Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 17 April 2013

RUMPAI LAUT PULAU KARINDINGAN, SEMPORNA SABAH.

ASSALAMMUALIAKUM DAN SALAM SEJATERA SEMUA

harap kabar saudara/i sihat-sihat sahaja siapa yang membaca artikal dalam blog ini.

Pulau Karindingan adalah satu pulau batu karang yang bercantum dengan pulau Bum-bum.
pertama sekali saya nak berkongsi pengalaman di lokasi Rumpai Laut dijalankan.




Sejarah rumpai laut di Malaysia bermula sejak tahun 1978 lagi di Pulau Karindingan, Semporna Sabah.

Ketika itu rumpai laut ditemui tumbuh secara semula jadi dan taburan rumpai laut tersebut telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Hawaii iaitu Profesor Maxwell S. Doty.

Beliau telah membawa balik sampel rumpai laut ke makmal di Amerika Syarikat untuk tujuan identifikasi dan menamakannya sebagai Kappaphycus alvarezii.

Nama tersebut adalah sempena nama seorang ahli biologi dari Filipina iaitu Vicente Alvarez.

Selepas identifikasi tersebut, rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii diperkenalkan secara meluas di Sabah dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1989.

Rumpai laut merah/unggu

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, industri rumpai laut telah dikenalpasti dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

"Industri ini mempunyai nilai komersial berdasarkan kegunaannya sebagai bahan mentah bagi penghasilan produk farmaseutikal, kosmeseutikal dan nutraseutikal.

"Malaysia juga merupakan antara negara penyumbang kepada pengeluaran rumpai laut merah dari spesies Eucheuma dan Kappaphycus," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran Pameran Rumpai Laut yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Khasiat rumpai laut sememangnya telah diketahui umum, ia kaya dengan vitamin A,C dan E serta memiliki peranan penting dalam pelbagai industri seperti makanan, tekstil, cat, perubatan dan sebagainya.

Pada tahun lalu pengeluaran rumpai ,laut ialah kira-kira 20,000 tan metrik bernilai RM60 juta.

Perusahaan tersebut kini telah menjadi sumber pendapatan kepada lebih 1,000 nelayan yang mengusahakan hampir 7,000 hektar kawasan pengkulturan rumpai laut di sekitar perairan Pantai Timur Sabah.

Daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah merupakan kawasan yang amat sesuai untuk pengkulturan rumpai laut kerana kedudukannya di dalam kawasan Segitiga Batu Karang yang dikongsi antara Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Malah, Sabah juga merupakan antara negeri yang memiliki pesisir pantai yang luas berbanding negeri-negeri lain di negara ini iaitu seluas 47,000 kilometer.

Menurut Noh, Jabatan Perikanan telah mengenal pasti lebih daripada 80,000 hektar kawasan perairan pantai Sabah yang berpotensi untuk dimajukan dalam projek pengkulturan rumpai laut secara komersial.

"Hari ini projek pengkulturan rumpai laut telah sedia menjadi salah satu landskap pembangunan sosio-ekonomi di perairan pantai Semporna.

"Kementerian Pertanian sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri sama ada begitu yakin menyambut tanggungjawab untuk menjayakan rumpai laut sebagai salah satu komoditi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya.

Namun, perusahaan rumpai laut oleh nelayan tempatan masih dilakukan secara kaedah pengkulturan tradisional dan begitu juga dengan pengendalian hasilnya. ( SUMBER :lizaharun.blogspot)











inilah diantara kawasan aktif aktiviti ternak Rumpai laut.   kawasan ini mempunyai air yang baik untuk tumbesaran Rumpai.  yang kawasan gelap itulah pulau Bum-bum ( bambar pertama)..  tak jauhkan.  kalu pusing ke arah selatan maka nampaklah pulau mabul.

sekarang kita berkongsi pula rumah @ pondohan yang dijadikan tempat persinggahan/ bermalam jika tak balik rumah.   rumah ni baru ja dibuat atas usaha meningkatkan kemudahan kepada pengusaha oleh jabatan perikanan dan marin daerah semporna.   best juga tempat ni. malam2 boleh macing ikan di atas " banyak ikan spesis batu karang tau" termasuk ikan kurapu.. huhuhu " rindu lama da tak mancing pigi sini" maklumlah jadi perantau ke ibu kota"




na inilah rumah @ pondohan yang dijadikan tempat bermalam mana nelayan yang tidak balik rumah yang bermalam seharian @ lebih.   kalau terang bulan memang siuk tidur diluar dengan bayu laut yang meyapa memang indah beb... huhuhuhu " akan bawa bakal permaisuri pigi sini"....hihihihi
ia mempunyai 5 bilik, 2 tandas, dan tangki simpanan air 1.  rumah ni akan diketuai oleh seorang, tapi beberapa tahun lepas ketua rumah ni telah menemui tuhan yang maha esa.  beliau memang baik " Al-fatihah" termampu dikirimkan dan semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang solah.



yang ini pula jenis2 rumpai yang baru diangkat dari laut.  ianya pelbagai jenis ada yang warna biru, hijau, coklat dan lain2.  selalunya nelayan akan mengusahakan jenis rumpai yang bersesuaian dengan kawasan dan jenis air laut.

na baru saja cakap rindu lama da tak mancing.... inilah antara spesis ikan yang terdapat di kepulauan karindingan.
huhuhu........... sedap beb..ikan yang fressssss..... baru dapat macing..

ikan ni hidup berkumpulan. apabila anda menemui lubuknya conform sakit tangan anda dibuatnya.
huhuhuhu...

diringkaskan cerita..hehehehehe
apabila Rumpai telah kering..
maka ia akan diisi dalam guni untuk dibawa ke darat untuk dijual.
manakala yang nak dijual secara kg akan dibungkus "

.

na.. ni produk siap da.. tinggal tunggu guna saja...
huhuhuhuhu
hasil foto : omar dani
kepada siapa yang berminat
hubungi saya dalam talian no berikut 0193974504.
tq