PENGENALAN.
Kedatangan Belanda pada awal abad ke 15 M di Bitawi akhirnya meluaskan pengaruhnya di tanah melayu
selepas sahaja menundukan Portugis di Melaka pada 1641 M atas bantuan dari kerajaan Johor.[1] Dalam hal ini pengkaji hanya membincangkan
penguasaan Belanda di Melaka seterusnya mempengaruhi negeri-negeri melayu,
terutamanya Perak dan Selangor. Belanda
yang menguasai Melaka pada tahun 1641 M hanya untuk di jadikan sebuah pangkalan
bagi memenuhi keperluan perdaganganya di Bitawi.[2] Oleh itu Belanda harus mendapatkan bahan
mentah secukupnya untuk keperluan
perdaganganya di Asia. Perkara ini
menyebabkan Belanda terpaksa menjalankan
dasar monopoli dalam perdagangan bijih timah.
Belanda yang bertapak di Melaka
mengamalkan tiga dasar untuk menguasai perdagangan bijih timah di negeri Perak
dan Selangor. Pertama sekali langkah
yang di jalankan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) adalah menerusi
peperangan, sebagai contah pada tahun 1657 belanda menyerang dan mengalahkan
bugis di Linggi dan diakhiri dengan system “kontrak”. Manakala yang kedua pula adalah melalui
pengeluaran “pass” kepada kapal-kapal
yang berdagang di selat Melaka dan yang terakhir adalah “jaminan keselamatan”, sebagai contoh apabila meletus perang saudara
di antara kerajaan melayu maka mereka akan berpaling kepada Belanda.[3]
Manakala Perak adalah antara negeri
yang terkaya dengan sumber bijih timah[4] di
Tanah Melayu. Pengasasan negeri perak[5]
adalah kesinambungan dari Kesultanan Melaka iaitu apabila Raja Muzafar Shah[6] di
jemput ke Perak dan di tabalkan sebagai Sultan di sana. Hal ini menunjukan Perak adalah kesinambungan
dari kesultanan Melaka. Pada tahun 1573
M Perak di bawa naungan Aceh yang di perintah oleh Sultan Iskandar Muda. Setelah Belanda menguasai Melaka maka Sultan Muzafar
Syah telah mengutuskan perutusan untuk membuat perjanjian pada tahun 1642 M dengan
harapan dapat membebaskan diri dari belengu kekuasaan Aceh dan ancaman Siam
ketika itu yang sedang menjalankan kempen ketenteraanya di negeri pantai timur terutamanya
Terangganu dan Kelantan. Bermula dengan peristiwa tersebut Belanda mula
memonopoli dalam pengeluaran bijih timah bagi menjamin kebebasan negeri Perak walaupun
setengah pembesar tidak bersetuju dan ketika itu jugalah Belanda telah mendirikan
kilang di sungai Perak.[7] Ancaman Aceh keatas Perak semangkin lumpuh
apabila Sultan Iskandar Muda telah mangkat pada tahun 1636 M. Seterusnya memudahkan Belanda campur tangan
dalam aktiviti pengeluaran bijih timah di Perak sehinggalah kedatangan Inggeris
ke tanah melayu pada 1795 M.
Selangor
pula merupakan negeri baru muncul pada tahun 1766 M apabila Raja Lumu menduduki
tahta kerajaan selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin, iaitu negeri yang dulunya di bawa naungan
kerajaan Melaka dan Johor kini telah bebas dari naungan kerajaan Johor.[8] Kedudukan negeri Selangor bertambah kukuh pada
tahun 1766 M apabila dinobatkan sebagai
Sultan yang sah oleh negeri perak yang ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud
(Raja Kimas).[9] Maka bermula dari peristiwa tersebut, Selangor telah membebaskan dirinya secara mutlak apabila mengunakan gelaran Sultan dalam
pemerintahan. Sultan yang pertama adalah
Raja Lumu yang dikenali sebagai Sultan Salehuddin.[10] Perkara ini menunjukan bahawa pengaruh orang
bugis di Selangor bertambah kuat, ini bukan sahaja di sebabkan oleh jumlah
orang bugis yang ramai mendiami wilayah Selangor terutamanya di Sungai Selangor
dan Linggi.[11] Belanda mula berjinak dalam perdagangan bijih
timah di Selangor bermula sebelum penobatan Raja Lumu lagi, apabila Sultan Sulaiman
(Johor) membenarkan Belanda menjalankan perdagang bijih timah di Selangor
sebagai tanda berterima kasih kerana membantu Raja Mahmud (Raja Buang)
menumpaskan saudaranya Raja Ali di Siak.
Hal ini menyebabkan Belanda mula bergiat dalam perdagangan bijih timah
di Selangor pada awal abad ke 18 M.
SITUASI DI NEGERI PERAK KESAN DARIPADA PENGLIBATAN BELANDA DALAM PERDAGANGAN BIJIH TIMAH.
EKONOMI
Walaupun
berlaku perkembangan ekonomi di negeri Perak dalam pengeluaran bijih timah,
namun ia lebih menguntungkan Belanda berbanding negeri Perak. Hal ini kerana Belanda telah menjalankan
monopoli dalam perdagangan bijih timah di Selat Melaka dengan cara menetapkan
harga bahan tersebut. Pada abad ke 18 M,
Belanda telah bergiat kembali dalam
perdagangan bijih timah di Perak pada 20 November 1745 atas arahan gabenor
jeneral Bitawi ketika itu ialah Baron Van Imhoff kepada gabenor Melaka( Wilhelm
Albinus) dan telah membuka loji di pulau pangkor semula.[12] Perjanjian antara V.O.C dan Perak hanya ditandatangani
dua tahun selepas itu iaitu pada 25 Jun 1747.
Perjanjian telah ditandatangani oleh Sultan Muzaffar Syah dengan Arry
Verbrugge dan Perjanjian tersebut mengandungi 13 isi
kandungan.
Antara
isi kandungan perjanjian tersebut adalah mengenai perdagangan bijih timah
antara pihak V.O.C dan Perak. Dalam
perjanjian tersebut menerangkan bagaimana Belanda akan menjadi pembeli bijih
timah dari Perak dan sebaliknya pula Perak akan menjual hasil bijih timah hanya
kepada pihak Belanda. Misa Melayu karya
tulisan Raja Chulan menceritakan bagaimana perkara ini berlaku, melalui
tindakan Belanda yang di anggap bijak
dapat memonopoli keseluruhan pengeluaran bijih timah di Perak.[13] Belanda yang bijak telah menawarkan harga
yang rendah berbanding dengan peniaga lain.
Tindakan V.O.C yang menetapkan harga sebahara bijih timah sebanyak 30
rial Sepanyol dan ia akan dikenakan
cukai sebanyak 2 rial bagi setiap bahara dan cukai ini menjadi pendapatan
Sultan Perak.[14] Misa Melayu juga menerangkan bagaimana
Belanda membina Loji di pangkalan Halban, Tanjung Putus. Selain itu Misa juga mengambarkan bagaimana
perkembangan aktiviti perdagangan bijih timah ini menyebabkan kemajuan kerana
perdagangan tersebut menyebabkan peningkatan pendapatan Sultan Perak, seperti
mana dalam karangan Misa Melayu menyatakan bahawa “ Dengan adanya pembeli bijih timah dari orang-orang Belanda itu, maka
negeri Perak pun makmurlah dan wang pun banyak bertukar tangan”.[15] Perkara ini menunjukan bagaimana peningkatan
aktiviti perdagangan bijih timah di Perak menjadi punca pendapatan utama
disamping terdapat perniagaan barang-barang lain di jalankan sebagai contoh
hasil hutan seperti rotan, damar, padi, dan lain-lain termasuk gajah.
Selepas
kemangkatan Sultan Muzaffar Syah pada tahun 1756 M, menyebabkan Raja Muda iaitu
Raja Iskandar menaiki tahta kerajaan dengan gelaran Sultan Iskandar
Zulkarnain. Beliau telah memerintah
selama 14 tahun dari 1756 M sehingga 1770 M.[16] Semasa
pemerintahan beliau, hubungan Belanda-Perak sedikit rengang apabila tindakan
juru bahasa India yang di utuskan oleh V.O.C telah bertindak melampau dengan
menghantar surat yang tidak mempunyai sampul yang sempurna dan tidak
memberitahu kepada Shahbandar dan Laksamana.
Akibatnya juru bahasa tersebut dihalang menghadap sultan. Maka pihak Belanda di Melaka telah
mengutuskan perutusan ke Bitawi agar membenarkan bertindak, hal ini menyebabkan angkatan tentera kompani
Belanda dari Bitawi datang dengan kekuatan tentera sebanyak 7 buah kapal.[17]
Perkara ini menyebabkan Sultan Iskandar
Zulkarnain bersiap sedia dengan pengawal-pengawal yang lengkap bersenjatakan
keris, istingggar, pemuras, pistol dan lain-lain. Namun perang tidak berlaku, tetapi perjanjian
telah di tandatangani bagi mengukuhkan perhubungan antara Perak dan
Belanda. Belanda telah menghantar tiga
buah kapal dari Bitawi yang diktuai oleh R.E.F Lybroke. Mereka telah menyerahkan sepucuk surat kepada
Sultan Iskandar, kehendak V.O.C adalah membeli
bijih timah dan menghendaki bijih timah yang di beli hendaklah di bawa ke hilir
sungai Perak melalui pangkalan Belanda di Tanjung Putus dan di sana akan
dilakukan aktiviti jula beli.[18]
Setelah
kemangkatan Sultan Iskandar Zulkarnain pada 19 julai 1765 M,[19]
tahta kerajaan Perak diterajui oleh Raja Kimas ( Paduka Seri Muhmud Syah),
hal ini menyebabkan Belanda memperbaharui perjanjianya dengan Perak.
Perjanjian tersebut ditandatangani pada
17 Oktober 1765 M. Edward Cremer cuba mempengaruhi Sultan agar menjual semua
bijih timah hanya kepada Belanda dengan harga 30 rial untuk satu bahara namun Sultan
Mahmud Syah menolak permintaan tersebut.[20] Hal ini menyebabkan Edward Cremer yang
dihantar pada September 1765 M gagal untuk mendapatkan harga rendah kerana
Sultan Mahmud Syah mengunakan alasan harga bijih timah yang ditawarkan oleh British
adalah tinggi sehingga 40 rial sebahara.
Walaupun Raja Muda dan Raja Bandahara bersetuju dengan tawaran Belanda
untuk menjual bijih timah pada harga 30 rial.[21] Keadaan ini berterusan sehinggalah
kemangkatan Sultan Mansor. Setelah
Sultan Alauddin Mansor Syah menaiki tahta kerajaan pada tahun 1773 M, beliua telah bersetuju menjual bijih timah
dengan harga 32 rial dan tetap mengekalkan cukai 2 rial.[22] Dasar yang di jalankan oleh Belanda yang
mengenakan harga yang rendah menyebabkan kemerosotan perdagangan bijih timah
kerana pengusaha bijih timah tidak menjual kepada Belanda sebaliknya di bawa
keluar dari Perak untuk dijual kepada saudagar Aceh, Cina, India dan Inggeris
yang menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan Belanda. Walaupun
Sultan Alaudin agar pihak Belanda menaikan harga sebagaimana saudagar lain,
namun Gabenor Melaka, Pieter De Bruyn tetap berkeras tidak mempedulikan
permintaan tersebut. Kesanya menyebabkan
penyeludupan bijih timah berlaku dan tidak dijual kepada Belanda.[23]
Pada
tahun 1781 M, British telah datang ke Perak, menyebabkan Bartholomew Meyer
(Residen Belanda di Perak) disuruh menyerah dan meninggalkan Perak ataupun di
serang.[24]
Walaupun begitu, Keadaan perdagangan
bijih timah antara Perak dan Belanda masih tetap berlaku, di mana gabenor De
Bruy sanggup membayar harga timah pada 32 rial sama seperti kontrak yang dibuat
pada tahun 1773 M. Keadaan ini
menyebabkan penjualan bijih timah kepada saudagar selain Belanda masih berlaku
kerana harga yang ditawarkan terlalu rendah,
walaupun Sultan Alaudin mengambil tindakan keras kepada sesiapa yang
didapati menjual kepada pihak luar selain belanda, sebagai contoh pada tahun
1786 M seorang penjual bijih timah membawa timah keluar ke Kedah untuk di jual
telah tertangkap menyebabkan dikenakan hukuman menjadi hamba bersama
keluarganya dan barangan di rampas.
Selain itu, penyeludup juga akan dikenakan hukuman mati. Pada tahun 1778 masihi British telah menjadi
saingan ekonomi kepada Belanda, pada tahun 1799 M Belanda telah kalah dalam
peperangan dengan Perancis dalam perang Napolion, dengan itu V.O.C telah di
bubarkan dan Melaka telah di serahkan kepada British yang kemudianya perjanjian
KEW telah ditandatangani.[25] Setelah itu, British telah masuk ke negeri Perak
dan memaksa komandan Christoffel Wall Beehm untuk menyerahkan Kota Belanda dan menyuruh
orang-orang Belanda keluar dari Perak.
Setelah itu, British mula mengembangkan dan menjalankan sistem baru
dalam mencorakan keadaan ekonomi di negeri Perak khususnya dalam perdagangan
bijih timah pada abad ke 19 M.
LANUN
Seterusnya situasi yang dapat kita
perihalkan kesan daripada monopoli Belanda dalam perdagangan bijih timah adalah
berleluasanya kegiatan lanun pada abad ke 18 masihi.[26] Perkembangan kegiatan ekonomi yang semangkin
rencak di perairan sungai Perak akhirnya telah menimbulkan satu permasalah yang
paling besar bagi pedagang terutamanya Belanda pada abad ke 18 masihi iaitu
lanun. Perkembangan perdagangan di
perak menjadi perhatian peniaga-peniaga dari Aceh dan Belanda, namun kegiatan
merompak yang semangkin meningkat selat dinding menyebabkan gangguan terhadap aktiviti perdagangan terjejas. Bagi orang-orang barat terutamanya Belanda
merasa perdagangan meraka terganggu oleh penduduk tempatan yang dikatakan
sebagai lanun, tetapi masyarakat tempatan bertindak sedemikian kerana hak
meraka telah diambil oleh Belanda sendiri terutama apabila perdagang mereka
terganggu disebabkan oleh diboikot oleh Belanda sendiri.[27]
Kesan daripada tindakan Belanda yang
memonopoli perdagangan di selat Melaka menyebabkan meningkatakan lagi kegiatan
lanun ini. Mengikut pendapat yang dikeluarkan oleh
Stamford Reffles, menyatakan bahawa orang melayu menjadi lanun kerana tindakan
yang dilakukan oleh Belanda yang menghalang perdagangan bebas.[28] Hal ini
menyebabkan kegiatan merompak di persisir pantai Perak telah mula berlaku sejak
Belanda memonopoli kegiatan di negeri tersebut. Perkara ini berlaku kerana tindakan pembesar
negeri Perak yang tidak berpuas hati telah menjemput orang laut bagi membantu
mereka untuk menyerang kedudukan dan kapal milik belanda.[29] Perkara ini menunjukan bahawa tindakan
belanda yang mengongkong kebebasan perdagangan di perak menyebabkan tindakan
sebahagian besar pembesar negeri perak sendiri terlibat dalam kegiatan ini,
sebagai contoh Dato’ Bandahara meminta penglima kulup untuk menyerang belanda
di pulau pangkor dan Sultan Mahmud Iskandar Syah tidak merestui kegiatan
merompak di laut akan tetapi beliau tidak mengambil tindakan apa-apa. Perkara ini menyebabkan pemerintah sendiri
tidak berusaha mencegah kegiatan merompak ini kerana ia berlaku disebabkan oleh
tindakan Belanda sendiri.[30]
Dilaporkan pada tahun 1755 M, sebuah kapal
milik belanda telah dirompak di larut, selepas itu Belanda cuba membenteras
kegiatan tersebut dengan menlancarkan sistem Pass bagi semua kapal yang berdagang di selat Melaka. Kesanya
mendapat tentangan dari pedagang dan pelaut kerana ia menyebabkan kawalan
keatas pedagang, perkara ini turut mendapat
tentangan dari Sultan Iskandar
Zulkarnain pada tahun1758 M.[31] Oleh
itu, kegiatan merompak semangkin meningkat pada penghujung abad ke 18 M, kerana
keuntungan yang tinggi diperolehi hasil rompakan dan kesanya telah menarik kaum lain untuk
turut serta merompak termasuklah orang Melayu, Bugis, Minangkabau, dan Arab
sendiri turut menjadi perompak. Kesan
yang paling ketara keatas Belanda adalah apabila tidak mampu mengawal kegiatan
ini sehinggalah Inggeris campur tangan untuk meredahkan situasi ini pada tahun
1795 M.
SITUASI DI NEGERI SELANGOR KESAN DARIPADA MONOPOLI
BELANDA DALAM PENGELUARAN BIJIH TIMAH.
EKONOMI
Seterusnya dibincangkan mengenai situasi
di negeri Selangor ekoran penglibatan Belanda dalam perdagangan bijih timah
dari aspek ekonomi. Awal abad ke 18 M
Selangor masih dibawa kekuasaan Johor,
maka apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah datang melawat ke Melaka
kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada Belanda kerana sudi membantu Raja
Mahmud (Raja Buang) yang mengalahkan saudaranya
Raja Alam di Siak.[32] Melalui peristiwa tersebut Sultan Sulaiman
telah menandatangani satu perjanjian dengan Belanda di Melaka dengan
membenarkan Belanda memborong hasil bijih timah yang dikeluarkan di Selangor.[33] Bermula dari peristiwa tersebut Belanda mula
mengiatkan diri dalam perdagangan bijih timah di Selangor Sebelum penobatan Raja
Lumu pada tahun 1766.[34] Hal ini dibuktikan lagi melalui
catatan-catatan sumber Belanda yang menyatakan bahawa Daerah yang kaya dengan
bijih timah adalah Daerah Kelang dan Kuala Selangor.[35] Keadaan
Selangor tidak lagi menampakan perkembangan dalam bidang ekonomi pada masa
ini, namun setelah penobatan Raja Lumu
maka Selangor telah muncul sebagai pesaing perdagangan kepada Belanda pada
pertengahan dan penghujung abad ke 18 M.
Setelah
pertabalan Raja Lumu maka selangor berpotensi besar dalam bidang
perdagangan, hal ini menyebabkan
selangor muncul menjadi pencabar dan pesaing kepada Belanda di Melaka. Selangor telah aktif menjalankan perdagangan di selat Melaka dengan menjalin hubungan
perdagangan dengan Aceh, Riau dan kerajaan luar yang lain. Hal ini dibuktikan melalui sumber Belanda
yang menyatakan bahawa terdapat beberapa
buah kapal yang berkunjung ke Melaka sebelum pergi ke kuala Selangor. Hubungan perdagangan yang dijalankan antara Selangor
dan Belanda berjalan dengan baik sahaja, namun kemajuan yang dicapai oleh Selangor
menyebabkan Belanda mula curiga dengan kerajaan Selangor.
Perkembangan perdagangan bijih timah yang
pesat menyebabkan Kuala Selangor terkenal sebagai pusat pengumpulan bijih timah
pada penghujung abad yang ke 18 masihi.
Perkembangan perdagangan bijih timah ini menjadikan permintaan pasaran
yang tinggi, hal ini menyebabkan harga
bijih timah melambung tinggi sehingga lebih 39 rial. Walaupun harga ditawarkan melebihi 40 rial
dipasaran, tetapi Belanda[36]
tetap menawarkan harga sebanyak 34 rial sahaja.
Maka hal inilah menyebabkan Selangor menjual bijih timahnya kepada
saudagar yang menawarkan harga yang lebih tinggi, keadaan ini menjadikan ancaman kepada Belanda[37]
Tindakan Belanda yang berkeras dengan pendirianya
tidak menaikan harga menyebabkan Selangor menjadi tumpuan saudagar dari pembesar
tempatan dari Linggi, Rembau dan Perak sendiri.
Walaupun Belanda telah menaikan
harga timah kepada 34 rial dari 30 rial, namun di Selangor harga timah terus
melonjat naik daripada 36 rial kepada 39 rial.
Akhirnya Belanda telah menuduh Selangor bertangungjawab menghantar wakil
ke daerah tersebut agar membawa hasil timah ke Kuala Selangor dan mengangap
tindakan tersebut bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui antara
kerajaan tempatan yang lain.[38] Selepas pemerintahan Sultan Salehudin, beliau
di gantikan oleh puteranya Raja Ibrahim.
Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, Selangor telah menjalin hubungan
perdagangan dengan pedagang ingeris di buktikan dengan kemunculan kapal ingeris
di Kuala Selangor untuk melakukan perdagngan. Pedagang inggeris membawa kain dan candu ke
Kuala Selangor dan membeli bijih timah untuk dibawa balik semula ke Pulau Pinang,
antara kapal Inggeris yang berdagang di Kuala Selangor termasuklah Junk Selang di nakhodai oleh Jemes Scott dan The Bloome diketuai oleh Francis
Light.[39] Perkara ini menyebakan Belanda mengangap Selangor
sebagai saingan seterusnya membawa kepada ketegangan hubungan antara Belanda
dengan Selangor
PEPERANGAN
Sehubungan dengan itu, keadaan situasi di
Selangor ekoran daripada penglibatan Belanda dalam perdagangan bijih timah
dapat dilihat dari sudut komplik yag berlaku di antara dua kuasa ini. Peperangan yang melibatkan Belanda dan pihak
bugis banyak mencorakan situasi di Selangor pada akhir abad yang ke 18 M. selain factor peperangan antara kerajan Riau
dengan Belanda menjadi punca kepada meletusnya perang Selangor menentang
Belanda, factor perdagangan bijih timah juga menjadi punca keada perang
tersebut kerana usaha belanda yang ingin memonopoli perdagangan bijih timah. Perang antara Belanda yang berlaku pada tahun
1784 M hingga 1786 M memberikan kesan keatas negeri selangor.
Peperangan yang meletus pada 4 jun 1782 di
antara kerajaan Johor (Riau) yang di serang oleh Belanda di ketuai oleh Toger
Abu dengan kekuatan angota tentera seramai 1504 orang dan kapal perang 11 buah, mereka telah melakukan kepungan selama 11
bulan keatas kerajaan Johor. Perkara ini
hanya berakhir apabila kapal perang Malakka’s
Welveran Berjaya diletupkan
menyebabkan pengunduran Belanda di Johor kerana ia melemahkan pertahanan
Belanda apabila seramai 800 orang tenteranya terkorban. Perkara ini telah diketahui oleh Sultan
Ibrahim, bahawa saudaranya Raja Haji telah diserang menyebabkan Selangor dengan
bantuan Penghulu Rembau dan Pedas untuk menyerang Melaka. Maka berlaku pertempuran di batang tiga dan
tentera Belanda dapat di tewaskan lalu berundur ke kota Melaka.
Keadaan semangkin memuncak apabila Sultan
Ibrahim bersekutu dengan saudaranya Raja Haji dari Riau uttuk menyerang Melaka.[40] Sultan Ibrahim dan 30 pengikutnya pergi ke
Riau dan mengajak saudaranya Raja Haji untuk berkerjasama bagi memerangi
Belanda di Melaka dan akhirnya Raja Haji telah bergabung tenaga untuk berperang
melawan Belanda di Melaka. Proses peperangan yang sengit antara Riua yang
bergabung dengan Selangor dan Belanda yang mendapat bantuan dari Siak mengambil
masa selama hampir setahun. Peperangan
ini memihak kepada apabila Belanda mendapat bantuan di Bitawi, maka belanda akhirnya Berjaya menewaskan
Selangor dan kekalahan tersebut juga banyak mengorbankan pahlawan bugis
termaasuklah Raja Haji sendiri, yang tewas pada terk pada 18 jun 1784 M. Hal ini menyebabkan Sultan Ibrahim bersama
300 pengikutnya berundur ke Pahang.[41] Belanda telah menguasai Kuala Selangor dan
mendirikan pertahanan disana, namun tidak lama selepas itu, pada junuari 1785, Sultan Ibrahim datang
semula ke Selangor untuk mendapatkan pusat pemerintahan semula dangan bantuan
dari pihak Pahang yang diperintah oleh Temengung Tun Abdul Majid. Dalam serang balas mengejut ini menyebabkan
tentera Belanda di binasakan dan mereka terpaksa memusnahkan pertahanan mereka
dengan merosakan peralatan perang (meriam dan serbuk bedil) agar tidak
digunakan oleh tentera selangor lalu mereka berundur ke kota Melaka.[42]
Selama Belanda berada di Melaka ia tidak
mempengaruhi situasi politik di selangor kecuali pada tahun 1784-1786 kerana
waktu ini belanda menguasi sepenuhnya negeri selangor. perkara ini kesan daripada kekalahan sultan
Ibrahim dalam peperangan tahun tersebut.
Setelah peristiwa tersebut sultan Ibrahim terpaksa berundur dari
selangor ke Pahang. Pahang ketika ini di
perintah oleh bandahara tun abdul majid.
Setelah itu, belanda telah
melantik raja Muhammad Ali sebagai Yang di-pertuan selangor dan dibantu oleh
anak saudaranya Saidi Ali.[43] Walaupun Raja Muhammad menjadi Yang
dipertuan selangor atas perlantikan belanda, namun akibat belanda tidak puas
hati dengan prestasi beliau telah dilucutkan jawatan menyebabkan beliau kembali
semula ke siak. Keadaan ini menyebabkan
kekosongan pemerintahan selangor, maka disebabkan itu Saidi Ali telah
mengangkat dirinya menjadi Yang Dipertuan selangor pada tahun 1784. Keadaan ini menyebabkan situasi politik
selangor semangkin tegang apabila pembesar tempatan tidak tidak mengiktiraf
kedudukan Saidi Ali sebagai Raja mereka.[44]
Keadaan ini menyebabkan perdagangan
bijih timah belanda semangkin merosot apabila pembesar-pembesar selangor engan
menjalankan perdagangan bijih timah dengan belanda kerana selagi belanda tidak
merajakan semula sultan selangor yang sebenarnya selagi itulah mereka tidak
akan berkerjasama dengan belanda.[45] Keadaan ini berlarutan sehinggalah sultan
Ibrahim datang semula menyerang dan mendapatkan kedaulatan selangor dari
belanda pada pertengahan tahun 1785.
Kesan serangan tersebut sultan Ibrahim memeritah selangor semula,
manakala Saidi Ali telah mengantungkan nasibnya kepada belanda dan setelah itu
beliau telah kembali ke siak.[46] Pada tahun 1786 belanda dan selangor telah
berdamai semula serta menandatangani satu perjanjian damai, antaranya
menyebutkan bahawa bijih timah akan dijual kepada Belanda sehinggalah tahun
1795 apabila british menguasai Melaka(mengikut perjanjian KEW).
PENUTUP
Kesimpulanya, penguasaan belanda ke atas kota Melaka pada
tahun 1641 masihi akhirnya banyak mencorakan keadaan tanah melayu pada abad ke
18 masihi. Perkembangan yang lebih
menarik pada abad ke 18 masihi ekoran daripada itu adalah melalui corak
perdagangan bijih timah di dua negeri pengeluar utama iaitu, perak dan selangor
.belanda banyak mempengaruhi keadaan ekonomi, politik dan social di dua negeri
ini. Perkara ini dapat dilihat melalui
beberapa siri peperangan, perjanjian dan hubungan diplomatic antara kerajaan
negeri perak dan selangor dengan kerajaan belanda(VOC). Walaupun belanda tidak lama bertapak seperti
portugis satu ketika dahulu, namun ia mempengaruhi keseluruhan perdagangan di
selat Melaka pada abad ke18 masihi.
Keadaan ini hanya berubah apabila masuk awal abad ke 19 masihi apabila
inggerish mula menampakan pengaruhnya di selat Melaka dan akhirnya pengaruh
belanda dapat dihapuskan keseluruhanya di tanah melayu pada tahun 1724 melalui
perjanjian ingeris-belanda. Seterusnya
penguasaan belanda di tanah melayu telah berakhir selepas sahaja menandatangani
perjanjian tersebut, disebabkan itu juga
belanda telah mengukuhkan kedudukanya di bahagaian kepulauan Indonesia pada
abad ke 19 masihi. Keadaan ini juga
menyebabkan permulaan campur tangan british di tanah melayu pada abad ke 19
hinggalah kemerdekaan tanah melayu pada tahun 1957 dan sebelum itu juga tanah
melayu pernah dikuasai oleh jepun selama 3 ½ tahun.
BIBLIOGRAFI
1. Abdul
Karim Abdullah. Latar Belakang Dan
Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Adabi kuala lumpur 1979
2. Khoo Kay Kim, bijih timah dalam sejarah perak. Seminar
sejarah negeri perak, jalan tambun, ipoh. 30hb November 1979
3.
Othman Mohd. Yatim, dinding jajahan istimewa, persatuan
muzium Malaysia, kuala lumpur 1994.
4. Barbara Waston Andaya dan Leonard
Y. Andaya, Sejarah Malaysia. Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. 1982
5. Abdul
Karim Abdullah. Latar Belakang Dan
Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Adabi kuala lumpur 1979
6. Koloquium masyarakat melayu abad
ke 18, university kebangsaan Malaysia, 1987
7. Khoo Kay Kim, tanah melayu abad ke 18. Journal
sejarah, jernal tahunan persatuan sejarah university Malaya kuala lumpur, jilid
XV 1977/78
8. Ahmad Jelani Halimi. Perdagangan dan perkapalan melayu di selat
Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.
Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2006
9. Abu Hassan sham, Martin’t Hart
dan Wong Khek Seng .Pengajian melayu
bersumberkan belanda. Akedemik pengajian melayu, university Malaya dan
perbadanan mezium Melaka, Melaka, 1998
10.
Mardiana
Binti Nordin(tesis ph.d), Politik
Kerajaan Johor, 1718-1862: kajian teks berdasarkan Tuhfat Al-Nafis, Jabatan
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999.
11. A. Halim Nasir. Sejarah Perak,
sri pertama zaman pra-sejarah hingga zaman kedatangan pengaruh dari luar, 1977
12. Kolokium Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan
Kuala Lumpur 21 Jan 1989
13. Seminar Sejarah dan Kebudayaan Melayu Perak Kuala
Lumpur 28 Jun 1987
[1]Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1642-1728, pmbangunan ekonomi
dan politik, terjemahan shamsudin jaafar, dewan bahasa dan pustaka,
kementerian pendidikan malaysia kuala lumpur, 1987. Hlm 35.
[2] Bitawi adalah pangkalan utama
perdagangan belanda di asia tenggara, ia hanya menjadikan Melaka sebagai
pangkalan keduanya bagi memenuhi keperluan Bitawi.
[3] Prof madya dr. mohd yussuf
hashim. Sultan Ibrahim ibni raja
lumu(sultan salehuddin) di dalam sejarah selangor abad ke 18 dn 19. Hlm 4
dan 5.
[4] Semenanjung tanah melayu telah
mengeksport biji timah ke dunia luar sejak
zaman awal lagi, namun setakat ini masih banyak yang tidak di ketahui
tentang perlombongan bijih timah ini.
Hanya pada abad yang ke 9 tanah melayu barulah terdapat sedikit
penerangan daripada tulisan-tulisan arab tetang bijih timah di tanah
melayu. Mengikut catatan awal oleh
pengembara china, perak tidak disebutkan sebagai pengeluar bijih timah namun
tempat-tempat yang disebutkan seperti tan-ma-ling,p’eng-k’eng dan lung-ya-men,
dan tidak mudah dikaitkan dengan negeri perak dan hanya pada zaman kesultanan
melayu Melaka ada dicatatkan Melaka bergantung kepada kelang, Selangor, perak,
bernam, manong dan bruas untuk mendapatkan bijih timah. Khoo kay kim,
perak dahulu dan sekarang, bijih
timah dalam sejarah perak. Hlm 35-36
[5] Martabat keluarga di raja perak
semangkin meningkat selepas sahaja pembunuhan sultan Mahmud mangkat di julang
pada tahun 1699 masihi hal ini kerana mengikut hikayat perak sultan perak
adalah satu-satunya waris dari kesultanan Melaka kerana ketika kemangkatan
sultan Mahmud mangkat dijulang maka tiada lagi penyambung dari darah kesultanan
Melaka apabila tiada waris dari sultan Mahmud, sehinggalah kemunculan raja
kecik yang mengku anak kepada sultan Mahmud mangkat di julang. Walaupun begitu perak tidak mempu untuk
menandingi Melaka dan johor dalam aspek kekayaan, kekuasaan dan
kemasyhuran. Barbara Waston Andaya dan
Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia. .Hlm 100.
[6]Raja muzafar syah sebenarnya
adalah waris kepada kerajaan johor apabila sultan Mahmud yakni sultan Melaka.Hal
ini kerana raja muzafar adalah putera sulung kepada sultan Mahmud.Namun
sebaliknya berlaku, apabila tun Fatimah iaitu ibu tiri kepada raja mazafah syah
mempengarui sultan Mahmud dengan pelakuanya yang sentiasa mengugurkan
kandunganya sehinggakan sultan Mahmud merayu kepada tun Fatimah agar tidak
mengugurkan kandunganya tetapi sultan Mahmud harus berjanji menjadikan anak
dari tun Fatimah sebagai waris kerajaa setelah kemangkatan baginda. Maka sejak peristiwa tersebut maka kedudukan
raja muzafar telah diambil ahli setelah kelahiran raja ali.
, akibat daripada itu kedudukan raja muzafar shah
telah diturunkan semula dan diambil oleh saudaranya raja Ali. Namun begitu raja
muzafar shah telah dijemput ke perak lalu ditabalkan sebagairaja perak. Mardiana nordin ,politik
kerajaan johor 1718-1862, yayasan negeri johor, 1998. Hlm 15.
[7]Abdul
Karim Abdullah. Latar Belakang Dan
Sejarah Malaysia Moden. Penerbitan Adabi kuala lumpur 1979. Hlm 89.
[8] Abdullah Zakaria bin Ghazali.
Penubuhan kerajaan baru di Malaysia pada kurun ke 18.Koloquium masyarakat
melayu abad ke 18, university kebangsaan Malaysia, 1987.Hlm 10.
[9] Prof madya dr. mohd yussuf
hashim. Sultan Ibrahim ibni raja lumu(sultan salehuddin) di dalam sejarah
selangor abad ke 18 dn 19. Hlm 1.
[10] Raja luma adalah
[11] Khoo Kay Kim, tanah melayu abad
ke 18. Journal sejarah, jernal tahunan persatuan sejarah university Malaya
kuala lumpur, jilid XV 1977/78. Hlm 5
[12] Setelah pengunduran yang
dilakukan oleh belanda akibat serangan yang dilancarkan oleh orang-orang melayu
yang tidak berpuashati dengan tindakan belanda yang memonopoli perdagangan
bijih timah yang akhirnya membawa kepada serangan yang dipimpin oleh panglima kulup
ali. Selepas serangan tersebut belanda
tidak lagi menjalankan perdagangan di perak sehinggalah 20 nov 1745 belanda
datang semula dan melanjutkan perdagangan bijih timah dengan tradisi yang sama
dengan memonopoli pengeluaran bijih timah.. Editor Abu Hassan sham, Martin’t
Hart dan Wong Khek Seng .Pengajian melayu
bersumberkan belanda.Akedemik pengajian melayu, university Malaya dan
perbadanan mezium Melaka, Melaka, 1998.Hlm 80.
[13] Raja Chulan, Misa Melayu. Penerbit pustaka antara, kuala lumpur, 1966. Hlm
8.
[14] Raja Chulan. Misa Melayu. Hlm 8
[15] Ibid. hlm 8
[16] Ibid,. hlm 7.
[17] Ibid. hlm 12
[18] Raja Chulan. Misa Melayu. Hlm
15.
[19]
Dalam tulisan hikayat Misa Melayu, perihal sultan yang paling dominan
dalam pengkisahan tersebut adalah sultan iskandar zulkarnain(1740-1765). Mengikut
R.O Winstendt, penyelenggaraan yang beliau lakukan pengkisahan mengenai
sultan iskandar zulkarnain menjangkau hampir 96.4 % dari keseluruhan naratif
Misa Melayu. Hal ini tidak termasuk
pensalasilahan dan neratif raja-raja perak yang mendahului sultan iskandar. Muhammad Yusoff Hashim. Masyarakat melayu perak abad ke-18
interpretasi historis ‘misa melayu’.Koloquium masyarakat melayu abad ke-18.Hlm
2.
[20]Pengajian melayu bersumberkan
belanda. hlm 81
[21] Abdullah zakaria. Belanda di
Melaka 1641-1795, satu tinjauan mengenai persaingan negeri melayu dan belanda
di selat Melaka. 81.
[22] Ibid,.
[23] Abdullah zakaria. Belanda di
Melaka 1641-1795. Hlm 81
[24] Ibid. hlm 82
[25]Abdul halim nasir.Hlm 207.
[26] Istilah lanun merujuk kepada “perompak laut”
ataupun “bajak laut” manakala dalam
perkataan ingeris pula disebut sebagai piretes(lanun)
dan piracy(melanun). Dalam pengistilahan melayu lama tidak wujud
perkataan lanun dan melanin dan istilah
lanun sebagai perompak hanya wujud selepas abad ke 19 masihi. Sebelumnya adalah kegiatan mengambil harta
orang secara kekerasan sama ada di laut ataupun di darat, perkara ini disebut
sebagai merompak dan dilakukan oleh perompak.
Ahmad Jelani Halimi. Perdagangan
dan perkapalan melayu di selat Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Dewan
Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2006.Hlm 188.
Istilah lanun sangat tidak dapat di terima
dalam konteks alam melayu, hal ini kerana pengunaan istilah lanun agak “
arbitrary”. Kerana istilh ini mungkin di
terima oleh pihak yang mengistilahkanya terutamanya orang barat, namun
bagaimana pula perspiktif tempatan sungguh ia sangat bercanggah sekali. Beginilah
yang berlaku dalam konteks sejarah tanah melayu, sungguhpun Tarling pada
tahun 1963 mengakui bahawa pengunaan perkataan itu kurang adil dan merupakan
‘value judgemant’ orang-orang barat keatas orang-orang timur dan oleh sebab
bukunya yang berkisarkan ‘bagaimana orang-orang ingerish dapat menghapuskan
lanun-lanun dialam melayu, maka beliau juga turut meneruskan tradisi prasangka
ini. Othman Mohd. Yatim, dinding jajahan istimewa,
persatuan muzium Malaysia, kuala lumpur 1994. Hlm 3
[27]Perkara ini menujukan bahawa
tindakan orang-orang melayu yang dikatakan sebagai lanun ini sebenarnya adalah
betul sebab tindakan merampas kapal dagang adalah untuk merebut semula hak
mereka yang telah dirampas oleh orang-orang barat sendiri.
[28]Ahmad Jelani Halimi. Perdagangan dan perkapalan melayu di selat
Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Hlm 195.
[29] Ibid,.hlm 212.
[30] Ibid,.
[31]Ibid, hlm 213.
[32] Raja Mahmud dan Raja Alam merupakan anak kepada Raja
Kecik siak. Mereka telah berperang
kerana berlaku perebutan tahta kerajaan selepas sahaja kemangkatan raja Kecik,
hal ini menyebabkan peperangan tersebut mendapat perhatian sultan johor ketika
itu( sultan sulaiman badrul syah).
Sultan Johor sukar untuk memberikan bantuan kerana ketika itu bugis
telah mendapat tempat didalam pentadbiran johor(Yamtuan Muda Johor) maka sultan
Sulaiman menghantar utusan ke Melaka untuk meminta belanda membantu Raja Mahmud
untuk menaiki tahta dan akhirnya belanda telah bersetuju dan menghantar
tenteranya dalam perang tersebut
sehinggalah mengalahkan Raja ALam.
Maka dengan peristiwa tersebut belanda mula belanda mula menjalinkan
perdagangan bijih timah dengan selangor.
[33]Raja buyong haji, sejarah
Selangor, hlm 15.
[34]
Pertabalan raja lumu oleh raja perak( sultan Mahmud ataupun raja kimas)
pada tahun 1766 masihi mempunyai dua versi yang berbeza iaitu versi misa melayu
yang merupakan hikayat raja-raja melayu negeri perak yang ditulis oleh raja
chulan dan versi kedua adalah tuhfat al-nafis yang di tulis oleh raja ali haji.
Kedua-dua versi ini mempunyai pandangan yang berbeza namun maksud yang
sama. Mengikut tuhfat, ketika raja lumu hendak bermain-main k eke
pulau pangkor. Hal ini menyebabkan
sultan Mahmud menjemput raja lumu masuk ke negeri perak dan telah dinobatkan
untuk dijadikan sultan selangor yang berdaulat.
Setelah itu, raja lumu telah
kembali ke selangor dan ditabalkan disana oleh bandahara perak dan bermula pada
tahun tersebut raja lumu di gelar sebagai sultan salehudin dan sultan selangor
yang pertama. Manakala mengikut versi
misa melayu pula, ia mengisahkan tentang raja lumu yang datang ke perak untuk
mendapatkan nobat bagi memerintah negeri selangor.
[35] Mardiana Nordin(tesis ph.d),
perang melayu abad ke-18 dan 19. HLM 173.
[36] Pada awal abad ke 18 masihi,
pihak belanda telah yang bijak telah memanfaatkan situasi di negeri-negeri
melayu bagi mengukuhkan kedudukan politik dan ekonominya. Di mana kebamunculan satu unit politik di
selangor telah mengugat kedudukan belanda di Melaka, hal ini menyebabkan
belanda mengunakan negeri-negeri melayu lain untuk bersekutu dengan belanda
bagi menyekat pengaruh selangor di selat Melaka sebagai contoh kedah dan perak
telah bersekutu dengan belanda kerana bimbang dengan selangor( pengaruh orang
bugis). Di buktikan lagi melalui
perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1746 antara perak dan belanda yang
menunjukan kebimbangan perak terhadap ancaman selangor. perkara ini menunjukan permusuhan di antara
orang melayu dan orang bugis di manfaatkan oleh belanda.
[37] Dr. lee kam hing dan Dr. Mohd
Yusoff Hasim. Peperangan
selangor-belanda: hlm 2
[38]Abdullah zakaria ghazali,
pengajian melayu bersumberkan belanda.Hlm 85.
[39] Ibid,.hlm 86.
[40]Dr Lee Kim Hing dan Mohd. Yusoff
Hashim. Peperangan selangor-belanda: sebab dan akibat dalam sejarah selangor.
Hlm 1.
[41] Ibid.hlm 2
[42] Ibid,.
[43] Ibid,.hlm 28.
[44] Ibid,.
[45] Ibid,.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan