PENGENALAN
Taiwan adalah sebuah pulau yang
terletak di timur China yang mempunyai keluasan 13 965 ribu batu persegi. Pada abad ke-16 Portugis telah menduduki
Taiwan iaitu pada tahun 1544 dan mengelar taiwan sebagai “Illa Formosa” ataupun
pulau cantik.[1].
Selain Portugis, Belanda dan sepanyol turut sama menduduki Taiwan pada tahun
1624 dan 1626, Sepanyol mendirikan fort zeelandia dan fort san domingo pada
1629.[2]
Setelah
imperialis Jepun mengalahkan China dalam era Dinansti Qing pada tahun 1895
masihi, Taiwan dan kepulauan Penghu di duduki oleh Jepun melalui perjanjian
Shimonoseki antara China-Jepun. Pada 23 may 1895 Tang Shing-sung telah dilantik
sebagai president pertama Taiwan.[3] Pada 02
October 1945 M China akhirnya Berjaya menewaskan Jepun. Kekalahan Jupun menyebabkan Taiwan dan kepulauan Pinghu di kembalikan semula kepada
China. Walaupun China berjaya mengusir emperialis
luar dari tanah besar China, namun kemelut dalaman menyebabkan berlakunya
konflik akibat daripada perbezaan ideologi.
Parti nasionalis yang diperkenalkan semasa
era revolusi 1911 telah menubuhkan parti Kaomintang ( KMT ).[4] Manakala parti komunis ditubuhkan pada 23
julai 1921 apabila kongres pertama diadakan di Shanghai dan mula berkerjasama
dengan KMT dengan menubuhkan Barisan Bersatu I pada 1923 untuk menghapuskan
imperialism yang menduduki China. Namun gabungan
KMT dan PKC menghadapi masalah dan rintangan.[5] Pergerakan PKC dan KMT sudah tidak sehaluan
dan mengambil langkah masing-masing untuk melawan kuasa asing. Chiang Kai-shek muncul disaat KMT menghadapi
masalah dalaman. PKC dan KMT tetap
mempunyai keretakan hubungan walaupun penubuhan Barisan Bersatu II dilaksanakan
kerana kedua-dua pihak mempunyai perancangan tersendiri yang akhinrya membawa
kepada ketegangan dan permusuhan antara
keduanya.[6]
Ketegangan hubungan antara keduanya
akhirnya membawa kepada konflik selepas kekalahan Jepun pada 1945.
Chiang Kai-she melihat PKC adalah satu ancaman
untuk menyatukan China dan komunis perlu dihapuskan. KMT telah menduduki Manchuria sejurus selepas
Rusia meninggal wilayah tersebut. PKC
telah mengeluarkan bantahan terhadap tindakan KMT yang bertapak di Mukden. KMT menyerang PKC kerana berdegil tidak mahu
meninggalkan Bandar Mukden. Pada
peringkat awal Perang saudara ini banyak memberi kelebihan kepada KMT dari
sudut bilangan tentera dan persenjataan
kerana mendapat bantuan dari Amerika syarikat.
Namun selepas itu, Komunis mengunakan teknik dan strategic dengan
mengunakan rakyat china sebgai senjata dan akhirnya berjaya apabila bilangan
komunis meningkat kepada 2.5 juta pada tahun 1948 berbanding 1.95 juta pada
1947.[7]
Sejurus selepas itu, kebanyakkan perang
saudara yang berlaku banyak dimenangi oleh PKC dan lebih menguasai keadaan di
china. perpecahan dalam KMT memudahkan
PKC mengusir KMT dari tanah besar china. perkara ini menyebabkan Chiang Kai-shek dan pengikutnya
berundur ke Taiwan dan mendirikan kerajaan Republik pada tahun 1949 apabila
berjaya melepaskan diri dari serangan PKC.
MASALAH
HUBUNGAN CHINA DAN TAIWAN SELEPAS 1949.
TUNTUTAN CHINA KEATAS TAIWAN.
Setelah
pengunduran Chiang Kai-shek ke Taiwan apabila kalah dalam perang saudara pada
tahun 1949 maka China telah terbahagi kepada dua blok pemerintahan iaitu
komunis (PKC) yang metadbir tanah besar China diketuai oleh Mao Zedong telah
membentuk Republik Rakyat China( PRC ) dan selepas itu ia dikenali sebagai
China.[8] Manakala Taiwan yang ditubuhkan oleh KMT
dibawa pemerintahan Chiang Kai-shek telah membentuk kerajaan sendiri yang bebas
dan demokrasi. Pembentukan dua
kerajaan ini menjadi masalah utama yang dihadapi oleh Negara China selepas
perang saudara 1949.[9] Perkara ini menjadikan satu kemelut
hubungan antara China dan Taiwan apabila kedua-duanya cuba untuk berusaha untuk
menundukan satu sama lain agar membentuk satu Negara China yang menyatukan seluruh
wilayah di china. Chiang Kai-shek
masih mempunyai cita-cita yang tinggi bagi menyatukan seluruh tanah besar China
dengan Taiwan. Beliau bergantung harap kepada Amerika untuk mendapatkan bantuan
ekonomi dan pertahanan.
Pihak
China menganggap Taiwan adalah sebagai pemberontak yang perlu dihapuskan dan
Taiwan dianggap sebagai hak wilayah China yang ke-23. China cuba membebaskan Taiwan dari KMT dan
disatukan dengan tanah besar china malalui prinsip “ satu Negara, satu sistem”
dan bukan “dua China” atau “satu China, satu Taiwan”.[10] Pada tahun 1950 komunis telah membentuk
tentera Pembebasan Rakyat ( PLA ) bagi menyerang Taiwan. Walau bagaimanapun PLA terpaksa menangguhkan
serangan keatas Taiwan kerana meletusnya perang saudara Korea pada 25 Jun 1950.[11] Bukan
itu sahaja, China turut mengalami keretakan hubungan dengan Rusia mengenai isu
sempadan Setelah tamat perang tersebut
PLA memodenkan ketenteraanya bagi mengancam Taiwan dengan memiliki 300 pesawat,
519 kapal perang dan 341 kapal penyokong pada tahun 1955. Perkara ini membawa kepada pengeboman
kepulauan Jinmen pada September 1954 dan pada junuari 1955, PLA meranmpas
beberapa pulau yang diduduki oleh KMT antaranya adalah pulau Iklang Shang dan
Kinmin.[12]
China terus berusaha untuk mendapatkan
Taiwan sebagai wilayah kekuasaanya dengan menubuhkan beberapa akta antaranya
adalah akta anti-pemisah iaitu satu akta yang bertangungjawab menghalang
mana-mana gerakan pemisahan dengan tanah besar China.
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA.
Setelah pengunduran KMT dibawa
Chiang Kai-shek ke Taiwan apabila tewas kepada kerajaan komunis maka beliau
telah menubuhkan sebuah kerajaan bebas dan demokrasi di Taiwan yang mendapat
sokongan daripada Amerika Syarikat.[13] Chiang Kai-shek telah menjadikan Taipei
sebagai ibu negeri dan bercita-cita untuk mendapatkan semula tanah besar China
untuk menyatukan china pada masa akan datang.
Manakala PKC telah menubuhkan parti Rakyat China (PRC ) dibawa Mao Zedong. Pembentukan dua kerajaan ini cuba berusaha
untuk mendapatkan pengiktirafan Negara-negara luar agar salah satu antaranya
dianggap wakil China.
Pada awalnya Chiang Kai-shek lebih
mendapat perhatian dunia sebagai wakil China dan bukannya Pihak Kuminis (PRC ). Taiwan telah mendapat sokongan kuat daripada
Amerika dan Jepun dan pihak Kuminis pula tidak diiktiraf oleh Amerika dan liga
bangsa-bangsa bersatu( PBB). Walau
bagaimanapun keadaan ini telah berubah pada penghujung abad ke-20 apabila pihak
komunis mula mendapat perhatian dunia.
Perkara ini berlaku akibat daripada Taiwan telah menarik diri dari Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) dan penarikan tersebut menyebabkan China mengisi
kekosongan kerusi yang dilepaskan oleh Taiwan pada tahun 1971.
Selain
itu, blog kumunis mula berpengaruh dan Rusia Negara pertama yang telah
mengiktiraf Republik Rakyat China (RRC) selepas pengistiharanya pada 1 october
1949. Rusia mempunyai agenda tersendiri
kerana memerlukan Negara komunis untuk menjayakan dan meluaskan pengaruhnnya.[14]
Perkara ini menyebabkan semangkin banyak Negara mula mengiktiraf China dan
bukan lagi Taiwan. Keadaan Taiwan
semangkin terdesak apabila Amerika mengubah dasarnya terhadap China pada tahun 1972 apabila Nixon melawat
China. Perkara ini menyebabkan kekecewaan
Chiang Kai-shek. Hubungan Jepun-China
juga semangkin baik selepas lawatan Nixon pada tahun 1972, dasar Jepun terhadap
China turut berubah termasuklah mengiktiraf China sebagai kerajaan yang sah
mewakili keseluruhan China dan mengiktiraf Taiwan sebahagian daripada China.[15]
Setelah
kematian Chiang Kai-shek, Taiwan telah diperintah oleh anaknya Chiang
kai-guo. Semasa pemerintahan beliau
polisi Taiwan telah diubah daripada usaha untuk mendapatkan tanah besar China
kepada pengukuhan ekonomi Taiwan dalam bidang industri. Namun pemerintahan beliau tidaklah lama ia
telah digantikan oleh Lee Teng-hui pada tahun 1988 sehingga tahun 2000.[16] Semasa pemerintahan beliau Taiwan semangkin
hilang pengiktirafan dunia. Perubahan
president Amerika Syarikat daripada Trujman kepada Clington menyebabkan Amerika
mengubah dasarnya dan cuba berhubung dengan China melalui “ strategic Partnership”.[17] Perkara ini ditegaskan oleh Clington bahawa
polisi Amerika untuk menyokong Taiwan akan berkurang dan lebih menerima China.
sehubungan dengan itu, Clington mula bertindak
menapikan Taiwan apabila tidak menyokong usaha Taiwan untuk kearah kemerdekaan,
bahkan tidak menyokong polisi “ satu china, satu taiwan” dan tidak menyokong
penyertaan Taiwan dalam badan PBB. Selain
Amerika Syarikat, China turut menjalinkan hubungan antarabangsa dengan
Negara-negara lain seperti China-Perancis dan China-Rusia pada 1997. Pengiktirafan Taiwan oleh Negara-negara luar
semangkin jelas apabila Afrika Selatan memutuskan hubungan Diplomatik dengan
Taiwan dan menjalin hubungan dengan China pada tahun 1998.[18]
Perkara
ini jelas menunjukan permasalah hubungan yang dihadapi oleh China dan Taiwan
apaila kedua-dua pihak cuba berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan
Negara-negara luar termasuk PBB.
Walaupun awalnya Taiwan lebih banyak Negara yang menyokong perjuangan
KMT, namun pada pengakhir abad ke 20 memperlihatkan China mula mendapat tempat
dimata dunia berbanding Taiwan.
STRATEGIK HARD POWER CHINA KEATAS TAIWAN.
Selepas perang saudara pada 1949, China
terus berusaha untuk mendapatkan Taiwan sebagai wilayah kekuasaanya yang
ke-23. China telah mengunakan kaedah
Hard Power[19]
agar Taiwan bersatu dengan tanah besar China.
Perkara ini menjadi permasalahan hubungan antara Taiwan dengan China
selepas perang saudara tersebut.
Tindakan tersebut menjadi masalah
hubungan antara China dan Taiwan. Setelah China mendapat pengaruh diperingkat
antarabangsa China cuba berusaha untuk mendapatkan semula Taiwan daripada terus
berpisah dari China. strategic Hard Power yang digunakan oleh
china menyebabkan permasalahan hubungan dengan Taiwan semangkin meruncing. China telah mengunakan kuasa ketenteraan bagi
mengatasi ancaman dari Taiwan.
Perkembangan kegiatan ekonomi di Shanghai dan wilyah timur China yang
berdekatan dengan Taiwan dianggap berbahaya oleh China kerana terdedah kepada
serangan dari Taiwan akibat faktor geografi.
Keupayaan China mengembangkan
ketenteraanya melalui penubuhan tentera PLA menyebabkan tekanan keatas
Taiwan. China sering kali melakukan
serangan keatas pulau-pulau berdekatan dengan Taiwan termasuklah pulau Jinmen
dan menakluk beberapa pulau yang dikuasai oleh KMT.[20] Tindakan china yang mengancam Taiwan juga
dapat dilihat melalui latihan peperangan di pulau Fujian yang berdekatan dengan
Taiwan. China telah membina jalan
keretapi dari Xiamen di Fujian ke Yingtan.[21] Tindakan ini meregangkan lagi hubungan
antara China dan Taiwan. Pada tahun
1960-an ancaman China keatas Taiwan berkurang kerana berlaku krisis ekonomi dan
pergolakan dalaman China. perubahan
dasar Amerika juga yang mula berbaik-baik dengan china pada tahun 1971-1972
turut menyumbang kepada pengurangan tekanan China keatas Taiwan.
Pada penghujung abad ke-20 China sekali lagi mengunakan kuasa tentera
bagi mengancam Taiwan. Perkara ini
disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah pertukaran pemimpin, Jiang
Zemin telah mengantikan Deng Xiaoping.[22] Keadaan ini menyababkan sekali lagi Taiwan
diancam apabila China melakukan latihan
ketenteraan secara besar-besar termasuk latihan laut, udara dan darat. Latihan tentera PLA ini adalah bagi memberi amaran kepada
Taiwan sekiranya pihak taiwan memilih untuk merdeka maka China akan serang dan
menakluk Taiwan dengan kuasa tentera.
Hal ini kerana China menentang sebarang usaha untuk memisahkan Taiwan
dari China. selain itu pihak Beijing
telah memperkenalkan undang-undang anti-pemisah.
Beijing
telah meningkatkan lagi tindakan mengandakan aktiviti ketenteraan bagi mengancam
Taiwan dengan menceroboh udara Taiwan pada ogos 1999.[23] Kemarahan Beijing terhadap Taiwan juga dapat
dibuktikan apabila berlaku gempa bumi di Taiwan. China telah mensyaratkan PBB agar mendapat
keizinan terlebih dahulu dari Beijing.
Selain itu, bantuan dari Rusia seperti ubat-ubatan turut tergendala
dihantar ke Taiwan kerana China tidak membenarkan kapal terbang melalui udara
China. bukan setakat itu sahaja, china turut mengancam Taipei dengan menambah
bilangan peluru berpandu jarak jauh dan dekat yang menghala ke Taiwan. pada tahun 1998, 50 buah peluru berpandu
diletakan menghadap Taiwan dan telah meningkat kepada 150 buah pada tahun 1999.[24]
STRATEGIK SOFT POWER CHINA KEATAS
TAIWAN.
Semasa
pemerintahan Deng Xiaoping telah mengubah tindakan keatas Taiwan daripada
mengunakan hard power kepada soft power.[25] Deng cuba berusaha untuk memulihkan hubungan
dengan Taiwan agar dapat membawa Taiwan ke China sebagai wilayahnya setelah
terpisah kesan daripada perang saudara pada tahun 1949. Beijing telah menghantar surat kepada rakyat
Taiwan dengan mengatakan “ kepada rakan senegara sekalian oleh NPC ( kongres
kebangsaan China) pada januari 1979.[26] Deng
juga berjanji kepada Taiwan sekianya berlaku penyatuan antara Taiwan dan China
tiada perubahan sistem yang akan dilakukan keatas taiwan termasuk ekonnomi,
social dan politik.[27]
Naib pengerusi NPC, Ye Jingying
mencadangan konsep “satu Negara, dua sistem” pada September 1981. Setelah itu, pelbagai langkah penyatuan
dilakukan antaranya melalui 3 hubungan ataupun three link berfungi untuk hubungan komersial, pos dan lawatan dan
kedua adalah melalui “empat pertukaran” iaitu petukaran akedemik, ekonomi,
sukan dan kebudayaan.[28] Bagi menjaya penyatuan tersebut Beijing telah
menubuhkan ARATS ( Association For Relation
across Taiwan Straits ) dan Taipei pula menubuhkan SEF ( Strait Exchange Foundation ). Bagi Lee Teng-hui president Taiwan menyambut
baik cadangan tersebut dengan membenarkan rakyat Taiwan melawat ke China dan
menhantar menteri-menteri kerajaan untuk menghadiri persidangan yang dianjurkan
oleh China.[29]
Walau bagaimanapun usaha ini tidak
berhasil akibat beberap faktor antaranya adalah perubahan dasar pentabiran
China. pertukaran president Deng Xiaoing
kepada Jeng Zemin menyebabkan semua kuasa pentadbiran, politik dan ketenteraan
dibawa Jeng. Beliau telah mengunakan
kaedah tradisional iaitu cenderung kearah Konevatif.[30] Perkara ini menyebabkan usaha kearah
penyatuan tidak berlaku. Persidangan Koo-Wang pada 16 Jun 1995 antara
ARATS dan SEF dibatalkan. Selain
itu, tindakan Taiwan yang mengunakan
polisi three no’s iaitu no contrak, no negotiation, dan no
compromise memyebabkan Taipei menolak hubungan perdagangan, udara dan air
dengan Beijing. Perkara ini menyebabkan hubungan antara Beijing dan Taipei
tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kedua pihak.[31]
USAHA PEMBEBASAN DAN KEMERDEKAAN TAIWAN.
Sepanjang
penubuhan kerajaan sosialis Taiwan bermula pada tahun 1949, apabila Chiang
Kai-shek melarikan diri akibat kalah dalam perang saudara pada tahun yang
sama. Setelah itu, Taiwan telah
membentuk identity sendiri yang bertentangan dengan China. pada penghujung abad ke-20 menyaksikan
bagaimana usaha pembebasan Taiwan dilakukan untuk menjadikan Taiwan sebagai
sebuah Negara yang merdeka untuk mengekalkan status quenya.
Pembentukan
Taiwan untuk merdeka dapat dilihat melalui sokongan rakyat Taiwan sendiri. Rakyat Taiwan yang dulu memberi sokongan
kepada parti KMT telah berpaling arah kepada parti DPP yang memperjuangkan
kemerdekaan Taiwan.[32] Perkara ini permasalahan hubungan antara
Taiwan- China apabila rakyat Taiwan memerjuangkan kemerdekaan dari China
selepas perang saudara 1949. Pada tahun
1992 sebanyak 45 % rakyat Taiwan menganggap diri mereka sebagai rakyat
china. walau bagaimanapun peratusan ini
terus merosot pada tahun berukutnya iaitu pada tahun 1994 sehingga 1997,
peratusan rakyat Taiwan yang menganggap diri mereka sebagai rakyat china terus
merosot kepada 41 % kepada 30 %. Lawatan
Koo ke China juga menyebabkan penurunan kepada 12 % sahaja yang menganggap diri
mereka sebagai rakyat china dan pada masa kini hanya 9 % sahaja yang rakyat
Taiwan yang menganggap diri mereka sebagai rakyat China.[33] perkara ini jelas menunjukan riaksi rakyat
Taiwan yang cuba membebaskan Taiwan dan membentuk sebuah Negara yang merdeka. Kemenangan parti DPP yang diketuai oleh Chen
dalam kempen pilihanraya pada 28 september 1998 menyatakan bahawa jika Beijing
tidak mengunakan ketenteraan untuk menyatukan taiwan dan china, maka tiada
gerakan kemerdekaan akan dilakukankan dan sebaliknya.[34]
Sehubungan
dengan itu, ramai cendikiawan dan ahli politik Taiwan cuba berusaha untuk
membentuk identity Taiwan yang berbeza dengan china. Lee Teng hui sebagai ketuai ahli TSU ( Taiwan
Solidarity Union) cuba membentuk identity taiwan dengan mengalakan golongan
muda untuk menulis sejarah dari perprektif Taiwan dan mengunakan sejarah baru
untuk memupuk pelajar agar menerima Taiwan dan menolak china.[35] melalui identity ini akan melahirkan semangat
nasionalis untuk mengekalkan status que taiwan.
KESIMPULAN.
Kesimpulanya, jelas menunjukan
hubungan Taiwan dengan China tidak pernah mencapai sepakat untuk menyelesaikan persengketaan
untuk hubungan dua hala. Kesan daripada
perang saudara adalah satu titik mula persengketaan antara taiwan dan china. persengketaan selepas perang saudara pada
1949 banyak mendatangkan kesan kepada hubungan keduanya pihak. Kedua-dua parti pemerintah iaitu KMT dan PKC
cuba untuk membentuk satu kerajaan sebagai wakil china secara keseluruhannya
iaitu meliputi kawasan tanah besar china dan taiwan. Tindakan China yang
mengunakan dua kaedah hard dan soft power bagi membawa masuk Tiawan untuk menjadi
wilayah yang ke-23 tidak mecapai matlamat apabila kedua-duanya gagal untuk
menarik taiwan. Hubungan china dan
taiwan juga turut dipengaruhi oleh situasi politik dunia luar terutamanya
Amerika Syarikat. Pihak luar turut
menjadikan masalah hubungan antara Taiwan dan China kerana Taiwan cuba untuk
mendapatkan pengaruh dan sokongan Negara lain bagi mengukuhkan kedudukan dan
untuk mengekalkan status quenya.
BIBLIOGRAFI.
1.
Suffian
Mansor, Sejarah China Moden. Penerbit
Universiti Malaya, Universiti Malaya Kuala
Lumpur, 2009.
2. O.
Edmund Clubb, Twentieth Centry China.
Columbia University Press , New York 1967
3.
Kenneth
Scott Latourette, Sejarah China Moden.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1970
4.
A.
J. Grajdanzev, Formosa (Taiwan) Under
Japanese Rule. Pacific Affairs, Vol. 15, No. 3. 1942.
5.
Lung-Chu Chen and Harold D. lasswell, Formosa, China and United Nations :
Formosa in The World Community. St.
Martin’s Press, New York 1967. Hlm 82.
6.
Asmadi
Hassan, Md Nasrudin Md Akhir, Dinamisme
Politik dan Sosiobudaya Jepun, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Asia Timur,
2007
7.
Prof.
Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan
Hubungan Luar. Intitut Pengajian
China Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2004.
[1] Lung-Chu Chen and Harold D.
lasswell, Formosa, China and United
Nations : Formosa in The World Community.
St. Martin’s Press, New York 1967. Hlm 82.
[2] Lung-Che Chen and Harold D.
Lasswell, Formosa, China anD United
Nations. Hlm 82.
[3] A. J. Grajdanzev, Formosa (Taiwan) Under Japanese Rule.
Pacific Affairs, Vol. 15, No. 3. (Sep., 1942). Hlm 311.
[4] Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Penerbit Universiti
Malaya, university Malaya Kuala Lumpur, 2009. Hlm 106.
[5] Suffian Mansor, sejarah china moden. Hlm 124.
[6] Ibid. 175.
[7] Suffian mansor. Sejarah china moden. Hlm 184.
[8] Lung-Che Chen and Harold D.
Lasswell, Formosa, China and United
Nations. Hlm 84
[9]Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Intitut Pengajian China Universiti Malaya
Kuala Lumpur, 2004. Hlm 65.
[10] Lung-Che Chen and Harold D.
Lasswell, Formosa, China anD United
Nations. Hlm 87.
[11] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 63.
[12] Lung-Che Chen and Harold D.
Lasswell, Formosa, China anD United
Nations. Hlm 86
[14] Kenneth Scott Latourette, Sejarah China Moden. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. 1970. Hlm 154.
[15] Asmadi Hassan, Md Nasrudin Md
Akhir, Dinamisme Politik dan Sosiobudaya
Jepun, Jabatan Pengajian Asia Timur Kuala Lumpur:, 2007
[16] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[17] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[18] Ibid. 76.
[19] Hard Power merujuk kepada
tindakan strategic sesebuah Negara yang mempunyai keupayaan dari sudut
ketenteraan yag kuat bagi menuntut dan memaksa Negara lain untuk mengikuti
kehendak Negara tersebut. China telah
mengunakan kaeah ini bagi memaksa Taiwan untuk bersama menyertaan tanah besar
china dengan mengunakan kekerasan iaitu mengunakan kekuatan tentera bagi
mengancam Taiwan agar mengikuti kehendak china.
Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China:
Isu dan Hubungan Luar. Hlm 64.
[20] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell,
Formosa, China anD United Nations.
Hlm 86.
[21] Prof. Madya Obaidellah Mohamad,
China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 66
[22] Ibid. hlm
[23] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 77.
[24] Ibid. hlm 77
[25] Soft Power pula merujuk kepada
satu tindakan memaksa Negara lain tidak secara kekerasan. Menurut Joseph Nye soft power merupakan kuasa
yang datang dari kekuatan ekonomi, nilai dan budaya. Semua tindakan tersebut tampa melibatkan
tindakan ketenteraan. Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 64.
[26] prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[27] Ibid. hlm 67.
[28] Ibid. 76
[29] Ibid.
[30] Ibid.
[31] prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[32] Ibid. hlm 83.
[33] Ibid.
[34] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.