ANEA
3102 ETIKA ALAM SEKITAR
KAJIAN ISU
PENGEBOMAN IKAN BERDASARKAN TEORI
TELEOLOGIKAL DAN DEONTOLOGIKAL
(GROUP PROJECT)
NAMA:1)TAN
JUN YI AEL 1100
2)PAAT HUI NGO AEE 110047
3)RAZIS KAMARUDIN AEE 110048
NAMA
PENSYARAH:DR.JILIAN OOI
NAMA
TUTOR:CIK SITI FAIRUS
TARIKH
HANTAR:8.11.2012
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN-------------------------------------------------------------------------------------3
1.1 TUJUAN KAJIAN-------------------------------------------------------------------------3
1.2 KONSEP
TELEOLOGI------------------------------------------------------------------4
1.3 KONSEP
UTILITARIANISM----------------------------------------------------------5-7
1.4 KONSEP DEONTOLOGI---------------------------------------------------------------8-9
2.0 KONSEP BOM IKAN
2.1 DEFINISI BOM
IKAN---------------------------------------------------------------------10
2.2 PIHAK YANG MENGGUNAKAN BOM
IKAN-------------------------------------10
2.3 BAHAN-BAHAN DALAM BOM
IKAN-----------------------------------------------11
3.0 KAWASAN KAJIAN
3.1 CIRI KAWASAN
KAJIAN---------------------------------------------------------------12
3.2 PETA KAWASAN KAJIAN
:SEMPORNA,SABAH--------------------------------13
4.0 KESAN PENGGUNAAN BOM IKAN
4.1 KESAN KEPADA
MANUSIA------------------------------------------------------------14
4.2 KESAN KEPADA HAIWAN DAN
TUMBUHAN------------------------------------15
5.0 HUJAH-HUJAH TEORI TELEOLOGI &
DEONTOLOGI DALAM ISI PENGGUNAAN BOM IKAN
5.1 KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU BOM
IKAN------------------------------16-17
5.2 KONSEP DEONTOLOGI DALAM ISU BOM
IKAN----------------------------18-20
6.0 KESIMPULAN-------------------------------------------------------------------------------------21-22
7.0 LAMPIRAN------------------------------------------------------------------------------------------23
8.0 RUJUKAN--------------------------------------------------------------------------------------------24
1.0 PENGENALAN
Isu pengeboman ikan di daerah Semporna
semakin berleluasa. Kegiatan pengeboman ikan bukan sahaja melibatkan
nelayan-nelayan tempatan, tetapi juga nelayan-nelayan dari luar negara
terutamanya negara Filipina. Dalam laporan kajian ini, isu pengeboman ikan akan
dibincangkan secara mendalami tentang asal usul teknik pengeboman ikan, cara
pengeboman ikan dan bahan letupan ikan. Berserta dengan peta yang menunjukkan
lokasi tempat kajian/kejadian, kita harap dapat menjelaskan isu ini dengan
lebih spesifik. Selain itu, konsep dan
konsep deontologi akan diterangkan dalam kajian ini. Isu pengeboman ikan
dikaitkan dengan teori teleologi dan teori deontology. Kita akan melihat
tindakan ini dari segi teleologi dan juga deontologi.
1.1
TUJUAN KAJIAN
·
Membincangkan isu pengeboman ikan di daerah Semporna.
·
Membincangkan konsep dan teori teleologi
dan deontologi
·
Mengaitkan isu pengeboman ikan dengan teori
teleologi dan deontologi
·
Dengan menghujahkan teori teleology dan
juga teori deontologi, mengesahkan bahawa isu pengeboman ikan ini dalam konsep teleologi atau konsep deontologi.
1.2
KONSEP
TELEOLOGI
Istilah teleologikal
diambil daripada bahasa Yunani iaitu “telos”
yang bermaksud tujuan atau matlamat dan “logos” yang bermaksud kajian. Teori ini juga dikenali sebagai consequentialism
kerana teori ini mendakwakan bahawa nilai sesuatu tindakan ditentukan
sama ada betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat atau hasil
daripada sesuatu tindakan tersebut. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan
yang baik adalah tindakan beretika. Kesan atau akibat yang dikatakan baik
merujuk kepada seseorang manusia itu dapat menikmati kepuasan yang tidak akan memudaratkan kepentingan
mereka.
Golongan yang berpendapat bahawa ketiadaan
pertalian hubungan antara peraturan masyarakat dengan keperibadian mulia dalam
etika, golongan tersebut lebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria
moral. Teori teleologikal menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang
sesuatu yang benar,baik, jahat, salah ialah penghasilan nilai moral yang baik.
Mengikut teori ini,sesuatu kebaikan dan kejahatan berlaku adalah ditentukan
dalam nilai instrumentalnya.
Mengikut teori teleologikal, akibat yang baik
daripada tindakan tersebut adalah untuk membuat orang lain bahagia dan membawa
sesuatu kebaikan yang dapat menguntungkan sendiri. Sebagai contohnya,
sekumpulan nelayan yang menjalankan aktiviti pengharaman seperti pengeboman
ikan untuk tujuan menyara keluarga dan menambahkan pendapatan mereka yang tidak
seberapa akibat kemerosotan punca ikan di laut. Di sini,kita dapat merumuskan
nelayan tersebut berbuat demikian demi keluarganya dan juga mengaut keuntungan
daripada aktiviti tersebut.Tindakan adalah bersifat teleologi kerana tindakan
ini telah membawa kesan yang baik antara kedua-dua pihak.
Walaubagaimanapun, teori teleologikal juga
mempunyai kelebihan dan kelemahan. Antara kelebihan ialah manusia perlu
memastikan tindakan yang dilakukan itu hendaklah mendatangkan kesan yang baik
atau bermanfaat. Manusia berhak bertanggungjawab terhadap perbuatan yang mereka
lakukan. Dalam teori ini, tiada perkataan tentang “baik-buruk” atau “salah-betul”
dalam melakukan sesuatu tindakan, sama ada tindakan tersebut sah di sisi
undang-undang ataupun tidak. Yang paling penting manfaat atau faedah
dihasilkan.
Dari segi kelemahan teori teleologikal,
keperluan manusia untuk mencari dan menentukan akibat adalah sukar kerana
manusia tidak dapat meninjau sesuatu perkara dalam masa yang singkat dan juga
masa depan. Manusia sering terpengaruh oleh masyarakat umun apatah lagi mereka
yang mempunyai pengetahuan yang cetek dalam menilai tentang akibat yang mungkin
timbul akibat tindakan mereka tersebut.
1.3 KONSEP UTILIRIANISM
Perkataan “Utilitarianism” adalah dikatakan menonjol pada awal abad ke-19 tetapi pada masa itu
tidak digolong sebagai ajaran falsafah. Konsep ini biasanya lebih menunjukkan
tanda berhubung kait dengan kumpulan radikal Inggerish membawa kesan apabila
mereka cuba mempengaruhi ukuran kepentingan sosial .
Perkataan ” Utilitarianism” berasal
dari “utility” yang bermaksud manfaat
atau berfaedah dan pengubah sosial melabelkan terhadap konsep ini kerana mereka
membuat secara praktikal dan ukuran
manfaat terhadap institusi sosial
akan dinilai, lebih kepada berkenaan dari keagamaan ataupun fungsi tradisi.
Etika Utilitarianism berpegang prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya
melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak
kepada setiap orang. Kebahagian yang dimaksudkan adalah keseronokan iaitu
sesuatu yang bukan bersifat moral tetapi boleh menberi kegembiraan atau
kepuasan yang paling maksimum kepada seseorang dan orang yang lain. Terdapat
dua pengasas kepada konsep ini iaitu Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.
JEREMY
BENTHAM
Jeremy Bentham
lahir di London pada tahun 1748-1832. Bentham adalah ahli falsafah Inggeris
yang radikal yang memberi teori kegunaan(utilitarianism) pada awal abad ke-19. Bentham juga telah membuat satu cadangan
yang asas “utiliti”, beliau mengatakan bahawa “utiliti” bukan bermaksud “usefulness without regard to pleasantness”,
tetapi lebih daripada harta atau kepunyaan sesuatu benda, di mana cenderung
untuk menghasilkan kebaikan,manfaat, keseronokan, baik atau kegembiraan.
Kebaikan atau keseronokan akan mengelakkan daripada berlaku sebarang kesakitan,kerugian,kejahatan
dan kesedihan
Matlamat Bentham dalam Utilitarianism adalah
untuk memberi kebaikan tertinggi kepada orang ramai. Dalam bukunya Introduction to the Morals and Legislation,
Bentham percaya manusia diletakkan dalam dua keadaan semula jadi iaitu
kesakitan dan keseronokan. Beliau menghuraikan prinsip kegunaan sebagai cara
menambah kegembiraan atau kebahagiaan sebuah masyarakat. Beliau percaya semua
tindakan manusia dirangsang oleh keinginan mendapat keseronokan atau keinginan
untuk mengelakkan diri daripada kemudaratan. Utilitarianism berpegang kepada the greatest good for the greatest number di mana sesuatu tindakan perlu membawa
lebih banyak keseronokan, kebahagian berbanding dengan kesakitan dan
kesengsaraan.
Makhluk hidup dalam institusi yang penuh
dengan cabaran dan mereka perlu memastikan bersaing untuk memperjuangkan
keseronokan dan menimumkan kesakitan sebaik mungkin.Bentham juga mengatakan
bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan,manakala
usaha mencari kebahagian atau kegembiraan adalah dianggap bermoral.Bentham
berhujah bahawa semua manusia cuba untuk mencapai keseronokan .Keseronokan akan
dicapai apabila keseronokan pada tahap maximum (utility) dan tahap penderitaan
pada tahap minimum (disutility).Dalam teori Bentham,apabila kita hendak membuat
penilaian pada sesuatu tindakan beretika,kita perlu mengetahui beberapa
kepuasan atau kegembiraan dapat diperoleh daripada tindakan yang meliputi
objektif,proses dan secara terbuka.Teori beliau mengamalkan sistem demokrasi
iaitu setiap orang diberi hak yang sama rata dan dapat menikmati keseluruhan
kegembiraan.Selaras dengan konsep yang bagi oleh Bentham “one
man,one vote.”
Bentham
telah memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk menganalisi tahap pencapaian
keseronokan (pleasure) iaitu Hedonistic Calculus. Terdapat tujuh faktor yang
perlu diambil kira untuk menentukan tahap keseronokan dan kesengsaraaan iaitu
intensity,duration,certainly,propinquity,fecundity,purity dan extent. Biar kita
ambil contoh, kes pengeboman ikan di Semporna ,Sabah yang dilakukan oleh
sesetengah nelayan, di sini kita melihat kepada tahap jangka masa sesuatu
keseronokan atau kesengsaraan terhadap setiap orang. Setiap tahap yang
dinyatakan diberi nilai.Apabila jumlah nilai positif lebih daripada jumlah
nilai negatif, maka tindakan itu dikatakan bermoral atau sebaliknya.Namun
begitu, pengukur Kalkulus Hedonistik Bentham adalah sukar diukur kerana perlu
mengambil pertimbangan yang mendalam untuk membuat sesuatu keputusan,
kadang-kala timbul ketidakadilan terhadap golongan-gologan tertentu seperti
golongan minoriti.
Teori ini mempunyai dua ciri penting.
Pertama, Bentham mengesyorkan manusia akan mempertimbangkan semua kesan yang
timbul akibat tindakan diambil dan seterusnya menentukan sama ada tindakan itu
bermoral ataupun tidak. Aspek ini dikenali sebagai act-utilitarianism. Kedua
dikenali sebagai hedonistic utilitarianism iaitu manusia mengukur keseronokan
dan kesengsaraan yang timbul akibat tindakan yang diambil.
Secara kesimpulannya, matlamat Bentham dalam
teori Utilitarianism bertujuan untuk memberi kebaikan tertinggi kepada orang
ramai. Beliau juga menegaskan bahawa manusia patut memaksimunkan kebaikan
secara konsisten untuk kebaikan orang ramai. Manusia diibaratkan sebagai
pemburu keseronokan dan membenci kesakitan.Prinsip utiliti menyamakan
keseronokan dan kebahagiaan.
John
Stuart Mill
John Stuart Mill ialah seorang
ahli falsafah Inggeris (1806-1873). John ialah seorang anak kepada kawan baik
Jeremy Bentham,iaitu James Mill (1773-1836). John menjadi semakin agung dalam
sejarah teori falsafah dan pada masa yang sama beliau cenderung kepada
reformasi masyarakat daripada teori yang abstrak yang dibawa oleh Bentham.
Beliau terpengaruh dengan pandangan Bentham dan beliau tidak bersetuju dengan
pandangannya yang menekankan hanya kepada kuantiti keseronokan.Sebaliknya,
beliau menolak pandangan Bentham yang mengatakan keseronokan yang diperoleh itu
adalah serupa.
John menekankan kualiti keputusan yang dapat
memuaskan keperluan setiap orang. John juga menggunakan kalkulus utilitarian
yang sama tetapi beliau lebih tertumpu kepada memaksimunkan kebahagian umum
dengan mengira bilangan yang mendapat kebaikan. Sesuatu tindakan atau keputusan
perlulah mengambil pertimbangan yang lebih menyeluruh dan memastikan tindakan
tersebut akan membawa kebaikan sejagat.
Bentham mengekalkan keseluruhan keseronokan sama dengan utiliti, pada
masa yang sama John menekankan kepada kualiti kegunaan atau manfaat lebih
daripada kuantiti. John juga mengatakan bahawa kegembiraan atau keseronokan
diperolehi daripada budaya dan keseronokan intelektual kerana mempunyai utiliti
yang tinggi berbanding dengan keseronokan daripada fizikal semata-mata.Menurut
beliau,kebahagian itu mempunyai kualiti sama ada tinggi atau rendah. Seseorang
perlu mempunyai penilaian sendiri yang bersifat subjektif untuk membuat
keputusan.
Di samping itu, John juga berhujah bahawa
hanya pendapat daripada individu yang pengalaman sahaja yang berhak memperoleh
keseronokan tertentu. Kualiti keseronokan bagi John mengambil kira faktor
bilangan penduduk, keprihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada
sesuatu tingkah laku. Utilitarianism yang dikembangkan oleh John banyak
digunakan dalam falsafah politik khasnya pihak kerajaan cuba membawa kepada
keseronokan terhadap majoriti. Manusia yang mempunyai kualiti kebahagian yang
tinggi digambarkan dengan keadaan sejahtera,sihat fizikal dan
mental,berpendidikan ,berakhlak dan sensitif pada orang lain. Manakala manusia
yang mempunyai kualiti kebahagian yang rendah pula mempunyai ciri-ciri seperti
bodoh, jahil, malas, mementingkan diri sendiri dan suka akan kelazatan fizikal.
1.4
KONSEP
DEONTOLOGI
Perkataan
Deontologi berasal dari perkataan Yunani, iaitu “Deon”yang bermaksud kewajiban atau tugas, dan “logos”yang merujuk kepada ilmu(atau kajian). Deontologi
menitikberatkan kepada kewajiban manusia untuk bertindak moral. Menurut etika
Deontologi merujuk kepada sesuatu tindakan yang kita lakukan sama ada yang baik
atau yang buruk adalah berdasarkan kepada prinsip moral dan undang-undang
sejagat, tetapi bukan berdasarkan apa yang baik dilakukan atau berapa nilai
yang boleh kita memperolehi daripada kelakuan tersebut. Deontologi ini
merupakan teori yang bertentangan dengan konsep Consequentialism, iaitu satu konsep yang berdasarkan nilai moral
yang dtentukan sama ada betul atau salah bagi sesuatu tindakan adalah
berdasarkan akibat-akibat tindakan tersebut. Misalnya, dalam konsep deontologi,
kita tidak boleh menipu kerana tindakan menipu merupakan satu tindakan yang
salah mengikut prinsip moral. Dalam konsep teleologi yang bersifat consequentialism
pula membenarkan seseorang itu menipu supaya penipuan tersebut agar boleh
mempertahankan sesuatu akibat yang lebih buruk.
Teori Deontologi ini diperkenalkan oleh Immanuel Kant(1724-1804), beliau merupakan seorang ahli falsafah German yang pernah belajar dan mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.
Kant menggunakan konsep deontologi untuk lahirkan teorinya, deontologi juga dikenali sebagai Etika Kantian. Kant percaya bahawa setiap tindakan manusia
adalah berdasarkan niat atau motif sebab beliau melihat manusia mempunyai
pemikiran yang rasional. Menurut Kant, setiap individu seharusnya bertindak
dengan cara yang betul dan wajar berdasarkan prinsip moral yang ditentukan,
tanpa sebarang syarat dan alasan, individu mempunyai kewajiban atau
tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan hukum moral. Kant tidak menyokong konsep Consequentialism
yang menekankan tindakan berdasarkan penilaian nilai moral ke atas akibat
daripada satu tindakan tersebut, kerana beliau berpendapat bahawa konsep ini
mempengaruhi manusia melakukan sesuatu secara tidak rela tetapi terpaksa
dilakukan demi kegembiraan dan kebaikan sejagat.
Kant menumpukan kepada niat, motif dan tujuan
sesuatu tindakan yang berniat baik(Good
Will) tetapi bukan berdasarkan emosi atau akibat. Bagi Kant, sesuatu tindakan yang dilakukan oleh
seseorang yang bermotif baik dan secara suka rela, serta mematuhi prinsip moral
yang telah diakui, maka tindakan itu dianggap mempunyai nilai moral. Sesuatu
tindakan tidak mempunyai nilai moral jika tindakan itu hanya mementingkan satu
pihak atau mementingkan diri sendiri.
Kant mengemukakan satu formula yang disebut sebagai Categorical Imperative atau pratikal imperative yang mempunyai 3
siri formula yang saling bergantungan untuk memperkukuhkan ideanya. Categorical Imperative adalah kita harus
bertindak
mengikut niat sebagai satu matlamat yang
penting, niat itu harus berdasarkn undang-undang dan kewajiban(maksim) yang
kita berupaya. Kewajiban
dan kemanusiaan ditegaskan sebagai nilai instrinsik manusia di sini. Pertama,
seseorang itu harus melakukan tindakan tertentu yang mempunyai motif yang umum,
dan tidak bercanggah dengan undang-undang semulajadi, maka tindakan itu adalah
bersifat moral. Kedua, semua indidu harus saling menghormati dan tidak harus
mempergunakan orang lain supaya mencapai niat atau kepentingan sendiri. Kant
menggabungkan dua idea tersebut ke dalam CI ketiga, iaitu individu seharusnya
berkelakuan mengikut niat yang betul dan mematuhi undang-undang sejagat, agar
tindakan tersebut disetujui dan dapat dipatuhi oleh orang lain. Bagaimanapun,
teori deontologi harus diamalkan oleh setiap orang semasa membuat sesuatu
tindakan. Kita akan memberi hujahan teori deontologi yang berkait dengan isu
pengeboman ikan pada bab-bab seterusnya.
2.0
: KONSEP BOM IKAN.
2.1
: APA ITU BOM IKAN?
Bom Ikan adalah sejenis bahan
letupan yang digunakan oleh segelintir nelayan yang tak bertangungjawab di
daerah Semporna. Bom ikan ini dibuat dengan mudah iaitu hanya mengunakan bahan
kimia yang dikenali sebagai serbuk Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca dan
span. Disebabkan penghasilan bahan letupan
tersebut senang dipraktikkan, maka ramai nelayan di Semporna amnya menggunakan
kaedah ini untuk memperolehi sumber laut. Penggunaan bom ikan adalah satu cara
mudah dan cepat kerana untuk mendapatkan ikan, yang hidup di terumbu karang
sangatlah sukar, ikan dapat meloloskan diri dengan mudah. Batu karang bukan
sahaja menjadi habitat semata-mata tetapi juga menjadi tempat perlindungan
ikan-ikan dari tangkapan nelayan yang mengunakan pukat. Oleh sebab itu
segelintir nelayan mengunakan cara mudah bagi mendapatkan ikan-ikan yang hidup
di terumbu karang dengan cara mengebom ikan tersebut.
2.2
: PIHAK YANG MENGGUNAKAN BOM IKAN.
Pada peringkat awal, kegiatan ini dilakukan
oleh masyarakat asing lazimnya yang berasal dari Selatan Filipina. Mereka
datang membawa teknik mengebom ikan seperti mana mereka lakukan di tempat asal
mereka sekitar era 80-an dan 90-an.
Setelah itu ia telah dipelajari oleh segelintir nelayan tempatan yang mendiami sekitar pulau-pulau di
Semporna termasuklah pulau Bum-Bum. Oleh
sebab itu kegiatan bom ikan di Semporna dilakukan oleh segelintir penduduk
tempatan yang telah mahir mengunakan Bom Ikan.
Sebilangan
penduduk yang mendiami kepulauan di Semporna adalah nelayan tradisional yang
mengunakan kaedah tradisi dalam aktiviti menangkap ikan. Oleh itu, mereka tidak
mempunyai peralatan yang canggih seperti kapal, sonar, dan lain-lain untuk
melakukan aktiviti penangkapan ikan.
Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak
dengan mengunakkan bom ikan. Bom Ikan
bagi mereka adalah satu teknik penangkapan yang membawa pulangan yang lumayan
dengan cepat tanpa mengunakan kos yang tinggi. Teknik pengeboman ikan amat
mudah dipelajari, maka kegiatan ini menjadi semangkin berleluasa walaupun risiko
untuk mendapat kemalangan sangatlah tinggi. Risiko kemalangan Bom Ikan adalah
sangat tinggi kerana dengan hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk meletup
setelah dinyalakan bahan peledaknya. Kecederaan
kemalangan akibat bom ikan ini boleh membawa maut dan cedera seumur hidup. Sebagai
contoh, tangan akan lumpuh jika kemalangan berlaku semasa penggunaan bom ikan.
Perkara ini berlaku kerana letupan bom ikan yang kuat.
Tahap
pendidikan dan pengetahuan yang sangat terhad menyebabkan mereka tidak dapat
membezakan buruk dan baik sesuatu yang mereka lakukan. Kehidupan sebilangan kecil mereka tidak
mempunyai pendidikan dan pengetauan tentang alam sekitar. Oleh sebab itu mereka melakukan kegiatan
mengebom ikan kerana tidak mengetahui kegiatan tersebut akan menghancurkan
ekosistem dan biodiversiti marin yang mendiami terumbu. Disebabkan itu mereka hanya melakukan
kegiatan tersebut tampa melihat jangka masa depan ataupun mereka tidak terfikir
nasib generasi akan datang
2.3
: BAHAN-BAHAN DALAM BOM IKAN.
Bahan utama yang digunakan untuk Bom Ikan
adalah serbut Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca dan span. Serbuk Amonia
Nitrat adalah sejenis bahan kimia yang disalahgunakan oleh nelayan. Selain itu, bahan api turut digunakan untuk
membuat bom ikan, sama ada minyak petrol, diesel ataupun minyak tanah. Disebabkan bom ikan ini mudah dibuat dan kos
murah untuk mendapatkanya maka ia menjadi langkah pantas untuk mendapatkan ini.
3.0
: KAWASAN KAJIAN.
3.1
: CIRI-CIRI KAWASAN KAJIAN
Daerah Semporna terkenal dengan
keindahan pulau-pulaunya yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti laut. Terumbu
karang antara hidupan laut yang paling terkenal di perairan laut di sepanjang
pulau-pulau di daerah Semporna. Kawasan
kajian memiliki beberapa pulau yang terkenal seperti pulau Mabul, pulau
Sipandan, Mataking dan lain-lain.
Kawasan kajian juga adalah kawasan yang diketogorikan sebagai kawasan
coral triangle.
Gambar menunjuklan
daerah Semporna termasuk dalam kawasan coral triangle.
Air di sekitar kawasan
kajian juga diketogorikan di perairan cetek yang mengalakan pertumbuhan batu
karang. Perairan yang jernih dan
pembentukan arus air laut yang baik kerana dipengaruhi oleh dua kawasan laut
yang besar iaitu Laut Sulawesi di sebelah utara dan selatan adalah Laut Sulu. Hal
ini menyebabkan perairan di kawasan kajian sesuai untuk pembentukan pelbagai
jenis terumbu karang yang menjadi tempat tinggal atau habitat yang selesa
bagi pelbagai jenis hidupan marin
terutamanya ikan, dan lain-lain. Pengeboman ikan dilakukan ketika air surut
kerana waktu ini kumpulan ikan akan membentuk kawanan yang begitu besar dan
kawanan ikan ini selalunya akan mencari kawasan untuk mencari makanan. Oleh itu terumbu karang selalunya menjadi
kawasan kawanan ikan ini. Selain itu,
lokasi yang menjadi tarikan nelayan yang mengunakan Bom Ikan adalah
kerana kawasan kepulauan tersebut mempunyai keluasan kawasan terumbu karang
yang sesuai untuk kegiatan menanam rumpai laut.
Disebabkan rumpai laut adalah salah satu makanan ikan seperti ikan Belais
dan lain-lain maka ia menjadi sasaran aktiviti mengebom ikan. Cara penanaman rumpai laut secara line(dalam garisan lulus) menarikan ikan
mencari makanan dan kumpulan ikan berkenaan akan menetap dibawa kawasan
penanaman rumpai laut tersebut. Jadi
mereka yang melakukan pengeboman ikan akan mencari ikan disekitar kawasan
penanaman rumpai laut
3.2
: PETA KAWASAN KAJIAN
Peta menunjukan
kawasan kajian untuk meneliti aktiviti Bom Ikan di daerah Semporna. Kegiatan
Bom Ikan sering dilakukan dikawasan pulau-pulau yang tidak terkenal seperti Pulau
Karindingan, Pulau Danawan, Pulau Legetan dan Pulau Omadal. Manakala kawasan
yang terkenal seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan Taman Marin
Tun Sakaran adalah kawasan sifar aktiviti Bom Ikan kerana sentiasa dibawa
pengawasan pihak berkuasa dan pihak bertangungjawab.
Kawasan
aktiviti Bom Ikan dijalankan adalah dikawasan yang mempunyai kawasan beting
pasir dan beting batu karang yang luas di sekitar pulau-pulau Semporna, sepanjang
perairan terumbu karang. Walaupun
rondaan dilakukan oleh pihak berkuasa seperti pasukan Marin, PGA, dan Polis,
namun kegiatan ini masih dapat dilakukan oleh nelayan yang menggunakan bom ikan
sebagai mata pencarian rezeki. Hal ini
berlaku kerana, sewaktu air surut pihak berkuasa tidak dapat melakukan rondaan
kerana ketika air surut, kumpulan ikan akan membentuk kawanan yang begitu besar
dan mencari makanan. Oleh itu ,terumbu
karang selalunya menjadi kawasan
kawanan ikan ini. Hal ini menyebabkan kegiatan
tersebut sukar untuk dibanteras oleh pihak berkuasa kerana bot akan tersangkut
pada beting pasir dan beting batu karang.
4.0
: KESAN PENGUNAAN BOM IKAN
4.1
: KESAN KEPADA MANUSIA
Perikanan
Disebabkan
segelintir nelayan yang mengunakan Bom Ikan untuk mendapatkan ikan-ikan yang
hidup di terumbu karang, maka padahnya akan dikongsi bersama oleh semua nelayan
di daerah semporna. Seperti pepatah
melayu “kerana nilah setitik, rosak susu sebelangga” begitulah impak yang harus
diterima oleh nelayan di semporna. Bom
ikan akan memusnahkan habitat ikan tersebut, seterusnya hasil tangkapan nelayan
akan berkurangan dari masa ke semasa. Seterusnya
kadar pendapatan nelayan juga akan merosot kerana penurunan hasil tangkapan
ikan.
Pelancongan.
Kemusnahan
kepelbagaian terumbu karang memberikan
impak kepada sektor pelancongan.
Kegiatan Bom Ikan akan memusnahkan terumbu karang dan mengambil masa
yang panjang untuk pulih semula.
Disebabkan itu, kegiatan pengeboman ikan turut menyebabkan kemerosotan
sector pelancongan, jarang menarik pelancong datang ke Semporna, Malaysia. Akibatnya, pelancong yang datang berkunjung
ke Semporna ingin menikmati pemandangan laut yang warna-warni yang dihiasi
pelbagai biodiversiti marin termasuk terumbu karang akan berasa kecewa kerana
kemusnahan pandangan di kawasan terumbu karang.
Maka dengan itu, kegiatan Bom ikan turut menjadi penyebab kepada
kemerosotan pelancong untuk berkunjung ke pulau-pulau di daerah semporna.
4.2
: KESAN KEPADA ALAM SEKITAR
Hilang
habitat pelbagai biodiversiti marin
Pada
masa yang sama, kawasan kajian tersebut mencatatkan sebanyak 844 jenis ikan
yang terdapat di kawasan perairan Semporna. Aktiviti pengeboman ikan
menyebabkan kemusnahan kepelbagaian biodiversity marin seperti plankton,
terumbu karang, spesis ikan batu karang seperti Clown Fish, Rainbow Parrot
Fish, Flame Angel, Moorish Idol, Symphysodon, Coral Beauty, Lion Fish, Clown
Trigger Fish, Emperor Angel Fish dan lain-lain. Bom ikan akan menyebabkan semua
hidupan akan mati di sekitar 2 hingga 8 meter dari kawasan letupan Bom
tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa bom
ikan bukan sahaja menyebabkan kematian ikan yang hendak ditangkap oleh nelayan,
seperti Belais, tetapi ia juga mengakibatkan kematian beribu-ribu hidupan marin
yang lain. Kemusnahan yang mengambil
masa panjang untuk pulih semula sehingga ratusan tahun menyebabkan hilang
habitat pelbagai hidupan laut.
Putus
rantai makanan pelbagai hidupan marin
Kesan
bom ikan juga menyebabkan terputus rantai makanan hidupan marin. Impak bom yang memusnahkan terumbu karang dan
plankton menyebabkan hidupan yang bergantung hidup dengan terumbu akan terjejas
seterusnya keseimbangan ekosistem marin terganggu. Perkara ini disebabkan Bom Ikan yang
digunakan oleh nelayan akan memusnahkan sama sekali terumbu disekitarnya. Maka kemusnahan terumbu akan menyebabkan
rantaian makanan hidupan termasuk ikan, ketam, udang batu, dan lain-lain
terganggu. Akibatnya spesis hidupan ini
akan terancam dan jika berterusan akan mengalami kepupusan. Batu karang
merupakan tapak asas kepada ekosistem di kawasan marin tropika. Terumbu batu
karang yang terhasil itu membekalkan tempat tinggal kepada hidupan lain yang
bersaiz kecil dan merupakan salah satu bahagian dalam rantaian makanan. Selain
itu, ia juga memainkan peranan sebagai pembekal kepada rantaian makanan melalui
hubungan simbiosis dengan alga yang terdapat dalam sel-sel batu karang.
5.0.
HUJAH-HUJAH TELEOLOGI
DAN DEONTOLOGI DALAM ISU PENGGUNAAN BOM IKAN
5.1. KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU
PENGEBOMAN IKAN
Dalam isu pengeboman ikan di Semporna,Sabah
,kita dapat melihat bahawa sesuatu kejadian berlaku semestinya ada kesan atau
akibat yang bakal diterima. Dalam kes ini, pengeboman ikan dari sudut pandangan
nelayan adalah penting kerana mereka perlu mencari rezeki akibat kesempitan
hidup yang semakin ketara. Mengikut etika teori teleologikal,pengeboman ikan
dalam kalangan nelayan adalah betul dan tidak bersalah kerana niat dan
matlamatnya adalah menyara kehidupan keluarga yang serba kekurangan, mereka
meletup ikan bukan sahaja dapat menangkap ikan untuk menyara keluarganya tetapi
juga menjana sumber ekonomi. Walaubagaimanapun,bagi etika deontologikal,
perbuatan itu salah kerana perbuatan meletup ikan adalah salah di sisi
undang-undang. Pengeboman ikan secara haram adalah tindakan yang tidak
dibenarkan oleh masyarakat atau undang-undang. Jika nelayan itu memikirkan
tentang hukuman yang mungkin diterima sekiranya mereka melakukan tindakan
meletup ikan, mereka mungkin tidak akan melakukan, berdasarkan etika teleologi
yang menekankan kesan dan akibat sesuatu tindakan.
Dari sudut pandangan terhadap tindakan yang
bermoral, pengeboman ikan dikatakan membawa akibat atau manfaat yang baik
walaupun tindakannya telah menyalahi undang-undang kerana menggunakan bahan
letupan secara haram dan letupan tersebut telah membawa kesan sampingan yang
tidak terhingga kepada alam sekitar sisi
pandangan orang luar. Namun, berdiri pada sudut pandangan nelayan-nelayan
tersebut, mereka bertindak sedemikian bukan sahaja dapat menyara hidup ahli
keluarga mereka, mereka juga dapat mengaut keuntungan besar. Tindakan ini dengan
merujuk kepada teori teleologi, tindakan ini diterima. Jika memikirkan dari
sudut pandangan mangsa-mangsa yang terancam, seperti terumbu karang, pelancong
asing, dan juga nelayan yang lain yang tidak meletup ikan, kegiatan pengeboman
ikan telah membawa kesan yang buruk secara langusung kepada mereka. Dengan itu,
berdasarkan teori teleologikal pula, tindakan tersebut tidak mempunyai nilai
moral kerana kesan buruk melebihi kesan baik. Bahan letupan bom ikan bukan
sahaja akan memusnahkan ekosistem laut malah akan membahayakan sendiri serta
manusia yang tidak berdosa. Mengikut etika teleologikal, pengeboman ikan secara
haram yang dilakukan oleh sesetengah golongan nelayan adalah baik kerana
tindakan ini dapat mencari sumber rezeki yang lebih lumayan daripada terus
menggunakan teknik penangkapan tradisional.
Akibat yang baik daripada pengeboman ikan
dapat kita merujuk kepada dua tafsiran iaitu,pertama, kesan tersebut telah menyebabkan
orang lain bahagia dan pada masa yang sama juga akan menguntungkan diri
sendiri. Lebih jelas lagi,sebagai contoh, hasil ikan daripada penggunaan bom
ikan adalah lumayan telah membantu golongan bawahan ini dapat menambahkan sumber pendapatan mereka. Jika
mereka tidak berlaku demikian dan hanya bergantung kepada cara penangkapan ikan
yang tradisional, golongan nelayan ini mungkin akan mengalami kesusahan hidup.
Dalam
konsep Utilitarianism ini, manusia cuba memaksimunkan keseronokan dan
meminumkan kesusahan. Manusia sememangnya ditakdirkan untuk menikmati
keseronokan dan mengelakkan sebarang kesakitan sampai akhirat.Dengan
itu.nelayan tersebut memandangkan ke arah kesan atau akibat yang baik, maka
mereka pun melakukan sesuatu tindakan yang dapat memaksimunkan keseronokan dan
menimimunkan kesakitan atau kesengsaraan. Menurut Bentha, manusia sentiasa
mencari peluang mengejar keseronokan fizikal dan mengelakkan kesakitan fizikal.
Dalam isu pengeboman ikan,nelayan hanya meniru cara penangkapan ikan yang
berasal dari negara jirannya, iaitu negara Filipina yang mula mencipta kaedah-kaedah bom ikan dengan
menggunakan bahan letupan.
Apabila
kaedah penangkapan haram ini digunapakai oleh nelayan-nelayan yang boleh
dikatakan masih mengamalkan cara tradisional telahpun mencuba bagi meningkatkan
hasil pengeluaran ikan mereka.Pengeboman ikan dengan menggunakan bahan letupan
yang mudah didapati itu telah mendorong nelayan-nelayan tersebut mengekploitasi
alam sekitar sebaik mungkin supaya dapat memenuhi keperluan atau kehendak
mereka serta menjauhi sebarang kesusahan atau penderitaan.Walaubagaimanapun,
teori teleologi juga tidak dapat digunapakaikan dalam setiap keputusan tindakan
kita, kerana bukan semua tindakan yang kita hendak buat mempunyai akibat dan
kesan yang terang. Jika sesuatu tindakan tiada akibat atau kesan yang terang,
kita sukar menilai tindakan itu adalah bermoral atau tidak. Kita mungkin
sentiasa berasa sukar membuat pertimbangan sesuatu tindakan yang hendak dibuat
kerana kita sentiasa perlu fikirkan akibatnya, ini adalah susah jika kita tidak
jelas terhadap akibat sesesuatu tindakan.
5.2. KONSEP DEONTOLOGI DALAM ISU
PENGEBOMAN IKAN
Dalam isu pengeboman ikan ini, kita
boleh tahu terdapat beberapa pihak yang terlibat, iaitu pihak berkuasa yang
melakukan tindakan undang-undang seperti pasukan Marin, PGA, dan
Polis, dan juga pihak nelayan yang melakukan aktiviti pengeboman ikan, seterusnya
adalah pihak yang terancam, iaitu hidupan marin dan sektor perikanan dan sektor
pelancongan. Dalam membincangkan tentang konsep deontologi dalam isu ini,
beberapa sudut pandangan yang berbeza harus dititikberatkan.
Konteks
kita menfokuskan kepada kegiatan
pengeboman ikan ini sememangnya telah melanggari konsep deontologi, kerana
prinsip moral dan undang-undang sejagat tidak dipatuhi. Hal ini kerana,
mengikut Akta Bahan Letupan 1957,Seksyen 7, sesiapa yang cuba menyebabkan
letupan, atau membuat atau menyimpan bahan letupan dengan niat hendak
membahayakan nyawa atau harta adalah melanggari undang-undang. Mengikut
undang-undang, kegiatan ini dikira salah kerana nelayan-nelayan telah
menggunakan bahan letupan dalam penangkapan ikan. Kegiatan pengeboman ikan bukan
sahaja membolehkan seseorang nelayan itu memiliki bahan letupan secara haram,
perkara ini juga memberi peluang kepada mereka meletup dan menangkap ikan
secara sesuka hati. Nelayan-nelayan tidak memikirkan dari segi undang-undang
dan tentang prinsip moral, mereka hanya semata-mata berbuat demikian mungkin
bagi mereka kepentingannya ialah menyara hidup sahaja. Tambahan pula, kawasan
yang terlibat dalam kegiatan pengeboman ikan sukar diawasi, jadi
nelayan-nelayan tidak akur terhadap Akta Letupan Api 1957 yang mengenakan
hukuman yang berat.
Menurut
apa yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985, nelayan dilarang menangkap ikan
sekiranya tiada lessen atau permit untuk menangkap ikan di kawasan perairan
yang terkawal. Menurut Akta Perikanan 1985, seksyen 44, mengenai tiada sesiapa
pun boleh membawa, mengguna atau memiliki dalam taman laut atau rizab laut di
perairan perikanan Malaysia dengan apa
jua senapaang angin, serampung, kelengkapan melembing ikan, tempuling atau
senapang sedutan, atau jenis senjata lain yang berkemungkinan berbahaya kepada
hidupan akuatik sama ada tumbuhan dan haiwan atau struktur terumbu karang. Akta
ini juga melarang penggunaan apa jua senjata dari luar batas taman laut atau
rizab laut dan ditujukan atau diarahkan ke hala taman laut atau rizab laut.
Seksyen 44 jelas menekankan bahawa larangan-larangan penangkapan ikan yang
dikenakan kepada nelayan-nelayan supaya tidak menggunakan senjata-senjata yang
bahaya yang akan menjejaskan hidupan laut yang lain. Namun, akta tersebut tidak
dihirau oleh nelayan-nelayan. Nelayan bukan sahaja bertindak melanggari
undang-undang, mereka juga mengganggu kesejahteraan hidupan marin yang lain dan
juga mangsa-mangsa lain, termasuklah pelancong yang hendak menikmati keindahan
pandangan terumbu karang dan juga nelayan-nelayan lain yang mempunyai lesen
untuk menangkap ikan. Mengaitkan balik kegiatan pengeboman ikan dengan etika
deontologi, kegiatan pengeboman ikan memang tidak mempunyai nilai moral dan
tidak bermanfaat kepada sesiapa pun. Nelayan-nelayan dalam isu ini, tidak
berniat baik(berdasarkan prinsip moral) telah melanggari hukum deontologi
kerana mereka tidak memegang kewajiban untuk mematuhi undang-undang dan prinsip
moral. Niat yang jahat mempengaruhi seseorang itu bertindak kejam dan secara
tidak bermoral.
Tegasnya,
kewujudan Akta-akta dan Undang-undang adalah berperanan menegakkan keadilan dan
membanteras jenayah. Akta-akta yang digubal bertujuan melahirkan kepatuhan
terhadap undang-undang dalam kalangan masyarakat, setiap orang harus memikirkan
sama ada tindakan mereka melanggari undang-undang ataupun tidak. Dengan itu,
kelakuan yang berhemah dan berniat baik akan dipupukan. Manusia yang mempunyai motif yang baik dan
sentiasa berpegang terhadap prinsip moral sahaja yang akan melakukan tindakan yang
baik.
Pihak
berkuasa sentiasa melaksanakan kewajiban mereka untuk meronda dan mengambil
tindakan undang-undang untuk menangani masalah pengeboman ikan. Dari sudut
pihak berkuasa, mereka memegang kuat terhadap prinsip deontologi juga kerana
mereka mengambil tindakan undang-undang seperti hukuman yang dikenakan oleh
pihak berkuasa kepada nelayan-nelayan yang melanggari undang-undang merupakan
satu bentuk kewajiban mereka terhadap tugas mereka. Pihak berkuasa yang
sentiasa memegang konsep deontologi akan sentiasa berobligasi dalam membuat
rondaan supaya ketenteraman laut sentiasa terjamin. Motif dan tujuan pihak
berkuasa dalam konteks ini adalah memenuhi etika deontologi kerana motif yang
betul memberi kebaikan sejagat.
Walaubagaimanapun,
etika deontologi ini lebih melencong kepada tindakan yang betul berdasarkan
nilai moral yang dapat disetujui oleh masyarakat. Hakikatnya, bukan semua
tindakan yang kita lakukan harus mempertimbangkan nilai moral tanpa memikirkan
akibatnya. Misalnya, nelayan yang
meletup ikan mungkin sedar bahawa tindakan mereka ini adalah salah di sisi
undang-undang, tetapi demi meneruskan hidup, mereka terpaksa juga menangkap
ikan, cuma cara mereka mendapatkan ikan adalah perbuatan yang kejam dan salah.
Mengikut etika deontologi, niat nelayan yang menangkap ikan bagi menyara hidup
keluarganya adalah bermoral tetapi tindakan mereka tidak bermoral, tetapi, jika
mengikut etika teleologi, perbuatan mereka ini adalah baik kepada mereka sesama
sendiri. Selain itu, mungkin juga nelayan-nelayan yang melakukan tindakan ini
akan sentiasa tertanya-tanya, “apa faedah mereka akan dapat jika mereka
mematuhi undang-undang?” atau “Jika saya mematuhi undang-undang dan menangkap
ikan dengan menggunakan cara yang tradisional, bolehkah saya menyara hidup sekeluarga
saya?”. Dalam persoalan ini, wujudnya konflik antara tindakan yang betul dan
salah, atau yang patut dan tidak patut, tindakan yang dilakukan seharusnya
berdasarkan etika teleologi atau deontologi. Pada perenggan seterusnya, kita
akan merumuskan dan membuat keputusan kita untuk menyokong isu pengeboman ikan
adalah berada dalam teori teleologi atau teori deontologi.
6.0 KESIMPULAN
Secara
ringkasnya, perbuatan mengebom ikan yang dilakukan oleh nelayan-nelayan di
sekitar lautan Semporna, Sabah, tidak dikira betul ataupun salah sekiranya
tiada wujudnya undang-undang. Ini disebabkan teori teleologi yang menekankan
kebaikan sejagat sesuatu tindakan, iaitu kebaikan yang boleh dibawa kepada
kebanyakkan orang adalah lebih daripada kesengsaraan yang diberikan kepada
minoriti. Jika isu ini dinilai mengikut teori teleologikal, dalam sudut
pandangan nelayan-nelayan ini, mereka bertindak baik kerana mereka memang
mendapatkan habuan besar daripada tindakan tersebut. Tindakan ini memang
membawa manfaat kepada mereka sendiri. Namun, perkara ini dari segi deontologikal,
adalah tidak baik dilakukan kerana pelakuan ini telah menguggat dan mengancam
keselamatan, kesejahteraan, dan kedudukan orang lain seperti nelayan yang
lain(mempunyai lessen dan menangkap ikan secara tradisional) dan juga
mengecewakan pelancong-pelancong yang datang berhasrat untuk melihat keindahan
laut dan terumbu karang. Kegiatan pengeboman ikan hanya memberi sikit manfaat
kepada kumpulan kecil dan mengancam keperluan dan kesejahteraan majoriti
manusia dan alam sekitar. Jadi, dalam isu pengeboman ikan ini, perbuatan
nelayan ini dikatakan bersifat teleologikal.
Beralih
kepada teori deontological pula, melihat dari sudut pandangan nelayan-nelayan
yang melakukan tindakan ini, mereka yang ingin menyara hidup keluarganya dikira
mempunyai niat yang baik, tetapi mereka telah mengabaikan dan mengguggat
keselamatan dan kesejahteraan orang lain dan juga ketenangan alam sekitar. Hal
ini bercanggah dengan penekanan dalam teori deontologi yang sentiasa
mementingkan motif yang betul/baik dan sentiasa mematuhi prinsip moral sebagai
kewajiban sejagat/semua. Oleh itu, tindakan ini tidak memenuhi syarat-syarat
teori deontologi. Nelayan-nelayan dalam konteks ini boleh diandaikan sebagai
agent teleologi kerana mereka tidak menunjukkan sebarang motif yang baik dan
juga mematuhi undang-undang. Sebaliknya, dengan melihat tugas-tugas yang
dilakukan oleh pihak berkuasa pula, mereka telah memenuhi syarat-syarat
deontologi, pihak berkuasa memegang obligasi untuk melaksanakan tindakan
undang-undang terhadap nelayan-nelayan yang bersalah. Tujuan mereka adalah
menegak keadilan bagi mangsa-mangsa yang terlibat. Dengan kewujudan
undang-undang, misalnya Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Perikanan 1985, dapat
melindungi nelayan-nelayan yang lain (berlesen), dan juga menjaga keselamatan
masyarakat yang tinggal berhampiran. Dalam konteks ini, pihak berkuasa dan
pengubalan undang-undang merupakan
agen yang
bersifat deontologi kerana tindakan dan tujuan mereka adalah betul dan
disetujui oleh masyarakat. Mereka berhak mengambil tindakan undang-undang
seperti menahan atau menggari mereka(nelayan) yang disyaki memiliki,
menggunakan, dan menjualkan bahan letupan.
Kesimpulannya, dalam kajian kita yang
mengenai isu pengeboman ikan ini, kita lebih menyokong dan setuju dengan teori
deontologi yang lebih sesuai diaplikasikan. Dalam situasi ini, perkara ini amat
jelas menunjukkan bahawa kewujudan undang-undang dan pihak berkuasa adalah
sangat penting dalam membantu masyarakat menangani masalah jenayah atau
ketidaktenteraman yang berlaku di dalam masyarakat. Setiap individu haruslah
memikirkan kepentingan sejagat dan prinsip moral sebelum bertindak. Etika
Deontologi membantu kita mewujudkan
individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya, dan melahirkan insan yang patuh dan taat
kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama.
Keikhlasan hati seseorang itu mempengaruhi mereka bertindak baik. Dengan itu,
kes-kes jenayah akan berkurangan. Dalam perbincangan ini, teori teleologi tidak
salah tetapi teori ini amat bahaya kerana jika seseorang sentiasa memikirkan
kesan yang baik sahaja tanpa memikirkan prinsip moral sebelum bertindak,
akhirnya perkara yang mereka lakukan berkemungkinan besar mengandungi
unsur-unsur berbahaya. Banyak alasan akan diberikan jika kelakuan seseorang itu
disalahkan kerana mereka boleh melakukan apa sahaja yang bermanfaat bagi
mereka.
7.0 LAMPIRAN:
Gambar: Aktiviti bom ikan yang dilakukan
diperairan semporna dilakukan oleh segelintir nelayan yang tak
bertangungjawab dan mempunyai pengetauan rendah tentang alam sekitar
|
8.0 RUJUKAN
1. Bennett, J.,
“Morality and Consequences”,
in The Tanner Lectures on Human Values, Vol. 2, S. McMurrin, (ed.),
Cambridge: Cambridge University Press.1991.
2. Finnis, J., Natural
Law and Natural Rights. Oxford, 1980.
3. Graham Gordon., Eight Theories of Ethics. New York:
Routledge/Taylor and Francis Group, 2004.
4. Keller.David R., Environmental Ethics: The Big Questions.
United Kingdom: Wiley-Blackwell, 2010.
5. Nicholas Low., Global Ethics and Environment. New York:
Routledge/Taylor and Francis Group, 1999.
Sumber laman web:
4. Undang-Undang Malaysia. Akta 613. Seksyen 3. Jadual Kedua. Akta Bahan
Letupan 1957 . Akta 207. Seksyen 7.