PENGENALAN
Perkembangan penempatan awal manusia
di Alam Melayu sebelum Masihi menunjukan adanya masyarakat awal yang menghuni
wilayah ini. Perkara ini menyebabkan
pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana mengenai “Melayu”. Konsep melayu mengikut perlembagaan Malaysia
adalah berbeza dengan melayu pada pembentukan temadun melayu sebelum penjajahan
oleh emperialisme dari barat pada abad ke 16 masihi. Kewujudan tamadun Melayu menunjukan bagaimana
terbentuknya empayar Melayu itu sendiri di Nusantara suatu ketika dahulu. Hal ini boleh dilihat melalui bukti-bukti
kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara seperti Funan, Kutai, Tarumanegara,
Singahari, Srivijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan lain[1]. Melalui kewujudan kerajaan-kerajaan awal menunjukan
terbentuknya empayar melayu satu ketika dahulu.
Kerajaan melayu yang wujud tampa pengaruh dari luar dikenali sebagai
“local genius”. Budaya masyarakat
tempatan tampa berlakunya adaptasi dari pengaruh luar dikenali sebagai local
genius.[2] Namun perkembangan kebudayaan melayu yang
mudah mengadaptasi sesuatu budaya menyebabkan budaya melayu semangkin
pelbagai. Sebelum kedatangan Islam ke
Alam Melayu, pengaruh Hindu dan Budha telah bertapak sekian lama dan telah di
Asimilasikan dengan kebudayaan tempatan.
Budaya mengikut kamus Dewan merujuk kepada keseluruahan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakukan
dan berfikir) serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan ataupun
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan.[3]
ASAL
USUL KATA AKAR “MELAYU”
Asal usul perkataan melayu wujud
dalam beberapa patah perkataan yang pertama adalah dari perkataan Himalaya, Melayur-pura, Pamalayu, dan Mlayu. Perkataan Himalaya mambawa maksud tempat yang
sejuk dan bersalji iaitu “ Hima” bermaksud sajuk ataupun salji dan “Alaya” pula
bemaksud tempat/ lokasi. Manakala
perkataan “ Melayur-pura membawa maksud gunung dan perkataan ini ditemui di
sebuah Prasasti di Sumatera. “Pamalayu”
adalah nama sempena peristiwa serangan yang dilakukan oleh kerajaan Kartanegara
keatas Hulu Jambi. Peristiwa serangan
tersebut menyebabkan dibina sebuah prasasti sebagai tugu peringatan serangan
tersebut yang dikenali sebagai “ekspidis Melayu”.
MELAYU
DARI SUDUT PARAS RUPA DAN FIZIKAL.
Orang yang dimaksudkan sebagai orang
melayu dari paras rupa dan fizikal adalah golongan yang memiliki warna kulit
bersawo matang. Mempunyai susuk badan
yang sederhana besar, ketinggian yang sederhana dan rambut ikal mayang. Orang melayu juga dikenali identitinya
sebagai bangsa yang lemah lembut dalam setiap tingkah laku dan masyarakat
melayu adalah masyarakat yang kaya dengan budi bahasa dan berpekerti mulai.
MELAYU
DARI SUDUT KETURUNAN DAN GEOGRAFI
Masyarakat melayu asalnya dari
rumpun melayu yang bertutur dalam bahasa melayu dan dialik melayu. Suku melayu adalah masyarakat yang mendiami
kepulauan Asia Tenggara yang meliputi kawasan semenanjung Tanah Melayu sehingga
di Selatan Thailand, selatan Filipina, kepulauan Indonesia.[4] Sebahagian pendapat para sarjana kawasan
penempatan orang melayu adalah sangat luas meliputi kawasan kepulauan
Madagascar di Afrika dan Easter Island iaitu sebuah pulau yang terletak di
bahagian tenggara lautan pasifik. Segelintir pendapat pula mengatakan kawasan
geografi masyarakat melayu meliputi kawasan kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat
dan Utara Taiwan serta New Zealand di bahagian selatan. [5]
TAKRIF
MELAYU BERDASARKAN PERLEMBANGAAN MALAYSIA
Setelam pembentukan Negara yang
merdeka, Malaysia telah mengklasifikasikan takrif melayu dalam perlembangaan
sebagai undang-undang tertinggi Negara dalam artikal perkara 160(2). Mengikut artikal 160(2) perlembagaan
persekutuan takrif melayu didifinisikan sebagai seorang yang menganuti agama
islam, bercakap dalam bahasa melayu dan
mengamalkan adat-adat dan budaya melayu.[6]
ASAL
USUL BANGSA MELAYU.
Pelbagai pendapat dan teori yang
dikemukakan oleh para pengkaji mengenai asal-usul bangsa Melayu. Terdapat dua teori yang berbeza mengenai
perkembangan dan permulaan bangsa
melayu. Teori pertama adalah pendapat
dan kajian dari orang luar ( barat) dan kedua adalah teori yang dikemukakan
oleh penduduk tempatan ( orang melayu sendiri).
Teori
pertama yang dikemukakan oleh para sarjana barat iaitu Sarasint, Heine Geldern
dan Peter Bellwood, percaya bahawa bangsa Melayu sebenernya berasal dari Tanah
Besar China yang terletak di Wilayah Yunan.[7] Mereka berpendapat bahawa bahasa pertuturan
yang hampir sama antara penduduk Yunan dengan penduduk yang mendiami kawasan
kepulauan melayu dari segi kosa kata, fonologi,
morfologi, dan sintaksis. Selain
itu, mereka turut mengkaji mengenai persamaan kebudayaan antara masyarakat
Yunan dengan masyarakat melayu dari sudut adat resam. Persamaan adat resam seperti kepercayaan terhadap animism,
kegiatan ekonomi melalui pertanian dan penangkapan ikan. Para sarjana barat turut melihat persamaan
latar belakang keluarga masyarakat Yunan dan melayu Nusantara dari sudut sistem
sosial iaitu melalui gambaran persamaan tatacara berkeluarga dan
perkahwinan. Material turut dijadikan
pembandingan oleh para sarjana barat dalam melihat persamaan termasuklah dari
seudut binaan tembikar, senjata, tempat tinggal dan lain-lain.[8]
Pendapat
ini turut disokong oleh para sarjana lain berdasarkan kewujudan gelombang
penghijrahan secara besar-besaran penduduk tanah besar ke kepuluaan di Asia
Tenggara. Teori penghijraan ini
dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap pertama pada 3000-1500 sebelum masihi
dan kedua adalah 1500-300 SM. Pada
peringkat pertama penghijrahan penduduk dari Yunan berlaku pada tahun 3000-1500
SM telah membentuk Melayu Proto.[9] Para sarjana percaya penghijrahan berskala
besar dengan membentuk empat laluan utama iaitu Burma, Siam, Veitnam dan
Taiwan. Mana kala peringkat kedua yang
berlaku pada tahun 1500-300 SM membentuk Melayu Deutro.[10] Kumpulan ini lambat datang ke kepulauan
Melayu dan setelah kedatangan mereka telah mendesar dan mengasak kumpulan
pertama( Melayu Proto) ke kawasan pedalaman dan pada hari ini dikenali sebagai
pribumi masyarakat Asli. Kumpulan kedua
ini telah membentuk tamadun-tamadun Melayu maritim.
Pendapat
kedua dikemukakan oleh sarjana tempatan iaitu Prof. Wan Hashim Wan The yang berpendapat bahawa masyarakat Melayu berasal
dari Alam Melayu sendiri tampat melibatkan penghijrahan. Pendedahan hasil temuan arkeologi mengukuhkan
lagi hujah beliau mengenai asal masyarakat Melayu. Hasil temuan arkeologi menunjukan Alam Melayu
sudah dihuni oleh masyarakat primatif yang berusia 35000 SM. Perkara ini menunjukan persanggahan dengan
tarik teori pertama iaitu penghijrahan pada tahun 5000-2000 SM. Temuan arkeologi seperti Lenggong, Tingkayu,
Gua Niah, Gua Cha dan lain-lain menunjukan wujudnya masyarakat asli di Alam
Melayu dan melihat perkembangan zaman pra-sejarah.[11] Pengikut penelitian Prof Wan Hashim tiada
persamaan ras antara masyarakat Yunnan dengan masyarakat Alam Melayu.
ASAS-ASAS
KEBUDAYAAN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM.
POLITIK
DAN PENTADBIRAN
Sebelum kedatangan islam di Alam Melayu,
politik dan pentadbiran kerajaan-kerajaan di Alam Melayu banyak dipengaruhi
oleh Hindu-Budha yang lebih awal
bertapak di Alam Melayu. Walaupun pengaruh India terdapat dalam politk
dan pentadbiran dalam kerajaan Melayu, tapi tidak boleh dinafikan mengenai
kewujudan sistem politik dan pentadbiran yang bercorakkan dari pengaruh
tempatan sendiri sebagai contoh dalam kerajaan Kutai di Kalimantan Timur
melalui jumpaan prasasti Yupa yang mengisahkan keturunan Mulawarman. Ashvararan
adalah anak Kudungga yang memegang jawatan sebagai penghulu adat yang terkemuka
dan jelas beliau belum menganut dan mengamalkan pengaruh Hindu sehinggalah
kepada warisnya Mulawarman yang mula mengamalkan ajaran Hindu melalui upacara
korban.[12]
Setelah pengaruh India diadaptasikan
dalam sistem polotik dan pentadbiran di Alam Melayu. Pengaruh dari India menyebabkan pemerintah
mempunyai kedudukan yang semangkin kukuh dan istimewa berbanding rakyat
biasa. Gelaran permerintah iaitu Raja menduduki
kedudukan teratas sebagai wakil dewa memerintah. Sebahagian kerajaan di Alam Melayu bukan sahaja mengelar diri
mereka sebagai wakil dewa tetapi juga sebagai jelmaan dewa sebagai contoh
kerajaan Airlangga yang telah melakukan upacara penitisan Dewa sehinggakan raja
Airlangga digelar sebagai Dewaraja ataupun jelmaan dewa.[13] Pengaruh Hindu-Budha juga dapat dilihat dari
sudut falsafah Kosmologi Hindu-Budha di Alam Melayu sebagai contoh konsepsi
Gunung Mahameru sebagai gunung kosmik yang terletak ditengah-tengah Jambu-dvipa
sebagai pusat kosmos.[14] Perkara ini menyebabkan lahir symbol
makro-kosmos(supra-human) dan mikro-kosmos(human) dalam pemerintahan Raja bagi
kerajaan-kerajaan awal.
Selain itu, sistem pemerintahan
secara warisan juga merupakan pengaruh dari India dalam kerajaan Melayu. Seorang Raja akan mewariskan tahta kerajaan
kepada anak lelaki dari permaisuri yang
dikenali sebagai anak Gahara. Sehubungan
dengan itu, pengaruh dari India lebeh jelas dalam kewujudan golongan elit dan golongan bangsawan sebagai contoh
golongan Brhamin yang berfungsi sebagai penasihat Raja dalam pentabdiran. Golongan elit seperti para golongan
bangsawan seperti sistem pembesar empat lipat.
KEPERCAYAAN
Sebelum
kedatangan pengaruh Hindu dan Budha ke Alam Melayu sudah wujud agama dan
kepercayaan di Alam Melayu. Masyarakat
Melayu sudah mempunyai amalan dan kepercayaan sendiri sebelum mengamalkan
beberapa kepercayaan dari luar terutamanya dari India. Animism adalah kepercayaan yang sudah wujud
sekian lama dan sehingga kini ia masih diamalkan oleh masyarakat di Alam Melayu
itu sendiri. anismesm adalah
kepercayaan kepada unsur-unsur alam seperti pokok, angin, bukit, roh dan
unsur-unsur ghaib.[15]
Sebelum kedatangan Islam ke
Nusantara, pengaruh Hindu dan Budha lebih berpengaruh dalam masyarakat
Melayu. Hindu lebih berpengaruh berbanding daripada
Budha di Alam Melayu. Kepercayaan Hindu
yang mempercayai Dewa-dewa yang mengtadbir alam dan tiga dewa utama dalam
kepercayaan Hindu iaitu Dewa Brahma( pencipta), Dewa Vishnu( pelindung) dan
Dewa Siva( pembinasa). Kewujudan
Candi-candi di beberapa kerajaan awal seperti Candi Borobudor( Srivijaya),
Candi Angkor Wat( Funan), Candi Lembah Bujang( Kedah Tua) dan lain-lain
mengambarkan pengamalan sepenuhnya kepercayaan Hindu dan Budha di Alam Melayu.[16]
Agama dan kepercayaan turut mengubah
corak Istana apabila ia dijadikan sebagai psat untuk keagamaan melalui upaca
dan ritual yang dilakukan oleh golongan Brahmin.[17] Dalam upacara keagamaan ia akan mengaitkan
keistemewaan Raja-raja Melayu dengan tokoh-tokoh legenda Hindu bagi mengukuhkan
lagi kedudukan Raja dalam masyarakat.
Namun setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu semua unsur amalan
kepercayaan yang bertentangan dengan syariat Islam telah ditinggalkan secara
beransur-ansur.
SISTEM
MASYARAKAT
Walaupun
pengaruh Hindu-Budha diterima dalam masyarakat Melayu, tetapi tidak semuanya
diamalkan dalam sistem masyarakat Melayu itu sendiri. Sistem feudal yang diamalkan di India dan di
Alam Melayu adalah sangat berbeza.
Sistem feudal yang diamalkan di India adalah sangat jelas iaitu hidup
masyarakat adalah berdasarkan Kasta iaitu jika seseorang menjadi hamba maka
seluruh keturunannya akan menjadi hamba dan kedudukan wanita adalah
rendah. Berbanding dengan sistem feudal
yang diamalkan di Alam Melayu yang hanya wujud dua golongan feudalil iaitu
golongan yang memerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah diketuai oleh Raja
sendiri yang dibantu oleh anak Raja, golongan elit dan bangsawan. Manakala golongan diperintah terdiri daripada
rakyat biasa dan hamba.
Dalam sistem Hindu-Budha kasta
masyarakat terdiri daripada empat golongan utama iaitu Brahmin, Satria, Vaisya
dan Sundra dan wanita tidak mempunyai keistemewaan lansung. Namun dalam kerajaan Alam Melayu wanita
juga boleh menjadi pemerintah tertinggi sebagai contoh ratu kartagama dari
Mahapahit. Dan setelah kedatangan Islam
ke Alam Melayu maka sistem lebih kepada berkonsepkan islam iaitu pemerintah
dianggap sebagai “zullullah Fil-Alam” yang bermaksud bayangan Allah dimuka
bumi.
PERUNDANGAN
Perkembangan sistem perundangan yang
wujud dalam Alam Melayu adalah banyak diadaptasi dari India. Undang-undang Hindu yang diterima oleh orang
Melayu adalah berdasarkan sumber “Dharmasastra”.[18] Hukuman yang dikenakan adalah berbeza
mengikut klas sosial masyarakat iaitu golongan atasan dan golongan bawahan akan
mempunyai hukuman yang berbeza gambar rajah berikut menunjukan hukuman
berdasarkan kedudukan kasta, namun dalam kerajaan Melayu hukuman adalah atas
budi bicara Raja sepenuhnya :
Pesalah
|
Mangsa kesalahan
|
denda
|
Brahmin
Brahmin
Brahmin
Ksyatriya
Ksyatria
Vaisya
Vaisya
Vaisya
Sundra
Sundra
sundra
|
Ksyatria
Vaisya
Sundra
Brahmin
Vaisya
Brahmin
Ksyatria
Sundra
Brahmin
Ksyatria
vaisya
|
1000
500
250
2000
1000
5000
2000
1000
Dibunuh
5000
2000
|
Sumber : Abdul Rahman Abdullah.
Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm 183
Melalui perkembangan pengaruh
Hindu-Budha maka undang-undang yang dibuat adalah untuk mengukuhkan taat setia
rakyat kepada Raja. Melalui taat setia
ini maka wujudnya konsep Durhaka
iaitu sesiapa yang melangar perintah Raja akan menerima tulah dalam bentuk
bencana alam, sakit dan lain-lain.
Selain itu, golongan alhi agama iaitu Brahmin mempunyai beberapa
keistemewaan kerana golongan tersebut menjadi penasihat Raja dalam pentadbiran
dan mengubal undang-undang berdasarkan agama Hindu-Budha. Dalam kes-kes tertentu golongan Brahmin
mempunyai keistemewaan seperti tidak boleh dihukum. Namun setelah kedatangan Islam undang-undang
yang dibuat adalah berdasarkan syariat Islam sebagai contoh undang-undang kanun
Melaka, undang-undang kanun Pahang dan lain-lain.
BAHASA
DAN SISTEM TULISAN.
Sehubungan
dengan itu, perkembangan pengaruh dari India keatas pembentukan Tamadun Melayu dapat dilihat dari
sudut Bahasa dan sistem tulisan. Sebelum
kedatangan Hindu-Budha, sudah wujud bahasa melayu kunu jawa dan kesan pengaruh
daripada dari India memperkayakan lagi bahasa dari sudut perbandaharaan kata
sebagai contoh istilah guru, dosa, syurga, neraka, siksa, nirwana, dewa, dewi
dan banyak lagi.[19] Manakala dalam sistem tulisan, pengaruh dari
India dapat dilihat daripada kewujudan tulisan Pallawa dan tulisan Kawi. Tulisan ini yang berasal dari India selatan
terbukti disesuaikan dalam kehidupan masyarakat melayu sebagai contoh catatan pada
prasasti-prasasti di kerajaan-kerajaan Hindu-Budha di Alam Melayu.[20] Namun setelah kedatangan Islam bahawa arab
mula banyak digunakan dalam bahasa dan sistem tulisan sebagai contoh kewujudan
tulisan jawi dalam prasasti batu bersurat Terangganu.
KESENIAN
DAN KESUSASTERAAN
Walapun kesenian sudah lama wujud
dalam masyarakat melayu sebelum kedatangan pengaruh dari Hindu-Budha seperti
seni dalam pelbagai bentuk perhiasan sebagai contoh tinggalan arkeologi yang
terdiri daripada pelbagai hasil tembikar yang bercorak dan alatan perhiasan dan
lukisan dan ukiran pada dinding Gua.[21] Perkara ini menunjukan kewujudan kesenian di
Alam Melayu sebelum kemasukan unsur dari luar.
Setelah kedatangan pengaruh dari India,
corak kesenian dalam masyarakat Melayu lebih menonjol dan ketara sebagai
contoh candi Borobudor, candi Lembah Bujang, Angkor Watt.[22] Kewujudan Candi di Alam Melayu adalah tidak
sama dengan Candi yang terdapat di India. Perkara ini menunjukan bagaimana
adaptasi yang berlaku antara pengaruh dari luar dengan budaya tenpatan. Corak dan ukiran pada Candi yang mengisahkan
tentang babak kehidupan Budha dan juga pembinaan patung dewa-dewa dan Raja
memperlihatkan perkembangan seni di Alam Melayu hasil dari pengaruh dari India.[23] Kewujudan wayang kulit juga adalah buka
perkara baru yang dibawa dari India, tetapi ia sudah wujud dalam budaya dan
kesenian masyarakat tempatan. Namun
setelah kemasukan penaruh dari Hindu-Budha maka carita wayang kulit banyak
ditokok tambah berdasarkan karya
Ramayana dan Mahabhrata.[24]
PEREKONOMIAN.
Dalam sistem ekonomi di Alam Melayu
tidaklah jelas bagaimana perubahan akibat daripada pengaruh daripada
Hindu-Budha. Oleh itu, pada peringkat
awal ekonomi di Alam Melayu tidak menunjukan dengan jelas bentuk
perubahan-perubahan tersebut. kegiatan
ekonomi yang dijalankan adalah kesinambungan daripada generasi sebelumnya iaitu
kegiatan pertanian, nelayan, memunggut hasil hutan dan lain-lain secara sara
diri.[25] Setelah
pengaruh India masuk kegiatan ekonomi tidaklah mengalami perubahan seperti
dalam bidang yang lain. Namun di
kawasan-kawasan tertentu seperti di Jawa, Bali kegiatan masyarakatnya banyak
tertumpu kepada keseniaan ukiran dan pahatan sebagai pekerjaan dan kegiatan
perdagangan patung Dewa-dewa Hindu dan Budha.[26] Pengaruh dari India dalam bidang ekonomi
jelas pada fungsi kuil-kuil yang bukan sahaja berfungsi untuk keagamaan tetapi
juga untuk ekonomi sebagai contoh di Khmer, kuil-kuil telah kaya kerana
pemberinan para pembesar dan penaungnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelas menunjukan
definisi siapakah yang digelar sebagai “Melayu” adalah jelas dikenalpasti
identiti dan fizikalnya. Namun definisi
Melayu pada masa kini adalah sangat bertentangan dengan definisi Melayu pada
masa sekarang. Keadaan ini juga
disebabkan perubahan yang berlaku setelah kemasukan dan penjajahan oleh
emperialism barat ke Alam Melayu.
Walaupun begitu, kebudayaan Melayu masih dikekalkan iaitu sentiasa
mengadaptasi dengan pengaruh-pengaruh dari luar. Perkara ini menunjukan bagaimana pembentukan
kebudayaan Melayu yang berlaku melalui pertembungan-pertembungan budaya
tempatan ataupun local genius dengan budaya-budaya yang dibawa masuk ke Alam
Melayu yang dimulai dengan pengaruh Hindu-Budha. Setelah itu, kebudayaan Melayu dicorakkan
dengan unsur-unsur Islam sehinggalah kemasukan barat. Keadaan ini menyebabkan kebudayaan Melayu
semangkin kaya dan berkembang.
BIBLIOGRAFI
1.
Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : sebelum
dan sesudah pengaruh Islam. Utusan Publications & Disributors SDN BHD.
2000.
2.
Aziz Dereman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia 1975.
3.
Muhammad Yusoff Hashim. Persejarahan Melayu Nusantara. Teks
Publising, Kuala Lumpur 1988.
4.
Mohd Aris Haji Othman. Identiti Etnik Melayu. Penerbit Fajar
Bakti SDN BHD, Petaling Jaya 1985
5.
Mohd. Dalhan Mansoer. Penghantar Sejarah Nusantara awal.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia kuala Lumpur, 1979
6.
Mohd Supian Sabtu. Arkeologi dan Kesenian di Lembah Bujang
: Data pahatan batuan pada struktur percandian. Penerbit Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 2006
[1] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : sebelum
dan sesudah pengaruh Islam. Utusan Publications & Disributors SDN BHD.
2000. Hlm 61.
[2] Ibid. hlm 57.
[3] Aziz Dereman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia 1975. Hlm 7.
[4] Muhammad Yusoff Hashim. Persejarahan Melayu Nusantara. Teks
Publising, Kuala Lumpur 1988. Hlm 11.
[5]Ibid. Hlm 1.
[6]Mohd Aris Haji Othman. Identiti Etnik Melayu. Penerbit Fajar
Bakti SDN BHD, Petaling Jaya 1985. Hlm 70.
[7] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm
18.
[8] Mengikut penelitian hasil
daripada jumpaan arkeologi seperti tembikar dan alatan senjata termasuk kapak
genggam yang hampir sama dari segi
kesenian dan ukiran dalam pembuatan diantara tanah besar China dengan kepulauan-kepulauan
Nusantara. Walau bagaimanapun corak dan
kesenian hasil arkeologi diantara tanah besar dan wilayah-wilayah kepulauan
adalah berbeza dari segi penghasil dan seni sebagai contoh kapak genggam.
[9] Adul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm
18.
[10] Ibid. hlm 19.
[11] Perkembangan zaman prasejarah di
Alam melayu yang dibuktikan melalui tinggalan arkeologi menyebabkan pendapat
dari barat boleh dipersoalkan. Hal ini kerana terdapat beberapa zaman
prasejarah yang membentuk perkembangan masyarakat di Alam melayu antaranya adalah
zaman batu awal yang terdiri daripada zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik
dan kedua adalah zaman Logam.
Perkembangan ini menunjukan wilayah Nusantara sudah mempunyai penduduk
lebih awal dari teori yang dikemukakan. Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Awal Asia Tenggara .
Hlm 11
[12] Mohd. Dalhan Mansoer. Penghantar Sejarah Nusantara awal.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia kuala Lumpur, 1979.
Hlm 58-59.
[13] Ibid. hlm 130.
[15] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Hlm 100.
[16] Mohd Supian Sabtu. Arkeologi dan Kesenian di Lembah Bujang
: Data pahatan batuan pada struktur percandian. Penerbit Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 2006. Hlm 1.
[17] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Hlm
57
[18] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Hlm
50.
[19] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Hlm
54.
[20] Ibid.
[21] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.
Hlm 18.
[22] Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. 54
[23] Ibid.
[24] Ibid.
[25] Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Hlm
187.
wasehhhhh
BalasPadamtengs
BalasPadam