BAGAIMANAKAH RAKYAT AMERIKA SYARIKAT MENANGANI
PERUBAHAN-PERUBAHAN PESAT YANG BERLAKU SELEPAS PERANG DUNIA PERTAMA? NYATAKAN
STRATEGIK BUDAYA DAN JUGA POLITIK MEREKA.
PENGENALAN
Perang
dunia pertama yang berlaku pada 28 Julai 1914
menyaksikan persaingan kuasa-kuasa besar di Eropah. Amerika Syarikat pada peringkat awalnya tidak
mahu terlibat secara lansung dalam peperangan tersebut kerana ia menganggap
perang tersebut adalah perang Eropah.
Namun akibat beberapa desakan dan tekanan yang diterima oleh Amerika
maka ia telah terlibat secara lansung dengan memihak kepada pihak Bersekutu.[1]
President Woodrow Wilson telah
membawa Amerika dalam komplik di Eropah sehinggakan Setiausaha Negara, William
Jennings Bryan meletak jawatan kerana kecewa dengan tindakan W.Wilson kerana
tidak mempertahankan dasar berkecuali Amerika.
Penyertaan dalam peperangan menyebabkan banyak akta baru terutamanya
dalam bidang ketenteraan. Namun pada
penghujung perang dunia pertama menyaksikan beberapa persidangan dan
penyelesaian perang yang diketuai oleh President W.Wilson antaranya persidangan
Damai Paris 1919 belia mencadangkan 14 fasal (fourteen Points), perjanjian
Versailles dan penubuhan Liga-liga Bangsa.[2]
Selepas sahaja tamat perang, Amerika
berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan bagi mengatasi permasalahan yang
wujud selepas perang. Perubahan ini
dapat kita lihat dari sudut politik, ekonomi dan sosail. Perubahan ini menyebabkan kesan yang teruk
kepada Amerika sendiri terutamanya dalam bidang ekonomi. Hal ini kerana selepas perang Amerika
berhadapan dengan satu era kemelesetan ekonomi.
STRATEGIK
POLITIK
PERUBAHAN DASAR DARI
CAMPUR TANGAN KEPADA ISOLASI.
Perkembangan politik Amerika selepas
perang dunia pertama banyak dipengaruhi oleh tindakan president Woodrow Wilson
sebelum tamatnya perang pada penghujung 1918.
Tindakan W. Wilson menyertai persidangan perjanjian menamatkan perang
setelah Negara-negara kuasa bersekutu menolak pembentukan Empat Belas Fasal. Satu perjanjian telah ditandatangani iaitu
perjanjian Versilles pada 28 jun 1919 dan membawa kepada pembentukan Liga
Bangsa-bangsa. Pembentukan Liga
Bangsa-bangsa yang berfungsi sebagai Parlimen Dunia turut membawa kepada
penubuhan Mahkamah Dunia dan Elihu Root seorang rakyat Amerika sebagai Peguam
Mahkamah Dunia yang pertama.[3]
Perkara ini menyebabkan Ahli Senat
seperti Henry Cabot Lodge dari Massachusetts, William E. Borah ari Idaho dan
Hiram Jonhson dari California tidak bersetuju dengan tindakan W. Wilson kerana perkara tersebut menyebabkan Amerika secara
lansung melibatkan diri dalam peperangan asing.[4] Malahan rakyat Amerika turut tidak bersetuju
dengan tindakan yang dilakukan oleh Presidant W. Wilson kerana mereka sudah
bosan dengan usaha menyelamat dunia dari peperangan dan ramai remaja mula
membenci peperangan. Hal ini kerana
perjanjian Versailles yang berat sebelah dan pendedahan perjanjian rahsia
antara Negara-negara bersekutu yang bersifat Imperialism. Perkara ini membawa kepada perubahan dasar America kepada
bersikap berkecuali dari terlibat secara lansung dengann isu-isu luar.[5]
PERTUKARAN PARTI
PEMERINTAH DARI DEMOKRATIK KEPADA REPABLIK
Selain itu,
perubahan politik Amerika selepas tamat perang dunia pertama dapat dilihat
melalui perubahan parti pemerintah dari parti Demokratik kepada parti Repablik
pada tahun 1920. Selapas Konges tidak
mengiktiraf perjanjian Versalles dan Liga Bangsa-bangsa pada 19 Mac 1918, maka usaha W. Wilson agar Amerika menjadi ahli
Liga Bangsa menemui kegagalan.[6] Walapun W. Wilson telah berusaha untuk
meyakinkan rakyat Amerika agar bersetuju dengan langkah tersebut dengan membuat
37 ucapan di 29 buah Bandar dalam masa 22 hari namun menemui kegagalan. Keadaan ini membawa kepada serangan angin
ahmar kepada beliau semasa berucap di Pueblo, Colorado dan beliau meninggal
dunia pada 1924. Keadaan ini
menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Setelah pilihan raya dilakukan pada 1920
parti Repablikan telah mendapat mejoroti undi dan berjaya membentuk kerajaan.[7]
ANCAMAN KOMUNIS ( RED SCARE 1919)
Sehubungan dengan itu selepas perang
dunia pertama tamat, Revolusi Bolshevik
yang berlaku pada tahun 1917 berjaya
membentuk Communist International yang dikenali sebagai Comentarn. Fahaman Komunis ini telah wujud di Amerika dan
sering dikaitkan dengan organisasi buruh yang bersifat radikal.[8] Bagi menyekat pengaruh komunis di Amerika,
Peguam Negara A. Mitchell Palmer telah menubukan jabatan anti-radikal. Perkara ini membawa kepada penangkapan mereka
yang terlibat dalam kegiatan subversive terutamanya buruh asing. Dua tokoh imegran dari Itali iaitu Nicola
Sacco dan Bartolomew Vanzantti telah ditahan kerana disabitkan dengan kegiatan
fahaman radikal pada tahun 1920. Kedua
tokoh tersebut telah dikenakan tindakan hukuman bunuh dengan mengunakan kerusi
elektrik pada tahun 1927.[9]
STRATEGIK
BUDAYA
PENINGKATAN EKONOMI.
Semasa
perang dunia berlaku antara kuasa paksi dan kuasa bersekutu ekonomi Amerika
mengalami pertumbuhan yang positif kerana tidak terlibat dalam peperangan. Disamping itu Negara-negara yang berperang
mendapatkan bekalan peralatan perang dari Amerika. Hal ini menyebabkan berkembangan Industri dan
pertanihan secara mendadak. Namun selepas perang tamat keadaan ekonomi
terus melambung tinggi pada tahun 1920-an.
Namun perkembangan ekonomi ini
tidaklah membawa kemakmuran secara menyeluruh kepada masyarakat Amerika
sehinggakan perkembangan ekonomi ini digelar sebagai kemewahan palsu. Hal ini kerana kemewahan yang dialami hanya dinikmati
oleh golongan kaya dan golongan miskin tidak menikmati apa-apa kelebihan.
PENGELUARAN
MELEBIHI PERMINTAAN
Perkembangan
ekonomi melalui peningkatan pengeluaran akibat perkembangan teknologi dalam industry
menjadi faktor kepada peningkatan pengeluaran.
Pada tahun 1923 sehingga 1928
peningkatan ekonomi berlaku akibat produktiviti hasil daripada perkembangan
industry. Sebagai contoh kejayaan Henry
Ford merevolusikan kitaran pengeluaran kereta model ‘T’.[10] beliau telah memperkenalkan Moving assembly line yang lebih cekap
berbanding dengan kaedah lama iaitu Stationary
assembly line. Perkara ini
menyebabkan pengeluaran yang tinggi dipasaran, tatapi disebabkan kadar gaji dan
pendapatan mejoriti masyarakat Amerika ketika itu rendah maka kadar permintaan
bagi barangan yang dihasilkan adalah rendah.
Hal ini menyebabkan banyak hasil pengeluaran seperti radio, peti sejuk
dan barangan lain tidak dapat dipasarkan.[11]
KEJATUHAN EKONOMI
Seterusnya keadaan ekonomi Amerika
selepas perang juga turut mengalami kejatuhan disebabkan oleh beberapa keadaan sehingga
membawa kepada berlakunya kemelesetan besar.
Akibat pengeluaran yang berlebihan akibat kurang jual beli oleh
masyarakat Amerika maka firma-firma mula mengunakan kaedah baru untuk
memasarkan barangan iaitu dengan pembelian barangan secara kredit.[12] Pembelian secara kredit membolehkan penguna
membeli barangan dengan kadar segera dan secara tidak lansung membantu
pengeluar memasarkan barangan yang dihasilkan.
Iklan-iklan yang dikeluarkan turut menarik pengguna membeli secara
kredit semasa era kejatuhan sehinggalah tahun 1929 sebahagian besar masyarakat
Amerika membeli kereta, radio dan perlatan perabot secara asuran dan hutang
pengguna mula meningkat.[13]
IMBANGAN
DAGANG YANG NEGATIF
Selepas sahaja perang dunia pertama
tamat aktiviti perdagangan yang bersifat antarabangsa tidak membawa keuntungan
sebagaimana ketika perang berlaku.
Beban hutang yang tinggi yang dialami oleh Negara-negara berperang
menyebabkan pelbagai kaedah digunakan bagi mengimbangi perdagangan agar
menstabilan ekonomi Negara masing-masing.
Amerika mengenaikan tarif yang tinggi kepada barangan Import agar
barangan tersebut tidak dapat bersaingan dengan barangan yang dikeluarkan oleh
firma tempatan.[14]
KEJATUHAN PASARAN SAHAM
Seterusnya keadaan ekonomi Amerika
turut mengalami kejatuhan disebabkan oleh keadaan pasaran saham yang
merosot. Selepas perang berlaku pada
tahun 1920-an pasaran saham menjadi tumpuan para pelabur kerana menjanjikan
pulangan yang baik. Deviden yang tinggi
menyebabkan keuntungan segera oleh para pelabur. Namun pada tahun 1925 sehingga 1929 jumlah
saham meninggkat dari $100 juta dolar kepada $443 juta dolar. Hal ini disebabkan oleh kemudahan
mendapatkan pinjaman daripada bank-bank swasta dan spekulasi berlebihan pasaran
saham.[15]
Apabila
pelabur membuat spekulasi berlebihan dalam pasaran saham dan pinjaman wang yang
tinggi bagi mendapatkan untung secara cepat.
Maka ramai ahli perniagaan dan ekonomi menggalakan rakyat membeli
saham. John J.Raskod dalam artikal
tulisannya yang bertajuk “everybody Ought
To Be Rich” menyatakan sekiranya seorang meyimpan $15 dolar setiap bulan
maka beliau akan mendapat pulangan sebanyak $80 ribu dua tahun akan datang.[16] Menjelang suku kedua 1929 pasaran saham amat
membimbangkan kerana ia tidak boleh terus meningkat berterusan. Pada tahun yang sama Bank Of England telah meningkatkan kadar faedah kepada 6.5 peratus
bagi menghalang pengaliran keluar emas dan melindungi mata wang pound
sterling. Perkara ini membawa kepada
penarikan ratusan juta dolar dari New York ke England yang mengakibatkan
pasaran saham jatuh pada 30 september 1929.[17] Menjelang 15 October 1929 ramai pelabur besar
melepaskan pegangan masing-masing secara senyap dan pada 24 Oktober 1929
menyebabkan harga pasaran saham jatuh dengan teruk sekali. Pada 29 Oktober 1929, tarik tersebut
dikenali sebagai “Black Tuesday” kerana
lebih kurang 16.5 jutah saham telah bertukar tangan, harga purata 50 stok utama
jatuh sebanyak 40 % dan $30 bilion dollar lenyap.[18] Keadaan ini menyebabkan kekecewaan kepada
pelabur sehinggakan ramai yang nekad untuk bunuh diri. Keadaan ini memburukan lagi keadaan ekonomi
Ameika selepas perang dunia pertama.
KEGAGALAN
SISTEM RIZAB PERSEKUTUAN.
Kejatuhan ekonomi akibat kejatuhan
pasaran saham turut dipengaruhi oleh tindakan sistem rizab persekutuan yang
tidak memberikan pinjaman terakhir kepada bank-bank dan pelabur. Friedman dan Shwartz (1963), Hmilton(1987)
dan lain-lain menyatakan bahawa Sistem Rizab Persekutuan gagal memainkan
peranan utama berhubung polisi kewangan.[19]
Sistem Rizab yang tidak memberikan pinjaman kewangan terakhir semasa berlaku spekulasi
dan meningkatkan kadar faedah kepada peminjam menyebabkan pasaran jatuh. Keadaan ini menyebabkan banyak bank-bank yang
muflis iaitu sebanyak 761 buah bank yang muflis dari November 1930 sehingga
Januari 1931.[20]
SOSIAL.
ISU
IMENGRASI
Masalah yang dihadapi semasa dan
selepas perang dunia pertama oleh masyarakat Amerika adalah berkaitan dengan
isu Imegrasi. Kemunculan sifat
perkauman menyebabkan banyak keganasan dan insiden Lynching di selatan dan
barat Amerika. Pada tahun 1921 berlaku
rusuhan kaum di Tulsa dan Oklahoma oleh masyarakat kulit putih yang
mengakibatkan kemusnahan kehidupan masyarakat kulit hitam di perumahan
Greenwood.[21] Keadaan ini menyebabkan bangkitnya semula
pertubuhan Ku klux Klan (KKK) yang mengagungkan bangsa Anglo-sexon. Pertubuhan ini terut bersifat anti-Katolik, anti-Yahudi
dan anti-Buruh asing.[22]
Selain itu, kerajaan negeri dan persekutuan Amerika turut
memperkenalkan pelbagai jenis akta bagi menyekat pelbagai masalah yang
ditimbulkan oleh warga asing. Sebagai
contoh pada tahun 1921 kongres telah meluluskan Akta Imegresan yang meletakkan
jumlah maksimum imegren setiap tahun pada 357 ribu orang.[23] Bagi peringkat negeri, pelbagai langkkah
dilakukan bagi menyekat imegren seperti memperkenalkan undang-undang perlesan
bagi menghalang perniagaan perubatan, pembedahan, farmasi, seni bina,
kejuruteraan dan pemandu bas.[24]
HARLEM
RENAISSANCE
Keadaan masyarakat kulit hitam dari
awal pembentukan Negara Amerika lagi mempunyai diskriminasi oleh masyarakat
kulit putih. Selepas perang dunia
pertama pada tahun 1919 telah berlaku kebangkitan rakyat dikalangan masyarakat
kulit hitam yang dikenali sebagai Harlem Renaissance sehinggalah tahun
1933. Perkara ini mendedahkan
kebudayaan masyarakat kulit hitam dari segi sastera, puisi, muzik dan seni yang
dikenali sebagai New Negro. Perkembangan
ini menyebabkan ramai penulisan dilakukan bagi mendedahkan lagi kebudayaan
masyarakat kulit hitam seperti Langston Hughes yang menghasilkan puisi mengenai
kehidupan masyarakat kulit hitam. Dan
tulisan yang paling terkenal adalah Their
Eyes Were Watching God yang menceritakan mengenai seorang wanita mencari
indentiti diri.[25]
KEMUNCULAN
TOKOH-TOKOH ULUNG.
Selepas perang dunia pertama juga
dapat dilihat perkembangan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, sukan dan
industry hiburan. Hal ini menyebabkan
kemunculan tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang masing-masing sebagai contoh
Charles Lindbergh seorang juruterbang yang melakukan penerbangan menyeberangi
lautan Atlantik ke Paris.[26] Manakala dari segi sukan pula tokoh yang
terkenal adalah Babe Ruth seorang pemain Baseball yang mempunyai bayaran paling
tinggi iaitu sebanyak $ 100 ribu dollar.
Manakala dalam bidang hiburan pula berlaku perkembangan industry radia
dan muzik termasuklah muzik jazz. Bidang
sastera turut tidak ketinggalan apabila munculnya tokoh-tokoh sastera yang
terkenal seperti F. Scott Fitzgerald yang menerbitkan The Great Gatby pada tahun 1925 dan Ernest Hemingway menulis
tentang cerita perang yang bertajuk The
Sun Also Rises pada tahun 1926.[27]
KESIMPULAN
Kesimpulanya, selepas sahaja
perang dunia pertama tamat Amerika berhadapan dengan beberapa keadaan genting
dalam menangani perubahan yang berlaku selepas perang. Bidang ekonomi adalah bidang yang paling ketara
Amerika gagal dalam mengatasi kejatuhan ekonomi. Manakala dalam bidang sosial, walaupun
terdapat pelbagai langkah yang dilakukan untuk kearah masyarakat yang lebih
bertoleransi. Namun masih berlaku sikap
perkauman yang dimainkan oleh golongan kulit putih kepada masyarakat kulit
hitam. Secara keseluruhanya Amerika
Syarikat masih gagal mengatasi segala perubahan yang berlaku selepas sahaja
Perang dunia pertama tamat pada tahun 1918.
BIBLIOGRAFI.
1. Allan
Nevins and Henry Steele Commager. A Short
History of the United State. Alfed.A.knopf, New York 1966.
2. Syakila
Yacoob. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005
3. John
D. Hicks. American History. Volume
two, Houghtom Mifflin Company Boston, 1952
4. George
D. Crothers. American History. Holt,
Rinehart and Winston, New York 1964
[1] Allan Nevins and Henry Steele
Commager. A Short History of the United
State. Alfed.A.knopf, New York 1966. Hlm 451.
[2] Ibid. hlm 454.
[3]
Syakila Yacoob. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005.
Hlm 219.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[8] Syakila Yacoob. Amerika
Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 226
[9] Syakila Yacoob. Amerika
Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Hlm
226.
[12] Syakila Yacoob.
Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Hlm
[13] ibid
[14]
Syakila Yacob. Pembentukan Negara Bangsa. Hlm 240.
[15] Ibid.
[17] ibid
[18] ibid
[20] Syakila Yacob. Pembentukan
Negara Bangsa. Hlm 238.
[21] Ibid. hlm 224.
[22] John D. Hicks. American History.
Volume two, Houghtom Mifflin Company Boston, 1952. Hlm 272.
[23] George D. Crothers. American
History. Holt, Rinehart and Winston, New York 1964. Hlm 191.
[24] Ibid. hlm 191.
[25] Ibid.
[26] Syakila Yacob. Pembentukan
Negara Bangsa. Hlm 225
Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.
BalasPadam