Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 30 November 2012

KONFLIK BELANDA DENGAN NEGERI PERAK PADA ABAD KE 17 DAN 18 MASIHI


PENGENALAN
Setelah berjayannya Belanda menundukkan Portugis di Melaka pada tahun 1641 Masihi.[1] Cita-cita pihak VOC untuk menguasai perdagangan di selat Melaka mula bersinar.  Walau bagaimanapun, rancangan perdagangan VOC yang mengamalkan dasar monopoli dalam pengeluaran bijih timah telah menyebabkan berlakunya kemelut persengketaan dengan orang Melayu di negeri Perak.  Hal ini menyebabkan konflik mula terjadi di antara abad ke 17 M sehinggalah pengunduran Belanda pada penghujung abad ke 18 M. Konflik yang berlaku disebabkan oleh faktor perdagangan bijih timah yang cukup penting ketika itu.
Kekayaan sumber bijih timah di negeri Perak telah menyebabkan ia menjadi tarikan para pedagang daripada pelbagai pelusuk dunia termasuklah dari Aceh, China, India, Belanda, British dan negeri-negeri di sekitar selat Melaka sendiri.  Belanda yang menguasai Melaka pada tahun 1641 M adalah hanya untuk dijadikan sebagai sebuah pangkalan perdagangan dan seterusnya dapat memenuhi keperluan perdaganganya di Betawi.[2] Oleh itu, Belanda harus mendapatkan bahan mentah secukupnya  untuk memaksimumkan keuntungan perdaganganya di Asia.  Perkara ini menyebabkan Belanda terpaksa  menjalankan dasar monopoli dalam perdagangan bijih timah.
Keadaan ini telah menjadi faktor berlakunya konflik dengan kerajaan negeri Perak.   Hal ini kerana Perak merupakan antara negeri yang terkaya dengan sumber bijih timahnya[3] di Tanah Melayu. Pada peingkat awal, sebelum pihak VOC menguasai Melaka.  Pada tahun 1639 M, Raja Sulong telah mengizinkan VOC untuk menjalankan perniagaannya dengan Perak. Selepas Belanda Berjaya menguasai Melaka,   Belanda telah mengamalkan sistem monopoli perdagangan bijih timah untuk memaksimumkan keuntungan.   Bermula dari keadaan ini, maka konflik mula berlaku apabila kedua-dua pihak berkeras dengan pendirian masing-masing.  Dapat dilihat bahawa Belanda telah berkeras dengan dasar monopolinya iaitu mendapatkan bijih timah secara keseluruhanya dengan harga yang rendah. Manakala, Sultan Perak dan pembesar melayu negeri perak pula menuntut perdagangan yang lebih adil iaitu harga bijih timah di jual sama dengan harga pasaran seperti mana para pedagang yang lain.
    Konflik antara Perak dan Belanda menyebabkan beberapa perjanjian telah ditandatagani oleh kedua-dua pihak dan juga beberapa siri serangan dilancarkan oleh Perak. Keadaan itu juga telah membawa kepada beberapa siri pentempuran dan peperangan antara kedua-dua pihak.  Maka, konflik antara Perak dan Belanda dapat diperincikan  dari tahun 1641M sehinggalah pengunduran Belanda dari selat Melaka pada tahun 1792 M.   Dengan itu, konflik antara kerajaan Perak dan Belanda dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pada abad ke-17 M dan pada abad ke-18 M. 
KONFLIK PADA ABAD KE 17 MASIHI ( 1636-1699)
SEMASA PEMERINTAHAN SULTAM MUZAFFAR SHAH II(1636-1653)
         Sultan Muaffar Shah yang menaiki tahta kerajaan negari Perak selepas kemangkatan Sultan Salehuddin Syah pada tahun 1635 M.  Beliau bersemayam di Hulu Tanah Abang yang bernama Ayer Mati Hulu.[4]  Setahun selepas Belanda menguasai Melaka iaitu pada tahun 1641 M wakil Belanda telah yang bernama Jan Dircxen Puijt untuk menghadap Sultan Muzaffar Syah.  Selepas itu, John Van Twist  membawa sepucuk surat dan hadiah untuk Sultan Perak dan pada waktu sama Saudagar V.O.C membawa barangan untuk diperdagangkan di Perak.  Sultan Muzaffar telah memberi keizinan untuk Belanda melakukan perniagaan di sungai Perak.   Akibat perkembangan perdagangan bijih timah menyebabkan Belanda meminta agar semua hasil bijih timah hanya dijual  kepada pihak VOC sahaja.   Namun sultan Perak menolak permintaan Belanda. Hal ini, menyebabkan V.O.C mencari inesiatif lain[5] untuk memonopoli perdagangan bijih timah.[6]
        Sebelum penaklukan Melaka oleh Belanda pada tahun1641 M Belanda sudah mengunakan Aceh untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan perniagaan bijih timah, iaitu  selepas sahaja  tiga tahun pemerintahan sultan Iskandar Thani,  Belanda datang ke Aceh untuk menyatakan hasrat pihak VOC.  Disebabkan Aceh tidak mahu bermusuhan dengan Belanda dan saat itu Portugis masih berada di Melaka maka Sultan Iskandar Thani memberi keizinan kepada Belanda untuk berniaga di Perak.  Maka Sultan Muzaffar Syah terpaksa menerima kehadiran Belanda untuk menjalankan peniagaan bijih timah.[7]   Pada peringkat awalnya Sultan Muzaffar Syah menerima kehadiran pihak Belanda dengan memberikan hadiah sebilah pedang dan keras yang dinamakan sebagai Seri Johan Pahlawan dan membina sebuah rumah untuk kegunaan peniaga Belanda di tebing sungai Perak.[8]   Akibat daripada tindakan Belanda yang mula menunjukan taringnya dengan melakukan kepungan dan sekatan disepanjang perairan perak bagi mendapatkan bijih timah secara paksa untuk membolehkan perkembangan perdagangannya.   Tindakan Belanda  ini mendatangkan hasil pulangan lumayan  dan dianggarkan jumlah perolehan timah adalah sebanyak 770, 000 Paun pada tahun 1649 M.   Walaupun sekatan dilakukan tetap berlaku penyeludupan timah untuk dijual kepada saudagar lain.  Kerana harga rendah yang ditawarkan oleh Belanda iaitu 1 bahara hanya dijual pada 31 ¼ dolar sepanyol.[9]  Walaupun Belanda memaksa sultan agar menjual semua timah kepada pihak V.O.C namun sultan Muzaffar Syah tidak mengendahkan hasrat VOC kerana harga rendah berbanding saudagar lain.
     Setelah itu kali kedua Belanda mendapatkan bantuan Aceh pada tahun 1647 M untuk menundukan Sultan Muzaffar Shah II.  Akhirnya Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah[10](1641-1675M) memberi keizinan kepada Belanda untuk berniaga di Perak dan mempunyai keistimewaan sama seperti Aceh.   Maka pada 15 Ogos 1650 M, Sultan Muzaffar terpaksa menandatagani perjanjian dengan Belanda.[11]   Perkara ini berlaku disebabkan oleh tindakan  Belanda yang melakukan kepungan di pelabuhan  Perak dan Aceh.  Belanda  menghantar Johan Truijtman berunding dengan Sultan Aceh yang akhirnya utusan Aceh dan Johan Truijtman ke Perak untuk mendapatkan persetujuan Sultan Muzaffar Syah.[12]    Setelah termenterainya perjanjian pada 15 Ogos 1650 M,  maka Belanda telah mendirikan Lojinya yang pertama di Kuala Perak.
        Namun kehadiran pihak Belanda tidak disenangi oleh pemerintah dan penduduk tempatan.   Setelah setahun pendudukan Belanda di Kuala Perak iaitu pada tahun 1651 M  Temengung dan orang-orang melayu Perak telah melakukan serangan kerana tidak puas hati dengan Belanda.  Serangan pertama dari orang melayu Perak itu menyebabkan kematian 27 orang Belanda dan Loji Belanda dimusnahkan.[13]  Serangan ini menunjukan tindak balas daripada sekatan dan monopoli Belanda dalam pengeluaran bijih timah di sungai Perak.  Serangan ini memaksa Belanda keluar seketika untuk meninggalkan negeri Perak dan tidak lama selepas serangan ini dilakukan maka Sultan Muzaffar telah mangkat pada tahun 1653 M iaitu dua tahun selepas serangan tersebut. 

KONFLIK SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD ISKANDAR SYAH(1653-1720M)

   Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar Syah pada tahun 1653 M, maka Sultan Mahmud Iskandar Syah telah mengantikan tahta kesultanan negeri Perak.  Konflik semasa pemeritahan beliau adalah kesinambungan dari pemerintah sebelumnya.   Sekali lagi Belanda cuba memujuk sultan Perak agar memenuhi kehendak pihak Belanda untuk memonopoli perdagangan bijih timah.  Maka Gabenor Jenaral Betawi Johan Maetsuyeker sekali lagi menghantar Johan Truijtman untuk berunding bagi menyatakan hasrat pihak Belanda untuk memperbaharui perjanjian pada tahun 15 Ogos 1650 M.[14]    Belanda telah mengunakan alasan serangan orang melayu pada tahun 1651 M untuk memonopoli bijih timah di Perak.  Belanda  menuntut ganti rugi sebanyak 50, 000 rial kerana kematian dan kemusnahan lojinya di Kuala Perak dan Belanda meminta agar menghukum kereka yang terlibat dalam serangan tersebut. 
    Sekali lagi Sultan Perak tidak mengendahkan permintaan Belanda kerana bijih timah masih dijual kepada saudagar-saudagar lain.  Masalah ini dianggap masalah besar kepada Belanda, maka Johan Truijtman melakukan sekatan di kuala Perak.  Hal ini mendapat tentangan apabila ia menyebabkan kemarahan penduduk tempatan.   Kesannya pada  27 Mei 1658 M, sekali lagi orang melayu Perak melakukan strategik untuk melancarkan serangan keatas pihak Belanda.   Serangan kali ini turut mendapat bantuan dari pihak Aceh  yang menghantar 30 buah perahu perang dan 7 buah perahu perang dari Perak sendiri dan serangan ini turut mendapat sokongan dari Ujong salang.[15]   Serangan mengejut ini meyebabkan berlakunya pertempuran sengit yang mengakibatkan beberapa orang Belanda terbunuh dan ramai lagi yang cedera.   Namun sekali lagi Belanda mengunakan teknik untuk menyekat Perak dengan melakukan rundingan dengan Sultan Aceh.[16]    Akibatnya sekali lagi Perak akur dengan Belanda dan perdagangan Bijih timah semangkin dikuasai oleh Belanda apabila dalam kontrok yang dipersetujui dengan Aceh menyatakan bijih timah hanya boleh di jaul kepada Aceh dan Belanda sahaja.  Pada masa yang sama tuntutan ganti rugi adalah 44,000 rial sahaja dan penyelesaianya adalah melalui pengurangan harga bijih timah dari 31 rial kepada 30 rial sahaja, perkara ini menyebabakan kemarahan orang melayu perak.[17]
       Konflik terus berlarutan di antara Perak dan Belanda  pada 26 Ogos 1660 sekali lagi Belanda mengunakan alasan bijih timah masih dijual kepada saudagar India dan China.  Belanda telah menuduh Perak dan Aceh melangar syarat penjanjian sebelumnya.  Setelah ini Belanda talah bertindak menutup lojinya di kuala Perak dan melakukan kepungan dengan menghantar kepal Alkmaer.  Akibatnya sultan Mahmud terpaksa memberi jaminan akan menjual semua bijih timah hanya kepada Belanda sahaja pada tahun 1663 M dan meminta jaminan akan melindungi Perak serta membebaskan Perak dari Aceh.[18]  Namun Belanda tidak memberi jaminan keatas semua permintaan sultan Mahmud yang menyebabkan Perak terpaksa menjaga hubunganya dengan Aceh.   Pada tahun 1663 M, Belanda terpaksa meninggalkan Lojinya di Perak apabila ada berita Perak mendapatkan bantuan Johor.
Pada tahun 1674 dan 1677 M, Sultan Mahmud terpaksa menjalin hubungan semula dengan Belanda kerana bimbangan dengan ancaman Siam yang sedangan agresif melakukan serangan di pantai timur selatan Semenanjung Tanah Malayu. Hal ini menyebabkan Perak berbaik-baik dengan Belanda.[19]   Belanda sekali lagi datang dan mendirikan semula lojinya di Pulau Pangkor yang berhadapan dengan Sungai Dinding dengan menempatkan seorang Sarjan, tiga askar dan tiga kelasi.  Namun pada masa yang sama, Bandahara baru telah dilantik yang bersikap anti-Belanda.    Hal ini mengakibatkan konflik terus berlarutan antara orang melayu Perak dengan Belanda.   Di mana beberapa seri serangan telah dilancarkan keatas Belanda antara tahun 1676 dan 1677 M kerana Bandahara bersikat anti-Belanda.[20]    Belanda cuba mengatasi masalah ini dengan menguatkan lagi pertahanan di pulau Pangkor dan mengawal perdagangan di perairan Perak.
      Belanda telah menempatkan seorang sarjan, 3 orang kelasi dan askar sahaja pada peingkat awal pembukaan Pulau Pangkor.  Setelah melihat akan ancaman dari orang melayu dan bugis,  Belanda terpaksa menambah bilangan tenteranya kepada 59 orang dan kota pertahanan di pulau tersebut juga digantikan dari kota kayu dengan kota batu pada tahun 1680 M.[21] 
      Akibat daripada tindakan Belanda melakukan sekatan dan memonopoli perdagangan bijih timah menyebabkan serangan dilakukan pada 2 Disember 1690 M dibawa pimpinan Panglima Kulup Ali bersama seramai 300 orang termasuk orang laut.[22]   Serangan ini mendapat restu dari Bandahara kerana pada tahun 1685M  Beliau telah dituduh merancang pembunuhan Residen Belanda dan kematian 11 orang pekerja Belanda.  Akhirnya seramai 300 orang dibawa pimpinan panglima Kulup telah menyerang Pulau Pangkor yang mengakibatkan Belanda terpaksa meninggalkan Pulau Pangkor.[23]  Serangan ini terbukti melalui lukisan orang Belanda pada sebuah batu besar[24] yang berukuran 35 kaki panjang dan 15 kaki lebar serta mempunyai ketinggian 14 kaki yang berada di Pantai Teluk Gedung iaitu 1000 kaki jaraknya dari kota tersebut.[25] Belanda terpaksa meninggalkan Perak apabila mendapat arahan tidak dibenarkan membina markas semula di Perak pada tahu 1693M. [26]   Akhirnya Belanda meninggalkan Perak buat seketika waktu sehinggalah pada tahun 1745 M.



  KONFLIK PADA ABAD KE 18 MASIHI ( 1700- 1799 )
SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR SYAH KE III.(1728-1752M)
       Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar III, pihak Belanda telah datang semula ke Perak.  Kedatangan Belanda kerana ingin mendapatkan bijih timah dengan harga lebih murah lagi.    Pada  20 November 1745 M  Gabenor Belanda yang berpusat di Bitawi, Baron Gustaaf Van Imhoff mengarahkan gabennor Melaka agar menbuat semula pangkalanya di Perak.[27]    Belanda membina pangkalannya semula di Pulau Pangkor dengan kekuatan anggota pengawal 30 orang termasuk penduduk tempatan.
     Sewaktu Perak di ambang kegelisahan Belanda telah mengambil kesempatan untuk memonopoli perdagangan bijih timah.  Sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud III, perak mendapat ancaman bukan sahaja dari Siam tetapi juga ancaman dari Bugis.[28]   Hal ini menyebabkan pada bulan Mei 1746 M  Arry Verbrugge datang ke Perak dan berjumpa Sultan untuk memberi jaminan keselamatan dan kebebasan dari ancaman pihak luar termasuklah Aceh.  Perkara ini menyebabkan Belanda mendapat peluang membeli timah dengan murah iaitu 30 rial sebahara dan 2 rial cukai untuk setiap bahara sebagai sumber pendapatan sultan.   Dalam karya Misa Melayu menceritakan bahawa Belanda telah membina pangkalan di Tanjung Hablan.[29]  Belanda juga turut meningkatkan kekuatan pertahananya di Tanjung Hablan ini dengan menempatkan seorang pesuruhjaya Perak, seorang Sarjan dan koporal dan 33 orang tentera.
       Misa Melayu karya tulisan Raja Chulan menceritakan bagaimana perkara ini berlaku, melalui tindakan Belanda yang di anggap bijak  yang dapat memonopoli keseluruhan pengeluaran bijih timah di Perak.[30]   Belanda yang bijak telah menawarkan harga yang rendah berbanding dengan peniaga lain.   Tindakan V.O.C yang menetapkan harga sebahara bijih timah sebanyak 30 rial Sepanyol  dan ia akan dikenakan cukai sebanyak 2 rial bagi setiap bahara dan cukai ini menjadi pendapatan Sultan Perak.[31]   Misa Melayu juga menerangkan bagaimana Belanda membina Loji di pangkalan Halban, Tanjung Putus.  Selain itu Misa juga mengambarkan bagaimana perkembangan aktiviti perdagangan bijih timah ini menyebabkan kemajuan kerana perdagangan tersebut menyebabkan peningkatan pendapatan Sultan Perak, seperti mana dalam karangan Misa Melayu menyatakan bahawa “ Dengan adanya pembeli bijih timah dari orang-orang Belanda itu, maka negeri Perak pun makmurlah dan wang pun banyak bertukar tangan”.[32]   Perkara ini menunjukan bagaimana peningkatan aktiviti perdagangan bijih timah di Perak menjadi punca pendapatan utama disamping terdapat perniagaan barang-barang lain di jalankan sebagai contoh hasil hutan seperti rotan, damar, padi, dan lain-lain termasuk gajah.
 
KONFLIK SEMASA SULTAN ISKANDAR ZULKARNIAN (1752-1765M)
       Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III pada 1752 M   maka tahta kerajaan digantikan oleh Sultan Iskandar Zulkarnain dan bersemayam di Pulau Indera Sakti.  Sewaktu pemerintahan beliau,  Belanda telah datang untuk memperbaharui perjanjian pada 17 Oktober 1745 M.  sewaktu pemerintahan beliau juga hampir berlaku perang antara Belanda dengan Perak apabila seorang saudagar India yang bernama Pir Mohammad telah menabur fitnah yang menyatakan bahawa Perak akan menyerang Pangkalan Belanda di Tanjung Putus.  Oleh sebab itu Belanda telah menghantar 7 kapal perang yang diketuai oleh Ary Verbrugge.  Walau bagaimanapun tidak terjadi perang antara keduanya dan Belanda sekali lagi membuat perjanjian dengan Perak.  Waktu ini Belanda mendesak agar timah dibawa kepangkalannya dan ditimbang disana namun ia mendapat tentangan sultan dan Belanda akur dengan keputusan tersebut .
    Sehubungan dengan itu, konflik antara Perak dan Belanda akibat perdagangan bijih timah adalah berleluasanya kegiatan lanun pada abad ke 18 masihi.[33]   Perkembangan kegiatan ekonomi yang semangkin rencak di perairan sungai Perak akhirnya telah menimbulkan satu permasalah yang paling besar bagi pedagangan Belanda pada abad ke 18 masihi iaitu lanun.    Perkembangan perdagangan di perak menjadi perhatian peniaga-peniaga dari Aceh dan Belanda, namun kegiatan merompak yang semangkin meningkat di Selat Dinding menyebabkan gangguan  terhadap aktiviti perdagangan.   Belanda merasa perdagangan meraka terganggu oleh penduduk tempatan yang dikatakan sebagai lanun, tetapi masyarakat tempatan bertindak sedemikian kerana hak meraka telah diambil oleh Belanda sendiri terutama apabila perdagang mereka terganggu disebabkan oleh diboikot oleh Belanda.
       Kesan daripada tindakan Belanda yang memonopoli perdagangan di selat Melaka menyebabkan meningkatnya lagi kegiatan lanun  ini.  Mengikut pendapat yang dikeluarkan oleh Stamford Reffles menyatakan bahawa orang melayu menjadi lanun kerana tindakan yang dilakukan oleh Belanda yang menghalang perdagangan bebas.[34]   Hal ini menyebabkan kegiatan merompak di persisir pantai Perak telah mula berlaku sejak Belanda memonopoli kegiatan perdagangan di negeri tersebut.   Perkara ini berlaku kerana tindakan pembesar negeri Perak yang tidak berpuas hati telah menjemput orang laut bagi membantu mereka untuk menyerang kedudukan dan kapal milik Belanda.[35]  Perkara ini menunjukan bahawa tindakan Belanda yang mengongkong kebebasan perdagangan di perak menyebabkan tindakan sebahagian besar pembesar negeri perak sendiri terlibat dalam kegiatan ini sebagai contoh Dato’ Bandahara meminta Penglima Kulup untuk menyerang Belanda di pulau Pangkor dan Sultan Mahmud Iskandar Syah tidak merestui kegiatan merompak di laut akan tetapi beliau tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap lanun tersebut.  Perkara ini menyebabkan pemerintah sendiri tidak berusaha mencegah kegiatan merompak ini kerana ia berlaku disebabkan oleh tindakan Belanda sendiri.[36]
   Dilaporkan pada tahun 1755 M, sebuah kapal milik Belanda telah dirompak di larut, selepas itu Belanda cuba membenteras kegiatan tersebut dengan menlancarkan sistem Pass bagi semua kapal yang berdagang di selat Melaka.   Kesanya mendapat tentangan dari pedagang dan pelaut kerana ia menyebabkan kawalan keatas pedagang,  perkara ini turut mendapat tentangan dari  Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun1758 M.[37]  Oleh itu, kegiatan merompak semangkin meningkat pada penghujung abad ke 18 M, kerana keuntungan yang tinggi diperolehi hasil rompakan  dan kesanya telah menarik kaum lain untuk turut serta merompak termasuklah orang Melayu, Bugis, Minangkabau, dan Arab sendiri turut menjadi perompak.   Kesan yang paling ketara keatas Belanda adalah apabila tidak mampu mengawal kegiatan ini sehinggalah Inggeris campur tangan untuk meredahkan situasi ini pada tahun 1795 M.

SEMASA PEMERINTAHAN PADUKA SERI SULTAN MAHMUD SYAH(1765-1773M)
    Selapas kemangkatan Sultan Iskandar Dzulkarnian tahta kerajaan negeri Perak diterajui oleh  Raja Kimas dengan gelaran Paduka Seri Sultan Mahmud Syah.  Sewaktu pemerintahan Raja Kimas  Belanda dan Perak telah menandatangani perjanjian iaitu pada 17 Oktober 1765 M.   Dalam perjanjian tersebut terdapat 13 syarat[38]  utama antaranya adalah Sultan berjanji akan membekalkan bijih timah kepada Belanda, harga timah bagi satu unit bahara adalah 34 rial Sepanyol dan Sultan memastikan tiada penyeludupan berlaku dan jika kedapatan melakukan penyeludupan bijih timah, maka akan ditangkap dan hasil tangkapan akan dibahagi dua antara Sultan dan Belanda.[39]
   Walaupun begitu masalah masih timbul apabila kerana harga timah yang melambung tinggi yang ditawarkan oleh saudagar termasuk British di Pulau Pinang yang mencecah sehingga 40 rial sebahara.  Oleh itu, Sultan mengunakan alasan agar Belanda menaikan harga timah kerana British menawarkan harga sebanyak 40 rial bagi tiap-tiap bahara.   Perkara ini menyebabkan Everard yang dihantar sebulan selepas perjanjian gagal untuk mengubah pendirian Sultan Perak agar Bijih timah dijual dengan lebih rendah.[40]   Walaupun begitu Residen Belanda yang ditempatkan di Perak yang bernama Johan Hensal tetap berusaha memujuk Sultan agar menurunkan harga timah lagi ke 30 rial sahaja untuk seunit bahara. 
 
KONFLIK SEMASA SULTAN ALAUDDIN MANSUR SYAH(1773-1786M)
            Semasa kemangkatan Raja Kimas maka tahta kerajaan digantikan oleh Raja Muda dengan gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah.   Beliau telah bersetuju dengan permintaan Belanda agar bijih timah dijual pada harga 32 rial sebahara dan tetap mengekalkan cukai 2 rial sebahara.  Namun penyeludupan masih berleluasa kerana harga yan rendah ditawarkan oleh Belanda menyebabkan sebilangan pengusaha bijih timah terpaksa melakukan penyeludupan untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi kerana harga ditawarkan oleh saudagar lain mencecah sehingga 40 rial sebahara.[41]  
            Sewaktu pemerintahan Sultan Allauddin isu harga timah masih menjadi rundingan.  Namun satu peristiwa yang berlaku semasa pemerinhan Sultan Allauddin iaitu British memasuki Perak.   Hal ini disebabkan pada tahun 1780 M British telah mengistiharkan perang kepada Belanda.  Perkara ini menyebabkan British memberi amaran kepada Residen Belanda di Perak ketika itu iaitu Batholomew Meyer agar menyerah ataupun diserang.[42]   Sultan Allauddin telah memberi jaminan akan membantu Belanda dan telah memberi arahan untuk membina kubu untuk siap sedia berperang dengan British.  Tetapi Resedin Belanda telah meninggalkan Perak begitu sahaja hal ini menyebabkan Sultan Allauddin kecewa.   Walaupun Belanda meninggalkan Perak, namun rundingan Bijih Timah masih berlarutan.  Harga timah masih dijual pada harga 32 rial sahaja.  Perkara ini menyebabkan tentangan hebat dari Sultan Muda.

KONFLIK SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN AHMADIN SHAH ( 1786-1806 M)
  Selepas pengunduran Belanda dari Perak akibat daripada desakan British,  Belanda tetap menjalin hubungan perdagangan bijih timah dengan Perak.  Seperti sebelumnya konflik dalam penetapan harga bijih timah masih menjadi kemelut antara Perak dan Belanda.  Rundingan dan bantahan masih menjadi situasi politik di negeri perak kerana harga timah yang masih rendah ditawarkan oleh Belanda iaitu pada tahun 1786 M harga timah hanyalah 32 rial dan telah meningkat kepada 34 rial sebahara.[43]  Namun masih mendapat tentangan dari Raja Muda kerana harga timah di pasaran begitu tinggi sehingga mencecah 48 rial sebahara.  Oleh itu Raja Muda menuntut agar Belanda membeli timah pada harga 48 rial sebahara pada tahun 1789 M.  pada masa yang sama Sultan Ahmadin Shah telah jatuh gering menyebabkan Raja Muda menguruskan pentadbiran.  Maka sekali lagi Raja Mudah menuntut dan mendesar Belanda dengan menyatakan bahawa timah hanya akan dihantar kepada Belanda sekiranya dibeli pada harga 44 rial sebahara. Namun Belanda masih juga berkeras dengan pendirianya untuk mendapatkan timah dengan harga murah.  Namun kedudukan Belanda di Melaka telah berakhir apabila termenterainya perjanjian KEW dengan British pada 1795M.[44]    Melalui perjanjian ini jugalah berakhirnya pengaruh Belanda  di selat Melaka.
PENUTUP.
            Kesimpulannya, isu harga bijih timah adalah sebab konflik antara negeri Perak dengan Belanda pada abad ke 17 M dan 18 M .  Belanda yang cuba memonopoli perdagangan bijih timah di Perak menyebabkan sultan Perak, para pembesar dan rakyat tempatan negeri perak melakukan tindak balas kepada Belanda.   Walaupun serangan-serangan yang dilakukan oleh para pembesar dan rakyat tempatan namun tidak sekalipun Belanda melakukan serangan balas keatas serangan orang melayu tersebut.  Belanda hanya mementingkan perdagangan bijih timah sahaja dengan mengunakan alasan serangan dan tindak balas orang melayu keatas pihak Belanda. 
            Konflik antara kerajaan melayu Perak dan Belanda sejak tahun 1641 M sehingga pengunduran Belanda dari Perak pada tahun 1895 M konflik mengenai isu harga bijih timah masih tidak selesai.   Keinginan yang tinggi pihak Belanda untuk mendapatkan timah dengan harga murah bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi.    Manakala sultan dan para pembesar negari Perak tetap meminta agar harga timah dijual sama seperti saudagar lain.    Akibat pendirian masing-masing maka konflik antara Belanda dan Perak tidak pernah selesai sehingga pengunduran Belanda di negeri Perak.


[1] Adnan Haji Nawang, Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Mazium Melaysia. United Selangor Press SDN BHD, Kuala Lumpur, 1988. Hlm 159.
[2] Bitawi adalah pangkalan utama perdagangan belanda di asia tenggara, ia hanya menjadikan Melaka sebagai pangkalan keduanya bagi memenuhi keperluan Bitawi.
[3] Mengikut penulisan oleh Prof Khoo Kay Kim, menyatakan bahwa  Semenanjung tanah melayu telah mengeksport biji timah ke dunia luar sejak  zaman awal lagi, namun setakat ini masih banyak yang tidak di ketahui tentang perlombongan bijih timah ini.  Hanya pada abad yang ke 9 tanah melayu barulah terdapat sedikit penerangan daripada tulisan-tulisan arab tetang bijih timah di tanah melayu.  Mengikut catatan awal oleh pengembara china, perak tidak disebutkan sebagai pengeluar bijih timah namun tempat-tempat yang disebutkan seperti tan-ma-ling,p’eng-k’eng dan lung-ya-men, dan tidak mudah dikaitkan dengan negeri perak dan hanya pada zaman kesultanan melayu Melaka ada dicatatkan Melaka bergantung kepada kelang, Selangor, perak, bernam, manong dan bruas untuk mendapatkan bijih timah.  Khoo kay kim,  perak dahulu dan sekarang, bijih timah dalam sejarah perak. Hlm 35-36
[4] Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977. Hlm194.
[5] Belanda telah datang ke aceh untuk menyatakan hasrat pihak VOC.  Ketika itu aceh di perintah oleh sultanah tajul alam shafiatuddin shah, isteri kepada sultan iskandar thani.  Belanda bertindak sedemikian kerana mereka tahu bahawa perak ketika ini dibawa taklukan aceh bahkan perlantika sultan muzaffar shah juga adalah dilakukan oleh sultan aceh.   Setelah itu, perak terpaksa menerima kehendak Belanda lalu ditandatangani perjanjian diantara kedua pihak. 
[6] Abdul Halim Nasir, sejarah Perak. Jabatan Muzium Jalan Damansara, kuala lumpur, 1977. Hlm 197.
[7] Abdul Halim Nasir, sejarah PeraK Siri Pertama. Jabatan muzium Jalam Damansara, kuala lumpur, 1977. Hlm 143.
[8] Ibid. hlm  195.
[9] R.O Winstedt dan R. J. Wilkinson, History Of Perak. Journal Malayan  Branch, Royal Asiatic Soc. Vol 12. Pt 1, 1934. Hlm 27.
[10]  Sultanah tajul alam safiatuddin syah merupakan isteri kepada sultan iskandar thani Aceh.  Disebabkan oleh ketiadaan waris dari sultan iskandar thani maka isteri beliau telah menaiki tahta kerajaan negeri Aceh.  Selepas sahaja kenaikan sultanah tajul alam safiatuddin syah maka kerajaan aceh semangkin jelas merosot apabila satu demi satu kawasan wilayah taklukan cuba membebaskan diri dari kekuasaan aceh.
[11] Abu Hassan, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda.  Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.  1998. Hlm 77.
[12] Ibid.
[13] Abu Hassan, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda.  Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.  1998. Hlm 78
[14] Ibid.
[15] Ibid. hlm  78.
[16] Pihak belanda telah melakukan kepungan pada masa sama sewaktu serangan di lakukan oleh Perak keatas kerajaan Aceh.  Hal ini mengakibatkan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah sekali lagi mempersetujui kehendak Belanda dan terpaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda.   Aceh menghantar wakilnya bernama Seri Bija Indera dan Seri Nara Wangsa ke Bitawi untuk menandatagani kontrak pada 20 Jun 1659 M.  melalui perjanjian ini hanya Belanda dan Aceh sahaja yang boleh mendapatkan bijih timah di Perak.
[17] Abu Hassan, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda.  Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.  1998. Hlm 78
[18] Abu Hassan, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda.  Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.  1998. Hlm  79.
[19] Andaya, Barbara Watson, Perak, The Above Of Grace: A Stady of an Eighteenth-Country Malay State. Oxpord University Press , Kuala lumpur, 1979. Hlm 49.
[20] Ibid. 50
[21] Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977. Hlm 200.
[22] Andaya, Barbara Watson, Perak, The Above Of Grace: A Stady of an Eighteenth-Country Malay State. Oxpord University Press , Kuala lumpur, 1979. Hlm 50
[24] Batu Besar tersebut dilukis pada tahun 1743 M,  yang mengambarkan seekor binatang yang menyerupai seekor harimau sedang menangkap seorang kanak-kanak.  Mengikut cerita masyarat kampung tersebut, semasa Belanda menduduki Pulau tersebut seorang anak orang besar Belanda sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut telah hilang.  Oleh sebab itu orang Belanda percaya bahawa kanak-kanak tersebut telah dibaham oleh harimau dan bagi mengingati peristiwa tersebut maka telah dipahat pada batu tersebut sebuah gambar yang mengambarkan seekor harimau menangkap seorang budak.  Boleh juga ia ditafsirkan, bahawa kanak-kanak tersebut telah dicolek oleh orang-orang melayu yang anti-Belanda ataupun orang Bugis yang ketika itu sedang bermusuhan dengan Belanda. Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977. Hlm 202.
[25] Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977. Hlm 202
[26] Sewaktu Belanda meninggalkan Perak,  perak cuba mendapatkan bantuan dari kerajaan Johor agar berharap dapat melindungi perak dari ancaman Belanda dan siam.  Namun Perak tidak dapat bantuan dari kerajaan Johor kerana ketika Perak menghantar utusan untuk memjalin hubungan berlaku juga konflik politik dalam Kerajaan Johor apabila Sultan Mahmud di bunuh oleh Megat Sri Rama.  Pembunuhan tersebut adalah disebabkan oleh dendam Megat sri Rama kepada Sultan Mahmud kerana telah membunuh isterinya yang sedang mengandung.
[29] R.O Winstedt dan R. J. Wilkinson, History Of Perak. Journal Malayan  Branch, Royal Asiatic Soc. Vol 12. Pt 1, 1934. Hlm 55.
[30] Raja Chulan, Misa Melayu.  Penerbit pustaka antara, kuala lumpur, 1966. Hlm 8.
[31] Raja Chulan. Misa Melayu. Hlm 8
[32] Ibid. hlm 8
[33]   Istilah lanun merujuk kepada “perompak laut” ataupun “bajak laut”  manakala dalam perkataan ingeris pula disebut sebagai piretes(lanun) dan piracy(melanun).  Dalam pengistilahan melayu lama tidak wujud perkataan lanun dan melanin  dan istilah lanun sebagai perompak hanya wujud selepas abad ke 19 masihi.   Sebelumnya adalah kegiatan mengambil harta orang secara kekerasan sama ada di laut ataupun di darat, perkara ini disebut sebagai merompak dan dilakukan oleh perompak.   Ahmad Jelani Halimi.  Perdagangan dan perkapalan melayu di selat Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2006.Hlm 188.
  Istilah lanun sangat tidak dapat di terima dalam konteks alam melayu, hal ini kerana pengunaan istilah lanun agak “ arbitrary”.  Kerana istilh ini mungkin di terima oleh pihak yang mengistilahkanya terutamanya orang barat, namun bagaimana pula perspiktif tempatan sungguh ia sangat bercanggah sekali.  Beginilah  yang berlaku dalam konteks sejarah tanah melayu, sungguhpun Tarling pada tahun 1963 mengakui bahawa pengunaan perkataan itu kurang adil dan merupakan ‘value judgemant’ orang-orang barat keatas orang-orang timur dan oleh sebab bukunya yang berkisarkan ‘bagaimana orang-orang ingerish dapat menghapuskan lanun-lanun dialam melayu, maka beliau juga turut meneruskan tradisi prasangka ini.   Othman Mohd. Yatim, dinding jajahan istimewa, persatuan muzium Malaysia, kuala lumpur 1994. Hlm 3

[34]Ahmad Jelani Halimi.  Perdagangan dan perkapalan melayu di selat Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Hlm 195.
[35] Ibid,.hlm 212.
[36] Ibid,.
[37]Ibid, hlm 213.
[38] Company and the next sultan of Perak, Muhammad or Mahmud shah.
                                                                “Governor- General Petrus Albertus Van Der Parra”
                                                                                      October 17, 1765
Contract between the Dutch East India Company and Paduca Sri Sultan Muhammad Shah, King of Perak.

1.             An upright, true and everlasting confidence and friendship shall subsist between the contracting parties
2.             The King promise to deliver all the tin which his country produces exclusively to to the company.
3.             At the rate of C. 36 ½ or Spanish Dollars 11 1/3  lbs. per 125 lbs., or per bahar of 375 lbs. Spanish Dollars          34.
4.             The king promises to deliver the tin at the company’s factory where the same as well as what his subjects supply shall be weighed with the company’s scales and never to deviate from the rule.
5.             The king promises to take proper measures to prevent the smuggling of tin and interdict the exportation of the same, on pain of forfeiting vessel and cargo
6.             If any person were detected to export tin clandestinely, his vessal and cargo shall be confiscated and the produce be divided between the king and the company
7.             All vessels departing, those of the king and chiefs not excepted, shall touch at the factory and be visited there.
8.             If the crew of a foreign vessel were to commit hostile actions durin the visitation, the king and his subjects shall purse and seize the same and deliver them over to the company’s resident
9.             All European deserters shall be deserters shall be delivevered over to the residents and not be permitted to adopt the Muhammad religion
10.          The king promise to assist the dutch garrison on all occasions and not permit the equipment of pirate vessels
11.          The company engages to punish her servant and subjects who should couse any loss to his highness
12.          The king and company promise strictly to fulfill all the articles of this contract
13.          The king finally promise to publish the tenor of this contract throughtout his dominions
R.O Winstedt dan R. J. Wilkinson, History Of Perak. Journal Malayan  Branch, Royal Asiatic Soc. Vol 12. Pt 1, 1934. Hlm 57
[39] Abu Hassan sham, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng .Pengajian melayu bersumberkan belanda. Hlm 81.
[40] Ibid.
[41] Ibid.
[43] Abu Hassan, Martin’t Hart dan Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda.  Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.  1998. Hlm 83
[44] Ibid.

Rabu, 28 November 2012

LATIHAN LAMAN WAB ( SEJARAH AWAL AMERIKA SYARIKAT )


RAZIS BIN KAMARUDIN   (  AEE 110048)

       website ini menerangkan tentang pembentukan 13 konoli di benua benua Amerika.  Pembentukan  dan perkembangan  13 koloni yang bermula dengan pembukaan koloni di Virginia, Massachusetts, New Hampshire, Maryland, Connecticut, Rhode Island, Delaware, North Carolina, New Jersey, New York, Pennsylvania dan terakhir adalah Georgia.
     Website ini menerangkan dengan jelas sejarah pembukaan di setiap 13 koloni di Amerika.  Pengasasan, proses dan perkembangan disetiap koloni turut dimuatkan.  Proses dan perkembangan bagaimana setiap koloni ini dari sudut politik, agama dan ekonomi tersendiri turut diterangkan.  Serta perkembangan disetiap Bandar-bandar utama di satu-satu koloni.
       Website ini menyampaikan maklumat secara topic pertopik iaitu tidak menyampaikan secara keseluruhan dalam satu website.   Hal ini memudahkan pembacaan dalam satu-satu perkara dalam memperlihatkan perkembangan sejarah 13 koloni di Amerika.   Disebab itu, website ini mempunyai kepelbagaian rujukan yang sesuai untuk dijadikan  bahan bacaan dalam pelajaran pelbagai peringkat. Disamping  memuatkan gambar-gambar dalam website ini juga menarik minat untuk belajar kerana ia turut menjadikan website ini kretif.
      Dari segi pemahaman kandungan laman web ini, sangatlah mudah untuk memahami isi kandungannya kerana pengunaan bahasa inggeris yang mudah.  Grammer yang mudah  menyebabkan   website ini senang dan mudah untuk faham apa mesej yang ingin di sampaikan.   Hal ini menyebabkan proses pembukaan Koloni di Amerika mudah untuk dikuasai dan senang untuk dipelajari bagaimana permulaan disetiap koloni tersebut.

BOM IKAN DI SEMPORNA. BERDASARKAN DUA TEORI ETIKA ALAM SEKITAR





ANEA 3102 ETIKA ALAM SEKITAR
KAJIAN ISU PENGEBOMAN IKAN BERDASARKAN     TEORI TELEOLOGIKAL DAN DEONTOLOGIKAL
(GROUP PROJECT)

NAMA:1)TAN JUN YI                AEL 1100
             2)PAAT HUI NGO          AEE 110047
             3)RAZIS KAMARUDIN AEE 110048

NAMA PENSYARAH:DR.JILIAN OOI

NAMA TUTOR:CIK SITI FAIRUS

TARIKH HANTAR:8.11.2012







ISI KANDUNGAN
1.0  PENGENALAN-------------------------------------------------------------------------------------3              
1.1  TUJUAN KAJIAN-------------------------------------------------------------------------3
1.2  KONSEP TELEOLOGI------------------------------------------------------------------4
1.3  KONSEP UTILITARIANISM----------------------------------------------------------5-7
1.4  KONSEP DEONTOLOGI---------------------------------------------------------------8-9

2.0  KONSEP BOM IKAN
2.1  DEFINISI BOM IKAN---------------------------------------------------------------------10
2.2  PIHAK YANG MENGGUNAKAN BOM IKAN-------------------------------------10
2.3  BAHAN-BAHAN DALAM BOM IKAN-----------------------------------------------11

3.0  KAWASAN KAJIAN
3.1  CIRI KAWASAN KAJIAN---------------------------------------------------------------12
3.2  PETA KAWASAN KAJIAN :SEMPORNA,SABAH--------------------------------13

4.0  KESAN PENGGUNAAN BOM IKAN
4.1  KESAN KEPADA MANUSIA------------------------------------------------------------14
4.2  KESAN KEPADA HAIWAN DAN TUMBUHAN------------------------------------15

5.0  HUJAH-HUJAH TEORI TELEOLOGI & DEONTOLOGI DALAM ISI PENGGUNAAN BOM IKAN
5.1  KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU BOM IKAN------------------------------16-17
5.2  KONSEP DEONTOLOGI DALAM ISU BOM IKAN----------------------------18-20

6.0  KESIMPULAN-------------------------------------------------------------------------------------21-22

7.0  LAMPIRAN------------------------------------------------------------------------------------------23

8.0 RUJUKAN--------------------------------------------------------------------------------------------24








1.0   PENGENALAN
Isu pengeboman ikan di daerah Semporna semakin berleluasa. Kegiatan pengeboman ikan bukan sahaja melibatkan nelayan-nelayan tempatan, tetapi juga nelayan-nelayan dari luar negara terutamanya negara Filipina. Dalam laporan kajian ini, isu pengeboman ikan akan dibincangkan secara mendalami tentang asal usul teknik pengeboman ikan, cara pengeboman ikan dan bahan letupan ikan. Berserta dengan peta yang menunjukkan lokasi tempat kajian/kejadian, kita harap dapat menjelaskan isu ini dengan lebih spesifik. Selain itu, konsep  dan konsep deontologi akan diterangkan dalam kajian ini. Isu pengeboman ikan dikaitkan dengan teori teleologi dan teori deontology. Kita akan melihat tindakan ini dari segi teleologi dan juga deontologi.


1.1  TUJUAN KAJIAN
·         Membincangkan isu pengeboman ikan di daerah Semporna.
·         Membincangkan konsep dan teori teleologi dan deontologi
·         Mengaitkan isu pengeboman ikan dengan teori teleologi dan deontologi
·         Dengan menghujahkan teori teleology dan juga teori deontologi, mengesahkan bahawa isu pengeboman ikan ini  dalam konsep teleologi atau konsep deontologi.


1.2   KONSEP TELEOLOGI
  Istilah teleologikal diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian. Teori ini juga dikenali sebagai consequentialism kerana teori ini mendakwakan bahawa nilai sesuatu tindakan ditentukan sama ada betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat atau hasil daripada sesuatu tindakan tersebut. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakan beretika. Kesan atau akibat yang dikatakan baik merujuk kepada seseorang manusia itu dapat menikmati kepuasan  yang tidak akan memudaratkan kepentingan mereka.
  Golongan yang berpendapat bahawa ketiadaan pertalian hubungan antara peraturan masyarakat dengan keperibadian mulia dalam etika, golongan tersebut lebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria moral. Teori teleologikal menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang benar,baik, jahat, salah ialah penghasilan nilai moral yang baik. Mengikut teori ini,sesuatu kebaikan dan kejahatan berlaku adalah ditentukan dalam nilai instrumentalnya.
  Mengikut teori teleologikal, akibat yang baik daripada tindakan tersebut adalah untuk membuat orang lain bahagia dan membawa sesuatu kebaikan yang dapat menguntungkan sendiri. Sebagai contohnya, sekumpulan nelayan yang menjalankan aktiviti pengharaman seperti pengeboman ikan untuk tujuan menyara keluarga dan menambahkan pendapatan mereka yang tidak seberapa akibat kemerosotan punca ikan di laut. Di sini,kita dapat merumuskan nelayan tersebut berbuat demikian demi keluarganya dan juga mengaut keuntungan daripada aktiviti tersebut.Tindakan adalah bersifat teleologi kerana tindakan ini telah membawa kesan yang baik antara kedua-dua pihak.
  Walaubagaimanapun, teori teleologikal juga mempunyai kelebihan dan kelemahan. Antara kelebihan ialah manusia perlu memastikan tindakan yang dilakukan itu hendaklah mendatangkan kesan yang baik atau bermanfaat. Manusia berhak bertanggungjawab terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Dalam teori ini, tiada perkataan tentang “baik-buruk” atau “salah-betul” dalam melakukan sesuatu tindakan, sama ada tindakan tersebut sah di sisi undang-undang ataupun tidak. Yang paling penting manfaat atau faedah dihasilkan.
Dari segi kelemahan teori teleologikal, keperluan manusia untuk mencari dan menentukan akibat adalah sukar kerana manusia tidak dapat meninjau sesuatu perkara dalam masa yang singkat dan juga masa depan. Manusia sering terpengaruh oleh masyarakat umun apatah lagi mereka yang mempunyai pengetahuan yang cetek dalam menilai tentang akibat yang mungkin timbul akibat tindakan mereka tersebut.
1.3 KONSEP UTILIRIANISM
 
  Perkataan “Utilitarianismadalah dikatakan menonjol pada awal abad ke-19 tetapi pada masa itu tidak digolong sebagai ajaran falsafah. Konsep ini biasanya lebih menunjukkan tanda berhubung kait dengan kumpulan radikal Inggerish membawa kesan apabila mereka cuba mempengaruhi ukuran kepentingan sosial .
  Perkataan ” Utilitarianismberasal dari “utility” yang bermaksud manfaat atau berfaedah dan pengubah sosial melabelkan terhadap konsep ini kerana mereka membuat secara praktikal dan ukuran  manfaat terhadap  institusi sosial akan dinilai, lebih kepada berkenaan dari keagamaan ataupun fungsi tradisi. Etika Utilitarianism berpegang prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang. Kebahagian yang dimaksudkan adalah keseronokan iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral tetapi boleh menberi kegembiraan atau kepuasan yang paling maksimum kepada seseorang dan orang yang lain. Terdapat dua pengasas kepada konsep ini iaitu Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.

JEREMY BENTHAM
  Jeremy Bentham lahir di London pada tahun 1748-1832. Bentham adalah ahli falsafah Inggeris yang radikal yang memberi teori kegunaan(utilitarianism) pada awal abad ke-19. Bentham juga telah membuat satu cadangan yang asas “utiliti”, beliau mengatakan bahawa “utiliti” bukan bermaksud “usefulness without regard to pleasantness”, tetapi lebih daripada harta atau kepunyaan sesuatu benda, di mana cenderung untuk menghasilkan kebaikan,manfaat, keseronokan, baik atau kegembiraan. Kebaikan atau keseronokan akan mengelakkan daripada berlaku sebarang kesakitan,kerugian,kejahatan dan kesedihan
  Matlamat Bentham dalam Utilitarianism adalah untuk memberi kebaikan tertinggi kepada orang ramai. Dalam bukunya Introduction to the Morals and Legislation, Bentham percaya manusia diletakkan dalam dua keadaan semula jadi iaitu kesakitan dan keseronokan. Beliau menghuraikan prinsip kegunaan sebagai cara menambah kegembiraan atau kebahagiaan sebuah masyarakat. Beliau percaya semua tindakan manusia dirangsang oleh keinginan mendapat keseronokan atau keinginan untuk mengelakkan diri daripada kemudaratan. Utilitarianism berpegang kepada the greatest good for the greatest number di mana sesuatu tindakan perlu membawa lebih banyak keseronokan, kebahagian berbanding dengan kesakitan dan kesengsaraan.
  Makhluk hidup dalam institusi yang penuh dengan cabaran dan mereka perlu memastikan bersaing untuk memperjuangkan keseronokan dan menimumkan kesakitan sebaik mungkin.Bentham juga mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan,manakala usaha mencari kebahagian atau kegembiraan adalah dianggap bermoral.Bentham berhujah bahawa semua manusia cuba untuk mencapai keseronokan .Keseronokan akan dicapai apabila keseronokan pada tahap maximum (utility) dan tahap penderitaan pada tahap minimum (disutility).Dalam teori Bentham,apabila kita hendak membuat penilaian pada sesuatu tindakan beretika,kita perlu mengetahui beberapa kepuasan atau kegembiraan dapat diperoleh daripada tindakan yang meliputi objektif,proses dan secara terbuka.Teori beliau mengamalkan sistem demokrasi iaitu setiap orang diberi hak yang sama rata dan dapat menikmati keseluruhan kegembiraan.Selaras dengan konsep yang bagi oleh Bentham  “one man,one vote.”
Bentham telah memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk menganalisi tahap pencapaian keseronokan (pleasure) iaitu Hedonistic Calculus. Terdapat tujuh faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan tahap keseronokan dan kesengsaraaan iaitu intensity,duration,certainly,propinquity,fecundity,purity dan extent. Biar kita ambil contoh, kes pengeboman ikan di Semporna ,Sabah yang dilakukan oleh sesetengah nelayan, di sini kita melihat kepada tahap jangka masa sesuatu keseronokan atau kesengsaraan terhadap setiap orang. Setiap tahap yang dinyatakan diberi nilai.Apabila jumlah nilai positif lebih daripada jumlah nilai negatif, maka tindakan itu dikatakan bermoral atau sebaliknya.Namun begitu, pengukur Kalkulus Hedonistik Bentham adalah sukar diukur kerana perlu mengambil pertimbangan yang mendalam untuk membuat sesuatu keputusan, kadang-kala timbul ketidakadilan terhadap golongan-gologan tertentu seperti golongan minoriti.
  Teori ini mempunyai dua ciri penting. Pertama, Bentham mengesyorkan manusia akan mempertimbangkan semua kesan yang timbul akibat tindakan diambil dan seterusnya menentukan sama ada tindakan itu bermoral ataupun tidak. Aspek ini dikenali sebagai act-utilitarianism. Kedua dikenali sebagai hedonistic utilitarianism iaitu manusia mengukur keseronokan dan kesengsaraan yang timbul akibat tindakan yang diambil.
             Secara kesimpulannya, matlamat Bentham dalam teori Utilitarianism bertujuan untuk memberi kebaikan tertinggi kepada orang ramai. Beliau juga menegaskan bahawa manusia patut memaksimunkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan orang ramai. Manusia diibaratkan sebagai pemburu keseronokan dan membenci kesakitan.Prinsip utiliti menyamakan keseronokan dan kebahagiaan.

John Stuart Mill
  John Stuart Mill ialah seorang ahli falsafah Inggeris (1806-1873). John ialah seorang anak kepada kawan baik Jeremy Bentham,iaitu James Mill (1773-1836). John menjadi semakin agung dalam sejarah teori falsafah dan pada masa yang sama beliau cenderung kepada reformasi masyarakat daripada teori yang abstrak yang dibawa oleh Bentham. Beliau terpengaruh dengan pandangan Bentham dan beliau tidak bersetuju dengan pandangannya yang menekankan hanya kepada kuantiti keseronokan.Sebaliknya, beliau menolak pandangan Bentham yang mengatakan keseronokan yang diperoleh itu adalah serupa.
  John menekankan kualiti keputusan yang dapat memuaskan keperluan setiap orang. John juga menggunakan kalkulus utilitarian yang sama tetapi beliau lebih tertumpu kepada memaksimunkan kebahagian umum dengan mengira bilangan yang mendapat kebaikan. Sesuatu tindakan atau keputusan perlulah mengambil pertimbangan yang lebih menyeluruh dan memastikan tindakan tersebut akan membawa kebaikan sejagat.  Bentham mengekalkan keseluruhan keseronokan sama dengan utiliti, pada masa yang sama John menekankan kepada kualiti kegunaan atau manfaat lebih daripada kuantiti. John juga mengatakan bahawa kegembiraan atau keseronokan diperolehi daripada budaya dan keseronokan intelektual kerana mempunyai utiliti yang tinggi berbanding dengan keseronokan daripada fizikal semata-mata.Menurut beliau,kebahagian itu mempunyai kualiti sama ada tinggi atau rendah. Seseorang perlu mempunyai penilaian sendiri yang bersifat subjektif untuk membuat keputusan.
  Di samping itu, John juga berhujah bahawa hanya pendapat daripada individu yang pengalaman sahaja yang berhak memperoleh keseronokan tertentu. Kualiti keseronokan bagi John mengambil kira faktor bilangan penduduk, keprihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada sesuatu tingkah laku. Utilitarianism yang dikembangkan oleh John banyak digunakan dalam falsafah politik khasnya pihak kerajaan cuba membawa kepada keseronokan terhadap majoriti. Manusia yang mempunyai kualiti kebahagian yang tinggi digambarkan dengan keadaan sejahtera,sihat fizikal dan mental,berpendidikan ,berakhlak dan sensitif pada orang lain. Manakala manusia yang mempunyai kualiti kebahagian yang rendah pula mempunyai ciri-ciri seperti bodoh, jahil, malas, mementingkan diri sendiri dan suka akan kelazatan fizikal.
1.4              KONSEP DEONTOLOGI
Perkataan Deontologi berasal dari perkataan Yunani, iaitu “Deon”yang bermaksud kewajiban atau tugas, dan “logos”yang merujuk kepada ilmu(atau kajian). Deontologi menitikberatkan kepada kewajiban manusia untuk bertindak moral. Menurut etika Deontologi merujuk kepada sesuatu tindakan yang kita lakukan sama ada yang baik atau yang buruk adalah berdasarkan kepada prinsip moral dan undang-undang sejagat, tetapi bukan berdasarkan apa yang baik dilakukan atau berapa nilai yang boleh kita memperolehi daripada kelakuan tersebut. Deontologi ini merupakan teori yang bertentangan dengan konsep Consequentialism, iaitu satu konsep yang berdasarkan nilai moral yang dtentukan sama ada betul atau salah bagi sesuatu tindakan adalah berdasarkan akibat-akibat tindakan tersebut. Misalnya, dalam konsep deontologi, kita tidak boleh menipu kerana tindakan menipu merupakan satu tindakan yang salah mengikut prinsip moral. Dalam konsep teleologi yang bersifat  consequentialism pula membenarkan seseorang itu menipu supaya penipuan tersebut agar boleh mempertahankan sesuatu akibat yang lebih buruk.
  Teori Deontologi ini diperkenalkan oleh Immanuel Kant(1724-1804), beliau merupakan seorang ahli falsafah German yang  pernah belajar dan mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant menggunakan konsep deontologi untuk lahirkan teorinya, deontologi  juga dikenali sebagai Etika Kantian.  Kant percaya bahawa setiap tindakan manusia adalah berdasarkan niat atau motif sebab beliau melihat manusia mempunyai pemikiran yang rasional. Menurut Kant, setiap individu seharusnya bertindak dengan cara yang betul dan wajar berdasarkan prinsip moral yang ditentukan, tanpa sebarang syarat dan alasan, individu mempunyai kewajiban atau tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan hukum moral.  Kant tidak menyokong konsep Consequentialism yang menekankan tindakan berdasarkan penilaian nilai moral ke atas akibat daripada satu tindakan tersebut, kerana beliau berpendapat bahawa konsep ini mempengaruhi manusia melakukan sesuatu secara tidak rela tetapi terpaksa dilakukan demi kegembiraan dan kebaikan sejagat.
  Kant menumpukan kepada niat, motif dan tujuan sesuatu tindakan yang berniat baik(Good Will) tetapi bukan berdasarkan emosi atau akibat. Bagi Kant, sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang bermotif baik dan secara suka rela, serta mematuhi prinsip moral yang telah diakui, maka tindakan itu dianggap mempunyai nilai moral. Sesuatu tindakan tidak mempunyai nilai moral jika tindakan itu hanya mementingkan satu pihak atau mementingkan diri sendiri.
 
 
  Kant mengemukakan satu formula yang disebut sebagai Categorical Imperative atau pratikal imperative yang mempunyai 3 siri formula yang saling bergantungan untuk memperkukuhkan ideanya. Categorical Imperative adalah kita harus bertindak mengikut  niat sebagai satu matlamat yang penting, niat itu harus berdasarkn undang-undang dan kewajiban(maksim) yang kita berupaya. Kewajiban dan kemanusiaan ditegaskan sebagai nilai instrinsik manusia di sini. Pertama, seseorang itu harus melakukan tindakan tertentu yang mempunyai motif yang umum, dan tidak bercanggah dengan undang-undang semulajadi, maka tindakan itu adalah bersifat moral. Kedua, semua indidu harus saling menghormati dan tidak harus mempergunakan orang lain supaya mencapai niat atau kepentingan sendiri. Kant menggabungkan dua idea tersebut ke dalam CI ketiga, iaitu individu seharusnya berkelakuan mengikut niat yang betul dan mematuhi undang-undang sejagat, agar tindakan tersebut disetujui dan dapat dipatuhi oleh orang lain. Bagaimanapun, teori deontologi harus diamalkan oleh setiap orang semasa membuat sesuatu tindakan. Kita akan memberi hujahan teori deontologi yang berkait dengan isu pengeboman ikan pada bab-bab seterusnya.


2.0 : KONSEP BOM IKAN.
2.1 : APA ITU BOM IKAN?
Bom Ikan adalah sejenis bahan letupan yang digunakan oleh segelintir nelayan yang tak bertangungjawab di daerah Semporna. Bom ikan ini dibuat dengan mudah iaitu hanya mengunakan bahan kimia yang dikenali sebagai serbuk Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca dan span.  Disebabkan penghasilan bahan letupan tersebut senang dipraktikkan, maka ramai nelayan di Semporna amnya menggunakan kaedah ini untuk memperolehi sumber laut. Penggunaan bom ikan adalah satu cara mudah dan cepat kerana untuk mendapatkan ikan, yang hidup di terumbu karang sangatlah sukar, ikan dapat meloloskan diri dengan mudah. Batu karang bukan sahaja menjadi habitat semata-mata tetapi juga menjadi tempat perlindungan ikan-ikan dari tangkapan nelayan yang mengunakan pukat. Oleh sebab itu segelintir nelayan mengunakan cara mudah bagi mendapatkan ikan-ikan yang hidup di terumbu karang dengan cara mengebom ikan tersebut.
2.2 : PIHAK YANG MENGGUNAKAN BOM IKAN.
 Pada peringkat awal, kegiatan ini dilakukan oleh masyarakat asing lazimnya yang berasal dari Selatan Filipina. Mereka datang membawa teknik mengebom ikan seperti mana mereka lakukan di tempat asal mereka sekitar era 80-an dan 90-an.  Setelah itu ia telah dipelajari oleh segelintir nelayan  tempatan yang mendiami sekitar pulau-pulau di Semporna termasuklah pulau Bum-Bum.  Oleh sebab itu kegiatan bom ikan di Semporna dilakukan oleh segelintir penduduk tempatan yang telah mahir mengunakan Bom Ikan.
Sebilangan penduduk yang mendiami kepulauan di Semporna adalah nelayan tradisional yang mengunakan kaedah tradisi dalam aktiviti menangkap ikan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai peralatan yang canggih seperti kapal, sonar, dan lain-lain untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan.  Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah  untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak dengan mengunakkan bom ikan.  Bom Ikan bagi mereka adalah satu teknik penangkapan yang membawa pulangan yang lumayan dengan cepat tanpa mengunakan kos yang tinggi. Teknik pengeboman ikan amat mudah dipelajari, maka kegiatan ini menjadi semangkin berleluasa walaupun risiko untuk mendapat kemalangan sangatlah tinggi. Risiko kemalangan Bom Ikan adalah sangat tinggi kerana dengan hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk meletup setelah dinyalakan bahan peledaknya.  Kecederaan kemalangan akibat bom ikan ini boleh membawa maut dan cedera seumur hidup. Sebagai contoh, tangan akan lumpuh jika kemalangan berlaku semasa penggunaan bom ikan. Perkara ini berlaku kerana letupan bom ikan yang kuat.
Tahap pendidikan dan pengetahuan yang sangat terhad menyebabkan mereka tidak dapat membezakan buruk dan baik sesuatu yang mereka lakukan.   Kehidupan sebilangan kecil mereka tidak mempunyai pendidikan dan pengetauan tentang alam sekitar.  Oleh sebab itu mereka melakukan kegiatan mengebom ikan kerana tidak mengetahui kegiatan tersebut akan menghancurkan ekosistem dan biodiversiti marin yang mendiami terumbu.  Disebabkan itu mereka hanya melakukan kegiatan tersebut tampa melihat jangka masa depan ataupun mereka tidak terfikir nasib generasi akan datang
2.3 :  BAHAN-BAHAN DALAM BOM IKAN.
 Bahan utama yang digunakan untuk Bom Ikan adalah serbut Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca dan span. Serbuk Amonia Nitrat adalah sejenis bahan kimia yang disalahgunakan oleh nelayan.   Selain itu, bahan api turut digunakan untuk membuat bom ikan, sama ada minyak petrol, diesel ataupun minyak tanah.  Disebabkan bom ikan ini mudah dibuat dan kos murah untuk mendapatkanya maka ia menjadi langkah pantas untuk mendapatkan ini. 
3.0 : KAWASAN KAJIAN.
3.1 : CIRI-CIRI KAWASAN KAJIAN
Daerah Semporna terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti laut. Terumbu karang antara hidupan laut yang paling terkenal di perairan laut di sepanjang pulau-pulau di daerah Semporna.  Kawasan kajian memiliki beberapa pulau yang terkenal seperti pulau Mabul, pulau Sipandan, Mataking dan lain-lain.   Kawasan kajian juga adalah kawasan yang diketogorikan sebagai kawasan coral triangle.
                                            
Gambar menunjuklan daerah Semporna termasuk dalam kawasan coral triangle.
Air di sekitar kawasan kajian juga diketogorikan di perairan cetek yang mengalakan pertumbuhan batu karang.  Perairan yang jernih dan pembentukan arus air laut yang baik kerana dipengaruhi oleh dua kawasan laut yang besar iaitu Laut Sulawesi di sebelah utara dan selatan adalah Laut Sulu. Hal ini menyebabkan perairan di kawasan kajian sesuai untuk pembentukan pelbagai jenis terumbu karang yang menjadi tempat tinggal atau habitat yang selesa bagi  pelbagai jenis hidupan marin terutamanya ikan, dan lain-lain. Pengeboman ikan dilakukan ketika air surut kerana waktu ini kumpulan ikan akan membentuk kawanan yang begitu besar dan kawanan ikan ini selalunya akan mencari kawasan untuk mencari makanan.   Oleh itu terumbu karang selalunya menjadi kawasan kawanan ikan ini. Selain itu,  lokasi yang menjadi tarikan nelayan yang mengunakan Bom Ikan adalah kerana kawasan kepulauan tersebut mempunyai keluasan kawasan terumbu karang yang sesuai untuk kegiatan menanam rumpai laut.  Disebabkan rumpai laut adalah salah satu makanan ikan seperti ikan Belais dan lain-lain maka ia menjadi sasaran aktiviti mengebom ikan.  Cara penanaman rumpai laut secara line(dalam garisan lulus) menarikan ikan mencari makanan dan kumpulan ikan berkenaan akan menetap dibawa kawasan penanaman rumpai laut tersebut.  Jadi mereka yang melakukan pengeboman ikan akan mencari ikan disekitar kawasan penanaman rumpai laut
3.2 :  PETA KAWASAN KAJIAN
Peta menunjukan kawasan kajian untuk meneliti aktiviti Bom Ikan di daerah Semporna. Kegiatan Bom Ikan sering dilakukan dikawasan pulau-pulau yang tidak terkenal seperti Pulau Karindingan, Pulau Danawan, Pulau Legetan dan Pulau Omadal. Manakala kawasan yang terkenal seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan Taman Marin Tun Sakaran adalah kawasan sifar aktiviti Bom Ikan kerana sentiasa dibawa pengawasan pihak berkuasa dan pihak bertangungjawab.
Kawasan aktiviti Bom Ikan dijalankan adalah dikawasan yang mempunyai kawasan beting pasir dan beting batu karang yang luas di sekitar pulau-pulau Semporna, sepanjang perairan terumbu karang.  Walaupun rondaan dilakukan oleh pihak berkuasa seperti pasukan Marin, PGA, dan Polis, namun kegiatan ini masih dapat dilakukan oleh nelayan yang menggunakan bom ikan sebagai mata pencarian rezeki.  Hal ini berlaku kerana, sewaktu air surut pihak berkuasa tidak dapat melakukan rondaan kerana ketika air surut, kumpulan ikan akan membentuk kawanan yang begitu besar dan mencari makanan.   Oleh itu ,terumbu karang selalunya menjadi kawasan
 kawanan ikan ini. Hal ini menyebabkan kegiatan tersebut sukar untuk dibanteras oleh pihak berkuasa kerana bot akan tersangkut pada beting pasir dan beting batu karang.

4.0 : KESAN PENGUNAAN BOM IKAN
4.1 : KESAN KEPADA MANUSIA
Perikanan
            Disebabkan segelintir nelayan yang mengunakan Bom Ikan untuk mendapatkan ikan-ikan yang hidup di terumbu karang, maka padahnya akan dikongsi bersama oleh semua nelayan di daerah semporna.  Seperti pepatah melayu “kerana nilah setitik, rosak susu sebelangga” begitulah impak yang harus diterima oleh nelayan di semporna.    Bom ikan akan memusnahkan habitat ikan tersebut, seterusnya hasil tangkapan nelayan akan berkurangan  dari masa ke semasa. Seterusnya kadar pendapatan nelayan juga akan merosot kerana penurunan hasil tangkapan ikan.
Pelancongan.
            Kemusnahan kepelbagaian terumbu karang  memberikan impak kepada sektor pelancongan.  Kegiatan Bom Ikan akan memusnahkan terumbu karang dan mengambil masa yang panjang untuk pulih semula.  Disebabkan itu, kegiatan pengeboman ikan turut menyebabkan kemerosotan sector pelancongan, jarang menarik pelancong datang ke Semporna, Malaysia.  Akibatnya, pelancong yang datang berkunjung ke Semporna ingin menikmati pemandangan laut yang warna-warni yang dihiasi pelbagai biodiversiti marin termasuk terumbu karang akan berasa kecewa kerana kemusnahan pandangan di kawasan terumbu karang.  Maka dengan itu, kegiatan Bom ikan turut menjadi penyebab kepada kemerosotan pelancong untuk berkunjung ke pulau-pulau di daerah semporna.                                    
4.2 : KESAN KEPADA ALAM SEKITAR
Hilang habitat pelbagai biodiversiti marin
            Pada masa yang sama, kawasan kajian tersebut mencatatkan sebanyak 844 jenis ikan yang terdapat di kawasan perairan Semporna. Aktiviti pengeboman ikan menyebabkan kemusnahan kepelbagaian biodiversity marin seperti plankton, terumbu karang, spesis ikan batu karang seperti Clown Fish, Rainbow Parrot Fish, Flame Angel, Moorish Idol, Symphysodon, Coral Beauty, Lion Fish, Clown Trigger Fish, Emperor Angel Fish dan lain-lain. Bom ikan akan menyebabkan semua hidupan akan mati di sekitar 2 hingga 8 meter dari kawasan letupan Bom tersebut.  Hal ini menunjukkan bahawa bom ikan bukan sahaja menyebabkan kematian ikan yang hendak ditangkap oleh nelayan, seperti Belais, tetapi ia juga mengakibatkan kematian beribu-ribu hidupan marin yang lain.  Kemusnahan yang mengambil masa panjang untuk pulih semula sehingga ratusan tahun menyebabkan hilang habitat pelbagai hidupan laut. 
Putus rantai makanan pelbagai hidupan marin
            Kesan bom ikan juga menyebabkan terputus rantai makanan hidupan marin.  Impak bom yang memusnahkan terumbu karang dan plankton menyebabkan hidupan yang bergantung hidup dengan terumbu akan terjejas seterusnya keseimbangan ekosistem marin terganggu.  Perkara ini disebabkan Bom Ikan yang digunakan oleh nelayan akan memusnahkan sama sekali terumbu disekitarnya.  Maka kemusnahan terumbu akan menyebabkan rantaian makanan hidupan termasuk ikan, ketam, udang batu, dan lain-lain terganggu.  Akibatnya spesis hidupan ini akan terancam dan jika berterusan akan mengalami kepupusan. Batu karang merupakan tapak asas kepada ekosistem di kawasan marin tropika. Terumbu batu karang yang terhasil itu membekalkan tempat tinggal kepada hidupan lain yang bersaiz kecil dan merupakan salah satu bahagian dalam rantaian makanan. Selain itu, ia juga memainkan peranan sebagai pembekal kepada rantaian makanan melalui hubungan simbiosis dengan alga yang terdapat dalam sel-sel batu karang.


5.0. HUJAH-HUJAH TELEOLOGI DAN DEONTOLOGI DALAM ISU PENGGUNAAN BOM IKAN
5.1. KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU PENGEBOMAN IKAN
  Dalam isu pengeboman ikan di Semporna,Sabah ,kita dapat melihat bahawa sesuatu kejadian berlaku semestinya ada kesan atau akibat yang bakal diterima. Dalam kes ini, pengeboman ikan dari sudut pandangan nelayan adalah penting kerana mereka perlu mencari rezeki akibat kesempitan hidup yang semakin ketara. Mengikut etika teori teleologikal,pengeboman ikan dalam kalangan nelayan adalah betul dan tidak bersalah kerana niat dan matlamatnya adalah menyara kehidupan keluarga yang serba kekurangan, mereka meletup ikan bukan sahaja dapat menangkap ikan untuk menyara keluarganya tetapi juga menjana sumber ekonomi. Walaubagaimanapun,bagi etika deontologikal, perbuatan itu salah kerana perbuatan meletup ikan adalah salah di sisi undang-undang. Pengeboman ikan secara haram adalah tindakan yang tidak dibenarkan oleh masyarakat atau undang-undang. Jika nelayan itu memikirkan tentang hukuman yang mungkin diterima sekiranya mereka melakukan tindakan meletup ikan, mereka mungkin tidak akan melakukan, berdasarkan etika teleologi yang menekankan kesan dan akibat sesuatu tindakan.
  Dari sudut pandangan terhadap tindakan yang bermoral, pengeboman ikan dikatakan membawa akibat atau manfaat yang baik walaupun tindakannya telah menyalahi undang-undang kerana menggunakan bahan letupan secara haram dan letupan tersebut telah membawa kesan sampingan yang tidak terhingga kepada alam sekitar  sisi pandangan orang luar. Namun, berdiri pada sudut pandangan nelayan-nelayan tersebut, mereka bertindak sedemikian bukan sahaja dapat menyara hidup ahli keluarga mereka, mereka juga dapat mengaut keuntungan besar. Tindakan ini dengan merujuk kepada teori teleologi, tindakan ini diterima. Jika memikirkan dari sudut pandangan mangsa-mangsa yang terancam, seperti terumbu karang, pelancong asing, dan juga nelayan yang lain yang tidak meletup ikan, kegiatan pengeboman ikan telah membawa kesan yang buruk secara langusung kepada mereka. Dengan itu, berdasarkan teori teleologikal pula, tindakan tersebut tidak mempunyai nilai moral kerana kesan buruk melebihi kesan baik. Bahan letupan bom ikan bukan sahaja akan memusnahkan ekosistem laut malah akan membahayakan sendiri serta manusia yang tidak berdosa. Mengikut etika teleologikal, pengeboman ikan secara haram yang dilakukan oleh sesetengah golongan nelayan adalah baik kerana tindakan ini dapat mencari sumber rezeki yang lebih lumayan daripada terus menggunakan teknik penangkapan tradisional.
             Akibat yang baik daripada pengeboman ikan dapat kita merujuk kepada dua tafsiran iaitu,pertama, kesan tersebut telah menyebabkan orang lain bahagia dan pada masa yang sama juga akan menguntungkan diri sendiri. Lebih jelas lagi,sebagai contoh, hasil ikan daripada penggunaan bom ikan adalah lumayan telah membantu golongan bawahan ini dapat  menambahkan sumber pendapatan mereka. Jika mereka tidak berlaku demikian dan hanya bergantung kepada cara penangkapan ikan yang tradisional, golongan nelayan ini mungkin akan mengalami kesusahan hidup.
Dalam konsep Utilitarianism ini, manusia cuba memaksimunkan keseronokan dan meminumkan kesusahan. Manusia sememangnya ditakdirkan untuk menikmati keseronokan dan mengelakkan sebarang kesakitan sampai akhirat.Dengan itu.nelayan tersebut memandangkan ke arah kesan atau akibat yang baik, maka mereka pun melakukan sesuatu tindakan yang dapat memaksimunkan keseronokan dan menimimunkan kesakitan atau kesengsaraan. Menurut Bentha, manusia sentiasa mencari peluang mengejar keseronokan fizikal dan mengelakkan kesakitan fizikal. Dalam isu pengeboman ikan,nelayan hanya meniru cara penangkapan ikan yang berasal dari negara jirannya, iaitu negara Filipina yang  mula mencipta kaedah-kaedah bom ikan dengan menggunakan bahan letupan.
Apabila kaedah penangkapan haram ini digunapakai oleh nelayan-nelayan yang boleh dikatakan masih mengamalkan cara tradisional telahpun mencuba bagi meningkatkan hasil pengeluaran ikan mereka.Pengeboman ikan dengan menggunakan bahan letupan yang mudah didapati itu telah mendorong nelayan-nelayan tersebut mengekploitasi alam sekitar sebaik mungkin supaya dapat memenuhi keperluan atau kehendak mereka serta menjauhi sebarang kesusahan atau penderitaan.Walaubagaimanapun, teori teleologi juga tidak dapat digunapakaikan dalam setiap keputusan tindakan kita, kerana bukan semua tindakan yang kita hendak buat mempunyai akibat dan kesan yang terang. Jika sesuatu tindakan tiada akibat atau kesan yang terang, kita sukar menilai tindakan itu adalah bermoral atau tidak. Kita mungkin sentiasa berasa sukar membuat pertimbangan sesuatu tindakan yang hendak dibuat kerana kita sentiasa perlu fikirkan akibatnya, ini adalah susah jika kita tidak jelas terhadap akibat sesesuatu tindakan.



5.2. KONSEP DEONTOLOGI DALAM ISU PENGEBOMAN IKAN
Dalam isu pengeboman ikan ini, kita boleh tahu terdapat beberapa pihak yang terlibat, iaitu pihak berkuasa yang melakukan tindakan undang-undang seperti pasukan Marin, PGA, dan Polis, dan juga pihak nelayan yang melakukan aktiviti pengeboman ikan, seterusnya adalah pihak yang terancam, iaitu hidupan marin dan sektor perikanan dan sektor pelancongan. Dalam membincangkan tentang konsep deontologi dalam isu ini, beberapa sudut pandangan yang berbeza harus dititikberatkan.
Konteks kita menfokuskan kepada  kegiatan pengeboman ikan ini sememangnya telah melanggari konsep deontologi, kerana prinsip moral dan undang-undang sejagat tidak dipatuhi. Hal ini kerana, mengikut Akta Bahan Letupan 1957,Seksyen 7, sesiapa yang cuba menyebabkan letupan, atau membuat atau menyimpan bahan letupan dengan niat hendak membahayakan nyawa atau harta adalah melanggari undang-undang. Mengikut undang-undang, kegiatan ini dikira salah kerana nelayan-nelayan telah menggunakan bahan letupan dalam penangkapan ikan. Kegiatan pengeboman ikan bukan sahaja membolehkan seseorang nelayan itu memiliki bahan letupan secara haram, perkara ini juga memberi peluang kepada mereka meletup dan menangkap ikan secara sesuka hati. Nelayan-nelayan tidak memikirkan dari segi undang-undang dan tentang prinsip moral, mereka hanya semata-mata berbuat demikian mungkin bagi mereka kepentingannya ialah menyara hidup sahaja. Tambahan pula, kawasan yang terlibat dalam kegiatan pengeboman ikan sukar diawasi, jadi nelayan-nelayan tidak akur terhadap Akta Letupan Api 1957 yang mengenakan hukuman yang berat.
Menurut apa yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985, nelayan dilarang menangkap ikan sekiranya tiada lessen atau permit untuk menangkap ikan di kawasan perairan yang terkawal. Menurut Akta Perikanan 1985, seksyen 44, mengenai tiada sesiapa pun boleh membawa, mengguna atau memiliki dalam taman laut atau rizab laut di perairan perikanan Malaysia dengan  apa jua senapaang angin, serampung, kelengkapan melembing ikan, tempuling atau senapang sedutan, atau jenis senjata lain yang berkemungkinan berbahaya kepada hidupan akuatik sama ada tumbuhan dan haiwan atau struktur terumbu karang. Akta ini juga melarang penggunaan apa jua senjata dari luar batas taman laut atau rizab laut dan ditujukan atau diarahkan ke hala taman laut atau rizab laut. Seksyen 44 jelas menekankan bahawa larangan-larangan penangkapan ikan yang dikenakan kepada nelayan-nelayan supaya tidak menggunakan senjata-senjata yang bahaya yang akan menjejaskan hidupan laut yang lain. Namun, akta tersebut tidak dihirau oleh nelayan-nelayan. Nelayan bukan sahaja bertindak melanggari undang-undang, mereka juga mengganggu kesejahteraan hidupan marin yang lain dan juga mangsa-mangsa lain, termasuklah pelancong yang hendak menikmati keindahan pandangan terumbu karang dan juga nelayan-nelayan lain yang mempunyai lesen untuk menangkap ikan. Mengaitkan balik kegiatan pengeboman ikan dengan etika deontologi, kegiatan pengeboman ikan memang tidak mempunyai nilai moral dan tidak bermanfaat kepada sesiapa pun. Nelayan-nelayan dalam isu ini, tidak berniat baik(berdasarkan prinsip moral) telah melanggari hukum deontologi kerana mereka tidak memegang kewajiban untuk mematuhi undang-undang dan prinsip moral. Niat yang jahat mempengaruhi seseorang itu bertindak kejam dan secara tidak bermoral.
Tegasnya, kewujudan Akta-akta dan Undang-undang adalah berperanan menegakkan keadilan dan membanteras jenayah. Akta-akta yang digubal bertujuan melahirkan kepatuhan terhadap undang-undang dalam kalangan masyarakat, setiap orang harus memikirkan sama ada tindakan mereka melanggari undang-undang ataupun tidak. Dengan itu, kelakuan yang berhemah dan berniat baik akan dipupukan.  Manusia yang mempunyai motif yang baik dan sentiasa berpegang terhadap prinsip moral sahaja yang akan melakukan tindakan yang baik.
Pihak berkuasa sentiasa melaksanakan kewajiban mereka untuk meronda dan mengambil tindakan undang-undang untuk menangani masalah pengeboman ikan. Dari sudut pihak berkuasa, mereka memegang kuat terhadap prinsip deontologi juga kerana mereka mengambil tindakan undang-undang seperti hukuman yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada nelayan-nelayan yang melanggari undang-undang merupakan satu bentuk kewajiban mereka terhadap tugas mereka. Pihak berkuasa yang sentiasa memegang konsep deontologi akan sentiasa berobligasi dalam membuat rondaan supaya ketenteraman laut sentiasa terjamin. Motif dan tujuan pihak berkuasa dalam konteks ini adalah memenuhi etika deontologi kerana motif yang betul memberi kebaikan sejagat.
Walaubagaimanapun, etika deontologi ini lebih melencong kepada tindakan yang betul berdasarkan nilai moral yang dapat disetujui oleh masyarakat. Hakikatnya, bukan semua tindakan yang kita lakukan harus mempertimbangkan nilai moral tanpa memikirkan akibatnya. Misalnya,  nelayan yang meletup ikan mungkin sedar bahawa tindakan mereka ini adalah salah di sisi undang-undang, tetapi demi meneruskan hidup, mereka terpaksa juga menangkap ikan, cuma cara mereka mendapatkan ikan adalah perbuatan yang kejam dan salah. Mengikut etika deontologi, niat nelayan yang menangkap ikan bagi menyara hidup keluarganya adalah bermoral tetapi tindakan mereka tidak bermoral, tetapi, jika mengikut etika teleologi, perbuatan mereka ini adalah baik kepada mereka sesama sendiri. Selain itu, mungkin juga nelayan-nelayan yang melakukan tindakan ini akan sentiasa tertanya-tanya, “apa faedah mereka akan dapat jika mereka mematuhi undang-undang?” atau “Jika saya mematuhi undang-undang dan menangkap ikan dengan menggunakan cara yang tradisional, bolehkah saya menyara hidup sekeluarga saya?”. Dalam persoalan ini, wujudnya konflik antara tindakan yang betul dan salah, atau yang patut dan tidak patut, tindakan yang dilakukan seharusnya berdasarkan etika teleologi atau deontologi. Pada perenggan seterusnya, kita akan merumuskan dan membuat keputusan kita untuk menyokong isu pengeboman ikan adalah berada dalam teori teleologi atau teori deontologi.



6.0  KESIMPULAN


  Secara ringkasnya, perbuatan mengebom ikan yang dilakukan oleh nelayan-nelayan di sekitar lautan Semporna, Sabah, tidak dikira betul ataupun salah sekiranya tiada wujudnya undang-undang. Ini disebabkan teori teleologi yang menekankan kebaikan sejagat sesuatu tindakan, iaitu kebaikan yang boleh dibawa kepada kebanyakkan orang adalah lebih daripada kesengsaraan yang diberikan kepada minoriti. Jika isu ini dinilai mengikut teori teleologikal, dalam sudut pandangan nelayan-nelayan ini, mereka bertindak baik kerana mereka memang mendapatkan habuan besar daripada tindakan tersebut. Tindakan ini memang membawa manfaat kepada mereka sendiri. Namun, perkara ini dari segi deontologikal, adalah tidak baik dilakukan kerana pelakuan ini telah menguggat dan mengancam keselamatan, kesejahteraan, dan kedudukan orang lain seperti nelayan yang lain(mempunyai lessen dan menangkap ikan secara tradisional) dan juga mengecewakan pelancong-pelancong yang datang berhasrat untuk melihat keindahan laut dan terumbu karang. Kegiatan pengeboman ikan hanya memberi sikit manfaat kepada kumpulan kecil dan mengancam keperluan dan kesejahteraan majoriti manusia dan alam sekitar. Jadi, dalam isu pengeboman ikan ini, perbuatan nelayan ini dikatakan bersifat teleologikal.
Beralih kepada teori deontological pula, melihat dari sudut pandangan nelayan-nelayan yang melakukan tindakan ini, mereka yang ingin menyara hidup keluarganya dikira mempunyai niat yang baik, tetapi mereka telah mengabaikan dan mengguggat keselamatan dan kesejahteraan orang lain dan juga ketenangan alam sekitar. Hal ini bercanggah dengan penekanan dalam teori deontologi yang sentiasa mementingkan motif yang betul/baik dan sentiasa mematuhi prinsip moral sebagai kewajiban sejagat/semua. Oleh itu, tindakan ini tidak memenuhi syarat-syarat teori deontologi. Nelayan-nelayan dalam konteks ini boleh diandaikan sebagai agent teleologi kerana mereka tidak menunjukkan sebarang motif yang baik dan juga mematuhi undang-undang. Sebaliknya, dengan melihat tugas-tugas yang dilakukan oleh pihak berkuasa pula, mereka telah memenuhi syarat-syarat deontologi, pihak berkuasa memegang obligasi untuk melaksanakan tindakan undang-undang terhadap nelayan-nelayan yang bersalah. Tujuan mereka adalah menegak keadilan bagi mangsa-mangsa yang terlibat. Dengan kewujudan undang-undang, misalnya Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Perikanan 1985, dapat melindungi nelayan-nelayan yang lain (berlesen), dan juga menjaga keselamatan masyarakat yang tinggal berhampiran. Dalam konteks ini, pihak berkuasa dan pengubalan undang-undang merupakan

agen yang bersifat deontologi kerana tindakan dan tujuan mereka adalah betul dan disetujui oleh masyarakat. Mereka berhak mengambil tindakan undang-undang seperti menahan atau menggari mereka(nelayan) yang disyaki memiliki, menggunakan, dan menjualkan bahan letupan.
  Kesimpulannya, dalam kajian kita yang mengenai isu pengeboman ikan ini, kita lebih menyokong dan setuju dengan teori deontologi yang lebih sesuai diaplikasikan. Dalam situasi ini, perkara ini amat jelas menunjukkan bahawa kewujudan undang-undang dan pihak berkuasa adalah sangat penting dalam membantu masyarakat menangani masalah jenayah atau ketidaktenteraman yang berlaku di dalam masyarakat. Setiap individu haruslah memikirkan kepentingan sejagat dan prinsip moral sebelum bertindak. Etika Deontologi membantu kita mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya, dan melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama. Keikhlasan hati seseorang itu mempengaruhi mereka bertindak baik. Dengan itu, kes-kes jenayah akan berkurangan. Dalam perbincangan ini, teori teleologi tidak salah tetapi teori ini amat bahaya kerana jika seseorang sentiasa memikirkan kesan yang baik sahaja tanpa memikirkan prinsip moral sebelum bertindak, akhirnya perkara yang mereka lakukan berkemungkinan besar mengandungi unsur-unsur berbahaya. Banyak alasan akan diberikan jika kelakuan seseorang itu disalahkan kerana mereka boleh melakukan apa sahaja yang bermanfaat bagi mereka.
7.0 LAMPIRAN:
           
Gambar:  Aktiviti bom ikan yang dilakukan diperairan semporna dilakukan oleh segelintir nelayan yang tak bertangungjawab dan mempunyai pengetauan rendah tentang alam sekitar




  8.0 RUJUKAN
1. Bennett, J.,  “Morality and Consequences”, in The   Tanner Lectures   on Human Values, Vol. 2, S. McMurrin, (ed.), Cambridge: Cambridge University Press.1991.
2. Finnis, J., Natural Law and Natural Rights. Oxford, 1980.
3. Graham Gordon., Eight Theories of Ethics. New York: Routledge/Taylor and Francis Group, 2004.
4. Keller.David R., Environmental Ethics: The Big Questions. United Kingdom: Wiley-Blackwell,  2010.
5. Nicholas Low., Global Ethics and Environment. New York: Routledge/Taylor and Francis Group, 1999.

Sumber laman web:
 1.AKTA PERIKANAN 1985(AKTA 317). Retrieved   from http://www.fishdept.sabah.gov.my/download/akta_perikanan.pdf
2. Alexander, L Moore M. (2007).Stanford Encyclopedia of Philosophy. Retrieved at 1st Nov 2011, from http://plato.stanford.edu/entries/ethics-deontological/
3. Garth Kemerling., The Philosophy Pages. Retrived at 1st Nov 2011,at http://www.philosophypages.com/referral/contact.htm
4. Undang-Undang Malaysia. Akta 613. Seksyen 3. Jadual Kedua. Akta Bahan Letupan 1957 . Akta 207. Seksyen 7.