satu kaedah yang digunakan melalui proses inovasi kemudianya dimajukan dalam sejarah moden dalam menghasilkan kuasa hidroelektrik. Mengkut baliau kaedah ini dalam umat islam al-andalusia banyak ditemui dibandar al-munkab timur sepanyol yang kemudianya dimusnakan oleh kuasa kristian bagi menghapuskan warisan islam di bumi eropah. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.  Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 96
[14]Ibid. hlm 96
[15]Prosiding Andalusia 1300 tahun.Hlm 190.
[16]      Sumbangan islam juga dapat mempengaruhi intitusi gereja di eropah,   setelah penguasaan islam para paderi mempelajari pelbagai bidang ilmu daripada sarjana-sarjana islam di intitusi pendidikan yang didirikan oleh pemerintah islam.  Melalui perkara tersebut mereka mengadaptasikan dengan intitusi gereja terutamanya dalam mencorakan semula system gereja yang semangkin tertekan oleh pemerintah dan masyarakat eropah sendiri.
[17]Sivachandralingam Sundra Raja.Sejarah Eropah. Utusan publications & distributors sdn bhd. Hlm 109
[18] Corak perkembangan gereja juga berubah dalam menguatkan lagi kedudukanya setelah merosot dalam perkembangan islam, pihak gereja telah mula mengambil inesiatif dengan mengalakan rakyat kristian untuk mengangkat senjata bagi memerangi orang islam kerana menuduh pemerintah islam telah mengeniaya orang kriatian di Negara orang islam serta mengunakan Bandar jarulsallem sebagai tempat suci mereka dan mereka harus mendapatkan semula dari orang islam, maka perkara ini menjadi factor kepada perang salib.  Semangat orang kristian untuk menjatuhkan kerajaan islam semangkin membara apabila islam mula lemah dan mereka dapat menewaskan kerajaan islam di eropah. Franco cardini.  Europe and islam. Blackwell publishers, 1999.Hlm 73.
[19]Ibid.
[20]Sabri muhamad sharif, sumbangan islam kepada peradaban arab,Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.  Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 185-186.
[21]Dr ahmad zaki hj berahim. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.  Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 106.
[22]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, Hlm 168.
[23]Ibid..Hlm 169.
[24] Ibid. hlm 171
[25]Ibid.
[26]Sumbangan tamadun islam dalam bidang fizik juga dapat diperhatikan melalui ciptaan-ciptaan yang dihasilkan oleh sarjana islam.  Hasil ciptaan sarjana-sarjana islam yang terkelan dalam bidang ilmu fizik adalah penciptaan bandul jam, lambung angin, cermin serta jam air.ibid.
[27]Sabri mohamad sharif, sumbangan tamadun islam kepada peradaban dunia barat. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.  Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 186.
[28]Ibid.
[29] ibid
[30]Bagi masyarakat islam ilmu astronomi ataupun ilmu falak penting kerana untuk menetukan arah kiblat senbayang, dimana kiraan falak menentukan masa untuk menentukan bulan puasa, unutk bidang pelayaran dan lain-lain. Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah.Hlm 144.
[31]ibid, Hlm 184.
[32]ibid.Hlm 146.
[33]ibid. Hlm 148.
[34]Ibid.
[35]Dr ahmad zaki hj berahim.Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.  Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 106.
[36]Sabri mohamad sharif, sumbangan tamadun islam kepada peradaban dunia barat. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.  Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 186.
[37]Ibid.
[38]Ibid..
[39]Menurut J.D Bernal “ jam tidak tentu wujud dizaman purba, orang arab yang memperbaiki dengan banyak sekali keatas jam air orang yunani dan menjadi asas bagi banyak bahan rumit dan automatic.  Namun ia digerakan melalui pelampung dan tali, dan kurang tepat dengan aliran roda gear.  Kini kita tahu yang roda gear adalah jauh lebih lama semasa zaman yunani dan china.  Jam tidak lagi dikatakan sebagai ciptaan eropah, sesungguhnya ia paling maju disana.: Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah. Hlm 180.
[40] Shahari mohammad zain, pengenalan tamadun islam, hlm 197-207.
[41]Ibnu Khaldun berpendapat bahawa seni bina adalah merupakan salah satu asas tamadun paling utama, ini bererti seni bina adalah lambang ataupun menifestasi dari satu tamadun.Keagungan sesuatu tamadun dapat diukur dari pencapaian dalam seni bina.Sebab itulah tamadun-tamadun purba menghasilkan seni bina yang bermutu.  Manakala mengikut pendapat Alferd Fred Frazer menyatakan pula, bahawa seni bina islam adalah merupakan gabaran dari sudut agama, bukan sebagai golongan tertentu.  Jenis bangunan utamanya adalah masjid, istana, madrasha dan lain-lain melambangkan kemakmuran.Mustapa hj. Daud, pengantar tamadun islam.  Hlm 152-153.
[42]Mustapa hj. Daud, pengantar tamadun islam. Hlm 156.
[43] Ibid.
[44]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah. Hlm 175
[45]Ibid.
[46]Ibid. hlm 176.
[47]Ibid.
[48]Dr Abdul Rahman Hj Abdullah, sejarah dan tamadun  islam, edisi kedua, pustaka darussalam 2007. Hlm 473.
[49]Ibid.
[50] Menurut nakosteen: kemunculan university eropah berbetulan dengan kemasukan besar karya terjemahan, adaptasi dan komentar orang islam dalam sains, teknologi, falsafaf dan teologi.  Sesungguhnya university itu wujud hasil daripada pengimportan secara borong itu, yang mana bukan sahaja hasil kerja kaum muslimin tetapi juga graeco-hellenistik, Syria-zoroastria dan bahan hindu sampai ke laut latin barat menerusi penterjemahan, komentar dan adaptasi arab.  Aliran ini termasuklah juga karya saintifik dan falsafah yang sesungguhnya dibawa perhatian eropah menerusi versi latinnya seperti yang diperoleh daripada terjemahan bahasa arab, kini diterjemahkan kepada bahasa yunani(nakosteen 1964:188). Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, karisma publications sdn bhd, shah alam 2009.Hlm 184.
[51]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah.Hlm 184.
[52]Ibid.Hlm 185.
[53]Sivachandralingam Sundra Raja.Sejarah Eropah.Hlm 111.
[54]Perkembangan ilmu islam didunia eropah akhirnya telah mengubah presapsi masyarakat eropah terhapap pihak gereja, Abul-Fazl Ezzati menyatakan bahawa pusat pembelajaran islam terutama sekali mahkamah Toledo, Cardova, dan Palermo telah menarik sarjana Kristian di tahun kemerosotan zaman pertengahan.  Dimana pembelajaran islam menyediakan dorongan kepada kegiatan semula pemikiran bebas didunia eropah selatandizaman pertengahan atas yang akhirnya membawa kepada Renaissance di eropah.   Perkara ini menunjukan pengaruh islam tidak terhad dalam bidang intelektual dan saintifik tetapi diperluaskan melalui idealogi dan teologi serta aliran pemikiran rasional islam dalam bidang agama. Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, Hlm 204.
[55]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, . Hlm 204-205

[56]Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan