Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 19 Oktober 2012

SEJARAH KERAJAAN MAJAPAHIT.


KELEMAHAN RAJA-RAJA MAJAPAHIT SELEPAS HAYAM WURUK MERUPAKAN PENYEBAB UTAMA KEPADA KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MAJAPAHIT.
PENGENALAN.
Kerajaan Majapahit muncul setelah kemusnahan kerajaan Sangahari apabila satu serangan mengejut yang dilancarkan oleh kerajaan Daha.Ketika itu raja kerajaan Sangahari adalah Raja Kartanegara, beliau telah panik kerana terkejut Daha menyerang kerajaan Sangahari.Hal ini menyebabkan berlakulah pertempuran sengit diantara bala tentera Daha dengan panglima tentera kerajaan Sangahari, diantarapanglima tentera kerajaan Sangahari adalah Raden Wijaya.[1]Walaupun  pertarungan sengit berlaku diantara kedua-dua bala tentera namun akhirnya tentera Sangahari dapat ditewaskan menyebabkan kota Kararaton dapat dimusnahkan dan dibakar.  Perang ini juga menyebabkan Raja Kartanegara terkorban.[2]  Setelah itu Raden Wijaya berundur kearah utara bagi mendapatkan pelindungan dari kerajaan mandura yang dulu bernaung dibawah kerajaan mertua  beliau.  Raden Wijaya akhirnya mendapat layanan dari kerajaan Mandura.Setelah itu beliau telah mengatur kembali strategi untuk menuntut balas keatas kerajaan Daha keatas kematian mertua beliau yakni Raja Kartanegara.Setelah itu baliau telah membuka penempatan baru dan membawa semua orang Mandura tinggal di tempat tersebut.  Ketika orang mandura membuka penempatan dikawasan tersebut  seorang orang mandura telah makan buah madja yang pahit rasanya maka penempatan tersebut dinamakan sebagai Majapahit.[3]
   Dengan itu kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya  dengan gelaran sebagai Prabu Kertajasa Jayawardana  selapas sahaja kehancuran kerajaan Kendiri yang dimusnahakan oleh pasukan tentera dari china (Tiongkok) dalam Dinasti Ming yang ingin menyerang Prabu Kertanegara namun dapat dipengarui oleh pemerintah Majapahit untuk menyerang Kendiri dan akhirnya kerajaan kendiri di musnahkan.  Setelah itu Majapahit mula berkembang dan muncul sebagai kuasa besar di Asia Tenggara.Mengikut pandangan sarjana Majapahit mengalami tiga situasi pemerintahan.Pertama adalah zaman permulaan kedua adalah zaman kegemilangan dan yang terakhir adalah zaman kemerosotan.
Zaman kegemilangan adalah semasa Majapahit diperintah oleh Hayam Wuruk.Baliau merupakan anak kepada Puteri Djajawisnuwardani dengan Kertawardana.[4]  Sebelum kelahiran beliau, lahir seorang lagi yang akan menjadi nadi kegemilangan Majapahit iaitu Mangkubumi Gajah Mada yang memainkan peranan penting dalam keagungan kerajaan Majapahit.   Hayam Wuruk yang mengunakan gelaran Rajasanegara merupakan pemerintahan yang keempat Majapahit yang bermula pada tahun 1328 masihi sehinggalah 1389 masihi.[5]
Zaman pemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu oleh Mangkabuminya Patih Gajah Mada mengalami puncak kegemilangan dimana seluruh pelusuk nusantara di bawah naungan kerajaan Majapahit dan di selat Malaka.  Dengan bantuan kebijaksanaan dan sumpah Mangkabuminya yang dikenali sebagai sumpah-palapa, dimana  majapahit dapat menyatukan seluruh kerajaan di Nusantara termasuk Pahang, Palembang, dan Temasik.[6]  Namun baliau telah meninggal dunia semasa Majapahit diambang kemegahan, iaitu pada tahun 1363 Gajah Mada telah jatuh sakit yang telah lanjut usia, berita ini menyedihkan Hayam Wuruk kerana akan kehilangan seorang perdana menteri yang menjadi kemegahan kemegahanya.
Setelah kehilangan perdana menterinya yang bijaksana maka politik kerajaan mula mengalami perubahan kerana jawatan selama ini yang dipegang oleh Mangkabuminya tidak ada waris yang mampu menandingi beliau.Maka jawatan selama ini dipegang olehnya dibahagikan kepada beberapa jabatan untuk diperintah oleh para pegawai Majapahit.Setelah itu bermulanya kelemahan kerajaan Majapahit walaupun tidak lagi menyerlah namun sudah mula berlaku kepincangan politik.Dan pada tahun 1389 masihi merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan Majapahit apabila Prabu Rajasanegara (Hayam Wuruk) telah meninggal dunia.[7]Disini keadaan digambarkan keruntuhan seratus tahun yang tidak dapat membangun lagi.Kemangkatan Hayam Wuruk menjadikan kekuasan Majapahit semangkin tidak meyerlah akibat bermulanya perebutan tahta kerajaan dan kepincangan politik.    Setelah kemangkatan dua tokoh yang agung dalam kegemilangan kerajaan Majapahit yakni Mangkabuminya yang merangkap perdana menteri majapahit Gajah Mada ( 1364 M ) dan Prabu Rajasenegara ( Hayam Wuruk 1389 M)  maka era selepas ini dinamakan oleh sejana sebagai zaman kemerosotan majapahit yang akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Majapahit dan berakhirnya kerajaan hindu-budha di Jawa.





FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN MAJAPAHIT.
FAKTOR DALAMAN
KELEMAHAN RAJA SESUDAH HAYAM WURUK.
Setelah kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 masihi maka pemerintahan kerajaan diwarisi oleh pemerintah yang tidak berkelibar lagi.   Penganti tahta kerajaan sesudah Hayam Wuruk adalah Wirakramawardani yang memerintah dari tahun 1389 masihi sehinggalah tahun 1429 masihi merupakan menantu kepada Hayam Wuruk.[8]Semasa pemerintahan Wirakramawardani politik kerajaan mula merosot akibat ketidak puashati dari segelintir keturunan Rajasanegara yang membawa kelemahan pentadbiran kerajaan.Perang saudara mula meletus akibat Virabumi tidak mengiktiraf kuasa Majapahit.[9]Perang tercetus ini mengakibatkan kepincangan politik Majapahit yang menyebabkan kawalan terhadap negeri naugan kurang diambil perhatian oleh raja Majapahit yang akhirnya membuka jalan kepada penubuhan kerajaan baru yang tidak lagi bernaung kepada pemerintahan Majapahit.Hal ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.[10]Serta kemunculan Melaka pada kurun ke 15 masihi.  Hal ini menunjukan kelemahan raja Majapahit menyebabkan banyak negeri tidak lagi mengiktiraf kerajaan majapahit dan cuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri.
      Akibat daripada  perang saudara diantara Virabumi dan Wirakramawardani menyebabkan Virabumi dibunuh terbunuh pada tahun 1406 masihi dan kota Varabumi ditawan.  Namun perang tersebut menyebebkan kematian pegawai china.  Hal ini menyebabkan hubungan dengan kerajaan china mula regang, walaupun hati maharaja cina dapat diredakan dengan wang ganti rugi yang dibayar oleh Wikramawardani  untuk menebus kematian pegawai cina dalam perang tersebut.[11]Namun Cina menjaga perhubunganya dengan negeri di timur.Pada tahun 1429 masihi raja Wikramawardani meninggal dunia dan tampuk pemerintahan diwarisi oleh anak baliau iaitu Ratu Suhita (1429-1447 M).
Semasa pemerintah Ratu Suhita berlaku satu pemberontakan yang dipimpin oleh Bhre Daha.Ini menunjukan kelemahan pemerintah yang mengakibatkan wujud pemberontakan untuk mengulingkan kerajaan.[12]Selepas kematian Ratu Suhita tahta pada tahun 1447 masihi tahta kerajaan diterajui oleh Raja Kertavijaya yang merupakan saudara laki-laki Ratu Suhita. Ekonomi kerajaan Majapahit semangkinlembab akibat kelemahan pemerintah Majapahit sendiri ini kerana banyak daerah yang dulunya menjadi nadi ekonomi majapahit mula tidak berhubung dengan kota pentadbiran Majapahit seperti kalimantan timur dan pelembang.
    Selepas pemrintahan Raja Kertavijaya kerajaan Majapahit diperintah oleh Seri Radjasawardana pada tahun 1451 masihi sehingga 1453masihi, namun selepas kematian baliau tiada waris yang memerintah kerajaan Majapahit menyebabkan Majapahit tidak beraja.  Dicatitkan bahawa ketika tahun 1453 sehingga 1456 masihi Majapahit tidak mempunyai Raja.Sehinggalah kemunculan Hiang Purwawisjesa.[13]Namun semasa pemerintahan Baliau Majapahit memindahkan pusat pemerintahan ke Tumapil.   Baliau memerintah selama sepuluh tahun(1465-1466).
      Setelah itu kerajaan Majapahit diperintah oleh beberapa orang raja sehinggalah tiga orang raja terakhir yang memimpin tahta kerajaan Majapahit iaitu Bera Widjaja yang berkuasa di Majapahit  yang dikenali sebagai Prabu Adipati Udara dan Prabu Maharadja Adipati Unus. Pemerintahan pusat semankin lemah apabila ketenteraan Majapahit mula lumpuh kerana tidak mampu menepis serangan dari luar lagi, ini menunjukan betapa lemahnya raja ketika ini memerintah Majapahit.  Perkara ini dibuktikan semasa serangan yang dilakukan oleh demak dalam ere pemerintahan Bera Wijaya tidak mampu untuk menepis serangan tersebut yang menyebabkan kota Majapahit di diruntuhkan.[14]
Sehubungan dengan itu juga, kelemahan raja-raja Majapahit yang terakhir yakni Bira Wijaya adalah tidak mampu lagi mengawal perairan di selat Melaka.pemerintah Majapahit ketika ini jelas kelihatan runtuh apabila terpaksa membuat perjanjian dengan Melaka.  perjanjian yang di lakukan pada tahun 1518 masihi adalah peristiwa penting kerana terpaksa melakukan satu perjanjian dengan Melaka.  hal ini menunjukan kemerosotan  Majapahit apabila melakukan perjanjian dengan pemerintah yang dulunya bernaung dibewa kekuasaan Majapahit.[15]Sebelum Negara Majapahit lenyap di Nusantara akibat serangan dari demak.Perkara ini jelas menunjukan bahawa setelah zaman keemasan era pemerintahan Hayam Wuruk maka waris pemerintah kerajaan yang lemah lagi tidak bijaksana dalam menangani permasalahan politik Majapahit menyebabkan kerajaan ini sentiasa hilang kewibawaan sehinggalah pemerintah terakhir sebelum dimusnahkann oleh kerajaan Demak.Akhirnya kerajaan Majapahit jatuh dan tidak dapat dibantuh lagi.



KEMATIAN GAJAH MADAH DAN HAYAM WURUK.
Kematian gajah madah pada tahun 1364 masihi adalah titik tolak kepada kemerosotan politik di pusat pemerintahan Majapahit.Sebelum beliau meninggal dunia keadaan Majapahit yang begitu gemilang sekali kerana Majapahit ketika ini diambang kegemilangan.Namun setelah beliau meninggal dunia, maka jawatan beliau tidak ada yang mampu memikul dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa jabatan ini mengambarkan tiada yang mampu menjawati kedudukan Gajah Madah.Kematian beliau menyedihkan Prabu Hayam Wuruk sebelum wafat kerana tiada yang mampu mengantikan kebijaksanaanya.  Hal ini menyebabkan jawatan Gajah Madah dipimpin oleh empat orang pegawai kerajaan, iaitu Warda Menteri( menteri sapuh), Bernama Pu Tading, Tumenggug(mantjanegera) Pu Nala, Menteri Anom Patih dan Perdana Menteri.[16]
Perkara ini mengambarkan bahawa setelah kemangkatan Gajah Madah politik kerajaan Majaphit mengalami perubahan yang begitu besar.Majapahit terpaksa berusaha mencari yang terbaik untuk mengantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Gajah Madah dan kesan dari kejadian tersebut maka bermulalah kemerosotan Majapahit walaupun tidak lagi nyata sehinggalah kemangkatan Prabu Hayam Wuruk.
     Dalam keadaan Majapahit yang mengampiri kemerosotan akhirnya bermula setelah kematian Hayam Wuruk pada 1389  masihi setelah dua puluh lima tahun kematian Gaja Madah.[17]Kematiannya akhirnya membawa kepada kemerosotan Majapahit setelah tahta kerajaan beliau wariskan kepada menantunya yakni Wikramawardana.[18]Hal ini mengakibatkan bibit-bibit pergolakan politik bermula walaupun pada permulaanya tidak berlaku.Sehinggalah timbul persoalan siapa yang berhak menguasai tahta kerajaan dari anak silirnya Wirabumi.

PERGOLAKAN POLITIK DAN PERANG SAUDARA
Faktor seterusnya yang membawa kepada kemerosotan kerajaan majapahit adalah disebabkan oleh perang saudara yang berlaku sesudah kematian Hayam Wuruk. Perang saudara yang dikenali sebagai perang Paregreg itu akibat daripada  persoalanwaris pemerintahan yang lebih layak memimpin kerajaan Majapahit.Perang saudara ini berlaku akibat daripada keinginan untuk menduduki tahta kerajaan.  Semasa Hayam Wuruk masih hidup, beliau telah mewasiatkan bahawa sesudah beliau wafat tahta kerajaan akan diterajui oleh menantu beliau yakni Wirakramawardana suami kepada puteri Kasumawardani.[19]Namun Hayam Wuruk juga meningalkan waris dari selirnya yang bernama Raja Wirabumi yang ditempatkan disebelah timur Jawa.  Maka wujud dua keluarga dari keturunan yang sama.  Hal ini menyebabkan berlaku pergolakan politik diantara kuasa pusat yang diperintah oleh Wirakramawardana dan kuasa peringkat daerah yang diperintah oleh Wirabumi dan akhirnya tercetus perang saudara.[20]
Wirabumi tidak mengiktiraf kerajaan pusat kerana Wirakramawardana hanyalah menantu Hayam Wuruk, sedangkan beliau adalah anak dari selir dari Prabu Hayam Huruk. Ini menyebabkan  Wirabumi tidak tunduk kepada kerajaan yang berpusat di Majapahit.  Maka setelah pergolakan diantara dua buah keluarga berterusan maka terletuslah perang saudara pada tahun 1404 M sehingga 1406 masihi yang dikenali sebagai perang Paregreg.[21]           Dalam perang ini Wirakramawardana banyak mendapat sokongan dalam mempertahankan kerajaanya sehinggalah kematian Wirabumi ketangan Raden Gadjah yang berpangkat Ratu Achirbaja.[22] Walaupun Wirakramawarda memperolehi kemenangan namun ia memberi impak besar kerana mulanya hilang pengaruhi pusat kepada daerah-daerah naugan Majapahit dan lahir dendam dari keluarga pihak Wirabumi.[23]
Kesan daripada perang saudara mengakibatkan lahir perasaan dendam dari sebelah pihak yakni ahli keluarga Wirabhumi.  Keadaan ini dibuktikan semasa Ratu Suhita menaiki tahta kerajaan Majapahit pada tahun 1429 masihi menyebabkan pemerintahan berat sebelah kerana golongan yang dulu melawan Wirabumi kini ditindas manakala orang yang membunuh Wirabumi yakni Raden Gajah juga dibunuh.[24]Hal ini menunjukan berlaku dendam dikalangan keluarga pemerintah kerajaan yang mengakibatkan pemerintahan pusat tidak lagi aman.Ini menunjukan ketidak tenteraman yang berlaku di peringkat pusat.








PEMBORONTAKAN
Selepas sahaja pemerintahan Wirakramawardana tahta kerajaan diterajui oleh Ratu Suhita.Maka semasa pemerintahan baliau telah berlaku satu pemborontakan untuk mengulingkan kerajaan.Pemberontakan[25] tersebut yang diketuai oleh Bhre Daha.[26]Walaupun sebelum ini pemberontakan telah berlaku semasa pemerintahan Hayam Wuruk namun senang sahaja di kalahkan oleh Mangkabuminya Gajah Madah.  Dalam pemerintahan Ratu Suhita pemberontakan ini membawa kesan yang besar kepada kota pemerintahan.  Apabila pemberontakan berlaku di pusat pemerintahan menyebabkan kawalan keatas daerah takluk berkurang kerana tertempu kepada masalah untuk menyelesaikan masalah pemberontakan tersebut.Hal ini menyebabkan kemerosotan kerajaan Majapahit apabila kurang penguasan keatas negeri takluk.
PERTUKARAN PUSAT PEMERINTAHAN.
            Pemerintah kerajaan Majapahit yang kerap menukar pusat pemerintahan menjadi faktor kepada kemerosotan Majapahit.Pada  tahun 1451 M, Rajasawardhana telah memindahkan pusat pemerintahan di Fahuripan.Sesudah pemerintahan beliau, yakni era pemerintahan Raja Phre Wengker beliau telah memindahkan ibu negeri Majapahit ke Tumapel pula.Selepas itu Bhre Padan Salas bertindak memindahkan ibu negeri Majapahit ke Daha pada tahun 1468 M.[27]  kerapnya pertukaran pusat pemerintahan ini mengakibatkan kawalan keatas daerah naungan juga tidak menentu akibatnya ia membawa kepada kelemahan kerajaan majapahit seterusnya membawa kemerosotan kerana tiada pusat tetap sebagai kota pemerintahan kerajaan.

PENGARUH CHINA TERHADAP NEGERI NAUGAN MAJAPAHIT
      Kerajaan China ketika ini adalah dibawa tampuk pemerintah dinasti Ming, walaupun Cina tidak melibatkan diri dalam soal politik kerajaan di asia tengara namun pengaruhnya banyak mempengaruhi negeri-negeri naugan kerajaan majapahit.  Pada tahun 1369 sehingga tahun  1383  Majapahit menghantar utusan kepada Maharaja Cina namun pada masa yang sama Palembang juga menghantar perutusan kepada Maharaja Cina.[28]  Akibat daripada itu Cina mengiktiraf kedua-dua kerajaan tersebut, lalu utusan membawa surat pengiktirafan kepada Palembang telah dihantar.   Namun Majapahit tidak menerima hakikat tersebut kerana Palembang ketika itu dibawa naungan Majapahit,  lalu menyerang Palembang dan menghancurkan kota  kerajaan tersebut serta membunuh utusan Cina setibanya sahaja ke Pelembang.[29]
Selepas pemerintahan Hayam Wuruk, tahta kerajaan diwarisi oleh menantu baliau iaitu Wirakramawardana telah berlaku komplik pemerintahan pusat iaitu diantara majapahit (wirakramawardana) dengan daerah yang dipimpin oleh anak Hayam Wuruk yakni wirabumi.Menjadi permasalah kepada kerajaan Majapahit apabila kedua-duanya diiktiraf oleh Maharaja Cina.[30]  Akibatnya Wirabumi tidak pernah mengiktiraf raja Wirakramawardana dengan mengambil tindakan tidak datang menghadap kota kararaton.  Maka hal ini menyebabkan tercetusnya perang saudara yang mengakibatkan kematian Wirabumi.Kali kedua Cina menyebabkan berlaku komplik kerajaan Majapahit.
 Sehubungan dengan itu pengaruh cina juga menyebabkan nageri naungan Majapahit tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit, hal ini terjadi pada abad ke 15 masihi apabila kerajaan di Kalimantan yang maju dalam bidang perdagangan ( wujudnya pelabuhan)  telah mula mengadakan hubungan dengan Cina dalam masa yang sama mereka menghantar ufti kepada kerajaan Majapahit.[31]  Perkara ini menunjukan negeri naugan mejapahit telah mula cuba mendapatkan pengiktirafan untuk membebaskan diri dari kawalan kerajaan Majapahit.
    Disamping itu hubungan dengan Majapahit juga mula regang apabila kemuncula Melaka pada abad ke 15 masihi.  Dimana cina telah aktif menjalinkan hubungan dengan Melaka sehinggakan utusan tidak lagi dihantar ke Majapahit.

PERKEMBANGAN ISLAM
   Keruntuhan kerajaan hindu Majapahit juga akibat daripada munculnya agama islam di Majapahit dan sekitar Nusantara.  Kedatangan agama islam keAsia Tenggara menjadi pendorong kepada kemunculan kerajaan islam di Sumatera.  Dalam keadaan majapahit yang semangkin tenat kerana tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk mempertahankan kedudukanya sebagai kerajaan Hindu pada abad ke 13 masihi.  Islam yang mula tersebar ke Jawa dibawa oleh para pedagang dan para pendakwa dari Asia Barat dan Gujaret sebelah barat India.[32]
    Perkembangan islam di Jawa telah bermula dengan rakyatnya sendiri kerana rakyat banyak terdedah kepada golongan pedagang yang memerlukan khitmat mereka.   Dikatakan rakyat jelata yang berkerja dipelabuhan dan kapal para pedagang telah menerima islam lebih awal  kerana mereka berkerja sebagai kelasi dan juragan kapal.[33]Agama hindu yang menjadi agama rasmi bagi kerajaan Majapahit semangkin hilang pengaruh kerana perkembangan agama islam.  Semangkin banyak kawasan yang berkembang seperti Gersik, Sidadu, Tuban, Djepara, Demak, dan Bentan yang menanuti agama islam.[34]Perkembang daerah-daerah ini akhirnya tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit.
    Perkembangan agama islam yang semangkin mecabar kedaulatan Majapahit adalah terbukti apabila tuntutan Majapait ke atas sebuah pelabuhan yakni pelabhan Perlak yang terletak di hujung pulau di Utara Timur Laut  berhampiran dengan Hujung Intan yang didiami secara mejoriti telah memeluk islam dan tidak mengiktiraf lagi pelabuhan tersebut di bawah naungan Majapahit.[35]   Tuntutan yang dilakukan mejapahit adalah untuk mendapatkan pelabuhan tersebut yang telah diduduki oleh penganut-penganut agama islam tidak berjaya namun sebalikya yang berlaku iaitu telah menentang kerajaan Majapahit. Perkara ini menujukan betapa lemahnya kerajaan Majapahit apabila tidak mampu untuk menyekat kemasukan islam ke daerah naunganya suatu ketika dahulu.  Ini dibuktikan dengan kemunculan Demak sebagai kuasa islam yang pertama di pulau jawa yang telah berasa cukup kuat untuk melakukan serangan keatas Majapahit. Pada tahun 1478 masihi pasukan tentera islam Demak telah melakukan serangan ke atas kota pemerintahan Majapahit yang menyebabkan kekalahan Majapahit.[36]Peristiwa tersebut memburukan lagi kerajaan Majapahit apabila kawasan taklukanya di tetapkan dan diperkecilkan hanya disekitar jawa timur sahaja pada abad ke 15 masihi.
      Perkembangan agama islam di Jawa akhirnya mencabar kewibawaan agama Hindu yang dianuti oleh pemerintah Majapahit.  Agama hindu mula hilang pengaruh dikalangan rakyat jelata kerana amalan kasta.  Dalam agama hindu sistem kasta adalah amalan yang diwarisi oleh seseorang oleh itu pemerintah dikalangan golongan bangsawan mempunyai kasta yang tinggi berbanding dengan golongan lain termasuk rakyatnya sendiri.   Amalan ini mengakibatkan berlaku ketidak puashatian dikalangan golongan bawahan terhadap sistem ini. Dengan perkembangan islam yang disebarkan oleh para pedagang, maka ia mudah diterima oleh penduduk tempatan kerana ajaran yang terdapat dalam islam itu sangat mudah. Kerajaan Majapahit semangkin suram apabila terdapat golongan pemerintah majapahit telah memeluk islam, ini menandakan bahawa pengaruh agama hindu sudah hilang di kalangan pemerintah sendiri.

KEMUNCULAN DEMAK DI JAWA.
     Kerajaan Majapahit hanya tinggal atas nama sahaja  di Pulau Jawa  pada tahun saka 1400 yang bersamaan dengan  1478 masihi apabila serangan dari Demak tidak dapat ditepis lagi oleh tentera Majapahit yang telah rapuh.[37]   Namun penyelidikan oleh para sejarawan menyatakan bahawa sebelum Demak menyerang Majapahit, ada kerajaan Hindu yang lain menyerang iaitu waris dari kerajan Kendiri(Daha).   Girindrawardana bertangungjawab keatas Majapahit apabila beliau menyerang pada tahun 1478 masihi  yang mengakibatkan kematian Prabu Brawijaya di keraton.[38]  Namun serangan tersebut tidak memusnahkan kota Majapahit, tetapi tenteranya telah lemah,  setelah itu barulah Demak menyerang Majapahhit dan memusnahkan kota Majapahit.
  Kerajaan Demak yang dietuai oleh Raden Fatah telah menewaskan pertahanan Majapahit, banyak faktor yang membawa kepada kemenangan Demak kepada Majapait selain serangan yang dilancarkan oleh kerajaan Hindu lain.  Faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan Demak adalah disebabkan oleh fungsi Demak dapat mengusai perdagangan di dua pelabuhan utama iaitu pelabuhan Japara dan Gerisik.[39]Dengan menguasai pelabuhan ini menyebabkan Demak menguasai kawasan dataran penanaman padi yang terbentang luas di kawasan tersebut.Kekuasan kerajaan Demak diteruskan oleh waris Raden Fateh yakni Pati Yunus baliau tidak memerintah lama lalu digantikan oleh saudaranya iaitu Teranggana.Semasa pemarintahan Teranggana Demak diambang kegemilangan dan telah mengunakan gelaran sultan.[40]
Kemunculan Demak sebagai empayar islam di tanah Jawa   menyebabkan Majapahit semangkin terhimpit dalam situasinya yang semangkin kelam.  Majapahit kini tidak mampu lagi mempertahankan kewibawaanya dari mana serangan luar.  Semasa pemerintahan raja terakhir Majapahit, yakni Raja Udara pada tahun 1518 masihi majapahit diserang oleh Dipati Yunus yang berkuasa di Demak yang meruntuhkan pusat Negara Majapahit.[41]Perkara ini menunjukan Majapahit tidak lagi berdaya untuk mempertahankan kerajaanya walaupun dari serangan kerajaan kecil yang tidak mempunyai tentera yang ramai, ini mengambarkan kemeosotan Majapahit yang tidak mampu dibantu lagi.
  Keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa juga akibat dasar yang dilaksanakan oleh Demak yakni meluaskan pengaruh agama islam keseluruh pulau Jawa.  Penganti Dipati Yunus yakni Teranggara telah meluaskan lagi empayar Demak ke seluruh pulau jawa.Perluasan empayar Demak juga banyak dibantu oleh para Ulama yang menjadi negarawan dan hulubalang kerajaan Demak.  Hulubalang yang terkenal adalah Sunan Gunung Jati, beliau datang dari Pasai dan mengawini saudara Teranggara setelah menunaikan Haji di kota Mekkah.[42]Baliau menjadi wakil pemarintah untuk meluaskan di persisir barat pulau Jawa.Semasa pelabuhan Ceribun dan Bantan di bawah pengaruh kerajaan- Budha yang bernama Pajajaran.Baliau telah menguasai pelabuhan tersebut dari kerajaan Hindu.  Hal ini menunjukan peranan pemerintah Demak yang di bantu oleh hulubalang yang berkalebar manjadikan Kerajaan Hindu ( Majapahit) tidak mampu bertahan lama apabila peranan yang dimainkan oleh pemerintah islam Demak.  Hal ini menunjukan kemunculan kerajaan islam demak di Pulau Jawa sendiri menjadi faktor keruntuhan kerajaan Majapahit.
KEMUNCULAN MELAKA
Kemunculan Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa.   Melaka yang diasaskan oleh waris dari raja Palembang iaitu Paramiswara merupakan anak Sang Aji telah membebaskan diri dai lungkungan kerajaan Majapahit setelah baliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semula kerajaan Srivijaya apabila Majapahit mula jelas kelihatan kemerosotanya, beliau merupakan  wakil kerajaan Majapahit untuk memerintah Palembang disamping itu beliau adalah menantu kepada Hayam Wuruk.[43]Paramiswara yang telah melepaskan diri dari kekuasaan majapahit dengan melakukan penyucian diri yang dikenali sebagai abheseka.Melalui penyucian tersebut Paramiswara telah mengelarkan dirinya sebagai Sri Tri Buana yang membawa makna Maharaja Tiga Buana.[44]  Dengan itu bantera Majapahit menyerang beliau ketika di Palembang, lalu melarikan diri ke Temasik( pulau Singgapura) untuk mendapatkan perlindungan dari pemerintah temasik yang merupakan wakil kerajaan Ayudhya di Thailand.[45]Namun beliau akhirnya berpindah ke Muar apabila di serang oleh tentera Ayudhya kerana beliau telah membunuh pemerintah Temasik ketika itu.Sehinggalah sampai ke muara di Bertam lalu mendirikan kerajaan disana.[46]
Setelah beberapa lama akhirnya Melaka telah muncul sebagai satu kerajaan yang unggul di selat Melaka.terkenal sebagai pusat perdagang kerana fungsinya sebagai pelabuhan enterport. Lebih menggukuhkan lagi kerajaan Melaka apabila hubungan dengan Cina termeterai, hal ini menyebabkan tiada kerajaan lain yang berani menyerang Melaka ketika itu termasuklah Majapahit.Kunjungan wakil Maharaja Yung-Lo ke Melaka pada tahun 1404 masihi mengukuhkan kedudukan Melaka apabila kuasa besar yang terdapat di Asia terutamanya siam ketika itu yang meluaskan tuntutanya ke tanah melayu diberi amaran agar tidak menganggu kerajaan Melaka.[47]Perkara ini menandakan bahawa ketika ini kerajaan Majapahit telah hilang pengaruh di selat Melaka dalam kegiatan perdagangan.Melaka yang terkenal dengan pelabuhan enterpotnya menyebabkan ekonomi Majapahit sudah merundum kerana pelabuhan yang dibawah kekuasan Majapahit tidak lagi menjadi perhatian oleh para pedagang kerana pelabuhan di bawa naungan Majapahit tidak lagi sesibuk dahulu ini kerana banyak pedagang telah tertumpuh ke Melaka.
     Kerajaan Melaka bertambah kukuh lagi apabila pemerintah Melaka ketika itu memeluk agama islam dengan mengunakan gelaran Sulatan Iskandar Shah. Perkara ini menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama islam dan pusat intelektual di selat Melaka. akhirnya Majapahit sendiri mengakui kerajaan Melaka, hal ini menandakan Majapahit tidak lagi berdaya mempertahankan kedudukanya sebagai satu empayar kuat di selat Melaka.
   Majapahit yang telah berdamai dengan Melaka melalui perjanjian pada tahun  1518 masihi menadakan kerajaan Majapahit telah mengiktiraf kerajaan Melaka sebagai satu kuasa baru yang terletak di selat Melaka.  perkara ini mengambarkan kelemahan pemerintahan Majapahit sehingga terpaksa melakukan perjanjian dengan kerajaan baru yang dulunya dibawa naungan Majapahit pada suatu ketika dahulu.

BENCANA ALAM
Sehubungan dengan itu faktor yang membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan Majapahit adalah disebabkan oleh faktor alam semulajadi.  Proses alam semulajadi menyebabkan bencana besar kepada kerajaan Majapahit.  Digambarkan dalam bahawa telah berlaku gempa bumi yang berlaku pada tahun saka paksa dalam gaganahut bulan 1362 bersamaan dengan 1440 masihi.[48]  Namun selepas beberapa tahun kejadian yang sama berlaku, iaitu selepas kematian Bhra Panjang.  Digambarkan terjadinya gunung yang runtuh berlaku dalam tahun saka welut 1373 bersamaan 1451 Tuhun masihi.[49]Kejadian alam semulajadi ini mengancam kerajaan Majapahit kerana membawa banyak bencana.Kejadian letusan gunung berapi seperti yang dicatatkan telah berlaku pada tahun saka kayambara-sagareku 1403.[50]Ini jelas mengambarkan keadaan alam semula jadi yang mengancam Majapahit.
    Dicatit juga keadaan yang berlaku di penghujung pemerintahan Suhita,  telah berlaku beberapa kali letusan gunung berapi.[51] Perkara ini jika diselidik melalui ilmu geologi pusat pemerintahan kerajaan majapahit termasuk dalam lingkaran api pasifik.  Bencana alam berlaku kerana proses yang berlaku terhadap geologi kerak bumi secara semulajadi. Kejadian gempa bumi dan gunung berapai secara autometiknya akan membawa mala petaka yang besar kerana dampak letusan gunung berapi itu sendiri.   Ini jelas menunjukan bahawa bencana alam turut mempengaruhi kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit sesudah pemerintahan Hayam Wuruk.
Bencana alam ini menjadi ancaman besar kepada ekonomi dan kepercayaan masyarakat terhadap pemerintahan Majapahit ketika ini.Dari segi ekonomi bencana alam seperti gunung berapi dan gempa bumi yang digambar telah berlaku menyebabkan semua kegiatan penduduk terancam.  Selain nyawa meraka terancam  kegiatan harian mereka juga terganggu,  letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak debu dan abus panas memusnahkan semua tenaman penduduk tempatan,  hal ini menyebabkan ekonomi kerajaan majapahit merosot disamping tiada pedagang datang mengunjungi  pelabuhan majapahit. 
  Dari segi kepercayaan rakyat pula, apabila berlaku bencana terhadap kawasan pemerintahan seorang raja maka raja berkenanan telah hilang kewibawaan untuk memerintah dan akan digantikan oleh raja lain.tidak lagi.  Maka melalui keparcayaan tersebut rakyat tempatan mula tidak mengiktiraf pemerintah kerajaan Majapahit sehinggakan berkurangnya penduduk kerajaan Majapahit ini dibuktikan dengan lemahnya sistem pertahanan kerajaan Majapahit akibat kekurangan angota tentera sehingga tidak mampu menepis serangan dari kerajaan kecil yang baru muncul di sekitar Jawa sendiri.


KESIMPULAN
   Kesimpulannya,  kelemahan pemerintahan raja-raja sesudah Hayam Wuruk pada 1369 masihi merupakan faktor utama membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan kerajaan majapahit.  Kelemahan pemerintahan untuk mengembangkan dan mempertahankan empayar Majapahit menyebabkan keluasan empayar empayar majapahit semangkin mengecil.  Perkara ini menadakan majapahit yang tinggal nama sahaja sesudah itu.  Majapahit hanya tinggal nama dalam keagungan empayarnya kerana seratus tahun selepas Hayam Wuruk kerajaan Majapahit tidak pernh lagi mengembangkan kerajaannya namun sebaliknya berlaku, iaitu kerajaan terus jatuh dan jatuh sehinggalah kehancurnya ketangan demak.  Melalui kelemahan pemerintah Majapahit menyebabkan wilayah-wilayah naungan majapahit membebaskan diri dan lebih menyedihkan lagi apabila wilayah naugan Majapahit sendiri yang memusnahnya bukan dari kerajaan luar seperti Thailan.Perkara ini menunjukan betapa rapuhnya pemerintahan Majapahit setelah mencapai zaman keemasanya.  Disokong oleh faktor-faktor lain yang membawa kepada kemusnahan Majapahit seperti  pergolakan politik dan perang saudara.  Malalui peperang sesama pemerintah menyebabkan wujudnya kerajaan baru, kerana disebalik kesibukan dalam perang saudara, ia memberi ruang kepada negeri naungan untuk mengukuhkan kedudukanya ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.  Pemerintah Palembang ketika itu Paramiswara telah berkeyakinan untuk menbebaskan diri keranan majapahit tidak lagi berkuasa keatas negeri beliau.sehinggalah cita-cita baliau tercapai setelah perpindahannya ke Melaka pada abad ke 15 masihi.  Islam yang dibawa masuk oleh pedagang dari luar menjadikan agama hindu mula pudar dari kalangan penduduk tempatan.  Perkembangan islam yang tak mampu disekat oleh pemerintah Majapahit menyababkan agama hindu hilang di bumi Jawa buat selama-lamanya.  Selain itu faktor yang membawa keruntuhan majapahit disebabkan oleh faktor alam sekitarnya sendiri.
    Disamping perubahan dasar luar china juga yang mula regang hubungan dengan majapahit menjadi penyebabkan kemorosotan majapahit.  Kerajaan china telah mengiktiraf Melaka sebagai satu kuasa di slat Melaka dan memberi perlindungan politik diasia tenggara.  Maka dengan itu perhatian dari kerajaan cina terhadap majapahit  tidak menjadi perhatian maharaja cina apabila Melaka menadi pusat enterpot di asia tenggara.
   Perkara ini jelas menunjukan faktor dalaman yang di sokong oleh faktor luaran menyebabkan kemerosotan dan keruntuhan kerajaan majapahit yang berakhir pada tahun 1526 masihi dan merupakan kerajaan hindu yang terakhir.




Department of history
                                              Mark: 35/40%                                                      University of Malaya
                                               Exem: 48/60%    Total: 83/100% Gred: A                     Kuala lumpur






BIBLIOGRAFI

1.Dr R. Pitono Hardjowardojo, pararaton, Bhratara Jakarta, 1965.
2. Hall D.G.E., Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979.
3. H. Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Djakarta,
4. Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majaphit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddhis Nalanda, Jakarta, 1978.
5.  Harrison Brian, Asia tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1966.
6. Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara, cetakan ketujuh, P.N Balai Pustaka Djakarta, 1972
7.Marwati Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia,jilid II, Jakarta, 1984..
8.  Pengajian Malaysia, Sejarah Tanah Melayu, international Law Book Servies, 2010.
9.  R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik, Millennium Publisher, 2000
10.  Waston Barbara Andaya dan Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia, Edisi Bahasa Melayu, Macmillan Pableshers(M) Sdn Bhd, kua.la Lumpur,1988.



[1]Dr R. Pitono Hardjowardojo, pararaton, Bhratara Jakarta, 1965. Hlm 37-38.
[2]Ibid. hlm 39.
[3]Ibid. hlm 44.
[4] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara, cetakan ketujuh, P.N Balai Pustaka Djakarta, 1972. Hlm 22.
[5]H. Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Djakarta, hlm 49.
[6] Muhanmmad Yamin, Gajah Mada. Hlm 50.
[7]Ibid. hlm 80.
[8] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik, Millennium Publisher, 2000. Hlm 35.
[9]D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979.Hlm 115.
[10] Ibid.
[11]Ibid. hlm 116.
[12]Ibid. hlm 118.
[13]Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Djakarta, hlm 66.
[14]Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Djakarta, hlm 70.
[15] Ibid.,

[16] Muhanmmad Yamin, Gajah Mada. Hlm 79.
[17]Ibid. hlm 80.
[18]Ibid. hlm 81.
[19]Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Djakarta, hlm 62.
[20] Ibid.
[21]Ibid. hlm 63.
[22]Ibid. hlm 64.
[23]  Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majaphit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddhis Nalanda, Jakarta, 1978. Hlm 46.
[24] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara. Hlm 84.
[25] Pemberonakan yang berlaku di Majapahit sejak pemerintahan Raja Jayanagara, iaitu pemberontakan Rangga-lawe yang dikatakan berpunca daripada daripada sifait tidak puas hati dikalangan sahabat lama Putra Vijaya dengan pemberian yang tidak memadai setelah membantu baliau untuk menaiki tahta kerajaan.  Namun ada serjana berpendapat bahawa pemberontakan tersebut berlaku kerana salah faham  di antara dua pihak.  Iaitu apabila sebahagian pihak bersetuju dengan Kartanegara apabila mencadangkan pengabungan berdasarkan agama dan sebelah pihak lagi menentang, perkara ini disebabkan oleh anak kecil dari permaisuri Sumatera Dara Petak di beri gelaran Putera Kendiri yang merupakan keturunan melayu diangkat mewarisi pemerintah Jawa.  Oleh itu berlaku pemberontakan Rangga-lawe pada tahun 1295 masihi.. Hall D,G.E,  Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979. Hlm 104-105.
[26]D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 118.
[27]Marwati Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia,jilid II, Jakarta, 1984.Hlm 442.

[28]D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 113.
[29]Ibid.
[30]Ibid. hlm 115.
[31]Ibid. hlm 117.
[32] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik, Millennium Publisher, 2000. Hlm 38.
[33] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik, hlm 39.
[34] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara. Hlm 86.
[35] Brian Harrison, Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1966. Hlm 58.
[36]Ibid. hlm 66.
[37] Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majaphit Akhir. Hlm 91.
[38] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tafsir social politik, Hlm 116
[39]D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 336.
[40]Ibid. hlm 337.
[41] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan persatuan Nusantara. Hlm 88
[42]D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 337.
[43]Pengajian Malaysia, Sejarah Tanah Melayu, international Law Book Servies, 2010.Hlm 9.
[44]Ibid.                                                   
[45] Barbara Waston Andaya dan Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia, Edisi Bahasa Melayu, Macmillan Pableshers(M) Sdn Bhd, kuala Lumpur,1988. Hlm 38.
[46] Ibid.
[47]Ibid. hlm 48.
[48] Drs R. Pitono Hardjowardojo, Pararaton. Hlm 58
[49]Ibid.
[50]Ibid. hlm 59.
[51] Prof H.M Yamin, Tatanegara Majapahit. Hlm 66.

2 ulasan:

  1. mengenai kegemilangan majapahit ade? maaf....

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam