RAZIS KAMARUDIN
(AEE 110048)
PENGENALAN.
St
Augustine dan Voltaire merupakan tokoh yang terkenal dalam mencorakkan
pensejarahan tamadun barat. Walau
bagaimanapun penghasilan karya oleh kedua tokoh ini sangatlah berbeza
termasuklah dari sudut pemikiran, motif,
ilham, dan persoalan pemikiran
pensejarahan.
Nama sebenar St Augustine ialah Aurelius
Augustinus dilahirkan pada 354 masihi di
Thagaste, Afrika Utara.[1] Dari
tahun 413 sehingga 426 beliau telah menghasilkan karya pensejarahan ini di saat
Empayar Rom mengalami kemerosotan.
Empayar Rom mengalami kejatuhan akibat daripada serangan kaum Goth dari
Jerman.[2] Oleh itu beliau menghasilkan karya yang
berunsurkan keagamaan untuk menerangkan mengenai kejatuhan empayar Rom bukanlah
di sebabkan oleh agama kristian. Dua
karya penulisan beliau adalah The
Confessions dan The City Of God. Motif menghasilkan penulisan ini bukanlah
tentang sejarah tetapi menulis karya untuk mempertahankan agama kritian dari
cabaran-cabaran ketika itu, yakni tuduhan terhadap agama kristian yang menjadi
faktor kejatuhan empayar rom.
Voltaire pula adalah seorang sejarawan
yang berasal dari Paris, Perancis. Nama
sebenar beliau adalah Francois Mariearouef yang lahir pada tahun 1691
masihi. Penulisan beliau sangatlah
berbeza dengan penulisan St Augustine kerana penulisan beliau lebih bersifat
secular dan berobjektif. Dua karya
penulisan beliau ialah The Age of Louis
XIV yang dihasilkan pada tahun 1751 dan Essays
On Manners and the Spirit of Nation pada tahun 1756 M. Penulisan beliau menjadi rujukan masyarakat
untuk menentang golongan gereja dan pemerintahan Negara-negara di eropah
terutamanya perancis.
ST AUGUSTINE
SUDUT
PENSEJARAHAN MELALUI THE CONFOSSIONS DAN THE CITY OF GOD.
THE
CONFESSIONS
Penulisan karya confessions mempunyai
ciri-ciri penulisan karya pensejarahan
Melalui karya ini yang memperihalkan kisah hidup St Augustine sendiri.[3] Karya
confessions mempunyai 13 jilid utama,yang boleh di bahagikan kepada dua
bahagian iaitu jilid pertama sehingga
jilid ke Sembilan memperihalkan riwayat hidup beliau sendiri. Manakaa jilid ke 10 hingga 13 memperihalkan
mengenai agama kristian.[4]
Dalam bahagian pertama St Augustine menulis
riwayat hidup beliau sendiri sebelum masuk agama kristian. Antara catatan yang beliau masukan
termasuklah asal usul beliau, termasuk latar
belakang keluarganya. Dalam penulisan
ini beliau menyatakan bahawa ibu beliau bernama Monica seorang yang beragama
kristian dan seorang yang alim, manakala
ayahnya pula bernama Patricius yang mengamalkan agama pagan.[5]
Seterusnya beliau menulis mengenai
perubahan demi perubahan dalam pegangan kepercayaan beliau. Pada peringkat awalnya beliau seorang yang
mengamalkan falsafah Cicero, walaupun
begitu beliau mengatakan bahawa membaca kitab-kitab kristian suatu perkara yang
memboringkan.[6] Selepas ini beliau meninggalkan agama
Cicero lalu mengamalkan fahaman agama Manichaean iaitu gabungan Mazda, Buddha,
Kristian dan Ghostic selama 10 tahun dan setelah tu beliau menjadi seorang
Skeptis.[7] Selepas itu pengisahan hidup St Augustine
adalah melalui penghijrahanya ke Rom, di
situ beliau mula tetarik dengan fahaman Platinus ataupun Neo-Platonisme.[8] Namun apabila beliau berhijrah lagi dari Rom
ke Milan, beliau telah bertemu St Ambrose yakni seorang Biskop Milan. Di Milan St Augustine telah belajar dan
baptize(pasrah) untuk mempelajari ajaran kristian. Selapas sahaja mempelajari ajaran kristian
di Milan, beliau telah dilantik sebagai Biskop di Hippo, Afrika selama 35
tahun.[9]
THE
CITY OF GOD.
Karya The City Of God mengandungi 22 jilid
dan merupakan karya yang berunsurkan keagamaan.[10] Sebagai satu karya agama maka karya ini
ditulis untuk tujuan mempertahankan agama kristian dari kritikan pengamal Pagan
yang menuduh agama kristian adalah factor membawa kepada kemerosotan dan
kejatuhan Empayar Rom.[11] Penulisan karya ini bukan sahaja berunsurkan
teologi, tetapi berunsurkan falsafah sejarah dan politik.
Secara keseluruhan penulisan karya the city
of god adalah mengupas tentang persoalan manusia yang menghadapi dua unsur
kecintaan iaitu cinta kepada Tuhan yang dikenali sebagai Kota Tuhan dan kedua
adalah cinta kepada kuasa yakni Kota Dunia.[12] Perkara ini melambangkan perkara mistik
tentang nilai baik-buruk di kalangan manusia dan malaikat. Kota Tuhan dalam pengkaryaan St Augustine
merujuk kepada institusi gereja.
Manakala Kota Dunia pula St Augustine merujuk kepada pembentukan tamadun
manusia, contoh Kota Dunia dalam penulisan beliau adalah Empayar Rom sendiri.
Menurut St Augustine sejarah manusia adalah
memperjuangkan antara dua kerajaan tersebut sama ada kerajaan tuhan ataupun
kerajaan dunia.
VOLTAIRE
THE AGE LOUIS
XIV DAN THE MANNER S AND THE SPIRIT OF NATIONS.
Manakala Voltaire dalam penulisanya
bertajuk The Age Lious XIV yang
ditulis pada tahun 1751 M mempunyai beberapa motif, antaranya adalah untuk
membebaskan pemikiran masyarkat supaya dapat memperbaiki kehidupan yang lebih
maju. Beliau turut melihat sejarah dunia dari beberapa sudut antaranya
adalah sosialpolitik.[13] Pemikiran beliau sangat bercanggah dengan
pemikiran st Augustine kerana penulisan beliau bukan sahaja mengkaji tentang
politik dalam kegiatan kerajan, tetapi juga melihat dari sudut kegiatan
kerajaan, diplomasi dan peperangan.[14] Beliau bukan sahaja tidak memandang sejarah
secara sempit, tetapi juga ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia yang
menjadi pemisah corak dengan pensejarahan sebelum. Penulisan dalam dua karya pensejarahan ini
adalaeh lebih bersifat saintifik dan logik akal seperti mana dalam karya the
manners and the spirit of nation beliau mengunakan kaedah secular iaitu
penulisan melibatkan aspek masa, persekitaran dan juga logic akal. Perkara ini menyebabkan penulisan dalam karya
Voltaire menolak sekeras-kerasnya penulisan fakta yang berunsurkan mitos dan
lagenda kerana tidak disokong dengan bukti yang kukuh. Melalui perubahan ini penulisan karya-karya
beliau mula mengunakan kaedah metadologi, pendekatan histografi dalam
pensejarahan[15]
PERBANDINGAN
DARI SUDUT IDEA DAN CIRI-CIRI PEMIKIRAN.
Perbandingan dua tokoh pemikir sejarah
st Augustine dan Voltaire dapat dihuraikan melalui sudut idea pemikiran
mereka. Bagi st Augustine idea
pemikiran dalam pensejarahan banyak dipengaruhi oleh kefahaman agama yang
dipelajari oleh beliau sendiri. Beliau
telah menganuti dan memperlajari pelbagai ilmu keagamaan sebelum menganuti
agama kristian, yakni sebelumnya belum telah mempelajari falsafah Cicaro,
Manichaean, skeptic, dan platonisme.[16] Perkara ini menyebabkan idea pemikiran dalam
pensejaran beliau banyak tertumpu dalam bidang keagamaan sebagai contoh dalam
penulisan the confesassion, beliau
banyak mengisahkan perjalanan dan riwayat hidup beliau yang sedang mencari
kebenaran dalam beragama. Perkara ini
jelas mengambarkan bahawa idea penulisan itu muncul dari persoalan agama.
Selain itu dalam penulisan buku beliau
yang bertajuk the city of god juga adalah satu lagi idea pensejarah yang muncul
disebabkan oleh agama kristian itu sendiri.
Kerana kita rujuk secara keseluruhanya idea penulisan buku tersebut
adalah muncul dari persoalan agama kerana buku tersebut adalah satu penyataan
penafian tuduhan oleh agama pagan terhadap agama kristian yang telah dituduh
sebagai penyebab kepada keruntuhan empayar Rom.[17] Sehubungan dengan itu juga idea penulisan the city og god adalah satu idea untuk
menjadi rujukan kepada manusia dalam kehidupan seharian. Dalam pengisahan penulisan tersebut
mengambarkan manusia yang dalam lingkungan dua alam yakni kota tuhan dan kota
dunia. Idea st Augustine dalam kota
tuhan adalah merujuk kepada intitusi agama, yakni mereka yang mengamalkan dan
mengikuti suruhan agama seperti mana terdapat dalam kitab injil maka mereka
akan hidup di kota tuhan. Manakala
mereka yang mempersoalkan dan meragui suruan dalam kitab injil maka mereka akan
hidup dalam kota dunia dan akan menerima siksaan di akhirat. Perkara ini menunjukan bagaimana idea
penulisan pensejarah st Augustine itu dipengaruhi oleh agama kristian.
Berbanding dengan idea pemikiran pensejarah
Voltaire. Idea pensejarah Voltaire
libih berfikiran secara moden dan secular.[18] Perkembangan zaman renaisans menyebabkan
Voltaire terdedah dengan perubahan yang dialami oleh eropah ketika itu. Beliau menyatakan bahawa manusia itu banyak
dipengaruhi oleh interaksi pelbagai factor antaranya adalah iklim, kesuburan
tanah dan corak pentadbiran kerajaan termasuk kegiatan kerajaan, diplomasi dan
peperangan.[19] Perkara ini mengambarkan idea pensejarahan
beliau adalah factor persekitaran ketika itu di eropah. Selain itu idea pensejarah beliau juga turut
dipengaruhi oleh corak kehidupan yang dialami oleh beliau, di mana beliau telah menerima idea akibat
daripada pergaulan dengan golongan cendikiawan seperti Francis Bacon, Isaac Newton, dan William
Shakespears.[20] Hal ini menyebabakan idea pensejarahanya
bersifat secular dan menentang intitusi gereja kerana menganggap kekangan
gereja terhadap mesyarakat eropah ketika itu menyebabkan tiada kemajuan dalam
hidup. Hal ini menyebabkan tercetusnya
idea penentangan terhadap gereja melalui perjuangan beliau dalam kebebasan
beragama dan kebebasan setiap individu.
PERBANDINGAN TEMA DAN PERSOALAN
PEMIKIRAN.
Merujuk kepada tema dan persoalan dalam
pensejaran st Augustine tema dan persoalan pensejarah adalah berkonsepkan
Teologi yakni bersifat ketuhanan seperti mana dalam karya penulisan beliau
dalam the confesassion dan the city of
god. Tema dan persoalan dalam penulisan
tersebut adalah tentang takdir agama kristian adalah agama tuhan. Beliau menganggap mempersoalkan kitab bible
adalah satu kesalahan yang besar yang akan menerima hukan dalam neraka bersama
iblis yang telah menderhaka kepada tuhan.
Persoalan penulisan beliau juga
adalah untuk menerangkan kebenaran agama kristian dari tuduhan dari agama pagan
sebagai contoh the city of god
penulisanya adalah satu persoalan tentang dua pilihan manusia sama ada hidup
dalam kota tuhan ataupun hidup dalam kota dunia.[21]
Manakala Voltaire pula tema dan persoalan
dalam pensejarahan beliau adalah lebih bersifat sejagat kerana tidak mengutama
mana-mana kepentingan bangsa ataupun agama seperti dalam penulisan karya beliau
yang bertajuk essay on the costum and the
spirit of nation. Dalam penulisan
tersebut tema dan persoalan adalah persoalan terhadap penulisan sebelumnya yang
bersifat mitos dan lagenda.[22] Kerana tema dan persoalan utama pensejarahan
beliau adalah bersifat logic dan saintifik yakni sesuatu yang berlaku itu haruslah
mempunyai fakta dan seterusnya diakui dengan bukti-bukti yang sahih untuk
mengukuhkan fakta tersebut. Hal ini
menyebabakan Voltaire menentang dan mengkritik intitusi gereja yang dianggap
tidak logic kerana penulisan oleh paderi-paderi tidak boleh dipersoalan dan
tidak boleh dikritik.[23]
PERBANDINGAN DARI SUDUT KONSEP PENULISAN.
St Augustine dalam pemikiran pensejarahan
beliau konsep yang beliau gunakan adalah ketuhanan dan kerohanian. Perkara ini disebabkan oleh sumber dan
rujukan utama adalah kitab bible ataupun kitab injil. Hal ini menyebabkan konsep penulisan dalam
penulisan karya the confession dan the city of god adalah berkonsepkan
keagamaan sebagai contoh dalam the confession penulisan beliau berkonsepkan
keagamaan melalui pengakhiran beliau sebagai seorang biskop di Hippo. Manakala dalam karya the city of god pula mengunakan konsep sejarah manusia dalam
beberapa tahap iaitu dua tahap dan tiga tahap.
Dalam dua tahap adalah sejarah manusia sebelum dan selepas kematian nabi
Isa as dan tiga tahap pula adalah pembahagian tahap manusia iaitu muda, dewasa
dan tua. Semua ini adalah berkonsepkan
keagamaan seperti mana terdapat dalam kitab injil.[24]
Manakala konsep penulisan pensejarahan
Voltaire pula lebih menumpukan kepada konsep secular dan bersifat
objektif. Dalam karya beliau konsep
penulisan adalah bersifat secular dan bersifat objektif. Perkara ini menyebabakan skop penulisanya
bukan sahaja berkisar di laut mendeteranean tetapi juga meliputi benua-benua
lain seperti china dan india. Selain itu
konsep penulisan beliau juga lebih bersifat objektif apabila pendapat beliau
menyatakan penulisan karya sangat penting untuk rujukan generasi akan datang
seperti mana dalam karya the age of Louis
xiv yang menyatakan sejarah Eropah dari empat nilai yang berharga.[25] Perkara ini menyebabkan bukti dalam sesuatu
perisstiwa adalah sangat penting dalam mengutarakan sesuatu isu, hal ini menyebabkan konsep pensejarahan Voltaire
menolak secara keras sumber ketuhanan seperti wahyu dalam petikan bible sebagai
bukti pensejarahan.[26]
PERBANDINGAN ILHAM PENULISAN.
Manakala dari sudut
ilham penulisan pensejaran pula, st
Augustine memperolehi ilham dalam penulisan beliua adalah keadaan hidup yang
dihadapi oleh beliau. Sepanjang riwayat
hidup beliau banyak ilham datang dari perubahan-perubahan hidup yang dijalankan
oleh beliau sebagai contoh dalam penulisan the
confession st Augustine mendapat ilham penulisan melalui perubahan-perubahan
agama yang dianutinya sebelum berpegang teguh dengan agama kristian. Selain itu beliau bertajuk the city of god mendapat ilham daripada perpecahan masyarakat
akibat daripada kejatuhan empayar rom.[27] Masyarakat yang percaya kepada dewa-dewi mula
mempersalahkan mereka yang menganut agama kriatian kerana tidak menyembah dewa-dewi
yang disembah oleh orang Rom sebelum kedatangan agama kristian.[28] Hal ini menyebabkan ilham beliau adalah untuk menyatakan kebenaran
agama kristian bukan penyebab kejatuhan empayar rom kerana dalam buku the city of god beliau menjelaskan
kejatuhan empayar rom sudah di takdirkan oleh tuhan dan mereka mesti menerima
hakikat itu. [29]
Berbanding dengan Voltaire, ilham penulisan
beliau berdasarkan pengalaman yang beliau hadapi. Sepanjang riwayatnya, beliau pernah menghadapi tuduhan tampa
pembicaraan yang adil sehingga beliau telah dibuang negeri ke England. Sepanjang beliau berada di England
menyebabkan beliau dapat membandingkan keadaan di perancins dan England yang terlalu
jelas perbezaan. Di England beliau
telah mengamati struktur kehakiman dan pentadbiran yang berbeza terutamannya
isu-isu kebebasan manusia dari segi toleransi agama dan demakrasi. Sehubungan dengan itu, ilham penulisan
beliau juga berpunca daripada penelitian terhadap kelemahan karya pensejarahan
lama yang banyak mengisahkan tentang metos dan lagenda. Beliau mula mengkaji kelemahan pensejarahan
awal dan memperkenalkan kaedah baru dalam pensejarahan sebagai contoh dalam
karya essay on the customs and the spirit
of nation, beliau telah mengunakan histografi dan metodologi untuk menolak
unsur mitos dalam pensejarahan dan seterusnya beliau dianggap sebagai
pensejarahan moden kerana mula mengunakan kaedah histografi dan mitodologi
dalam pensejarahan.[30]
PERBANDINGAN DARI SEGI MOTIF
PENULISAN.
Bagi st Augustine motif penulisan utama adalah untuk agama
kristian. Dalam penulisan karya utama
beliau, segala pokok persoalan adalah berdasarkan permasalah keagamaan sebagai
contoh dalam the confission motif
penulisan adalah mengambarkan permasalah dalam mencari agama sebenar iaitu satu
proses memcari pegangan agama yang sebenar.[31]
Sepanjang riwayat beliau telah menganut pelbagai jenis agama dan akhirnya
beliau berpegang dengan agama kristian sehingga terkenal pada hari ini. Dalam karya the city of god motif utama penulisan juga adalah mempertahankan
agama kristian dari tuduhan masyarakat yang menganut agama pagan yang menuduh
agama kristian menjadi punca kejatuhan empayar Rom.[32]
Manakala motif penulisan Voltaire pula
adalah untuk kebebesan masyarakat dari terikat dari intitusi gereja. Hal ini mengambarkan kepada kita bahawa motif
penulisan beliau adalah menentang dan mempersoalkan institusi gereja melalui
beberapa tuduhan seperti menyatakan bahawa gereja telah mengonkong masyarakat
eropah pada zaman gelap yang mengakibatkan kemunduran hampir seribu tahun
dialami oleh mereka.[33] Perkara ini jelas menunjukan perjuangan
bermatia-matian untuk membebaskan psikologi masyarakat eropah dari belengu
agama kristian sehinggakan Voltaire sendiri telah melambangkan perjuangan
dengan cogan kata “ hancurkan perkara yang hina ini”.[34] Hakikatnya semua ini adalah untuk menentang
golongan gereja terutamanya paderi-paderi yang banyak menulis karya untuk
mempertahankan kedudukan mereka.
PENUTUP
Secara keseluruhanya, dapat kita mentafsirkan perbandingan pemikir
sejarah st Augustine dan Voltaire adalah sangat berbeza. Perbezaan penulisan pensejarahan ini secara
tidak lansungnya adalah berkitar berdasarkan kronologi masa dan waktu yang
sentiasa mengalami perubahan terhadap corak kehidupan manusia. walaupun perbezaan yang sangat jelas, namun
kedua-dua tokoh ini sangatlah berpengaruh kepada masyarakat eropah pada era
masing-masing. Pada era zaman
pertengahan menunjukan kepada kita pengaruh st Augustine yang sangat popiler
dan setelah era moden berlaku di eropah pengaruh pemikiran beralih pula kepada
Voltaire. Hal ini menunjukan bahawa perbandingan antara dua tokoh utama ini dari
pelbagai sudut termasuk dari segi motif, ilham, konsep dan ciri penulisan yang
sangat berbeza. Melalui perbezaan ini
kita dapat mentafsirkan perubahan pemikiran pensejarahan sehingga kini.
JABATAN SEJARAH
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Abdullah. Wacana Falsafah Sejarah Dari Perspektif Barat Dan Timur. Utusan Publication & Disribucation SDN
BHD, 2000.
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayidin Yahya.
Sejarawan Dan Pensejarahan, Ketokohan
Dan Karya. Dewan Bahasa Dan
Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia, kuala lumpur 1988.
J.W. C. Wand.
St Augustine’s The City Of God.
Oxford University Press, London 1963.
R.A Markus, Seaculum: History And Society In The
Theology Of St Augustine. Cambridge At The University Press, 1970.
Jacobs Eva, Voltaire Zaire. Hodder and Stoughton,
London 1973.
Russell Bertrand,
Sejarah Falsafah Barat. Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur 1993.
Muhd. Yusof Ibrahim, Aspek Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Kementerian Pendidikan Malaysia, kuala lumpur 1991.
[1] Muhd. Yusof Ibrahim dan
Mahayudin Haji Yahya. Sejarahwan Dan
Pensejarahan, ketokohan dan karya. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala lumpur, 1988. Hlm 91-92.
[2] Ibid. hlm 27.
[3] Ibid. hlm 94
[4] Ibid.
[5] Ibid. 94-95
[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat
Dan Timur. Utusan Publications And Distributors, 2000. Hlm 21.
[7] Ibid.
[8] Ibid.
[9] Ibid.
[10] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Dunia Barat.
Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Kementerian Pendidikan Malaysia, kuala lumpur,
1991. Hlm 30.
[11] Ibid hlm 22.
[12] Ibid.
[13] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia
Barat. Hlm 103.
[14] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan
Timur. Hlm 27.
[15] Ibid.
[16] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan
Timur. Hlm 21.
[17] Russell Bertrand, Sejarah
Falsafah Barat. Dewan Bahasa dan
Pustaka, kuala Lumpur 1993.hlm 427-429.
[18] Abdul Rahman Haji Abdullah,
Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Hlm 27
[19] Jacobs
Eva, Voltaire
Zaire. Hodder and Stoughton, London 1973.hlm 8.
[20] Abdul Rahman Haji Abdullah,
Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur. Hlm 27
[21] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Dunia Barat.
Hlm 31.
[22] Ibid. hlm 90.
[23] Ibid. hlm 93.
[25] Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan
Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Hlm 103
[26] Ibid.
[27] R.A Markus, Seaculum:
History And Society In The Theology Of St Augustine. Cambridge At The
University Press, 1970. Hlm 51.
[28] J.W. C. Wand. St
Augustine’s The City Of God. 1963. Hlm 37.
[29] R.A Markus, Seaculum:
History And Society In The Theology Of St Augustine. Cambridge At The
University Press, 1970. Hlm 184.
[30]
Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur.
Hlm 27.
[31] J.W. C. Wand. St Augustine’s The City Of God. Oxford
University Press, London 1963. Hlm 367.
[32] R.A Markus,
Seaculum: History And Society In
The Theology Of St Augustine. Cambridge At The University Press, 1970.
Hlm 45.
[33]
Muhd Yusof Ibrahim, Aspek dan Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Hlm 96
[34]
Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan