Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 19 Oktober 2012

PERDAGANGAN DAN DIPLOMASI NEGERI PERAK DAN SELANGOR DENGAN BELANDA


PENGENALAN.
          Kedatangan Belanda pada awal abad ke 15 M  di Bitawi  akhirnya meluaskan pengaruhnya di tanah melayu selepas sahaja menundukan Portugis di Melaka pada 1641 M  atas bantuan dari kerajaan Johor.[1]  Dalam hal ini pengkaji hanya membincangkan penguasaan Belanda di Melaka seterusnya mempengaruhi negeri-negeri melayu, terutamanya Perak dan Selangor.   Belanda yang menguasai Melaka pada tahun 1641 M hanya untuk di jadikan sebuah pangkalan bagi memenuhi keperluan perdaganganya di Bitawi.[2]  Oleh itu Belanda harus mendapatkan bahan mentah secukupnya  untuk keperluan perdaganganya di Asia.  Perkara ini menyebabkan Belanda terpaksa  menjalankan dasar monopoli dalam perdagangan bijih timah.
     Belanda yang bertapak di Melaka mengamalkan tiga dasar untuk menguasai perdagangan bijih timah di negeri Perak dan Selangor.   Pertama sekali langkah yang di jalankan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) adalah menerusi peperangan, sebagai contah pada tahun 1657 belanda menyerang dan mengalahkan bugis di Linggi dan diakhiri dengan system “kontrak”.  Manakala yang kedua pula adalah melalui pengeluaran “pass” kepada kapal-kapal yang berdagang di selat Melaka dan yang terakhir adalah “jaminan keselamatan”, sebagai contoh apabila meletus perang saudara di antara kerajaan melayu maka mereka akan berpaling kepada Belanda.[3]
        Manakala Perak adalah antara negeri yang terkaya dengan sumber bijih timah[4] di Tanah Melayu.  Pengasasan negeri perak[5] adalah kesinambungan dari Kesultanan Melaka iaitu apabila Raja Muzafar Shah[6] di jemput ke Perak dan di tabalkan sebagai Sultan di sana.  Hal ini menunjukan Perak adalah kesinambungan dari kesultanan Melaka.  Pada tahun 1573 M Perak di bawa naungan Aceh yang di perintah oleh Sultan Iskandar Muda.  Setelah  Belanda menguasai Melaka maka Sultan Muzafar Syah telah mengutuskan perutusan untuk membuat perjanjian pada tahun 1642 M dengan harapan dapat membebaskan diri dari belengu kekuasaan Aceh dan ancaman Siam ketika itu yang sedang menjalankan kempen ketenteraanya di negeri pantai timur terutamanya Terangganu dan Kelantan.   Bermula dengan peristiwa tersebut Belanda mula memonopoli dalam pengeluaran bijih timah bagi menjamin kebebasan negeri Perak walaupun setengah pembesar tidak bersetuju dan ketika itu jugalah Belanda telah mendirikan kilang di sungai Perak.[7]  Ancaman Aceh keatas Perak semangkin lumpuh apabila Sultan Iskandar Muda telah mangkat pada tahun 1636 M.  Seterusnya memudahkan Belanda campur tangan dalam aktiviti pengeluaran bijih timah di Perak sehinggalah kedatangan Inggeris ke tanah melayu pada 1795 M.
      Selangor pula merupakan negeri baru muncul pada tahun 1766 M apabila Raja Lumu menduduki tahta kerajaan selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin,  iaitu negeri yang dulunya di bawa naungan kerajaan Melaka dan Johor kini telah bebas dari naungan kerajaan Johor.[8]  Kedudukan negeri Selangor bertambah kukuh pada tahun 1766 M apabila  dinobatkan sebagai Sultan yang sah oleh negeri perak yang ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud (Raja Kimas).[9]   Maka bermula dari peristiwa tersebut,  Selangor telah membebaskan dirinya secara  mutlak apabila mengunakan gelaran Sultan dalam pemerintahan.  Sultan yang pertama adalah Raja Lumu yang dikenali sebagai Sultan Salehuddin.[10]  Perkara ini menunjukan bahawa pengaruh orang bugis di Selangor bertambah kuat, ini bukan sahaja di sebabkan oleh jumlah orang bugis yang ramai mendiami wilayah Selangor terutamanya di Sungai Selangor dan Linggi.[11]  Belanda mula berjinak dalam perdagangan bijih timah di Selangor bermula sebelum penobatan Raja Lumu lagi, apabila Sultan Sulaiman (Johor) membenarkan Belanda menjalankan perdagang bijih timah di Selangor sebagai tanda berterima kasih kerana membantu Raja Mahmud (Raja Buang) menumpaskan saudaranya Raja Ali di Siak.  Hal ini menyebabkan Belanda mula bergiat dalam perdagangan bijih timah di Selangor pada awal abad ke 18 M.
SITUASI DI NEGERI PERAK KESAN DARIPADA PENGLIBATAN  BELANDA DALAM PERDAGANGAN BIJIH TIMAH.
