Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 7 Jun 2013

MASALAH HUBUNGAN BARAT DAN CHINA

PENGENALAN
            Hubungan tamadun China dan barat sudah berlaku semasa dinasti Han lagi.   Pertembungan tamadun Barat dan China dapat dilihat dari sudut perdagangan melalui kewujudan jalan Sutera.[1]     Semasa Eropah mengalami zaman pelayaran pada abad ke-16 danke-17  banyak ekspidisi pelayaran dilakukan ke benua Asia dan Afrika seperti Henry the Navigator (1394-1460M) dari Portugal, Bartholomew Diaz (1486-1487) dan lain-lain.[2] Kuasa-kuasa Barat yang pertama sampai ke China adalah Portugis ( 1517) dan diikuti oleh kuasa barat lain seperti Sepanyol (1575), Belanda (1604), Rusia (1618), British ( 1637), Perancis (1728) dan Amerika Syarikat pada akhir abad ke-18 dan kuasa barat lain.[3]
            Semasa era emperialisme barat ke China ketika itu dibawa dinasti Ch’ing (1368-1911) setelah berjaya mengulingkan dinasti Ming apabila mengalami kemerosotan akibat pemberontakan. Dinasti ini diperintah oleh orang Manchu yang berasal dari Songhua dan sekitar sungai Heilong yang disatukan oleh Nurhaci dan dikukuhkan oleh anaknya Abahai.[4]  Semasa pemerintahan dinasti Ch’ing ia merupakan dinasti terakhir China apabila terpaksa berhadapan dengan kuasa-kuasa besar lain yang datang ke China.   Pandangan yang berbeza dari sudut Ekonomi, Politik dan Sosial dengan Barat menyebabkan wujudnya permasalahan hubungan terutamanya Ekonomi melalui kegiatan perdagangan.    Masalah-masalah yang timbul ada yang bersifat lama iaitu perkara sama berbangkit dan perkara baru.


MASALAH PERDAGANGAN
            Perbezaan kegiatan perekonomian antara China dan Barat menyebabkan wujudnya masalah kedua pihak dalam kegiatan perdagangan.   Bagi kuasa-kuasa barat, perdagangan yang dijalankan adalah berdasarkan ekonomi perdagangan bebas (laissez-faire) yang diasaskan oleh Adam Smith dan perkembangan industri di barat akibat revolusi menyebabkan peningkatan pengeluaran barangan yang memerlukan pasaran.[5]  Manakala China pula lebih bersifat ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan pertanian.  Melalui kegiatan pertanian China mampu menyara hidup rakyatnya tampa perdagangan dengan pihak luar dan pandangan barangan dari luar sebagai barangan mainan menyebabkan China mengamalkan dasar tutup pindu dalam kegiatan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat.[6] Pedagang asing hanya dibenarkan berurusan dengan pihak Hong dalam kegiatan perdagangan dan tidak dibenarkan sama sekali berhubung secara terus dengan masyarakat China tampa perantaraan Hong.[7]  
Pada awalnya Hong adalah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik antaranya adalah golongan Hoppo dan pada 1720 persatuan Hong telah ditubuhkan yang dikenali sebagai Co-Hong.  Dominasi perdagangan oleh pihak Co-Hong menyebabkan banyak menguntungkan  China.  Hal ini kerana barangan pedagang dari Barat  tidak mendapat sambutan dan mereka sukar untuk mendapatkan banyak barangan penting dari China seperti Rhubard, teh dan sutera menyebabkan pengaliran wang perak yang tinggi.   Sebagai contoh SHTI membawa hampir 90% ketulan perak untuk perdagangan dengan China, hal ini disebabkan oleh ekonomi sara diri oleh China.[8]
MASALAH PELABUHAN
Permasalah seterusnya yang dihadapi oleh British dan kuasa-kuasa barat yang lain adalah berkaitan dengan pelabuhan.  Tindakan China yang hanya membuka satu pelabuhan sahaja memberi kesukaran dan masalah kepada perdagangan orang barat.  Pembukaan satu-satunya pelabuhan Canton menyebabkan kuasa-kuasa barat sukar untuk melakukan perdagangan dan disamping itu syarat-syarat pelabuhan yang diperkenalkan menjadi sekatan kepada orang-orang barat.[9]  syarat-syarat pelabuhan yang diperkenalkan hendaklah dituruti oleh para pedagang dan   diantara syarat dan peraturan di pelabuhan Canton adalah seperti berikut
I.                 Tidak dibenarkan kapal perang berlabuh di Bogue (Humen)
II.               Tidak dibenarkan membawa wanita dan senjata ke kilang
III.             Tidak boleh upah pembantu rumah dan hanya 8 orang pekerja dalam kilang
IV.            Tidak dibenarkan mengadakan hubungan terus dengan orang China.

Syarat perdagangan dan peraturan-peraturan  yang dikenakan oleh China menyebabkan para peniagan asing mengalami pergerakan yang terhad dan menyekat perkembangan ekonomi mereka.   Peraturan-peraturan yang diperkenalkan bertentangan dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh barat.    Pihak barat bukan sahaja menganggap masalah peraturan tersebut tetapi juga mereka turut mengadapi masalah dari sudut kebebasan kehidupan dan mereka dihalang daripada membuat aduan sebarang masalah di pelabuhan.[10]  Selain itu, cukai yang diperkenalkan turut menjadi masalah perdagangan antara barat dan China.   Cukai kapal yang dikenakan mengikut saiz kapal pedagangan di antara 1300 ke 1400 tahil menyebabkan lagi masalah hubungan perdagangan kerana barat lebih mengutamakan perdagangan bebas.[11]    

PERDAGANGAN CANDU
Akibat imbangan perdagangan yang negetif oleh pedagang dari Barat terutamanya British maka mereka mula mengunakan Candu sebagai dagangan utama bagi mengimbangi perdagangan di China.   Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI) mengunakan alternative perdagangan Candu bagi meningkatkan keuntungan perdagangan di China.  Candu pada mulanya digunakan oleh orang Arab dan Turki sebagai ubat untuk mengurangkan ketegangan.[12]   Namun pada penghujung abad ke-17 dan awal ke-18 penghisapan candu telah bermula di Taiwan.
  Hal ini kerana penghisapan Candu bukan sahaja terhad kepada golonagan kaya tetapi ia melibatkan semua peringkat kelompok masyarakat termasuk penjawat awam, kaum perempuan dan buruh.  Dianggarkan pada tahun 1838 sehingga 1839 jumpat inport Candu ke China adalah sebanyak 40, 000 peti.  Peningkatan pengimportan dan penagih Candu menyebabkan Maharaja Yung-cheng mengeluarkan dikri melarang penjualan Candu pada tahun 1792 dan pada tahun 1796 Maharaja Chia-ch’ing mengharamkan pengimportan dan penanaman Candu.[13]    Walaupun Jeneral Ruan Juan membendung masalah Candu pada tahun 1892, namun gagal kerana masih berlaku penyeludupan Candu keadaan ini kekal sehinggalah perlantikan Lin Tse-hsu sebagai pesuruhjaya tinggi anti-candu pada 1838 di Canton.[14]    Beliau memberi arahan kepada pedagang Barat agar menyerahkan Candu dan menandatangani ikrar dalam perdagangan candu.  Sebagai gantinya akan Lin Tse-hsu memberikan 5 kati teh setiap peti candu yang diserahkan.  Namun Pesuruhjaya perdagangan British, Kapten Charles Elliot datang ke Canton memburukan lagi keadaan apabila tidak mematuhi kehendak Lee.   Perkara ini akhirnya membawa kepada peristiwa pengepungan Kilang British dan pencetus kepada perang Candu I.
MASALAH TRADISI DAN AGAMA.
            Permasalahan seterusnya antara China dan Barat adalah dari sudut tradisi dan keagamaan.  Tradisi masyarakat China yang mengganggap kerajaan mereka sebagai Middle Kingdom @ Ching Kuo menyebabkan pandangan terhadap bangsa lain sebagai Barbarian yang tidak bertamadun.  Tradisi perekonomian China yang sara diri juga menyebabkan perdagangan dengan barat tidak perlu dan lebih penting lagi kedudukan pedagang @ peniaga dalam klas sosial tradisi masyarakat China adalah paling bawah sekali berbanding petani.   Selain itu, Negara-negara lain yang datang ke China dianggap sebagai Negara uftian yang berlindung dan mengiktiraf kerajaan China.    perbezaan trdisi ini menyebabkan Barat mengalami masalahan hubungan dengan China kerana perbezaan pemikiran barat dan China.[15]
            Dari sudut keagamaan pula, China yang terkenal dengan ajaran Confucius menyebabkan sebarang kemasukan agama terutamanya agama kristian adalah bertentangan dengan agama tradisi masyarakat China.  perkembangan ajaran Kristian yang disebarkan oleh para Mubaligh menyebabkan sebahagian masyarakat China mula meninggalkan agama tradisi dengan menganut agama Kristian.  Perkara ini menyebabkan beberapa tindakan yang membawa kepada pembunuhan Paderi dan ancaman kepada orang-orang China yang beragama kristian.

MASALAH PENTADBIRAN DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK.

 

            Pentadbiran yang diamalkan di China juga turut mempengaruhi permasalahan hubungan antara China dengan kuasa barat.   Dinasti Ch’ing yang mengalamkan dua sistem pentadbiran iaitu pentadbiran peringkat pusat dan pentadbira peringkat wilayah.  Pada peringkat yang terletak di Peking diketuai oleh Maharaja yang dibantu oleh Grand Secretariat and Grand Council, serta dibantu oleh lembaga enam iaitu lembaga perang, lembaga hukuman, lembanga kerjaraya, lembaga upacara, lembaga hasil dan lembaga perkhitmatan awam.[16]  Manakala peringkat kedua pula adalah Wilayah.  Peringkat wilayah ditadbir oleh seorang Gabenor Wilayah yang dibantu oleh gabanor wilayah dan Daerah.  Gabenor wilayah boleh mentadbir 2-3 wilayah dalam satu masa.  Sistem pentadbiran ini menyebakan permasalahan hubungan barat dan china kerana semua permasalahan dan hubungan kuasa-kuasa barat hanya berlaku pada peringkat wilayah dan tidak berlaku secara terus ke pusat yang terletak di Peking.  [17]

            Hubungan diplomatic yang tidak terjalin antara Barat dan China juga turut mempengaruhi permasalahan antara keduanya.   Sistem pemerintahan China yang tidak mewujudkan sekteriat hubungan luar menyebabkan China tidak memandang sebarang usaha untuk berhubung dengan kuasa asing yang dianggap sebagai barbarian.[18]  British cuba menjalin hubungan diplomatic demi kepentingan perdagangan pada tahun 1784 dengan menghantar Kolonel Cathcar, namun misi tersebut tidak sampai.   Bagi Raja England, Raja George III berpendapat bahawa penubuhan kedutaan akan dapat menyelesaikan permasalahan British dengan China.  Walaupun misi Macarney berjaya sampai bertemu Maharaja, namun tidak berhasil kerana utusan tersebut dianggap sebagai Negara uftiaan seperti Negara-negara di Asia Tenggara.  Disamping itu sikap Macarney yang tidak menghadap Kow tow memburukan lagi jalinan kedua pihak.[19]




MASALAH UNDANG-UNDANG.
            Permasalahan seterusnya diantara China dan barat adalah mengenai kehakiman akibat perbezaan undang-undang antara China dan barat.   Percanggahan pentafciran undang-undang menyebabkan barat melihat undang-undang china tidak berperikemanusiaan dan china pula menganggap tindakan undang-undang adalah bagi mendisiplinkan rakyat supaya taat setia kepada pemerintah.   Bagi undang-undang China, seseorang yang dituduh  melakukan kesalahan akan dianggap bersalah sehinggalah dapat membuktikan seseorang itu tidak bersalah.  Berbanding dengan undang-undang barat, seseorang yang bersalah tidak akan disabitkan hukuman selagi tidak ada bukti menunjukan seseorang itu bersalah.[20]
            Selain itu, undang-undang China juga bersifat berkumpulan iaitu apabila seseorang melakukan kesalahan maka ia akan melibatkan orang yang ada kaitan dan hubungan dengannya.  Manakala barat pula sebaliknya seseorang yang bersalah tidak melibatkan pihak lain iaitu pesalah hanya menangung kesalahanya tampa melibatkan orang lain.[21]    Perbezaan pentafsiran undang-undang boleh dilihat melalui kes-kes tertentu yang melibatkan barat dan China sebagai contoh mengenai kes kapal Lady Hughes pada 1784.  Kapal tersebut telah melepaskan tembakan Mariam sebagai tanda persinggahan ke pelabuhan untuk tanda hormat kehadiran mereka, namun sebaliknya tembakan mengenai dua orang China yang menyebabkan terkorban.[22]   Penembak Mariam tersebut telah diserahkan kepada pemerintah China walaupun sebelumnya pemilik kapal tersebut berkeras.  Atas arahan Maharaja penembak tersebut telah dijatuhkan hukuman mati dengan mencekik pesalah tersebut.[23]
MASALAH PERANG
-        Candu I
Kesan daripada permasalahan Candu maka ia membawa kepada meletusnya perang China-British pada 1839-1842 M .   Kapten Charles Elliot telah mendesak pihak British supaya mengistiharkan perang keatas China.  Akbar-akbar seperti The Times dan The Morning Chronice turut mempengaruhi British supaya mengistiharkan perang.[24]   Akhirnya kerajaan British telah mengistiharkan perang pada 30 Januari 1840 dan pada bulan April kira-kira 4000 tentera British telah tiba diperairan Canton. Perang ini juga dikenali sebagai perang Candu I yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.[25]
Pada awalnya, kedatangan Admiral Elliot pada Jun 1840 menyebabkan terbentuknya konvensyen Ch’uan-pi.   Ketika berlaku konvensyen ini China menghantar wakilnya Ch’i-shan dan rundingan damai berlaku pada Januari 1841.   Peringkat seterusnya berlaku akibat penolakan konvensyen Ch’uan-pi oleh kedua pihak.   Pada peringkat kedua berlakunya kekalahan tentera China kepada British yang menyebabkan British menguasai Sungai Mutiara.[26]  Pihak British yang masih dibawa pimpinan Elliot berjaya mengalahkan China yang dipimpin oleh sepupu Maharaja iaitu I-shan.   Penguasaan oleh British menyebabkan Hong membayar ganti rugi sebanyak $ 6 juta. 
Peringkat ketiga berlaku apabila Sir Henry Pottinger mengtuai angkatan tentera British.   Dibawa pimpinan Pottinger, British berjaya menawan beberapa Bandar antaranya adalah Amoy, Tinghai dan Ningpo.    Kejayaan tentera British memaksa China menghantar sekali lagi utusan untuk mengadakan rundingan dan hasilnya membawa kepada perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842.[27]    kesan perjanjian Nanking memyebabkan China menerima tamparan hebat kerana berat sebelah yang menyebelahi pihak barat.  Antara isi perjanjian Nanking adalah ganti rugi $ 21 juta, menghapuskan sistem Co-Hong, membuka lima pelabuhan ( Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai), Hong Kong minjadi milik British dan satu tarif akan ditentukan[28]
Setelah perjanjian Nanking, satu lagi perjanjian iaitu perjanjian Bogue yang mengandungi beberapa keistimewaan British iaitu hak wilayah asing dan Most Favored Nation.[29]  Perkara ini menyebakan hubungan barat dan China semangkin rengang apabila perjanjian yang ditandatangani adalah bersifat berat sebelah.  Melalui keadaan ini ia turut mempengaruhi keadaan seterusnya yang membawa kepada perang Candu yang ke-2.  Selain British kuasa-kuasa barat lain turut mengadakan perjanjian setelah berjaya mendesak pihak China seperti perjanjian Whangpoa (perancis) pada 24 October 1844 dan perjanjian Wangshia ( Amerika Syarikat) pada 3 Julai 1844.[30]
-        Candu II
Walaupun perjanjian Nanking telah ditandatangani namun ia tidak dapat menyelesaikan hubungan antara British dan China.  kegagalan China memenuhi perjanjian Nanking terutamanya mengenai permasalahan di Canton  iaitu masyaraakat Canton yang  bersikap anti-asing dengan menolak pembukaan Bandar tersebut.  Namun buka itu sahaja faktor yang membawa kepada meletusnya perang Candu II, tetapi faktor lama yang masih berbangkit iaitu perdagangan Candu adalah faktor mengapa meletusnya perang tersebut.[31]
            Faktor kepada pencetus perang adalah disebabkan oleh insiden  kapal Arrow.  Kapal tersebut yang dimiliki oleh Fong Ah-ming yang didaftarkan dengan pihak British bagi melindungi dari ancaman lanun.[32]   Pihak China telah menawan kapal tersebut atas alasan mencari lanun yang bersembunyi diatas kapal tersebut dan menangkap 12 anak kapal dan menurunkan bendera British.  Thomas Kennedy telah melaporan perkara tersebut kepada konsul British dan Hnarry Parkes telah diarahkan ke Bowring pada 12 Oktober 1856.   Namun permintaan beliau agar pihak China melepaskan 12 anak kapal dan meminta maaf akibat tidak menghormati bendera British.  Namun ia tidak dipedulikan oleh Yeh Ming-ch’en yang bersikap anti-asing.  Akibatnya 25 october 1856 british menghantar kapal perang dibawa pimpinan Admiral Seymour untuk menyerang Whampao.[33]  Peperangan ini bukan sahaja melibatkan British, teapi juga melibatkan pihak Perancis.  Hal ini kerana pembunuhan paderi Perancis yang bernama Abbe Auguste pada Februari 1856.   
KONVENSYEN PEKING 1860.
            Konvensyen Paking 1860 adalah satu langkah kearah penyelesaian masalah oleh pihak barat di China.    Pihak barat menuntut pengesahan Perjanjian Tientsin yang ditandatangani setelah kekalahan China kepada British dan Perancis di Peking bukan di Tientsin.  Pihak Istana Ch’ing terpaksa menuruti kemahuan pihak barat apabila tidak mampu menghalang kemaraan tentera British dan Perancis pada 8 September 1860 apabila Lord Elgin mengarahkan tenteranya kira-kira 15 batu dari Peking.[34]  Antara permintaan barat dalam konvensyen tersebut adalah memberi kebenaran kuasa asing untuk menempatkan diplomatic di Peking, China meminta maaf keatas krisis di Taku.   Manakala dalam artikal 13, Perancis lebih memberi tumpuan kepada golongan mubaligh terutamanya hak mubaligh dan pengikutnya.  Golongan mubaligh juga berhak mendapatkan tanah untuk disewa dan dibeli dimana sahaja di China dan warganegara China yang menganut kristian hendakah bebas menganut dan mengamalkan ajaran kristian tampa sekatan dan hukuman.[35]
KESIMPULAN.
            Kesimpulannya, jelas menunjukan permasalahan perdagangan yang diamalkan antara barat dan China menyebabkan tidak berlaku hubungan perdagangan secara lansung.  Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan permasalahan lain turut timbul seperti masalah undang-undang, hubangan diplomatic, adat resam, agama dan kepercayaan, dan lain-lain.    Keadaan masalahan ini menyebabkan hubungan China dan barat renggang akibat tiada kesefahaman antara dua pihak.   Keadaan ini akhirnya membawa kepada beberapi seri peperangan termasuklah perang candu pertama dan perang candu kedua.  Kekalahan dalam peperangan menyebabkan China terpaksa menandatangani perjanjian yang berat sebelah.   Perkara ini menunjukan kemerosotan Dinasti Ch’ing ketika itu yang tidak mampu menyekat kuasa-kuasa barat masuk ke china.


BIBLIOGRAFI
1.     Su Kaiming. Modern China : a topical history. New World Press, Beijing 1985.
2.     Hsin-pao Chang. Commissioner Lin And the Opium War. Harvard University Press 1964.
3.     Suffian Mansor.  Sejarah China Moden. Penerbit Unjiversiti Malaya 50603 Kuala Lumpur 2009.
4.     Arthur Waley. The Opium War Through Chinese Eyes.  George Allen and Unwin Ltd, London 1958.
5.     Ssu-yu Teng and John K. fairbnk. China’s Response to the West a Documentary Survey 1839-1923.  Atheneum, new York 1967.
6.     Peter Ward Fay. The Opium War 1840-1842. The Universiti of North Carolina Press, United States of America 1975.
7.     Bruce A. ellemen. Modern Chinese Warfare, 1795-1989.  Routledge is an Imprint of the Taylor & Francis Group, 2001.




[1] Su Kaiming. Modern China : a topical history. New World Press, Beijing 1985. Hlm 21.
[2] Ibid.
[3] Hsin-pao Chang. Commissioner Lin And the Opium War. Harvard University Press 1964. Hlm 1.
[4] Suffian Mansor.  Sejarah China Moden. Penerbit Unjiversiti Malaya 50603 Kuala Lumpur 2009. Hlm 2-3.
[5] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 8.
[6] Ibid. hlm 7
[7] Ibid. hlm 12
[8] Ibid. hlm 13
[9] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 12
[10] Ibid.
[11] Ibid. hlm 13
[12] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 21.
[13] Ibid.
[14] Arthur Waley. The Opium War Through Chinese Eyes.  George Allen and Unwin Ltd, London 1958. Hlm 12.
[15] Ssu-yu Teng and John K. fairbnk. China’s Response to the West a Documentary Survey 1839-1923.  Atheneum, new York 1967. Hlm 23.
[16] Suffian Mansor. China Moden. Hlm 20.
[17] Ibid. hlm 29.
[18] Hsin-pao Chang. Commissioner Lin And the Opium War. Hlm 53.
[19] ibid
[20] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 13.
[21] Ibid. hlm 13.
[22] Ibid. hlm 14.
[23] Peter Ward Fay. The Opium War 1840-1842. The Universiti of North Carolina Press, United States of America 1975. Hlm 37-38.
[24] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 24.
[25] Ibid. hlm 24.
[26] Ibid.
[27] Bruce A. ellemen. Modern Chinese Warfare, 1795-1989.  Routledge is an Imprint of the Taylor & Francis Group, 2001. Hlm 13.
[28] Bruce A. Ellemen. Modern Chinese Warfare, 1795-1989. Hlm 31.
[29] Suffian Mansor. China Moden. Hlm 26.
[30] Ibid.
[31] Ibid. Hlm 30.
[32] Ibid.
[33] Ibid.
[34] Dr Suffian Mansor. Sejarah China Moden. Hlm 33
[35] Ibid. hlm 34

Tiada ulasan:

Catat Ulasan