Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 28 November 2012

SEJARAH AWAL AMERIKA SYARIKAT ( DOKTRIN MONROE )


PENGENALAN.
Konsep isolasi mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pemencilan, pengasingan dan pemisahan.   Untuk melihat Dokrin Monroe sebagai satu dokumen isolasi, kita harus melihat ciri-ciri dan  pelaksanaan  doktrin tersebut.   Dokrin Monroe adalah satu dokumen Isolasi kerana asas pembentukan doktrin tersebut adalah sikap berkecuali Amerika dalam hubungan diplomasi dengan Eropah.  Namun dalam melihat pelaksanaan doktrin tersebut, sifat Isolasi hanya dipraktikalkan untuk Eropah sahaja dan sebaliknya di Benua Amerika Latin termasuk  Hamesfera Barat, Amerika tidak melaksanakan doktrin tersebut disebabkan kepentingan Amerika sendiri termasuk dari segi keselamatan, ekonomi dan politik dengan cara memasukan Negara-negara tersebut dalam  isi kandungan  doktrin Monroe.[1]
            Dasar isolasi  Amerika hanya untuk Eropah dan Rusis sepanjang abad ke-19.  Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Dokrin tersebut antaranya adalah  non-colonization, abstension dan  hands off .[2]  Dokrin Manroe adalah satu dasar yang diperkenalkan semasa era pemerintahan James Monroe yang  mewakili parti Repablikan.  Dokrin ini menjadi prinsip Amerika Syarikat dalam menghadapi masalah dalam diplomasi dengan Negara-negara luar terutamanya Eropah.  Permulaan Dokrin Monroe adalah pada tahun 1852 M iaitu 29 tahun selepas ucapan James Monroe di mesej tahunannya kepada Kongres tentang polisi luar Amerika iaitu pada 2 Disember 1823.[3]   Pada hakikatnya doktrin tersebut hanyalah ucapan dalam kongres oleh James Monroe, namun ia telah dimanipulasikan dalam hubungan antarabangsa Amerika demi kepentingan Ameika sendiri terutamanya dari sudut keselamatan.[4] 
FAKTOR PEMBENTUKAN DOKTRIN MONROE

            Pada awal abad ke-19, memperlihatkan  tindakan  Napoleon Bonaparte III dari Perancis yang agresif apabila mengunakan kuasa tentera untuk menakluk Sepanyol  pada tahun 1808. [5] Amerika melihat perkembangan ini akan mengugat kedaulatanya dalam jangka masa panjang apabila Napoleon cuba meluaskan pengaruhnya. dan keadaan ini menyebabkan wujud persaingan dari sudut ketenteraan dengan kuasa-kuasa Eropah lain terutamanya Britain.   Perkara ini menyebabkan president Amerika cuba mencari altenatif yang lebut dan bukannya melalui kekuatan tentera bagi mengatasi masalah ini.   Walau bagaimanapun Napoleon Bonaparte telah tewas semasa pertempuran di Waterloo pada tahun 1815 dan setahun kemudianya James Monroe telah dilantik menjadi Presidet Amerika iaitu pada tahun 1816. 
            Kejatuhan empayar Napoleon menyebabkan perpecahan berlaku yang menyebabkan pembentukan pakatan baru yang dikenali sebagai Pakatan Suci ataupun dikenali sebagai Holy Alliance.  Pakatan ini diangotai tiga Negara iaitu Rusia, Prusia dan Austria dan tujuan utama pembentukan pakatan ini adalah bagi menghapuskan pemberontakan yang sedang berlaku di benua amerika.[6]   Pakatan ini menimbulkan kerisauan Amerika kerana  ia mempengaruhi situasi ekonomi dan politik Amerika.  Ia semangkin menimbulkan permasalahan kepada Amerika apabila Perancis bergabung semula dengan pakatan Suci ini.  Kemasukan Perancis menyebabkan pakatan ini dinamakan sebagai pakatan empat Negara ataupun dikenali sebagai Quadruple Alliance.[7]   
           

PRINSIP DAN PELAKSANAAN DOKTRIN MONROE YANG DIKATAKAN ISOLASI.
PENGHARAMAN PENJAJAHAN (NON-COLONIZATION.)

  Prinsip pertama dalam Doktrin Monroe adalah Non-Colonozation.  Non-colonization merujuk kepada pengharaman mana-mana Negara sama ada dari Eropah ataupun Rusia   daripada melakukan penjajahan di benua Amerika.   Prinsip Doktrin ini digunakan oleh Amerika untuk menyekat tindakan kuasa Eropah untuk menjajah wilayah di Hamesfera barat.   Amerika memperkenalkan doktrin ini bagi menyekat dan  mengelakan  kuasa-kuasa lama termasuklah Britain, Perancis, Sepanyol dan Rusia untuk menceroboh dan melakukan penjajahan penjajahan di Benua Amerika utara ataupun selatan.[8]  Melalui  prinsip  ini, Ameika  boleh mengkritik dan menentang  mana-mana tindakan pencerobohan dilakukan di benua Amerika oleh kuasa-kuasa lama tersebut.
       Hamesfera barat yang terdiri daripada semua Negara-negara teluk termasuk Maxico, Venuezila, Cuba dan wilayah-wliayah yang terdapat di sekitar laut Caribbean dimasukan dalam doktrin Monroe dengan alasan wliayah ini adalah zon bebas dari penjajahan .  Amerika  bertindak sedemikian bagi menjaga keselamatanya.  kerana wilayah akan mempengaruhi situasi di Amerika jika dikuasai oleh mana-mana kuasa eropah.  Kerana kedudukan geografi memungkinkan ancaman keselamatan kepada Amerika kerana ia bersempadan dengan Negara Amerika sendiri seperti Maxico.[9]  Disamping itu, jika wilayah-wilayah di laut Caribbean diduduki oleh kuasa-kuasa lama, maka ia akan mengancam Amerika kerana kedudukan geografi yang terlalu dekat.
            Prinsip ini adalah idea daripada John Adams, kerana melihat tindakan Rusia yang meluaskan pengaruhnya dengan mendapatkan Ukasa pada tahun 1821 dan Alaska.  Oleh itu doktrin Monroe menyatakan benua Amerika adalah bebes dan merdeka.  Oleh itu seluruh benua Amerika adalah bebas daripada penjajahan dari mana-mana kuasa sama ada dari Eropah ataupun Rusia sendiri.[10]    perkara turut mendapat sokongan daripada Negara-negara di Amerika Latin kerana menganggap Amerika akan menjamin kebebasan dan kemerdekaan mereka. Namun hakikatnya tindakan Amerika adalah demi menjaga kepentinganya sahaja. 
            Oleh sebab itu, mana-mana kuasa Eropah dan Rusia yang melakukan penjajahan di benua Amerika Latin akan di kritik dan di protes oleh Ameika dan menganggap kuasa-kuasa tersebut tidak menghormati doktrin Monroe dan Negara Amerika sebagai kuasa baru dunia.   Sebagai contoh tindakan kuasa-kuasa Eropah yang cuba melakukan penjajahan semula adalah Britain.   Britain yang cuba meluaskan sempadan koloninya yang berada di Guine bersempadanan dengan   Vinuezila.   Britain telah meletakkan tenteranya di sempadan yang terlalu dalam melebihi sempada asal pada tahun 1893.[11]  Hal ini menyebabkan Amerika menganggap Britain telah melanggar prinsip Doktrin Monroe kerana cuba meluaskan pengaruh dan kekuasaannya di Laut Carribean.[12]  Perkara ini hampir meletus  perang antara Britain dan Amerika namun permasalahan  tersebut dapat diselesaikan dan Britain menganggap kekuasaan Amerika dan Hamesfera Barat sebagai wilayah bebas dari sebarang penjajahan.[13]     
            Sehubungan dengan itu, contoh jelas adalah konflik  Sepanyol di Cuba yang juga  terletak di perairan laut carribean.  Amerika memasukan sekali wilayah ini kerana Amerika tahu akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah isu keselamatan dan isu ekonomi jika wilayah-wilayah di laut Carribean ini di kuasai oleh kuasa lama.  Contoh masalah yang dihadapi oleh Amerika adalah perang Amerika-Sepanyol di Cuba pada tahun 1890.

AMERIKA MENGAMALKAN SIFAT BERKECUALI DENGAN EROPAH (ABSTENTION).

            Prinsip abstention juga dikenali sebagai non-abstention yang merujuk kepada Amerikan tidak akan campur tangan dalam mana-mana perang yang meletus di Eropah.[14]   Perkara ini menyebabkan Amerika tidak akan mengadakan hubungan ataupun pakatan dengan kuasa-kuasa Eropah termasuk Britain.  Walau bagaimanapun jika kedaulatan Amerika terancam mereka akan mempertahankan  Amerika.   Semasa  John Adams menjadi president, beliau percaya dengan kewujudan dua sistem kuasa dunia iaitu Eropah dan Amerika dan kuasa ini akan melakukan pentadbiran sendiri di benua masing-masing.[15]
            Semasa awal abad ke-19 idea tersebut dikenali  sebagai “doctrine of two spheres” dan mendapat pengaruh kepada rakyat Amerika terutamanya dikalangan ahli-ahli pemikir.  Mereka percaya dengan tidak melibatkan diri dengan masalah yang berlaku di Eropah akan membawa keuntungan kepada Amerika, kerana ia dapat menumpuhkan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan dalam Negara.   Bukti pengecualian Amerika juga jelas sebelumnya iaitu apabila Britain mencadangkan agar bersekutu dengan Amerika untuk menghadapai pakatan Quadruple Alliance. Namun Amerika memilih pendirian unilaterial iaitu bersikap berkecuali dalam permasalahan yang berlaku di Eropah.[16]     Perkara ini menunjukan pendirian Amerika yang tidak mahu terlibat dengan mana-mana konflik di Eropah.  Walau bagaimanapun Amerika menyedar bahaya dan ancaman dari kuasa-kuasa lama ini.
            Amerika tidak mahu terlibat dengan konflik yang melanda di Eropah kerana ia hanya akan merugikan Amerika sahaja.  Kerana ketika ini ekonomi Amerika berkembang menjadi ekonomi perindustrian terutamanya di bahagian selatan Amerika.[17]  Oleh itu, Amerika hanya tertumpu kepada perkembangan yang berlaku di dalam negaranya sahaja dan melihat hubungan dengan kuasa-kuasa eropah hanya merugikan Amerika sahaja kerana ketika ini Amerika sedang memuncak kearah revolusi perindustrian.          
            Selain itu,  jika Amerika melibatkan diri dalam mana-mana perang yang meletus di Eropah maka ia akan melemahkan kuasa Amrika dari sudut ketenteraan dan ekonomi.   Sebelumnya Amerika sering mengalami situasi perang yang banyak sebagai contoh perang kemerdekaan dari Britain dan lain-lain perang.   Peperangan tersebut banyak memerlukan perbenlanjaan yang tinggi untuk membeli senjata dan gaji para tentera.  Oleh itu, jika Amerika campur tangan dan melibatkan diri dalam konflik yang berlaku di Eropah akan memerlukan perbelanjaan tinggi yang hanya merugikan Amerika sahaja.   Walau bagaimanapun,  jika kedaulatan Amerika terancam oleh mana-mana kuasa Eropah maka Amerika akan berjuang mempertahankan kedaulatan Negara mereka.    Kuasa-kuasa lama yang cuba mengancam kedaulatan Amerika maka akan mempertahan bumi mereka dari diceroboi.

EROPAH DIHALANG MELAKUKAN PENJAJAHAN SEMULA
(HANDS OFF)

            Prinsip terakhir adalah hands off yang merujuk kepada Negara-negara yang baru merdeka di benua Amerika Latin  adalah bebas daripada penjajahan semula dari kuasa-kuasa lama. Amerika telah mengunakan propaganda  America for americans untuk mendapat sokongan dari Negara di benua Amerika Latin.[18]  Perkara ini menyebabkan mana -mana kuasa Eropah yang cuba mengawal dan menindas semula Negara-negara America  Latin akan dianggap mencabar Amerika kerana tidak menghormati Amerika dan telah melanggar prinsip Doktrin Monroe.   Bagi James Monroe, Amerika tidak akan campur tangan dalam peperangan yang berlaku di Eropah, manakala Eropah pula dihalang daripada melakukan sebarang penjajahan semula bagi meluaskan empayar mereka.[19]
            Melalui prinsip hands off Amerika dapat menyekat perluasan kuasa yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Eropah.  Amerika mengunakan alasan kebebasan wilayah-wilayah yang telah mendapat kemerdekaan seperti Maxico daripada penjajahan semula oleh kuasa lama.  Melalui tindakan ini, Amerika dapat mengatasi Sepanyol untuk menduduki Maxico semula. Kerana selepas selepas kejatuhan Napoleon, Sepanyol datang semula untuk mendapatkan semula tanah jajahannya sebelum ini. Oleh itu Amerika mengunakan prinsip Monroe bagi menghalang kuasa-kuasa lama ini.[20]  
Mesej Monroe mengenai prinsip hands off adalah untuk melindungi Negara baru dan tidak membiarkan mana-mana kuasa Eropah cuba menduduki wilayah ini terutamanya Hamesfera Barat.[21]  Oleh itu, polisi ini dibentuk untuk mengatasi kuasa besar secara lembut tampa melibatkan kuasa ketenteraan dan ia juga adalah amaran kepada kuasa-kuasa lama agar tidak melakukan penjajahan di benua Amerika dan mana-mana Kuasa Eropah cuba melakukan penjajahan akan dianggap mencabar Amerika kerana Amerika tidak campur tangan dengan  mana-mana perang yang berlaku di Eropah.[22]
Semasa pemerintahan James K. Polk pada bulan Disember 1845,  beliau meneruskan dan mengunakan Doktrin Monroe untuk menyekat kuasa-kuasa lama.[23]   Beliau menyatakan bahawa benua Amerika adalah bebas serta merdeka dan prinsip ini akan digunakan bagi menyekat kuasa eropah daripada melakukan cobaan membuka koloni di utara Amerika.[24]
   Pada bulan julai 1895 dalam era pemerintahan president Richard, beliua mengunakan doktrin Monroe bagi menyekat tindakan Britain yang meluaskan koloninya di Guinea.[25]  Masalah ini timbul kerana tindakan tentera Britain yang telah memasuki sempadan Venuezela lebih dalam dari sempadan asal.  Amerika melihat tindakan tersebut telah menyalahi Doktrin Monroe.  Akibatnya Amerika telah menghantar tenteranya kesempadan tersebut bagi menyekat perluasaan Koloni Britain.  Walau bagaimanapun tidak berlaku perang antara Amerika dengan Britain kerana dapat diselesaikan melalui rundingan.
  
PENUTUP.
Secara keseluruhannya, jelas menunjukan Doktrin Monroe adalah satu dokumen yang bersifat isolasi.    Walaupun begitu, sifat isolasi tersebut hanyalah melibatkan dua benua sahaja iaitu benua Amerika dan benua Eropah.  Melalui tindakan Amerika tidak menlibatkan diri dari sudut diplomasi dengan dunia Eropah yakni kuasa-kuasa lama menyebabkan Doktrin Monroe adalah document yang bersifat isolasi.   Perkara yang menarik dalam Doktrin ini adalah kemasukan benua Amerika Latin kedalam isi dokumen Doktrin tersebut.  Hal ini menyebabkan Amerika tidak menjalankan dasar tertutup ataupun isolasi terhadap Negara-negara yang berada di Amerika Latin .
Jelas menunjukan perancangan bijak oleh James Monroe dalam mengubal dokumen tersebut yang turut dipengaruhi oleh tokoh-tokoh terkenal seperti James Adams dan lain-lain dalam mengukuhkan kedudukan Amerika sebagai sebuah Negara dan kuasa dunia baru.   Melalui pembentukan Doktrin ini maka,  kuasa-kuasa lama dapat disekat daripada meluaskan pengaruh dan kekuasaan di benua Amerika.   Melalui tindakan ini ia akhirnya memberi kelebihan kepada Amerika dari sudut Ekonomi, Politk dan Keselamatan. 




BIBLIOGRAFI.
Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine. Brown and Company, Canada 1955
Shakila Yacob, Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Dewan Bahasa dan      Pustaka, kuala Lumpur, 2005

Robert H. Ferrell, America Diplomacy a History. W.w Norton and Company, New York 1975

Ruhl Bartlett, Policy and Power : two counties of American Foreign Relations. Hill and WANG, New York  1963

W. Allan Wilbur, The Monroe Doctrine. D.C Heath and Company Boston, amerika Syarikat. 1967

George D. Crothers, Amerika History.  HOLT, RINEHART and WINSTON, New York 1964

David A. Kennedy and Thomas A. Bailey, The American Pageant.  (Vol I) DC Heath and Company. Lexington, Messachusetts, Torannto 1987

Fred. W. wellborn,  Diplomatic History of the United States.  Littlefield, Adams and CO, University of Maryland 1962

http://www.kotava.be/xadola/images/amerika/Amerika_tawavopa.jpg.


[1] Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine. Brown and Company, Canada 1955. Hlm 4-5.
[2] Shakila Yacob, Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur, 2005. Hlm 75.
[3] Shakila Yacob, Amerika Syarikat, Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 75
[4] Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine. Hlm 30.
[5] Shakila. Hlm 76.
[6] Robert H. Ferrell, America Diplomacy a History. W.w Norton and Company, New York 1975. Hlm 171.
[7] Ibid.
[8] W. Allan Wilbur, The Monroe Doctrine. D.C Heath and Company Boston, amerika Syarikat. 1967. Hlm 6.
[9] Ruhl Bartlett, Policy and Power : two counties of American Foreign Relations. Hill and WANG, New York  1963. Hlm 75.
[10] Robert H. Ferrel, American Diplomacy. W.W. Norton and Company Inc, New York 1975. Hlm 174.
[11] Ibid.
[12] Ibid. hlm 120-121.
[13] Ibid.
[14] Shakila Yacob, Amerika Syarikat, Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 76.
[15] Ibid.
[16] Ibid.
[17] George D. Crothers, Amerika History.  HOLT, RINEHART and WINSTON, New York 1964. Hlm 129.
[18] Shakila Yacob, Amerika Syarikat, Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 76
[19] Ibid,
[20] David A. Kennedy and Thomas A. Bailey, The American Pageant.  (Vol I) DC Heath and Company. Lexington, Messachusetts, Torannto 1987. Hlm  229.
[21] Robert H. Ferrel, American Diplomacy. Hlm 174.
[22] Shakila Yacob, Amerika Syarikat, Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 76
[23] Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine. Hlm 1.
[24] Fred. W. wellborn,  Diplomatic History of the United States.  Littlefield, Adams and CO, University of Maryland 1962. Hlm 123.
[25] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan