PENGENALAN.
Konsep
isolasi mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pemencilan,
pengasingan dan pemisahan. Untuk
melihat Dokrin Monroe sebagai satu dokumen isolasi, kita harus melihat
ciri-ciri dan pelaksanaan doktrin tersebut. Dokrin Monroe adalah satu dokumen Isolasi
kerana asas pembentukan doktrin tersebut adalah sikap berkecuali Amerika dalam
hubungan diplomasi dengan Eropah. Namun
dalam melihat pelaksanaan doktrin tersebut, sifat Isolasi hanya dipraktikalkan
untuk Eropah sahaja dan sebaliknya di Benua Amerika Latin termasuk Hamesfera Barat, Amerika tidak melaksanakan
doktrin tersebut disebabkan kepentingan Amerika sendiri termasuk dari segi
keselamatan, ekonomi dan politik dengan cara memasukan Negara-negara tersebut
dalam isi kandungan doktrin Monroe.[1]
Dasar
isolasi Amerika hanya untuk Eropah dan
Rusis sepanjang abad ke-19. Prinsip-prinsip
yang terkandung dalam Dokrin tersebut antaranya adalah non-colonization,
abstension dan hands
off .[2] Dokrin Manroe adalah satu dasar yang
diperkenalkan semasa era pemerintahan James Monroe yang mewakili parti Repablikan. Dokrin ini menjadi prinsip Amerika Syarikat
dalam menghadapi masalah dalam diplomasi dengan Negara-negara luar terutamanya
Eropah. Permulaan Dokrin Monroe adalah
pada tahun 1852 M iaitu 29 tahun selepas ucapan James Monroe di mesej
tahunannya kepada Kongres tentang polisi luar Amerika iaitu pada 2 Disember
1823.[3] Pada hakikatnya doktrin tersebut hanyalah
ucapan dalam kongres oleh James Monroe, namun ia telah dimanipulasikan dalam
hubungan antarabangsa Amerika demi kepentingan Ameika sendiri terutamanya dari
sudut keselamatan.[4]
FAKTOR
PEMBENTUKAN DOKTRIN MONROE
Pada
awal abad ke-19, memperlihatkan
tindakan Napoleon Bonaparte III
dari Perancis yang agresif apabila mengunakan kuasa tentera untuk menakluk
Sepanyol pada tahun 1808. [5]
Amerika melihat perkembangan ini akan mengugat kedaulatanya dalam jangka masa
panjang apabila Napoleon cuba meluaskan pengaruhnya. dan keadaan ini menyebabkan
wujud persaingan dari sudut ketenteraan dengan kuasa-kuasa Eropah lain
terutamanya Britain. Perkara ini
menyebabkan president Amerika cuba mencari altenatif yang lebut dan bukannya
melalui kekuatan tentera bagi mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun Napoleon Bonaparte telah
tewas semasa pertempuran di Waterloo pada tahun 1815 dan setahun kemudianya
James Monroe telah dilantik menjadi Presidet Amerika iaitu pada tahun 1816.
Kejatuhan empayar Napoleon
menyebabkan perpecahan berlaku yang menyebabkan pembentukan pakatan baru yang
dikenali sebagai Pakatan Suci ataupun dikenali sebagai Holy Alliance. Pakatan ini diangotai tiga Negara iaitu
Rusia, Prusia dan Austria dan tujuan utama pembentukan pakatan ini adalah bagi
menghapuskan pemberontakan yang sedang berlaku di benua amerika.[6] Pakatan ini menimbulkan kerisauan Amerika
kerana ia mempengaruhi situasi ekonomi
dan politik Amerika. Ia semangkin
menimbulkan permasalahan kepada Amerika apabila Perancis bergabung semula
dengan pakatan Suci ini. Kemasukan
Perancis menyebabkan pakatan ini dinamakan sebagai pakatan empat Negara ataupun
dikenali sebagai Quadruple Alliance.[7]
PRINSIP
DAN PELAKSANAAN DOKTRIN MONROE YANG DIKATAKAN ISOLASI.
PENGHARAMAN
PENJAJAHAN (NON-COLONIZATION.)
Prinsip pertama dalam Doktrin Monroe adalah
Non-Colonozation. Non-colonization
merujuk kepada pengharaman mana-mana Negara sama ada dari Eropah ataupun
Rusia daripada melakukan penjajahan di benua
Amerika. Prinsip Doktrin ini digunakan
oleh Amerika untuk menyekat tindakan kuasa Eropah untuk menjajah wilayah di Hamesfera
barat. Amerika memperkenalkan doktrin
ini bagi menyekat dan mengelakan kuasa-kuasa lama termasuklah Britain,
Perancis, Sepanyol dan Rusia untuk menceroboh dan melakukan penjajahan
penjajahan di Benua Amerika utara ataupun selatan.[8]
Melalui
prinsip ini, Ameika boleh mengkritik dan menentang mana-mana tindakan pencerobohan dilakukan di
benua Amerika oleh kuasa-kuasa lama tersebut.
Hamesfera barat yang terdiri daripada
semua Negara-negara teluk termasuk Maxico, Venuezila, Cuba dan wilayah-wliayah
yang terdapat di sekitar laut Caribbean dimasukan dalam doktrin Monroe dengan
alasan wliayah ini adalah zon bebas dari penjajahan . Amerika bertindak sedemikian bagi menjaga
keselamatanya. kerana wilayah akan
mempengaruhi situasi di Amerika jika dikuasai oleh mana-mana kuasa eropah. Kerana kedudukan geografi memungkinkan
ancaman keselamatan kepada Amerika kerana ia bersempadan dengan Negara Amerika
sendiri seperti Maxico.[9] Disamping itu, jika wilayah-wilayah di laut
Caribbean diduduki oleh kuasa-kuasa lama, maka ia akan mengancam Amerika kerana
kedudukan geografi yang terlalu dekat.
Prinsip ini adalah idea daripada
John Adams, kerana melihat tindakan Rusia yang meluaskan pengaruhnya dengan
mendapatkan Ukasa pada tahun 1821 dan Alaska.
Oleh itu doktrin Monroe menyatakan benua Amerika adalah bebes dan
merdeka. Oleh itu seluruh benua Amerika
adalah bebas daripada penjajahan dari mana-mana kuasa sama ada dari Eropah
ataupun Rusia sendiri.[10]
perkara
turut mendapat sokongan daripada Negara-negara di Amerika Latin kerana
menganggap Amerika akan menjamin kebebasan dan kemerdekaan mereka. Namun
hakikatnya tindakan Amerika adalah demi menjaga kepentinganya sahaja.
Oleh sebab itu, mana-mana kuasa
Eropah dan Rusia yang melakukan penjajahan di benua Amerika Latin akan di
kritik dan di protes oleh Ameika dan menganggap kuasa-kuasa tersebut tidak
menghormati doktrin Monroe dan Negara Amerika sebagai kuasa baru dunia. Sebagai contoh tindakan kuasa-kuasa Eropah
yang cuba melakukan penjajahan semula adalah Britain. Britain yang cuba meluaskan sempadan
koloninya yang berada di Guine bersempadanan dengan Vinuezila.
Britain telah meletakkan
tenteranya di sempadan yang terlalu dalam melebihi sempada asal pada tahun 1893.[11] Hal ini menyebabkan Amerika menganggap
Britain telah melanggar prinsip Doktrin Monroe kerana cuba meluaskan pengaruh
dan kekuasaannya di Laut Carribean.[12] Perkara ini hampir meletus perang antara Britain dan Amerika namun
permasalahan tersebut dapat diselesaikan
dan Britain menganggap kekuasaan Amerika dan Hamesfera Barat sebagai wilayah
bebas dari sebarang penjajahan.[13]
Sehubungan dengan itu, contoh jelas
adalah konflik Sepanyol di Cuba yang
juga terletak di perairan laut
carribean. Amerika memasukan sekali
wilayah ini kerana Amerika tahu akan berhadapan dengan pelbagai masalah
termasuklah isu keselamatan dan isu ekonomi jika wilayah-wilayah di laut
Carribean ini di kuasai oleh kuasa lama. Contoh masalah yang dihadapi oleh Amerika
adalah perang Amerika-Sepanyol di Cuba pada tahun 1890.
AMERIKA
MENGAMALKAN SIFAT BERKECUALI DENGAN EROPAH (ABSTENTION).
Prinsip abstention juga dikenali sebagai non-abstention yang merujuk kepada Amerikan tidak akan campur
tangan dalam mana-mana perang yang meletus di Eropah.[14] Perkara ini menyebabkan Amerika tidak akan
mengadakan hubungan ataupun pakatan dengan kuasa-kuasa Eropah termasuk Britain.
Walau bagaimanapun jika kedaulatan
Amerika terancam mereka akan mempertahankan Amerika.
Semasa John Adams menjadi
president, beliau percaya dengan kewujudan dua sistem kuasa dunia iaitu Eropah
dan Amerika dan kuasa ini akan melakukan pentadbiran sendiri di benua
masing-masing.[15]
Semasa awal abad ke-19 idea tersebut
dikenali sebagai “doctrine of two spheres” dan mendapat pengaruh kepada rakyat
Amerika terutamanya dikalangan ahli-ahli pemikir. Mereka percaya dengan tidak melibatkan diri
dengan masalah yang berlaku di Eropah akan membawa keuntungan kepada Amerika,
kerana ia dapat menumpuhkan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan dalam
Negara. Bukti pengecualian Amerika juga jelas
sebelumnya iaitu apabila Britain mencadangkan agar bersekutu dengan Amerika
untuk menghadapai pakatan Quadruple Alliance. Namun Amerika memilih pendirian
unilaterial iaitu bersikap berkecuali dalam permasalahan yang berlaku di Eropah.[16] Perkara
ini menunjukan pendirian Amerika yang tidak mahu terlibat dengan mana-mana
konflik di Eropah. Walau bagaimanapun
Amerika menyedar bahaya dan ancaman dari kuasa-kuasa lama ini.
Amerika tidak mahu terlibat dengan
konflik yang melanda di Eropah kerana ia hanya akan merugikan Amerika
sahaja. Kerana ketika ini ekonomi
Amerika berkembang menjadi ekonomi perindustrian terutamanya di bahagian
selatan Amerika.[17] Oleh itu, Amerika hanya tertumpu kepada
perkembangan yang berlaku di dalam negaranya sahaja dan melihat hubungan dengan
kuasa-kuasa eropah hanya merugikan Amerika sahaja kerana ketika ini Amerika
sedang memuncak kearah revolusi perindustrian.
Selain itu, jika Amerika melibatkan diri dalam mana-mana
perang yang meletus di Eropah maka ia akan melemahkan kuasa Amrika dari sudut
ketenteraan dan ekonomi. Sebelumnya
Amerika sering mengalami situasi perang yang banyak sebagai contoh perang
kemerdekaan dari Britain dan lain-lain perang.
Peperangan tersebut banyak memerlukan perbenlanjaan yang tinggi untuk
membeli senjata dan gaji para tentera.
Oleh itu, jika Amerika campur tangan dan melibatkan diri dalam konflik
yang berlaku di Eropah akan memerlukan perbelanjaan tinggi yang hanya merugikan
Amerika sahaja. Walau
bagaimanapun, jika kedaulatan Amerika
terancam oleh mana-mana kuasa Eropah maka Amerika akan berjuang mempertahankan
kedaulatan Negara mereka. Kuasa-kuasa lama yang cuba mengancam
kedaulatan Amerika maka akan mempertahan bumi mereka dari diceroboi.
EROPAH
DIHALANG MELAKUKAN PENJAJAHAN SEMULA
(HANDS
OFF)
Prinsip terakhir adalah hands off yang merujuk kepada
Negara-negara yang baru merdeka di benua Amerika Latin adalah bebas daripada penjajahan semula dari
kuasa-kuasa lama. Amerika telah mengunakan propaganda America
for americans untuk mendapat sokongan dari Negara di benua Amerika Latin.[18]
Perkara ini menyebabkan mana -mana
kuasa Eropah yang cuba mengawal dan menindas semula Negara-negara America Latin akan dianggap mencabar Amerika kerana
tidak menghormati Amerika dan telah melanggar prinsip Doktrin Monroe. Bagi James Monroe, Amerika tidak akan campur
tangan dalam peperangan yang berlaku di Eropah, manakala Eropah pula dihalang
daripada melakukan sebarang penjajahan semula bagi meluaskan empayar mereka.[19]
Melalui prinsip hands off Amerika dapat menyekat perluasan kuasa yang diamalkan
oleh kuasa-kuasa Eropah. Amerika mengunakan
alasan kebebasan wilayah-wilayah yang telah mendapat kemerdekaan seperti Maxico
daripada penjajahan semula oleh kuasa lama.
Melalui tindakan ini, Amerika dapat mengatasi Sepanyol untuk menduduki
Maxico semula. Kerana selepas selepas kejatuhan Napoleon, Sepanyol datang
semula untuk mendapatkan semula tanah jajahannya sebelum ini. Oleh itu Amerika
mengunakan prinsip Monroe bagi menghalang kuasa-kuasa lama ini.[20]
Mesej
Monroe mengenai prinsip hands off
adalah untuk melindungi Negara baru dan tidak membiarkan mana-mana kuasa Eropah
cuba menduduki wilayah ini terutamanya Hamesfera Barat.[21] Oleh itu, polisi ini dibentuk untuk mengatasi
kuasa besar secara lembut tampa melibatkan kuasa ketenteraan dan ia juga adalah
amaran kepada kuasa-kuasa lama agar tidak melakukan penjajahan di benua Amerika
dan mana-mana Kuasa Eropah cuba melakukan penjajahan akan dianggap mencabar
Amerika kerana Amerika tidak campur tangan dengan mana-mana perang yang berlaku di Eropah.[22]
Semasa
pemerintahan James K. Polk pada bulan Disember 1845, beliau meneruskan dan mengunakan Doktrin
Monroe untuk menyekat kuasa-kuasa lama.[23] Beliau menyatakan bahawa benua Amerika
adalah bebas serta merdeka dan prinsip ini akan digunakan bagi menyekat kuasa
eropah daripada melakukan cobaan membuka koloni di utara Amerika.[24]
Pada
bulan julai 1895 dalam era pemerintahan president Richard, beliua mengunakan
doktrin Monroe bagi menyekat tindakan Britain yang meluaskan koloninya di
Guinea.[25] Masalah ini timbul kerana tindakan tentera
Britain yang telah memasuki sempadan Venuezela lebih dalam dari sempadan
asal. Amerika melihat tindakan tersebut
telah menyalahi Doktrin Monroe.
Akibatnya Amerika telah menghantar tenteranya kesempadan tersebut bagi
menyekat perluasaan Koloni Britain.
Walau bagaimanapun tidak berlaku perang antara Amerika dengan Britain
kerana dapat diselesaikan melalui rundingan.
PENUTUP.
Secara
keseluruhannya, jelas menunjukan Doktrin Monroe adalah satu dokumen yang
bersifat isolasi. Walaupun begitu,
sifat isolasi tersebut hanyalah melibatkan dua benua sahaja iaitu benua Amerika
dan benua Eropah. Melalui tindakan Amerika
tidak menlibatkan diri dari sudut diplomasi dengan dunia Eropah yakni
kuasa-kuasa lama menyebabkan Doktrin Monroe adalah document yang bersifat
isolasi. Perkara yang menarik dalam
Doktrin ini adalah kemasukan benua Amerika Latin kedalam isi dokumen Doktrin
tersebut. Hal ini menyebabkan Amerika
tidak menjalankan dasar tertutup ataupun isolasi terhadap Negara-negara yang
berada di Amerika Latin .
Jelas
menunjukan perancangan bijak oleh James Monroe dalam mengubal dokumen tersebut
yang turut dipengaruhi oleh tokoh-tokoh terkenal seperti James Adams dan
lain-lain dalam mengukuhkan kedudukan Amerika sebagai sebuah Negara dan kuasa
dunia baru. Melalui pembentukan Doktrin
ini maka, kuasa-kuasa lama dapat disekat
daripada meluaskan pengaruh dan kekuasaan di benua Amerika. Melalui tindakan ini ia akhirnya memberi
kelebihan kepada Amerika dari sudut Ekonomi, Politk dan Keselamatan.
BIBLIOGRAFI.
Dexter
Perkins, A History of the Monroe Doktrine.
Brown and Company, Canada 1955
Shakila Yacob, Amerika Syarikat : Pembentukan Negara
Bangsa. Dewan Bahasa dan
Pustaka, kuala Lumpur, 2005
Robert H.
Ferrell, America Diplomacy a History. W.w
Norton and Company, New York 1975
Ruhl Bartlett,
Policy and Power : two counties of
American Foreign Relations. Hill and WANG, New York 1963
W. Allan Wilbur,
The Monroe Doctrine. D.C Heath and
Company Boston, amerika Syarikat. 1967
George D.
Crothers, Amerika History. HOLT, RINEHART and WINSTON, New York 1964
David A. Kennedy
and Thomas A. Bailey, The American
Pageant. (Vol I) DC Heath and
Company. Lexington, Messachusetts, Torannto 1987
Fred. W. wellborn, Diplomatic History of the United States. Littlefield, Adams and CO, University of
Maryland 1962
http://www.kotava.be/xadola/images/amerika/Amerika_tawavopa.jpg.
[1] Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine.
Brown and Company, Canada 1955. Hlm 4-5.
[2] Shakila Yacob, Amerika Syarikat : Pembentukan Negara
Bangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur, 2005. Hlm 75.
[3] Shakila Yacob, Amerika Syarikat, Pembentukan Negara
Bangsa. Hlm 75
[4] Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine. Hlm
30.
[5] Shakila. Hlm 76.
[6] Robert H. Ferrell, America Diplomacy a History. W.w Norton and
Company, New York 1975. Hlm 171.
[7] Ibid.
[8] W. Allan Wilbur, The Monroe Doctrine. D.C Heath and
Company Boston, amerika Syarikat. 1967. Hlm 6.
[9] Ruhl Bartlett, Policy and Power : two counties of American Foreign Relations.
Hill and WANG, New York 1963. Hlm 75.
[10] Robert H. Ferrel, American Diplomacy. W.W. Norton and
Company Inc, New York 1975. Hlm 174.
[11] Ibid.
[12] Ibid. hlm 120-121.
[13] Ibid.
[14] Shakila Yacob, Amerika Syarikat,
Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 76.
[15] Ibid.
[16] Ibid.
[17] George D. Crothers, Amerika History. HOLT, RINEHART and WINSTON, New York 1964. Hlm
129.
[18] Shakila Yacob, Amerika Syarikat,
Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 76
[19] Ibid,
[20] David A. Kennedy and Thomas A.
Bailey, The American Pageant. (Vol I) DC Heath and Company. Lexington,
Messachusetts, Torannto 1987. Hlm 229.
[21] Robert H. Ferrel, American Diplomacy. Hlm 174.
[22] Shakila Yacob, Amerika Syarikat, Pembentukan Negara Bangsa.
Hlm 76
[23] Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine. Hlm 1.
[24]
Fred. W. wellborn, Diplomatic History of
the United States. Littlefield, Adams
and CO, University of Maryland 1962. Hlm 123.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan