KELEMAHAN RAJA-RAJA
MAJAPAHIT SELEPAS HAYAM WURUK MERUPAKAN PENYEBAB UTAMA KEPADA KEMEROSOTAN DAN
KEJATUHAN MAJAPAHIT.
PENGENALAN.
Kerajaan
Majapahit muncul setelah kemusnahan kerajaan Sangahari apabila satu serangan
mengejut yang dilancarkan oleh kerajaan Daha.Ketika itu raja kerajaan Sangahari
adalah Raja Kartanegara, beliau telah panik kerana terkejut Daha menyerang
kerajaan Sangahari.Hal ini menyebabkan berlakulah pertempuran sengit diantara bala
tentera Daha dengan panglima tentera kerajaan Sangahari, diantarapanglima
tentera kerajaan Sangahari adalah Raden Wijaya.[1]Walaupun pertarungan sengit berlaku diantara kedua-dua
bala tentera namun akhirnya tentera Sangahari dapat ditewaskan menyebabkan kota
Kararaton dapat dimusnahkan dan dibakar.
Perang ini juga menyebabkan Raja Kartanegara terkorban.[2] Setelah itu Raden Wijaya berundur kearah
utara bagi mendapatkan pelindungan dari kerajaan mandura yang dulu bernaung
dibawah kerajaan mertua beliau. Raden Wijaya akhirnya mendapat layanan dari kerajaan
Mandura.Setelah itu beliau telah mengatur kembali strategi untuk menuntut balas
keatas kerajaan Daha keatas kematian mertua beliau yakni Raja
Kartanegara.Setelah itu baliau telah membuka penempatan baru dan membawa semua
orang Mandura tinggal di tempat tersebut.
Ketika orang mandura membuka penempatan dikawasan tersebut seorang orang mandura telah makan buah madja
yang pahit rasanya maka penempatan tersebut dinamakan sebagai Majapahit.[3]
Dengan itu kerajaan Majapahit diasaskan oleh
Raden Wijaya dengan gelaran sebagai
Prabu Kertajasa Jayawardana selapas
sahaja kehancuran kerajaan Kendiri yang dimusnahakan oleh pasukan tentera dari
china (Tiongkok) dalam Dinasti Ming yang ingin menyerang Prabu Kertanegara
namun dapat dipengarui oleh pemerintah Majapahit untuk menyerang Kendiri dan
akhirnya kerajaan kendiri di musnahkan.
Setelah itu Majapahit mula berkembang dan muncul sebagai kuasa besar di
Asia Tenggara.Mengikut pandangan sarjana Majapahit mengalami tiga situasi
pemerintahan.Pertama adalah zaman permulaan kedua adalah zaman kegemilangan dan
yang terakhir adalah zaman kemerosotan.
Zaman
kegemilangan adalah semasa Majapahit diperintah oleh Hayam Wuruk.Baliau
merupakan anak kepada Puteri Djajawisnuwardani dengan Kertawardana.[4] Sebelum kelahiran beliau, lahir seorang lagi
yang akan menjadi nadi kegemilangan Majapahit iaitu Mangkubumi Gajah Mada yang
memainkan peranan penting dalam keagungan kerajaan Majapahit. Hayam Wuruk yang mengunakan gelaran
Rajasanegara merupakan pemerintahan yang keempat Majapahit yang bermula pada
tahun 1328 masihi sehinggalah 1389 masihi.[5]
Zaman
pemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu oleh Mangkabuminya Patih Gajah Mada
mengalami puncak kegemilangan dimana seluruh pelusuk nusantara di bawah naungan
kerajaan Majapahit dan di selat Malaka.
Dengan bantuan kebijaksanaan dan sumpah Mangkabuminya yang dikenali sebagai
sumpah-palapa, dimana majapahit dapat menyatukan
seluruh kerajaan di Nusantara termasuk Pahang, Palembang, dan Temasik.[6] Namun baliau telah meninggal dunia semasa
Majapahit diambang kemegahan, iaitu pada tahun 1363 Gajah Mada telah jatuh
sakit yang telah lanjut usia, berita ini menyedihkan Hayam Wuruk kerana akan
kehilangan seorang perdana menteri yang menjadi kemegahan kemegahanya.
Setelah
kehilangan perdana menterinya yang bijaksana maka politik kerajaan mula
mengalami perubahan kerana jawatan selama ini yang dipegang oleh Mangkabuminya
tidak ada waris yang mampu menandingi beliau.Maka jawatan selama ini dipegang
olehnya dibahagikan kepada beberapa jabatan untuk diperintah oleh para pegawai
Majapahit.Setelah itu bermulanya kelemahan kerajaan Majapahit walaupun tidak
lagi menyerlah namun sudah mula berlaku kepincangan politik.Dan pada tahun 1389
masihi merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan Majapahit apabila
Prabu Rajasanegara (Hayam Wuruk) telah meninggal dunia.[7]Disini
keadaan digambarkan keruntuhan seratus tahun yang tidak dapat membangun
lagi.Kemangkatan Hayam Wuruk menjadikan kekuasan Majapahit semangkin tidak
meyerlah akibat bermulanya perebutan tahta kerajaan dan kepincangan
politik. Setelah kemangkatan dua tokoh
yang agung dalam kegemilangan kerajaan Majapahit yakni Mangkabuminya yang
merangkap perdana menteri majapahit Gajah Mada ( 1364 M ) dan Prabu
Rajasenegara ( Hayam Wuruk 1389 M) maka
era selepas ini dinamakan oleh sejana sebagai zaman kemerosotan majapahit yang
akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Majapahit dan berakhirnya kerajaan
hindu-budha di Jawa.
FAKTOR-FAKTOR
KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN MAJAPAHIT.
FAKTOR
DALAMAN
KELEMAHAN
RAJA SESUDAH HAYAM WURUK.
Setelah
kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 masihi maka pemerintahan kerajaan
diwarisi oleh pemerintah yang tidak berkelibar lagi. Penganti tahta kerajaan sesudah Hayam Wuruk
adalah Wirakramawardani yang memerintah dari tahun 1389 masihi sehinggalah
tahun 1429 masihi merupakan menantu kepada Hayam Wuruk.[8]Semasa
pemerintahan Wirakramawardani politik kerajaan mula merosot akibat ketidak
puashati dari segelintir keturunan Rajasanegara yang membawa kelemahan
pentadbiran kerajaan.Perang saudara mula meletus akibat Virabumi tidak
mengiktiraf kuasa Majapahit.[9]Perang
tercetus ini mengakibatkan kepincangan politik Majapahit yang menyebabkan
kawalan terhadap negeri naugan kurang diambil perhatian oleh raja Majapahit
yang akhirnya membuka jalan kepada penubuhan kerajaan baru yang tidak lagi
bernaung kepada pemerintahan Majapahit.Hal ini dibuktikan dengan pembebasan
Palembang dari kekuasaan majapahit.[10]Serta
kemunculan Melaka pada kurun ke 15 masihi.
Hal ini menunjukan kelemahan raja Majapahit menyebabkan banyak negeri
tidak lagi mengiktiraf kerajaan majapahit dan cuba untuk menubuhkan kerajaan
sendiri.
Akibat daripada perang saudara diantara Virabumi dan
Wirakramawardani menyebabkan Virabumi dibunuh terbunuh pada tahun 1406 masihi
dan kota Varabumi ditawan. Namun perang
tersebut menyebebkan kematian pegawai china.
Hal ini menyebabkan hubungan dengan kerajaan china mula regang, walaupun
hati maharaja cina dapat diredakan dengan wang ganti rugi yang dibayar oleh
Wikramawardani untuk menebus kematian
pegawai cina dalam perang tersebut.[11]Namun
Cina menjaga perhubunganya dengan negeri di timur.Pada tahun 1429 masihi raja
Wikramawardani meninggal dunia dan tampuk pemerintahan diwarisi oleh anak
baliau iaitu Ratu Suhita (1429-1447 M).
Semasa
pemerintah Ratu Suhita berlaku satu pemberontakan yang dipimpin oleh Bhre
Daha.Ini menunjukan kelemahan pemerintah yang mengakibatkan wujud pemberontakan
untuk mengulingkan kerajaan.[12]Selepas
kematian Ratu Suhita tahta pada tahun 1447 masihi tahta kerajaan diterajui oleh
Raja Kertavijaya yang merupakan saudara laki-laki Ratu Suhita. Ekonomi kerajaan
Majapahit semangkinlembab akibat kelemahan pemerintah Majapahit sendiri ini
kerana banyak daerah yang dulunya menjadi nadi ekonomi majapahit mula tidak
berhubung dengan kota pentadbiran Majapahit seperti kalimantan timur dan
pelembang.
Selepas pemrintahan Raja Kertavijaya
kerajaan Majapahit diperintah oleh Seri Radjasawardana pada tahun 1451 masihi
sehingga 1453masihi, namun selepas kematian baliau tiada waris yang memerintah
kerajaan Majapahit menyebabkan Majapahit tidak beraja. Dicatitkan bahawa ketika tahun 1453 sehingga
1456 masihi Majapahit tidak mempunyai Raja.Sehinggalah kemunculan Hiang
Purwawisjesa.[13]Namun
semasa pemerintahan Baliau Majapahit memindahkan pusat pemerintahan ke
Tumapil. Baliau memerintah selama
sepuluh tahun(1465-1466).
Setelah itu kerajaan Majapahit diperintah
oleh beberapa orang raja sehinggalah tiga orang raja terakhir yang memimpin
tahta kerajaan Majapahit iaitu Bera Widjaja yang berkuasa di Majapahit yang dikenali sebagai Prabu Adipati Udara dan
Prabu Maharadja Adipati Unus. Pemerintahan pusat semankin lemah apabila
ketenteraan Majapahit mula lumpuh kerana tidak mampu menepis serangan dari luar
lagi, ini menunjukan betapa lemahnya raja ketika ini memerintah Majapahit. Perkara ini dibuktikan semasa serangan yang
dilakukan oleh demak dalam ere pemerintahan Bera Wijaya tidak mampu untuk
menepis serangan tersebut yang menyebabkan kota Majapahit di diruntuhkan.[14]
Sehubungan
dengan itu juga, kelemahan raja-raja Majapahit yang terakhir yakni Bira Wijaya adalah
tidak mampu lagi mengawal perairan di selat Melaka.pemerintah Majapahit ketika
ini jelas kelihatan runtuh apabila terpaksa membuat perjanjian dengan
Melaka. perjanjian yang di lakukan pada
tahun 1518 masihi adalah peristiwa penting kerana terpaksa melakukan satu
perjanjian dengan Melaka. hal ini
menunjukan kemerosotan Majapahit apabila
melakukan perjanjian dengan pemerintah yang dulunya bernaung dibewa kekuasaan
Majapahit.[15]Sebelum
Negara Majapahit lenyap di Nusantara akibat serangan dari demak.Perkara ini
jelas menunjukan bahawa setelah zaman keemasan era pemerintahan Hayam Wuruk
maka waris pemerintah kerajaan yang lemah lagi tidak bijaksana dalam menangani
permasalahan politik Majapahit menyebabkan kerajaan ini sentiasa hilang
kewibawaan sehinggalah pemerintah terakhir sebelum dimusnahkann oleh kerajaan
Demak.Akhirnya kerajaan Majapahit jatuh dan tidak dapat dibantuh lagi.
KEMATIAN
GAJAH MADAH DAN HAYAM WURUK.
Kematian
gajah madah pada tahun 1364 masihi adalah titik tolak kepada kemerosotan politik
di pusat pemerintahan Majapahit.Sebelum beliau meninggal dunia keadaan Majapahit
yang begitu gemilang sekali kerana Majapahit ketika ini diambang kegemilangan.Namun
setelah beliau meninggal dunia, maka jawatan beliau tidak ada yang mampu
memikul dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa jabatan ini mengambarkan tiada
yang mampu menjawati kedudukan Gajah Madah.Kematian beliau menyedihkan Prabu
Hayam Wuruk sebelum wafat kerana tiada yang mampu mengantikan
kebijaksanaanya. Hal ini menyebabkan
jawatan Gajah Madah dipimpin oleh empat orang pegawai kerajaan, iaitu Warda
Menteri( menteri sapuh), Bernama Pu Tading, Tumenggug(mantjanegera) Pu Nala,
Menteri Anom Patih dan Perdana Menteri.[16]
Perkara
ini mengambarkan bahawa setelah kemangkatan Gajah Madah politik kerajaan
Majaphit mengalami perubahan yang begitu besar.Majapahit terpaksa berusaha
mencari yang terbaik untuk mengantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Gajah
Madah dan kesan dari kejadian tersebut maka bermulalah kemerosotan Majapahit
walaupun tidak lagi nyata sehinggalah kemangkatan Prabu Hayam Wuruk.
Dalam keadaan Majapahit yang mengampiri
kemerosotan akhirnya bermula setelah kematian Hayam Wuruk pada 1389 masihi setelah dua puluh lima tahun kematian
Gaja Madah.[17]Kematiannya
akhirnya membawa kepada kemerosotan Majapahit setelah tahta kerajaan beliau
wariskan kepada menantunya yakni Wikramawardana.[18]Hal
ini mengakibatkan bibit-bibit pergolakan politik bermula walaupun pada
permulaanya tidak berlaku.Sehinggalah timbul persoalan siapa yang berhak menguasai
tahta kerajaan dari anak silirnya Wirabumi.
PERGOLAKAN
POLITIK DAN PERANG SAUDARA
Faktor
seterusnya yang membawa kepada kemerosotan kerajaan majapahit adalah disebabkan
oleh perang saudara yang berlaku sesudah kematian Hayam Wuruk. Perang saudara
yang dikenali sebagai perang Paregreg itu akibat daripada persoalanwaris pemerintahan yang lebih layak
memimpin kerajaan Majapahit.Perang saudara ini berlaku akibat daripada
keinginan untuk menduduki tahta kerajaan.
Semasa Hayam Wuruk masih hidup, beliau telah mewasiatkan bahawa sesudah
beliau wafat tahta kerajaan akan diterajui oleh menantu beliau yakni
Wirakramawardana suami kepada puteri Kasumawardani.[19]Namun
Hayam Wuruk juga meningalkan waris dari selirnya yang bernama Raja Wirabumi
yang ditempatkan disebelah timur Jawa.
Maka wujud dua keluarga dari keturunan yang sama. Hal ini menyebabkan berlaku pergolakan
politik diantara kuasa pusat yang diperintah oleh Wirakramawardana dan kuasa
peringkat daerah yang diperintah oleh Wirabumi dan akhirnya tercetus perang
saudara.[20]
Wirabumi
tidak mengiktiraf kerajaan pusat kerana Wirakramawardana hanyalah menantu Hayam
Wuruk, sedangkan beliau adalah anak dari selir dari Prabu Hayam Huruk. Ini
menyebabkan Wirabumi tidak tunduk kepada
kerajaan yang berpusat di Majapahit.
Maka setelah pergolakan diantara dua buah keluarga berterusan maka
terletuslah perang saudara pada tahun 1404 M sehingga 1406 masihi yang dikenali
sebagai perang Paregreg.[21] Dalam perang ini Wirakramawardana
banyak mendapat sokongan dalam mempertahankan kerajaanya sehinggalah kematian
Wirabumi ketangan Raden Gadjah yang berpangkat Ratu Achirbaja.[22]
Walaupun Wirakramawarda memperolehi kemenangan namun ia memberi impak besar
kerana mulanya hilang pengaruhi pusat kepada daerah-daerah naugan Majapahit dan
lahir dendam dari keluarga pihak Wirabumi.[23]
Kesan
daripada perang saudara mengakibatkan lahir perasaan dendam dari sebelah pihak
yakni ahli keluarga Wirabhumi. Keadaan
ini dibuktikan semasa Ratu Suhita menaiki tahta kerajaan Majapahit pada tahun
1429 masihi menyebabkan pemerintahan berat sebelah kerana golongan yang dulu
melawan Wirabumi kini ditindas manakala orang yang membunuh Wirabumi yakni
Raden Gajah juga dibunuh.[24]Hal
ini menunjukan berlaku dendam dikalangan keluarga pemerintah kerajaan yang
mengakibatkan pemerintahan pusat tidak lagi aman.Ini menunjukan ketidak
tenteraman yang berlaku di peringkat pusat.
PEMBORONTAKAN
Selepas
sahaja pemerintahan Wirakramawardana tahta kerajaan diterajui oleh Ratu Suhita.Maka
semasa pemerintahan baliau telah berlaku satu pemborontakan untuk mengulingkan
kerajaan.Pemberontakan[25]
tersebut yang diketuai oleh Bhre Daha.[26]Walaupun
sebelum ini pemberontakan telah berlaku semasa pemerintahan Hayam Wuruk namun
senang sahaja di kalahkan oleh Mangkabuminya Gajah Madah. Dalam pemerintahan Ratu Suhita pemberontakan
ini membawa kesan yang besar kepada kota pemerintahan. Apabila pemberontakan berlaku di pusat
pemerintahan menyebabkan kawalan keatas daerah takluk berkurang kerana tertempu
kepada masalah untuk menyelesaikan masalah pemberontakan tersebut.Hal ini
menyebabkan kemerosotan kerajaan Majapahit apabila kurang penguasan keatas
negeri takluk.
PERTUKARAN
PUSAT PEMERINTAHAN.
Pemerintah kerajaan Majapahit yang kerap menukar pusat
pemerintahan menjadi faktor kepada kemerosotan Majapahit.Pada tahun 1451 M, Rajasawardhana telah
memindahkan pusat pemerintahan di Fahuripan.Sesudah pemerintahan beliau, yakni
era pemerintahan Raja Phre Wengker beliau telah memindahkan ibu negeri
Majapahit ke Tumapel pula.Selepas itu Bhre Padan Salas bertindak memindahkan
ibu negeri Majapahit ke Daha pada tahun 1468 M.[27] kerapnya pertukaran pusat pemerintahan ini
mengakibatkan kawalan keatas daerah naungan juga tidak menentu akibatnya ia
membawa kepada kelemahan kerajaan majapahit seterusnya membawa kemerosotan
kerana tiada pusat tetap sebagai kota pemerintahan kerajaan.
PENGARUH
CHINA TERHADAP NEGERI NAUGAN MAJAPAHIT
Kerajaan China ketika ini adalah dibawa
tampuk pemerintah dinasti Ming, walaupun Cina tidak melibatkan diri dalam soal
politik kerajaan di asia tengara namun pengaruhnya banyak mempengaruhi
negeri-negeri naugan kerajaan majapahit.
Pada tahun 1369 sehingga tahun
1383 Majapahit menghantar utusan
kepada Maharaja Cina namun pada masa yang sama Palembang juga menghantar
perutusan kepada Maharaja Cina.[28] Akibat daripada itu Cina mengiktiraf
kedua-dua kerajaan tersebut, lalu utusan membawa surat pengiktirafan kepada
Palembang telah dihantar. Namun
Majapahit tidak menerima hakikat tersebut kerana Palembang ketika itu dibawa
naungan Majapahit, lalu menyerang
Palembang dan menghancurkan kota
kerajaan tersebut serta membunuh utusan Cina setibanya sahaja ke
Pelembang.[29]
Selepas
pemerintahan Hayam Wuruk, tahta kerajaan diwarisi oleh menantu baliau iaitu
Wirakramawardana telah berlaku komplik pemerintahan pusat iaitu diantara
majapahit (wirakramawardana) dengan daerah yang dipimpin oleh anak Hayam Wuruk
yakni wirabumi.Menjadi permasalah kepada kerajaan Majapahit apabila
kedua-duanya diiktiraf oleh Maharaja Cina.[30] Akibatnya Wirabumi tidak pernah mengiktiraf
raja Wirakramawardana dengan mengambil tindakan tidak datang menghadap kota
kararaton. Maka hal ini menyebabkan
tercetusnya perang saudara yang mengakibatkan kematian Wirabumi.Kali kedua Cina
menyebabkan berlaku komplik kerajaan Majapahit.
Sehubungan dengan itu pengaruh cina juga
menyebabkan nageri naungan Majapahit tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit,
hal ini terjadi pada abad ke 15 masihi apabila kerajaan di Kalimantan yang maju
dalam bidang perdagangan ( wujudnya pelabuhan)
telah mula mengadakan hubungan dengan Cina dalam masa yang sama mereka
menghantar ufti kepada kerajaan Majapahit.[31] Perkara ini menunjukan negeri naugan
mejapahit telah mula cuba mendapatkan pengiktirafan untuk membebaskan diri dari
kawalan kerajaan Majapahit.
Disamping itu hubungan dengan Majapahit
juga mula regang apabila kemuncula Melaka pada abad ke 15 masihi. Dimana cina telah aktif menjalinkan hubungan
dengan Melaka sehinggakan utusan tidak lagi dihantar ke Majapahit.
PERKEMBANGAN
ISLAM
Keruntuhan kerajaan hindu Majapahit juga
akibat daripada munculnya agama islam di Majapahit dan sekitar Nusantara. Kedatangan agama islam keAsia Tenggara
menjadi pendorong kepada kemunculan kerajaan islam di Sumatera. Dalam keadaan majapahit yang semangkin tenat
kerana tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk mempertahankan kedudukanya
sebagai kerajaan Hindu pada abad ke 13 masihi.
Islam yang mula tersebar ke Jawa dibawa oleh para pedagang dan para
pendakwa dari Asia Barat dan Gujaret sebelah barat India.[32]
Perkembangan islam di Jawa telah bermula
dengan rakyatnya sendiri kerana rakyat banyak terdedah kepada golongan pedagang
yang memerlukan khitmat mereka.
Dikatakan rakyat jelata yang berkerja dipelabuhan dan kapal para
pedagang telah menerima islam lebih awal kerana mereka berkerja sebagai kelasi dan
juragan kapal.[33]Agama
hindu yang menjadi agama rasmi bagi kerajaan Majapahit semangkin hilang
pengaruh kerana perkembangan agama islam.
Semangkin banyak kawasan yang berkembang seperti Gersik, Sidadu, Tuban,
Djepara, Demak, dan Bentan yang menanuti agama islam.[34]Perkembang
daerah-daerah ini akhirnya tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit.
Perkembangan agama islam yang semangkin
mecabar kedaulatan Majapahit adalah terbukti apabila tuntutan Majapait ke atas
sebuah pelabuhan yakni pelabhan Perlak yang terletak di hujung pulau di Utara
Timur Laut berhampiran dengan Hujung
Intan yang didiami secara mejoriti telah memeluk islam dan tidak mengiktiraf
lagi pelabuhan tersebut di bawah naungan Majapahit.[35] Tuntutan yang dilakukan mejapahit adalah
untuk mendapatkan pelabuhan tersebut yang telah diduduki oleh penganut-penganut
agama islam tidak berjaya namun sebalikya yang berlaku iaitu telah menentang
kerajaan Majapahit. Perkara ini menujukan betapa lemahnya kerajaan Majapahit
apabila tidak mampu untuk menyekat kemasukan islam ke daerah naunganya suatu
ketika dahulu. Ini dibuktikan dengan
kemunculan Demak sebagai kuasa islam yang pertama di pulau jawa yang telah
berasa cukup kuat untuk melakukan serangan keatas Majapahit. Pada tahun 1478
masihi pasukan tentera islam Demak telah melakukan serangan ke atas kota
pemerintahan Majapahit yang menyebabkan kekalahan Majapahit.[36]Peristiwa
tersebut memburukan lagi kerajaan Majapahit apabila kawasan taklukanya di
tetapkan dan diperkecilkan hanya disekitar jawa timur sahaja pada abad ke 15
masihi.
Perkembangan agama islam di Jawa akhirnya
mencabar kewibawaan agama Hindu yang dianuti oleh pemerintah Majapahit. Agama hindu mula hilang pengaruh dikalangan
rakyat jelata kerana amalan kasta. Dalam
agama hindu sistem kasta adalah amalan yang diwarisi oleh seseorang oleh itu
pemerintah dikalangan golongan bangsawan mempunyai kasta yang tinggi berbanding
dengan golongan lain termasuk rakyatnya sendiri. Amalan ini mengakibatkan berlaku ketidak
puashatian dikalangan golongan bawahan terhadap sistem ini. Dengan perkembangan
islam yang disebarkan oleh para pedagang, maka ia mudah diterima oleh penduduk
tempatan kerana ajaran yang terdapat dalam islam itu sangat mudah. Kerajaan Majapahit
semangkin suram apabila terdapat golongan pemerintah majapahit telah memeluk
islam, ini menandakan bahawa pengaruh agama hindu sudah hilang di kalangan
pemerintah sendiri.
KEMUNCULAN
DEMAK DI JAWA.
Kerajaan Majapahit hanya tinggal atas nama
sahaja di Pulau Jawa pada tahun saka 1400 yang bersamaan
dengan 1478 masihi apabila serangan dari
Demak tidak dapat ditepis lagi oleh tentera Majapahit yang telah rapuh.[37] Namun penyelidikan oleh para sejarawan
menyatakan bahawa sebelum Demak menyerang Majapahit, ada kerajaan Hindu yang
lain menyerang iaitu waris dari kerajan Kendiri(Daha). Girindrawardana bertangungjawab keatas
Majapahit apabila beliau menyerang pada tahun 1478 masihi yang mengakibatkan kematian Prabu Brawijaya
di keraton.[38] Namun serangan tersebut tidak memusnahkan
kota Majapahit, tetapi tenteranya telah lemah,
setelah itu barulah Demak menyerang Majapahhit dan memusnahkan kota Majapahit.
Kerajaan Demak yang dietuai oleh Raden Fatah
telah menewaskan pertahanan Majapahit, banyak faktor yang membawa kepada
kemenangan Demak kepada Majapait selain serangan yang dilancarkan oleh kerajaan
Hindu lain. Faktor-faktor yang membawa
kepada kemenangan Demak adalah disebabkan oleh fungsi Demak dapat mengusai
perdagangan di dua pelabuhan utama iaitu pelabuhan Japara dan Gerisik.[39]Dengan
menguasai pelabuhan ini menyebabkan Demak menguasai kawasan dataran penanaman
padi yang terbentang luas di kawasan tersebut.Kekuasan kerajaan Demak
diteruskan oleh waris Raden Fateh yakni Pati Yunus baliau tidak memerintah lama
lalu digantikan oleh saudaranya iaitu Teranggana.Semasa pemarintahan Teranggana
Demak diambang kegemilangan dan telah mengunakan gelaran sultan.[40]
Kemunculan
Demak sebagai empayar islam di tanah Jawa
menyebabkan Majapahit semangkin
terhimpit dalam situasinya yang semangkin kelam. Majapahit kini tidak mampu lagi mempertahankan
kewibawaanya dari mana serangan luar.
Semasa pemerintahan raja terakhir Majapahit, yakni Raja Udara pada tahun
1518 masihi majapahit diserang oleh Dipati Yunus yang berkuasa di Demak yang
meruntuhkan pusat Negara Majapahit.[41]Perkara
ini menunjukan Majapahit tidak lagi berdaya untuk mempertahankan kerajaanya
walaupun dari serangan kerajaan kecil yang tidak mempunyai tentera yang ramai,
ini mengambarkan kemeosotan Majapahit yang tidak mampu dibantu lagi.
Keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa juga akibat
dasar yang dilaksanakan oleh Demak yakni meluaskan pengaruh agama islam
keseluruh pulau Jawa. Penganti Dipati
Yunus yakni Teranggara telah meluaskan lagi empayar Demak ke seluruh pulau
jawa.Perluasan empayar Demak juga banyak dibantu oleh para Ulama yang menjadi
negarawan dan hulubalang kerajaan Demak.
Hulubalang yang terkenal adalah Sunan Gunung Jati, beliau datang dari
Pasai dan mengawini saudara Teranggara setelah menunaikan Haji di kota Mekkah.[42]Baliau
menjadi wakil pemarintah untuk meluaskan di persisir barat pulau Jawa.Semasa
pelabuhan Ceribun dan Bantan di bawah pengaruh kerajaan- Budha yang bernama
Pajajaran.Baliau telah menguasai pelabuhan tersebut dari kerajaan Hindu. Hal ini menunjukan peranan pemerintah Demak
yang di bantu oleh hulubalang yang berkalebar manjadikan Kerajaan Hindu (
Majapahit) tidak mampu bertahan lama apabila peranan yang dimainkan oleh
pemerintah islam Demak. Hal ini
menunjukan kemunculan kerajaan islam demak di Pulau Jawa sendiri menjadi faktor
keruntuhan kerajaan Majapahit.
KEMUNCULAN
MELAKA
Kemunculan
Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotan dan
keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa.
Melaka yang diasaskan oleh waris dari raja Palembang iaitu Paramiswara
merupakan anak Sang Aji telah membebaskan diri dai lungkungan kerajaan
Majapahit setelah baliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semula kerajaan
Srivijaya apabila Majapahit mula jelas kelihatan kemerosotanya, beliau
merupakan wakil kerajaan Majapahit untuk
memerintah Palembang disamping itu beliau adalah menantu kepada Hayam Wuruk.[43]Paramiswara
yang telah melepaskan diri dari kekuasaan majapahit dengan melakukan penyucian
diri yang dikenali sebagai abheseka.Melalui
penyucian tersebut Paramiswara telah mengelarkan dirinya sebagai Sri Tri Buana
yang membawa makna Maharaja Tiga Buana.[44] Dengan itu bantera Majapahit menyerang beliau
ketika di Palembang, lalu melarikan diri ke Temasik( pulau Singgapura) untuk
mendapatkan perlindungan dari pemerintah temasik yang merupakan wakil kerajaan
Ayudhya di Thailand.[45]Namun
beliau akhirnya berpindah ke Muar apabila di serang oleh tentera Ayudhya kerana
beliau telah membunuh pemerintah Temasik ketika itu.Sehinggalah sampai ke muara
di Bertam lalu mendirikan kerajaan disana.[46]
Setelah
beberapa lama akhirnya Melaka telah muncul sebagai satu kerajaan yang unggul di
selat Melaka.terkenal sebagai pusat perdagang kerana fungsinya sebagai
pelabuhan enterport. Lebih menggukuhkan lagi kerajaan Melaka apabila hubungan
dengan Cina termeterai, hal ini menyebabkan tiada kerajaan lain yang berani
menyerang Melaka ketika itu termasuklah Majapahit.Kunjungan wakil Maharaja
Yung-Lo ke Melaka pada tahun 1404 masihi mengukuhkan kedudukan Melaka apabila
kuasa besar yang terdapat di Asia terutamanya siam ketika itu yang meluaskan
tuntutanya ke tanah melayu diberi amaran agar tidak menganggu kerajaan Melaka.[47]Perkara
ini menandakan bahawa ketika ini kerajaan Majapahit telah hilang pengaruh di
selat Melaka dalam kegiatan perdagangan.Melaka yang terkenal dengan pelabuhan
enterpotnya menyebabkan ekonomi Majapahit sudah merundum kerana pelabuhan yang
dibawah kekuasan Majapahit tidak lagi menjadi perhatian oleh para pedagang
kerana pelabuhan di bawa naungan Majapahit tidak lagi sesibuk dahulu ini kerana
banyak pedagang telah tertumpuh ke Melaka.
Kerajaan Melaka bertambah kukuh lagi
apabila pemerintah Melaka ketika itu memeluk agama islam dengan mengunakan
gelaran Sulatan Iskandar Shah. Perkara ini menyebabkan Melaka muncul sebagai
pusat penyebaran agama islam dan pusat intelektual di selat Melaka. akhirnya
Majapahit sendiri mengakui kerajaan Melaka, hal ini menandakan Majapahit tidak
lagi berdaya mempertahankan kedudukanya sebagai satu empayar kuat di selat
Melaka.
Majapahit yang telah berdamai dengan Melaka
melalui perjanjian pada tahun 1518
masihi menadakan kerajaan Majapahit telah mengiktiraf kerajaan Melaka sebagai
satu kuasa baru yang terletak di selat Melaka.
perkara ini mengambarkan kelemahan pemerintahan Majapahit sehingga
terpaksa melakukan perjanjian dengan kerajaan baru yang dulunya dibawa naungan
Majapahit pada suatu ketika dahulu.
BENCANA
ALAM
Sehubungan
dengan itu faktor yang membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan Majapahit
adalah disebabkan oleh faktor alam semulajadi.
Proses alam semulajadi menyebabkan bencana besar kepada kerajaan
Majapahit. Digambarkan dalam bahawa
telah berlaku gempa bumi yang berlaku pada tahun saka paksa dalam gaganahut
bulan 1362 bersamaan dengan 1440 masihi.[48] Namun selepas beberapa tahun kejadian yang
sama berlaku, iaitu selepas kematian Bhra Panjang. Digambarkan terjadinya gunung yang runtuh
berlaku dalam tahun saka welut 1373 bersamaan 1451 Tuhun masihi.[49]Kejadian
alam semulajadi ini mengancam kerajaan Majapahit kerana membawa banyak
bencana.Kejadian letusan gunung berapi seperti yang dicatatkan telah berlaku
pada tahun saka kayambara-sagareku 1403.[50]Ini
jelas mengambarkan keadaan alam semula jadi yang mengancam Majapahit.
Dicatit juga keadaan yang berlaku di
penghujung pemerintahan Suhita, telah
berlaku beberapa kali letusan gunung berapi.[51]
Perkara ini jika diselidik melalui ilmu geologi pusat pemerintahan kerajaan
majapahit termasuk dalam lingkaran api pasifik.
Bencana alam berlaku kerana proses yang berlaku terhadap geologi kerak
bumi secara semulajadi. Kejadian gempa bumi dan gunung berapai secara
autometiknya akan membawa mala petaka yang besar kerana dampak letusan gunung
berapi itu sendiri. Ini jelas menunjukan
bahawa bencana alam turut mempengaruhi kemerosotan dan keruntuhan kerajaan
Majapahit sesudah pemerintahan Hayam Wuruk.
Bencana
alam ini menjadi ancaman besar kepada ekonomi dan kepercayaan masyarakat
terhadap pemerintahan Majapahit ketika ini.Dari segi ekonomi bencana alam
seperti gunung berapi dan gempa bumi yang digambar telah berlaku menyebabkan semua
kegiatan penduduk terancam. Selain nyawa
meraka terancam kegiatan harian mereka
juga terganggu, letusan gunung berapi
yang mengeluarkan banyak debu dan abus panas memusnahkan semua tenaman penduduk
tempatan, hal ini menyebabkan ekonomi
kerajaan majapahit merosot disamping tiada pedagang datang mengunjungi pelabuhan majapahit.
Dari segi kepercayaan rakyat pula, apabila
berlaku bencana terhadap kawasan pemerintahan seorang raja maka raja berkenanan
telah hilang kewibawaan untuk memerintah dan akan digantikan oleh raja lain.tidak
lagi. Maka melalui keparcayaan tersebut
rakyat tempatan mula tidak mengiktiraf pemerintah kerajaan Majapahit
sehinggakan berkurangnya penduduk kerajaan Majapahit ini dibuktikan dengan
lemahnya sistem pertahanan kerajaan Majapahit akibat kekurangan angota tentera
sehingga tidak mampu menepis serangan dari kerajaan kecil yang baru muncul di
sekitar Jawa sendiri.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kelemahan pemerintahan raja-raja sesudah
Hayam Wuruk pada 1369 masihi merupakan faktor utama membawa kepada kemerosotan
dan keruntuhan kerajaan majapahit.
Kelemahan pemerintahan untuk mengembangkan dan mempertahankan empayar
Majapahit menyebabkan keluasan empayar empayar majapahit semangkin
mengecil. Perkara ini menadakan
majapahit yang tinggal nama sahaja sesudah itu.
Majapahit hanya tinggal nama dalam keagungan empayarnya kerana seratus
tahun selepas Hayam Wuruk kerajaan Majapahit tidak pernh lagi mengembangkan
kerajaannya namun sebaliknya berlaku, iaitu kerajaan terus jatuh dan jatuh
sehinggalah kehancurnya ketangan demak.
Melalui kelemahan pemerintah Majapahit menyebabkan wilayah-wilayah
naungan majapahit membebaskan diri dan lebih menyedihkan lagi apabila wilayah
naugan Majapahit sendiri yang memusnahnya bukan dari kerajaan luar seperti
Thailan.Perkara ini menunjukan betapa rapuhnya pemerintahan Majapahit setelah
mencapai zaman keemasanya. Disokong oleh
faktor-faktor lain yang membawa kepada kemusnahan Majapahit seperti pergolakan politik dan perang saudara. Malalui peperang sesama pemerintah
menyebabkan wujudnya kerajaan baru, kerana disebalik kesibukan dalam perang
saudara, ia memberi ruang kepada negeri naungan untuk mengukuhkan kedudukanya
ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit. Pemerintah Palembang ketika itu Paramiswara
telah berkeyakinan untuk menbebaskan diri keranan majapahit tidak lagi berkuasa
keatas negeri beliau.sehinggalah cita-cita baliau tercapai setelah
perpindahannya ke Melaka pada abad ke 15 masihi. Islam yang dibawa masuk oleh pedagang dari
luar menjadikan agama hindu mula pudar dari kalangan penduduk tempatan. Perkembangan islam yang tak mampu disekat
oleh pemerintah Majapahit menyababkan agama hindu hilang di bumi Jawa buat
selama-lamanya. Selain itu faktor yang
membawa keruntuhan majapahit disebabkan oleh faktor alam sekitarnya sendiri.
Disamping perubahan dasar luar china juga
yang mula regang hubungan dengan majapahit menjadi penyebabkan kemorosotan
majapahit. Kerajaan china telah
mengiktiraf Melaka sebagai satu kuasa di slat Melaka dan memberi perlindungan
politik diasia tenggara. Maka dengan itu
perhatian dari kerajaan cina terhadap majapahit
tidak menjadi perhatian maharaja cina apabila Melaka menadi pusat
enterpot di asia tenggara.
Perkara ini jelas menunjukan faktor dalaman
yang di sokong oleh faktor luaran menyebabkan kemerosotan dan keruntuhan
kerajaan majapahit yang berakhir pada tahun 1526 masihi dan merupakan kerajaan
hindu yang terakhir.
Department of history
Mark:
35/40% University
of Malaya
Exem:
48/60% Total: 83/100% Gred: A Kuala lumpur
BIBLIOGRAFI
1.Dr
R. Pitono Hardjowardojo, pararaton,
Bhratara Jakarta, 1965.
2.
Hall D.G.E., Sejarah Asia Tenggara,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979.
3.
H. Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit,
Jajasan Prapantja Djakarta,
4.
Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa
Masalah Majaphit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddhis Nalanda, Jakarta,
1978.
5.
Harrison Brian, Asia tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1966.
6.
Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan
Persatuan Nusantara, cetakan ketujuh, P.N Balai Pustaka Djakarta, 1972
7.Marwati
Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia,jilid II, Jakarta, 1984..
8. Pengajian Malaysia, Sejarah Tanah Melayu,
international Law Book Servies, 2010.
9. R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik, Millennium Publisher,
2000
10. Waston Barbara Andaya dan Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia, Edisi Bahasa Melayu,
Macmillan Pableshers(M) Sdn Bhd, kua.la Lumpur,1988.
[1]Dr R. Pitono Hardjowardojo, pararaton, Bhratara Jakarta, 1965. Hlm
37-38.
[2]Ibid. hlm 39.
[3]Ibid. hlm 44.
[4] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara,
cetakan ketujuh, P.N Balai Pustaka Djakarta, 1972. Hlm 22.
[5]H. Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja
Djakarta, hlm 49.
[6] Muhanmmad Yamin, Gajah Mada. Hlm 50.
[7]Ibid. hlm 80.
[8] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik,
Millennium Publisher, 2000. Hlm 35.
[9]D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979.Hlm 115.
[10] Ibid.
[11]Ibid. hlm 116.
[12]Ibid. hlm 118.
[13]Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja
Djakarta, hlm 66.
[14]Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja
Djakarta, hlm 70.
[15] Ibid.,
[16] Muhanmmad Yamin, Gajah Mada. Hlm 79.
[17]Ibid. hlm 80.
[18]Ibid. hlm 81.
[19]Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja
Djakarta, hlm 62.
[20] Ibid.
[21]Ibid. hlm 63.
[22]Ibid. hlm 64.
[23]
Hasan Djafar, Girindrawarddhana
Beberapa Masalah Majaphit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddhis Nalanda,
Jakarta, 1978. Hlm 46.
[24] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara. Hlm
84.
[25] Pemberonakan yang berlaku di
Majapahit sejak pemerintahan Raja Jayanagara, iaitu pemberontakan Rangga-lawe
yang dikatakan berpunca daripada daripada sifait tidak puas hati dikalangan
sahabat lama Putra Vijaya dengan pemberian yang tidak memadai setelah membantu
baliau untuk menaiki tahta kerajaan.
Namun ada serjana berpendapat bahawa pemberontakan tersebut berlaku
kerana salah faham di antara dua
pihak. Iaitu apabila sebahagian pihak
bersetuju dengan Kartanegara apabila mencadangkan pengabungan berdasarkan agama
dan sebelah pihak lagi menentang, perkara ini disebabkan oleh anak kecil dari
permaisuri Sumatera Dara Petak di beri gelaran Putera Kendiri yang merupakan
keturunan melayu diangkat mewarisi pemerintah Jawa. Oleh itu berlaku pemberontakan Rangga-lawe
pada tahun 1295 masihi.. Hall D,G.E, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1979. Hlm 104-105.
[26]D.G.E Hall, Sejarah Asia
Tenggara.Hlm 118.
[28]D.G.E Hall, Sejarah Asia
Tenggara.Hlm 113.
[29]Ibid.
[30]Ibid. hlm 115.
[31]Ibid. hlm 117.
[32] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik,
Millennium Publisher, 2000. Hlm 38.
[33] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial – Politik,
hlm 39.
[34] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara. Hlm
86.
[35] Brian Harrison, Asia Tenggara,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1966.
Hlm 58.
[36]Ibid. hlm 66.
[37] Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majaphit
Akhir. Hlm 91.
[38] R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tafsir social politik,
Hlm 116
[39]D.G.E Hall, Sejarah Asia
Tenggara.Hlm 336.
[40]Ibid. hlm 337.
[41] Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan persatuan Nusantara. Hlm
88
[42]D.G.E Hall, Sejarah Asia
Tenggara.Hlm 337.
[43]Pengajian Malaysia, Sejarah Tanah Melayu, international Law
Book Servies, 2010.Hlm 9.
[44]Ibid.
[45] Barbara Waston Andaya dan
Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia, Edisi Bahasa Melayu, Macmillan Pableshers(M)
Sdn Bhd, kuala Lumpur,1988. Hlm 38.
[46] Ibid.
[47]Ibid. hlm 48.
[48] Drs R. Pitono Hardjowardojo,
Pararaton. Hlm 58
[49]Ibid.
[50]Ibid. hlm 59.
[51] Prof H.M Yamin, Tatanegara
Majapahit. Hlm 66.
mengenai kegemilangan majapahit ade? maaf....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam