Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 28 November 2012

BOM IKAN DI SEMPORNA. BERDASARKAN DUA TEORI ETIKA ALAM SEKITAR





ANEA 3102 ETIKA ALAM SEKITAR
KAJIAN ISU PENGEBOMAN IKAN BERDASARKAN     TEORI TELEOLOGIKAL DAN DEONTOLOGIKAL
(GROUP PROJECT)

NAMA:1)TAN JUN YI                AEL 1100
             2)PAAT HUI NGO          AEE 110047
             3)RAZIS KAMARUDIN AEE 110048

NAMA PENSYARAH:DR.JILIAN OOI

NAMA TUTOR:CIK SITI FAIRUS

TARIKH HANTAR:8.11.2012







ISI KANDUNGAN
1.0  PENGENALAN-------------------------------------------------------------------------------------3              
1.1  TUJUAN KAJIAN-------------------------------------------------------------------------3
1.2  KONSEP TELEOLOGI------------------------------------------------------------------4
1.3  KONSEP UTILITARIANISM----------------------------------------------------------5-7
1.4  KONSEP DEONTOLOGI---------------------------------------------------------------8-9

2.0  KONSEP BOM IKAN
2.1  DEFINISI BOM IKAN---------------------------------------------------------------------10
2.2  PIHAK YANG MENGGUNAKAN BOM IKAN-------------------------------------10
2.3  BAHAN-BAHAN DALAM BOM IKAN-----------------------------------------------11

3.0  KAWASAN KAJIAN
3.1  CIRI KAWASAN KAJIAN---------------------------------------------------------------12
3.2  PETA KAWASAN KAJIAN :SEMPORNA,SABAH--------------------------------13

4.0  KESAN PENGGUNAAN BOM IKAN
4.1  KESAN KEPADA MANUSIA------------------------------------------------------------14
4.2  KESAN KEPADA HAIWAN DAN TUMBUHAN------------------------------------15

5.0  HUJAH-HUJAH TEORI TELEOLOGI & DEONTOLOGI DALAM ISI PENGGUNAAN BOM IKAN
5.1  KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU BOM IKAN------------------------------16-17
5.2  KONSEP DEONTOLOGI DALAM ISU BOM IKAN----------------------------18-20

6.0  KESIMPULAN-------------------------------------------------------------------------------------21-22

7.0  LAMPIRAN------------------------------------------------------------------------------------------23

8.0 RUJUKAN--------------------------------------------------------------------------------------------24








1.0   PENGENALAN
Isu pengeboman ikan di daerah Semporna semakin berleluasa. Kegiatan pengeboman ikan bukan sahaja melibatkan nelayan-nelayan tempatan, tetapi juga nelayan-nelayan dari luar negara terutamanya negara Filipina. Dalam laporan kajian ini, isu pengeboman ikan akan dibincangkan secara mendalami tentang asal usul teknik pengeboman ikan, cara pengeboman ikan dan bahan letupan ikan. Berserta dengan peta yang menunjukkan lokasi tempat kajian/kejadian, kita harap dapat menjelaskan isu ini dengan lebih spesifik. Selain itu, konsep  dan konsep deontologi akan diterangkan dalam kajian ini. Isu pengeboman ikan dikaitkan dengan teori teleologi dan teori deontology. Kita akan melihat tindakan ini dari segi teleologi dan juga deontologi.


1.1  TUJUAN KAJIAN
·         Membincangkan isu pengeboman ikan di daerah Semporna.
·         Membincangkan konsep dan teori teleologi dan deontologi
·         Mengaitkan isu pengeboman ikan dengan teori teleologi dan deontologi
·         Dengan menghujahkan teori teleology dan juga teori deontologi, mengesahkan bahawa isu pengeboman ikan ini  dalam konsep teleologi atau konsep deontologi.


1.2   KONSEP TELEOLOGI
  Istilah teleologikal diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian. Teori ini juga dikenali sebagai consequentialism kerana teori ini mendakwakan bahawa nilai sesuatu tindakan ditentukan sama ada betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat atau hasil daripada sesuatu tindakan tersebut. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakan beretika. Kesan atau akibat yang dikatakan baik merujuk kepada seseorang manusia itu dapat menikmati kepuasan  yang tidak akan memudaratkan kepentingan mereka.
  Golongan yang berpendapat bahawa ketiadaan pertalian hubungan antara peraturan masyarakat dengan keperibadian mulia dalam etika, golongan tersebut lebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria moral. Teori teleologikal menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang benar,baik, jahat, salah ialah penghasilan nilai moral yang baik. Mengikut teori ini,sesuatu kebaikan dan kejahatan berlaku adalah ditentukan dalam nilai instrumentalnya.
  Mengikut teori teleologikal, akibat yang baik daripada tindakan tersebut adalah untuk membuat orang lain bahagia dan membawa sesuatu kebaikan yang dapat menguntungkan sendiri. Sebagai contohnya, sekumpulan nelayan yang menjalankan aktiviti pengharaman seperti pengeboman ikan untuk tujuan menyara keluarga dan menambahkan pendapatan mereka yang tidak seberapa akibat kemerosotan punca ikan di laut. Di sini,kita dapat merumuskan nelayan tersebut berbuat demikian demi keluarganya dan juga mengaut keuntungan daripada aktiviti tersebut.Tindakan adalah bersifat teleologi kerana tindakan ini telah membawa kesan yang baik antara kedua-dua pihak.
  Walaubagaimanapun, teori teleologikal juga mempunyai kelebihan dan kelemahan. Antara kelebihan ialah manusia perlu memastikan tindakan yang dilakukan itu hendaklah mendatangkan kesan yang baik atau bermanfaat. Manusia berhak bertanggungjawab terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Dalam teori ini, tiada perkataan tentang “baik-buruk” atau “salah-betul” dalam melakukan sesuatu tindakan, sama ada tindakan tersebut sah di sisi undang-undang ataupun tidak. Yang paling penting manfaat atau faedah dihasilkan.
Dari segi kelemahan teori teleologikal, keperluan manusia untuk mencari dan menentukan akibat adalah sukar kerana manusia tidak dapat meninjau sesuatu perkara dalam masa yang singkat dan juga masa depan. Manusia sering terpengaruh oleh masyarakat umun apatah lagi mereka yang mempunyai pengetahuan yang cetek dalam menilai tentang akibat yang mungkin timbul akibat tindakan mereka tersebut.
1.3 KONSEP UTILIRIANISM
 
  Perkataan “Utilitarianismadalah dikatakan menonjol pada awal abad ke-19 tetapi pada masa itu tidak digolong sebagai ajaran falsafah. Konsep ini biasanya lebih menunjukkan tanda berhubung kait dengan kumpulan radikal Inggerish membawa kesan apabila mereka cuba mempengaruhi ukuran kepentingan sosial .
  Perkataan ” Utilitarianismberasal dari “utility” yang bermaksud manfaat atau berfaedah dan pengubah sosial melabelkan terhadap konsep ini kerana mereka membuat secara praktikal dan ukuran  manfaat terhadap  institusi sosial akan dinilai, lebih kepada berkenaan dari keagamaan ataupun fungsi tradisi. Etika Utilitarianism berpegang prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang. Kebahagian yang dimaksudkan adalah keseronokan iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral tetapi boleh menberi kegembiraan atau kepuasan yang paling maksimum kepada seseorang dan orang yang lain. Terdapat dua pengasas kepada konsep ini iaitu Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.

JEREMY BENTHAM
  Jeremy Bentham lahir di London pada tahun 1748-1832. Bentham adalah ahli falsafah Inggeris yang radikal yang memberi teori kegunaan(utilitarianism) pada awal abad ke-19. Bentham juga telah membuat satu cadangan yang asas “utiliti”, beliau mengatakan bahawa “utiliti” bukan bermaksud “usefulness without regard to pleasantness”, tetapi lebih daripada harta atau kepunyaan sesuatu benda, di mana cenderung untuk menghasilkan kebaikan,manfaat, keseronokan, baik atau kegembiraan. Kebaikan atau keseronokan akan mengelakkan daripada berlaku sebarang kesakitan,kerugian,kejahatan dan kesedihan
  Matlamat Bentham dalam Utilitarianism adalah untuk memberi kebaikan tertinggi kepada orang ramai. Dalam bukunya Introduction to the Morals and Legislation, Bentham percaya manusia diletakkan dalam dua keadaan semula jadi iaitu kesakitan dan keseronokan. Beliau menghuraikan prinsip kegunaan sebagai cara menambah kegembiraan atau kebahagiaan sebuah masyarakat. Beliau percaya semua tindakan manusia dirangsang oleh keinginan mendapat keseronokan atau keinginan untuk mengelakkan diri daripada kemudaratan. Utilitarianism berpegang kepada the greatest good for the greatest number di mana sesuatu tindakan perlu membawa lebih banyak keseronokan, kebahagian berbanding dengan kesakitan dan kesengsaraan.
  Makhluk hidup dalam institusi yang penuh dengan cabaran dan mereka perlu memastikan bersaing untuk memperjuangkan keseronokan dan menimumkan kesakitan sebaik mungkin.Bentham juga mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan,manakala usaha mencari kebahagian atau kegembiraan adalah dianggap bermoral.Bentham berhujah bahawa semua manusia cuba untuk mencapai keseronokan .Keseronokan akan dicapai apabila keseronokan pada tahap maximum (utility) dan tahap penderitaan pada tahap minimum (disutility).Dalam teori Bentham,apabila kita hendak membuat penilaian pada sesuatu tindakan beretika,kita perlu mengetahui beberapa kepuasan atau kegembiraan dapat diperoleh daripada tindakan yang meliputi objektif,proses dan secara terbuka.Teori beliau mengamalkan sistem demokrasi iaitu setiap orang diberi hak yang sama rata dan dapat menikmati keseluruhan kegembiraan.Selaras dengan konsep yang bagi oleh Bentham  “one man,one vote.”
Bentham telah memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk menganalisi tahap pencapaian keseronokan (pleasure) iaitu Hedonistic Calculus. Terdapat tujuh faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan tahap keseronokan dan kesengsaraaan iaitu intensity,duration,certainly,propinquity,fecundity,purity dan extent. Biar kita ambil contoh, kes pengeboman ikan di Semporna ,Sabah yang dilakukan oleh sesetengah nelayan, di sini kita melihat kepada tahap jangka masa sesuatu keseronokan atau kesengsaraan terhadap setiap orang. Setiap tahap yang dinyatakan diberi nilai.Apabila jumlah nilai positif lebih daripada jumlah nilai negatif, maka tindakan itu dikatakan bermoral atau sebaliknya.Namun begitu, pengukur Kalkulus Hedonistik Bentham adalah sukar diukur kerana perlu mengambil pertimbangan yang mendalam untuk membuat sesuatu keputusan, kadang-kala timbul ketidakadilan terhadap golongan-gologan tertentu seperti golongan minoriti.
  Teori ini mempunyai dua ciri penting. Pertama, Bentham mengesyorkan manusia akan mempertimbangkan semua kesan yang timbul akibat tindakan diambil dan seterusnya menentukan sama ada tindakan itu bermoral ataupun tidak. Aspek ini dikenali sebagai act-utilitarianism. Kedua dikenali sebagai hedonistic utilitarianism iaitu manusia mengukur keseronokan dan kesengsaraan yang timbul akibat tindakan yang diambil.
             Secara kesimpulannya, matlamat Bentham dalam teori Utilitarianism bertujuan untuk memberi kebaikan tertinggi kepada orang ramai. Beliau juga menegaskan bahawa manusia patut memaksimunkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan orang ramai. Manusia diibaratkan sebagai pemburu keseronokan dan membenci kesakitan.Prinsip utiliti menyamakan keseronokan dan kebahagiaan.

John Stuart Mill
  John Stuart Mill ialah seorang ahli falsafah Inggeris (1806-1873). John ialah seorang anak kepada kawan baik Jeremy Bentham,iaitu James Mill (1773-1836). John menjadi semakin agung dalam sejarah teori falsafah dan pada masa yang sama beliau cenderung kepada reformasi masyarakat daripada teori yang abstrak yang dibawa oleh Bentham. Beliau terpengaruh dengan pandangan Bentham dan beliau tidak bersetuju dengan pandangannya yang menekankan hanya kepada kuantiti keseronokan.Sebaliknya, beliau menolak pandangan Bentham yang mengatakan keseronokan yang diperoleh itu adalah serupa.
  John menekankan kualiti keputusan yang dapat memuaskan keperluan setiap orang. John juga menggunakan kalkulus utilitarian yang sama tetapi beliau lebih tertumpu kepada memaksimunkan kebahagian umum dengan mengira bilangan yang mendapat kebaikan. Sesuatu tindakan atau keputusan perlulah mengambil pertimbangan yang lebih menyeluruh dan memastikan tindakan tersebut akan membawa kebaikan sejagat.  Bentham mengekalkan keseluruhan keseronokan sama dengan utiliti, pada masa yang sama John menekankan kepada kualiti kegunaan atau manfaat lebih daripada kuantiti. John juga mengatakan bahawa kegembiraan atau keseronokan diperolehi daripada budaya dan keseronokan intelektual kerana mempunyai utiliti yang tinggi berbanding dengan keseronokan daripada fizikal semata-mata.Menurut beliau,kebahagian itu mempunyai kualiti sama ada tinggi atau rendah. Seseorang perlu mempunyai penilaian sendiri yang bersifat subjektif untuk membuat keputusan.
  Di samping itu, John juga berhujah bahawa hanya pendapat daripada individu yang pengalaman sahaja yang berhak memperoleh keseronokan tertentu. Kualiti keseronokan bagi John mengambil kira faktor bilangan penduduk, keprihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada sesuatu tingkah laku. Utilitarianism yang dikembangkan oleh John banyak digunakan dalam falsafah politik khasnya pihak kerajaan cuba membawa kepada keseronokan terhadap majoriti. Manusia yang mempunyai kualiti kebahagian yang tinggi digambarkan dengan keadaan sejahtera,sihat fizikal dan mental,berpendidikan ,berakhlak dan sensitif pada orang lain. Manakala manusia yang mempunyai kualiti kebahagian yang rendah pula mempunyai ciri-ciri seperti bodoh, jahil, malas, mementingkan diri sendiri dan suka akan kelazatan fizikal.
1.4              KONSEP DEONTOLOGI
Perkataan Deontologi berasal dari perkataan Yunani, iaitu “Deon”yang bermaksud kewajiban atau tugas, dan “logos”yang merujuk kepada ilmu(atau kajian). Deontologi menitikberatkan kepada kewajiban manusia untuk bertindak moral. Menurut etika Deontologi merujuk kepada sesuatu tindakan yang kita lakukan sama ada yang baik atau yang buruk adalah berdasarkan kepada prinsip moral dan undang-undang sejagat, tetapi bukan berdasarkan apa yang baik dilakukan atau berapa nilai yang boleh kita memperolehi daripada kelakuan tersebut. Deontologi ini merupakan teori yang bertentangan dengan konsep Consequentialism, iaitu satu konsep yang berdasarkan nilai moral yang dtentukan sama ada betul atau salah bagi sesuatu tindakan adalah berdasarkan akibat-akibat tindakan tersebut. Misalnya, dalam konsep deontologi, kita tidak boleh menipu kerana tindakan menipu merupakan satu tindakan yang salah mengikut prinsip moral. Dalam konsep teleologi yang bersifat  consequentialism pula membenarkan seseorang itu menipu supaya penipuan tersebut agar boleh mempertahankan sesuatu akibat yang lebih buruk.
  Teori Deontologi ini diperkenalkan oleh Immanuel Kant(1724-1804), beliau merupakan seorang ahli falsafah German yang  pernah belajar dan mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant menggunakan konsep deontologi untuk lahirkan teorinya, deontologi  juga dikenali sebagai Etika Kantian.  Kant percaya bahawa setiap tindakan manusia adalah berdasarkan niat atau motif sebab beliau melihat manusia mempunyai pemikiran yang rasional. Menurut Kant, setiap individu seharusnya bertindak dengan cara yang betul dan wajar berdasarkan prinsip moral yang ditentukan, tanpa sebarang syarat dan alasan, individu mempunyai kewajiban atau tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan hukum moral.  Kant tidak menyokong konsep Consequentialism yang menekankan tindakan berdasarkan penilaian nilai moral ke atas akibat daripada satu tindakan tersebut, kerana beliau berpendapat bahawa konsep ini mempengaruhi manusia melakukan sesuatu secara tidak rela tetapi terpaksa dilakukan demi kegembiraan dan kebaikan sejagat.
  Kant menumpukan kepada niat, motif dan tujuan sesuatu tindakan yang berniat baik(Good Will) tetapi bukan berdasarkan emosi atau akibat. Bagi Kant, sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang bermotif baik dan secara suka rela, serta mematuhi prinsip moral yang telah diakui, maka tindakan itu dianggap mempunyai nilai moral. Sesuatu tindakan tidak mempunyai nilai moral jika tindakan itu hanya mementingkan satu pihak atau mementingkan diri sendiri.
 
 
  Kant mengemukakan satu formula yang disebut sebagai Categorical Imperative atau pratikal imperative yang mempunyai 3 siri formula yang saling bergantungan untuk memperkukuhkan ideanya. Categorical Imperative adalah kita harus bertindak mengikut  niat sebagai satu matlamat yang penting, niat itu harus berdasarkn undang-undang dan kewajiban(maksim) yang kita berupaya. Kewajiban dan kemanusiaan ditegaskan sebagai nilai instrinsik manusia di sini. Pertama, seseorang itu harus melakukan tindakan tertentu yang mempunyai motif yang umum, dan tidak bercanggah dengan undang-undang semulajadi, maka tindakan itu adalah bersifat moral. Kedua, semua indidu harus saling menghormati dan tidak harus mempergunakan orang lain supaya mencapai niat atau kepentingan sendiri. Kant menggabungkan dua idea tersebut ke dalam CI ketiga, iaitu individu seharusnya berkelakuan mengikut niat yang betul dan mematuhi undang-undang sejagat, agar tindakan tersebut disetujui dan dapat dipatuhi oleh orang lain. Bagaimanapun, teori deontologi harus diamalkan oleh setiap orang semasa membuat sesuatu tindakan. Kita akan memberi hujahan teori deontologi yang berkait dengan isu pengeboman ikan pada bab-bab seterusnya.


2.0 : KONSEP BOM IKAN.
2.1 : APA ITU BOM IKAN?
Bom Ikan adalah sejenis bahan letupan yang digunakan oleh segelintir nelayan yang tak bertangungjawab di daerah Semporna. Bom ikan ini dibuat dengan mudah iaitu hanya mengunakan bahan kimia yang dikenali sebagai serbuk Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca dan span.  Disebabkan penghasilan bahan letupan tersebut senang dipraktikkan, maka ramai nelayan di Semporna amnya menggunakan kaedah ini untuk memperolehi sumber laut. Penggunaan bom ikan adalah satu cara mudah dan cepat kerana untuk mendapatkan ikan, yang hidup di terumbu karang sangatlah sukar, ikan dapat meloloskan diri dengan mudah. Batu karang bukan sahaja menjadi habitat semata-mata tetapi juga menjadi tempat perlindungan ikan-ikan dari tangkapan nelayan yang mengunakan pukat. Oleh sebab itu segelintir nelayan mengunakan cara mudah bagi mendapatkan ikan-ikan yang hidup di terumbu karang dengan cara mengebom ikan tersebut.
2.2 : PIHAK YANG MENGGUNAKAN BOM IKAN.
 Pada peringkat awal, kegiatan ini dilakukan oleh masyarakat asing lazimnya yang berasal dari Selatan Filipina. Mereka datang membawa teknik mengebom ikan seperti mana mereka lakukan di tempat asal mereka sekitar era 80-an dan 90-an.  Setelah itu ia telah dipelajari oleh segelintir nelayan  tempatan yang mendiami sekitar pulau-pulau di Semporna termasuklah pulau Bum-Bum.  Oleh sebab itu kegiatan bom ikan di Semporna dilakukan oleh segelintir penduduk tempatan yang telah mahir mengunakan Bom Ikan.
Sebilangan penduduk yang mendiami kepulauan di Semporna adalah nelayan tradisional yang mengunakan kaedah tradisi dalam aktiviti menangkap ikan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai peralatan yang canggih seperti kapal, sonar, dan lain-lain untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan.  Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah  untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak dengan mengunakkan bom ikan.  Bom Ikan bagi mereka adalah satu teknik penangkapan yang membawa pulangan yang lumayan dengan cepat tanpa mengunakan kos yang tinggi. Teknik pengeboman ikan amat mudah dipelajari, maka kegiatan ini menjadi semangkin berleluasa walaupun risiko untuk mendapat kemalangan sangatlah tinggi. Risiko kemalangan Bom Ikan adalah sangat tinggi kerana dengan hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk meletup setelah dinyalakan bahan peledaknya.  Kecederaan kemalangan akibat bom ikan ini boleh membawa maut dan cedera seumur hidup. Sebagai contoh, tangan akan lumpuh jika kemalangan berlaku semasa penggunaan bom ikan. Perkara ini berlaku kerana letupan bom ikan yang kuat.
Tahap pendidikan dan pengetahuan yang sangat terhad menyebabkan mereka tidak dapat membezakan buruk dan baik sesuatu yang mereka lakukan.   Kehidupan sebilangan kecil mereka tidak mempunyai pendidikan dan pengetauan tentang alam sekitar.  Oleh sebab itu mereka melakukan kegiatan mengebom ikan kerana tidak mengetahui kegiatan tersebut akan menghancurkan ekosistem dan biodiversiti marin yang mendiami terumbu.  Disebabkan itu mereka hanya melakukan kegiatan tersebut tampa melihat jangka masa depan ataupun mereka tidak terfikir nasib generasi akan datang
2.3 :  BAHAN-BAHAN DALAM BOM IKAN.
 Bahan utama yang digunakan untuk Bom Ikan adalah serbut Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca dan span. Serbuk Amonia Nitrat adalah sejenis bahan kimia yang disalahgunakan oleh nelayan.   Selain itu, bahan api turut digunakan untuk membuat bom ikan, sama ada minyak petrol, diesel ataupun minyak tanah.  Disebabkan bom ikan ini mudah dibuat dan kos murah untuk mendapatkanya maka ia menjadi langkah pantas untuk mendapatkan ini. 
3.0 : KAWASAN KAJIAN.
3.1 : CIRI-CIRI KAWASAN KAJIAN
Daerah Semporna terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti laut. Terumbu karang antara hidupan laut yang paling terkenal di perairan laut di sepanjang pulau-pulau di daerah Semporna.  Kawasan kajian memiliki beberapa pulau yang terkenal seperti pulau Mabul, pulau Sipandan, Mataking dan lain-lain.   Kawasan kajian juga adalah kawasan yang diketogorikan sebagai kawasan coral triangle.
                                            
Gambar menunjuklan daerah Semporna termasuk dalam kawasan coral triangle.
Air di sekitar kawasan kajian juga diketogorikan di perairan cetek yang mengalakan pertumbuhan batu karang.  Perairan yang jernih dan pembentukan arus air laut yang baik kerana dipengaruhi oleh dua kawasan laut yang besar iaitu Laut Sulawesi di sebelah utara dan selatan adalah Laut Sulu. Hal ini menyebabkan perairan di kawasan kajian sesuai untuk pembentukan pelbagai jenis terumbu karang yang menjadi tempat tinggal atau habitat yang selesa bagi  pelbagai jenis hidupan marin terutamanya ikan, dan lain-lain. Pengeboman ikan dilakukan ketika air surut kerana waktu ini kumpulan ikan akan membentuk kawanan yang begitu besar dan kawanan ikan ini selalunya akan mencari kawasan untuk mencari makanan.   Oleh itu terumbu karang selalunya menjadi kawasan kawanan ikan ini. Selain itu,  lokasi yang menjadi tarikan nelayan yang mengunakan Bom Ikan adalah kerana kawasan kepulauan tersebut mempunyai keluasan kawasan terumbu karang yang sesuai untuk kegiatan menanam rumpai laut.  Disebabkan rumpai laut adalah salah satu makanan ikan seperti ikan Belais dan lain-lain maka ia menjadi sasaran aktiviti mengebom ikan.  Cara penanaman rumpai laut secara line(dalam garisan lulus) menarikan ikan mencari makanan dan kumpulan ikan berkenaan akan menetap dibawa kawasan penanaman rumpai laut tersebut.  Jadi mereka yang melakukan pengeboman ikan akan mencari ikan disekitar kawasan penanaman rumpai laut
3.2 :  PETA KAWASAN KAJIAN
Peta menunjukan kawasan kajian untuk meneliti aktiviti Bom Ikan di daerah Semporna. Kegiatan Bom Ikan sering dilakukan dikawasan pulau-pulau yang tidak terkenal seperti Pulau Karindingan, Pulau Danawan, Pulau Legetan dan Pulau Omadal. Manakala kawasan yang terkenal seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan Taman Marin Tun Sakaran adalah kawasan sifar aktiviti Bom Ikan kerana sentiasa dibawa pengawasan pihak berkuasa dan pihak bertangungjawab.
Kawasan aktiviti Bom Ikan dijalankan adalah dikawasan yang mempunyai kawasan beting pasir dan beting batu karang yang luas di sekitar pulau-pulau Semporna, sepanjang perairan terumbu karang.  Walaupun rondaan dilakukan oleh pihak berkuasa seperti pasukan Marin, PGA, dan Polis, namun kegiatan ini masih dapat dilakukan oleh nelayan yang menggunakan bom ikan sebagai mata pencarian rezeki.  Hal ini berlaku kerana, sewaktu air surut pihak berkuasa tidak dapat melakukan rondaan kerana ketika air surut, kumpulan ikan akan membentuk kawanan yang begitu besar dan mencari makanan.   Oleh itu ,terumbu karang selalunya menjadi kawasan
 kawanan ikan ini. Hal ini menyebabkan kegiatan tersebut sukar untuk dibanteras oleh pihak berkuasa kerana bot akan tersangkut pada beting pasir dan beting batu karang.

4.0 : KESAN PENGUNAAN BOM IKAN
4.1 : KESAN KEPADA MANUSIA
Perikanan
            Disebabkan segelintir nelayan yang mengunakan Bom Ikan untuk mendapatkan ikan-ikan yang hidup di terumbu karang, maka padahnya akan dikongsi bersama oleh semua nelayan di daerah semporna.  Seperti pepatah melayu “kerana nilah setitik, rosak susu sebelangga” begitulah impak yang harus diterima oleh nelayan di semporna.    Bom ikan akan memusnahkan habitat ikan tersebut, seterusnya hasil tangkapan nelayan akan berkurangan  dari masa ke semasa. Seterusnya kadar pendapatan nelayan juga akan merosot kerana penurunan hasil tangkapan ikan.
Pelancongan.
            Kemusnahan kepelbagaian terumbu karang  memberikan impak kepada sektor pelancongan.  Kegiatan Bom Ikan akan memusnahkan terumbu karang dan mengambil masa yang panjang untuk pulih semula.  Disebabkan itu, kegiatan pengeboman ikan turut menyebabkan kemerosotan sector pelancongan, jarang menarik pelancong datang ke Semporna, Malaysia.  Akibatnya, pelancong yang datang berkunjung ke Semporna ingin menikmati pemandangan laut yang warna-warni yang dihiasi pelbagai biodiversiti marin termasuk terumbu karang akan berasa kecewa kerana kemusnahan pandangan di kawasan terumbu karang.  Maka dengan itu, kegiatan Bom ikan turut menjadi penyebab kepada kemerosotan pelancong untuk berkunjung ke pulau-pulau di daerah semporna.                                    
4.2 : KESAN KEPADA ALAM SEKITAR
Hilang habitat pelbagai biodiversiti marin
            Pada masa yang sama, kawasan kajian tersebut mencatatkan sebanyak 844 jenis ikan yang terdapat di kawasan perairan Semporna. Aktiviti pengeboman ikan menyebabkan kemusnahan kepelbagaian biodiversity marin seperti plankton, terumbu karang, spesis ikan batu karang seperti Clown Fish, Rainbow Parrot Fish, Flame Angel, Moorish Idol, Symphysodon, Coral Beauty, Lion Fish, Clown Trigger Fish, Emperor Angel Fish dan lain-lain. Bom ikan akan menyebabkan semua hidupan akan mati di sekitar 2 hingga 8 meter dari kawasan letupan Bom tersebut.  Hal ini menunjukkan bahawa bom ikan bukan sahaja menyebabkan kematian ikan yang hendak ditangkap oleh nelayan, seperti Belais, tetapi ia juga mengakibatkan kematian beribu-ribu hidupan marin yang lain.  Kemusnahan yang mengambil masa panjang untuk pulih semula sehingga ratusan tahun menyebabkan hilang habitat pelbagai hidupan laut. 
Putus rantai makanan pelbagai hidupan marin
            Kesan bom ikan juga menyebabkan terputus rantai makanan hidupan marin.  Impak bom yang memusnahkan terumbu karang dan plankton menyebabkan hidupan yang bergantung hidup dengan terumbu akan terjejas seterusnya keseimbangan ekosistem marin terganggu.  Perkara ini disebabkan Bom Ikan yang digunakan oleh nelayan akan memusnahkan sama sekali terumbu disekitarnya.  Maka kemusnahan terumbu akan menyebabkan rantaian makanan hidupan termasuk ikan, ketam, udang batu, dan lain-lain terganggu.  Akibatnya spesis hidupan ini akan terancam dan jika berterusan akan mengalami kepupusan. Batu karang merupakan tapak asas kepada ekosistem di kawasan marin tropika. Terumbu batu karang yang terhasil itu membekalkan tempat tinggal kepada hidupan lain yang bersaiz kecil dan merupakan salah satu bahagian dalam rantaian makanan. Selain itu, ia juga memainkan peranan sebagai pembekal kepada rantaian makanan melalui hubungan simbiosis dengan alga yang terdapat dalam sel-sel batu karang.


5.0. HUJAH-HUJAH TELEOLOGI DAN DEONTOLOGI DALAM ISU PENGGUNAAN BOM IKAN
5.1. KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU PENGEBOMAN IKAN
  Dalam isu pengeboman ikan di Semporna,Sabah ,kita dapat melihat bahawa sesuatu kejadian berlaku semestinya ada kesan atau akibat yang bakal diterima. Dalam kes ini, pengeboman ikan dari sudut pandangan nelayan adalah penting kerana mereka perlu mencari rezeki akibat kesempitan hidup yang semakin ketara. Mengikut etika teori teleologikal,pengeboman ikan dalam kalangan nelayan adalah betul dan tidak bersalah kerana niat dan matlamatnya adalah menyara kehidupan keluarga yang serba kekurangan, mereka meletup ikan bukan sahaja dapat menangkap ikan untuk menyara keluarganya tetapi juga menjana sumber ekonomi. Walaubagaimanapun,bagi etika deontologikal, perbuatan itu salah kerana perbuatan meletup ikan adalah salah di sisi undang-undang. Pengeboman ikan secara haram adalah tindakan yang tidak dibenarkan oleh masyarakat atau undang-undang. Jika nelayan itu memikirkan tentang hukuman yang mungkin diterima sekiranya mereka melakukan tindakan meletup ikan, mereka mungkin tidak akan melakukan, berdasarkan etika teleologi yang menekankan kesan dan akibat sesuatu tindakan.
  Dari sudut pandangan terhadap tindakan yang bermoral, pengeboman ikan dikatakan membawa akibat atau manfaat yang baik walaupun tindakannya telah menyalahi undang-undang kerana menggunakan bahan letupan secara haram dan letupan tersebut telah membawa kesan sampingan yang tidak terhingga kepada alam sekitar  sisi pandangan orang luar. Namun, berdiri pada sudut pandangan nelayan-nelayan tersebut, mereka bertindak sedemikian bukan sahaja dapat menyara hidup ahli keluarga mereka, mereka juga dapat mengaut keuntungan besar. Tindakan ini dengan merujuk kepada teori teleologi, tindakan ini diterima. Jika memikirkan dari sudut pandangan mangsa-mangsa yang terancam, seperti terumbu karang, pelancong asing, dan juga nelayan yang lain yang tidak meletup ikan, kegiatan pengeboman ikan telah membawa kesan yang buruk secara langusung kepada mereka. Dengan itu, berdasarkan teori teleologikal pula, tindakan tersebut tidak mempunyai nilai moral kerana kesan buruk melebihi kesan baik. Bahan letupan bom ikan bukan sahaja akan memusnahkan ekosistem laut malah akan membahayakan sendiri serta manusia yang tidak berdosa. Mengikut etika teleologikal, pengeboman ikan secara haram yang dilakukan oleh sesetengah golongan nelayan adalah baik kerana tindakan ini dapat mencari sumber rezeki yang lebih lumayan daripada terus menggunakan teknik penangkapan tradisional.
             Akibat yang baik daripada pengeboman ikan dapat kita merujuk kepada dua tafsiran iaitu,pertama, kesan tersebut telah menyebabkan orang lain bahagia dan pada masa yang sama juga akan menguntungkan diri sendiri. Lebih jelas lagi,sebagai contoh, hasil ikan daripada penggunaan bom ikan adalah lumayan telah membantu golongan bawahan ini dapat  menambahkan sumber pendapatan mereka. Jika mereka tidak berlaku demikian dan hanya bergantung kepada cara penangkapan ikan yang tradisional, golongan nelayan ini mungkin akan mengalami kesusahan hidup.
Dalam konsep Utilitarianism ini, manusia cuba memaksimunkan keseronokan dan meminumkan kesusahan. Manusia sememangnya ditakdirkan untuk menikmati keseronokan dan mengelakkan sebarang kesakitan sampai akhirat.Dengan itu.nelayan tersebut memandangkan ke arah kesan atau akibat yang baik, maka mereka pun melakukan sesuatu tindakan yang dapat memaksimunkan keseronokan dan menimimunkan kesakitan atau kesengsaraan. Menurut Bentha, manusia sentiasa mencari peluang mengejar keseronokan fizikal dan mengelakkan kesakitan fizikal. Dalam isu pengeboman ikan,nelayan hanya meniru cara penangkapan ikan yang berasal dari negara jirannya, iaitu negara Filipina yang  mula mencipta kaedah-kaedah bom ikan dengan menggunakan bahan letupan.
Apabila kaedah penangkapan haram ini digunapakai oleh nelayan-nelayan yang boleh dikatakan masih mengamalkan cara tradisional telahpun mencuba bagi meningkatkan hasil pengeluaran ikan mereka.Pengeboman ikan dengan menggunakan bahan letupan yang mudah didapati itu telah mendorong nelayan-nelayan tersebut mengekploitasi alam sekitar sebaik mungkin supaya dapat memenuhi keperluan atau kehendak mereka serta menjauhi sebarang kesusahan atau penderitaan.Walaubagaimanapun, teori teleologi juga tidak dapat digunapakaikan dalam setiap keputusan tindakan kita, kerana bukan semua tindakan yang kita hendak buat mempunyai akibat dan kesan yang terang. Jika sesuatu tindakan tiada akibat atau kesan yang terang, kita sukar menilai tindakan itu adalah bermoral atau tidak. Kita mungkin sentiasa berasa sukar membuat pertimbangan sesuatu tindakan yang hendak dibuat kerana kita sentiasa perlu fikirkan akibatnya, ini adalah susah jika kita tidak jelas terhadap akibat sesesuatu tindakan.



5.2. KONSEP DEONTOLOGI DALAM ISU PENGEBOMAN IKAN
Dalam isu pengeboman ikan ini, kita boleh tahu terdapat beberapa pihak yang terlibat, iaitu pihak berkuasa yang melakukan tindakan undang-undang seperti pasukan Marin, PGA, dan Polis, dan juga pihak nelayan yang melakukan aktiviti pengeboman ikan, seterusnya adalah pihak yang terancam, iaitu hidupan marin dan sektor perikanan dan sektor pelancongan. Dalam membincangkan tentang konsep deontologi dalam isu ini, beberapa sudut pandangan yang berbeza harus dititikberatkan.
Konteks kita menfokuskan kepada  kegiatan pengeboman ikan ini sememangnya telah melanggari konsep deontologi, kerana prinsip moral dan undang-undang sejagat tidak dipatuhi. Hal ini kerana, mengikut Akta Bahan Letupan 1957,Seksyen 7, sesiapa yang cuba menyebabkan letupan, atau membuat atau menyimpan bahan letupan dengan niat hendak membahayakan nyawa atau harta adalah melanggari undang-undang. Mengikut undang-undang, kegiatan ini dikira salah kerana nelayan-nelayan telah menggunakan bahan letupan dalam penangkapan ikan. Kegiatan pengeboman ikan bukan sahaja membolehkan seseorang nelayan itu memiliki bahan letupan secara haram, perkara ini juga memberi peluang kepada mereka meletup dan menangkap ikan secara sesuka hati. Nelayan-nelayan tidak memikirkan dari segi undang-undang dan tentang prinsip moral, mereka hanya semata-mata berbuat demikian mungkin bagi mereka kepentingannya ialah menyara hidup sahaja. Tambahan pula, kawasan yang terlibat dalam kegiatan pengeboman ikan sukar diawasi, jadi nelayan-nelayan tidak akur terhadap Akta Letupan Api 1957 yang mengenakan hukuman yang berat.
Menurut apa yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985, nelayan dilarang menangkap ikan sekiranya tiada lessen atau permit untuk menangkap ikan di kawasan perairan yang terkawal. Menurut Akta Perikanan 1985, seksyen 44, mengenai tiada sesiapa pun boleh membawa, mengguna atau memiliki dalam taman laut atau rizab laut di perairan perikanan Malaysia dengan  apa jua senapaang angin, serampung, kelengkapan melembing ikan, tempuling atau senapang sedutan, atau jenis senjata lain yang berkemungkinan berbahaya kepada hidupan akuatik sama ada tumbuhan dan haiwan atau struktur terumbu karang. Akta ini juga melarang penggunaan apa jua senjata dari luar batas taman laut atau rizab laut dan ditujukan atau diarahkan ke hala taman laut atau rizab laut. Seksyen 44 jelas menekankan bahawa larangan-larangan penangkapan ikan yang dikenakan kepada nelayan-nelayan supaya tidak menggunakan senjata-senjata yang bahaya yang akan menjejaskan hidupan laut yang lain. Namun, akta tersebut tidak dihirau oleh nelayan-nelayan. Nelayan bukan sahaja bertindak melanggari undang-undang, mereka juga mengganggu kesejahteraan hidupan marin yang lain dan juga mangsa-mangsa lain, termasuklah pelancong yang hendak menikmati keindahan pandangan terumbu karang dan juga nelayan-nelayan lain yang mempunyai lesen untuk menangkap ikan. Mengaitkan balik kegiatan pengeboman ikan dengan etika deontologi, kegiatan pengeboman ikan memang tidak mempunyai nilai moral dan tidak bermanfaat kepada sesiapa pun. Nelayan-nelayan dalam isu ini, tidak berniat baik(berdasarkan prinsip moral) telah melanggari hukum deontologi kerana mereka tidak memegang kewajiban untuk mematuhi undang-undang dan prinsip moral. Niat yang jahat mempengaruhi seseorang itu bertindak kejam dan secara tidak bermoral.
Tegasnya, kewujudan Akta-akta dan Undang-undang adalah berperanan menegakkan keadilan dan membanteras jenayah. Akta-akta yang digubal bertujuan melahirkan kepatuhan terhadap undang-undang dalam kalangan masyarakat, setiap orang harus memikirkan sama ada tindakan mereka melanggari undang-undang ataupun tidak. Dengan itu, kelakuan yang berhemah dan berniat baik akan dipupukan.  Manusia yang mempunyai motif yang baik dan sentiasa berpegang terhadap prinsip moral sahaja yang akan melakukan tindakan yang baik.
Pihak berkuasa sentiasa melaksanakan kewajiban mereka untuk meronda dan mengambil tindakan undang-undang untuk menangani masalah pengeboman ikan. Dari sudut pihak berkuasa, mereka memegang kuat terhadap prinsip deontologi juga kerana mereka mengambil tindakan undang-undang seperti hukuman yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada nelayan-nelayan yang melanggari undang-undang merupakan satu bentuk kewajiban mereka terhadap tugas mereka. Pihak berkuasa yang sentiasa memegang konsep deontologi akan sentiasa berobligasi dalam membuat rondaan supaya ketenteraman laut sentiasa terjamin. Motif dan tujuan pihak berkuasa dalam konteks ini adalah memenuhi etika deontologi kerana motif yang betul memberi kebaikan sejagat.
Walaubagaimanapun, etika deontologi ini lebih melencong kepada tindakan yang betul berdasarkan nilai moral yang dapat disetujui oleh masyarakat. Hakikatnya, bukan semua tindakan yang kita lakukan harus mempertimbangkan nilai moral tanpa memikirkan akibatnya. Misalnya,  nelayan yang meletup ikan mungkin sedar bahawa tindakan mereka ini adalah salah di sisi undang-undang, tetapi demi meneruskan hidup, mereka terpaksa juga menangkap ikan, cuma cara mereka mendapatkan ikan adalah perbuatan yang kejam dan salah. Mengikut etika deontologi, niat nelayan yang menangkap ikan bagi menyara hidup keluarganya adalah bermoral tetapi tindakan mereka tidak bermoral, tetapi, jika mengikut etika teleologi, perbuatan mereka ini adalah baik kepada mereka sesama sendiri. Selain itu, mungkin juga nelayan-nelayan yang melakukan tindakan ini akan sentiasa tertanya-tanya, “apa faedah mereka akan dapat jika mereka mematuhi undang-undang?” atau “Jika saya mematuhi undang-undang dan menangkap ikan dengan menggunakan cara yang tradisional, bolehkah saya menyara hidup sekeluarga saya?”. Dalam persoalan ini, wujudnya konflik antara tindakan yang betul dan salah, atau yang patut dan tidak patut, tindakan yang dilakukan seharusnya berdasarkan etika teleologi atau deontologi. Pada perenggan seterusnya, kita akan merumuskan dan membuat keputusan kita untuk menyokong isu pengeboman ikan adalah berada dalam teori teleologi atau teori deontologi.



6.0  KESIMPULAN


  Secara ringkasnya, perbuatan mengebom ikan yang dilakukan oleh nelayan-nelayan di sekitar lautan Semporna, Sabah, tidak dikira betul ataupun salah sekiranya tiada wujudnya undang-undang. Ini disebabkan teori teleologi yang menekankan kebaikan sejagat sesuatu tindakan, iaitu kebaikan yang boleh dibawa kepada kebanyakkan orang adalah lebih daripada kesengsaraan yang diberikan kepada minoriti. Jika isu ini dinilai mengikut teori teleologikal, dalam sudut pandangan nelayan-nelayan ini, mereka bertindak baik kerana mereka memang mendapatkan habuan besar daripada tindakan tersebut. Tindakan ini memang membawa manfaat kepada mereka sendiri. Namun, perkara ini dari segi deontologikal, adalah tidak baik dilakukan kerana pelakuan ini telah menguggat dan mengancam keselamatan, kesejahteraan, dan kedudukan orang lain seperti nelayan yang lain(mempunyai lessen dan menangkap ikan secara tradisional) dan juga mengecewakan pelancong-pelancong yang datang berhasrat untuk melihat keindahan laut dan terumbu karang. Kegiatan pengeboman ikan hanya memberi sikit manfaat kepada kumpulan kecil dan mengancam keperluan dan kesejahteraan majoriti manusia dan alam sekitar. Jadi, dalam isu pengeboman ikan ini, perbuatan nelayan ini dikatakan bersifat teleologikal.
Beralih kepada teori deontological pula, melihat dari sudut pandangan nelayan-nelayan yang melakukan tindakan ini, mereka yang ingin menyara hidup keluarganya dikira mempunyai niat yang baik, tetapi mereka telah mengabaikan dan mengguggat keselamatan dan kesejahteraan orang lain dan juga ketenangan alam sekitar. Hal ini bercanggah dengan penekanan dalam teori deontologi yang sentiasa mementingkan motif yang betul/baik dan sentiasa mematuhi prinsip moral sebagai kewajiban sejagat/semua. Oleh itu, tindakan ini tidak memenuhi syarat-syarat teori deontologi. Nelayan-nelayan dalam konteks ini boleh diandaikan sebagai agent teleologi kerana mereka tidak menunjukkan sebarang motif yang baik dan juga mematuhi undang-undang. Sebaliknya, dengan melihat tugas-tugas yang dilakukan oleh pihak berkuasa pula, mereka telah memenuhi syarat-syarat deontologi, pihak berkuasa memegang obligasi untuk melaksanakan tindakan undang-undang terhadap nelayan-nelayan yang bersalah. Tujuan mereka adalah menegak keadilan bagi mangsa-mangsa yang terlibat. Dengan kewujudan undang-undang, misalnya Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Perikanan 1985, dapat melindungi nelayan-nelayan yang lain (berlesen), dan juga menjaga keselamatan masyarakat yang tinggal berhampiran. Dalam konteks ini, pihak berkuasa dan pengubalan undang-undang merupakan

agen yang bersifat deontologi kerana tindakan dan tujuan mereka adalah betul dan disetujui oleh masyarakat. Mereka berhak mengambil tindakan undang-undang seperti menahan atau menggari mereka(nelayan) yang disyaki memiliki, menggunakan, dan menjualkan bahan letupan.
  Kesimpulannya, dalam kajian kita yang mengenai isu pengeboman ikan ini, kita lebih menyokong dan setuju dengan teori deontologi yang lebih sesuai diaplikasikan. Dalam situasi ini, perkara ini amat jelas menunjukkan bahawa kewujudan undang-undang dan pihak berkuasa adalah sangat penting dalam membantu masyarakat menangani masalah jenayah atau ketidaktenteraman yang berlaku di dalam masyarakat. Setiap individu haruslah memikirkan kepentingan sejagat dan prinsip moral sebelum bertindak. Etika Deontologi membantu kita mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya, dan melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama. Keikhlasan hati seseorang itu mempengaruhi mereka bertindak baik. Dengan itu, kes-kes jenayah akan berkurangan. Dalam perbincangan ini, teori teleologi tidak salah tetapi teori ini amat bahaya kerana jika seseorang sentiasa memikirkan kesan yang baik sahaja tanpa memikirkan prinsip moral sebelum bertindak, akhirnya perkara yang mereka lakukan berkemungkinan besar mengandungi unsur-unsur berbahaya. Banyak alasan akan diberikan jika kelakuan seseorang itu disalahkan kerana mereka boleh melakukan apa sahaja yang bermanfaat bagi mereka.
7.0 LAMPIRAN:
           
Gambar:  Aktiviti bom ikan yang dilakukan diperairan semporna dilakukan oleh segelintir nelayan yang tak bertangungjawab dan mempunyai pengetauan rendah tentang alam sekitar




  8.0 RUJUKAN
1. Bennett, J.,  “Morality and Consequences”, in The   Tanner Lectures   on Human Values, Vol. 2, S. McMurrin, (ed.), Cambridge: Cambridge University Press.1991.
2. Finnis, J., Natural Law and Natural Rights. Oxford, 1980.
3. Graham Gordon., Eight Theories of Ethics. New York: Routledge/Taylor and Francis Group, 2004.
4. Keller.David R., Environmental Ethics: The Big Questions. United Kingdom: Wiley-Blackwell,  2010.
5. Nicholas Low., Global Ethics and Environment. New York: Routledge/Taylor and Francis Group, 1999.

Sumber laman web:
 1.AKTA PERIKANAN 1985(AKTA 317). Retrieved   from http://www.fishdept.sabah.gov.my/download/akta_perikanan.pdf
2. Alexander, L Moore M. (2007).Stanford Encyclopedia of Philosophy. Retrieved at 1st Nov 2011, from http://plato.stanford.edu/entries/ethics-deontological/
3. Garth Kemerling., The Philosophy Pages. Retrived at 1st Nov 2011,at http://www.philosophypages.com/referral/contact.htm
4. Undang-Undang Malaysia. Akta 613. Seksyen 3. Jadual Kedua. Akta Bahan Letupan 1957 . Akta 207. Seksyen 7.

2 ulasan: