Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 19 Oktober 2012

PERJANJIAN PERAK DAN BELANDA


                                                            THE DUTCH AND PERAK
                                      Company and the next sultan of Perak, Muhammad or Mahmud shah.
                                            “Governor- General Petrus Albertus Van Der Parra”
                                                               October 17, 1765
Contract between the Dutch East India Company and Paduca Sri Sultan Muhammad Shah, King of Perak.

1.       An upright, true and everlasting confidence and friendship shall subsist between the contracting parties
2.       The King promise to deliver all the tin which his country produces exclusively to to the company.
3.       At the rate of C. 36 ½ or Spanish Dollars 11 1/3  lbs. per 125 lbs., or per bahar of 375 lbs. Spanish Dollars 34.
4.       The king promises to deliver the tin at the company’s factory where the same as well as what his subjects supply shall be weighed with the company’s scales and never to deviate from the rule.
5.       The king promises to take proper measures to prevent the smuggling of tin and interdict the exportation of the same, on pain of forfeiting vessel and cargo
6.       If any person were detected to export tin clandestinely, his vessal and cargo shall be confiscated and the produce be divided between the king and the company
7.       All vessels departing, those of the king and chiefs not excepted, shall touch at the factory and be visited there.
8.       If the crew of a foreign vessel were to commit hostile actions durin the visitation, the king and his subjects shall purse and seize the same and deliver them over to the company’s resident
9.       All European deserters shall be deserters shall be delivevered over to the residents and not be permitted to adopt the Muhammad religion
10.    The king promise to assist the dutch garrison on all occasions and not permit the equipment of pirate vessels
11.    The company engages to punish her servant and subjects who should couse any loss to his highness
12.    The king and company promise strictly to fulfill all the articles of this contract
13.    The king finally promise to publish the tenor of this contract throughtout his dominions

                                     signed, sealed in the kingdom of perak,
                                      in the island inderasakti, by a dutch commissioner and
                                      serveral deputies of his highness.

BARAT


Buatkan perbandingan antara pemikiran sejarah st Augustine dan Voltaire dalam pensejarahan,
RAZIS KAMARUDIN (  AEE  110048  )

PENGENALAN
       St Augustine dan Voltaire merupakan dua tokoh pemikir sejarah yang terkenal pada era zaman yang berbeza.  St Augustine (354-420 M) dilihat sebagai tokoh agama kristian di sebabkan oleh karya yang dihasilkan olehnya. Dua karya terkenal beliau ialah confessions, yang mengisahkan tentang sebuah panduan hidup bagi kaum kritian dan kedua adalah De Civitas Dei( the city of god) amnya berbentuk keagamaan kerana untuk mempertahankan agama kristian dari cabaran golongan pagan. Penulisan beliau berasaskan keagamaan iaitu kitab injil(bible)
      Manakalah Voltaire pula adalah seorang pemikir sejarah yang lahir pada era moden  pada abad ke 17 (1691-1778) masihi. Nama sebenar adalah francois marearouet.  Karya beliau lebih spasifik dan  kerana tujuan utama menulis adalah untuk kebebasan pemikiran rakyat untuk perbaiki hidup untuk lebih maju. Dua karya terkenal beliau iaitu Louis XIV(1751) dan Essey on manners and the spirit of the nation(1756).

PERBANDINGAN ST AGUSTINE DAN VOLTAIRE.
PENSEJARAHAN ST AUGUSTINE
1.      The Confessions
ü    Mempunyai 13 jilid.  Jilid 1-9 mengisahkan riwayat hidupnya, manakala jilid 10-13 mengisahkan persoalan agama.
ü  Mengisahkan perjalanan hidupnya yang bergelombang dengan perubahan pegangan agama, peringkat awal mengamalkan pegangan f. cicero à fahaman Manichaean(10 thn) à skeptic à platinus àkristian selepas berjumpa st ambrose
ü  Menjadi biskop selama 35 thn di Hippo, afrika
ü  Penulisan bukanlah sejarah semata2-mata, karya-karya tentang agama
ü  Penulisan karya ini juga merujuk kepada permasalahan dalam mencari agama yang sebenar dapat dilihat melalui perubahan-perubahan agama yang dianuti oleh st Augustine
ü  Keseluruhanya mengisahkan riwayat st Augustine dan pengakhiran dengan penganutan agama kristian
2.       The City of god
ü   Mempertahankan agama kristian dari tuduhan pagan, kerana ia menjadi punca kejatuhan rom
ü  Karya ini bukan semata-mata karya teologi, tetapi falsafah sejarah dan politik.
ü  Mempersoalkan manusia yang menghadapi 2 jenis kecintaan iaitu cinta kepada tuhan (kota tuhan) dan cinta kepada kuasa(kota dunia)
ü  Gereja sebagai kota tuhan, manakala empayar rom contoh kota dunia
ü  Bersumberkan kitab bible dalam penulisan
ü  bagi st Augustine intitusi gereja merujuk kepada kerajaan tuhan dan institusi kerajaan adalah kota dunia.
ü  Isi kandungan penulisan beliau bukan sahaja mengandungi unsur sejarah tetapi merujuk juga kepada falsafah sejarah
ü  Pensejarah beliau berdasarkan kitab bible, oleh itu beliau melihat sejarah manusia dalam beberapa tahap iaitu 2 tahap dan 3 tahap. 2 tahap merujuk kepada sejarah manusia  sebelum kewujudan nabi Isa A.S. dan selepas kelahiran Nabi Isa sendiri. 3 tahap adalah pembahagian keadaan manusia iaitu muda,dewasa dan tua.
ü  Penulisan karya ini adalah untuk mengukuhkan keimanan, jadi pensejarahan st Augustine banyak berkisarkan tentang agama kristian.
ü  Keseluruhanya penulisan beliau lebih bersifat apologis yakni kebenaran hanya boleh di terangkan dan tak boleh dipersoalkan
ü   
VOLTAIRE
1.      The Age of Louis XIV 1751
ü  Mengkaji tentang politik dan kegiatan kerajaan, diplomasi, dan sosiobudaya tentang perkembangan social dan budaya serta sains yang membawa kepada zaman keemasan.
ü  Memperjuangkan kebebasan dan mengkritik intitusi gereja
ü  Kebebasan pemikiran masyarakat supaya dapat memperbaiki kehidupan yang lebih maju.
ü  Pemikiran beliau berdasarkan kebenaran yang disokong oleh bukti sesuatu peristiwa dan beliau menggangap jika ada fakta tampa bukti maka ia hanya khayalan penulisan sahaja.
ü  Dalam penulisan karya ini, Voltaire menyatakan bahawa dalam sejarah dunia hanya terdapat 4 zaman berihsan iaitu zaman yunani purba(sains dan kesusasteraan), rumawi(ceaser dan agustus), zaman pembaharuan dan zaman Louis XIV.
ü  Melihat masyarakat lalu  dan memaparkan kepada generasi akan datang.
2.      Esseys on the customs and spirit of nations
ü  Penulisan lebih bersikap terbuka yakni penceritaan bukan sahaja sekitar laut tengah tetapi meliputi asia tengara, china, india dan dll. 
ü  Bersifat secular yakni penulisan beliau  meliputi aspek masa, persekitaran, dan logic akal.
ü  Tidak pentingkan bangsa dan agama, melihat sejarah eropah secara keseluruhanya dan menolak nasionalisme dan kerangka kristian
ü  Sifat manusia ditentukan melalui interaksi antara pelbagai factor seperti iklim, kesuburan tanah crak kerajaan dan lain2
ü  Penekaan kepada sejarah social seperti penulisan sejarah diplomatic dan ketenteraan
ü  Meneliti kelemahan pensejarahan silam yang berkonsepkan mitos, dongeng dan kepahlawanan
ü  Membuat perubahan dan memperkenalkan pendekatan baru dalam histografi termasuk mengunakan kaedah metadologi dalam pensejarahan.
ü   penulisan beliau jga adalah untuk mencela dan menafikan falsafah sejarah st Augustine
PENUTUP
  Jelas menunjukan kepada kita perbandingan 2 tokoh pemikir sejarah iaitu st Augustine dan Voltaire.  Walaupun mempunyai perbandingan yang jelas, namun pengaruh kedua-dua tokoh ini dapat dilihat pada era zaman masing-masing.  Keadaan ini memperlihatkan kepada kita perubahan-perubahan dalam pola pensejarahan itu sendiri yang banyak dipengaruhi oleh waktu dan situasi zaman.  

KAEDAH DAN TEORI SEJARAH


RAZIS KAMARUDIN (AEE 110048)
PENGENALAN.

           St Augustine dan Voltaire merupakan tokoh yang terkenal dalam mencorakkan pensejarahan tamadun barat.  Walau bagaimanapun penghasilan karya oleh kedua tokoh ini sangatlah berbeza termasuklah dari sudut  pemikiran, motif, ilham, dan  persoalan pemikiran pensejarahan.
          Nama sebenar St Augustine ialah Aurelius Augustinus  dilahirkan pada 354 masihi di Thagaste, Afrika Utara.[1]   Dari tahun 413 sehingga 426 beliau telah menghasilkan karya pensejarahan ini di saat Empayar Rom mengalami kemerosotan.    Empayar Rom mengalami kejatuhan akibat daripada serangan kaum Goth dari Jerman.[2]   Oleh itu beliau menghasilkan karya yang berunsurkan keagamaan untuk menerangkan mengenai kejatuhan empayar Rom bukanlah di sebabkan oleh agama kristian.  Dua karya penulisan beliau adalah The Confessions dan The City Of God.    Motif menghasilkan penulisan ini bukanlah tentang sejarah tetapi menulis karya untuk mempertahankan agama kritian dari cabaran-cabaran ketika itu, yakni tuduhan terhadap agama kristian yang menjadi faktor kejatuhan empayar rom. 
       Voltaire pula adalah seorang sejarawan yang berasal dari Paris, Perancis.  Nama sebenar beliau adalah Francois Mariearouef yang lahir pada tahun 1691 masihi.    Penulisan beliau sangatlah berbeza dengan penulisan St Augustine kerana penulisan beliau lebih bersifat secular dan berobjektif.   Dua karya penulisan beliau ialah The Age of Louis XIV yang dihasilkan pada tahun 1751 dan Essays On Manners and the Spirit of Nation pada tahun 1756 M.  Penulisan beliau menjadi rujukan masyarakat untuk menentang golongan gereja dan pemerintahan Negara-negara di eropah terutamanya perancis.  

ST AUGUSTINE
SUDUT PENSEJARAHAN MELALUI THE CONFOSSIONS DAN THE CITY OF GOD.

THE CONFESSIONS
     Penulisan karya confessions mempunyai ciri-ciri penulisan karya pensejarahan   Melalui karya ini yang memperihalkan kisah hidup St Augustine sendiri.[3]  Karya confessions mempunyai 13 jilid utama,yang boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu  jilid pertama sehingga jilid ke Sembilan memperihalkan riwayat hidup beliau sendiri.  Manakaa jilid ke 10 hingga 13 memperihalkan mengenai agama kristian.[4]  
    Dalam bahagian pertama St Augustine menulis riwayat hidup beliau sendiri sebelum masuk agama kristian.  Antara catatan yang beliau masukan termasuklah asal usul beliau,  termasuk latar belakang keluarganya.  Dalam penulisan ini beliau menyatakan bahawa ibu beliau bernama Monica seorang yang beragama kristian dan seorang yang alim,  manakala ayahnya pula bernama Patricius yang mengamalkan agama pagan.[5]   
    Seterusnya beliau menulis mengenai perubahan demi perubahan dalam pegangan kepercayaan beliau.  Pada peringkat awalnya beliau seorang yang mengamalkan falsafah Cicero,  walaupun begitu beliau mengatakan bahawa membaca kitab-kitab kristian suatu perkara yang memboringkan.[6]    Selepas ini beliau meninggalkan agama Cicero lalu mengamalkan fahaman agama Manichaean iaitu gabungan Mazda, Buddha, Kristian dan Ghostic selama 10 tahun dan setelah tu beliau menjadi seorang Skeptis.[7]   Selepas itu pengisahan hidup St Augustine adalah melalui penghijrahanya  ke Rom, di situ beliau mula tetarik dengan fahaman Platinus ataupun Neo-Platonisme.[8]   Namun apabila beliau berhijrah lagi dari Rom ke Milan, beliau telah bertemu St Ambrose yakni seorang Biskop Milan.  Di Milan St Augustine telah belajar dan baptize(pasrah) untuk mempelajari ajaran kristian.   Selapas sahaja mempelajari ajaran kristian di Milan, beliau telah dilantik sebagai Biskop di Hippo, Afrika selama 35 tahun.[9]
THE CITY OF GOD.
    Karya The City Of God mengandungi 22 jilid dan merupakan karya yang berunsurkan keagamaan.[10]   Sebagai satu karya agama maka karya ini ditulis untuk tujuan mempertahankan agama kristian dari kritikan pengamal Pagan yang menuduh agama kristian adalah factor membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan Empayar Rom.[11]   Penulisan karya ini bukan sahaja berunsurkan teologi, tetapi berunsurkan falsafah sejarah dan politik.
   Secara keseluruhan penulisan karya the city of god adalah mengupas tentang persoalan manusia yang menghadapi dua unsur kecintaan iaitu cinta kepada Tuhan yang dikenali sebagai Kota Tuhan dan kedua adalah cinta kepada kuasa yakni Kota Dunia.[12]   Perkara ini melambangkan perkara mistik tentang nilai baik-buruk di kalangan manusia dan malaikat.   Kota Tuhan dalam pengkaryaan St Augustine merujuk kepada institusi gereja.  Manakala Kota Dunia pula St Augustine merujuk kepada pembentukan tamadun manusia, contoh Kota Dunia dalam penulisan beliau adalah Empayar Rom sendiri.
   Menurut St Augustine sejarah manusia adalah memperjuangkan antara dua kerajaan tersebut sama ada kerajaan tuhan ataupun kerajaan dunia. 
 
    VOLTAIRE
THE AGE LOUIS XIV DAN THE MANNER S AND THE SPIRIT OF NATIONS.

       Manakala Voltaire dalam penulisanya  bertajuk The Age Lious XIV  yang ditulis pada tahun 1751 M mempunyai beberapa motif, antaranya adalah untuk membebaskan pemikiran masyarkat supaya dapat memperbaiki kehidupan yang lebih maju.    Beliau turut melihat  sejarah dunia dari beberapa sudut antaranya adalah sosialpolitik.[13]     Pemikiran beliau sangat bercanggah dengan pemikiran st Augustine kerana penulisan beliau bukan sahaja mengkaji tentang politik dalam kegiatan kerajan, tetapi juga melihat dari sudut kegiatan kerajaan, diplomasi dan peperangan.[14]    Beliau bukan sahaja tidak memandang sejarah secara sempit, tetapi juga ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia yang menjadi pemisah corak dengan pensejarahan sebelum.    Penulisan dalam dua karya pensejarahan ini adalaeh lebih bersifat saintifik dan logik akal seperti mana dalam karya the manners and the spirit of nation beliau mengunakan kaedah secular iaitu penulisan melibatkan aspek masa, persekitaran dan juga logic akal.  Perkara ini menyebabkan penulisan dalam karya Voltaire menolak sekeras-kerasnya penulisan fakta yang berunsurkan mitos dan lagenda kerana tidak disokong dengan bukti yang kukuh.  Melalui perubahan ini penulisan karya-karya beliau mula mengunakan kaedah metadologi, pendekatan histografi dalam pensejarahan[15]

PERBANDINGAN DARI SUDUT IDEA DAN CIRI-CIRI PEMIKIRAN.

       Perbandingan dua tokoh pemikir sejarah st Augustine dan Voltaire dapat dihuraikan melalui sudut idea pemikiran mereka.   Bagi st Augustine idea pemikiran dalam pensejarahan banyak dipengaruhi oleh kefahaman agama yang dipelajari oleh beliau sendiri.   Beliau telah menganuti dan memperlajari pelbagai ilmu keagamaan sebelum menganuti agama kristian, yakni sebelumnya belum telah mempelajari falsafah Cicaro, Manichaean, skeptic, dan platonisme.[16]  Perkara ini menyebabkan idea pemikiran dalam pensejaran beliau banyak tertumpu dalam bidang keagamaan sebagai contoh dalam penulisan the confesassion, beliau banyak mengisahkan perjalanan dan riwayat hidup beliau yang sedang mencari kebenaran dalam beragama.  Perkara ini jelas mengambarkan bahawa idea penulisan itu muncul dari persoalan agama.    
     Selain itu dalam penulisan buku beliau yang bertajuk the city of god juga adalah satu lagi idea pensejarah yang muncul disebabkan oleh agama kristian itu sendiri.   Kerana kita rujuk secara keseluruhanya idea penulisan buku tersebut adalah muncul dari persoalan agama kerana buku tersebut adalah satu penyataan penafian tuduhan oleh agama pagan terhadap agama kristian yang telah dituduh sebagai penyebab kepada keruntuhan empayar Rom.[17]    Sehubungan dengan itu juga idea penulisan the city og god adalah satu idea untuk menjadi rujukan kepada manusia dalam kehidupan seharian.  Dalam pengisahan penulisan tersebut mengambarkan manusia yang dalam lingkungan dua alam yakni kota tuhan dan kota dunia.   Idea st Augustine dalam kota tuhan adalah merujuk kepada intitusi agama, yakni mereka yang mengamalkan dan mengikuti suruhan agama seperti mana terdapat dalam kitab injil maka mereka akan hidup di kota tuhan.  Manakala mereka yang mempersoalkan dan meragui suruan dalam kitab injil maka mereka akan hidup dalam kota dunia dan akan menerima siksaan di akhirat.  Perkara ini menunjukan bagaimana idea penulisan pensejarah st Augustine itu dipengaruhi oleh agama kristian.
   Berbanding dengan idea pemikiran pensejarah Voltaire.   Idea pensejarah Voltaire libih berfikiran secara moden dan secular.[18]  Perkembangan zaman renaisans menyebabkan Voltaire terdedah dengan perubahan yang dialami oleh eropah ketika itu.    Beliau menyatakan bahawa manusia itu banyak dipengaruhi oleh interaksi pelbagai factor antaranya adalah iklim, kesuburan tanah dan corak pentadbiran kerajaan termasuk kegiatan kerajaan, diplomasi dan peperangan.[19]   Perkara ini mengambarkan idea pensejarahan beliau adalah factor persekitaran ketika itu di eropah.   Selain itu idea pensejarah beliau juga turut dipengaruhi oleh corak kehidupan yang dialami oleh beliau,  di mana beliau telah menerima idea akibat daripada pergaulan dengan golongan cendikiawan seperti Francis          Bacon, Isaac Newton, dan William Shakespears.[20]   Hal ini menyebabakan idea pensejarahanya bersifat secular dan menentang intitusi gereja kerana menganggap kekangan gereja terhadap mesyarakat eropah ketika itu menyebabkan tiada kemajuan dalam hidup.  Hal ini menyebabkan tercetusnya idea penentangan terhadap gereja melalui perjuangan beliau dalam kebebasan beragama dan kebebasan setiap individu.

PERBANDINGAN TEMA DAN PERSOALAN PEMIKIRAN.
     Merujuk kepada tema dan persoalan dalam pensejaran st Augustine tema dan persoalan pensejarah adalah berkonsepkan Teologi yakni bersifat ketuhanan seperti mana dalam karya penulisan beliau dalam the confesassion dan the city of god.    Tema dan persoalan dalam penulisan tersebut adalah tentang takdir agama kristian adalah agama tuhan.   Beliau menganggap mempersoalkan kitab bible adalah satu kesalahan yang besar yang akan menerima hukan dalam neraka bersama iblis yang telah menderhaka kepada tuhan.    Persoalan penulisan beliau juga adalah untuk menerangkan kebenaran agama kristian dari tuduhan dari agama pagan sebagai contoh the city of god penulisanya adalah satu persoalan tentang dua pilihan manusia sama ada hidup dalam kota tuhan ataupun hidup dalam kota dunia.[21]
   Manakala Voltaire pula tema dan persoalan dalam pensejarahan beliau adalah lebih bersifat sejagat kerana tidak mengutama mana-mana kepentingan bangsa ataupun agama seperti dalam penulisan karya beliau yang bertajuk essay on the costum and the spirit of nation.  Dalam penulisan tersebut tema dan persoalan adalah persoalan terhadap penulisan sebelumnya yang bersifat mitos dan lagenda.[22]  Kerana tema dan persoalan utama pensejarahan beliau adalah bersifat logic dan saintifik yakni sesuatu yang berlaku itu haruslah mempunyai fakta dan seterusnya diakui dengan bukti-bukti yang sahih untuk mengukuhkan fakta tersebut.  Hal ini menyebabakan Voltaire menentang dan mengkritik intitusi gereja yang dianggap tidak logic kerana penulisan oleh paderi-paderi tidak boleh dipersoalan dan tidak boleh dikritik.[23]

PERBANDINGAN DARI SUDUT KONSEP PENULISAN.
     St Augustine dalam pemikiran pensejarahan beliau konsep yang beliau gunakan adalah ketuhanan dan kerohanian.  Perkara ini disebabkan oleh sumber dan rujukan utama adalah kitab bible ataupun kitab injil.   Hal ini menyebabkan konsep penulisan dalam penulisan karya the confession dan the city of god adalah berkonsepkan keagamaan sebagai contoh dalam the confession penulisan beliau berkonsepkan keagamaan melalui pengakhiran beliau sebagai seorang biskop di Hippo.  Manakala dalam karya the city of god pula mengunakan konsep sejarah manusia dalam beberapa tahap iaitu dua tahap dan tiga tahap.  Dalam dua tahap adalah sejarah manusia sebelum dan selepas kematian nabi Isa as dan tiga tahap pula adalah pembahagian tahap manusia iaitu muda, dewasa dan tua.  Semua ini adalah berkonsepkan keagamaan seperti mana terdapat dalam kitab injil.[24]
     Manakala konsep penulisan pensejarahan Voltaire pula lebih menumpukan kepada konsep secular dan bersifat objektif.   Dalam karya beliau konsep penulisan adalah bersifat secular dan bersifat objektif.   Perkara ini menyebabakan skop penulisanya bukan sahaja berkisar di laut mendeteranean tetapi juga meliputi benua-benua lain seperti china dan india.  Selain itu konsep penulisan beliau juga lebih bersifat objektif apabila pendapat beliau menyatakan penulisan karya sangat penting untuk rujukan generasi akan datang seperti mana dalam karya the age of Louis xiv yang menyatakan sejarah Eropah dari empat nilai yang berharga.[25]    Perkara ini menyebabkan bukti dalam sesuatu perisstiwa adalah sangat penting dalam mengutarakan sesuatu isu,  hal ini menyebabkan konsep pensejarahan Voltaire menolak secara keras sumber ketuhanan seperti wahyu dalam petikan bible sebagai bukti pensejarahan.[26]

PERBANDINGAN ILHAM PENULISAN.
       Manakala dari sudut ilham penulisan pensejaran pula,  st Augustine memperolehi ilham dalam penulisan beliua adalah keadaan hidup yang dihadapi oleh beliau.  Sepanjang riwayat hidup beliau banyak ilham datang dari perubahan-perubahan hidup yang dijalankan oleh beliau sebagai contoh dalam penulisan the confession st Augustine mendapat ilham penulisan melalui perubahan-perubahan agama yang dianutinya sebelum berpegang teguh dengan agama kristian.  Selain itu beliau bertajuk the city of god  mendapat ilham daripada perpecahan masyarakat akibat daripada kejatuhan empayar rom.[27]  Masyarakat yang percaya kepada dewa-dewi mula mempersalahkan mereka yang menganut agama kriatian kerana tidak menyembah dewa-dewi yang disembah oleh orang Rom sebelum kedatangan agama kristian.[28]  Hal ini menyebabkan  ilham beliau adalah untuk menyatakan kebenaran agama kristian bukan penyebab kejatuhan empayar rom kerana dalam buku the city of god beliau menjelaskan kejatuhan empayar rom sudah di takdirkan oleh tuhan dan mereka mesti menerima hakikat itu. [29]
    Berbanding dengan Voltaire, ilham penulisan beliau berdasarkan pengalaman yang beliau hadapi.  Sepanjang riwayatnya,  beliau pernah menghadapi tuduhan tampa pembicaraan yang adil sehingga beliau telah dibuang negeri ke England.    Sepanjang beliau berada di England menyebabkan beliau dapat membandingkan keadaan di perancins dan England yang terlalu jelas perbezaan.   Di England beliau telah mengamati struktur kehakiman dan pentadbiran yang berbeza terutamannya isu-isu kebebasan manusia dari segi toleransi agama dan demakrasi.    Sehubungan dengan itu, ilham penulisan beliau juga berpunca daripada penelitian terhadap kelemahan karya pensejarahan lama yang banyak mengisahkan tentang metos dan lagenda.   Beliau mula mengkaji kelemahan pensejarahan awal dan memperkenalkan kaedah baru dalam pensejarahan sebagai contoh dalam karya essay on the customs and the spirit of nation, beliau telah mengunakan histografi dan metodologi untuk menolak unsur mitos dalam pensejarahan dan seterusnya beliau dianggap sebagai pensejarahan moden kerana mula mengunakan kaedah histografi dan mitodologi dalam pensejarahan.[30]

PERBANDINGAN DARI SEGI MOTIF PENULISAN.
     Bagi st Augustine  motif penulisan utama adalah untuk agama kristian.   Dalam penulisan karya utama beliau, segala pokok persoalan adalah berdasarkan permasalah keagamaan sebagai contoh dalam the confission motif penulisan adalah mengambarkan permasalah dalam mencari agama sebenar iaitu satu proses memcari pegangan agama yang sebenar.[31] Sepanjang riwayat beliau telah menganut pelbagai jenis agama dan akhirnya beliau berpegang dengan agama kristian sehingga terkenal pada hari ini.   Dalam karya the city of god motif utama penulisan juga adalah mempertahankan agama kristian dari tuduhan masyarakat yang menganut agama pagan yang menuduh agama kristian menjadi punca kejatuhan empayar Rom.[32]  
      Manakala motif penulisan Voltaire pula adalah untuk kebebesan masyarakat dari terikat dari intitusi gereja.  Hal ini mengambarkan kepada kita bahawa motif penulisan beliau adalah menentang dan mempersoalkan institusi gereja melalui beberapa tuduhan seperti menyatakan bahawa gereja telah mengonkong masyarakat eropah pada zaman gelap yang mengakibatkan kemunduran hampir seribu tahun dialami oleh mereka.[33]  Perkara ini jelas menunjukan perjuangan bermatia-matian untuk membebaskan psikologi masyarakat eropah dari belengu agama kristian sehinggakan Voltaire sendiri telah melambangkan perjuangan dengan cogan kata  “ hancurkan perkara yang hina ini”.[34]   Hakikatnya semua ini adalah untuk menentang golongan gereja terutamanya paderi-paderi yang banyak menulis karya untuk mempertahankan kedudukan mereka.


PENUTUP

   Secara keseluruhanya,  dapat kita mentafsirkan perbandingan pemikir sejarah st Augustine dan Voltaire adalah sangat berbeza.   Perbezaan penulisan pensejarahan ini secara tidak lansungnya adalah berkitar berdasarkan kronologi masa dan waktu yang sentiasa mengalami perubahan terhadap corak kehidupan manusia.    walaupun perbezaan yang sangat jelas, namun kedua-dua tokoh ini sangatlah berpengaruh kepada masyarakat eropah pada era masing-masing.   Pada era zaman pertengahan menunjukan kepada kita pengaruh st Augustine yang sangat popiler dan setelah era moden berlaku di eropah pengaruh pemikiran beralih pula kepada Voltaire.  Hal ini menunjukan bahawa  perbandingan antara dua tokoh utama ini dari pelbagai sudut termasuk dari segi motif, ilham, konsep dan ciri penulisan yang sangat berbeza.   Melalui perbezaan ini kita dapat mentafsirkan perubahan pemikiran pensejarahan sehingga kini.

 JABATAN SEJARAH 
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR


 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah. Wacana Falsafah Sejarah Dari Perspektif Barat Dan Timur.  Utusan Publication & Disribucation SDN BHD, 2000.

Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayidin Yahya.  Sejarawan Dan Pensejarahan, Ketokohan  Dan Karya.  Dewan Bahasa Dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia, kuala lumpur 1988.


J.W. C. Wand.  St Augustine’s The City Of God. Oxford University Press, London 1963.


R.A Markus,  Seaculum: History And Society In The Theology Of St Augustine. Cambridge At The University Press, 1970.


Jacobs Eva,  Voltaire Zaire. Hodder and Stoughton, London 1973.

Russell Bertrand,  Sejarah Falsafah Barat.  Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur 1993.


Muhd. Yusof Ibrahim, Aspek Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, kuala lumpur 1991.




[1] Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. Sejarahwan Dan Pensejarahan, ketokohan dan karya. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala lumpur, 1988. Hlm 91-92.
[2] Ibid. hlm 27.
[3] Ibid. hlm 94
[4] Ibid.
[5] Ibid. 94-95
[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Utusan Publications And Distributors, 2000. Hlm 21.
[7] Ibid.
[8] Ibid.
[9] Ibid.
[10] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Kementerian Pendidikan Malaysia, kuala lumpur, 1991. Hlm 30.
[11] Ibid hlm 22.
[12] Ibid.
[13] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Hlm 103.
[14] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Hlm 27.
[15] Ibid.
[16] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Hlm 21.
[17] Russell Bertrand,  Sejarah Falsafah Barat.  Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur 1993.hlm 427-429.

[18] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Hlm 27
[19] Jacobs Eva,  Voltaire Zaire. Hodder and Stoughton, London 1973.hlm 8.

[20] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Hlm 27
[21] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Hlm 31.
[22] Ibid. hlm 90.
[23] Ibid. hlm 93.
[24] J.W. C. Wand.  St Augustine’s The City Of God. Oxford University Press, London 1963. Hlm  41.
[25] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Hlm 103
[26] Ibid.
[27] R.A Markus,  Seaculum: History And Society In The Theology Of St Augustine. Cambridge At The University Press, 1970. Hlm 51.

[28] J.W. C. Wand.  St Augustine’s The City Of God. 1963. Hlm 37.
[29] R.A Markus,  Seaculum: History And Society In The Theology Of St Augustine. Cambridge At The University Press, 1970. Hlm   184.
[30] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Hlm 27.
[31] J.W. C. Wand.  St Augustine’s The City Of God. Oxford University Press, London 1963. Hlm 367.
[32]  R.A Markus,  Seaculum: History And Society In The Theology Of St Augustine. Cambridge At The University Press, 1970. Hlm  45.

[33] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Hlm 96
[34] Ibid.