PENGENALAN
Perang Klang memperlihatkan kepada kita
satu lagi perang saudara yang telah berlaku pada abad ke-19 masihi di alam
melayu. Perang saudara yang berlaku di
wilayah klang sebenarnya banyak di pengaruhi oleh perkembangan ekonomi dan
perebutan kuasa pemerintahan Wilayah Klang.
Perkembangan perusahaan bijih timah di lembah Klang memyebabkan wilayah
tersebut menjadi rebutan oleh pembesar-pembesar negeri Selangor kerana potensi
ekonominya. Hal ini menyebabkan
pertelingkahan berlaku di antara Raja Mahdi dengan Raja Abdullah yang membawa
kepada perang Klang.
Untuk
mengetauhi lebih lanjut mengenai episod perang yang berlaku penting untuk merujuk naskah
kenang-kenangan selangor yang di tulis oleh Wan Muhammad Amin[1]
pada tahun 1920 M. perang yang meletus
pada abad ke-19, namun Naskah tersebut ditulis pada abad ke-20 seperti mana
penyataan seperti berikut “ bahawa aku mula menulis riwayat ini pada 11
haribulan jamadil awal hijrat Nabi SAW. Sanah 1338, bersamaan dengan 1
haribulan Februari 1920”.[2] ketika itu Wan Muhammad Amin telah berusia 73
tahun seperti mana di tulis dalam naskah tersebut .
“ bahawa sesungguhnya pada waktu inilah baharu dibukakan Allah swt,
hatiku ingat dan berhajat hendak memperbuatkan dia pada hal boleh dikatakan
sudah lewat daripada masanya kerana umurku lebih kurang telah tujuh pulu tiga
tahun, otak telah kering tiada basah lagi, serta tubuhku pun selalu uzur,
peringatan tengelam timbul, istimewa pula pengetauanku tersangat kurang. Oleh
yang demikian, tiadalah dengan seperti peraturanya melainkan semata-mata
cangung dan janggal sehaja segala sajak perkataan”.[3]
sepanjang
tahun 1866-1873 M memperlihatkan peristiwa
penting yang bersejarah kepada negeri
Selangor. Naskah kenang-kenangan Selangor menjadi sumber dan bukti yang kukuh untuk
melihat bagaimana perang tersebut berlak. [4] Penulisan naskah kenang-kenangan selangor
dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengambarkan episod perang yang berlaku
di klang. Melalui penulisan Wan Muhammad
Amin yang mempunyai fakta yang dapat dipertanggungjawabkan.
KEPENTINGAN
NASKAH KENANG-KENANGAN SELANGOR DALAM MENGAMBARKAN EPISOD PERANG KLANG
1866-1873
FAKTOR-FAKTOR
PERANG KLANG
PEMBUNUHAN
ORANG BENGALA.
Naskah Kenang-kenangan Selangor
adalah naskah yang penting dalam menyelidik faktor-faktor yang membawa kepada
perang Klang pada tahun 1866 M. faktor
pertama yang menyebabkan perang berlaku seperti mana dalam dalam Naskah adalah
faktor pembunuhan seorang orang Bengala.
Permulaannya adalah berpunca daripada perkalahian antara suku Bugis
dengan anak-anak Pergalah.[5] Dalam perkelahian tersebut telah mengorbakan
seorang anak pergalah yang bernama Encik
Rasul. Persengketaan itu juga turut
menyebabkan beberapa orang Bugis cedera ditikam Haji Muhammad Tahir ( Dato’
Dagang). Di sebabkan itu, orang Batu
Bahara tidak berpuas hati dan berdendam ingin menuntut bela keatas kematian
tersebut kerana pembunuhnya tidak
dihukum oleh Raja Abdullah.[6] Dalam naskah dinyatakan seperti beriktu “ setelah peristiwa ini berlaku maka tiadalah
puas hati encik Muhammad “akid, kerana anak buahnya mati dengan tiada berbela,
istimewa pula pihak yang melakukan pembunuhan itu tiada mendapat apa-apa
hukuman”.[7]
PEREBUTAN
WILAYAH KLANG
Seterusnya faktor yang membawa
kepada perang Klang pada tahun 1866 M
adalah disebabkan oleh perebutan wilayah Klang. Raja Mahdi yang berdendam dan tidak puas hati terhadap Raja Abdullah mengenai kelayakan
pertuanan Klang. Sebelum ini Klang
diperintahkan oleh Raja Sulaiman iaitu ayah kepada Raja Mahdi, namun setelah kemangkatan Raja Sulaiman,
Klang di serahkan kepada Raja Abdullah.
Perkara ini menimbulkan tidak puas hati Raja Mahdi yang seharusnya mewarisi jawatan
tersebut.
Semasa
pemerintahan Raja Abdullah berlaku perkembangan ekonomi di Klang dalam
peningkatan pengeluaran hasil timah.
Kemasukan buruh-buruh china telah mengembangkan kegiatan perlombongan
bijih timah. Dendam Raja Mahdi semangkin membara apabila
elaun sara hidup yang diberikan kepada beliau adalah terlalu rendah jika
dibandingkan dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah. Dalam
naskah menyatakan seperti berikut
“ apabila Raja
Mahdi mendengar penakuan yang demikian itu, amatlah sukacita hatinya
seoleh-oleh orang yang mengantuk disarungkan bantal, kerana ia telah sedia
berdendam dan sakit hati kepada raja Abdullah yang telah kaya raya oleh
mendapat cukai berpuluh ribu ringgit setiap bulan”[8]
Sehubungan
dengan itu, perang klang juga meletus akibat daripada dendam antara orang
melayu dan bugis. Perkara ini ditulis
oleh pengarang dalam naskah Kenang-kenagan Selangor. persenketaan antara orang melayu dengan bugis
bermula pada abad ke 17 lagi apabila jawatan YDP di dalam pentadbiran kerajaan
Johor. Ketidak puashatian orang melayu
terhadap orang-orang bugis menyebabkan beberapa persengketaan antara kedua
pihak.
STRATEGIK DAN PERALATAN PERANG.
KEPUNGAN.
Dalam
naskah Kenang-kenangan Selangor diceritakan bagaimana strategic di setiap
perang yang berlaku. Antara strategic
yang sering digunakan oleh kedua belah pihak adalah strategic kepungan keatas
Kubu musuh masing-masing. Perang pertama yang berlaku pada 1866 antara
Raja Mahdi dengan Raja Ismail. Raja Mahdi telah melakukan kepungan dan
sekatan keatas kubu orang bugis. Dalam
naskah dinyatkan seperti beriku:
“ orang-orang
bugis dalam gudang Raja Abdullah itupun pada masa itu telah putus makanan,
kerana barang-barang makanan tiada dapat dibawa masuk sebab sentiasa dijagai
oleh orang-orang Raja Mahdi daripada kota diatas bukit”[9]
Kesanya
menyebabkan barangan tidak dapat dibawa masuk ke kota. Hal ini membawa kepada
kekalahan pihak musuh. Begitu juga
perang kedua dan ketiga, dimana kepungan telah dilakukan oleh pihak raja Ismail
dan Tengku Kudin keatas kubu Syed Mashor
dan Raja Mahdi yang menyebabkan
kehabisan bekalan dan akhirnya membawa kepada kekalahan kepada pihak Raja Mahdi
dan Syed Mashor. Dalam naskah dinyatakan seperti berikut :
“ dalam
beberapa bulan saja maka terkepunglah kota dan gudang serta segala kubu-kubu
Raja Mahdi hingga tiada dapat dibawa masuk barang-barang makanan.”[10]
PEMBINAAN KUBU-KUBU PERTAHANAN.
Sehubungan dengan itu, sudah menjadi
tradisi perang alam melayu membina kubu-kubu pertahanan ketika perang. Oleh itu perang Klang tidak terkecuali dalam
hal tersebut. Dalam naskah
kenang-kenagan selangor menceritakan bagaimana kubu-kubu dibina dan peranan
setiap kubu tersebut. Kedua pihak akan membina kubu lebih daripada
satu kubu dan setiap kubu mempunyai peranan tersendiri selain untuk
berlindung. Kubu-kubu pertahanan ini
dibina diatas bukit dan disepanjang sungai.
Dalam siri perang pertama perang
Klang Raja Mahdi telah memerintahkan Encik Muhammad Arkib untuk membina kubu di
sungai Pengkalan Batu. Perkara ini jelas
menunjukan bagaimana peranan kubu dalam strategic ketika berperang.
“ Enche ‘Muhammad Arkib orang yang jadi
harapan Raja Mahdi, sedang berkubu di- tepi sungai Pengkalan Kota, berhampiran
dengan masjib lama. Enche Muhammad Arkib menyuroh orang2 yang di dalam kubu itu
supaya berjaga2, kerana Bugis sudah datang melanggar”[11]
Begitu juga dalam perang siri ke-2
dan ke-3, apabila Raja Ismial berusaha semula untuk menawan kubu dan gudang
yang telah ditawan Oleh Raja Mahdi.
Misalnya Raja Ismail mengarahkan Dato’ Dagang untuk membina kubu di Sungai
Pinang, Bukit Kuda dan pengikut-pengikut Raja Ismail turut membina kubu
disekeliling kota Raja Mahdi.[12]
SERANGAN
HENDAP.
Selain itu, strategic yang digunakan
semasa perang klang adalah serangan hendap.
Serangan ini dilakukan ketika pihak lawan tidak bersedia sebagai contoh
dalam naskah kenang-kenagan Selangor menyebutkan perkara ini “ adapun Raja Sulaiman telah mangkat takkala
peperangan itu hampir selesai. Kabarnya
pada masa ia keluar dari bukit Elen hendak ke Kuala Kelang di Gempang.”[13]
Perkara ini jelas menunjukan
bagaimana perang saudara dialam melayu sudah mula mengunakan strategik serangan
hendap untuk menewaskan musush masing-masing.
PERALATAN
DAN TEKNOLOGI PERANG.
Seterusnya naskah kenang-kenagan
selangor juga turut memberikan fakta sejarah yang kukuh mengenai
persenjataan perang didalam alam melayu.
Perang alam melayu pasti memberikan gambaran yang jelas mengenai
persenjataan yang digunakan dalam setiap perang. Tidak terkecuali perang
saudara di Selangor yang berlaku di wilayah Klang antara Raja Mahdi dengan Raja
Abdullah. Persenjataan tradisional
pastinya antara alat senjata yang sering digunakan dalam perang. Naskah Kenagan-kenagan
Selangor turut memuatkan persenjataan perang saudara tersebut, Antara peralatan perang tradisional yang
digunakan dalam perang Klang ialah keris, pedang, perisai, sundan, kapilan dan
lain-lain. Naskah kenangan-kenangan selangor menyatakan seperti berikut.
“
Enche Muhammad Arkib pun menerkam masok ka-dalam barisan orang2 Bugis itu
dengan sa-bilah pedang jenawi, satu perisai dan sa-bilah keris”[14]
Perang alam melayu pada abad ke-19
bukan sahaja mengunakan peralatan tradisional, tetapi peralatan perang yang
moden yang diperolehi daripada colonial barat termasuklah Belanda dan British.[15] Dalam naskah turut memaparkan pengunaan
senjata bukan dari alam melayu dan dianggap moden. Antara peralatan moden yang digunakan dalam perang
Klang termasuklah meriam, senapang,
kapal api roda lambong dan turkul. Walaupun begitu, ketika perang Klang pertama
pegunaan meriam tidaklah mahir sangat kerana turut dinyatakan dalam naskah
bagaimana peluru-peluru meriam tidak tepat kesasaran. Contoh petikan yang
disebutkan dalam naskah Kenang-kenagan Selangor adalah seperti berikut.
“ pada waktu itu, alu dengar bunyi bedil
seperti ‘bertih digoreng’ tetapi sangat hairan hatiku, kerana sebutir peluru
pun tiada mengenai kedalam kota, melainkan kesemuanya jatuh dikaki kota sahaja,
ada sesetengahnya terlepas pula keatas.”
“ Kerana itu mudiklah kapal kecil kenaikan
soldadunya hendak menangkap China wangkang itu, lalu ditembak oleh Raja Mahmud
dengan meriam dari Bukit Kota Kuala Selangor dari Kubu Tanjung.”[16]
PERANG
KLANG DAN PIHAK YANG TELIBAT DALAM SETIAP EPISOD PERANG TERSEBUT.
PERMULAAN
PERANG KLANG PADA TAHUN 1866 MASIHI.
Permulaan
perang klang diceritakan dengan jelas dalam naskah kenang-kenangan selangor
sebab mushabab perang yang meletus pada tahun 1866 Masih. Encik
Muhammad Akib telah berjumpa dengan Raja Mahdi untuk menyatakan hasrat untuk
membantu Raja Mahdi jika mahu mendapatkan Klang semula dari Raja Abdullah. Dalam kenang-kenangan Selangor diceritakan
bagaimana penyataan hasrat tersebut seperti berikut, “ sekiranya Engkau hendak berperang dengan Raja Abdullah, patik serta
sekalian anak-anak dagang yang menjadi pengikut-pengikut patik sedia berkhidmat bagi mengerjakan
pekerjaan Engkau dengan sedaya upaya, sekalipun hingga habis nyawa, rehdalah
patik sekalian”[17]
Pada
peringkat awal perang, Raja Mahdi mengalami masalah apabila keputusan belanja
termasuk beras dan ubat bedil.[18] Dalam naskah kenang-kenanga di cerita banyak
sungguh ladang padi di Teluk Pulai, namun tuannya telah meninggalkan dan
melarikan diri ke Langat apabila saja meletusnya perang. Perkara ini menyebabkan sumber makanan terhad
kerana tiada menuai lading-ladang tersebut.
Manakala ubat bedil pula bermasalah kerana teleh luput dan tidak boleh
lagi digunakan dan digambarkan hansur seperti tepung kerana telah usang yakni
era Belanda lagi.[19] Untuk menyelesaikan masalah ini, Raja Mahdi telah mengutuskan Wan Muhammad
Sa’id[20]
untuk ke Melaka bagi mendapatkan bantuan
dari Baba Teck Cheng dan antara bantuan yang diminta termasuklah Wang, Ubat
Bedil, Beras, dan alatan perang. Raja
Mahdi menyakinkan Baba Teck Cheng bila berakhirnya perang dan kemenangan
memihak kepada Raja Mahdi maka ia akan dibayar berserta bunganya.[21]
Setelah itu, kelengkapan perang Raja
Mahdi semangkin baik dan mendapat sokongan daripada orang-orang Mandeleng dari
Kuala Lumpur yang diketuai oleh Raja Asal dan Raja Bernang.[22]
kedatangan Raja Abdullah dari Melaka membawa
makanan dan alat perang terutamanya ubat bedil dengan mengunakan Gajah Tunggal
sebagai kenderaan. Setelah Raja Abdullah
mendarat di Pangkalan Batu, tentera Raja Mahdi telah membedil dengan meriam dan
senapang dan orang-orang Raja Abdullah yang berada diatas kapal turut membalas
tembakan.[23] Walaupun sering berbalas tembakan dari kedua
diibaratkan seperti “ berteh di goring” namun tak ada satu peluru pun yang
mengenai kota Raja Mahdi.
Pada
peringkat awal perang Klang kedua-dua pihak berperang di tanah lapang dan tidak
ramai yang tekorban. Dalam naskah kenang-kenangan Selangor diceritakan
tentang kematian encik Wali dari pihak Raja Mahdi yang merupakan anak Batu
Bahara ditembak oleh orang Bugis.[24] manakala pihak Raja Abdullah turut dikabarkan
ada yang terkorban dan cedera. Setelah
itu, orang-orang Bugis telah melakukan
serang balas keatas kota Raja Mahdi dan tembak menembak terus berlaku. Sewaktu serangan ini, terkorbanya orang
harapan Raja Mahdi iaitu encik Muhammad Akib.[25] Encik
Muhammad Akib telah terkena peluru tembakan Wasigalah kerana ketika ini Beliau
telah menyerbu masuk kedalam barisan orang bugis dengan hanya bersenjatakan
satu perisai dan sebuah keris. Kematian
beliau sangatkan mendukacitakan Raja Mahdi kerana dia adalah orang harapan
dalam memerangi Raja Abdullah. Setelah
itu, tempat beliau diganti oleh adiknya bernama encik Nonggok dan pada masa
yang sama turut diberikan jawatan dan gelaran baru kepada beberapa orang
termasuk encik Jumaat yang digelar Imam Perang, encik salleh sebagai Panglima
Kiri dan encik Teba sebagai Panglima Kiri.
Setelah
setahun berperang, maka perang Klang pertamapun melabuhkan tirainya apabila
pihak Raja Abdullah telah mengakuh kalah dan meninggalkan Klang. Kekalahan Raja Abdullah dalam perang ini
adalah disebabkan kehabisan bekalan dari segi makanan dan alatan perang. Perkara ini berlaku kerana pihak Raja Mahdi
telah melakukan kepungan dan sekatan terhadap Kubu Raja Abdullah. Maka turunlah Raja Abdullah dan orang-orang
bugis dari Kota ke Gudang. Maka Raja
Ismail anak kepada Raja Abdullah telah pergi ke Lukut dan kemudian ke Melaka
untuk bertemu ayahnya Raja Abdullah.
EPISOD
SIRI KE-2 PERANG
KLANG
Setelah
kekalahan Raja Abdullah ketangan Raja Mahdi, beliau tidak kalah begitu sahaja
tetapi sebaliknya Beliau telah menyusun kembali ketenteraannya bagi menawan
semula wilayah Klang yang kaya dengan bijih timah. Dalam Naskah
Kenang-Kenangan Selangor diceritakan bagaimana serang balas Raja Ismail keatas Raja Mahdi di Klang. Raja Ismail telah mendapatkan bantuan dari
Riau dengan menghantar Raja Empih[26]
dan telah memdapat bantuan dari orang Retih, Igal, dan Manda.[27] Diceritakan bagaimana pelayaran mereka dari
Riau ke Melaka dan berhenti di Ketapang, kemudian ke Lukut bagi mendapatkan
orang-orang lama. Orang Bugis yang
diketuai oleh Jenolok turut menambah kekuatan tentera Raja Abdullah. Raja Ismail turut mendapatkan bantuan dari
saudagar china yang bernama Baba Teck Ee yang merupakan sahabat baik ayahnya
Raja Abdullah.[28]
Perang meletus semula pada tahun 1869
bersamaan dengan 1286 tahun hijrah.
Semasa perang kedua ini, Raja Sulaiman bin Raja Hussin yang memerintah Sungai Raya telah memihak
kepada Raja Ismail. Semasa perang Klang
pertama beliau memihak kepada Raja Mahdi.[29] Selain Raja Sulaiman, orang-orang Batu
Bahara turut berpaling tadah dari pihak Raja Mahdi antaranya adalah Nahkoda
Tapa dan encik Abdul Hamid telah belot.
Sewaktu ketibaan pasukan Raja Ismail di Selat Lembajin, maka Raja Mahdi
memerintahkan agar semua rakyatnya memasuki Kota. Tidak lama selepas itu, maka Kubu Raja Mahdi
telahpun diserang oleh Raja Sulaiman dan Raja Ismail. Serangan telah dilakukan pada pukul 4.00
subuh dan telah mengamuk dalam kubu Raja Mahdi.[30]
Tembak-menambak telah berlaku
diwaktu subuh menyebabkan orang-orang dalam Kubu Raja Mahdi telah panik
sehinggakan tidak sempat mendapatkan senjata masing-masing. Ketua kubu Raja Mahdi ketika itu adalah encik
Embib dan beliau telah terkena peluru di pahanya, namun dapat menyelematkan
dirinya di Kubu sebelah Hulu yang dibina oleh orang Batu Bahara.[31] Keadaan yang huru-hara dalam Kubu menyebabkan
kawan dan musuh tidak dikenali kerana suasana yang masih kelam. Maka Panglima Perang Mahmud telah menyerang
adiknya sendiri yang disangkakannya musuh.
Maka serangan ini, menyebabkan satu Kubu dikuasai oleh Raja Ismail. Peralatan dalam Kubu tersebut telah dirapas
dan digunakan antaranya adalah meriam.
Meriam-meriam telah diarahkan kearah ke seberang Kubu Raja Mahdi yang
bernama Seri Lingga.
Manakala Orang-orang Batu Bahara
yang telah belot kepada Raja Mahdi telah mempersilakan Raja Abdullah mudik ke
Pangkalan Batu Bahara.[32] maka
telah ternyata belot orang-orang Batu Bahara yang telah bersatu dengan
musuh. Peperangan terus berlaku antara
Raja Ismail dengan Raja Mahdi. Namun
setelah dua bulan lamanya perang tersebut belum berkesudahan kerana tiada pihak
lagi yang mengaku kalah. Disaat situasi
perang ini berlaku, telah datang Yang Teramat Mulia Tengku Dhia’uddin dari
Kedah. Kedatangan beliau bersama dengan
nakhoda Nasrani yang bernama Kepten Belong dengan menaiki kapal Rembau. Beliau terkanal dengan nama panggilan
sebagai Tengku Kudin datang dengan rakyatnya yang seramai 500 orang.
KEDATANGAN TENGKU KUDIN.
Kedatangan Tengku Kudin adalah untuk
mendamaikan dan menamatkan perang yang berlaku.
Tengku Kudin telah menulis surat kepada Raja Mahdi kehendaknya agar
berdamai dengan Raja Ismail seperti mana dalam surat yang diutus kepada Raja
Mahdi melalui Keptan Belong.[33] Namun Raja Mahdi telah menolak pelawaan
Tengku Kudin untuk berdamai sahaja dengan tidak membalas surat Tengku Kudin dan
sebaliknya menyuruh Keptan Belong kabarkan kepada Tengku Kudin yang beliau
tidak mahu berdamai dengan Raja Ismail.
Setelah pesanan tersebut disampaikan kepada Tengku Kudin, maka beliau
telah berjumpa dengan Raja Sulaiman dan Raja Ismail di Sungai Pinang.[34]
Setelah itu, Tengku Kudin telah bergabung dengan Raja
Ismail dan Raja Sulaiman untuk memerangi Raja Mahdi. Tidak lama selepas itu, maka Kota dan Gudang
Raja Mahdi telah dikepung yang menyebabkan tersekat barang- barang makanan.[35] Walau bagaimanapun, Raja Mahdi dapat menyelesaikan masalah
tersebut dengan memperkenalkan “Kota berjalan”. Beras akan dibawa masuk dari Kuala Lumpur dengan
mengunakan sekunar Seri Lingga. Namun
sekatan telah dijalankan menyebabkan
penyeludupan pada waktu malam dilakukan untuk membawa masuk barang ke dalam Kota. Pekara ini menyebabkan kenaikan harga
barangan semangkin melambung tinggi seperti mana dalam Naskah Kenang-kenagan
Selangor dikatakan seekor ikan senohong mencecah dua ringgit, secupak beras
berharga seringgit, sireh seikat berharga tiga puluh sen, dan lain-lain.[36] Raja
Mahdi terus mengarahkan operasi Kota bergerak dan rakit kepada Panglimanya
untuk menyerang musuh di Sungai Pinang.
Sewaktu Kota bergerak beroperasi
pada waktu malam ia telah tersekat di Sungai Pinang kerana rantai besi yang
dipasang. Maka musuh telah membedil dan
Panglima Perang Malim terus membalas bedilan tersebut. Walaupun Kota bergerak Berjaya melepasi
halangan dengan memutuskan rantai besi tersebut, namun Panglima Perang Malim
telah terkana peluru senapang.[37] Setelah itu, pihak musuh Raja Mahdi telah
mengunakan pelampung dan rantai besi yang lebih kasar bagi menyekat Kota
bergerak. Setibanya Kota bergerak di
Kuala Sungai Tanjung Putus ia tidak dapat melepasi halangan tersebut
menyebabkan ia kembali ke Hilir dan keadaan air surut menyebabkan tersekatlah
Kota berjalan tersebut.
Setelah itu, Panglima-panglima Kota
berjalan telah berbincang dengan Panglima-panglima Mandeleng, lalu meninggalkan
Kota berjala tersebut dan baik ke Kota.
Hal ini, memaksa Raja Mahdi untuk keluar dari Kota untuk mendapatkan
bantuan. Beliau telah ke kuala Selangor
melalui jalan darat. Setelah itu, Raja
Mahdi ke Kuala Lumpur dan setelah balik dari sana mereka telah bertembung
dengan musuh di Bukit Raja, maka berlakulah pertempuran antara kedua
pihak. Raja Mahdi terpaksa mengundur
diri ke Sungai Buluh dan bertemu dengan Syed Mashor dan Raja Mahmud Tengku
Panglima Raja.
Situasi perang semangkin dikuasai
oleh Raja Ismail apabila banyak Kota Raja Mahdi jatuh ketangannya. Manakala kehidupan dalam Kota semangkin susah
dan bahaya. Kota Raja Mahdi yang
terletak di di antara Bukit Jawa ada sebuah Kubu musuh yang dijaga oleh orang
Inggeris yang bernama Tuan Fontein dan sering melakukan tembakan meriam ke Kubu
Raja Mahdi.[38] Bukan itu sahaja, Kota musuh di Bukit Raja
dan Bukit Elen terus menerus melakukan tembakan keatas gudang Raja Mahdi. Orang-orang yang terdapat dalam Kota Musuh
tersebut adalah orang Pahang yang bernama Imam Perang Muhammad Akil.
Imam Perang Muhammad Akil dulunya
adalah memihak kepada Raja Mahdi semasa perang Klang yang pertama, namun perang
kali kedua ini beliau telah memihak kepada Raja Ismail. Setelah orang-orang Raja Mahdi tidak lagi
mampu bertahan dengan serangan dan sekatan makanan maka Panglima-panglima telah
berbincang hendak menyerah kalah kepada musuh.[39] Setelah persetujuan tersebut maka Panglima
Perang Kenap telah bertemu pihak Raja Ismail dan Tengku Kudin untuk mengaku
kalah. Manakala ketua-ketua Panglima
Perang musuh turut memberi jaminan dan memberi persetujuan tidak akan membunuh
orang-orang dalam Kota tersebut. Lalu
Raja Ismail dan Tengku Kudin bersetuju dengan perminataan tersebut.
Maka musuh-musuh Raja Mahdi telah
masuk ke Kota dan Gudang dan semua orang-orang dalam Kota tersebut
keluarlah. Sewaktu perang
kepenghujungnya Raja Sulaiman telah terkorban.
Sewaktu beliau keluar dari Bukit Elen ke Kuala Klang dalam pertengahan
perjalanan di Bukit Kuda beliau telah diserang yang memyebabkan Raja Sulaiman
terkorban kerana terkena peluru tembakan.
Serangan tersebut diketuai oleh Jaluan dan tujuh orang pengikutnya yang
melepaskan tembakan dari Bukit Kuda.
Maka setelah perang selesai maka
Kuala Klang amanlah tampa persengketaan lagi.
Dalam Kenang-kenangan Selangor digambarkan lebih kurang Sembilan bulan
selepas penyerahan Klang kepada Raja Ismail maka amanlah semula putih seperti
sedia kala.[40] Bagi orang-orang Mendeleng dan ketua mereka
termasuk Raja Asal telh berundur dari Kuala Lumpur ke Perak dan sebahagian juga
kekal di Kuala Lumpur yang berpusat di Bukit Nanas. Manakala Raja Mahdi pula, telah berundur
ke Kuala Selangor dan bergambung dengan Raja Mahmud dan Syed Mashor.[41]
EPISOD
SIRI KE-3 BERLAKU DI KUALA LUMPUR DAN KUALA SELANGOR.
Setelah peperangan di Klang telah
berakhir, namun meletus kembali perang di Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Perang tersebut meletus disebabkan oleh
perompak China memasuki Kuala Selangor yang telah melarikan diri dari Kuala
Larut dengan menaiki Wangkang.[42] Kapal perang Inggeris yang mencari lanun
tersebut telah melihat Wangkang perompak tersebut di Kuala Selangor lalu
mengarahkan tenteranya untuk berlabuh bagi manangkap perompak tersebut. Namun Raja Mahmud dan Syed Mashor telah
menembak meriam dari Bukit Kota, Kuala Selangor dan dari Kubu Tanjong kearah
tentera Inggeris. Maka Tentera Inggeris
pun terpaksa balik ke kapal perang mereka.[43]
Sehari selepas kejadian tersebut
iaitu pada pukul 9.00 pagi kapal perang Inggeris masuk semula untuk berlabuh di
Batu Buruk. Walaupun ditembak dari Kota
dan Kubu Tanjong kapal perang tersebut tetap tidak menghiraukan tembakan
tersebut dan sebaliknya kapal perang Inggeris telah membalas tembakan dari
kapal berkenaan.[44] Maka orang-orang dalam Kota telah lari
bertempiaran yang menyebabkan Raja Mahdi, Raja Mahmud dan Syed Mashhor berundur
ke Hulu. Raja Mahdi kemudian ke Tanjong
Karang, selepas itu ke Sungai Buloh dan singgah ke Bilah sebelum ke Johor. Namun kapal perang Inggeris telah
meninggalkan Kuala Selangor dan balik semula ke Pulau Pinang dan gagal
menangkap perompak china berkenaan.
Selepas itu, maka terjadilah perang
apabila pada satu malam Raja Isa bin Raja Haji telah masuk ke dalam Kota dan
mengamuk yang menyebabkan ramai yang terkorban termasuk Sarjan Orang Putih yang
beragama islam.[45] Manakala Tengku Kudin yang telah mengarahkan
Sheikh Muhammad menunggu di Kota dan Kubu Tanjung yang terletak di Kuala
Selangor berundur dengan menaiki sampan ke Klang. Pada 1289 hijrah bersamaan dengan 1872 M
meletusnya perang di Kuala Lumpur dan perang ini melibatkan orang china. Bagi pihak Tengku Kudin ia dibantu oleh Dato’
Dagang dan kepala kapitan Yap Ah Loy.
Manakala pihak Syed Mashhor pula dibantu oleh orang china dari puak Kek
yang diketuai oleh Ah Chong.[46]
Peperangan tersebut menyebabkan huru-
hara kerana ia tidak melibatkan satu kawasan untuk peperangan tetapi merebak ke
kawasan lain sebagai contoh semasa perang meletus di Kanching ia turut merebak
meluas sehingga ke Kuala Kali. Tengku
Kudin telah mengarahkan Panglima-panglima untuk menyerang Kuala Selangor yang
diketuai oleh Imam Perang Muhammad Akil dan Panglima Garang yang turut dibantu
oleh beberapa orang terkenal seperti encik Embok, encik Wan Da dan encik Wan
Dollah.[47]
Sewaktu serangan ini, Tengku Kudin
turut mendapatkan bantuan dari negeri Pahang kerana kehebatan pihak Syed Mashor
dan Raja Mahdi. Setelah bermuafakat
antara Raja Ismail dengan Tengku Kudin maka mereka bersetuju meminta bantuan
dari Wan Ahmad, Dato’ Bandahara Raja
Pahang. Setelah itu, maka Tengku Kudin
telah mengutus surat dan Tuan Syed Zain dan Raja Abdul Rahman membawa surat
tersebut ke Pahang.[48] Dengan bantuan dari Pahang, Tengku Kudin
berharap dapat menewaskan Raja Mahdi.
Setelah sebulan kemudian maka
angkatan bantuan dari Pahang telah sampai dengan kekuatan angota seramai 500
orang dengan menaiki 50 buah perahu dan angkatan dari darat pula tidak dapat
dianggarkan dan keseluruhan jumlah tentera datang dari Pahang adalah seramai
3000 ribu orang. Perkara ini membawa
kepada kekalahan Syed Mashor dan Raja Mahdi
dalam peperangan yang mengambil masa kira-kira dua bulan lamanya. Kekalahan tersebut menyebabkan Kota Kuala
Selangor ditawan oleh Tengku Kudin.[49]
KESUDAHAN PERANG KLANG.
Setelah tamat perang saudara telah
dinyatakan dalam Naskah Kenang-kenangan
Selangor mengenai kesudahan perang Klang.
Setelah tiga episode perang yang berlaku yang bermula pada tahun 1866
sehinggalah tahun 1877. Raja Mahdi dan
Syed Mashor telah pergi ke Langat untuk menghadap kepada Sultan Abdul Samad dan
berjumpa Tengku Kudin. Orang-orang yang
terlibat dalam perang tersebut seperti orang Pahang dan orang kedah kembali ke
negeri masing-masing. Jumlah nyawa yang terkorban turut dimuatkan
sekali dalam naskah tersebut dinyatkan seramai 300 orang melayu dan china yang
terkorban dan ramai lagi yang cedera.
Ramai tentera mati bukan hanya disebabkan oleh peperangan tetapi juga
disebabkan oleh penyakit seperti penyakit mata dan penyakit perut.
KESIMPULAN.
Kesimpulanya, naskah Kenang-kenagan Selangor jelas
memberikan fakta-fakta sejarah dalam perkembangan perang Klang yang berlaku
pada tahun 1866 sehinggalah tahun 1873.
Perang saudara ini sangat penting dalam perkembangan sejarah negeri
selangor pada abad ke-19. Kerana ia
banyak memuatkan peristiwa-peristiwa bersejarah ketika meletusnya perang
saudara di Klang. Peperangan yang
berlaku ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya yang paling utama adalah
perebutan wilayah klang sendiri yang mempunyai kekayaan bijih timah. Perkembangan disetiap peperangan ini telah
ditulis oleh Wan Muhammad Amin dalam naskah Kenang-kenagan
Selangor. oleh itu, sangatlah
penting untuk merujuk tulisan beliau dalam penulisan sejarah selangor mengenai
perang saudara yang telah berlaku di wilayah Klang dan wilayah-wilayah
sekitarnya termasuklah kuala lumpur dan kuala selangor. Hal ini kerana naskah tersebut bukan sahaja
bersifat moden yang membolehkan sejarawan mengenal pasti tarikh dan pihak
terlibat dalam setiap episod perang dengan mudah. Bahkan penulis naskah sendiri mengalami
situasi perang tersebut menyebabkan semua fakta yang terdapat dalam kenang-kenangan selangor tidak diragui sebagai
fakta dan bukit sejarah perang Klang.
BIBLIOGRAFI.
1.
Dr
Mardiana Nordin, Perang Melayu Pada Abad
Ke-18 dan ke-19: kajian berdasarkan naskhah Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Pahang,
Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan. Jabatan Sejarah Fakulti
Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010
2.
Mohd.
Amin Hassan, Perang Klang Dan Kesannya
Dalam Sejarah Negeri Selagor. Selangor sejarah dan proses pembangunannya,
Editor Adnan Hj. Nawang dan Mohd. Fadzil Othman. Jabatan sejarah Universiti
Malaya dan Muzium Sultan Alam Shah Selangor D.E. 1992
3.
Wan
Muhammas Amin bin Wan Muhammad Sa’id, Pesaka
Selangor. suntingan Abdul Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala
lumpur 1966.
4.
J.
M. Gullick, A History Of Selangor ( 1766-
1939 ). The Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur 1998.
5.
Mohd
Amin Hassan, Perang Klang dan Kesanya
Dalam Sejarah Selangor. Kolokium
Sejarah Negeri Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya kuala lumpur,
1992.
6.
Dr
Aruna Gopinath, Peranan Pahang Dalam
Perang Saudara Selangor ( 1871- 1873 ).
Kolokium Sejarah Negeri Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya
kuala lumpur, 1992.
7.
Khoo
Kay Kim, Biographical Sketches Of Certain
Straits Chinese Involved In the Klang War ( 1867- 1874). Peninjau Sejarah, Vol II No 2. Jabatan
Sejarah Universiti Malaya Kuala lumpur, 1967.
LAMPIRAN.
Salasilah
kekeluargaan Wan Muhammad Amin
Wan Soloh/Sulung Wan Muhammad Amin Ambiah + =
kahwin
Sumber:
Dr
Mardiana Nordin, Perang Melayu Pada Abad
Ke-18 dan ke-19: kajian berdasarkan naskhah Tuhfat Al-Nafis, Hikayat
Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan. Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010.
[1] Wan Muhammad Amin berlatarkan
seorang yang berpendidikan kerana beliau pernah mejadi juru tulis surat-surat
melayu bagi nilai-nilai timbangan timah perolehan saudagar-saudagar melayu dan
china di pelabuhan Pengkalan Batu, klang ketika masih kecil dan Seterusnya beliau mewarisi jawatan dari
ayahnya sebagai Dato’ Amar Diraja negeri selangor menyebabkan beliau
mendapatkan banyak fakta tentang keadaan dan situasi negeri selangor ketika
itu. motif beliau menulis naskah
kenagan- kenangan selangor adalah seperti berikut,
1.
Bagi
mengisahkan tentang diri beliau dan kerabat keluarga beliau
2.
Memperihalkan
mengenai peristiwa perang klang(1866-1873M)
3.
Bagi
mengisahkan tentang adat istiadat dan protocol di dalam istana negeri selangor.
Dr Mardiana Nordin, Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan ke-19: kajian berdasarkan naskhah Tuhfat
Al-Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan.
Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 2010. Hlm 63- 65.
[2] Wan Muhammas Amin bin Wan
Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka, kementerian
Pelajaran Malaysia, kuala Lumpur 1966. Hlm
2 .
[3] Dr Mardiana Nordin. Ibid.
Hlm 68.
[4] Mohd. Amin Hassan, Perang Klang Dan Kesannya Dalam Sejarah
Negeri Selagor. Selangor sejarah dan proses pembangunannya, Editor Adnan
Hj. Nawang dan Mohd. Fadzil Othman. Jabatan sejarah Universiti Malaya dan
Muzium Sultan Alam Shah Selangor D.E. 1992. Hlm 134.
[5] Wan Muhammas Amin bin Wan
Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor .
Hlm 6
[6] Ibid. hlm 7
[7] Ibid.
[8] Ibid. hlm 7.
[9] Ibid. hlm 10.
[10] Ibid. hlm 32.
[11] Ibid. hlm 16.
[12] Mardiana Nordin, Perang
Melaya pada Abad ke-18 dan ke0-19 : kajian berdasarkan Naskah Tuhfat Al-Nafis,
Hikayat Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan. Jabatan
Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Kuala Lumpur, 2010. Hlm 245.
[13] Ibid. 36.
[14] Ibid. hlm 16
[15] Kedatangan pihak penjajah yang
bermula pada abad ke 16 masihi lagi menyebabkan perkembangan senjata baru yang
dibawa dari barat kealam melayu. Kemunculan
portugis di Melaka pada 1511 menyebabkan peperangan alam melayu mula berubah
corak dari sudut peralatan perang.
Kerajaan-kerajaan melayu yang mula menentang penjajah mula mengunakan
alatan perang yang moden terutamanya meriam.
Senjata ini menjadi satu alat penting apabila sahaja berlakunya
perang. Kerana alatan tersebut mempunyai
peranan yang penting. Bermula dengan
penentangan warisan kerajaan Melaka iaitu Johor menentang Potugis, diikuti
penentangan keatas Belanda dan British, maka senjata dari barat amnya meriam
dan ubat bedil adalah satu daripada peralatan perang yang mesti ada dalam
setiap perang alam melayu mula berubah
corak. Perkara ini menunjukan satu
perubahan peralatan senjata peperangan dialam melayu selepas kedatangan
penjajah. Dalam Naskah Kenang-kenangan
Selangor turut dinyatkan pengunaan senjata dari tinggalan pihak Belanda.
[16] Ibid. hlm 38.
[17] Ibid.
[18] Wan Muhammas Amin bin Wan
Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor .
Hlm 8
[19] Ibid. 10
[20] Wan Muhammad Sa’id adalah ayah
kepada pengarang naskah kenang-kenangan Selangor sendiri. semasa pelayaran
beliau ke Melaka bagi mendapatkan bantuan dari Baba Teck Chang ia ditemani oleh
Haji Abdullah Kapiting.
[21] Ibid.
[22]Wan Muhammas Amin bin Wan
Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor .
Hlm 10.
[23] Ibid. hlm 11.
[24] Ibid. hlm 15.
[25] Ibid. hlm 16.
[26] Raja Empih adalah saudara kepada
Raja Ismail.
[27] Ibid. hlm 19
[28] Khoo Kay Kim, Biographical Sketches Of Certain Straits
Chinese Involved In the Klang War ( 1867- 1874). Peninjau Sejarah, Vol II No 2. Jabatan
Sejarah Universiti Malaya Kuala lumpur, 1967. Hlm 47.
[29] Wan Muhammad Amin, Pesaka
Selangor. hlm 20.
[30] Ibid. hlm 23.
[31] Ibid. hlm 23.
[32] J. M. Gullick, A History Of Selangor ( 1766- 1939 ). The Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society, Kuala Lumpur 1998. Hlm 54.
[33] Wan Muhammad Amin, Pesaka Selangor. hlm 30.
[34] Ibid.32
[35] Ibid.
[36] Ibid.
[37] Ibid. hlm 33
[38] Ibid.34
[39] Ibd. Hlm 35.
[40] Ibid, hlm 36
[41] Ibid. hlm 37
[42] Ibid. hlm 38.
[43] Ibid.
[44] Ibid. 39.
[45] Ibid.
[46] J. M. Gullick, A History Of Selangor ( 1766- 1939 ). The Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society, Kuala Lumpur 1998. Hlm 55.
[47] Ibid.
[48] Dr Aruna Gopinath, Peranan Pahang Dalam Perang Saudara Selangor
( 1871- 1873 ). Kolokium Sejarah
Negeri Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya kuala lumpur, 1992.
Hlm 152.
[49] Ibid. hlm 153.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan