Sumbangan islam kepada perkembangan
tamadun eropah
PENGENALAN
Tamadun islam[1]
yang muncul ditengah padang pasir di Kota Madinah akhirnya telah berkembang
sehinggalah kejatuhan kerajaan islam yang terakhir iaitu kerajaan Turki Utmaniyah. Selepas sahaja kewafatan Rasulullah saw
islam terus dikembangkan oleh para sahabat sehinggalah kejatuhan Parsi dan Rom
yang merupakan kuasa besar di dunia ketika itu. Perkembangan kerajaan islam akhirnya
berkembang ke Eropah selepas sahaja kemasukan islam ke Sepanyol iaitu apabila
orang-orang islam menduduki Magribi dan Sicily. Perkara ini disebabkan oleh
satu pergolakan keadaan menjadi tegang apabila masuk abad ke 8 masihi. Hal ini memberi peluang kepada orang islam
untuk membuka dan menguasi Andalusia.[2]Ketika
ini keadaan Eropah sangat tegang kerana golongan agama dan pembesar terus
menikmati segala keistimewaan dan kekayaan, manakala golongan bawahan pula
sentiasa menerima penderitaan dan kesengsaraan hidup . Hal ini berlaku selepas sahaja keruntuhan
empayar Rom timur dan zaman ini dikenali sebagai zaman gelap.
Islam terus berkembang di Eropah apabila
tentera islam Berjaya dalam kempen ketenteraan di benua eropah iaitu pada tahun
710 masihi, Musa Ibn Nusayr telah menghantar panglima Tarif Bin Malik dengan
tenteranya seramai 500 orang untuk memulakan penerokaan tersebut dan mendapat
kemenangan. Setelah itu kerajaan islam
terus meneruskan kempen ketenteraan untuk meluaskan empayar kali kedua tentera
islam mendapat bantuan dan kerjasama dengan golongan Julian.[3] Dalam peperangan ini golongan yahudi turut
membantu tentera islam dengan menjadi perisik unutk mengetauhi kekuatan dan kelemahan
tentera lawan.
Kemasukan pengaruh islam di eropah juga adalah
kesan daripada keruntuhan empayar rom.
Perkara ini menunjukan bahawa islam mula tersebar dengn meluas apabila
satu demi satu kerajaan yang terdapat di eropah jatuh ketangan orang islam. Setelah itu islam mula menjdikan Andalusia
sebagai pusat pemerintahan di eropah.
Pemerintah islam yang menjalankan pemerintahan secara sistematik serta
menjalinkan hubungan dengan kerajaan
kecil eropah yang tidak mengancam kerajaan islam akhirnya telah membuka ruang
kepada masyarakat eropah untuk menimba pelbagai bidang kemajuan dan ilmu
pengetauan seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun eropah. Perkembangan tamadun eropah kesan daripada
perluasan empayar tamadun islam dapat diperincikan dari beberapa aspek yang
utama iaitu dari sudut ekonomi, politik, social dan intelektual.
SUMBANGAN
ISLAM DARI SUDUT EKONOMI.
Sumbangan islam dalam perkembangan ekonomi
di Eropah adalah penting dalam permulaan perkembangan di Eropah pada abad ke 11 masihi,
hal ini kerana selepas sahaja keruntuhan Empayar Rom pada abad ke 3 masihi dan
abad ke 4 masihi[4] Ekonomi Eropah telah mengalami kemerosotan, perkara
ini menyebabkan kemerosotan perdagangan
dan industry di eropah disamping salah satu punca kepada kejatuhan Empayar Rom. Kesan dari kemerosotan ekonomi di Eropah
menyebabkan sebahagian penduduk eropah berhijrah dan mula menetap di kawasan
luar Bandar yang dikenali sebagai Manor.[5] Walaupun ketika ini pemerintah eropah yakni
itu Charemagne cuba untuk memulihkan ekonomi empayarnya namun gagal.
PERDAGANGAN
Setelah bertapaknya islam di eropah
akhirnya telah mengakhiri zaman gelap di eropah apabila kegiatan ekonomi mengalami
perkembangan terutamanya dalam kegiatan perdagangan. Pada abad ke 11 masihi, telah kelihatan
perkembangan ketara apabila berlaku
pertambahan penduduk,[6]
pembukaan tanah untuk pertanian, kemunculan pedagang, dan lebih penting lagi
adalah jalinan antara eropah barat dengan laut Mediterranean yang pada suatu
ketika tertutup dalam zaman gelap.[7] Perkembangan perdagangan apabila Vinice
menjadi pusat perdagangan yang penting kepada eropah selatan selain berfungsi
sebagai pembekal kepada Constantinople untuk bahan mentah dan bawa balik barang
mewah dari timur untuk diagihkan di barat.[8] Perkara ini menunjukan islam memecahkan
dinding penghalang antara timur dan barat yang akhirnya membawa kepada
perkembangan perdagangan.[9]
Situasi ini dapat dilihat di sepanyol telah mencapai puncak perdagangan ketika
pemeritahan Abdul Rahman yang mendapat hasil Negara sebanyak 10,000 emas, emas
dan barang-barang lain.[10] Pusat perdagangan orang barat di Sicily
apabila muncul sebagai pusat perdagangan, industry yang akan dieksport keluar
dari eropah.[11]
PERTANIAN
Suhubungan dengan itu, sumbangan islam
kepada tamadun Eropah dapat dikupas melalui kegiatan pertanian. Kedatangan islam ke bumi eropah banyak
mengubah corak pertanian di eropah sendiri, orang islam telah memperkenalkan
teknologi pengairan yang baik untuk pertanihan dan kemudian sistem ini
dipraktikalkan oleh orang-orang eropah dengan cara menirunya dan dimajukan
dikawasan mereka.[12] Hal
ini juga dibuktikan melalui Khalid bin ‘Abdullah al-Qasri Beliau yang merupakan
gabenor kepada Khalifah Hisham bin ‘Abd al-Malik. Menurut Mahayudin, beliau
telah berjaya membinaparit-parit dan tali air dalam usaha menyiapkan projek
pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik. Perkara ini dibuktikan dengan nama-nama
peralatan pengairan sebagai contoh “Noria”, Acequia, Accadus, dan bahkan jenis
tanaman tertentu tidak dikenali oleh masyarakat kristian kerana istilahnya
mengunakan bahasa arab sebagai contoh Albaricucoque, Limon, dan Lain-lain. Perkara ini menujukan bahawa Negara-negara
kristian di utara Sepanyol mengunakan teknologi orang islam dalam memajukan
lagi kegiatan pertanihan mereka.
Sehubungan dengan itu, tamadun eropah juga
dapat manfaat dari kemajuan perindustrian orang islam. Dimana sector perkilangan[13]
yang dimajukan oleh orang islambanyak memberi pengetauan kepada orang
eropah. Orang-orang islam telah
menubuhkan sector perkilangan sepeti kilang membuat senjata, kilang alat
keperluan rumah, dan kilang perhiasan, kerana berasaskan Al-asbania islam kaya
dengan penghasilan galian seperti besi di Almeria, emas dari larda dan
lain-lain sumber telah mempengaruhi sector perkilangan tersebut.[14]
POLITIK
Seterusnya sumbangan islam kepada
tamadun eropah dapat dilihat dari sudut politik. Semasa islam berkembang di sepanyol terutamanya di Andalusia dan Sicily,
pemerintah islam ketika itu telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan
eropah sepeti Jerman, Perancis, Britain, Itali dan lain-lain. Hal ini menyebabkan pemerintah eropah
mendatangi pusat pemerintah islam melalui pengantaran duta sebagai contoh Raja
Otto The Great pemerintah Jerman ketika itu telah menghantar Recemund sebagai
dutanya ke Andalusia.[15] keadaan
ini menunjukan para pemerintah di eropah menghantar duta-duta ke kerajaan islam
untuk belajar dalam pelbagai bidang untuk dibawa balik ke kerajaan eropah untuk
diadaptasikan dalam kehidupan mereka.
Hal ini kerana pemerintah eropah tertarik dengan corak pemerintahan islam
yang begitu lengkap kerana sistem pemerintahan islam yang mengamalkan
dasar-dasar agama dalam pemerintahan menyebabkan kerajaan islam hidup dalam
harmoni walaupun pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Kesan dari perkembangan intelektual islam
didunia eropah akhirnya telah mengubah corak pemerintah berbanding
sebelumnya. Jika sebelumnya pihak gereja[16]
menguasai dan terlibat dalam semua bidang pentadbiran telah berubah setelah
kedatangan islam kebumi eropah. Dimana
hal ini dapat dilihat apabila Raja-raja berusaha menyekat dan mematahkan kuasa
Pope sebagai contoh Plilip IV(1285-1314M) mengenaikan cukai keatas pihak Gereja.[17] Selain itu, Edward(raja England) juga turut
berusaha meruntuhkan kuasa pihak gereja apabila turut mengenaikan cukai keatas gereja.[18] Dimana perjuangan politik raja-raja eropah
untuk mematahkan kuasa Pope disokong kuat oleh St Thomas Aquinas pada abad ke
13 yang mengkaitkan asal usul Negara
dengan teori undang-undang.[19]
SUMBANGAN
ISLAM DALAM ILMU SAINS DAN PERUBATAN
PERUBATAN
Sehubungan dengan itu, sumbangan islam
kepada perkembangan tamadun eropah
adalah dari sudut perubatan. Ilmu
perubatan islam yang meluas sehingga ke eropah akhirnya sampai ke eropah melalui university-universiti yang
terdapat di itali seperti solerno dan penubuhan university di Perancis hasil
daripada penghijrahan doctor-doktor dari Solerno, Italy. Maka berlakulah penterjemahan ilmuan islam
dalam bidang perubatan kepada bahasa latin sabagai contoh Robert Chester yang
menterjemahkan karya karangan Al-Khawarizmi pada tahun 1145 M. manakala Constantine Afrika yang menghasilkan
karya berjudul Liber Regius hasil daripada terjemahan karangan peubatan muslim
dikenali di eropah sebagai Haly Abbas.[20]
Perubatan di eropah juga berkembang kerana
intitusi pembelajaran perubatan di eropah menguna dan memanfaatkan sepenuhnya
pemikir perubatan arab islam kerana kitab-itab tulisan tokoh perubatan islam
seperti Al-Razi diterjemahkan ke bahasa eropah contohnya kitab al-hawi menjadi
rujukan utama di Perancis semenjak 1395 M. [21] selain Al-Razi, tokoh yang terkenal yang
memberi sumbangan besar kepada peradaban dunia khususnya eropah adalah Ibnu
Sina. Karya-karya beliau telah digunakan di university-universiti di Perancis
dan Italy bahkan dijadikan sebagai
syarahan utama di Fakulti Perubatan di Montpellier dan karya belai
bertajuk “Qanun fi al-tib” di terjemahkan ke bahasa latin dan eropah serta
bukunya bertajuk Remidies for the Heart, berkaitan dengan 760 jenis dadah. Perkara ini menunjukan bahawa perkembangan
tamadun eropah dalam aspek ilmu perubatan hasil dari para ilmuan islam. Sehingga kini masih menjadi sumber rujukan
dalam bidang perubatan moden.
KIMIA
Selain ilmu perubatan, ilmu sains kimia
juga antara sumbagan islam kepada tamadun
eropah. Sarjana
barat yang pertama sekali memperkenalkan ilmu kimia adalah kedunia
eropah
adalah
Robert of Chaster setelah menterjemakhkan karya ibn khindi yang bertajuk “The booh of the composition of alchymy”. Dimana Robert menyatakan bahawa since what alchemy pada tahun1144 M perkara
ini menunjukan bahawa ilmu kimia sangat baru pada orang eropah. Kenyataan ini menunjukan bahawa sarjana barat
mula mengenali dan mempelajari ilmu kimia dari sarjana islam dibuktikan lagi
dengan pengunaan bahasa arab antaranya Chemistry,
daripada Al-kimiya, Alcohol dari
Al-kuhul, Alkaline dari Al-qalawi dan
Arsenic dari Al-zinich dan lain-lain.[22]
FIZIK
Sehubungan dengan itu, tamadun islam ramai melahirkan pakar dalam
bidang fizik yang akhirnya memberi faedah kepada perkembangan tamadun
eropah. Antara tokoh islam yang terkenal
dalam bidang fizik ialah Al-Kindi menghasilkan bukunya berjudul Optics yang memperihalkan tentang ilmu
ukur dan Fisiologi yang begitu terkenal di timur dan barat.[23] Selain beliau, Ibn al-Haitham telah
membahaskan tentang ilmu optic mengenai cahaya serta Berjaya menghasilkan
200 kerya dalam bidang fizik dan karya-karya beliau telah diterjemahkan dalam
bahasa latin yang kemudianya digunakan oleh orang-orang eropah untuk dijadikan
rujukan sebagai contoh Galilieo mengunakan teori Ibn Bajjah dalam bukunya
Pisan Dialogne.[24] Serta tiori tersebut disokong oleh sarjana
barat seperti St Thomas dan Duns Scotus dan menjadi rujukan kepada dunia fizik
barat sehingga mencapai zaman kemuncak Renaissance.[25] Sumbangan islam dalam ilmu fizik sangat
luas sehingga sarjana inggrish menyatakan bahawa barat saharusnya menghargai
orang arab kerana menjadi pengasas sebenar ilmu fizik.[26]
MATEMATIK DAN ASTRONOMI
Sumbangan islam dari sudut matematik dan
astronomi juga penting dalam perkembangan tamadun di eropah. Ramai tokoh matematik yang lahir di eropah
hasil daripada pembelajaran dari ilmuan islam sebagai contoh Gerbert Aurillac
merupakan orang eropah yang pertama cuba memperkenalkan system angka arab iaitu
al-arqam ghubairah yakni angka debu, kerana pada masa itu pengiraan dibuat sama
ada diatas tanah ataupn sekeping papan yang berdebu.[27] Di eropah akhirnya angka ini dikenali sebagai
Sembilan angka aksara tampa sifir, dimana angka-angka ini terdapat di sepanyol
yang bertarik 976 M.[28] Selain itu, tokoh yang terkenal dari eropah
hasil dari sumbangan ilmuan islam adalah Adelard Bath yang memperkenalkan angka
muslim, jadual khawarizmi dan Abakus ke England serta Leanardo Fibonacci yang
memberi sumbangan dalam bidang matematik latin pada abad ke 13 masihi.[29] Selain dari itu, islam juga memberi
sumbangan kepada eropah dalam ilmu bidang astronomi.[30]Tokoh
islam yang terkenal adalah Abu Ja’far Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi, dimana
beliau merupakan sarjana islam yang pertama menyiapkaan takwin islam yang
meramalkan kedudukan planet dan bintang.[31]
Selain
baliau, ramai juga sarjana islam seperti Al-Batani yang terkenal dengan
sumbanganya yang besar dalam bidang astronomi apabila mengarangkan buka yang
bertajuk Kitab Al-Zaj, dengan memperkenalkan kaedah pengiraan astronomi secara
trigonometi dengan mengunakan teori fungsi sinus dan kosinus dan kaedah ini
lebih baik dari kaedah yunani yakni kaedah perintis.[32] Setelah itu orang eropah mula belajar dari
sarjana islam dan lahirlah para sarjana eropah yang mempunyai kemahiran tinggi
dalam bidang astronomi sebagai contoh Copernicus, Kepler, Tycho Brahe dan
Galilieo.
Perkembangan ilmu astronomi di eropah juga
berkembang hasil galakan dari maharaja Alfonso The Wise(1223-1284M) apabila
menubuhkan sebuah pasukan khas yang terdiri daripada sarjana yunani untuk
membuat satu takwin yang dikenali sebagai takwin Alfonso. Dimana idea-idea takwin tersebut berdasarkan
takwin islam.[33] Sebagai contoh Gerbert Aurillic telah membuat
alatan bantuan untuk mengajar seperti Strolab
untuk menerangkan konsep alam ini hasil pembelajaranya di Sepanyol.[34] Kesan kepada masyarakat eropah dapat
mengenali kedudukan bintang dikawasan selatan sebagai contoh Ferdinad Maggelan
dalam pengembaraanya padatahun 1511 M,
hakikatnya masyarakat eropah menguasai bidang geografi hasil daripada
ulama islam.[35]
TEKNOLOGI
Sehubungan dengan itu, sumbangan islam juga dapat dilihat dari sudut
perkembangan teknologi. Dalam hal ini masyarakat eropah yang
mengalami zaman gelap mempunyai tahap pengetauhan dalam bidang teknologi adalah
sangat rendah. Hal ini menyebabkan
perkembangan islam di eropah telah menyalurankan perkembangan teknologi kepada
masyarakat eropah. Masyarakat eropah banyak memperolehi
teknologi dari islam sebagai contoh kompas, dimana para pelaut islam mahir
dalam bidang pelayaran telah menjelajahi lautan daripada kilwa di afrika timur
hingga ke selat Melaka pada abad ke 6 masihi.[36] Selain itu islam juga teknologi pembuatan
kertas di eropah juga berasal dari china melalui perantaraan islam sepanyol
pada abad yang ke 13 masihi. Perkara ini
menunjukan tamadun islam menjadi perantaraan bagi tamadun eropah untuk
mendapatkan teknologi dalam pembuatan kertas.[37] Selain daripada itu juga tamadun islam juga
menyumbangkan teknologi Asid nitrik, iaitu bahan yang digunakan dalam industri
logam terutamanya unutk memisahkan logam bes daripada emas dan perak juga
dipraktikalkan oleh masyarakat eropah dari tamadun islam pada abad yang ke 14
masihi.[38] Selain itu islam juga turut mendedahkan
kepada tamadun eropah mengenai penggunaan jam, serbuk bedil dan meriam.[39] Sehubungan dengan itu, teknologi dalam
bidang yang membangun di era moden adalah hasil keras para ilmuan islam. Banu Musa dalam bukunya(the book of artices)
menerangkan pecapaian dalam bidang kejeruteraan, antara ciptaan teknologi yang
dihasilkan termasuklah jam air gajah, pam air dua dan enam selinder dan putaran
jet stim. Seterusnya digunakan oleh
orang barat, pada dunia barat teknologi
ini diasaskan oleh Branca dalam tahun 1629.[40] Perkara ini menujukan masyarakat eropah
mengunakan hasil ciptaan islam dengan lebih kompleks dengan cara melakukan
inovasi-inovasi untuk mewujudkan yang lebih baik.
SUMBANGAN
ISLAM DALAM SENI BINA DAN KESENIAN
Sumbangan
islam seterusnya dapat diklasifikasikan dari sudut seni bina.[41] Perkembangan seni bina islam yang bermula
zaman rasulullah saw dengan membina masjid terus berkembang sehinggalah zaman
khalifah dan kerajaan islam yang lain sesudahnya. Dalam konteks pembangunan seni bina di eropah
kesan dari seni bina islam dapat dilihat dari segi corak binaanya sebagai contoh
seni bina hospital Les Quinze Vingt yang di paris oleh Louis IX hasil mempunyia
persamaan dengan hospital Sultan Nur Al-Din di Damsyik. Selain itu, islam juga menpengaruhi
perkembangan seni bina kota di eropah, dimana dalam tamadun islam kota-kota yang
dibina mempunyai perancangan yang rapi agar tidak mudah dimasuki oleh musuh
sekiranya menyerang Negara islam. Hal
ini telah ditiru oleh orang barat terutama dalam perang salib. Perkara ini berlaku kerana seni bina islam
yang berorentasikan ketenteraan yang lebih mementingkan keselamatan masyarakat
islam sendiri, seterusnya seni bina ini
ditiru oleh oleh tentera salib untuk membina kota pertahanan mereka.[42]
Seterusnya sumbangan islam dalam bidang
kesenian kepada tamadun eropah.
Perkembangan kesenian islam termasuk dari seni lukisan dan seni
buatan. Islam telah mendedahkan kepada
barat mengenai corak dalam pembuatan tembikar dan kaca sebagai contoh Sepanyol
telah menghasilkan seni tembikar yang bermutu tinggi yang berlainan dari tempat
lain. Reka bentuk dan pemilihan warna
corak yang indah yakni biru, ruby, kekuningan dan ungu menghasilkan corak yang
indah dan telah digunakan oleh orang barat dibuktikan dengan orang kristian yang
membenci orang islam namun mereka menyukai dan mengamalkan serta menghargai
seni tembikar islam.[43] Kesenian islam yang diadaptasikn oleh
masyarakat eropah dapat juga dilihat melalui tenunan, tembaga, pedang.
SUMBANGAN
ISLAM DALAM BIDANG FALSAFAH DI EROPAH
Seterusnya sumbangan islam dalam bidang falsafah di eropah. Setelah sahaja kematian ahli falsafah
terakhir yunani yakni Aristotle pada 322 masihi, tidak wujud lagi falsafah di
dunia barat.[44] Namun setelah kelahiran islam di eropah yang
ramai melahirkan ahli falsafah telah
menjadi batu loncatan kepada dunia barat untuk melahirkan semula ahli falsafah
apabila 600 tahun tidak mewarisi ilmu falsafah dari yunani sebagai contoh Abu
Yusuf@ Al-Khindi yang mengunakan buku-buku dari yunani hasil karangan Aristotle
dan plato yang akhirnya membuka ahli falsafah baru kepada dunia barat.[45] Selain beliau ahli falsafah isalm yang
terkenal adalah Al-Farabi yang dikenali dengan nama Al-Pharabius di eropah
serta Ibn Rushd. Hal ini menyebabkan
aliran falsafah sampai ke orang eropah apabila penterjemahan ke bahasa latin
dilakukan, sebagai contoh Raymond I
mengunakan ilmu falsafah islam dan kemudianya digunakan didalam ajaran agama
kristian.[46] Selain itu, perluasan ilmu falsafah islam ke
dunia eropah dapat dibuktikan dengan pengunaan teks “Organon Aristotles” di
university Paris dan bukanya Organon Aristotles yang asli tetapi hasil dari falsafah islam.[47]
BAHASA
DAN KESUSASTERAAN
Sehubungan dengan itu, sumbangan islam kepada dunia eropah juga
dapat dikembangkan melalui kesusasteraan.
Mengikut pendapat prof Mackail menyatakan bahawa “as Europe owes its religion to Judaea, so he owes its romance to Arabia”
perkara ini menunjukan jika islam tidak berkembang ke eropah maka eropah tidak
akan mengenali ertinya kesusasteraan dan ilmu.[48] Para ilmuan islam tela mendedahkan
masyarakat eropah dengan hasil karya-karya sastera islam yang sangat terkenal
seperti hikayat 1001 malam, rabaiyat umar Khayyam, shah names, oleh Firdausi,
mantiqut-tair oleh fariduddin attar, al-masnawi oleh jalaludin al-rumi, guistan
dan bustan oleh al-saadi. Karya-karya
sastera islam ini telah mempengaruhi masyarakat eropah sebagai contoh Geoffrey
Chaucer telah menghasilkan karya yang bertajuk Canterbury Tales hasil pengaruh
dari karya hikayat 1001 malam, seterusnya Cristopher Sly mengunakan buku
Geoffrey dalam menghasilkan bukunya berjudul the taming of the shrew dan the
sleeper wakened.[49] Perkara ini menunjukan bahawa selepas sahaja
islam menguasai eropah maka orang-orang barat terdedah dengan kesenian yang
dihasilkan oleh orang islam, maka orang eropah mula menghasilkan karya
tersendiri hasil daripada pengaruh islam.
PENDIDIKAN
Sumbangan islam dalam mengalirkan ilmu
pengetauan akhirnya membentuk satu intitusi tertinggi dalam pendidikan iaitu
penubuhan universiti. Penubuhan
university[50]
ini serentak dengan kemasukan ilmu yang berlaku pada awal abad ke 12 masihi.[51]
Penubuhan university zaman ini dinamakan sebagai university zaman pertengahan
ataupun medieval universities yang dilahir dari pengaliran ilmu dari Andalusia
dan berkembang pesat setelah berlaku pengaliran ilmu seperti yang dinyataka
oleh W. B. Fisher iaitu “dari sepanyol mereka mendapt idea memperkembangkan unuversiti
ke selatan Italy dengan jelas model
orang islam diperakui.[52] Perkara ini menunjukan pengaliran pelbagai
ilmu dari ilmuan islam akhirnya telah membentuk satu badan pendidikan di eropah
iaitu university.
Penubuhan university terkenal di eropah pada
abad ke 12 masihi seperti paris, dan di bologna Italy serta di England
adalah university oxford dan Cambridge.
Semuanya atas perkembangan ilmu di eropah oleh ilmuan islam yang
disokong kuat oleh pemerintah.[53] Perkembangan pendidikan di eropah yang
mengamalkan corak pendidikan islam dimana tenaga intitusi pendidikan dinaungi
oleh pemerintah dan corak pembelajaranya adalah guru dan anak murid akan
bekerjasama dalam menyelesaikan dan mendalami sesuatu ilmu.
SUMBANGAN
ISLAM KEPADA PEMODENAN EROPAH( ZAMAN RENAISSANCE)
Sehubungan dengan itu, sumbangan islam
kepada tamadun eropah adalah membawa tamadun eropah kepada satu zaman
pembaharuan yang dikenali sebagai renaissance.
Kesan dari pengaliran ilmu dari tamadun islam kepada masyarakat eropah
menyebabkan perubahan pemikiran masyarakat eropah. Sebelum ini pemikiran masyarakat eropah
banyak dikawal oleh pihak gereja[54]
yang dikenali sebagai golongan Eklesiastik yang telah menyalahgunakan gereja
dan sering merebut kuasa sesama mereka. Kesanya kepada masyarakat eropah
menyebabkan hidup dalam serba kekurangan dan kesengsaraan dan hampir separuh
daripada mereka adalah buta huruf.[55] Walaubagaimanapun setelah perkembangan ilmuan
islam kedunia eropah akhirnya telah merubah daya pemikiran masyarakat eropah
sendiri yang memyebabkan percangahan pendapat mengenai kegunaan akal dan
authority pihak gereja yang dikenali sebagai
“the comflict between reason and
authority” dan akhirnya melahirkan aliran Humanisme yang menekankan
keupayaan akal untuk mencapai ilmu.[56] Akhirnya perubahan pemikiran masyrakat barat
mengenai kegunaan akal logic dalam sesuatu bidang akhirnya membawa kepada
perkembangan pelbagai bidang di eropah yang akhirnya membawa kepada zaman
renaissance.
PENUTUP
Sebagai kesimpulanya, Kedatangan islam
ke benua eropah yang bermula di magribi meluas di bumi barat pada 730 masihi akhirnya
menjadi titik tolok kepada kegemilangan tamadun eropah. Perkembangan tamadun islam di eropah akhirnya
memberi sumbangan yang besar kepada tamadun eropah yang akhirnya membawa kepada
zaman moden. Perkembangan intelektual
islam dalam pelbagai bidang ilmu akhirnya telah mengubah dunia eropah dari
aspek ekonomi, politik, social dan intelektual. Perkara ini semua berlaku kerana aktiviti
penterjemahan yang dilakukan yang berlaku pada abad yang ke 11 masihi. Serta kedatangan islam ke barat merupakan
rahmat yang paling besar dalam era perubahan di eropah yang akhirnya memuncak
dengan kemunculan zaman renaissance yang menjadi kebangaan kepada eropah dalam
memasuki dunia moden setelah 600 tahun didalam keadaan gelap. Oleh itu, sumbangan islam dalam perkembangan
tamadun eropah adalah sangat besar sehinggalah era zaman penjelajahan dan pada
masa kini masih terasa bahangnya
tersebut terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini menyerlah setelah kemerosotan islam
dan di era penerokaan dan penjelajaan eropah ke asia. Oleh itu, sumbangan islam kepada perkembangan
tamadun eropah adalah menjadi perintis kepada tamadun barat moden.
BIBLIOGRAFI.
Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, karisma publications sdn bhd,
shah alam 2009.
Dr Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah danTamadun Islam, edisi kedua,
Pustaka Darussalam, 2007.
Mustapa hj. Daud, Pengantar Tamadun Islam, Media Intelek SDN BHD, 1989.
Prosiding Seminar Antarabangsa: Andalusia 1300 Tahun Menyingkap Kegemilangan
Tamadun di Barat. disunting oleh Dr. Muhammad Azizan bin Sabjan, Dr. Noor
Shakirah binti Mat Akhir dan Nor Azlina Mohd Zubaida. Jabatan Mufti Negeri
Pulau Pinang, 2008.
Sivachandralingam Sundra Raja. Sejarah Eropah. Utusan publications
& Distributors SDN BHD, 2003.
Shaharir Mohamad Zain. Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan Teknologi,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989.
Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Mohammad
Noorizzuddin Nooh, Sapor Sipon, Alina Abdul Rahman dan Badrul Munir Muhamad Nur.
Sains Islam Merentasi Zaman, University
Sains Islam Malaysia, 2007.
Fransco Cardini. Europe and islam, English Translation Copyright Caroline Beamish,
Oxford, 2001.
Salmah Omar, ( tesis sarjana) Peranan Andalusia Sebagai Pusat Pengaliran
Ilmu dari Tamadun Islam ke Eropah pada Abad ke 10-13 Masihi, University
Malaya,Kuala Lumpur, 2004.
Sayyid Fayyaz Mahmud. A Shory History Of Islam. Oxford
Uniersiti Press, London, 1960.
[1] Konsep islam boleh diketegorikan kepada dua
konsep iaitu dari sudut istilah dan bahasa.
Dari sudut istilah adalah menyerah diri kepada ALLAH SWT yang maha ESA
dengan cara mematuhi segala perintah-NYA serta meninggalkan segala larangan-NYA. Manakala dari sudut bahasa pula bererti
sejatera ataupun selamat. Dalam agama
islam 2 perkara yang asas iaitu rukun
islam(5 perkara) dan rukun iman(6 perkara).
Agama yang dibawa oleh NABI
MUHAMMAD SAW di madinah adalah dari keturunan arab quraisy bapa baginda bernama
Abdullah telah wafat sebelum kelahiran baginda dan baginda dipelihara oleh
datuknya bernama abdul mutalib, manakala ibunda RASULULLAH SAW adalah Fatimah
dan wafat ketika dalam perjalanan untuk menziarahi kubur ayah Baginda saw. Sayyid
fayyaz Mahmud. A Short History Of Islam, oxford
university press, 1960. Hlm18-19.
[2]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, karisma publications sdn bhd,
shah alam 2009.Hlm 4.
[3]Ibid. hlm 7.
[4]Sivachandralingam Sundra Raja.Sejarah Eropah. Utusan publications
& distributors sdn bhd. Hlm 102.
[5]Ibid. lm 103
[6] Perkembangan perdagangan ini
menyebabkan pertumbuhan penduduk semangkin mrningkat perkara ini dibuktikan
apabila perkembangan perdagangan islam dapat menjalin hubungan antara barat dan
timur kesanya menyebabkan penduduk ditimur dan barat semangkin pesat. Kesanya wujud Bandar-bandar utama sebagai
contoh fustat(mesir) mempunyai penduduk seramai 4,000,000 juta orang, Baghdad
seramai 60,000 ribu orang, Toledo seramai 2,000,000 juta orang dan cardova
seramai 1,000,000 juta orang. Perkara
ini menunjukan perkembangan positif dalam pertambahan penduduk yang
memperlihatkan peningkatan dalam kegiatan perdagangan di timur dan barat.Mustapa
hj.Daud, pengantar tamadun islam,
media intelek sdn bhd, 1985. Hlm 148.
[7]Ibid.
[8]Ibid.
[9]Selepas sahaja eropah mengalami
zaman renaissance, berlaku revolusi di perancis yang diikuti oleh
England.Perkara ini menyebabkan keperluan terhadap bahan-bahan semulajadi
seperti rempah ratus dan bijih timah semangkin diperlukan selaras dengan
peningkatan penduduk dan kepesatan perdagangan.
Oleh itu, selepas sahaja islam merosot di eropah. Orang eropah mula
mencari jalan ke asia dan afrika untuk mendapatkan bahan mentah tersebut tampa
melalui Italy dan orang islam. Kesanya
orang eropah seperti Portugal dan sepanyol mula meneroka ke asia bagi meluaskan
pasaran dan mendapatkan bahan mentah.
Pada abad ke 16 hingga ke 20 masihi kuasa eropah termasuk belanda,
portugis, dan ingrish telah menguasai jalan perdagangan laut dunia, manakala
menjelang abad ke 20 amarika syarikat muncul sebagai sebuah kuasa yang menguasi
jalan perdagangan laut. Semua ini bermula kesan daripada pengaruh islam di
eropah yang akhirnya membuka dunia baru di eropah. Mustapa hj. Daud, pengantar tamadun islam, media intelek sdn bhd, 1985. 150
[10]Mustapa hj. Daud, pengantar tamadun islam, media intelek
sdn bhd, 1985. Hlm 148.
[11] Ibid.
[12]Dr. ahmad zaki bin hj berahim, serotan sejarah kecermelangan tamadun islam
di Andalusia dan kedudukanya sebagai jambatan kecermelangan tamadun eropah.
Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan
tamadun di barat. Jabatan mufti negeri
pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah
binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida, 2008 .hlm 96.
[13] Mengikut laporan yang
dikemukakan oleh al-idris menjelaskan bahawa umat islam antara yang terawal
memperkenalkan teknologi mengunakan pergerakan air dari kawasan takungan air dari kawasan yang besar melalui
saluran paip kecil kekawasan yang lebih rendah untuk mengerakan turbin, dimana
ia merupakan satu kaedah yang digunakan melalui proses inovasi kemudianya
dimajukan dalam sejarah moden dalam menghasilkan kuasa hidroelektrik. Mengkut
baliau kaedah ini dalam umat islam al-andalusia banyak ditemui dibandar al-munkab
timur sepanyol yang kemudianya dimusnakan oleh kuasa kristian bagi menghapuskan
warisan islam di bumi eropah. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300
tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat.
Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan
bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm
96
[14]Ibid. hlm 96
[15]Prosiding Andalusia 1300 tahun.Hlm
190.
[16] Sumbangan islam juga dapat mempengaruhi
intitusi gereja di eropah, setelah
penguasaan islam para paderi mempelajari pelbagai bidang ilmu daripada
sarjana-sarjana islam di intitusi pendidikan yang didirikan oleh pemerintah
islam. Melalui perkara tersebut mereka
mengadaptasikan dengan intitusi gereja terutamanya dalam mencorakan semula system
gereja yang semangkin tertekan oleh pemerintah dan masyarakat eropah sendiri.
[17]Sivachandralingam Sundra Raja.Sejarah Eropah. Utusan publications
& distributors sdn bhd. Hlm 109
[18] Corak perkembangan gereja juga
berubah dalam menguatkan lagi kedudukanya setelah merosot dalam perkembangan
islam, pihak gereja telah mula mengambil inesiatif dengan mengalakan rakyat
kristian untuk mengangkat senjata bagi memerangi orang islam kerana menuduh
pemerintah islam telah mengeniaya orang kriatian di Negara orang islam serta
mengunakan Bandar jarulsallem sebagai tempat suci mereka dan mereka harus
mendapatkan semula dari orang islam, maka perkara ini menjadi factor kepada
perang salib. Semangat orang kristian
untuk menjatuhkan kerajaan islam semangkin membara apabila islam mula lemah dan
mereka dapat menewaskan kerajaan islam di eropah. Franco cardini.
Europe and islam. Blackwell publishers, 1999.Hlm 73.
[19]Ibid.
[20]Sabri muhamad sharif, sumbangan islam kepada peradaban arab,Prosiding
seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di
barat. Jabatan mufti negeri pulau
pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti
mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 185-186.
[21]Dr ahmad zaki hj berahim. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia
1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat. Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting
oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor
azlina mohd zubaida. Hlm 106.
[22]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, Hlm 168.
[23]Ibid..Hlm 169.
[24] Ibid. hlm 171
[25]Ibid.
[26]Sumbangan tamadun islam dalam
bidang fizik juga dapat diperhatikan melalui ciptaan-ciptaan yang dihasilkan
oleh sarjana islam. Hasil ciptaan
sarjana-sarjana islam yang terkelan dalam bidang ilmu fizik adalah penciptaan
bandul jam, lambung angin, cermin serta jam air.ibid.
[27]Sabri mohamad sharif, sumbangan tamadun islam kepada peradaban
dunia barat. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap
kegemilangan tamadun di barat. Jabatan
mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr.
noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 186.
[28]Ibid.
[29] ibid
[30]Bagi masyarakat islam ilmu
astronomi ataupun ilmu falak penting kerana untuk menetukan arah kiblat
senbayang, dimana kiraan falak menentukan masa untuk menentukan bulan puasa,
unutk bidang pelayaran dan lain-lain. Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah.Hlm 144.
[31]ibid, Hlm 184.
[32]ibid.Hlm 146.
[33]ibid. Hlm 148.
[34]Ibid.
[35]Dr ahmad zaki hj berahim.Prosiding seminar antarabangsa Andalusia
1300 tahun menyingkap kegemilangan tamadun di barat. Jabatan mufti negeri pulau pinang, disunting
oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr. noor shakirah binti mat akhir dan nor
azlina mohd zubaida. Hlm 106.
[36]Sabri mohamad sharif, sumbangan tamadun islam kepada peradaban
dunia barat. Prosiding seminar antarabangsa Andalusia 1300 tahun menyingkap
kegemilangan tamadun di barat. Jabatan
mufti negeri pulau pinang, disunting oleh dr. Muhammad azizan bin sabjan, dr.
noor shakirah binti mat akhir dan nor azlina mohd zubaida. Hlm 186.
[37]Ibid.
[38]Ibid..
[39]Menurut J.D Bernal “ jam tidak
tentu wujud dizaman purba, orang arab yang memperbaiki dengan banyak sekali
keatas jam air orang yunani dan menjadi asas bagi banyak bahan rumit dan
automatic. Namun ia digerakan melalui
pelampung dan tali, dan kurang tepat dengan aliran roda gear. Kini kita tahu yang roda gear adalah jauh
lebih lama semasa zaman yunani dan china.
Jam tidak lagi dikatakan sebagai ciptaan eropah, sesungguhnya ia paling
maju disana.: Salmah omar, Andalusia
semarak tamadun eropah. Hlm 180.
[40] Shahari mohammad zain, pengenalan tamadun islam, hlm 197-207.
[41]Ibnu Khaldun berpendapat bahawa
seni bina adalah merupakan salah satu asas tamadun paling utama, ini bererti
seni bina adalah lambang ataupun menifestasi dari satu tamadun.Keagungan
sesuatu tamadun dapat diukur dari pencapaian dalam seni bina.Sebab itulah
tamadun-tamadun purba menghasilkan seni bina yang bermutu. Manakala mengikut pendapat Alferd Fred Frazer
menyatakan pula, bahawa seni bina islam adalah merupakan gabaran dari sudut
agama, bukan sebagai golongan tertentu.
Jenis bangunan utamanya adalah masjid, istana, madrasha dan lain-lain
melambangkan kemakmuran.Mustapa hj. Daud,
pengantar tamadun islam. Hlm 152-153.
[42]Mustapa hj. Daud, pengantar tamadun islam. Hlm 156.
[43] Ibid.
[44]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah. Hlm 175
[45]Ibid.
[46]Ibid. hlm 176.
[47]Ibid.
[48]Dr Abdul Rahman Hj Abdullah, sejarah dan tamadun islam, edisi kedua, pustaka darussalam
2007. Hlm 473.
[49]Ibid.
[50] Menurut nakosteen: kemunculan
university eropah berbetulan dengan kemasukan besar karya terjemahan, adaptasi
dan komentar orang islam dalam sains, teknologi, falsafaf dan teologi. Sesungguhnya university itu wujud hasil
daripada pengimportan secara borong itu, yang mana bukan sahaja hasil kerja
kaum muslimin tetapi juga graeco-hellenistik, Syria-zoroastria dan bahan hindu
sampai ke laut latin barat menerusi penterjemahan, komentar dan adaptasi
arab. Aliran ini termasuklah juga karya
saintifik dan falsafah yang sesungguhnya dibawa perhatian eropah menerusi versi
latinnya seperti yang diperoleh daripada terjemahan bahasa arab, kini diterjemahkan
kepada bahasa yunani(nakosteen 1964:188). Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, karisma publications sdn bhd,
shah alam 2009.Hlm 184.
[51]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah.Hlm 184.
[52]Ibid.Hlm 185.
[53]Sivachandralingam Sundra Raja.Sejarah Eropah.Hlm 111.
[54]Perkembangan ilmu islam didunia
eropah akhirnya telah mengubah presapsi masyarakat eropah terhapap pihak
gereja, Abul-Fazl Ezzati menyatakan bahawa pusat pembelajaran islam terutama
sekali mahkamah Toledo, Cardova, dan Palermo telah menarik sarjana Kristian di
tahun kemerosotan zaman pertengahan.
Dimana pembelajaran islam menyediakan dorongan kepada kegiatan semula
pemikiran bebas didunia eropah selatandizaman pertengahan atas yang akhirnya
membawa kepada Renaissance di eropah.
Perkara ini menunjukan pengaruh islam tidak terhad dalam bidang
intelektual dan saintifik tetapi diperluaskan melalui idealogi dan teologi
serta aliran pemikiran rasional islam dalam bidang agama. Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, Hlm
204.
[55]Salmah omar, Andalusia semarak tamadun eropah, . Hlm 204-205
Tiada ulasan:
Catat Ulasan