PENGENALAN
Hubungan tamadun China dan barat
sudah berlaku semasa dinasti Han lagi.
Pertembungan tamadun Barat dan China dapat dilihat dari sudut
perdagangan melalui kewujudan jalan Sutera.[1] Semasa Eropah mengalami zaman pelayaran pada
abad ke-16 danke-17 banyak ekspidisi
pelayaran dilakukan ke benua Asia dan Afrika seperti Henry the Navigator
(1394-1460M) dari Portugal, Bartholomew Diaz (1486-1487) dan lain-lain.[2]
Kuasa-kuasa Barat yang pertama sampai ke China adalah Portugis ( 1517) dan
diikuti oleh kuasa barat lain seperti Sepanyol (1575), Belanda (1604), Rusia
(1618), British ( 1637), Perancis (1728) dan Amerika Syarikat pada akhir abad
ke-18 dan kuasa barat lain.[3]
Semasa era emperialisme barat ke
China ketika itu dibawa dinasti Ch’ing (1368-1911) setelah berjaya mengulingkan
dinasti Ming apabila mengalami kemerosotan akibat pemberontakan. Dinasti ini
diperintah oleh orang Manchu yang berasal dari Songhua dan sekitar sungai
Heilong yang disatukan oleh Nurhaci dan dikukuhkan oleh anaknya Abahai.[4] Semasa pemerintahan dinasti Ch’ing ia
merupakan dinasti terakhir China apabila terpaksa berhadapan dengan kuasa-kuasa
besar lain yang datang ke China.
Pandangan yang berbeza dari sudut Ekonomi, Politik dan Sosial dengan
Barat menyebabkan wujudnya permasalahan hubungan terutamanya Ekonomi melalui
kegiatan perdagangan. Masalah-masalah yang timbul ada yang bersifat
lama iaitu perkara sama berbangkit dan perkara baru.
MASALAH PERDAGANGAN
Perbezaan
kegiatan perekonomian antara China dan Barat menyebabkan wujudnya masalah kedua
pihak dalam kegiatan perdagangan. Bagi
kuasa-kuasa barat, perdagangan yang dijalankan adalah berdasarkan ekonomi
perdagangan bebas (laissez-faire)
yang diasaskan oleh Adam Smith dan perkembangan industri di barat akibat
revolusi menyebabkan peningkatan pengeluaran barangan yang memerlukan pasaran.[5] Manakala China pula lebih bersifat ekonomi
sara diri iaitu kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan pertanian. Melalui kegiatan pertanian China mampu menyara
hidup rakyatnya tampa perdagangan dengan pihak luar dan pandangan barangan dari
luar sebagai barangan mainan menyebabkan China mengamalkan dasar tutup pindu
dalam kegiatan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat.[6]
Pedagang asing hanya dibenarkan berurusan dengan pihak Hong dalam kegiatan
perdagangan dan tidak dibenarkan sama sekali berhubung secara terus dengan
masyarakat China tampa perantaraan Hong.[7]
Pada
awalnya Hong adalah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik antaranya adalah
golongan Hoppo dan pada 1720 persatuan Hong telah ditubuhkan yang dikenali
sebagai Co-Hong. Dominasi perdagangan
oleh pihak Co-Hong menyebabkan banyak menguntungkan China.
Hal ini kerana barangan pedagang dari Barat tidak mendapat sambutan dan mereka sukar untuk
mendapatkan banyak barangan penting dari China seperti Rhubard, teh dan sutera
menyebabkan pengaliran wang perak yang tinggi.
Sebagai contoh SHTI membawa hampir 90% ketulan perak untuk perdagangan
dengan China, hal ini disebabkan oleh ekonomi sara diri oleh China.[8]
MASALAH
PELABUHAN
Permasalah
seterusnya yang dihadapi oleh British dan kuasa-kuasa barat yang lain adalah
berkaitan dengan pelabuhan. Tindakan
China yang hanya membuka satu pelabuhan sahaja memberi kesukaran dan masalah
kepada perdagangan orang barat. Pembukaan
satu-satunya pelabuhan Canton menyebabkan kuasa-kuasa barat sukar untuk
melakukan perdagangan dan disamping itu syarat-syarat pelabuhan yang
diperkenalkan menjadi sekatan kepada orang-orang barat.[9] syarat-syarat pelabuhan yang diperkenalkan
hendaklah dituruti oleh para pedagang dan diantara syarat dan peraturan di pelabuhan
Canton adalah seperti berikut
I.
Tidak
dibenarkan kapal perang berlabuh di Bogue (Humen)
II.
Tidak
dibenarkan membawa wanita dan senjata ke kilang
III.
Tidak
boleh upah pembantu rumah dan hanya 8 orang pekerja dalam kilang
IV.
Tidak
dibenarkan mengadakan hubungan terus dengan orang China.
Syarat
perdagangan dan peraturan-peraturan yang
dikenakan oleh China menyebabkan para peniagan asing mengalami pergerakan yang
terhad dan menyekat perkembangan ekonomi mereka. Peraturan-peraturan yang diperkenalkan
bertentangan dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh barat. Pihak
barat bukan sahaja menganggap masalah peraturan tersebut tetapi juga mereka
turut mengadapi masalah dari sudut kebebasan kehidupan dan mereka dihalang
daripada membuat aduan sebarang masalah di pelabuhan.[10] Selain itu, cukai yang diperkenalkan turut
menjadi masalah perdagangan antara barat dan China. Cukai kapal yang dikenakan mengikut saiz
kapal pedagangan di antara 1300 ke 1400 tahil menyebabkan lagi masalah hubungan
perdagangan kerana barat lebih mengutamakan perdagangan bebas.[11]
PERDAGANGAN CANDU
Akibat
imbangan perdagangan yang negetif oleh pedagang dari Barat terutamanya British
maka mereka mula mengunakan Candu sebagai dagangan utama bagi mengimbangi
perdagangan di China. Syarikat Hindia
Timur Inggeris ( SHTI) mengunakan alternative perdagangan Candu bagi
meningkatkan keuntungan perdagangan di China.
Candu pada mulanya digunakan oleh orang Arab dan Turki sebagai ubat
untuk mengurangkan ketegangan.[12] Namun pada penghujung abad ke-17 dan awal
ke-18 penghisapan candu telah bermula di Taiwan.
Hal ini kerana penghisapan Candu bukan sahaja
terhad kepada golonagan kaya tetapi ia melibatkan semua peringkat kelompok
masyarakat termasuk penjawat awam, kaum perempuan dan buruh. Dianggarkan pada tahun 1838 sehingga 1839
jumpat inport Candu ke China adalah sebanyak 40, 000 peti. Peningkatan pengimportan dan penagih Candu
menyebabkan Maharaja Yung-cheng mengeluarkan dikri melarang penjualan Candu
pada tahun 1792 dan pada tahun 1796 Maharaja Chia-ch’ing mengharamkan
pengimportan dan penanaman Candu.[13] Walaupun Jeneral Ruan Juan membendung
masalah Candu pada tahun 1892, namun gagal kerana masih berlaku penyeludupan Candu
keadaan ini kekal sehinggalah perlantikan Lin Tse-hsu sebagai pesuruhjaya
tinggi anti-candu pada 1838 di Canton.[14] Beliau memberi arahan kepada pedagang Barat
agar menyerahkan Candu dan menandatangani ikrar dalam perdagangan candu. Sebagai gantinya akan Lin Tse-hsu memberikan
5 kati teh setiap peti candu yang diserahkan.
Namun Pesuruhjaya perdagangan British, Kapten Charles Elliot datang ke
Canton memburukan lagi keadaan apabila tidak mematuhi kehendak Lee. Perkara ini akhirnya membawa kepada peristiwa
pengepungan Kilang British dan pencetus kepada perang Candu I.
MASALAH TRADISI DAN AGAMA.
Permasalahan seterusnya antara China
dan Barat adalah dari sudut tradisi dan keagamaan. Tradisi masyarakat China yang mengganggap
kerajaan mereka sebagai Middle Kingdom @
Ching Kuo menyebabkan pandangan terhadap bangsa lain sebagai Barbarian yang tidak bertamadun. Tradisi perekonomian China yang sara diri
juga menyebabkan perdagangan dengan barat tidak perlu dan lebih penting lagi
kedudukan pedagang @ peniaga dalam klas sosial tradisi masyarakat China adalah
paling bawah sekali berbanding petani.
Selain itu, Negara-negara lain yang datang ke China dianggap sebagai
Negara uftian yang berlindung dan mengiktiraf kerajaan China. perbezaan trdisi ini menyebabkan Barat
mengalami masalahan hubungan dengan China kerana perbezaan pemikiran barat dan
China.[15]
Dari sudut keagamaan pula, China
yang terkenal dengan ajaran Confucius menyebabkan sebarang kemasukan agama
terutamanya agama kristian adalah bertentangan dengan agama tradisi masyarakat
China. perkembangan ajaran Kristian yang
disebarkan oleh para Mubaligh menyebabkan sebahagian masyarakat China mula
meninggalkan agama tradisi dengan menganut agama Kristian. Perkara ini menyebabkan beberapa tindakan
yang membawa kepada pembunuhan Paderi dan ancaman kepada orang-orang China yang
beragama kristian.
MASALAH
PENTADBIRAN DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK.
Pentadbiran
yang diamalkan di China juga turut mempengaruhi permasalahan hubungan antara
China dengan kuasa barat. Dinasti
Ch’ing yang mengalamkan dua sistem pentadbiran iaitu pentadbiran peringkat
pusat dan pentadbira peringkat wilayah.
Pada peringkat yang terletak di Peking diketuai oleh Maharaja yang
dibantu oleh Grand Secretariat and Grand
Council, serta dibantu oleh lembaga enam iaitu lembaga perang, lembaga
hukuman, lembanga kerjaraya, lembaga upacara, lembaga hasil dan lembaga
perkhitmatan awam.[16] Manakala peringkat kedua pula adalah
Wilayah. Peringkat wilayah ditadbir oleh
seorang Gabenor Wilayah yang dibantu oleh gabanor wilayah dan Daerah. Gabenor wilayah boleh mentadbir 2-3 wilayah
dalam satu masa. Sistem pentadbiran ini
menyebakan permasalahan hubungan barat dan china kerana semua permasalahan dan
hubungan kuasa-kuasa barat hanya berlaku pada peringkat wilayah dan tidak
berlaku secara terus ke pusat yang terletak di Peking. [17]
Hubungan
diplomatic yang tidak terjalin antara Barat dan China juga turut mempengaruhi
permasalahan antara keduanya. Sistem
pemerintahan China yang tidak mewujudkan sekteriat hubungan luar menyebabkan
China tidak memandang sebarang usaha untuk berhubung dengan kuasa asing yang
dianggap sebagai barbarian.[18] British cuba menjalin hubungan diplomatic
demi kepentingan perdagangan pada tahun 1784 dengan menghantar Kolonel Cathcar,
namun misi tersebut tidak sampai. Bagi
Raja England, Raja George III berpendapat bahawa penubuhan kedutaan akan dapat
menyelesaikan permasalahan British dengan China. Walaupun misi Macarney berjaya sampai bertemu
Maharaja, namun tidak berhasil kerana utusan tersebut dianggap sebagai Negara
uftiaan seperti Negara-negara di Asia Tenggara.
Disamping itu sikap Macarney yang tidak menghadap Kow tow memburukan lagi jalinan kedua pihak.[19]
MASALAH UNDANG-UNDANG.
Permasalahan seterusnya diantara
China dan barat adalah mengenai kehakiman akibat perbezaan undang-undang antara
China dan barat. Percanggahan
pentafciran undang-undang menyebabkan barat melihat undang-undang china tidak
berperikemanusiaan dan china pula menganggap tindakan undang-undang adalah bagi
mendisiplinkan rakyat supaya taat setia kepada pemerintah. Bagi undang-undang China, seseorang yang
dituduh melakukan kesalahan akan
dianggap bersalah sehinggalah dapat membuktikan seseorang itu tidak
bersalah. Berbanding dengan
undang-undang barat, seseorang yang bersalah tidak akan disabitkan hukuman
selagi tidak ada bukti menunjukan seseorang itu bersalah.[20]
Selain itu, undang-undang China juga
bersifat berkumpulan iaitu apabila seseorang melakukan kesalahan maka ia akan
melibatkan orang yang ada kaitan dan hubungan dengannya. Manakala barat pula sebaliknya seseorang yang
bersalah tidak melibatkan pihak lain iaitu pesalah hanya menangung kesalahanya
tampa melibatkan orang lain.[21] Perbezaan pentafsiran undang-undang boleh
dilihat melalui kes-kes tertentu yang melibatkan barat dan China sebagai contoh
mengenai kes kapal Lady Hughes pada
1784. Kapal tersebut telah melepaskan tembakan
Mariam sebagai tanda persinggahan ke pelabuhan untuk tanda hormat kehadiran
mereka, namun sebaliknya tembakan mengenai dua orang China yang menyebabkan
terkorban.[22] Penembak Mariam tersebut telah diserahkan
kepada pemerintah China walaupun sebelumnya pemilik kapal tersebut
berkeras. Atas arahan Maharaja penembak
tersebut telah dijatuhkan hukuman mati dengan mencekik pesalah tersebut.[23]
MASALAH PERANG
-
Candu
I
Kesan
daripada permasalahan Candu maka ia membawa kepada meletusnya perang
China-British pada 1839-1842 M . Kapten
Charles Elliot telah mendesak pihak British supaya mengistiharkan perang keatas
China. Akbar-akbar seperti The Times dan The Morning Chronice turut mempengaruhi British supaya
mengistiharkan perang.[24] Akhirnya kerajaan British telah
mengistiharkan perang pada 30 Januari 1840 dan pada bulan April kira-kira 4000
tentera British telah tiba diperairan Canton. Perang ini juga dikenali sebagai
perang Candu I yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.[25]
Pada
awalnya, kedatangan Admiral Elliot pada Jun 1840 menyebabkan terbentuknya
konvensyen Ch’uan-pi. Ketika berlaku konvensyen ini China menghantar
wakilnya Ch’i-shan dan rundingan damai berlaku pada Januari 1841. Peringkat seterusnya berlaku akibat
penolakan konvensyen Ch’uan-pi oleh kedua pihak. Pada peringkat kedua berlakunya kekalahan
tentera China kepada British yang menyebabkan British menguasai Sungai Mutiara.[26] Pihak British yang masih dibawa pimpinan
Elliot berjaya mengalahkan China yang dipimpin oleh sepupu Maharaja iaitu
I-shan. Penguasaan oleh British
menyebabkan Hong membayar ganti rugi sebanyak $ 6 juta.
Peringkat
ketiga berlaku apabila Sir Henry Pottinger mengtuai angkatan tentera
British. Dibawa pimpinan Pottinger,
British berjaya menawan beberapa Bandar antaranya adalah Amoy, Tinghai dan
Ningpo. Kejayaan tentera British
memaksa China menghantar sekali lagi utusan untuk mengadakan rundingan dan
hasilnya membawa kepada perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842.[27] kesan perjanjian Nanking memyebabkan China menerima
tamparan hebat kerana berat sebelah yang menyebelahi pihak barat. Antara isi perjanjian Nanking adalah ganti
rugi $ 21 juta, menghapuskan sistem Co-Hong, membuka lima pelabuhan ( Canton,
Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai), Hong Kong minjadi milik British dan satu
tarif akan ditentukan[28]
Setelah
perjanjian Nanking, satu lagi perjanjian iaitu perjanjian Bogue yang
mengandungi beberapa keistimewaan British iaitu hak wilayah asing dan Most Favored Nation.[29] Perkara ini menyebakan hubungan barat dan
China semangkin rengang apabila perjanjian yang ditandatangani adalah bersifat
berat sebelah. Melalui keadaan ini ia
turut mempengaruhi keadaan seterusnya yang membawa kepada perang Candu yang
ke-2. Selain British kuasa-kuasa barat
lain turut mengadakan perjanjian setelah berjaya mendesak pihak China seperti
perjanjian Whangpoa (perancis) pada 24 October 1844 dan perjanjian Wangshia (
Amerika Syarikat) pada 3 Julai 1844.[30]
-
Candu
II
Walaupun
perjanjian Nanking telah ditandatangani namun ia tidak dapat menyelesaikan
hubungan antara British dan China.
kegagalan China memenuhi perjanjian Nanking terutamanya mengenai
permasalahan di Canton iaitu masyaraakat
Canton yang bersikap anti-asing dengan
menolak pembukaan Bandar tersebut. Namun
buka itu sahaja faktor yang membawa kepada meletusnya perang Candu II, tetapi
faktor lama yang masih berbangkit iaitu perdagangan Candu adalah faktor mengapa
meletusnya perang tersebut.[31]
Faktor
kepada pencetus perang adalah disebabkan oleh insiden kapal Arrow.
Kapal tersebut yang dimiliki oleh Fong Ah-ming yang didaftarkan dengan
pihak British bagi melindungi dari ancaman lanun.[32] Pihak China telah menawan kapal tersebut
atas alasan mencari lanun yang bersembunyi diatas kapal tersebut dan menangkap
12 anak kapal dan menurunkan bendera British.
Thomas Kennedy telah melaporan perkara tersebut kepada konsul British
dan Hnarry Parkes telah diarahkan ke Bowring pada 12 Oktober 1856. Namun permintaan beliau agar pihak China
melepaskan 12 anak kapal dan meminta maaf akibat tidak menghormati bendera
British. Namun ia tidak dipedulikan oleh
Yeh Ming-ch’en yang bersikap anti-asing.
Akibatnya 25 october 1856 british menghantar kapal perang dibawa pimpinan
Admiral Seymour untuk menyerang Whampao.[33] Peperangan ini bukan sahaja melibatkan
British, teapi juga melibatkan pihak Perancis.
Hal ini kerana pembunuhan paderi Perancis yang bernama Abbe Auguste pada
Februari 1856.
KONVENSYEN PEKING 1860.
Konvensyen Paking 1860 adalah satu
langkah kearah penyelesaian masalah oleh pihak barat di China. Pihak barat menuntut pengesahan Perjanjian
Tientsin yang ditandatangani setelah kekalahan China kepada British dan
Perancis di Peking bukan di Tientsin.
Pihak Istana Ch’ing terpaksa menuruti kemahuan pihak barat apabila tidak
mampu menghalang kemaraan tentera British dan Perancis pada 8 September 1860
apabila Lord Elgin mengarahkan tenteranya kira-kira 15 batu dari Peking.[34] Antara permintaan barat dalam konvensyen
tersebut adalah memberi kebenaran kuasa asing untuk menempatkan diplomatic di
Peking, China meminta maaf keatas krisis di Taku. Manakala dalam artikal 13, Perancis lebih
memberi tumpuan kepada golongan mubaligh terutamanya hak mubaligh dan
pengikutnya. Golongan mubaligh juga
berhak mendapatkan tanah untuk disewa dan dibeli dimana sahaja di China dan
warganegara China yang menganut kristian hendakah bebas menganut dan
mengamalkan ajaran kristian tampa sekatan dan hukuman.[35]
KESIMPULAN.
Kesimpulannya, jelas menunjukan
permasalahan perdagangan yang diamalkan antara barat dan China menyebabkan
tidak berlaku hubungan perdagangan secara lansung. Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan
permasalahan lain turut timbul seperti masalah undang-undang, hubangan
diplomatic, adat resam, agama dan kepercayaan, dan lain-lain. Keadaan masalahan ini menyebabkan hubungan
China dan barat renggang akibat tiada kesefahaman antara dua pihak. Keadaan ini akhirnya membawa kepada beberapi
seri peperangan termasuklah perang candu pertama dan perang candu kedua. Kekalahan dalam peperangan menyebabkan China
terpaksa menandatangani perjanjian yang berat sebelah. Perkara ini menunjukan kemerosotan Dinasti
Ch’ing ketika itu yang tidak mampu menyekat kuasa-kuasa barat masuk ke china.
BIBLIOGRAFI
1. Su Kaiming. Modern China : a topical history. New World Press, Beijing 1985.
2. Hsin-pao
Chang. Commissioner Lin And the Opium War.
Harvard University Press 1964.
3. Suffian
Mansor. Sejarah China Moden. Penerbit Unjiversiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
2009.
4. Arthur
Waley. The Opium War Through Chinese Eyes. George Allen and Unwin Ltd, London 1958.
5. Ssu-yu
Teng and John K. fairbnk. China’s
Response to the West a Documentary Survey 1839-1923. Atheneum, new York 1967.
6. Peter
Ward Fay. The Opium War 1840-1842.
The Universiti of North Carolina Press, United States of America 1975.
7. Bruce
A. ellemen. Modern Chinese Warfare,
1795-1989. Routledge is an Imprint
of the Taylor & Francis Group, 2001.
[2] Ibid.
[3] Hsin-pao Chang. Commissioner Lin And the Opium War.
Harvard University Press 1964. Hlm 1.
[4] Suffian Mansor. Sejarah
China Moden. Penerbit Unjiversiti Malaya 50603 Kuala Lumpur 2009. Hlm 2-3.
[5] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 8.
[6] Ibid. hlm 7
[7] Ibid. hlm 12
[8] Ibid. hlm 13
[9] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 12
[10] Ibid.
[11] Ibid. hlm 13
[12] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 21.
[13] Ibid.
[14] Arthur Waley. The Opium War Through Chinese Eyes. George Allen and Unwin Ltd, London 1958. Hlm
12.
[15] Ssu-yu Teng and John K. fairbnk.
China’s Response to the West a
Documentary Survey 1839-1923. Atheneum,
new York 1967. Hlm 23.
[16] Suffian Mansor. China Moden. Hlm
20.
[17] Ibid. hlm 29.
[18] Hsin-pao Chang. Commissioner Lin And the Opium War. Hlm
53.
[19] ibid
[20] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 13.
[21] Ibid. hlm 13.
[22] Ibid. hlm 14.
[23] Peter Ward Fay. The Opium War 1840-1842. The Universiti
of North Carolina Press, United States of America 1975. Hlm 37-38.
[24] Dr Suffian Mansur, Sejarah China Moden. Hlm 24.
[25] Ibid. hlm 24.
[26] Ibid.
[27] Bruce A. ellemen. Modern Chinese Warfare, 1795-1989. Routledge is an Imprint of the Taylor &
Francis Group, 2001. Hlm 13.
[28] Bruce A. Ellemen. Modern Chinese Warfare, 1795-1989. Hlm
31.
[29] Suffian Mansor. China Moden. Hlm 26.
[30] Ibid.
[31] Ibid. Hlm 30.
[32] Ibid.
[33] Ibid.
[34] Dr Suffian Mansor. Sejarah China Moden. Hlm 33
Tiada ulasan:
Catat Ulasan