Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 7 Jun 2013

KEADAAN AMERIKA SYARIKAT SELEPAS PERANG DUNIA PERTAMA (WW I)

BAGAIMANAKAH RAKYAT AMERIKA SYARIKAT MENANGANI PERUBAHAN-PERUBAHAN PESAT YANG BERLAKU SELEPAS PERANG DUNIA PERTAMA? NYATAKAN STRATEGIK BUDAYA DAN JUGA POLITIK MEREKA.
PENGENALAN
Perang dunia pertama yang berlaku pada 28 Julai 1914  menyaksikan persaingan kuasa-kuasa besar di Eropah.  Amerika Syarikat pada peringkat awalnya tidak mahu terlibat secara lansung dalam peperangan tersebut kerana ia menganggap perang tersebut adalah perang Eropah.   Namun akibat beberapa desakan dan tekanan yang diterima oleh Amerika maka ia telah terlibat secara lansung dengan memihak kepada pihak Bersekutu.[1]
            President Woodrow Wilson telah membawa Amerika dalam komplik di Eropah sehinggakan Setiausaha Negara, William Jennings Bryan meletak jawatan kerana kecewa dengan tindakan W.Wilson kerana tidak mempertahankan dasar berkecuali Amerika.   Penyertaan dalam peperangan menyebabkan banyak akta baru terutamanya dalam bidang ketenteraan.  Namun pada penghujung perang dunia pertama menyaksikan beberapa persidangan dan penyelesaian perang yang diketuai oleh President W.Wilson antaranya persidangan Damai Paris 1919 belia mencadangkan 14 fasal (fourteen Points), perjanjian Versailles dan penubuhan Liga-liga Bangsa.[2]
            Selepas sahaja tamat perang, Amerika berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan bagi mengatasi permasalahan yang wujud selepas perang.  Perubahan ini dapat kita lihat dari sudut politik, ekonomi dan sosail.   Perubahan ini menyebabkan kesan yang teruk kepada Amerika sendiri terutamanya dalam bidang ekonomi.  Hal ini kerana selepas perang Amerika berhadapan dengan satu era kemelesetan ekonomi.
STRATEGIK POLITIK
PERUBAHAN DASAR DARI CAMPUR TANGAN  KEPADA ISOLASI.
            Perkembangan politik Amerika selepas perang dunia pertama banyak dipengaruhi oleh tindakan president Woodrow Wilson sebelum tamatnya perang pada penghujung 1918.   Tindakan W. Wilson menyertai persidangan perjanjian menamatkan perang setelah Negara-negara kuasa bersekutu menolak pembentukan Empat Belas Fasal.   Satu perjanjian telah ditandatangani iaitu perjanjian Versilles pada 28 jun 1919  dan membawa kepada pembentukan Liga Bangsa-bangsa.    Pembentukan Liga Bangsa-bangsa yang berfungsi sebagai Parlimen Dunia turut membawa kepada penubuhan Mahkamah Dunia dan Elihu Root seorang rakyat Amerika sebagai Peguam Mahkamah Dunia yang pertama.[3]   
            Perkara ini menyebabkan Ahli Senat seperti Henry Cabot Lodge dari Massachusetts, William E. Borah ari Idaho dan Hiram Jonhson dari California tidak bersetuju dengan tindakan W. Wilson  kerana perkara tersebut menyebabkan Amerika secara lansung melibatkan diri dalam peperangan asing.[4]   Malahan rakyat Amerika turut tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Presidant W. Wilson kerana mereka sudah bosan dengan usaha menyelamat dunia dari peperangan dan ramai remaja mula membenci peperangan.   Hal ini kerana perjanjian Versailles yang berat sebelah dan pendedahan perjanjian rahsia antara Negara-negara bersekutu yang bersifat Imperialism.  Perkara ini  membawa kepada perubahan dasar America kepada bersikap berkecuali dari terlibat secara lansung dengann isu-isu luar.[5]

PERTUKARAN PARTI PEMERINTAH DARI DEMOKRATIK KEPADA REPABLIK
               Selain itu, perubahan politik Amerika selepas tamat perang dunia pertama dapat dilihat melalui perubahan parti pemerintah dari parti Demokratik kepada parti Repablik pada tahun 1920.   Selapas Konges tidak mengiktiraf perjanjian Versalles dan Liga Bangsa-bangsa pada 19 Mac 1918,  maka usaha W. Wilson agar Amerika menjadi ahli Liga Bangsa menemui kegagalan.[6]  Walapun W. Wilson telah berusaha untuk meyakinkan rakyat Amerika agar bersetuju dengan langkah tersebut dengan membuat 37 ucapan di 29 buah Bandar dalam masa 22 hari namun menemui kegagalan.  Keadaan ini membawa kepada serangan angin ahmar kepada beliau semasa berucap di Pueblo, Colorado dan beliau meninggal dunia pada 1924.    Keadaan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan.   Setelah pilihan raya dilakukan pada 1920 parti Repablikan telah mendapat mejoroti undi dan berjaya membentuk kerajaan.[7]
 ANCAMAN KOMUNIS ( RED SCARE 1919)
            Sehubungan dengan itu selepas perang dunia pertama tamat,  Revolusi Bolshevik yang berlaku pada tahun 1917  berjaya membentuk Communist International yang dikenali sebagai Comentarn.   Fahaman Komunis ini telah wujud di Amerika dan sering dikaitkan dengan organisasi buruh yang bersifat radikal.[8]    Bagi menyekat pengaruh komunis di Amerika, Peguam Negara A. Mitchell Palmer telah menubukan jabatan anti-radikal.  Perkara ini membawa kepada penangkapan mereka yang terlibat dalam kegiatan subversive terutamanya buruh asing.   Dua tokoh imegran dari Itali iaitu Nicola Sacco dan Bartolomew Vanzantti telah ditahan kerana disabitkan dengan kegiatan fahaman radikal pada tahun 1920.   Kedua tokoh tersebut telah dikenakan tindakan hukuman bunuh dengan mengunakan kerusi elektrik pada tahun 1927.[9] 
STRATEGIK BUDAYA

PENINGKATAN EKONOMI.

               Semasa perang dunia berlaku antara kuasa paksi dan kuasa bersekutu ekonomi Amerika mengalami pertumbuhan yang positif kerana tidak terlibat dalam peperangan.  Disamping itu Negara-negara yang berperang mendapatkan bekalan peralatan perang dari Amerika.  Hal ini menyebabkan berkembangan Industri dan pertanihan  secara mendadak.   Namun selepas perang tamat keadaan ekonomi terus melambung tinggi pada tahun 1920-an.  Namun  perkembangan ekonomi ini tidaklah membawa kemakmuran secara menyeluruh kepada masyarakat Amerika sehinggakan perkembangan ekonomi ini digelar sebagai kemewahan palsu.  Hal ini kerana kemewahan yang dialami hanya dinikmati oleh golongan kaya dan golongan miskin tidak menikmati apa-apa kelebihan.
 PENGELUARAN MELEBIHI PERMINTAAN
            Perkembangan ekonomi melalui peningkatan pengeluaran akibat perkembangan teknologi dalam industry menjadi faktor kepada peningkatan pengeluaran.    Pada tahun 1923 sehingga 1928 peningkatan ekonomi berlaku akibat produktiviti hasil daripada perkembangan industry.  Sebagai contoh kejayaan Henry Ford merevolusikan kitaran pengeluaran kereta model ‘T’.[10]  beliau telah memperkenalkan Moving assembly line yang lebih cekap berbanding dengan kaedah lama iaitu Stationary assembly line.  Perkara ini menyebabkan pengeluaran yang tinggi dipasaran, tatapi disebabkan kadar gaji dan pendapatan mejoriti masyarakat Amerika ketika itu rendah maka kadar permintaan bagi barangan yang dihasilkan adalah rendah.  Hal ini menyebabkan banyak hasil pengeluaran seperti radio, peti sejuk dan barangan lain tidak dapat dipasarkan.[11]
KEJATUHAN EKONOMI
            Seterusnya keadaan ekonomi Amerika selepas perang juga turut mengalami kejatuhan  disebabkan oleh beberapa keadaan sehingga membawa kepada berlakunya kemelesetan besar.  Akibat pengeluaran yang berlebihan akibat kurang jual beli oleh masyarakat Amerika maka firma-firma mula mengunakan kaedah baru untuk memasarkan barangan iaitu dengan pembelian barangan secara kredit.[12]  Pembelian secara kredit membolehkan penguna membeli barangan dengan kadar segera dan secara tidak lansung membantu pengeluar memasarkan barangan yang dihasilkan.   Iklan-iklan yang dikeluarkan turut menarik pengguna membeli secara kredit semasa era kejatuhan sehinggalah tahun 1929 sebahagian besar masyarakat Amerika membeli kereta, radio dan perlatan perabot secara asuran dan hutang pengguna mula meningkat.[13]
IMBANGAN DAGANG YANG NEGATIF
            Selepas sahaja perang dunia pertama tamat aktiviti perdagangan yang bersifat antarabangsa tidak membawa keuntungan sebagaimana ketika perang berlaku.   Beban hutang yang tinggi yang dialami oleh Negara-negara berperang menyebabkan pelbagai kaedah digunakan bagi mengimbangi perdagangan agar menstabilan ekonomi Negara masing-masing.  Amerika mengenaikan tarif yang tinggi kepada barangan Import agar barangan tersebut tidak dapat bersaingan dengan barangan yang dikeluarkan oleh firma tempatan.[14]

KEJATUHAN PASARAN SAHAM
            Seterusnya keadaan ekonomi Amerika turut mengalami kejatuhan disebabkan oleh keadaan pasaran saham yang merosot.  Selepas perang berlaku pada tahun 1920-an pasaran saham menjadi tumpuan para pelabur kerana menjanjikan pulangan yang baik. Deviden yang tinggi menyebabkan keuntungan segera oleh para pelabur.  Namun pada tahun 1925 sehingga 1929 jumlah saham meninggkat dari $100 juta dolar kepada $443 juta dolar.   Hal ini disebabkan oleh kemudahan mendapatkan pinjaman daripada bank-bank swasta dan spekulasi berlebihan pasaran saham.[15]  
Apabila pelabur membuat spekulasi berlebihan dalam pasaran saham dan pinjaman wang yang tinggi bagi mendapatkan untung secara cepat.  Maka ramai ahli perniagaan dan ekonomi menggalakan rakyat membeli saham.   John J.Raskod dalam artikal tulisannya yang bertajuk “everybody Ought To Be Rich” menyatakan sekiranya seorang meyimpan $15 dolar setiap bulan maka beliau akan mendapat pulangan sebanyak $80 ribu dua tahun akan datang.[16]    Menjelang suku kedua 1929 pasaran saham amat membimbangkan kerana ia tidak boleh terus meningkat berterusan.  Pada tahun yang sama Bank Of England telah meningkatkan kadar faedah kepada 6.5 peratus bagi menghalang pengaliran keluar emas dan melindungi mata wang pound sterling.  Perkara ini membawa kepada penarikan ratusan juta dolar dari New York ke England yang mengakibatkan pasaran saham jatuh pada 30 september 1929.[17]  Menjelang 15 October 1929 ramai pelabur besar melepaskan pegangan masing-masing secara senyap dan pada 24 Oktober 1929 menyebabkan harga pasaran saham jatuh dengan teruk sekali.   Pada 29 Oktober 1929, tarik tersebut dikenali sebagai “Black Tuesday” kerana lebih kurang 16.5 jutah saham telah bertukar tangan, harga purata 50 stok utama jatuh sebanyak 40 % dan $30 bilion dollar lenyap.[18]  Keadaan ini menyebabkan kekecewaan kepada pelabur sehinggakan ramai yang nekad untuk bunuh diri.  Keadaan ini memburukan lagi keadaan ekonomi Ameika selepas perang dunia pertama.
KEGAGALAN SISTEM RIZAB PERSEKUTUAN.
            Kejatuhan ekonomi akibat kejatuhan pasaran saham turut dipengaruhi oleh tindakan sistem rizab persekutuan yang tidak memberikan pinjaman terakhir kepada bank-bank dan pelabur.  Friedman dan Shwartz (1963), Hmilton(1987) dan lain-lain menyatakan bahawa Sistem Rizab Persekutuan gagal memainkan peranan utama berhubung polisi kewangan.[19] Sistem Rizab yang tidak memberikan pinjaman kewangan terakhir semasa berlaku spekulasi dan meningkatkan kadar faedah kepada peminjam menyebabkan pasaran jatuh.  Keadaan ini menyebabkan banyak bank-bank yang muflis iaitu sebanyak 761 buah bank yang muflis dari November 1930 sehingga Januari 1931.[20]
SOSIAL.
ISU IMENGRASI
            Masalah yang dihadapi semasa dan selepas perang dunia pertama oleh masyarakat Amerika adalah berkaitan dengan isu Imegrasi.   Kemunculan sifat perkauman menyebabkan banyak keganasan dan insiden Lynching di selatan dan barat Amerika.   Pada tahun 1921 berlaku rusuhan kaum di Tulsa dan Oklahoma oleh masyarakat kulit putih yang mengakibatkan kemusnahan kehidupan masyarakat kulit hitam di perumahan Greenwood.[21]   Keadaan ini menyebabkan bangkitnya semula pertubuhan Ku klux Klan (KKK) yang mengagungkan bangsa Anglo-sexon.  Pertubuhan ini terut bersifat anti-Katolik, anti-Yahudi dan anti-Buruh asing.[22]
            Selain itu,  kerajaan negeri dan persekutuan Amerika turut memperkenalkan pelbagai jenis akta bagi menyekat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh warga asing.  Sebagai contoh pada tahun 1921 kongres telah meluluskan Akta Imegresan yang meletakkan jumlah maksimum imegren setiap tahun pada 357 ribu orang.[23]   Bagi peringkat negeri, pelbagai langkkah dilakukan bagi menyekat imegren seperti memperkenalkan undang-undang perlesan bagi menghalang perniagaan perubatan, pembedahan, farmasi, seni bina, kejuruteraan dan pemandu bas.[24]
HARLEM RENAISSANCE
            Keadaan masyarakat kulit hitam dari awal pembentukan Negara Amerika lagi mempunyai diskriminasi oleh masyarakat kulit putih.   Selepas perang dunia pertama pada tahun 1919 telah berlaku kebangkitan rakyat dikalangan masyarakat kulit hitam yang dikenali sebagai Harlem Renaissance sehinggalah tahun 1933.    Perkara ini mendedahkan kebudayaan masyarakat kulit hitam dari segi sastera, puisi, muzik dan seni yang dikenali sebagai New Negro.  Perkembangan ini menyebabkan ramai penulisan dilakukan bagi mendedahkan lagi kebudayaan masyarakat kulit hitam seperti Langston Hughes yang menghasilkan puisi mengenai kehidupan masyarakat kulit hitam.  Dan tulisan yang paling terkenal adalah Their Eyes Were Watching God yang menceritakan mengenai seorang wanita mencari indentiti diri.[25]


KEMUNCULAN TOKOH-TOKOH ULUNG.
            Selepas perang dunia pertama juga dapat dilihat perkembangan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, sukan dan industry hiburan.   Hal ini menyebabkan kemunculan tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang masing-masing sebagai contoh Charles Lindbergh seorang juruterbang yang melakukan penerbangan menyeberangi lautan Atlantik ke Paris.[26]    Manakala dari segi sukan pula tokoh yang terkenal adalah Babe Ruth seorang pemain Baseball yang mempunyai bayaran paling tinggi iaitu sebanyak $ 100 ribu dollar.   Manakala dalam bidang hiburan pula berlaku perkembangan industry radia dan muzik termasuklah muzik jazz.  Bidang sastera turut tidak ketinggalan apabila munculnya tokoh-tokoh sastera yang terkenal seperti F. Scott Fitzgerald yang menerbitkan The Great Gatby pada tahun 1925 dan Ernest Hemingway menulis tentang cerita perang yang bertajuk The Sun Also Rises pada tahun 1926.[27]

KESIMPULAN

             Kesimpulanya, selepas sahaja perang dunia pertama tamat Amerika berhadapan dengan beberapa keadaan genting dalam menangani perubahan yang berlaku selepas perang.   Bidang ekonomi adalah bidang yang paling ketara Amerika gagal dalam mengatasi kejatuhan ekonomi.  Manakala dalam bidang sosial, walaupun terdapat pelbagai langkah yang dilakukan untuk kearah masyarakat yang lebih bertoleransi.  Namun masih berlaku sikap perkauman yang dimainkan oleh golongan kulit putih kepada masyarakat kulit hitam.  Secara keseluruhanya Amerika Syarikat masih gagal mengatasi segala perubahan yang berlaku selepas sahaja Perang dunia pertama tamat pada tahun 1918.

BIBLIOGRAFI.
1.     Allan Nevins and Henry Steele Commager. A Short History of the United State. Alfed.A.knopf, New York 1966. 
2.     Syakila Yacoob.  Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa.  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005
3.     John D. Hicks. American History. Volume two, Houghtom Mifflin Company Boston, 1952
4.     George D. Crothers. American History. Holt, Rinehart and Winston, New York 1964



[1] Allan Nevins and Henry Steele Commager. A Short History of the United State. Alfed.A.knopf, New York 1966.  Hlm 451.
[2] Ibid. hlm 454.
[3]  Syakila Yacoob.  Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa.  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005. Hlm 219.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[8] Syakila Yacoob.  Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Hlm  226
[9] Syakila Yacoob.  Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Hlm  226.
[12] Syakila Yacoob.  Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Hlm
[13] ibid
[14] Syakila Yacob. Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 240.
[15] Ibid.
[17] ibid
[18] ibid
[20] Syakila Yacob. Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 238.
[21] Ibid. hlm 224.
[22] John D. Hicks. American History. Volume two, Houghtom Mifflin Company Boston, 1952. Hlm 272.
[23] George D. Crothers. American History. Holt, Rinehart and Winston, New York 1964. Hlm 191.
[24] Ibid. hlm 191.
[25] Ibid.
[26] Syakila Yacob. Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 225
[27] Ibid. hlm 225.

1 ulasan:

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    BalasPadam