Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 19 Oktober 2012

BARAT


Buatkan perbandingan antara pemikiran sejarah st Augustine dan Voltaire dalam pensejarahan,
RAZIS KAMARUDIN (  AEE  110048  )

PENGENALAN
       St Augustine dan Voltaire merupakan dua tokoh pemikir sejarah yang terkenal pada era zaman yang berbeza.  St Augustine (354-420 M) dilihat sebagai tokoh agama kristian di sebabkan oleh karya yang dihasilkan olehnya. Dua karya terkenal beliau ialah confessions, yang mengisahkan tentang sebuah panduan hidup bagi kaum kritian dan kedua adalah De Civitas Dei( the city of god) amnya berbentuk keagamaan kerana untuk mempertahankan agama kristian dari cabaran golongan pagan. Penulisan beliau berasaskan keagamaan iaitu kitab injil(bible)
      Manakalah Voltaire pula adalah seorang pemikir sejarah yang lahir pada era moden  pada abad ke 17 (1691-1778) masihi. Nama sebenar adalah francois marearouet.  Karya beliau lebih spasifik dan  kerana tujuan utama menulis adalah untuk kebebasan pemikiran rakyat untuk perbaiki hidup untuk lebih maju. Dua karya terkenal beliau iaitu Louis XIV(1751) dan Essey on manners and the spirit of the nation(1756).

PERBANDINGAN ST AGUSTINE DAN VOLTAIRE.
PENSEJARAHAN ST AUGUSTINE
1.      The Confessions
ü    Mempunyai 13 jilid.  Jilid 1-9 mengisahkan riwayat hidupnya, manakala jilid 10-13 mengisahkan persoalan agama.
ü  Mengisahkan perjalanan hidupnya yang bergelombang dengan perubahan pegangan agama, peringkat awal mengamalkan pegangan f. cicero à fahaman Manichaean(10 thn) à skeptic à platinus àkristian selepas berjumpa st ambrose
ü  Menjadi biskop selama 35 thn di Hippo, afrika
ü  Penulisan bukanlah sejarah semata2-mata, karya-karya tentang agama
ü  Penulisan karya ini juga merujuk kepada permasalahan dalam mencari agama yang sebenar dapat dilihat melalui perubahan-perubahan agama yang dianuti oleh st Augustine
ü  Keseluruhanya mengisahkan riwayat st Augustine dan pengakhiran dengan penganutan agama kristian
2.       The City of god
ü   Mempertahankan agama kristian dari tuduhan pagan, kerana ia menjadi punca kejatuhan rom
ü  Karya ini bukan semata-mata karya teologi, tetapi falsafah sejarah dan politik.
ü  Mempersoalkan manusia yang menghadapi 2 jenis kecintaan iaitu cinta kepada tuhan (kota tuhan) dan cinta kepada kuasa(kota dunia)
ü  Gereja sebagai kota tuhan, manakala empayar rom contoh kota dunia
ü  Bersumberkan kitab bible dalam penulisan
ü  bagi st Augustine intitusi gereja merujuk kepada kerajaan tuhan dan institusi kerajaan adalah kota dunia.
ü  Isi kandungan penulisan beliau bukan sahaja mengandungi unsur sejarah tetapi merujuk juga kepada falsafah sejarah
ü  Pensejarah beliau berdasarkan kitab bible, oleh itu beliau melihat sejarah manusia dalam beberapa tahap iaitu 2 tahap dan 3 tahap. 2 tahap merujuk kepada sejarah manusia  sebelum kewujudan nabi Isa A.S. dan selepas kelahiran Nabi Isa sendiri. 3 tahap adalah pembahagian keadaan manusia iaitu muda,dewasa dan tua.
ü  Penulisan karya ini adalah untuk mengukuhkan keimanan, jadi pensejarahan st Augustine banyak berkisarkan tentang agama kristian.
ü  Keseluruhanya penulisan beliau lebih bersifat apologis yakni kebenaran hanya boleh di terangkan dan tak boleh dipersoalkan
ü   
VOLTAIRE
1.      The Age of Louis XIV 1751
ü  Mengkaji tentang politik dan kegiatan kerajaan, diplomasi, dan sosiobudaya tentang perkembangan social dan budaya serta sains yang membawa kepada zaman keemasan.
ü  Memperjuangkan kebebasan dan mengkritik intitusi gereja
ü  Kebebasan pemikiran masyarakat supaya dapat memperbaiki kehidupan yang lebih maju.
ü  Pemikiran beliau berdasarkan kebenaran yang disokong oleh bukti sesuatu peristiwa dan beliau menggangap jika ada fakta tampa bukti maka ia hanya khayalan penulisan sahaja.
ü  Dalam penulisan karya ini, Voltaire menyatakan bahawa dalam sejarah dunia hanya terdapat 4 zaman berihsan iaitu zaman yunani purba(sains dan kesusasteraan), rumawi(ceaser dan agustus), zaman pembaharuan dan zaman Louis XIV.
ü  Melihat masyarakat lalu  dan memaparkan kepada generasi akan datang.
2.      Esseys on the customs and spirit of nations
ü  Penulisan lebih bersikap terbuka yakni penceritaan bukan sahaja sekitar laut tengah tetapi meliputi asia tengara, china, india dan dll. 
ü  Bersifat secular yakni penulisan beliau  meliputi aspek masa, persekitaran, dan logic akal.
ü  Tidak pentingkan bangsa dan agama, melihat sejarah eropah secara keseluruhanya dan menolak nasionalisme dan kerangka kristian
ü  Sifat manusia ditentukan melalui interaksi antara pelbagai factor seperti iklim, kesuburan tanah crak kerajaan dan lain2
ü  Penekaan kepada sejarah social seperti penulisan sejarah diplomatic dan ketenteraan
ü  Meneliti kelemahan pensejarahan silam yang berkonsepkan mitos, dongeng dan kepahlawanan
ü  Membuat perubahan dan memperkenalkan pendekatan baru dalam histografi termasuk mengunakan kaedah metadologi dalam pensejarahan.
ü   penulisan beliau jga adalah untuk mencela dan menafikan falsafah sejarah st Augustine
PENUTUP
  Jelas menunjukan kepada kita perbandingan 2 tokoh pemikir sejarah iaitu st Augustine dan Voltaire.  Walaupun mempunyai perbandingan yang jelas, namun pengaruh kedua-dua tokoh ini dapat dilihat pada era zaman masing-masing.  Keadaan ini memperlihatkan kepada kita perubahan-perubahan dalam pola pensejarahan itu sendiri yang banyak dipengaruhi oleh waktu dan situasi zaman.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan