Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 28 November 2012

RANCANGAN PERNIAGAAN (APK)


LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.
           
            Perniagaan yang ingin kami ketengahkan dalam rancangan perniagaan adalah mengenai perniagaan pembuatan pakaian tradisional masyarakat China.    Kami memilih industri pembuatan pakaian tradisional cina kerana industri ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan dalam dunia perniagaan.    Masyarakat China yang mempunyai  budaya tersendiri memyebabkan pakaian masyarakat china juga mempunyai keunikan tersendiri untuk diketengahkan dalam dunia perniagaan.    Antara pakaian masyarakat china yang ingin dijadikan produk perniagaan adalah pakaian tradisional Cheong Sam.    Cheong Sam dalam bahasa china merujuk kepada pakaian labuh.  Pakaian ini sangat popular pada satu masa dahulu dan sering kali digayakan oleh masyarakat yang Cina pada hari-hari kebesaran seperti tahun baru china.
            Walau bagaimanapun,  perubahan masa menyebabkan tengelamnya pakaian tradisional ini akibat pemodenan yang berlaku akbibat daripada pengaruh dari barat.   Perkembangan zaman moden menyebabkan permintaan pakaian yang lebih moden adalah tinggi sebagai contoh t-shit dan lain-lain.   Hal ini menyebabkan pakaian tradisional china semangkin kurang di pasaran kerana mereka lebih tertumpu untuk mendapatkan pakaian moden.   Perkara ini menjadi satu permasalah untuk mendapatkan pakaian tradisional masyarakat China.   Jika adalahpun individu-individu tertentu hanya membuat pakaian tradisional china untuk kegunaan pribadi dan bukan untuk dikomersialkan.
            Oleh itu, kumpulan kami melihat ini satu peluang untuk membuka perniagaan dalam pembuatan pakaian tradisional masyarakat china untuk pasaran dalam Negara.   Kami akan melakukan pembaharuan dan penyelesaian masalah-masalah dalam perniagaan tersebut termasuklah dari sudut kos, urusniaga ( focus kepada online ) dan reka bentuk yang lebih moden untuk bersaing di peringkat pasaran.
MASALAH DALAM INDUSTRI PERNIAGAAN.
1.      POTONGAN PAKAIAN YANG KURANG SELESA.
          Permasalahan pertama dalam perniagaan pembuatan pakaian tradisional masyarakat china adalah potongan pakaian tradisional yang kurang selesa.   Pakaian tradisional masyarakat  china seperti  Cheong Sam  mempunyai potongan pakaian yang ketat dan sempit.  Permasalah ini menyebabkan ia kurang digunakan dan dipakai oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.   Selain itu, ia turut menjadi masalah dalam industri ini kerana perspektif individu yang melihat potongan pakaian tradisional ini tidak menampilkan gaya yang menarik.  Oleh itu, pakaian tradisional ini di anggap tidak menyerlah dan tidak sesuai untuk digayakan.   Kami akan melakukan pembaharuan untuk menyelesaikan permasalahan ini.
2.      PERSAINGAN DENGAN PAKAIAN MODEN
Permasalahan seterusnya dalam perniagaan pembuatan pakaian tradisional masyarakat china adalah wujud persaingan dengan pakaian moden di pasaran.   Perkembangan dunai moden pada masa kini menyebabkan pelbagai fesyen pakaian yang baru telah dicipta.  Melalui perkemabnngan fesyen baru ia menjadi rebutan permintaan di pasaran oleh masyarakat.  Perkembangan pakaian moden seperti t- shit dan lain-lain menyebabkan ia menjadi satu lagi permasalah dalam perniagan yang kami caburi ini.   Hal ini kerana   Pihak kami melihat perkembangan dunia fesyen ini menjadi satu pesaing dalam dunia perniagaan kami.  Malalui persaigan sihat ini kami akan mengambil inesiatif tertentu dalam pasaran untuk perniagaan produk buatan kami. 
3.      HARGA YANG LEBIH TINGGI BERBANDING PAKAIAN MODEN
Permasalahan seterusnya adalah Harga pakaian tradisional Cina yang  mahal di pasaran. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pakaian tradisional masyarakat china mempunyai harga yang tinggi antaranya adalah disebabkan oleh faktor sumber bahan pembuatan pakaian tradisional tersebut. Sumber utama dalam pembuatan pakaian tradisional masyarakat china adalah sutera.  Bagi mendapatkan bahan tersebut memerlukan kos yang tinggi  dan perkara ini menyebabkan harga pakaian mahal di pasaran .  oleh itu, kami perlu mendapatkan satu penyelesaian permasalahan ini agar dapat merendahkan lagi harga di pasaran.
4.      KEKURANGAN TENAGA MAHIR
Permasalahan seterusnya adalah kekurangan tenanga mahir dalam pembuatan pakaian tradisional masyarakat China.  perkembangan sector perindustrian menyebabkan ramai tenaga kerja tertumpu kepada sector berkenaan.   Hal ini menyebabkan masyarakat  kurang minat dalam pembuatan pakaian tradisional yang seterusnya menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang mahir dalam menghasilkan produk pakaian tradisional.  Disebab perkara ini ia menjadi satu masalah dalam perniagaan kami kerana sukar untuk mendapatkan tenaga mahir untuk produk perniagaan kami.  Faktor lain yang mempengaruhi kekurangan tenaga mahair adalah kurang minat individu dalam mewarisi pembuatan pakaian tradisional ini akibatnya bakat dalam penghasilan pakaian tradisional Cina ini semakin kurang ditelan zaman.

PENYELESAIAN MASALAH PERNIAGAAN.
1.      PEMILIHAN POTONGAN PAKAIAN YANG LEBIH SELESA
Bagi menyelesaikan permasalah di atas, kami mengunakan beberapa kaedah untuk menyelesaikannya.  Langkah pertama yang kami lakukan adalah mengubah potongan pakaian tradisional agar lebih selesa untuk digunakan dalam kehidupan seharian.   Potongan pakaian tradisional Cina seperti Cheong Sam yang kurang selesa akan diubahsuai kepada lebih selesa seperti potongan yang lebih labuh dan lebih longgar.  Melalui kaedah ini kami akan memperbarui reka bentuk pakaian tradisional kepada reka bentuk yang lebih moden.  Melalui tindakan ini ia dapat menyelesaikan permasalahan produk perniagaan tersebut.  Selain itu, kami juga akan memilih   Fabrik yang sesuai  dengan jenis pakaian ini agar pengguna akan selesa dan memberi kepuasan kepada pengunaan terhadapa produk pakaian yang dihasilkan.


MEDIA MASSA
Seterusnya langkah yang diambil bagi menyelesaikan permasalah diatas adalah mengunakan Media Massa untuk mempromosikan produk yang kami hasilkan. Persaingan yang ketara antara produk pakaian tradisional masyarakat china yang kami hasilkan dengan pengeluar pakaian lain terutamanya pakaian jenis moden.   Oleh itu kami mengunakan langkah dengan melakukan promosi di media Massa seperti radio, internet, surat khabar  dan lain-lain media sosial.  Langkah ini  perlu bagi membuat promosi berkaitan dengan pakaian tradisional Cina agar mampu menarik perhatian masyarakat.  Perkara ini juga dilakukan bagi mengatasi persaingan dengan pakaian moden yang telah laris di pasaran.  Melalui promosi juga akan membuka ruang kepada masyarakat mengenai pemodenan produk pakaian tradisional yang standing dengan pakaian moden bahkan lebih baik daripada pakaian moden kerana dapat mengekalkan tradisi.
2.PENYEDIAAN  PUSAT  LATIHAN  
Selain itu, langkah yang kami ambil untuk mengatasi permasalah diatas melalui penubuhan dan menyediakan pusat latihan untuk menghasilkan produk pakaian tradisionla masayarakat china.  langkah ini diambil bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh mahir dalam perniagaan.  Dengan adalah tempat latihan untuk menghasilkan produk pakaian maka dalam jangka masa panjang masalah kekurangan buruh dapat diatasi.  Selain itu, penubuhan pusat latihan juga dapat menyakinkan pelangan dengan kualiti pakaian yang dihasilkan, kerana pelangan akan melihat bagaimana proses pembuatan pakaian tradisional tersebut adalah mengunakan tenanga buruh yang mahir.  Kerana dengan tenaga buruh yang mahir ia dapat menjamin kualiti pakaian yang dikeluarkan.   Melalui penubuhan pusat latihan juga akan melahirkan ramai buruh mahir dalam pembuatan pakaian tradisional masayarakat china ia tiada lagi permasalahan tenaga buruh dalam perniagaan.
3.PIHAK KERAJAAN
Pihak kerajaan haruslah menunjukkan usaha yang jitu dalam menarik minat masyarakat untuk menggayakan pakaian tradisional Cina.Antara langkah yang mampu boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen pemakaian pakaian tradisional.Selain Itu,kerajaan juga dapat mewajibkan pemakaian pakaian tradisional seperti Cheong Sam di sekolah dan pusat pengajian tinggi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.Melalui cara ini,masyarakat dapat dididik daripada kecil lagi untuk cintakan pakaian tradisional.

CUSTOMER SEGMENT
            Seterusnya langkah yang kami lakukan bagi menjayakan rancangan perniagaan ini adalah mensasarkan golongan dalam kumpulan masyarakat untuk dijadikan Customer Segment.   Kami membahagikan customer segment kepada empat peringkat usia di kalangan masyarakat.  Peringkat pertama adalah golongan remaja iaitu yakni yang berumur 13 sehingga 28 tahun, manakala peringkat kedua adalah golongan dewasa iaitu mereka yang berumur 29 sehingga 49 tahun  dan golongan peringkat ketiga adalah warga emas iaitu mereka yang berumur 50 tahun keatas dan keempat adalah golongan masyarakat umum termasuk melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak.
Oval: DEWASA,Oval: WARGA EMAS
Oval: REMAJA Oval: LAIN-LAIN
 






                                                                                       



            Kami akan menawarkan pelbagai jenis produk pakaian berdasarkan peringkat usia iaitu remaja, dewasa dan warga emas.  Dimana di setiap peringkat usia mempunyai perbezaan dari sudut corak, jenis kain dan warga, sebagai contoh golongan remaja reka bentuk dan corak yang bersifat keremajaan seperti pemilihan warga cerah dan corak romantic seperti bunga dan lain-ain.
            Sehubungan dengan itu, kami bukan sahaja menfokuskan perniagaan pakaian tradisional masyarakat china untuk orang china sahaja tetapi masyarakat  yang lain termasuk malayu, india dan bumiputra Sabah dan Sarawak turut menjadi sasaran sebagai pelangan.   Kerana kami melihat Negara kita yang mempunyai perpaduan kaum yang utuh yang saling berkongsi perayaan dan bertoleransi yang menyebabkan asimilasi pelbagai budaya.  Oleh itu, produk  pakaian tradisional masyarakat china yang kami hasilkan turut mensasarkan kaum-kaum lain sebagai pelangan.
 CUSTOMER RELATIONS
MESRA PELANGAN.
 bagi menjamin personaliti dan hubungan antara kami ( peniaga ) dengan pelangan adalah melalui tindakan mesra pelangan.  kami akan melanyan secera baik dan tidak lokek senyuman kepada pelangan kami.  kemesraan kami ( peniaga) juga turut disampaikan melalui bahasa dan petuturan yang berpekerti dan lebih penting adalah menjaga hati pelangan dengan tidak menanyakan perkara-perkara yang sensitif dan perkara-perkara yang tidak disukai oleh pelangan.
SALING PERCAYA MEMPERCAYAI
bagi menjamin hubungan antara peniaga dan pelangan kami akan melakukan sesuatu yang mendapat kepercayaan kepada pelangan  sebagai contoh kami akan menerangkan bagaimana proses sebenar penghasilan produk kami iaitu pakaian tradisional masyarakat china tampa melakukan penipuan kepada pelangan.  kami turut meyakinkan pelangan melalui jaminan kualiti produk perniagaan kami sebagai contoh menyakinkan pelangan tentang kualiti kain produk kami.  saling mempercayai antara pelangan dan peniaga turut dilakukan melalui urusniaga secara online.  kami akan memberi jaminan penghantaran barangan secara pos kepada pelangan yang menempah secara online.
PENGHANTARAN PRODUK TIDAK MELEBIHI 3 HARI.
sehubungan dengan itu, kami ( peniaga ) juga turut meyakinkan pelangan melalui penghantaran tidak lewat dari 3 hari.  melalui tindakan menghantar dengan pos laju dan lain-lain untuk menjaga hati pelangan dan tidak risau dengan kehilangan produk barang barangan yang ditempah.  melalui tindakan ini, hubungan hubungan antara peniaga dan pelangan dapat dikekalkan dan tidak ada rasa ragu-ragu dalam aktiviti perniagaan secara online.




CHANNAL
FACEBOOK
langkah pertama yang dilakukan bagi mempromosikan koleksi barangan perniagaan kami adalah melalui laman sosial facebook.  focebook yang menjadi laman sosial bagi pelbagai peringkat golongan terutamanya golongan remaja dan dewasa.  Melalui FB ia  memudahkan proses promosi produk kami.   Kerana kami hanya  post jenis produk  kedalam akaun facebook dan post kepada rakan-rakan FB yang lain.  perkara ini menyebabkan pendedahan hasil produk dengan pantas kepada golongan sasaran.
VIDEO-YOURTUBE
selain FB, kami turut memuatkan video ringkas dan padat dengan maklumat mengenai produk perniagaan kami  melalui YOURTUBE.  Kami mengunakan yourtube kerana ia sangat popular pada masa kini.  Ia bukan sahaja menyampaikan yang pantas tetapi juga dapat memberikan pendedahan mengenai penghasilan produk pakaian yang dihasilkan oleh kami.   Dengan itu, kami dapat menyampaikan video ringkas kepada pelangan secara terus.
WEBSITE
seterusnya kami turut memuatkan hasil dan prosedur perniagaan kami dalam laman website yang telah dibuat khas untuk perniagaan kami.   Kami akan memuatkan alamat dan lokasi perniagaan kami beroperasi bagi meyakinkan pelangan.   kerana melalui penerangan latar belakang perniagaan kami ia dapat memberi gambaran kepada pelangan dan seterusnya pelangan tidak ragu mengenai produk jualan kami.
BANNER/BANTING
Langkah terakhir yang kai lakukan adalah membuat Benner dan Banting untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang perniagaan yang kami operasikan.  Hal ini menunjukan tindakan secara terang dengan menampal dan mempamerkan produk perniagaan kami melalui Banner dan Banting.  kami akan meletakkan benner dan banting di lokasi yang strategik seperti pasar raya, ditepi jalan-jalan utama, pusat pameran perniagaan, dan lain-lain lokasi yang menjadi tumpuan umum.
VALUE PROPOTIONAL (VP)
  1. customer made’
Langkah pertama yang dilakukan adalah pelangan bebas membuat pilihan untuk memilih pakaian berdasarkan citra rasa mereka.  Dimana kami akan berhubung terus dengan pelangan mengenai produk pakaian yang mereka inginkan dengan beberapa cara tersendiri.  Antaranya adalah Para pelanggan boleh membuat tempahan melalui kami dengan memberi ukuran baju pelanggan itu sendiri, jenis kain yang mereka inginkan, corak dan fesyen menarik pilihan mereka sendiri.  Perkara ini menyebabkan pelangan  bebas untuk memilih apa jenis pakaian yang mereka inginkan,  bagaimana bentuk pakaian tersebut dan berapa kos yang mereka perlukan untuk mendapatkan pakaian tersebut.  
  1. Pilihan kain
Pelanggan boleh memilih jenis kain yang ingin dipakai mengikut harga kain itu sendiri. Pelbagai jenis kain kami telah sediakan dengan pelbagai jenis corak dan reka bentuk yang tersendiri. Pilihan kain yang kami sediakan adlah diperbuat daripada sutera tulen yang tidak panas dan selesa untuk dipakai. Kami juga menyediakan kain yang diperbuat daripada cotton yang amat selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.
  1. Corak dan reka bentuk
Kami telah menyediakan pelbagai corak yang menepati citarasa pelanggan pada masa kini yang sentiasa mengikut trend. Kami turut menyediakan corak yang khas untuk beberapa kategori. Antaranya ialah:
a)      Remaja -  corak romantika / komik atau kartun
b)      Dewasa – bunga- bungaan
c)      Warga tua – naga atau phoenix
d)     Pasangan kekasih – swan atau butterfly
  1. Penghantaran
Langkah seterusnya adalah penghantaran produk pakaian yang telah siap kepada pelangan.  Kami menganggap ia satu peluang dalam urus niaga di era moden ini.  Masyarakat kurang mempunyai masa kerana sibu dengan kerja dan aktiviti lain.  Oleh itu, kami menawarkan penghantaran terus barangan yang ditempah secara pos kealamat pelanggan. Kami akan menghantar barang yang ditempah melalui pos laju dan pakaian yang ditempah akan disiapkan dalm masa dua minggu sahaja. Penghantaran melalui pos laju hanya memakan masa selama dua atau tiga hari.  Melalui jaminan barangan tersebut akan sampai dalam masa 3 hari ia akan menyakinkan pelangan dalam berurus niagan dengan syarikat kami.
  1. Free gift ‘
Kami juga akan memberi hadiah percuma kepada pelanggan kami yang membuat pembelian tiga helai ke atas dengan memberi hadiah percuma seperti:
a)      Kipas lipat
b)      Payung kertas
c)      Sanggul rambut

  1. Promosi perayaan
Selain itu, langkah yang kami lakukan adalah melalui promosi setiap menjelangnya perayaan tahun baru cina.  Melalui promosi harga ini akan menarik pelangan unutk mendapatkan pakaian tradisional massyarakat cina dari syarikat kami.   Dengan menawarkan harga dengan diskaun tertentu pastinya pelangan akan tertarik dengan tawaran tersebut.   Kami juga akan membuat promosi perayaan terutama menjelang Tahun Baru Cina sehingga membuat potongan dari 20% hingga 30%.
 

REVENUE  STREAMS (RS)
1.Kasut tradisional cina
Kami juga akan menawarkan penjualan kasut tradisional cina agar pengguna lebih senang untuk menggayakan pakaian yang kami tawarkan. Dengan itu,pengguna tidak perlu menghabiskan masa untuk mencari kasut di tempat perniagaan lain untuk mensesuaikan dengan pakaian yang pelangan beli.  Selain itu, ia juga turut menjimatkan masa pelangan kerana tidak perlu mencari kedai lain untuk membeli kasut yang sesuai dengan pakaian yang telah dibeli ataupun yang telah ditempah

.
2.Sapu tangan
Selain penjualan pakaian tradisional cina,kami juga menawarkan penjualan sapu tangan yang sangat bersesuaian untuk digayakan bersama cheongsam.  Apabila sapu tangan ini digayakan bersama cheongsam pakaian tradisional ini akan kelihatan lebih menarik.

3.Selendang tradisional cina
Pemakaian cheongsam juga akan kelihatan lebih menarik apabila digayakan bersama dengan selendang tradisional cina.Selendang ini pada kebiasaannya akan diletakkan di atas bahu semasa menggayakan pakaian tradisional tersebut. Justeru itu,kami juga menawarkan penjualan selendang untuk digayakan bersama cheongsam.
4.Payung tradisional cina
Payung tradisional cina juga menjadi salah satu revenue stream bagi perniagaan kami.Payung ini mempunyai nilai keunikannya yang tersendiri apabila digayakan dengan cheongsam.Walaupun payung ini kadangkala hanya digayakan sebagai hiasan ,namun keunikannya masih dirasai kerana sangat sesuai digayakan dengan pakaian tradisional cina.

                                                                   KEY AKTIVITY.
PROMOSI BULANAN
Kami akan mengadakan promosi besar-besar untuk menarik pelangan antaranya adalah tidak mengenakan caj perkhitmatan penghantaran barangan.  Selain itu turut memberikan diskaun 30 % untuk sehelai cheongsam jika pelangan membeli lebih daripada 3 helai pakaian.  Promosi ini akan menarik lebih ramai pelangan.

2.  UPDATE STYLE SETIAP BULAN
Kami akan satu style yang baru setiap bulan. Hal ini menyebabkan pelangan banyak pilihan style yang diinginkan.  Melalui reka bentuk yang baru ia akan menarik lebih ramai lagi pelangan.  
3. MONTHLY COMPETITION FOTO
Mengadakan pertandingan gambar pakaian cheongsam kepada semua pelangan.  Pertandingan ini akan menarik lebih ramia lagi pelangan disamping mempopularkan produk buatan kami.  Syarat pertandingan seperti berikut :
            pelangan yang membeli dan mengunakan cheongsam akan digambar dan diuppload di laman portal syarikat. Jika memperolehi undian tertinggi maka ia akan menjadi juara pertandingan. Hadiah berupa wang tunai.

                                                         KEY  RESOURCES(KR)
            Pembekal
Pembekal merupakan key resources yang paling utama dalam perniagaan kami yang berunsurkan pembuatan pakaian tradisional masyarakat  Cina. Kami harus mempunyai hubungan terus dengan pembekal-pembekal untuk mendapatkan bahan untuk proses pembuatan pakaia tradisional tersebut.  Antara pembekal yang bekerjasama dalam perniagaan yang kami jalankan ialah pembekal tekstil, pembekal payung tradisional Cina, pembekal sapu tangan dan pembekal kasut.  Kami memborong barangan yang diperlukan secara pukal daripada pembekal agar kos pembayaran dapat diminimumkan seterusnya dalam mengawal harga pasaran daripada terus meningkat.
Jenama produk
Selain itu,  key resources yang kami gunakan adalah melalui penjenamaan produk keluaran kami.   Melalui penjenamaan yang kami lakukan ia menjamin imej dan kualiti barangan yang dihasilkan.  Oleh itu penting untuk memuatkan lokasi Tempat pengeluaran pakaian dan memperkenalkan jenama produk yang telah dibuat kepada masyarakat.  Sehubungan dengan itu, penghasilan jenama juga dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya adalah teknologi yang digunakan dalam pembuatan pakaian tersebut termasuklah peralatan mesin dan lain-lain seperti pengunaan sutera special antaranya sutera yang dihasilkan daripada ulat sutera yang berasal dari china.  ulat sutera menghasilkan sutera yang berklas tinggi dan untuk mendapatkanya memerlukan sedikit pengorbanan dari segi kos. Dari segi sejarahnya sutera ini telah digunakan sejak zaman dinasti- dinasti china lagi.  Oelh itu ia dapat menjamin jenama produk yang kami keluarkan.
                                                      Pereka fesyen yang bertauliah
Pereka fesyen yang berbakat adalah sangat penting dalam penghasilan pakaian tradisional yang mampu memikat pengguna dan menjamin keselesaan pengguna.   Rekaan-rekaan yang dihasilkan haruslah sentiasa mengikut peredaran masa dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti agar menjamin keselesaan pengguna.  Oleh itu, sangat penting pereka fesyen bagi menghasilkan produk yang menarik, berkualiti dan bergaya.   Dengan mengambil pereka feysen yang mahir maka ia dapat  meningkatkan imej produk yang dihasilkan oleh syarikat kami dalam mengelurkan produk pakaian tradisional masyarakat china.
KEY PATNER.
PERKONSIAN MAKLUMAT.
            Langkah pertama yang kami lakukan untuk  bagi rakan dan pelangan kami adalah melalui perkongsian maklumat perniagaan kami.   Kami akan menyalurkan maklumat kepada semua pelangan dan pembekal mengenai aktiviti dan proses perniagaan yang dijalankan.  Perkara ini penting bagi menyakinkan pembekal jenis barang yang diperlukan oleh syarikat perniagaan kami sebagai contoh kami menyalurkan informasi kepada pembekal yang syarikat kami memerlukan barangan dari pembekal contohnya kain sutera.   Kami akan mendapatkan kain sutera dari pembekal, jadi sangat penting bagi menjaga hubungan antara pembekal dengan syarikat perniagaan kami.   Bagi mendapatkan barangan tersebut kami akan memberikan maklumat mengenai perniagaan yang kami jalankan agar saluran bahan untuk membuat produk pakaian tradisional masyarakat china tidak kekurangan bekalan.
            Bagi pelangan pula, syarikat kami akan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti dan produk yang baru dikeluarkan.  Kami akan menyalurkan secara terus maklumat tersebut kepada semua pelangan melalui media Massa sebagai contoh melalui Facebook, email dan lain-lain.  Kerana dengan tindakan syarikat berkongsi maklumat dengan pelangan ia dapat menyakinka pelangan dengan krativiti syarikat kami dan seterusnya hubungan antara pelangan dan syarikat dapat dijamin.
TANGUNGAN RESIKO
            Langkah seterusnya kami lakukan untuk Key Patner adalah tangungan risiko oleh syarikat kami dalam urusniaga secara online.   Perniagaan yang dijalankan secara maya mempunyai pelbagai masalah termasuk penipuan.  Oleh itu, bagi menjamin hubungan dengan pelangan dalam urusniaga kami akan menanggung riseko jika terdapat masalah dalam urus niaga sebagai contoh jika barang yang dihantar tidak sampai ketangan pelangan kami akan mengembalikan wan gurus niaga yang telah dilakukan.   Melalui tindakan ini ia menjamin pelangan untuk terus melangan barangan dari syarikat kami.
AKTIVITI SYARIKAT DENGAN PELANGAN ( KUIZ BULANAN )
            Sehubungan dengan itu,  kami akan mengadakan kuiz bulanan kepada semua pelangan dengan hadiah yang menarik.    Melalui aktiviti ini hubungan antara peniaga dan pelangan akan semangkin erat yang membawa kebaikan kepada syarikat.   Melalui kuiz bulanan kami akan mengedarkan soalan-soalan kuiz kepada semua pelangan dan siapa yang menjawab dengan cepat dan tepat akan menerima hadiah dari pihak kami.  Antara habuan hadiah yang kami berikan termasuklah diskaun 60 % harga produk serta hadiah berupa wang tunai.
                                                          COST REVIEW ( CR )
Perancangan perniagaan seterusnya adalah kos yang perlu ditangung oleh peniaga dalam aktiviti proses sehinggalah jual beli antara pengeluar dengan penguna.   Kos boleh diketegorikan kepada dua iaitu kos tak beubah dan kos tak berubah.   Berikut antara kos yang ditangung oleh kami dalam merancang perniagaan.

  1. Banner / banting

Kos pertama yang kami harus tangung adalah kos untuk mendapatkan benner dan banting.  Kami terpaksa membuat tempahan kepada syarikat-syarikat berkaitan untuk membuat benner dan banting tentang perniagaan kami.   Kami menjangkakan untuk kali pertama pembukaan perniagaan ia memerlukan banyak benner dan banting untuk dijadikan medium untuk mempromosikan produk pakaian tradisional masyarakat china kepada masyarakat.  Oleh itu mungkin ia memerlukan kos yang sederhana untuk membuat tempahan demi menjayakan perniagaan kami.

  1. Pembekal
Seterusnnya kos yang kami tanggung untuk perniagaan ini adalah kos ntuk mendapatkan bahan-bahan untuk menghasilkan pakaian tradisional tersebut.  Kos ini adalah kos utama yang perlu untuk perniagaan.   Walau bagaimanapun Kos ini dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian.  Antaranya adalah seperti berikut :

                               I.            Pembekal tekstil
Kos kepada pembekal tekstil diperuntukkan untuk membekalkan pelbagai jenis tekstil yang dapat disediakan kepada pelanggan. Kos ini adalah paling tinggi kerana memerlukan jumlah tekstil yang dibekalkan adalah banyak dan jenis tekstil yang mahal juga dibekalkan untuk keselesaan pelanggan.
                            II.            Pembekal kasut
Kos kepada pembekal kasut diperuntukkan untuk menyediakan produk sampingan yang disediakan kepada pelanggan untuk memudahkan pelanggan memadankan dengan cheongsam tersebut.
                         III.            Pembekal sapu tangan
Kos kepada pembekal sapu tangan diperuntukkan untuk memberi ‘ free gift’ dan dijual kepada pelanggan sebgai produk sampingan yang disediakan.
                          IV.            Pembekal selendang atau scarf
Kos kepada pembekal selendang diperuntukkan untuk dijual kepada pelanggan sebagai produk sampingan yang disediakan oleh kami untuk dipadankan dengan cheongsam tersebut.
                             V.            Pembekal kipas dan payung
Kos kepada pembekal kipas dan payung kertas yang disediakan adalah untuk memberi ‘free gift’ kepada pelanggan kami yang membeli cheogsam dengan pembelian tiga helai ke atas.


3.      Pengangkutan dan penghantaran produk.
Sehubungan dengan itu, kos yang yang terakhir  yang perlu ditangung oleh kami adalah kos pengangkutan da penghantaran produk pakaian kepada pelangan.  Kos ini akan semangkin meningkat sekiranya permintaan semngkin bertambah dan sebaliknya.    Penghantaran produk pakaian terus ke rumah pelangan sekiranya lokasi rumah pelangan berdekatan dengan pusat perniagaan kami.  Maka kos yang ditanggung adalah kos pengankutan termasuklah kos bahan api.    Manakala perniagaan secara online akan menghantar terus kealamat pelangan mengunakan pos laju.  Oleh itu, kos untuk penghantaran akan ditanggung oleh kami.




KESIMPULAN
            Secara keseluruhannya rancangan perniagaan yang kami pilih yakni industry pembuatan pakaian tradisional masyarakat Cina adalah satu rangkah perniagaan yang menarik.  Walaupun pelbagai permasalahan yang tibul dalam merancang perniagaan ini namun kami berusaha untuk menyelesaikan permasalah yang berlaku dalam industry yang dipilih.   Perniagaan yang dirancang ini sangatlah mencabar kerana ia bukan sahaja memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mencari dan memikirkan penyelesaian setiap permasalah yang timbul.  
            Bukan itu sahaja,  pembentukan rancangan perniagaan ini memerlukan krativiti yang tinggi untuk mengambarkan perniagaan secara rialiti seperti mana yang berlaku diluar sana.   Malalui rancangan perniagaan ini juga ia banyak membantu diri sendiri dalam kumpulan ini untuk mencaburi bidang perniagaan pada masa akan datang.   Kerana dangan membuat rangka perniagaan ini ia banyak membuka minda bagaimana untuk menjadi usahawan yang Berjaya pada masa akan datang.

3 ulasan:

  1. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello semua,
      Nama saya Encik, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang lelaki yang gembira hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan miskin kami, saya akan merujuk mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya sepenuhnya kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 orang anak Saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur ​​dan takut kepada Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak €300,000.00, dia seorang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia beritahu dia bahawa (Encik, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi En, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


      BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
      Nama pertama......
      Nama tengah.....
      2) Jantina:.........
      3) Amaun Pinjaman Diperlukan:.........
      4) Tempoh Pinjaman:.........
      5) Negara:.........
      6) Alamat Rumah:.........
      7) Nombor Telefon Bimbit:.........
      8) Alamat e-mel..........
      9) Pendapatan Bulanan:.....................
      10) Pekerjaan:..........................
      11) Laman web manakah anda di sini tentang kami.....................
      Terima kasih dan salam mesra.
      E-mel arabloanfirmserves@gmail.com

      Padam
  2. Anda sedang mencari syarikat pinjaman kewangan sebenar untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 10,000 euro kepada 10,000,000 euro (untuk pinjaman komersial atau perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman modal teroka, pinjaman kesihatan dan sebagainya. ))
    Atau adakah dia menafikan pinjaman dari bank atau institusi kewangan untuk sebarang sebab?
    Memohon sekarang dan dapatkan pinjaman kewangan sebenar. Diproses dan diluluskan dalam 3 hari.
    TANDATANGAN KEWANGAN PACIFIC Kami adalah pemberi pinjaman pinjaman antarabangsa yang menyediakan pinjaman kewangan sebenar kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad identiti yang sah atau pasport antarabangsa negara anda untuk pengesahan.
    Pembayaran balik pinjaman bermula pada 1 (satu) tahun selepas pinjaman diterima dan tempoh bayaran balik adalah 3 hingga 35 tahun.

    Untuk makluman segera dan memproses permohonan anda untuk sempadan dalam masa 2 hari perniagaan
    Hubungi kami terus melalui mel ini: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Hubungi kami dengan maklumat berikut:

    Nama penuh: ____________________________
    Jumlah wang yang diperlukan sebagai pinjaman: ________________
    Terma kredit: _________________________
    Tujuan pinjaman: ______________________
    Hari Lahir: ___________________________
    Jantina: _______________________________
    Status Perkahwinan: __________________________
    Alamat: _______________________
    City / ZIP Code: __________________________
    Negara: _______________________________
    Pendudukan: ____________________________
    Telefon bimbit: __________________________

    Hantar permintaan anda untuk tindak balas segera ke: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    terima kasih

    Ketua Pegawai Eksekutif Puan Victoria Johnson

    BalasPadam