EKONOMI
       Walaupun berlaku perkembangan ekonomi di negeri Perak dalam pengeluaran bijih timah, namun ia lebih menguntungkan Belanda berbanding negeri Perak.  Hal ini kerana Belanda telah menjalankan monopoli dalam perdagangan bijih timah di Selat Melaka dengan cara menetapkan harga bahan tersebut.  Pada  abad ke 18 M,  Belanda telah  bergiat kembali dalam perdagangan bijih timah di Perak pada 20 November 1745 atas arahan gabenor jeneral Bitawi ketika itu ialah Baron Van Imhoff kepada gabenor Melaka( Wilhelm Albinus) dan telah membuka loji di pulau pangkor semula.[12]   Perjanjian antara V.O.C dan Perak hanya ditandatangani dua tahun selepas itu iaitu pada 25 Jun 1747.  Perjanjian telah ditandatangani oleh Sultan Muzaffar Syah dengan Arry Verbrugge    dan   Perjanjian tersebut mengandungi 13 isi kandungan.
    Antara isi kandungan perjanjian tersebut adalah mengenai perdagangan bijih timah antara pihak V.O.C dan Perak.   Dalam perjanjian tersebut menerangkan bagaimana Belanda akan menjadi pembeli bijih timah dari Perak dan sebaliknya pula Perak akan menjual hasil bijih timah hanya kepada pihak Belanda.   Misa Melayu karya tulisan Raja Chulan menceritakan bagaimana perkara ini berlaku, melalui tindakan Belanda yang di anggap bijak  dapat memonopoli keseluruhan pengeluaran bijih timah di Perak.[13]   Belanda yang bijak telah menawarkan harga yang rendah berbanding dengan peniaga lain.   Tindakan V.O.C yang menetapkan harga sebahara bijih timah sebanyak 30 rial Sepanyol  dan ia akan dikenakan cukai sebanyak 2 rial bagi setiap bahara dan cukai ini menjadi pendapatan Sultan Perak.[14]   Misa Melayu juga menerangkan bagaimana Belanda membina Loji di pangkalan Halban, Tanjung Putus.  Selain itu Misa juga mengambarkan bagaimana perkembangan aktiviti perdagangan bijih timah ini menyebabkan kemajuan kerana perdagangan tersebut menyebabkan peningkatan pendapatan Sultan Perak, seperti mana dalam karangan Misa Melayu menyatakan bahawa “ Dengan adanya pembeli bijih timah dari orang-orang Belanda itu, maka negeri Perak pun makmurlah dan wang pun banyak bertukar tangan”.[15]   Perkara ini menunjukan bagaimana peningkatan aktiviti perdagangan bijih timah di Perak menjadi punca pendapatan utama disamping terdapat perniagaan barang-barang lain di jalankan sebagai contoh hasil hutan seperti rotan, damar, padi, dan lain-lain termasuk gajah.
    Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Syah pada tahun 1756 M, menyebabkan Raja Muda iaitu Raja Iskandar menaiki tahta kerajaan dengan gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain.   Beliau telah memerintah selama 14 tahun dari 1756 M sehingga 1770 M.[16]   Semasa pemerintahan beliau, hubungan Belanda-Perak sedikit rengang apabila tindakan juru bahasa India yang di utuskan oleh V.O.C telah bertindak melampau dengan menghantar surat yang tidak mempunyai sampul yang sempurna dan tidak memberitahu kepada Shahbandar dan Laksamana.  Akibatnya juru bahasa tersebut dihalang menghadap sultan.   Maka pihak Belanda di Melaka telah mengutuskan perutusan ke Bitawi agar membenarkan bertindak,  hal ini menyebabkan angkatan tentera kompani Belanda dari Bitawi datang dengan kekuatan tentera sebanyak 7 buah kapal.[17]   Perkara ini menyebabkan Sultan Iskandar Zulkarnain bersiap sedia dengan pengawal-pengawal yang lengkap bersenjatakan keris, istingggar, pemuras, pistol dan lain-lain.  Namun perang tidak berlaku, tetapi perjanjian telah di tandatangani bagi mengukuhkan perhubungan antara Perak dan Belanda.   Belanda telah menghantar tiga buah kapal dari Bitawi yang diktuai oleh R.E.F Lybroke.  Mereka telah menyerahkan sepucuk surat kepada Sultan Iskandar,  kehendak V.O.C adalah membeli bijih timah dan menghendaki bijih timah yang di beli hendaklah di bawa ke hilir sungai Perak melalui pangkalan Belanda di Tanjung Putus dan di sana akan dilakukan aktiviti jula beli.[18] 
       Setelah kemangkatan Sultan Iskandar Zulkarnain pada 19 julai 1765 M,[19] tahta kerajaan Perak diterajui oleh Raja Kimas ( Paduka Seri Muhmud Syah),  hal ini menyebabkan Belanda memperbaharui perjanjianya dengan Perak. Perjanjian tersebut  ditandatangani pada 17 Oktober 1765 M. Edward Cremer cuba mempengaruhi Sultan agar menjual semua bijih timah hanya kepada Belanda dengan harga 30 rial untuk satu bahara namun Sultan Mahmud Syah menolak permintaan tersebut.[20]  Hal ini menyebabkan Edward Cremer yang dihantar pada September 1765 M gagal untuk mendapatkan harga rendah kerana Sultan Mahmud Syah mengunakan alasan harga bijih timah yang ditawarkan oleh British adalah tinggi sehingga 40 rial sebahara.     Walaupun Raja Muda dan Raja Bandahara bersetuju dengan tawaran Belanda untuk menjual bijih timah pada harga 30 rial.[21]   Keadaan ini berterusan sehinggalah kemangkatan Sultan Mansor.  Setelah Sultan Alauddin Mansor Syah menaiki tahta kerajaan pada tahun 1773 M,  beliua telah bersetuju menjual bijih timah dengan harga 32 rial dan tetap mengekalkan cukai 2 rial.[22]  Dasar yang di jalankan oleh Belanda yang mengenakan harga yang rendah menyebabkan kemerosotan perdagangan bijih timah kerana pengusaha bijih timah tidak menjual kepada Belanda sebaliknya di bawa keluar dari Perak untuk dijual kepada saudagar Aceh, Cina, India dan Inggeris yang menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan Belanda. Walaupun Sultan Alaudin agar pihak Belanda menaikan harga sebagaimana saudagar lain, namun Gabenor Melaka, Pieter De Bruyn tetap berkeras tidak mempedulikan permintaan tersebut.  Kesanya menyebabkan penyeludupan bijih timah berlaku dan tidak dijual kepada Belanda.[23]
    Pada tahun 1781 M, British telah datang ke Perak, menyebabkan Bartholomew Meyer (Residen Belanda di Perak) disuruh menyerah dan meninggalkan Perak ataupun di serang.[24] Walaupun begitu,   Keadaan perdagangan bijih timah antara Perak dan Belanda masih tetap berlaku, di mana gabenor De Bruy sanggup membayar harga timah pada 32 rial sama seperti kontrak yang dibuat pada tahun 1773 M.  Keadaan ini menyebabkan penjualan bijih timah kepada saudagar selain Belanda masih berlaku kerana harga yang ditawarkan terlalu rendah,  walaupun Sultan Alaudin mengambil tindakan keras kepada sesiapa yang didapati menjual kepada pihak luar selain belanda, sebagai contoh pada tahun 1786 M seorang penjual bijih timah membawa timah keluar ke Kedah untuk di jual telah tertangkap menyebabkan dikenakan hukuman menjadi hamba bersama keluarganya dan barangan di rampas.  Selain itu, penyeludup juga akan dikenakan hukuman mati.  Pada tahun 1778 masihi British telah menjadi saingan ekonomi kepada Belanda, pada tahun 1799 M Belanda telah kalah dalam peperangan dengan Perancis dalam perang Napolion, dengan itu V.O.C telah di bubarkan dan Melaka telah di serahkan kepada British yang kemudianya perjanjian KEW telah ditandatangani.[25]  Setelah itu, British telah masuk ke negeri Perak dan memaksa komandan Christoffel Wall Beehm untuk menyerahkan Kota Belanda dan menyuruh orang-orang Belanda keluar dari Perak.   Setelah itu, British mula mengembangkan dan menjalankan sistem baru dalam mencorakan keadaan ekonomi di negeri Perak khususnya dalam perdagangan bijih timah pada abad ke 19 M.
LANUN
      Seterusnya situasi yang dapat kita perihalkan kesan daripada monopoli Belanda dalam perdagangan bijih timah adalah berleluasanya kegiatan lanun pada abad ke 18 masihi.[26]   Perkembangan kegiatan ekonomi yang semangkin rencak di perairan sungai Perak akhirnya telah menimbulkan satu permasalah yang paling besar bagi pedagang terutamanya Belanda pada abad ke 18 masihi iaitu lanun.    Perkembangan perdagangan di perak menjadi perhatian peniaga-peniaga dari Aceh dan Belanda, namun kegiatan merompak yang semangkin meningkat selat dinding menyebabkan gangguan  terhadap aktiviti perdagangan terjejas.     Bagi orang-orang barat terutamanya Belanda merasa perdagangan meraka terganggu oleh penduduk tempatan yang dikatakan sebagai lanun, tetapi masyarakat tempatan bertindak sedemikian kerana hak meraka telah diambil oleh Belanda sendiri terutama apabila perdagang mereka terganggu disebabkan oleh diboikot oleh Belanda sendiri.[27]
       Kesan daripada tindakan Belanda yang memonopoli perdagangan di selat Melaka menyebabkan meningkatakan lagi kegiatan lanun  ini.  Mengikut pendapat yang dikeluarkan oleh Stamford Reffles, menyatakan bahawa orang melayu menjadi lanun kerana tindakan yang dilakukan oleh Belanda yang menghalang perdagangan bebas.[28]   Hal ini menyebabkan kegiatan merompak di persisir pantai Perak telah mula berlaku sejak Belanda memonopoli kegiatan di negeri tersebut.   Perkara ini berlaku kerana tindakan pembesar negeri Perak yang tidak berpuas hati telah menjemput orang laut bagi membantu mereka untuk menyerang kedudukan dan kapal milik belanda.[29]  Perkara ini menunjukan bahawa tindakan belanda yang mengongkong kebebasan perdagangan di perak menyebabkan tindakan sebahagian besar pembesar negeri perak sendiri terlibat dalam kegiatan ini, sebagai contoh Dato’ Bandahara meminta penglima kulup untuk menyerang belanda di pulau pangkor dan Sultan Mahmud Iskandar Syah tidak merestui kegiatan merompak di laut akan tetapi beliau tidak mengambil tindakan apa-apa.  Perkara ini menyebabkan pemerintah sendiri tidak berusaha mencegah kegiatan merompak ini kerana ia berlaku disebabkan oleh tindakan Belanda sendiri.[30]
   Dilaporkan pada tahun 1755 M, sebuah kapal milik belanda telah dirompak di larut, selepas itu Belanda cuba membenteras kegiatan tersebut dengan menlancarkan sistem Pass bagi semua kapal yang berdagang di selat Melaka.   Kesanya mendapat tentangan dari pedagang dan pelaut kerana ia menyebabkan kawalan keatas pedagang,  perkara ini turut mendapat tentangan dari  Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun1758 M.[31] Oleh itu, kegiatan merompak semangkin meningkat pada penghujung abad ke 18 M, kerana keuntungan yang tinggi diperolehi hasil rompakan  dan kesanya telah menarik kaum lain untuk turut serta merompak termasuklah orang Melayu, Bugis, Minangkabau, dan Arab sendiri turut menjadi perompak.   Kesan yang paling ketara keatas Belanda adalah apabila tidak mampu mengawal kegiatan ini sehinggalah Inggeris campur tangan untuk meredahkan situasi ini pada tahun 1795 M.

SITUASI DI NEGERI SELANGOR KESAN DARIPADA MONOPOLI BELANDA DALAM PENGELUARAN BIJIH TIMAH.
EKONOMI
      Seterusnya dibincangkan mengenai situasi di negeri Selangor ekoran penglibatan Belanda dalam perdagangan bijih timah dari aspek ekonomi.  Awal abad ke 18 M Selangor masih dibawa kekuasaan Johor,  maka apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah datang melawat ke Melaka kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada Belanda kerana sudi membantu Raja Mahmud (Raja Buang) yang mengalahkan saudaranya Raja Alam di Siak.[32]  Melalui peristiwa tersebut Sultan Sulaiman telah menandatangani satu perjanjian dengan Belanda di Melaka dengan membenarkan Belanda memborong hasil bijih timah yang dikeluarkan di Selangor.[33]  Bermula dari peristiwa tersebut Belanda mula mengiatkan diri dalam perdagangan bijih timah di Selangor Sebelum penobatan Raja Lumu pada tahun 1766.[34]  Hal ini dibuktikan lagi melalui catatan-catatan sumber Belanda yang menyatakan bahawa Daerah yang kaya dengan bijih timah adalah Daerah Kelang dan Kuala Selangor.[35]   Keadaan Selangor tidak lagi menampakan perkembangan dalam bidang ekonomi pada masa ini,  namun setelah penobatan Raja Lumu maka Selangor telah muncul sebagai pesaing perdagangan kepada Belanda pada pertengahan dan penghujung abad ke 18 M.
     Setelah pertabalan Raja Lumu maka selangor berpotensi besar dalam bidang perdagangan,  hal ini menyebabkan selangor muncul menjadi pencabar dan pesaing kepada Belanda di Melaka.  Selangor telah aktif menjalankan perdagangan  di selat Melaka dengan menjalin hubungan perdagangan dengan Aceh, Riau dan kerajaan luar yang lain.  Hal ini dibuktikan melalui sumber Belanda yang menyatakan bahawa terdapat  beberapa buah kapal yang berkunjung ke Melaka sebelum pergi ke kuala Selangor.  Hubungan perdagangan yang dijalankan antara Selangor dan Belanda berjalan dengan baik sahaja,  namun kemajuan yang dicapai oleh Selangor menyebabkan Belanda mula curiga dengan kerajaan Selangor.
     Perkembangan perdagangan bijih timah yang pesat menyebabkan Kuala Selangor terkenal sebagai pusat pengumpulan bijih timah pada penghujung abad yang ke 18 masihi.   Perkembangan perdagangan bijih timah ini menjadikan permintaan pasaran yang tinggi,  hal ini menyebabkan harga bijih timah melambung tinggi sehingga lebih 39 rial.  Walaupun harga ditawarkan melebihi 40 rial dipasaran, tetapi Belanda[36] tetap menawarkan harga sebanyak 34 rial sahaja.  Maka hal inilah menyebabkan Selangor menjual bijih timahnya kepada saudagar yang menawarkan harga yang lebih tinggi,  keadaan ini menjadikan ancaman kepada Belanda[37]
   Tindakan Belanda yang berkeras dengan pendirianya tidak menaikan harga menyebabkan Selangor menjadi tumpuan saudagar dari pembesar tempatan dari Linggi, Rembau dan Perak sendiri.  Walaupun  Belanda telah menaikan harga timah kepada 34 rial dari 30 rial, namun di Selangor harga timah terus melonjat naik daripada 36 rial kepada 39 rial.  Akhirnya Belanda telah menuduh Selangor bertangungjawab menghantar wakil ke daerah tersebut agar membawa hasil timah ke Kuala Selangor dan mengangap tindakan tersebut bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui antara kerajaan tempatan yang lain.[38]  Selepas pemerintahan Sultan Salehudin, beliau di gantikan oleh puteranya Raja Ibrahim.    Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, Selangor telah menjalin hubungan perdagangan dengan pedagang ingeris di buktikan dengan kemunculan kapal ingeris di Kuala Selangor untuk melakukan perdagngan.   Pedagang inggeris membawa kain dan candu ke Kuala Selangor dan membeli bijih timah untuk dibawa balik semula ke Pulau Pinang, antara kapal Inggeris yang berdagang di Kuala Selangor termasuklah Junk Selang di nakhodai oleh Jemes Scott dan The Bloome diketuai oleh Francis Light.[39]   Perkara ini menyebakan Belanda mengangap Selangor sebagai saingan seterusnya membawa kepada ketegangan hubungan antara Belanda dengan Selangor
    PEPERANGAN
     Sehubungan dengan itu, keadaan situasi di Selangor ekoran daripada penglibatan Belanda dalam perdagangan bijih timah dapat dilihat dari sudut komplik yag berlaku di antara dua kuasa ini.  Peperangan yang melibatkan Belanda dan pihak bugis banyak mencorakan situasi di Selangor pada akhir abad yang ke 18 M.   selain factor peperangan antara kerajan Riau dengan Belanda menjadi punca kepada meletusnya perang Selangor menentang Belanda, factor perdagangan bijih timah juga menjadi punca keada perang tersebut kerana usaha belanda yang ingin memonopoli perdagangan bijih timah.  Perang antara Belanda yang berlaku pada tahun 1784 M hingga 1786 M memberikan kesan keatas negeri selangor. 
    Peperangan yang meletus pada 4 jun 1782 di antara kerajaan Johor (Riau) yang di serang oleh Belanda di ketuai oleh Toger Abu dengan kekuatan angota tentera seramai 1504 orang dan kapal perang 11 buah,  mereka telah melakukan kepungan selama 11 bulan keatas kerajaan Johor.  Perkara ini hanya berakhir apabila kapal perang Malakka’s Welveran  Berjaya diletupkan menyebabkan pengunduran Belanda di Johor kerana ia melemahkan pertahanan Belanda apabila seramai 800 orang tenteranya terkorban.   Perkara ini telah diketahui oleh Sultan Ibrahim, bahawa saudaranya Raja Haji telah diserang menyebabkan Selangor dengan bantuan Penghulu Rembau dan Pedas untuk menyerang Melaka.  Maka berlaku pertempuran di batang tiga dan tentera Belanda dapat di tewaskan lalu berundur ke kota Melaka.
      Keadaan semangkin memuncak apabila Sultan Ibrahim bersekutu dengan saudaranya Raja Haji dari Riau  uttuk menyerang Melaka.[40]  Sultan Ibrahim dan 30 pengikutnya pergi ke Riau dan mengajak saudaranya Raja Haji untuk berkerjasama bagi memerangi Belanda di Melaka dan akhirnya Raja Haji telah bergabung tenaga untuk berperang melawan Belanda di Melaka. Proses peperangan yang sengit antara Riua yang bergabung dengan Selangor dan Belanda yang mendapat bantuan dari Siak mengambil masa selama hampir setahun.   Peperangan ini memihak kepada apabila Belanda mendapat bantuan di Bitawi,  maka belanda akhirnya Berjaya menewaskan Selangor dan kekalahan tersebut juga banyak mengorbankan pahlawan bugis termaasuklah Raja Haji sendiri, yang tewas pada terk  pada 18 jun 1784 M.  Hal ini menyebabkan Sultan Ibrahim bersama 300 pengikutnya berundur ke Pahang.[41]   Belanda telah menguasai Kuala Selangor dan mendirikan pertahanan disana, namun tidak lama selepas itu,  pada junuari 1785, Sultan Ibrahim datang semula ke Selangor untuk mendapatkan pusat pemerintahan semula dangan bantuan dari pihak Pahang yang diperintah oleh Temengung Tun Abdul Majid.  Dalam serang balas mengejut ini menyebabkan tentera Belanda di binasakan dan mereka terpaksa memusnahkan pertahanan mereka dengan merosakan peralatan perang (meriam dan serbuk bedil) agar tidak digunakan oleh tentera selangor lalu mereka berundur ke kota Melaka.[42] 
     Selama Belanda berada di Melaka ia tidak mempengaruhi situasi politik di selangor kecuali pada tahun 1784-1786 kerana waktu ini belanda menguasi sepenuhnya negeri selangor.  perkara ini kesan daripada kekalahan sultan Ibrahim dalam peperangan tahun tersebut.  Setelah peristiwa tersebut sultan Ibrahim terpaksa berundur dari selangor ke Pahang.  Pahang ketika ini di perintah oleh bandahara tun abdul majid.    Setelah itu,  belanda telah melantik raja Muhammad Ali sebagai Yang di-pertuan selangor dan dibantu oleh anak saudaranya Saidi Ali.[43]   Walaupun Raja Muhammad menjadi Yang dipertuan selangor atas perlantikan belanda, namun akibat belanda tidak puas hati dengan prestasi beliau telah dilucutkan jawatan menyebabkan beliau kembali semula ke siak.   Keadaan ini menyebabkan kekosongan pemerintahan selangor, maka disebabkan itu Saidi Ali telah mengangkat dirinya menjadi Yang Dipertuan selangor pada tahun 1784.   Keadaan ini menyebabkan situasi politik selangor semangkin tegang apabila pembesar tempatan tidak tidak mengiktiraf kedudukan Saidi Ali sebagai Raja mereka.[44]
          Keadaan ini menyebabkan perdagangan bijih timah belanda semangkin merosot apabila pembesar-pembesar selangor engan menjalankan perdagangan bijih timah dengan belanda kerana selagi belanda tidak merajakan semula sultan selangor yang sebenarnya selagi itulah mereka tidak akan berkerjasama dengan belanda.[45]    Keadaan ini berlarutan sehinggalah sultan Ibrahim datang semula menyerang dan mendapatkan kedaulatan selangor dari belanda pada pertengahan tahun 1785.   Kesan serangan tersebut sultan Ibrahim memeritah selangor semula, manakala Saidi Ali telah mengantungkan nasibnya kepada belanda dan setelah itu beliau telah kembali ke siak.[46]   Pada tahun 1786 belanda dan selangor telah berdamai semula serta menandatangani satu perjanjian damai, antaranya menyebutkan bahawa bijih timah akan dijual kepada Belanda sehinggalah tahun 1795 apabila british menguasai Melaka(mengikut perjanjian KEW). 
PENUTUP
    Kesimpulanya,  penguasaan belanda ke atas kota Melaka pada tahun 1641 masihi akhirnya banyak mencorakan keadaan tanah melayu pada abad ke 18 masihi.   Perkembangan yang lebih menarik pada abad ke 18 masihi ekoran daripada itu adalah melalui corak perdagangan bijih timah di dua negeri pengeluar utama iaitu, perak dan selangor .belanda banyak mempengaruhi keadaan ekonomi, politik dan social di dua negeri ini.  Perkara ini dapat dilihat melalui beberapa siri peperangan, perjanjian dan hubungan diplomatic antara kerajaan negeri perak dan selangor dengan kerajaan belanda(VOC).   Walaupun belanda tidak lama bertapak seperti portugis satu ketika dahulu, namun ia mempengaruhi keseluruhan perdagangan di selat Melaka pada abad ke18 masihi.  Keadaan ini hanya berubah apabila masuk awal abad ke 19 masihi apabila inggerish mula menampakan pengaruhnya di selat Melaka dan akhirnya pengaruh belanda dapat dihapuskan keseluruhanya di tanah melayu pada tahun 1724 melalui perjanjian ingeris-belanda.  Seterusnya penguasaan belanda di tanah melayu telah berakhir selepas sahaja menandatangani perjanjian tersebut,  disebabkan itu juga belanda telah mengukuhkan kedudukanya di bahagaian kepulauan Indonesia pada abad ke 19 masihi.  Keadaan ini juga menyebabkan permulaan campur tangan british di tanah melayu pada abad ke 19 hinggalah kemerdekaan tanah melayu pada tahun 1957 dan sebelum itu juga tanah melayu pernah dikuasai oleh jepun selama 3 ½ tahun.


BIBLIOGRAFI
1.      Abdul Karim Abdullah. Latar Belakang Dan Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Adabi kuala lumpur 1979
2.      Khoo Kay Kim, bijih timah dalam sejarah perak. Seminar sejarah negeri perak, jalan tambun, ipoh. 30hb November 1979
3.      Othman Mohd. Yatim, dinding jajahan istimewa, persatuan muzium Malaysia, kuala lumpur 1994.
4.      Barbara Waston Andaya dan Leonard Y. Andaya,  Sejarah Malaysia. Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. 1982
5.      Abdul Karim Abdullah. Latar Belakang Dan Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Adabi kuala lumpur 1979
6.      Koloquium masyarakat melayu abad ke 18, university kebangsaan Malaysia, 1987
7.      Khoo Kay Kim, tanah melayu abad ke 18. Journal sejarah, jernal tahunan persatuan sejarah university Malaya kuala lumpur, jilid XV 1977/78
8.        Ahmad Jelani Halimi.  Perdagangan dan perkapalan melayu di selat Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.  Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2006
9.      Abu Hassan sham, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng .Pengajian melayu bersumberkan belanda. Akedemik pengajian melayu, university Malaya dan perbadanan mezium Melaka, Melaka, 1998
10.  Mardiana Binti Nordin(tesis ph.d), Politik Kerajaan Johor, 1718-1862: kajian teks berdasarkan Tuhfat Al-Nafis, Jabatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999.

11.  A. Halim Nasir. Sejarah Perak, sri pertama zaman pra-sejarah hingga zaman kedatangan pengaruh dari luar, 1977
12.  Kolokium Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan Kuala Lumpur 21 Jan 1989

13.  Seminar Sejarah dan Kebudayaan Melayu Perak Kuala Lumpur 28 Jun 1987



[1]Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1642-1728, pmbangunan ekonomi dan politik, terjemahan shamsudin jaafar, dewan bahasa dan pustaka, kementerian pendidikan malaysia kuala lumpur, 1987. Hlm 35.
[2] Bitawi adalah pangkalan utama perdagangan belanda di asia tenggara, ia hanya menjadikan Melaka sebagai pangkalan keduanya bagi memenuhi keperluan Bitawi.
[3] Prof madya dr. mohd yussuf hashim. Sultan Ibrahim ibni raja lumu(sultan salehuddin) di dalam sejarah selangor abad ke 18 dn 19. Hlm 4 dan 5.
[4] Semenanjung tanah melayu telah mengeksport biji timah ke dunia luar sejak  zaman awal lagi, namun setakat ini masih banyak yang tidak di ketahui tentang perlombongan bijih timah ini.  Hanya pada abad yang ke 9 tanah melayu barulah terdapat sedikit penerangan daripada tulisan-tulisan arab tetang bijih timah di tanah melayu.  Mengikut catatan awal oleh pengembara china, perak tidak disebutkan sebagai pengeluar bijih timah namun tempat-tempat yang disebutkan seperti tan-ma-ling,p’eng-k’eng dan lung-ya-men, dan tidak mudah dikaitkan dengan negeri perak dan hanya pada zaman kesultanan melayu Melaka ada dicatatkan Melaka bergantung kepada kelang, Selangor, perak, bernam, manong dan bruas untuk mendapatkan bijih timah.  Khoo kay kim,  perak dahulu dan sekarang, bijih timah dalam sejarah perak. Hlm 35-36
[5] Martabat keluarga di raja perak semangkin meningkat selepas sahaja pembunuhan sultan Mahmud mangkat di julang pada tahun 1699 masihi hal ini kerana mengikut hikayat perak sultan perak adalah satu-satunya waris dari kesultanan Melaka kerana ketika kemangkatan sultan Mahmud mangkat dijulang maka tiada lagi penyambung dari darah kesultanan Melaka apabila tiada waris dari sultan Mahmud, sehinggalah kemunculan raja kecik yang mengku anak kepada sultan Mahmud mangkat di julang.  Walaupun begitu perak tidak mempu untuk menandingi Melaka dan johor dalam aspek kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran.  Barbara Waston Andaya dan Leonard Y. Andaya,  Sejarah Malaysia. .Hlm 100.
[6]Raja muzafar syah sebenarnya adalah waris kepada kerajaan johor apabila sultan Mahmud yakni sultan Melaka.Hal ini kerana raja muzafar adalah putera sulung kepada sultan Mahmud.Namun sebaliknya berlaku, apabila tun Fatimah iaitu ibu tiri kepada raja mazafah syah mempengarui sultan Mahmud dengan pelakuanya yang sentiasa mengugurkan kandunganya sehinggakan sultan Mahmud merayu kepada tun Fatimah agar tidak mengugurkan kandunganya tetapi sultan Mahmud harus berjanji menjadikan anak dari tun Fatimah sebagai waris kerajaa setelah kemangkatan baginda.  Maka sejak peristiwa tersebut maka kedudukan raja muzafar telah diambil ahli setelah kelahiran raja ali.
, akibat daripada itu kedudukan raja muzafar shah telah diturunkan semula dan diambil oleh saudaranya raja Ali. Namun begitu raja muzafar shah telah dijemput ke perak lalu ditabalkan  sebagairaja perak. Mardiana nordin ,politik kerajaan johor 1718-1862, yayasan negeri johor, 1998. Hlm 15.



[7]Abdul Karim Abdullah. Latar Belakang Dan Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Adabi kuala lumpur 1979. Hlm 89.
[8] Abdullah Zakaria bin Ghazali. Penubuhan kerajaan baru di Malaysia pada kurun ke 18.Koloquium masyarakat melayu abad ke 18, university kebangsaan Malaysia, 1987.Hlm 10.
[9] Prof madya dr. mohd yussuf hashim. Sultan Ibrahim ibni raja lumu(sultan salehuddin) di dalam sejarah selangor abad ke 18 dn 19. Hlm 1.
[10] Raja luma adalah
[11] Khoo Kay Kim, tanah melayu abad ke 18. Journal sejarah, jernal tahunan persatuan sejarah university Malaya kuala lumpur, jilid XV 1977/78. Hlm 5
[12] Setelah pengunduran yang dilakukan oleh belanda akibat serangan yang dilancarkan oleh orang-orang melayu yang tidak berpuashati dengan tindakan belanda yang memonopoli perdagangan bijih timah yang akhirnya membawa kepada serangan yang dipimpin oleh panglima kulup ali.  Selepas serangan tersebut belanda tidak lagi menjalankan perdagangan di perak sehinggalah 20 nov 1745 belanda datang semula dan melanjutkan perdagangan bijih timah dengan tradisi yang sama dengan memonopoli pengeluaran bijih timah.. Editor Abu Hassan sham, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng .Pengajian melayu bersumberkan belanda.Akedemik pengajian melayu, university Malaya dan perbadanan mezium Melaka, Melaka, 1998.Hlm 80.
[13] Raja Chulan, Misa Melayu.  Penerbit pustaka antara, kuala lumpur, 1966. Hlm 8.
[14] Raja Chulan. Misa Melayu. Hlm 8
[15] Ibid. hlm 8
[16] Ibid,. hlm 7.
[17] Ibid. hlm 12
[18] Raja Chulan. Misa Melayu. Hlm 15.
[19]   Dalam tulisan hikayat Misa Melayu, perihal sultan yang paling dominan dalam pengkisahan tersebut adalah sultan iskandar zulkarnain(1740-1765).  Mengikut  R.O Winstendt, penyelenggaraan yang beliau lakukan pengkisahan mengenai sultan iskandar zulkarnain menjangkau hampir 96.4 % dari keseluruhan naratif Misa Melayu.  Hal ini tidak termasuk pensalasilahan dan neratif raja-raja perak yang mendahului sultan iskandar.  Muhammad Yusoff Hashim.  Masyarakat melayu perak abad ke-18 interpretasi historis ‘misa melayu’.Koloquium masyarakat melayu abad ke-18.Hlm 2.
[20]Pengajian melayu bersumberkan belanda. hlm 81
[21] Abdullah zakaria. Belanda di Melaka 1641-1795, satu tinjauan mengenai persaingan negeri melayu dan belanda di selat Melaka. 81.
[22] Ibid,.
[23] Abdullah zakaria. Belanda di Melaka 1641-1795. Hlm 81
[24] Ibid. hlm 82
[25]Abdul halim nasir.Hlm 207.
[26]   Istilah lanun merujuk kepada “perompak laut” ataupun “bajak laut”  manakala dalam perkataan ingeris pula disebut sebagai piretes(lanun) dan piracy(melanun).  Dalam pengistilahan melayu lama tidak wujud perkataan lanun dan melanin  dan istilah lanun sebagai perompak hanya wujud selepas abad ke 19 masihi.   Sebelumnya adalah kegiatan mengambil harta orang secara kekerasan sama ada di laut ataupun di darat, perkara ini disebut sebagai merompak dan dilakukan oleh perompak.   Ahmad Jelani Halimi.  Perdagangan dan perkapalan melayu di selat Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2006.Hlm 188.
  Istilah lanun sangat tidak dapat di terima dalam konteks alam melayu, hal ini kerana pengunaan istilah lanun agak “ arbitrary”.  Kerana istilh ini mungkin di terima oleh pihak yang mengistilahkanya terutamanya orang barat, namun bagaimana pula perspiktif tempatan sungguh ia sangat bercanggah sekali.  Beginilah  yang berlaku dalam konteks sejarah tanah melayu, sungguhpun Tarling pada tahun 1963 mengakui bahawa pengunaan perkataan itu kurang adil dan merupakan ‘value judgemant’ orang-orang barat keatas orang-orang timur dan oleh sebab bukunya yang berkisarkan ‘bagaimana orang-orang ingerish dapat menghapuskan lanun-lanun dialam melayu, maka beliau juga turut meneruskan tradisi prasangka ini.   Othman Mohd. Yatim, dinding jajahan istimewa, persatuan muzium Malaysia, kuala lumpur 1994. Hlm 3

[27]Perkara ini menujukan bahawa tindakan orang-orang melayu yang dikatakan sebagai lanun ini sebenarnya adalah betul sebab tindakan merampas kapal dagang adalah untuk merebut semula hak mereka yang telah dirampas oleh orang-orang barat sendiri.
[28]Ahmad Jelani Halimi.  Perdagangan dan perkapalan melayu di selat Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Hlm 195.
[29] Ibid,.hlm 212.
[30] Ibid,.
[31]Ibid, hlm 213.
[32] Raja Mahmud  dan Raja Alam merupakan anak kepada Raja Kecik siak.  Mereka telah berperang kerana berlaku perebutan tahta kerajaan selepas sahaja kemangkatan raja Kecik, hal ini menyebabkan peperangan tersebut mendapat perhatian sultan johor ketika itu( sultan sulaiman badrul syah).   Sultan Johor sukar untuk memberikan bantuan kerana ketika itu bugis telah mendapat tempat didalam pentadbiran johor(Yamtuan Muda Johor) maka sultan Sulaiman menghantar utusan ke Melaka untuk meminta belanda membantu Raja Mahmud untuk menaiki tahta dan akhirnya belanda telah bersetuju dan menghantar tenteranya dalam perang tersebut  sehinggalah mengalahkan Raja ALam.  Maka dengan peristiwa tersebut belanda mula belanda mula menjalinkan perdagangan bijih timah dengan selangor.
[33]Raja buyong haji, sejarah Selangor, hlm 15.
[34]   Pertabalan raja lumu oleh raja perak( sultan Mahmud ataupun raja kimas) pada tahun 1766 masihi mempunyai dua versi yang berbeza iaitu versi misa melayu yang merupakan hikayat raja-raja melayu negeri perak yang ditulis oleh raja chulan dan versi kedua adalah tuhfat al-nafis yang di tulis oleh raja ali  haji.   Kedua-dua versi ini mempunyai pandangan yang berbeza namun maksud yang sama.  Mengikut tuhfat, ketika raja lumu hendak bermain-main k eke pulau pangkor.  Hal ini menyebabkan sultan Mahmud menjemput raja lumu masuk ke negeri perak dan telah dinobatkan untuk dijadikan sultan selangor yang berdaulat.  Setelah itu,  raja lumu telah kembali ke selangor dan ditabalkan disana oleh bandahara perak dan bermula pada tahun tersebut raja lumu di gelar sebagai sultan salehudin dan sultan selangor yang pertama.  Manakala mengikut versi misa melayu pula, ia mengisahkan tentang raja lumu yang datang ke perak untuk mendapatkan nobat bagi memerintah negeri selangor.
[35] Mardiana Nordin(tesis ph.d), perang melayu abad ke-18 dan 19. HLM 173.
[36] Pada awal abad ke 18 masihi, pihak belanda telah yang bijak telah memanfaatkan situasi di negeri-negeri melayu bagi mengukuhkan kedudukan politik dan ekonominya.   Di mana kebamunculan satu unit politik di selangor telah mengugat kedudukan belanda di Melaka, hal ini menyebabkan belanda mengunakan negeri-negeri melayu lain untuk bersekutu dengan belanda bagi menyekat pengaruh selangor di selat Melaka sebagai contoh kedah dan perak telah bersekutu dengan belanda kerana bimbang dengan selangor( pengaruh orang bugis).  Di buktikan lagi melalui perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1746 antara perak dan belanda yang menunjukan kebimbangan perak terhadap ancaman selangor.   perkara ini menunjukan permusuhan di antara orang melayu dan orang bugis di manfaatkan oleh belanda.    
[37] Dr. lee kam hing dan Dr. Mohd Yusoff Hasim.  Peperangan selangor-belanda: hlm 2
[38]Abdullah zakaria ghazali, pengajian melayu bersumberkan belanda.Hlm 85.
[39] Ibid,.hlm 86.
[40]Dr Lee Kim Hing dan Mohd. Yusoff Hashim. Peperangan selangor-belanda: sebab dan akibat dalam sejarah selangor. Hlm 1.
[41] Ibid.hlm 2
[42] Ibid,.
[43] Ibid,.hlm 28.
[44] Ibid,.
[45] Ibid,.
[46] Ibid,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan