PENGENALAN
Setelah
berjayannya Belanda menundukkan Portugis di Melaka pada tahun 1641 Masihi.[1]
Cita-cita pihak VOC untuk menguasai perdagangan di selat Melaka mula bersinar. Walau bagaimanapun, rancangan perdagangan VOC
yang mengamalkan dasar monopoli dalam pengeluaran bijih timah telah menyebabkan
berlakunya kemelut persengketaan dengan orang Melayu di negeri Perak. Hal ini menyebabkan konflik mula terjadi di
antara abad ke 17 M sehinggalah pengunduran Belanda pada penghujung abad ke 18
M. Konflik yang berlaku disebabkan oleh faktor perdagangan bijih timah yang
cukup penting ketika itu.
Kekayaan
sumber bijih timah di negeri Perak telah menyebabkan ia menjadi tarikan para pedagang
daripada pelbagai pelusuk dunia termasuklah dari Aceh, China, India, Belanda,
British dan negeri-negeri di sekitar selat Melaka sendiri. Belanda yang menguasai Melaka pada tahun 1641
M adalah hanya untuk dijadikan sebagai sebuah pangkalan perdagangan dan
seterusnya dapat memenuhi keperluan perdaganganya di Betawi.[2]
Oleh itu, Belanda harus mendapatkan bahan mentah secukupnya untuk memaksimumkan keuntungan perdaganganya
di Asia. Perkara ini menyebabkan Belanda
terpaksa menjalankan dasar monopoli
dalam perdagangan bijih timah.
Keadaan
ini telah menjadi faktor berlakunya konflik dengan kerajaan negeri Perak. Hal ini kerana Perak merupakan antara negeri
yang terkaya dengan sumber bijih timahnya[3]
di Tanah Melayu. Pada peingkat awal, sebelum pihak VOC menguasai Melaka. Pada tahun 1639 M, Raja Sulong telah
mengizinkan VOC untuk menjalankan perniagaannya dengan Perak. Selepas Belanda
Berjaya menguasai Melaka, Belanda telah
mengamalkan sistem monopoli perdagangan bijih timah untuk memaksimumkan
keuntungan. Bermula dari keadaan ini,
maka konflik mula berlaku apabila kedua-dua pihak berkeras dengan pendirian
masing-masing. Dapat dilihat bahawa
Belanda telah berkeras dengan dasar monopolinya iaitu mendapatkan bijih timah secara
keseluruhanya dengan harga yang rendah. Manakala, Sultan Perak dan pembesar
melayu negeri perak pula menuntut perdagangan yang lebih adil iaitu harga bijih
timah di jual sama dengan harga pasaran seperti mana para pedagang yang lain.
Konflik antara Perak dan Belanda
menyebabkan beberapa perjanjian telah ditandatagani oleh kedua-dua pihak dan
juga beberapa siri serangan dilancarkan oleh Perak. Keadaan itu juga telah membawa
kepada beberapa siri pentempuran dan peperangan antara kedua-dua pihak. Maka, konflik antara Perak dan Belanda dapat
diperincikan dari tahun 1641M
sehinggalah pengunduran Belanda dari selat Melaka pada tahun 1792 M. Dengan itu, konflik antara kerajaan Perak
dan Belanda dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pada abad ke-17 M dan
pada abad ke-18 M.
KONFLIK PADA ABAD KE 17 MASIHI ( 1636-1699)
SEMASA PEMERINTAHAN SULTAM MUZAFFAR
SHAH II(1636-1653)
Sultan Muaffar Shah yang menaiki tahta
kerajaan negari Perak selepas kemangkatan Sultan Salehuddin Syah pada tahun
1635 M. Beliau bersemayam di Hulu Tanah
Abang yang bernama Ayer Mati Hulu.[4] Setahun selepas Belanda menguasai Melaka
iaitu pada tahun 1641 M wakil Belanda telah yang bernama Jan Dircxen Puijt
untuk menghadap Sultan Muzaffar Syah. Selepas itu, John Van Twist membawa sepucuk surat dan hadiah untuk Sultan Perak
dan pada waktu sama Saudagar V.O.C membawa barangan untuk diperdagangkan di
Perak. Sultan Muzaffar telah memberi
keizinan untuk Belanda melakukan perniagaan di sungai Perak. Akibat perkembangan perdagangan bijih timah
menyebabkan Belanda meminta agar semua hasil bijih timah hanya dijual kepada pihak VOC sahaja. Namun
sultan Perak menolak permintaan Belanda. Hal ini, menyebabkan V.O.C mencari
inesiatif lain[5]
untuk memonopoli perdagangan bijih timah.[6]
Sebelum penaklukan Melaka oleh Belanda pada tahun1641
M Belanda sudah mengunakan Aceh untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan
perniagaan bijih timah, iaitu selepas
sahaja tiga tahun pemerintahan sultan
Iskandar Thani, Belanda datang ke Aceh
untuk menyatakan hasrat pihak VOC.
Disebabkan Aceh tidak mahu bermusuhan dengan Belanda dan saat itu
Portugis masih berada di Melaka maka Sultan Iskandar Thani memberi keizinan
kepada Belanda untuk berniaga di Perak.
Maka Sultan Muzaffar Syah terpaksa menerima kehadiran Belanda untuk
menjalankan peniagaan bijih timah.[7] Pada peringkat awalnya Sultan Muzaffar Syah
menerima kehadiran pihak Belanda dengan memberikan hadiah sebilah pedang dan
keras yang dinamakan sebagai Seri Johan Pahlawan dan membina sebuah rumah untuk
kegunaan peniaga Belanda di tebing sungai Perak.[8]
Akibat daripada tindakan Belanda yang mula
menunjukan taringnya dengan melakukan kepungan dan sekatan disepanjang perairan
perak bagi mendapatkan bijih timah secara paksa untuk membolehkan perkembangan
perdagangannya. Tindakan Belanda ini mendatangkan hasil pulangan lumayan dan dianggarkan jumlah perolehan timah adalah
sebanyak 770, 000 Paun pada tahun 1649 M.
Walaupun sekatan dilakukan tetap berlaku penyeludupan timah untuk dijual
kepada saudagar lain. Kerana harga
rendah yang ditawarkan oleh Belanda iaitu 1 bahara hanya dijual pada 31 ¼ dolar
sepanyol.[9]
Walaupun Belanda memaksa sultan agar
menjual semua timah kepada pihak V.O.C namun sultan Muzaffar Syah tidak
mengendahkan hasrat VOC kerana harga rendah berbanding saudagar lain.
Setelah itu kali kedua Belanda mendapatkan
bantuan Aceh pada tahun 1647 M untuk menundukan Sultan Muzaffar Shah II. Akhirnya Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah[10](1641-1675M)
memberi keizinan kepada Belanda untuk berniaga di Perak dan mempunyai keistimewaan
sama seperti Aceh. Maka pada 15 Ogos
1650 M, Sultan Muzaffar terpaksa menandatagani perjanjian dengan Belanda.[11]
Perkara ini berlaku disebabkan oleh
tindakan Belanda yang melakukan kepungan
di pelabuhan Perak dan Aceh. Belanda menghantar Johan Truijtman berunding dengan
Sultan Aceh yang akhirnya utusan Aceh dan Johan Truijtman ke Perak untuk
mendapatkan persetujuan Sultan Muzaffar Syah.[12]
Setelah termenterainya perjanjian pada
15 Ogos 1650 M, maka Belanda telah
mendirikan Lojinya yang pertama di Kuala Perak.
Namun kehadiran pihak Belanda tidak disenangi
oleh pemerintah dan penduduk tempatan.
Setelah setahun pendudukan Belanda di Kuala Perak iaitu pada tahun 1651
M Temengung dan orang-orang melayu Perak
telah melakukan serangan kerana tidak puas hati dengan Belanda. Serangan pertama dari orang melayu Perak itu menyebabkan
kematian 27 orang Belanda dan Loji Belanda dimusnahkan.[13] Serangan ini menunjukan tindak balas daripada
sekatan dan monopoli Belanda dalam pengeluaran bijih timah di sungai
Perak. Serangan ini memaksa Belanda
keluar seketika untuk meninggalkan negeri Perak dan tidak lama selepas serangan
ini dilakukan maka Sultan Muzaffar telah mangkat pada tahun 1653 M iaitu dua
tahun selepas serangan tersebut.
KONFLIK
SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD ISKANDAR SYAH(1653-1720M)
Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar Syah
pada tahun 1653 M, maka Sultan Mahmud Iskandar Syah telah mengantikan tahta
kesultanan negeri Perak. Konflik semasa
pemeritahan beliau adalah kesinambungan dari pemerintah sebelumnya. Sekali lagi Belanda cuba memujuk sultan
Perak agar memenuhi kehendak pihak Belanda untuk memonopoli perdagangan bijih
timah. Maka Gabenor Jenaral Betawi Johan
Maetsuyeker sekali lagi menghantar Johan Truijtman untuk berunding bagi
menyatakan hasrat pihak Belanda untuk memperbaharui perjanjian pada tahun 15
Ogos 1650 M.[14] Belanda telah mengunakan alasan serangan orang
melayu pada tahun 1651 M untuk memonopoli bijih timah di Perak. Belanda menuntut ganti rugi sebanyak 50, 000 rial
kerana kematian dan kemusnahan lojinya di Kuala Perak dan Belanda meminta agar
menghukum kereka yang terlibat dalam serangan tersebut.
Sekali lagi Sultan Perak tidak mengendahkan
permintaan Belanda kerana bijih timah masih dijual kepada saudagar-saudagar
lain. Masalah ini dianggap masalah besar
kepada Belanda, maka Johan Truijtman melakukan sekatan di kuala Perak. Hal ini mendapat tentangan apabila ia
menyebabkan kemarahan penduduk tempatan.
Kesannya pada 27 Mei 1658 M,
sekali lagi orang melayu Perak melakukan strategik untuk melancarkan serangan
keatas pihak Belanda. Serangan kali ini
turut mendapat bantuan dari pihak Aceh yang
menghantar 30 buah perahu perang dan 7 buah perahu perang dari Perak sendiri dan
serangan ini turut mendapat sokongan dari Ujong salang.[15] Serangan mengejut ini meyebabkan berlakunya
pertempuran sengit yang mengakibatkan beberapa orang Belanda terbunuh dan ramai
lagi yang cedera. Namun sekali lagi
Belanda mengunakan teknik untuk menyekat Perak dengan melakukan rundingan
dengan Sultan Aceh.[16] Akibatnya sekali lagi Perak akur dengan
Belanda dan perdagangan Bijih timah semangkin dikuasai oleh Belanda apabila
dalam kontrok yang dipersetujui dengan Aceh menyatakan bijih timah hanya boleh
di jaul kepada Aceh dan Belanda sahaja.
Pada masa yang sama tuntutan ganti rugi adalah 44,000 rial sahaja dan
penyelesaianya adalah melalui pengurangan harga bijih timah dari 31 rial kepada
30 rial sahaja, perkara ini menyebabakan kemarahan orang melayu perak.[17]
Konflik
terus berlarutan di antara Perak dan Belanda pada 26 Ogos 1660 sekali lagi Belanda
mengunakan alasan bijih timah masih dijual kepada saudagar India dan
China. Belanda telah menuduh Perak dan
Aceh melangar syarat penjanjian sebelumnya.
Setelah ini Belanda talah bertindak menutup lojinya di kuala Perak dan
melakukan kepungan dengan menghantar kepal Alkmaer. Akibatnya sultan Mahmud terpaksa memberi
jaminan akan menjual semua bijih timah hanya kepada Belanda sahaja pada tahun
1663 M dan meminta jaminan akan melindungi Perak serta membebaskan Perak dari
Aceh.[18] Namun Belanda tidak memberi jaminan keatas
semua permintaan sultan Mahmud yang menyebabkan Perak terpaksa menjaga
hubunganya dengan Aceh. Pada tahun 1663
M, Belanda terpaksa meninggalkan Lojinya di Perak apabila ada berita Perak mendapatkan
bantuan Johor.
Pada
tahun 1674 dan 1677 M, Sultan Mahmud terpaksa menjalin hubungan semula dengan
Belanda kerana bimbangan dengan ancaman Siam yang sedangan agresif melakukan
serangan di pantai timur selatan Semenanjung Tanah Malayu. Hal ini menyebabkan
Perak berbaik-baik dengan Belanda.[19] Belanda sekali lagi datang dan mendirikan
semula lojinya di Pulau Pangkor yang berhadapan dengan Sungai Dinding dengan
menempatkan seorang Sarjan, tiga askar dan tiga kelasi. Namun pada masa yang sama, Bandahara baru
telah dilantik yang bersikap anti-Belanda.
Hal ini mengakibatkan konflik terus berlarutan antara orang melayu Perak
dengan Belanda. Di mana beberapa seri
serangan telah dilancarkan keatas Belanda antara tahun 1676 dan 1677 M kerana
Bandahara bersikat anti-Belanda.[20] Belanda cuba mengatasi masalah ini dengan
menguatkan lagi pertahanan di pulau Pangkor dan mengawal perdagangan di
perairan Perak.
Belanda telah menempatkan seorang sarjan,
3 orang kelasi dan askar sahaja pada peingkat awal pembukaan Pulau
Pangkor. Setelah melihat akan ancaman
dari orang melayu dan bugis, Belanda
terpaksa menambah bilangan tenteranya kepada 59 orang dan kota pertahanan di
pulau tersebut juga digantikan dari kota kayu dengan kota batu pada tahun 1680
M.[21]
Akibat daripada tindakan Belanda
melakukan sekatan dan memonopoli perdagangan bijih timah menyebabkan serangan
dilakukan pada 2 Disember 1690 M dibawa pimpinan Panglima Kulup Ali bersama
seramai 300 orang termasuk orang laut.[22] Serangan ini mendapat restu dari Bandahara
kerana pada tahun 1685M Beliau telah
dituduh merancang pembunuhan Residen Belanda dan kematian 11 orang pekerja
Belanda. Akhirnya seramai 300 orang
dibawa pimpinan panglima Kulup telah menyerang Pulau Pangkor yang mengakibatkan
Belanda terpaksa meninggalkan Pulau Pangkor.[23] Serangan ini terbukti melalui lukisan orang
Belanda pada sebuah batu besar[24]
yang berukuran 35 kaki panjang dan 15 kaki lebar serta mempunyai ketinggian 14
kaki yang berada di Pantai Teluk Gedung iaitu 1000 kaki jaraknya dari kota
tersebut.[25]
Belanda terpaksa meninggalkan Perak apabila mendapat arahan tidak dibenarkan
membina markas semula di Perak pada tahu 1693M. [26] Akhirnya Belanda meninggalkan Perak buat
seketika waktu sehinggalah pada tahun 1745 M.
KONFLIK PADA ABAD KE 18 MASIHI ( 1700- 1799 )
SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR
SYAH KE III.(1728-1752M)
Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar III,
pihak Belanda telah datang semula ke Perak.
Kedatangan Belanda kerana ingin mendapatkan bijih timah dengan harga lebih
murah lagi. Pada 20 November 1745 M Gabenor Belanda yang berpusat di Bitawi, Baron
Gustaaf Van Imhoff mengarahkan gabennor Melaka agar menbuat semula pangkalanya
di Perak.[27] Belanda membina pangkalannya semula di
Pulau Pangkor dengan kekuatan anggota pengawal 30 orang termasuk penduduk
tempatan.
Sewaktu Perak di ambang kegelisahan
Belanda telah mengambil kesempatan untuk memonopoli perdagangan bijih
timah. Sewaktu pemerintahan Sultan
Mahmud III, perak mendapat ancaman bukan sahaja dari Siam tetapi juga ancaman
dari Bugis.[28] Hal ini menyebabkan pada bulan Mei 1746 M Arry Verbrugge datang ke Perak dan berjumpa
Sultan untuk memberi jaminan keselamatan dan kebebasan dari ancaman pihak luar
termasuklah Aceh. Perkara ini
menyebabkan Belanda mendapat peluang membeli timah dengan murah iaitu 30 rial
sebahara dan 2 rial cukai untuk setiap bahara sebagai sumber pendapatan
sultan. Dalam karya Misa Melayu
menceritakan bahawa Belanda telah membina pangkalan di Tanjung Hablan.[29] Belanda juga turut meningkatkan kekuatan
pertahananya di Tanjung Hablan ini dengan menempatkan seorang pesuruhjaya
Perak, seorang Sarjan dan koporal dan 33 orang tentera.
Misa Melayu karya tulisan Raja Chulan menceritakan bagaimana perkara ini
berlaku, melalui tindakan Belanda yang di anggap bijak yang dapat memonopoli keseluruhan pengeluaran
bijih timah di Perak.[30] Belanda yang bijak telah menawarkan harga
yang rendah berbanding dengan peniaga lain.
Tindakan V.O.C yang menetapkan harga sebahara bijih timah sebanyak 30
rial Sepanyol dan ia akan dikenakan
cukai sebanyak 2 rial bagi setiap bahara dan cukai ini menjadi pendapatan
Sultan Perak.[31] Misa Melayu juga menerangkan bagaimana
Belanda membina Loji di pangkalan Halban, Tanjung Putus. Selain itu Misa juga mengambarkan bagaimana
perkembangan aktiviti perdagangan bijih timah ini menyebabkan kemajuan kerana
perdagangan tersebut menyebabkan peningkatan pendapatan Sultan Perak, seperti
mana dalam karangan Misa Melayu menyatakan bahawa “ Dengan adanya pembeli bijih timah dari orang-orang Belanda itu, maka
negeri Perak pun makmurlah dan wang pun banyak bertukar tangan”.[32] Perkara ini menunjukan bagaimana peningkatan
aktiviti perdagangan bijih timah di Perak menjadi punca pendapatan utama
disamping terdapat perniagaan barang-barang lain di jalankan sebagai contoh
hasil hutan seperti rotan, damar, padi, dan lain-lain termasuk gajah.
KONFLIK SEMASA SULTAN ISKANDAR
ZULKARNIAN (1752-1765M)
Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III
pada 1752 M maka tahta kerajaan
digantikan oleh Sultan Iskandar Zulkarnain dan bersemayam di Pulau Indera
Sakti. Sewaktu pemerintahan beliau, Belanda telah datang untuk memperbaharui
perjanjian pada 17 Oktober 1745 M.
sewaktu pemerintahan beliau juga hampir berlaku perang antara Belanda
dengan Perak apabila seorang saudagar India yang bernama Pir Mohammad telah
menabur fitnah yang menyatakan bahawa Perak akan menyerang Pangkalan Belanda di
Tanjung Putus. Oleh sebab itu Belanda
telah menghantar 7 kapal perang yang diketuai oleh Ary Verbrugge. Walau bagaimanapun tidak terjadi perang
antara keduanya dan Belanda sekali lagi membuat perjanjian dengan Perak. Waktu ini Belanda mendesak agar timah dibawa
kepangkalannya dan ditimbang disana namun ia mendapat tentangan sultan dan
Belanda akur dengan keputusan tersebut .
Sehubungan dengan itu, konflik antara Perak
dan Belanda akibat perdagangan bijih timah adalah berleluasanya kegiatan lanun
pada abad ke 18 masihi.[33] Perkembangan kegiatan ekonomi yang semangkin
rencak di perairan sungai Perak akhirnya telah menimbulkan satu permasalah yang
paling besar bagi pedagangan Belanda pada abad ke 18 masihi iaitu lanun. Perkembangan perdagangan di perak menjadi
perhatian peniaga-peniaga dari Aceh dan Belanda, namun kegiatan merompak yang
semangkin meningkat di Selat Dinding menyebabkan gangguan terhadap aktiviti perdagangan. Belanda merasa perdagangan meraka terganggu
oleh penduduk tempatan yang dikatakan sebagai lanun, tetapi masyarakat tempatan
bertindak sedemikian kerana hak meraka telah diambil oleh Belanda sendiri
terutama apabila perdagang mereka terganggu disebabkan oleh diboikot oleh
Belanda.
Kesan daripada tindakan Belanda yang
memonopoli perdagangan di selat Melaka menyebabkan meningkatnya lagi kegiatan
lanun ini. Mengikut pendapat yang dikeluarkan oleh Stamford
Reffles menyatakan bahawa orang melayu menjadi lanun kerana tindakan yang
dilakukan oleh Belanda yang menghalang perdagangan bebas.[34] Hal ini menyebabkan kegiatan merompak di
persisir pantai Perak telah mula berlaku sejak Belanda memonopoli kegiatan perdagangan
di negeri tersebut. Perkara ini berlaku
kerana tindakan pembesar negeri Perak yang tidak berpuas hati telah menjemput
orang laut bagi membantu mereka untuk menyerang kedudukan dan kapal milik Belanda.[35] Perkara ini menunjukan bahawa tindakan Belanda
yang mengongkong kebebasan perdagangan di perak menyebabkan tindakan sebahagian
besar pembesar negeri perak sendiri terlibat dalam kegiatan ini sebagai contoh
Dato’ Bandahara meminta Penglima Kulup untuk menyerang Belanda di pulau Pangkor
dan Sultan Mahmud Iskandar Syah tidak merestui kegiatan merompak di laut akan
tetapi beliau tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap lanun tersebut. Perkara ini menyebabkan pemerintah sendiri
tidak berusaha mencegah kegiatan merompak ini kerana ia berlaku disebabkan oleh
tindakan Belanda sendiri.[36]
Dilaporkan pada tahun 1755 M, sebuah kapal milik
Belanda telah dirompak di larut, selepas itu Belanda cuba membenteras kegiatan
tersebut dengan menlancarkan sistem Pass bagi
semua kapal yang berdagang di selat Melaka.
Kesanya mendapat tentangan dari pedagang dan pelaut kerana ia
menyebabkan kawalan keatas pedagang,
perkara ini turut mendapat tentangan dari Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun1758 M.[37]
Oleh itu, kegiatan merompak semangkin
meningkat pada penghujung abad ke 18 M, kerana keuntungan yang tinggi
diperolehi hasil rompakan dan kesanya
telah menarik kaum lain untuk turut serta merompak termasuklah orang Melayu,
Bugis, Minangkabau, dan Arab sendiri turut menjadi perompak. Kesan yang paling ketara keatas Belanda
adalah apabila tidak mampu mengawal kegiatan ini sehinggalah Inggeris campur
tangan untuk meredahkan situasi ini pada tahun 1795 M.
SEMASA PEMERINTAHAN PADUKA SERI
SULTAN MAHMUD SYAH(1765-1773M)
Selapas kemangkatan Sultan Iskandar
Dzulkarnian tahta kerajaan negeri Perak diterajui oleh Raja Kimas dengan gelaran Paduka Seri Sultan
Mahmud Syah. Sewaktu pemerintahan Raja
Kimas Belanda dan Perak telah
menandatangani perjanjian iaitu pada 17 Oktober 1765 M. Dalam perjanjian tersebut terdapat 13 syarat[38]
utama antaranya adalah Sultan berjanji
akan membekalkan bijih timah kepada Belanda, harga timah bagi satu unit bahara
adalah 34 rial Sepanyol dan Sultan memastikan tiada penyeludupan berlaku dan
jika kedapatan melakukan penyeludupan bijih timah, maka akan ditangkap dan
hasil tangkapan akan dibahagi dua antara Sultan dan Belanda.[39]
Walaupun begitu masalah masih timbul apabila
kerana harga timah yang melambung tinggi yang ditawarkan oleh saudagar termasuk
British di Pulau Pinang yang mencecah sehingga 40 rial sebahara. Oleh itu, Sultan mengunakan alasan agar Belanda
menaikan harga timah kerana British menawarkan harga sebanyak 40 rial bagi
tiap-tiap bahara. Perkara ini menyebabkan
Everard yang dihantar sebulan selepas perjanjian gagal untuk mengubah pendirian
Sultan Perak agar Bijih timah dijual dengan lebih rendah.[40] Walaupun begitu Residen Belanda yang
ditempatkan di Perak yang bernama Johan Hensal tetap berusaha memujuk Sultan
agar menurunkan harga timah lagi ke 30 rial sahaja untuk seunit bahara.
KONFLIK SEMASA SULTAN ALAUDDIN
MANSUR SYAH(1773-1786M)
Semasa
kemangkatan Raja Kimas maka tahta kerajaan digantikan oleh Raja Muda dengan
gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah.
Beliau telah bersetuju dengan permintaan Belanda agar bijih timah dijual
pada harga 32 rial sebahara dan tetap mengekalkan cukai 2 rial sebahara. Namun penyeludupan masih berleluasa kerana
harga yan rendah ditawarkan oleh Belanda menyebabkan sebilangan pengusaha bijih
timah terpaksa melakukan penyeludupan untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi
kerana harga ditawarkan oleh saudagar lain mencecah sehingga 40 rial sebahara.[41]
Sewaktu
pemerintahan Sultan Allauddin isu harga timah masih menjadi rundingan. Namun satu peristiwa yang berlaku semasa
pemerinhan Sultan Allauddin iaitu British memasuki Perak. Hal
ini disebabkan pada tahun 1780 M British telah mengistiharkan perang kepada
Belanda. Perkara ini menyebabkan British
memberi amaran kepada Residen Belanda di Perak ketika itu iaitu Batholomew
Meyer agar menyerah ataupun diserang.[42] Sultan Allauddin telah memberi jaminan akan
membantu Belanda dan telah memberi arahan untuk membina kubu untuk siap sedia
berperang dengan British. Tetapi Resedin
Belanda telah meninggalkan Perak begitu sahaja hal ini menyebabkan Sultan
Allauddin kecewa. Walaupun Belanda
meninggalkan Perak, namun rundingan Bijih Timah masih berlarutan. Harga timah masih dijual pada harga 32 rial
sahaja. Perkara ini menyebabkan
tentangan hebat dari Sultan Muda.
KONFLIK SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN
AHMADIN SHAH ( 1786-1806 M)
Selepas pengunduran Belanda dari Perak akibat
daripada desakan British, Belanda tetap
menjalin hubungan perdagangan bijih timah dengan Perak. Seperti sebelumnya konflik dalam penetapan
harga bijih timah masih menjadi kemelut antara Perak dan Belanda. Rundingan dan bantahan masih menjadi situasi politik
di negeri perak kerana harga timah yang masih rendah ditawarkan oleh Belanda
iaitu pada tahun 1786 M harga timah hanyalah 32 rial dan telah meningkat kepada
34 rial sebahara.[43] Namun masih mendapat tentangan dari Raja Muda
kerana harga timah di pasaran begitu tinggi sehingga mencecah 48 rial
sebahara. Oleh itu Raja Muda menuntut
agar Belanda membeli timah pada harga 48 rial sebahara pada tahun 1789 M. pada masa yang sama Sultan Ahmadin Shah telah
jatuh gering menyebabkan Raja Muda menguruskan pentadbiran. Maka sekali lagi Raja Mudah menuntut dan
mendesar Belanda dengan menyatakan bahawa timah hanya akan dihantar kepada
Belanda sekiranya dibeli pada harga 44 rial sebahara. Namun Belanda masih juga
berkeras dengan pendirianya untuk mendapatkan timah dengan harga murah. Namun kedudukan Belanda di Melaka telah
berakhir apabila termenterainya perjanjian KEW dengan British pada 1795M.[44] Melalui perjanjian ini jugalah berakhirnya
pengaruh Belanda di selat Melaka.
PENUTUP.
Kesimpulannya, isu harga bijih timah
adalah sebab konflik antara negeri Perak dengan Belanda pada abad ke 17 M dan
18 M . Belanda yang cuba memonopoli
perdagangan bijih timah di Perak menyebabkan sultan Perak, para pembesar dan
rakyat tempatan negeri perak melakukan tindak balas kepada Belanda. Walaupun serangan-serangan yang dilakukan
oleh para pembesar dan rakyat tempatan namun tidak sekalipun Belanda melakukan
serangan balas keatas serangan orang melayu tersebut. Belanda hanya mementingkan perdagangan bijih
timah sahaja dengan mengunakan alasan serangan dan tindak balas orang melayu
keatas pihak Belanda.
Konflik antara kerajaan melayu Perak
dan Belanda sejak tahun 1641 M sehingga pengunduran Belanda dari Perak pada
tahun 1895 M konflik mengenai isu harga bijih timah masih tidak selesai. Keinginan yang tinggi pihak Belanda untuk
mendapatkan timah dengan harga murah bagi mendapatkan keuntungan yang
tinggi. Manakala sultan dan para
pembesar negari Perak tetap meminta agar harga timah dijual sama seperti
saudagar lain. Akibat pendirian
masing-masing maka konflik antara Belanda dan Perak tidak pernah selesai
sehingga pengunduran Belanda di negeri Perak.
[1] Adnan Haji Nawang, Perak Dahulu
dan Sekarang. Persatuan Mazium Melaysia. United Selangor Press SDN BHD, Kuala
Lumpur, 1988. Hlm 159.
[2] Bitawi adalah pangkalan utama
perdagangan belanda di asia tenggara, ia hanya menjadikan Melaka sebagai
pangkalan keduanya bagi memenuhi keperluan Bitawi.
[3] Mengikut penulisan oleh Prof
Khoo Kay Kim, menyatakan bahwa
Semenanjung tanah melayu telah mengeksport biji timah ke dunia luar
sejak zaman awal lagi, namun setakat ini
masih banyak yang tidak di ketahui tentang perlombongan bijih timah ini. Hanya pada abad yang ke 9 tanah melayu
barulah terdapat sedikit penerangan daripada tulisan-tulisan arab tetang bijih
timah di tanah melayu. Mengikut catatan
awal oleh pengembara china, perak tidak disebutkan sebagai pengeluar bijih
timah namun tempat-tempat yang disebutkan seperti tan-ma-ling,p’eng-k’eng dan
lung-ya-men, dan tidak mudah dikaitkan dengan negeri perak dan hanya pada zaman
kesultanan melayu Melaka ada dicatatkan Melaka bergantung kepada kelang,
Selangor, perak, bernam, manong dan bruas untuk mendapatkan bijih timah. Khoo kay kim,
perak dahulu dan sekarang, bijih
timah dalam sejarah perak. Hlm 35-36
[4] Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak
Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977. Hlm194.
[5] Belanda telah datang ke aceh
untuk menyatakan hasrat pihak VOC.
Ketika itu aceh di perintah oleh sultanah tajul alam shafiatuddin shah,
isteri kepada sultan iskandar thani. Belanda
bertindak sedemikian kerana mereka tahu bahawa perak ketika ini dibawa taklukan
aceh bahkan perlantika sultan muzaffar shah juga adalah dilakukan oleh sultan
aceh. Setelah itu, perak terpaksa
menerima kehendak Belanda lalu ditandatangani perjanjian diantara kedua pihak.
[6] Abdul Halim Nasir, sejarah Perak. Jabatan Muzium Jalan
Damansara, kuala lumpur, 1977. Hlm 197.
[7] Abdul Halim Nasir, sejarah PeraK
Siri Pertama. Jabatan muzium Jalam Damansara, kuala lumpur, 1977. Hlm 143.
[8] Ibid. hlm 195.
[9] R.O Winstedt dan R. J.
Wilkinson, History Of Perak. Journal Malayan
Branch, Royal Asiatic Soc. Vol 12. Pt 1, 1934. Hlm 27.
[10]
Sultanah tajul alam safiatuddin syah merupakan isteri kepada sultan
iskandar thani Aceh. Disebabkan oleh
ketiadaan waris dari sultan iskandar thani maka isteri beliau telah menaiki
tahta kerajaan negeri Aceh. Selepas
sahaja kenaikan sultanah tajul alam safiatuddin syah maka kerajaan aceh
semangkin jelas merosot apabila satu demi satu kawasan wilayah taklukan cuba
membebaskan diri dari kekuasaan aceh.
[11] Abu Hassan, Martin’t Hart dan
Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda. Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya
dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.
1998. Hlm 77.
[12] Ibid.
[13] Abu Hassan, Martin’t Hart dan
Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda. Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya
dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.
1998. Hlm 78
[14] Ibid.
[15] Ibid. hlm 78.
[16] Pihak belanda telah melakukan
kepungan pada masa sama sewaktu serangan di lakukan oleh Perak keatas kerajaan
Aceh. Hal ini mengakibatkan Sultanah
Tajul Alam Safiatuddin Syah sekali lagi mempersetujui kehendak Belanda dan
terpaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda. Aceh menghantar wakilnya bernama Seri Bija
Indera dan Seri Nara Wangsa ke Bitawi untuk menandatagani kontrak pada 20 Jun
1659 M. melalui perjanjian ini hanya
Belanda dan Aceh sahaja yang boleh mendapatkan bijih timah di Perak.
[17] Abu Hassan, Martin’t Hart dan
Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda. Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya
dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.
1998. Hlm 78
[18] Abu Hassan, Martin’t Hart dan
Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda. Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya
dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.
1998. Hlm 79.
[19] Andaya, Barbara Watson, Perak,
The Above Of Grace: A Stady of an Eighteenth-Country Malay State. Oxpord
University Press , Kuala lumpur, 1979. Hlm 49.
[20] Ibid. 50
[21] Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak
Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977. Hlm 200.
[22] Andaya, Barbara Watson, Perak,
The Above Of Grace: A Stady of an Eighteenth-Country Malay State. Oxpord
University Press , Kuala lumpur, 1979. Hlm 50
[24] Batu Besar tersebut dilukis pada
tahun 1743 M, yang mengambarkan seekor
binatang yang menyerupai seekor harimau sedang menangkap seorang
kanak-kanak. Mengikut cerita masyarat
kampung tersebut, semasa Belanda menduduki Pulau tersebut seorang anak orang
besar Belanda sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut telah
hilang. Oleh sebab itu orang Belanda
percaya bahawa kanak-kanak tersebut telah dibaham oleh harimau dan bagi
mengingati peristiwa tersebut maka telah dipahat pada batu tersebut sebuah
gambar yang mengambarkan seekor harimau menangkap seorang budak. Boleh juga ia ditafsirkan, bahawa kanak-kanak
tersebut telah dicolek oleh orang-orang melayu yang anti-Belanda ataupun orang
Bugis yang ketika itu sedang bermusuhan dengan Belanda. Abdul Halim Nasir,
Sejarah Perak Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977.
Hlm 202.
[25] Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak
Sri Pertama, Jabatan Muzium Jalan Damansara, Kuala Lumpur 1977. Hlm 202
[26] Sewaktu Belanda meninggalkan
Perak, perak cuba mendapatkan bantuan
dari kerajaan Johor agar berharap dapat melindungi perak dari ancaman Belanda
dan siam. Namun Perak tidak dapat
bantuan dari kerajaan Johor kerana ketika Perak menghantar utusan untuk memjalin
hubungan berlaku juga konflik politik dalam Kerajaan Johor apabila Sultan
Mahmud di bunuh oleh Megat Sri Rama.
Pembunuhan tersebut adalah disebabkan oleh dendam Megat sri Rama kepada
Sultan Mahmud kerana telah membunuh isterinya yang sedang mengandung.
[29] R.O Winstedt dan R. J.
Wilkinson, History Of Perak. Journal Malayan
Branch, Royal Asiatic Soc. Vol 12. Pt 1, 1934. Hlm 55.
[30] Raja Chulan, Misa Melayu. Penerbit pustaka antara, kuala lumpur, 1966.
Hlm 8.
[31] Raja Chulan. Misa Melayu. Hlm 8
[32] Ibid. hlm 8
[33] Istilah lanun merujuk kepada “perompak laut”
ataupun “bajak laut” manakala dalam
perkataan ingeris pula disebut sebagai piretes(lanun)
dan piracy(melanun). Dalam pengistilahan melayu lama tidak wujud
perkataan lanun dan melanin dan istilah
lanun sebagai perompak hanya wujud selepas abad ke 19 masihi. Sebelumnya adalah kegiatan mengambil harta
orang secara kekerasan sama ada di laut ataupun di darat, perkara ini disebut
sebagai merompak dan dilakukan oleh perompak.
Ahmad Jelani Halimi. Perdagangan
dan perkapalan melayu di selat Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Dewan
Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2006.Hlm 188.
Istilah lanun sangat tidak dapat di terima
dalam konteks alam melayu, hal ini kerana pengunaan istilah lanun agak “
arbitrary”. Kerana istilh ini mungkin di
terima oleh pihak yang mengistilahkanya terutamanya orang barat, namun
bagaimana pula perspiktif tempatan sungguh ia sangat bercanggah sekali. Beginilah
yang berlaku dalam konteks sejarah tanah melayu, sungguhpun Tarling pada
tahun 1963 mengakui bahawa pengunaan perkataan itu kurang adil dan merupakan
‘value judgemant’ orang-orang barat keatas orang-orang timur dan oleh sebab
bukunya yang berkisarkan ‘bagaimana orang-orang ingerish dapat menghapuskan
lanun-lanun dialam melayu, maka beliau juga turut meneruskan tradisi prasangka
ini. Othman Mohd. Yatim, dinding jajahan istimewa, persatuan muzium
Malaysia, kuala lumpur 1994. Hlm 3
[34]Ahmad Jelani Halimi. Perdagangan dan perkapalan melayu di selat
Melaka abad ke 15 hingga ke 18 masihi.Hlm 195.
[35] Ibid,.hlm 212.
[36] Ibid,.
[37]Ibid, hlm 213.
[38] Company and the next sultan of
Perak, Muhammad or Mahmud shah.
“Governor- General Petrus Albertus Van Der Parra”
October
17, 1765
Contract between the Dutch East India Company and
Paduca Sri Sultan Muhammad Shah, King of Perak.
1. An
upright, true and everlasting confidence and friendship shall subsist between
the contracting parties
2. The
King promise to deliver all the tin which his country produces exclusively to
to the company.
3. At
the rate of C. 36 ½ or Spanish Dollars 11 1/3
lbs. per 125 lbs., or per bahar of 375 lbs. Spanish Dollars 34.
4. The
king promises to deliver the tin at the company’s factory where the same as
well as what his subjects supply shall be weighed with the company’s scales and
never to deviate from the rule.
5. The
king promises to take proper measures to prevent the smuggling of tin and
interdict the exportation of the same, on pain of forfeiting vessel and cargo
6. If
any person were detected to export tin clandestinely, his vessal and cargo
shall be confiscated and the produce be divided between the king and the
company
7. All
vessels departing, those of the king and chiefs not excepted, shall touch at
the factory and be visited there.
8. If
the crew of a foreign vessel were to commit hostile actions durin the
visitation, the king and his subjects shall purse and seize the same and
deliver them over to the company’s resident
9. All
European deserters shall be deserters shall be delivevered over to the
residents and not be permitted to adopt the Muhammad religion
10. The
king promise to assist the dutch garrison on all occasions and not permit the
equipment of pirate vessels
11. The
company engages to punish her servant and subjects who should couse any loss to
his highness
12. The
king and company promise strictly to fulfill all the articles of this contract
13. The
king finally promise to publish the tenor of this contract throughtout his
dominions
R.O Winstedt dan R. J. Wilkinson, History Of Perak. Journal
Malayan Branch, Royal Asiatic Soc. Vol
12. Pt 1, 1934. Hlm 57
[39] Abu Hassan sham, Martin’t Hart
dan Wong Khek Seng .Pengajian melayu bersumberkan belanda. Hlm 81.
[40] Ibid.
[41] Ibid.
[43] Abu Hassan, Martin’t Hart dan
Wong Khek Seng, Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda. Akedmik Pengajian Melayu, university Malaya
dan Perbadanan Muzium Melaka, Melaka.
1998. Hlm 83