FAKTOR-FAKTOR
PENGUKUHAN KERAJAAN JOHOR PADA ABAD KE 17 MASIHI.
PENGENALAN
Kerajaan
Johor terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi pintu laluan
untuk masuk ke selat Melaka. Sebelum
Johor di bawa empayar kesultanan Melaka pada
abad ke 15 masihi Johor pernah menjadi jajahan takluk dua kerajaan besar di Nusantara iaitu kerajaan Srivijaya
di Palembang dan Majapahit di Jawa. Namun
Pada tahun 1509 masihi pertugis yang telah bertapak di Goa, telah menghantar satu
rombongan ke Melaka. Rombongan tersebut
yang di ketuai oleh Diego Lopez d` Sequeira
cuba untuk mencari inesiatif bagi mendapatkan Melaka.[1] Walaupun
mereka mengunakan alasan dengan cara hanya untuk berdagang tetapi hakikatnya
mereka mencari jalan untuk mendapatkan Melaka kerana tertarik dengan kelebihan
yang terdapat di Melaka. Perkara ini diketahui oleh sultan Melaka yakni Sultan
Ahmad Shah ketika itu lalu mengarahkan agar di tangkap saudagar-saudagar
portugis tersebut, namun Diego Lopez dapat meloloskan diri dan kembali semula
ke Goa.
Setelah itu pertugis telah mula mengatur
rentak bagi menyerang Melaka.Semasa serangan pertugis yang dipimpin oleh Alfonso
d`Albuquerque Pada tahun 1511 masihi menyebabkan kekalahan
Melaka walaupun beberapa siri
pertempuran beraku namun pertugis yang mengetauhi kelemahan melaka menyebabkan kota Melaka ditawanpada 25 Ogos 1511 masihi.[2] Hal ini mengakibatkan sultan Mahmud serta
puteranya Sultan Ahmad shah dan para pembasarnya telah berundur ke pagoh
kemudian ke muar dan Pahang. Setelah itu, mereka berundur lagi ke Bentan yang
terletak di kepulauan Riau dan membina kota di situ, serta menyusun kembali kekuatan
tenteranya bagi mendapatkan semula Melaka dari pertugis.[3]Sultan
Mahmud telah melancarkan beberapa seri serangan ke atas Melaka bagi mendapatkan
semula Kota Melaka dari pertugis. Namun begitu, semua serangan yang dilakukan
itu telah mengalami kegagalan, sehinggalah pertugis menyerang Bentan dan mengalahkan
pertahanan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud
kemudiannya terpaksa berundur ke Kampar di sumatera dan meninggal dunia disana
dan di gelaran Sultan Marhum Kampar. Waris baginda Raja Ali[4]
telah diangkat menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat shah II, baliau
telah mengawini puteri bendahara Pahang iaitu Puteri Kasuma Dewi semasa berada
di Pahang.[5] Sultan Alauddin Riayat Shah telah kembali
semula ke Johor bersama pengikutnya. Seterusnya, Sultan Alauddin Riayat Shahtelahmembina
Kota yang terletak di Tanjung Batu. Kota tersebut telah ditambak dengan batu dan
akhirnya dikenali sebagai Kota Johor Lama.[6]
Pada abad ke 16 masihi johor sentiasa sibuk
mempertahankan kedaulatanya kerana menjadi sasaran dua kuasa kuat ketika itu,
yakni pertugis yang telah menawan kota Melaka dan kerajaan Aceh yang baru
muncul di sumatera,setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 masihi. Hal ini menyebabkan kerajaan Johor sentiasa
terancam oleh dua kuasa ini, walaupun begitu Johor tetap berusaha dalam
mempertahankan negerinya.Namun keadaan
ini telah berubah pada penghujung abad
ke 16 masihi, apabila muncul satu lagi kuasa eropah di Batawi iaitu Belanda. Belanda yang telah membebaskan diri dari
kekuasaan raja pillips sepanyol mula mengiatkan diri dalam bidang perdagangan
di asia khususnya selat Melaka.
kemunculan Belanda di Bitawi membawa perubahan basar kepada kerajaan Johor
dan akhirnya hubungan antara Johor dan Belanda termetrai serta bermulanya
kebangkitan Johor seiring dengan kemunculan Belanda di selat Melaka pada abad
ke 17 masihi.
FAKTOR-FAKTOR
PENGUKUHAN KERAJAAN JOHOR PADA ABAD KE 17 MASIHI.
KEKALAHAN
PERTUGIS DI MELAKA.
Semasa pemerintahan sultan Johor yang ke
tujuh iaitu Sultan Abdul Jalil shah(, baliau telah memberi tawaran kepada
Belanda untuk menyerang Kota Melaka apabila serangan pertamanya mengalami
kegagalan.[7]Setelah itu Belanda bersetuju meneriman tawaran
disamping bagi mengatasi dan mengimbangi kuasa pertugis yang mempunyai kota
pertahanan yang kukuh. Kepungan telah dilakukan oleh oleh Belanda dan sekutunya
Johor pada 2 Ogos 1640 dan akhirnya kota Melaka di tawan pada 14 Jenuari 1641
masihi.[8]Kejayaan
belanda dan johor memusnahkan empayar Portugis di Melaka memberi peluang kepada
johor mengukuhkan kedudukanya di selat Melaka pada abad ke 17 masihi.Setelah Portugis
dapat dikalahkan maka Johor telah bebas dari ancaman dan serangan dari
Melaka. Sebelum Portugis di kalahkan oleh Belanda atas bantuan
kerajaan Johor, kerajaan Johor sentiasa diserang oleh Portugis kerana
menganggap Johor adalah saingan dalam kegiatan perdagangan di selat Melaka,
selain itu pertugis sering menyerang johor kerana takut johor akan muncul
sebagai satu lagi kuasa ketenteraan di selat Melaka yang akan mengugat
kedudukanya di Melaka.[9]kekalahan
pertugis menyebabkan Johor dapat menyusun semula sistem politik dan
ekonominya pada abad ke 17masihi.
Politik dan ekonomi Johor semangkin berkembang
apabila Portugis di kota Melaka telah ditewaskan dan diambil ahli oleh Belanda. Politik kerajaan
Johor semangkin kukuh dan stabil apabila
tiada lagi serangan yang dilakukan oleh Portugis seperti mana sebelum abad ke
17, Portugis sering kali menyerang kerajaan johor yang mengakibatkan politik
kerajaan johor sentiasa kucar-kacir
kerana kota pemerintahan kerajaan johor sering dimusnahkan dan berpindah
ke kawasan lain ini mengakibatkan johor tidak berkembang. Kekalahan pertugis dapat mengembangkan lagi ekonomi Johor pada
abad ke 17 dimana ekonomi johor telah
berkembang di selat Melaka kerana johor telah menjadi tumpuan pedagang
disamping tiada lagi ancaman dari pertugis di
Melaka, keadaan ini menyebabkan
pengukuhan kerajaan Johor.
Ekonomi
johor juga berkembang apabila kelebihan yang diberikan oleh belanda di Melaka.setelahmembantu
belanda untuk mengalahkan pertugis.Belanda memberi kelebihan kepada johor
kerana mengenang budi kerajaan johor dalam membentu menewaskan pertugis.Seperti
mana surat yang ditulis oleh gabenor jeneral Antonio van dieman pada 23
disember 1643 masihi yang menyatakan behawa Belanda harus mengenang budi Johor
yang banyak membantu dan menakluk kota Melaka kerana tampa bantuan dari johor
meraka tidak akan menawan kota Melaka yang mempunyai kota pertahanan yang kukuh
yang diutus kepada Heeran XVII di belanda ketika itu.[10]Kelebihan
tersebut tidak diberikan kepada pedagang yang datang bedagang ke Melaka, hal
ini menyebabkan johor dapat mengukuhkan kedudukanya pada abad ke 17.
Kekalahan pertugis di Melaka juga,
menyebabkan johor dapat meluaskan lagi empayarnya ke selat Melaka, sebelum kekalahan portugis pada tahun 1624
masihi telah ditandatangani satu
perjanjian diantara johor dan belanda sebelum menawan kota Melaka yang menyatakan
bahawa sekiranya Portugis dapat dikalahkan Melaka akan menjadi milik belanda
menakalah johor dapat meluaskan empayar disekitar Melaka iaitu tanah melayu
disamping itu harta rampasan perang akan dibahagi dua dan Mariam pertugis akan
diserahkan kepada johor.[11]Jelas
menunjukan kekalahan pertugis di Melaka menyebabkan pengukuhan kerajaan johor
pada abad ke 17 masihi. Walupun Melaka tidak menjadi milik johor namun ia dapat
menguntungkan kerajaan johor untuk menjaga kepentinganya di selat Melaka. kekalahan pertugis nyata membawa kepada
pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masishi.
KELEMAHAN
KERAJAAN ACEH
Kemunculan
kerajaan Aceh seiring dengan kejatuhan kerajaan Melaka ketangan Pertugis pada tahun
1511masihi, menyebabkan Aceh muncul
sebagai kuasa baru diselat melaka. Kerajaan Aceh yang diasaskan oleh Sultan Ali
Mughayat Syah,telah berkembang begitu
cepat dalam perdagangan di selat Melaka kerana menjadi tumpuan perdagangan dari
asia barat yang tidak lagi singgah kepelabuhan Melaka kerana Melaka telah jatuh
ketangan orang kristian.[12]Hal
ini menyebabkan Aceh telah muncul sebagai pusat perdagangan baru kerana menjadi
pusat persinggahan orang islam yang tidak singgah lagi ke Malaka.[13]Sehinggalah
zaman kegemilangan kerajaan aceh pada tahun 1607-1636 yang di perintah oleh
sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Kelemahan
kerajaan Aceh bermula pada penghujung abad ke 16 masihi setelah kemangkatan sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam pada 22 disember 1636 masihi.
Pentadbiran kerajaan diterajui oleh menantu baginda iaitu Raja Mughal
yang merupakan Putera Sultan Ahmad yang berasal dari Pahang dengan gelaran
sultan Iskandar Thani.[14]Namun Kelemahan kerajaan aceh telah bermula semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam lagi. Semasa serang balas oleh
pertugis pada tahun 1629 masihi dalam perang tiga segi menyebabkan kekalahan
teruk keatas Aceh, dalam perang tersebut seramai 19 000 tentera aceh telah
terkorban dan menenggelamkan kesemua kapal perang aceh.[15]
Kerajaan Johor telah mengabil kesempatan untuk
mengukuhkan kedudukanya kerana kerajaan Aceh pada masa itu tidak lagi
mengunakan kuasa ketenteraan untuk meluaskan empayarnya, perkara ini sebabkan
oleh sultan Iskandar Thani merupakan seorang yang berpengetauhan
agama dan warak. Dimana baliau tidak mengalakan aceh untuk berperang
sehinggakan aceh tidak tegas dalam bidang ketenteraan.[16]Peluang
Johor untuk mengukuhkan kedudukanya pada abad ke 17 masihi semangkin cerah
apabila kerajaan Aceh diperintah oleh para Ratu, yakni balu isteri sultan aceh.
Kemangkatan Sultan Iskandar Thani menyebabkan tampuk pemerintahan kerajaan dipegang
oleh isteri baliau, iaitu Puteri Safiatuddin,
dengan gelaran Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah.[17]
Keadaan
ini menyebabkan berlaku konplik dalam politik kerajaan aceh kerana ramai para
Ulama di Aceh tidak bersetuju wanita sebagai ketua kerajaan Hal ini disebabkan
oleh bertentangan dengan syarat islam. Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh
johor untuk mengukuhkan kedudukanya kerana aceh telah lemah dan tidak lagi menjadi
ancaman kepada kerajaan johor disamping itu johor juga dapat mengulangi zaman
kegemilanganya semasa di Melaka, hal ini kerana musuh musuh tradisi(perang tiga
segi) johor telah mula menunjukan kelemahan setelah sekurun lebih mengancam Johor.[18]
Disamping itu juga kesibukan Orang–orang
kaya Aceh dengan kegiatan dalam istana
menyebakan kelemahan kerajaan Aceh terhadap dasar luarny. Peranan orang kaya aceh diistana mula tidak cekap
kerana sibuk berusaha untuk mengekalkan kekuasaan mereka keatas mahkota
aceh, daripada untuk meluaskan lagi
sempadan kekuasaan aceh.Perkara ini memberi peluang kepada johor untuk
meluaskan empayar ekonomi dan politiknya.Dimana johor tidak lagi mempunyai
halangan-halangan dari kerajaan Aceh. Tampa halangan dari Aceh menyebabkan kerajaan johor muladapat berfungsi dengan
lebih cekap seperti zaman sebelumnya dan mula mengembangkan kegiatan
perdagangan antarabangsa di pelabuhannya.[19]Perkara
ini jelas menunjukan setelah kelemahan
aceh pada pengabad ke 17 masihi menyebabkan pengukuhan kerajaan johor.
HUBUNGAN
DENGAN BELANDA
Belanda
yang mula bertapak di bitawi[20]
di sumatera pada penghujung abad ke 16 masihi telah mula bersaing dalam kegiatan
perdagangan diselat Melaka.Belanda telah menjalin hubungan dengan kerajaan johor
melalui perdagangan dan ketenteraan dimana wakil seorang pegawai belanda yang
bernama Laksamana Jacob van Heemskerck telah datang ke johor yang berkerajaan
di batu sawar.[21]Hubungan
dengan belanda banyak membawa kepada pengukuhan dan kestabilan kerajaan johor
pada abad ke 17 masihi. Melalui hubungan
dengan belanda, johor dapat lagi
mengembangkan ekonominya tampa gangguan dari pertugis di Melaka sebelum di
tewaskan dan mengurangkan ancaman aceh
pada tahun 1641 masihi.
Selain itu, perhubungan dengen belanda dapat
menjamin keselamatan johor dari ancaman pertugis, hal ini di buktikan sewaktu
angkatan perang pertugis mengepung batu sawar pusat pentadbiran kerajaan johor,
sultan johor ketika itu ialah Sultan Alauddin(1528-1564) telah memintah bantuan
ketenteraan dari Belanda. Akibatnya portugis berundur dari meneruskan serangan
keatas johor setelah mereka ketahui Johor telah membuat hubungan dengan belanda.[22]
Melalui
hubungan dengan belanda, sultan Alauddin juga dapat menyekat kemaraan dan
ancaman kerajaan aceh di sekitar kawasan naugan kerajaan johor, dikukuhkan lagi
dengan membenarkan belanda membina kota dan kubu di johor terutamanya di batu
sawar.[23]Perkara
ini menyebabkan serangan dari luar yang mengancam kerajaan johor dapat
dikurangkan kerana belanda mula menempatkan tenteranya di perairan Johor.perkara
ini menyebabkan johor tidak mudah di cerobohi oleh mana kuasa terutamanya
portugis di Melaka dan Aceh di sumatera.
Hubungan dengan belanda mengukuhkan lagikedudukan
kerajaan johor setelah kota Melaka di
tawan oleh belanda, melalui perhubungan dengan belanda johor dapat
mengembangkan ekonominya di selat Melaka tampa gangguan mana-mana kuasa.
Kerajaan belanda yang mengenang budi baik johor dalam membantu untuk menewasan
portugis di beri kelebihan dalam kegiatan perdagangan, dimana johor diberi
kelebihan berdagang di pelabuhan Melaka berbanding pedagang dari
luar.Melalui perjanjian pada tahun 1642
masihi diantara johor dengan belanda ada
menyatakan mengenai kebebasan cukai terhadap barangan keluaran johor yang dibawah
masuk ke zon bebas cukai di Melaka, hal ini menyebabkan pengeluaran hasil bumi
bertambah akibat dorongan bebas cukai tersebut serta mengalakan lagi penduduk
tempatan untuk meningkatkan hasil keluaran.[24]Perkara
ini mendorong kepada perkembangan ekonomi kerajaan johor di samping johor dapat
mengembangkan ekonominya sendiri, ini jelas menunjukan melalui hubungan dengan
belanda johor dapat mengukuhkan kedudukanya pada abad ke17 masihi.
PERANAN
ORANG LAUT.
Suhubungan
dengan itu, faktor yang membawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke
17 masihi adalah disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh orang laut.
Walaupun orang laut menduduki heirarki yang keempat dalam masyarakat, namun
mereka memberi sumbangan begitu besar begi kerajaan johor. orang laut yang mendiami kepulauan dan persisir pantai di johor
terdiri dari pelbagai suku antaranya suku bentan dari pulau bentan, suku mapper
dari pulau lingga, suku bulang dari pulau bulang, dan suku galang dari pulau
galang dan separuh suku orang laut tinggal di pulau singapura termasuklah suku
bulo,bakaka, kilang, timiang, mnau, dan boya.[25]
Kemahiran yang tinggi diatas permukaan laut
menjadi kelebihan kepada orang laut yang tidak dimiliki oleh orang lain ketika
ini, menjadikan mereka orang penting dalam pelbagai kegiatan termasuklah
ketenteraan.
Selain daripada itu, orang laut juga
mempunyai kemahiran dan kelebihan tersendiri mengikut suku antaranya bagi suku bentan, meper dan galang
merupakan pahlawan yang handal, meraka
menjadi penting dalam angkatan perang kerajaan johor dalam
mempertahankan negeri dari serangan dan ancaman dari pihak luar.[26]Kemahiran
tinggi dalam mengedalikan kapal menjadikan angkatan perang johor yang
kuat.Manakala suku matang pula memilikai kapakaran dalam membuat senjata serta
menjadi tukang besi dan suku ladi pula mempunyai kemahiran dalam pertukangan
kayu.[27]Kelebihn
yang dimiliki oleh orang laut menjadi nadi kepada pengukuhan kerajaan johor
pada abad ke 17 masihi.
Dalam
kegiatan ekonomi orang laut memainkan peranan penting untuk meningkatkan
kegiatan perdagangan di pelabuhan Johor.orang laut yang memainkan peranan
mengalakan pedagang singgah kepelabuhan johor dimana keselamatan pedagang akan
dijaga oleh orang laut jika singgah ke pelabuhan johor serta orang laut
sentiasa berusaha agar pedagang tidak mengadakan urusan perdagangan dengan
saingan kerajaan Johir.[28] Disamping itu orang laut juga memainkan
peranan mengawal laluan perdagangan di sekitar perairan johor,melalui kawalan
ini orang laut dapat mengawasi semua pergerakan kapal.[29]
Di sampang itu kegiatan yang dijalankan oleh
orang laut terutamanya mengumpul hasil-hasil laut seperti mengutip trepeng, memugut tumbuhan
laut (agar-agar) dan kulit penyu yang penting untuk perdagangan dengan cina.[30]Selain
itu mereka juga menari hasil-hasil hutan untuk dijadikan tikar kajang. Kebolehan mereka ini menyebabkan kegiatan ekonomi johor berkembang.
Sehubungan dengan itu kesetian orang laut
juga terhadap keturunan raja dari Srivijaya menjadi sebeb kepada pengukuhan
kerajaan johor pada abad ke 17 masihi, perkara ini dibuktikan setelah
kemangkatan sultan Mahmud mangkat dijulang pada tahun 1699 M menyebabkan orang
laut mengutuk pembunuhan tersebut dan tidak menumpahkan taat setia kepada
sultan dari keturunan bandahara.
Sehinggalah kemunculan Raja Kecil[31]
yang mengaku sebagai anak kepada Sultan Mahmud mangkat dijulang.
KEDUDUKAN
STRATEGIK
Kemunculan kerajaan johor pada abad ke 17
masihi adalah disebabkan oleh faktor kedudukan geografinya sendiri, jika
kemunculan kerajaan Melaka pada abad ke 15 masihi adalah dsebabkan oleh
kedudukan Melaka yang terletak ditengah-tengah laluan di selat Melaka, johor juga muncul kerana kedudukanya yang
terletak dipintu untuk masuk ke selat Melaka.
kedudukan johor yang terletak di pintu untuk memasuki selat Melaka
menyebabkan kedudukan johor strategik dalam pelbagai bidang terutamanya
perdagangan. Pedagang dari timur mesti
melalui perairan Johor sebelum memasuki selat melaka.Disamping itu keadaan
semulajadi johor yang dikelilingi oleh pulau sesuai untuk di jadikan pelabuhan
persinggahan untuk perdagangan.
Pembinaan
pelabuhan yang baik kerana terlindung oleh tiupan angina monsoon timur dan
barat daya juga antara faktor kemunculan johor pada abad ke 7 masihi.Tiupan
angina monson yang bertiup mengikut musim menyebabkan para pedagang mencari tempat
pelabuhan yang sesuai agar tidak menghadapi bahaya.Mereka mencari pelabuhan
untuk persinggahan dan menanti pertukaran arah angin untuk meneruskan pelayaran
semula.Oleh kerana kedudukan sungai johor yang terlindung dari ancaman bahaya
pukulan angin monson di samping banyak pulau-pulau di sekitar kerajaan johor
menyebabkan para pedagang tertumpu ke johor.hal ini banyak membantu
perkembangan kerajaan johor. Akibat menjadi tumpuan pedagang menyebabkan
ekonomi kerajaan johor berkembang seterusnya mengukuhkan kerajaan johor pada
abad ke 17 masihi.
Perairan
kerajaan johor yang mempunyai kedalaman terutamanya di persisir sungai johor
menyebabkan johor menjadi tumpuan pedagang, kerana perairanyang cetak dan dalam
menyebabkan kapal-kapal besar tidak mengalami masalah untuk berlabuh di
pelabuhan.Hal ini menyebabkan johor menjadi tumpuan saudagar dari cina yang
memiliki kapal dagang yang besar.
PERANAN
PEMERINTAH
SULTAN
Raja
atau sultan memainkan peranan dalam intitusi kerajaan melayu kerana sultan
adalah jantung kepada sesebuah kerajaan.
Dalam konteks kerajaan melayu, kerajaan tidak akan wujud jika tiada
pemerintah yakni raja. Walaupun kerajaan
telah dihancurkan dan dimusnahkan namun jika raja berkenaan masih hidup selagi
itulah kerajaan tersebut masih wujud. Dalam konteks negeri johor, walaupun
seringkali pusat pemerintahan dimusnahkan dan dibakar oleh pertugis dan aceh
namun hanya sekelip mata sahaja sultan mendirikan kerajaan semula ditempat lain. Buktinya semasa pemerintahan sultan Ali
Jalla Abdul Jalil[32]
Sultan Abdul Jalil Syah III(
1623-1677)
Sultan Alauddin Riayat Syah III yang
memerintah Johor pada tahun 1623 sehingga tahun 1677 masihi telah memainkan
peranan penting dalam pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi.[33] Beliau yang bijaksana telah menandatangani perjanjian dengan Belanda
untuk menyerang Portugis di Melaka. Akhirnya pada julai 1640, baginda telah
menhantar angkatan perang sebanyak 40 perahu dengan 1 500 askar melayu yang
dipimpin oleh anak laksamana yakni Sri Bija Diraja. Setelah kekalahan portugis, beliau telah
mewujudkn kekuasaan Johor yang luas diluas dan jelas dibawah empayar Johor
seperti sungai Kampar, penagi, klang, siak, unggaran, bengkalis, pulau-pulau
karimunan, bulang, lingga dan pulau-pulau di sekitar singapra. Selain Raja-raja dari kepulauan sekitar johor
telah bernaung dibawah pemerintahan sultan Abdul Jalil Syah.Perkara ini
menunjukan baliau memainkan peranan penting dalam pengukuhan kerajaan johor
pada abad ke 17 masihi.[34]
LAKSAMANA
Laksamana
mamainkan peranan penting dalam mengukuhkankedudukan negeri johor pada abad ke
17 masihi. Laksamana yang bertindak sebagai ketua angkatan perang dalam
mempertahankan negeri johor dari serangan musuh dan menjaga perairan johor dari
lanun banyak membantu dalam mengukuhkan kedudukan johor pada abad ke 17 masihi dan akibat sumbangan baliau diberi gelaran
paduka raja yang diberikan oleh sultan yang mempunyai taraf dengan bandahara.[35] Jasa paduka raja dalam membangunkan kerajaan
johor begitu banyak sehingga rakyat menyanjung baliau diantara sumbangan baliau
adalah mengebalikan maruah Johor apabila tewas kepada Jambi, namun akhirnya
paduka Raja telah menewaskan Jambi. Selain itu paduka Raja yang berperan dalam
segala kegiatan dalam negeri termasuk hubungan dengan luar.Ini termasuk dalam
berurusan dengan belanda mengenai kepentingan kedua belah pihak.
MAJLIS ORANG KAYA
Sehubungan dengan itu majlis orang kaya
turut memainkan peranan dalam politik kerajaan johor dimana majlis orang kaya yang terdiri
daripada bandahara, paduka raja, tuk
pikrama, laksamanan, temenggung, sri bija diraja, sri mahawangsa, paduka sri
maharaja, dan maharaja indera mara danda.[36]Orang
kaya berperanan penting diistana dalam pelbagai bian termasuk menjdi penasihat
kepada raja.Orang kaya turut memainkan peranan dalam pentadbiran kerajaan johor
terutamanya dalam bidang hubungan dengan kerajaan luar, dibuktikan dengan
kedatangan pegawai belanda ke johor yang mendapat sambutan orang kaya johor yang terpenting di balai.[37]Ini
menunjukan orang kaya johor memainkan peranan penting dalam membantu sultan
mentadbir kerajaan disamping itu orang kaya juga memainkan peranan sebagai
pengiring sultan bila memgunjungi sebuah negeri.
DAULAT
Faktor
yang membawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi adalah
faktor daulat.Daulat kesultan johor adalah warisan dari kesultanan sultan
Melaka dimana raja yang berdaulat yang berasal dari bukit siguntang.kesultanan
melayu adalah warisan keturunan yang berwibawa dan berkuasa, ia dikaitkan
dengan Raja Zulkarnain sampailah ke Raja Sulan.[38]Seterusnya
raja sulan mempunyai tiga orang putera dan telah datang ke bukit Si Guntang
Mahameru. Setelah itu dua dari puteranya
telah mengawini penduduk tempatan yang mendiami tempat tersebut iaitu Wan Empuk
dan Wan Malani, namun seorang dari putera raja sulan yakni Nila Utama dengan
gelaran Sang Sapurba sulit untuk mendapatkan isteri kerana setiap wanita yang
baliau kawini akan kedal, sehinggalah isterinya yang keempat puluh.[39]
Puteri
yang baliau kawini adalah peteri seorang pemerintah kerajaan Palembang iaitu
Demang Lebar Daun. Sebelum baliau memperisterikan wan sendari satu perjanjian
telah dimenterai oleh sang sapurba dengan demang lebar daun. Perjanjian
tersebut menyebutkan bahawa demang daun yang mewakili rakyat tidak sesekali
akan menderhaka kepada sang sapurba sehinggalah sampai keanak cucu mereka,
sekiranya mereka derhaka maka bala akan datang menimpa dan sebaliknya pula
yakni sang sapurba yang mewakili pemerintah, baginda dan zuriatnya tidak akan
melakukan aniaya kepada demang lebar daun(rakyat) .[40]maka
disini bermulanya konsep daulat, dimana rakyat tidak sesekali melangar perintah
raja.
Melalui konsep daulat raja-raja melayu
dapat mengukuhkan kedudukanya, ia bermula dengan kerajaan melayu dipalembang
sehingga ke Melaka dan seterusnya ke johor.
penduduk tempatan khususnya orang laut tetap menumpahkan taat setia
kepada raja dari keturunan bukit si guntang mahameru. Perkara ini dibuktikan
selepas abad ke 17 masihi semasa sultan johor dari keturunan Melaka mangkat,
kerajaan johor diperintah oleh golonan bandahara kesan daripada itu orang laut
mula tidak setia kepada raja kerana menganggap sultan seterusnya tidak memiliki
daulat. Boleh dikatakan orang laut hanya
setia kepada raja yang berdaulat yang berketurunan dari bukit siguntang.Perkara
ini juga dapat dibuktikan apabila kemunculan kecil yang mengaku sebagai waris
dari sultan Mahmud, maka orang laut telah menumpahkan taat setia kepada raja
kecil dan masa itu raja kecil dapat menewaskan kerajaan johor yang diperintah
oleh golongan bandahara atas bantuan orang laut yang begitu bersungguh-sungguh
untuk pemerintah yang berdaulat.
Melalui
konsep daulat juga kerajaan johor dapat mengukuhkan keduduknya. Semasa pertugis mengalahkan sultan Mahmud
Shah dan anaknya sultan Ahmad Ahah, kerajaan aru ketika itu cuba membelot kuasa
kerajaan Pasai. Pemerintah pasai ketika
itu meminta perlindungan dari pertugis setelah tidak diterima maka ia kembali
kepada sultan Mahmud di bentan, Baliau
telah dikawinkan dengan puteri sultan Mahmud dan dihantar semula ke Aru diiringi
oleh angkatan perang sultan Mahmud.[41]Ini
jelas menunjukan bahawa Daulat[42]
kesultanan johor dapat mengukuhkan mengukuhkan kedudukanya melalui kesetian
rakyat.
TAAT
SETIA NEGERI JIRAN
Taat
setia negeri jiran banyak membantu kerajaan johor untuk mengukuhkan kedudukanya
pada abad ke 17 masihi.Negeri jiran yang dulunya negeri naugan kerajaan Melaka
tetap setia kepada pemerintah dari keturunan Melaka walaupun pusat pentadbiran
bukan lagi berpusat di Melaka.negeri-negeri yang dulu bernaung dibawah empayar
Melaka dan telah membuat persetian pertuanan dengan kerajaan Melaka terus
menumpahkan taat setia kepada kerajaan baru Melaka-johor.Negeri tersebut termasuklah,
siak, inderageri, dan negeri rokan tetap menumpahkan taat setia kepada kerajaan
johor.[43]taat
setia negeri jiran ini banyak membantu kerajaan johor dalam pelbagai bidang
termasuk ketenteraan, negeri ini menghantar tentera bagi membantu menyerang
musuh johor disamping membekalkan barangan untuk keperluan perdagangan dipelabuhan Johor.
PELABUHAN
ENTERPOT
Selain
dari itu, pengukuhan kerajaan johor pad abad ke 17 masihi adalah disebabkan
oleh Johor sebagai pelabuhan Enterpot.Johor muncul sebagai satu pelabuhan
enterpot telah menjadi daya tarikan kepada pedagang dari timur dan
barat.Walaupun johor tidak mengeluarkan barangan namun pelabuhannya tetap sibuk
menjalankan pernigaan meraka kerana tertarik dengan kemudahan-kemudahan di
pelabuhan johor.[44] kemudahan yang terdapat di johor juga di
andaikan sama seperti mana apa yang terdapat di Melaka pada satu ketika dahulu,
seperti menyediakan gudang menyimpan barang, tempat membaiki kapal, pegawai
tempatan bagi mengendalikan urusan pedagang, dan timbang berat menjadi daya
penarik kepada pedagang.[45]
Kemampuan
johor mengeluarkan barangan seperti kain yang terbaru yang memiliki corak dan
harga barang tersebut yang jauh lebih murah berbanding di Melaka menyebabkan
perminaan kain riau lebih banyak berbanding kain yang ada di melaka.sahubungan
dengan itu juga, keluaran barangan tempatan yang menjadi motif utama pedagang
datang ke asia termasuklah emas, kayu gaharu, kelembek, sarang burung, gading,
kapur barus, rempa ratus, dan lada hitam.[46]dikeluarkan
oleh kawasan jajahan dan naugan johor dan dikumpulkan dipelabuhan johor
menjadikan pelabuhan johor sebagai pusat pengumpulan barang.
Disamping
itu, peranan yang dijalankan oleh golongan pemerintah kerajaan johor turut
menjadikan johor sebagai pusat persinggahan perdagangan.Hal ini banyak
dilakukan oleh laksamana tun abdul jamil, dimana baliau telah mendapat hati
para pedagang yang melalui perairan johor untuk singgah ke pelabuhan johor.[47]hal
ini menunjukan kemunculan johor sebagai pelabuhan enterpot menyebabkan kewangan
kerajaan johor bertambah kukuh. Seterusnya menbawa kepada pengukuhan kerajaan
johor pada abad ke 17 masihi.
SISTEM
NAUNGAN
Walaupun johor adalah kesinambngan dari
kerajaan Melaka, namun ia berdiri berdasarkan dasarnya sendiri walaupun ada
persamaan dari aspek lain. Sistem naugan yang di jalankan di johor berbeza di
Melaka satu ketika dahulu yang menjalankan sistem kiwi. Sistem naugan adalah
satu sistem dimana pedagang yang berdagang di johor mesti mendapat naungan dari
orang-orang kaya johor tidak kira sama
ada bandahara, raja indera bungsu, temenggung, laksamana ataupun kadi.[48] Melalui sistem naugan ini, pedagang akan
mendapat pelindungan dari bahaya seperti penagih hutang ataupun jenayah.Orang
kaya johor akan mendapat sebahagian hasil dari pedagang sebagai pendapatan dan
ganjaran keran memberi perlindungan kepada pedagang.
Pada
abad ke 17 masahi, laksamana paduka raja tun abdul jamil lebih adalah orang
kayajohor yang bernaung kapada baginda seperti mana permerhatian duta-duta
belanda pada tahu 1687 masahi yang mana laksamana mempunyai ramai naugan
pedagang.[49] Melalui sistem naugan juga, pedagang akan
mendapatkan pas kebenaran daripada belanda seterusnya dapat berlayar tampa
sekatan dan gangguan ke pelabuhan lain seperti aceh, perak, dan kedah.
Orang-orang kaya yang di beri penghormatan oleh belanda tidak akan menganggu
pedagang yang mereka naungi melalui paying cop mohor, hal ini menyebabkan
peningkatan pendapatan kepada pemerintah johor.[50]
Perkara
ini banyak membantu mengukuhkan ekonomi kerajaan johor, walaupun pada dasarnya
belanda memperkenalkan sistem ini bagi mengurangkan monopoli galongan
tempatan.Peningkatan pembandaharaan johor ini akhirnya dapat mengukuhkan
kedudukan johor pada abad ke 17 masihi.
DASAR
SUAI FAEDAH KERAJAAN JOHOR
Kerajaan
johor mempunyai dasar yang unik dalam mengstabilkan negerinya dari dibinasakan
oleh pertugis dan aceh dalam perang tiga segi.Pada abad ke 16 masihi yang
banyak membinasakan kerajaan johor yang telah menjadi mengsa peperangan
tersebut.Namun pemerintah johor mengunakan Sistem suai faedah ini di gunakan
bagi mengekalkan kedaulatanya.Dasar ini banyak membantu johor dari menjadi
mangsa kepada dua kuasa pertugis dan aceh.
Semasa pemerintahan putera sultan
Alauddin yakni sultan Abdullah(sultan hammat shah) telah diangkat menjadi raja
oleh sultan iskandar mahkota alam. Baliau telah mengadakan hubungan dengan
pertugis di Melaka setelah tawaran kepada belanda ditolak kerana tidak mahu
melibatkan diri.[51] Setelah itu sultan hammat shah telah membuat
perjanjian dengan pertugis dan ahkirnya Berjaya menghalau tentera aceh di
johor.[52] keadaan ini menyebabkan johor dapat
mempertahankan kerajaanya dari serangan aceh, di samping dapat membangunkan
kerajaanya yang lemah kepada kukuh pada
tahun 1618, namun aceh tetap mengancam
johor ini di buktikan apabila sultan
iskandar muda menyerang ibu kota johor di lingga dan memusnahkan kota
tersebut pada tahun 1623 masihi,
menyebabkan sultan hammat shah berundur ke tambelan.[53]
Akibat dari perjanjian dengan pertugis di
Melaka pertugis tidak menyerang johor, tetapi sebaliknya pertugis menyerang
aceh setelah aceh memusnahkan ibu kota johor, hal ini mengakibatkan ramai
tentera aceh yang terkorban dianggarkan 19 000 tentera aceh terkorban.[54]Perkara
ini memberi peluang kepada johor untuk mengatur kembali pentadbiranya setelah
di binasakan oleh aceh. Hal ini juga
menyebabkan johor bebas dari aceh dan membina serta memanggil semula rakyatnya
ke ibu kota, setelah melarikan diri dari serangan aceh .Johor telah menjalin
hubungan dengan belanda pula bagi menghalau pertugis di Melaka.Perhubugan yang
terjalin dengan belanda setelah sultan johor melihat kekuatan belanda yang
bertapak di betawi, baliau telah yakin dengan bersahabat dengan kuasa kuat
dapat mengatasi kuasa pertugis di malaka.
Melaluhi perhubungan pada abad ke 17 masahi belanda menjadi sekutu johor
yang akan menyerang pertugis pula.[55]Akhirnya
denga bantuan johor pertugis di Melaka akhirnya dapat ditewaskan pada bulan
jenuari 1641 masihi, hal ini menyebabkan johor telah bebas dari pertugis dan
aceh.Melalui bentuan johor dalam menentang kuasa pertugis di Melaka belanda
telah terhutang budi dengan johor, dimana johor telah dberi keistemewaan dalm
berdagang di Melaka.Kerana dengan bantuan tentera johor semangat juang tentera
belanda begitu tinggi untuk mendapatkan Melaka setelah serangan pertama meraka
dapat dipatahkan oleh portugis.
Hubungan
dengan belanda memberi peluang kepada johor
muncul pada abad ke 17 masihi
sebagai satu kuasa baru yang ulung di selat. Keadaan ini mengancam kedudukan
belanda di Melaka, dimana pegawai belanda telah mengutus surat ke bitawi agar
johor di musnahkan kerana menjadi saingan dalam perdagangan, hal ini kerana
johor menjadi pusat perdagangan bebas cukai dan membawa johor kepada pelabuhan
enterpot.[56]
Johor juga dapat menancam kerajaan belanda, dimana sekiranya belanda mengerang
johor, johor akan memintah kpta pentadbranya kepulauan orang laut, hal ini
menyebabkan orang laut akan mengancam perdagangan belanda di selat Melaka
melalui aktiviti lanun, yang akan menganggu perdagangan belanda.[57]Akibatnya
belanda tidak berani menyerang johor, seterusnya johor dapat mengembangkan lagi
ekonominya seterusnya dapat megukuhkan kedudukanya pada abad ke 17 masihi.
Melalui dasar sui faedah ini johor dapat mengulangi zaman kegemilanganya semasa
di Melaka.
KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulanya, Kekalahan pertugis ketangan Belanda pada tahun 1641 masihi adalah
faktor utama meyumbang kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17
masihi. Berakhirnya empayar pertugis
yang lebih seabad lamanya menawan kota Melaka dan merupakan ancaman utama bagi
kerajaan johor sebelum kekalahan ketangan belanda atas bantuan dan dorongan
daripada kerajaan johor. disamping
itu, aceh yang telah merosot secara mendadak akibat tiada waris pemerintahan
yang berkaleber selapas sahaja kemangkatan sultan iskandar mahkota alam dan
iskandar thani menyebabkan politik kerajaan johor dalam keadaan tegang akibat
daripada itu ia membantu perkembangan
yang membawa kepada pengukuhan kerajaan johor pada abad ke 17 masihi. Hal ini berlaku kerana aceh bukan lagi
ancaman kepada johor, disamping itu faktor-faktor lain yang membawa kepada
pengukuhan kerajaan johor sama seperti
kerajaan melayu Melaka walaupun terdapat perbezaan sedikit sahaja seperti
kedudukan yang strategik, peranan orang laut, para pemerintah, taat setia
negeri jiran, kemudahan yang terdapat dipelabuhan dan undang-undang johor itu
sendiri yang akhirnya membawa kepada pengukuhan kerajaan johor. dan yang utama juga adalah persahabatan
dengan belanda yang banyak memberi keuntungan kepada kerajaan negeri johor.keadaan
johor telah berubah setelah kemangkatan Sultan Mahmud mangkat dijulang yang
dibunuh oleh Megat sri Rama. Perkara ini
menyebabkan hilangnya taat setia kepada pemerintah baru dari kalangan orang
laut.Selain itu bermulanya juga dinasti bandahara memerintah sehingga
kemunculan Raja Kecil yang mengaku sebagai anak Sultan Mahmud Mangkat di julang.
Department of history
Univeisiti of Malaya
Kuala
lumpur
BIBLIOGRAFI
1.
A.Talib Hj. Ahmad, Sejarah Penjajah Portugis Di-tanah melayu[1511-1641], Sysrikat
Peniagaan Ra,ayat.
2.
Haji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala lumpur, 1971.
3.
Kamarudin Abd. Razak, Peninggalan Sejarah Disepanjang Sungai Johor, Yayasan Warisan
Johor. 1998.
4.
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1642-1728, Pembangunan Ekonomi dan Politik,
terjemahan
Shamsudin Jaafar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur, 1998.
5.
Mohd Amirullah Bin Abdul Rahmanl, kerajaan johor-riau dalam sejarah melayu,
university Malaya, 2005.
6.
Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Negeri Johor, 1998.
7.
Maruwih Ahmat, penjajahan portugis dan sepanyol keatas asia tenggara, satu
pengamatan semula,karisma publications, 2006.
8.
Mardiana Binti Nordin, Politik Kerajaan Johor, 1718-1862: kajian teks berdasarkan Tuhfat
Al-Nafis, Jabatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999.
9.
Khoo Kay Kim, Tanah Melayu Abad ke 18, Jernal Sejarah, jernal tahunan persatuan
sejarah university Malaya, kuala lumpur,1977/78.
10.
Waston, Barbara Andaya dan Leornard
Y. Andaya, sejarah Malaysia, Macmillan Publisher (M) Sdn Bhd, Edisi Bahasa
Melayu,1988
[1]Lotfi Ismail B.A. Sejarah Malaysia 1400-1963.(1975).
Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors.hlm 51.
[2]Ibid hlm 53.
[3] Barbara Waston Andaya dan
Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia, macmillan
pablescher(m) SDN BHD, 1985. Hln 79.
[4] Raja Ali mempunyai saudara yang
lebih berhak menjadi sultan seterusnya selepas kewafatan sultan Mahmud shah,
iaitu raja Muzafar shah saudara raja ali. Namun tahta kerajaan diwasiatkan
kepada raja Ali akibat dari tindakan tun Fatimah(ibu raja ali) iri hati dengan
raja muzafar shah dan telah mengancam sultan Mahmud akan menggugurkan
kandunganya sekiranya anak kandungan tersebut tidak menjadi waris baliau yakni
sebelum raja ali dilahirkan, akibat daripada itu kedudukan raja muzafar shah
telah diturunkan semula dan diambil oleh saudaranya raja Ali. Namun begitu raja
muzafar shah telah dijemput ke perak lalu ditabalkan sebagairaja perak. Mardiana nordin ,politik
kerajaan johor 1718-1862, yayasan negeri johor, 1998. Hlm 15.
[5] Mardiana Nordin, politik kerajaan johor 1718-1862,
yayasan negeri johor.1998, hlm 19.
[6]Kamarudin abd.Razak, peninggalan sejarh di sepanjang sungai
johor, yayasan warisan johor. 1998. Hlm 6.
[7]Belanda yang tertarik dengan
Melaka telah melakukan serangan pertamanya pada tahun 1597 masihi namun
serangan tersebut dapat dipatahkan oleh tentera pertugis. Pengajian Malaysia, sejarah tanah melayu, internasional low
book services, 2010. Hlm 32.
[8]Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1642-1728, pmbangunan ekonomi
dan politik, terjemahan shamsudin jaafar, dewan bahasa dan pustaka,
kementerian pendidikan malaysia kuala lumpur, 1987. Hlm 35.
[9]Ibid.
[10]Ibid. hlm 36.
[11]A. talib hj, ahmad, sejarah
penjajah portugis di-tanah melayu[1511-1641], sysrikat peniagaan ra,ayat
[12] Selain faktor untuk mendapatkan monopoli
perdagangan rempah ratus di selat Melaka, portugis juga datang ke asia adalah
untuk menyebarkan agama kristian yang dimainkan peranan oleh para mubalig
kristian disamping sifat panatik
terhadap Prester John yang dianggap sebagai Raja Kristian yang mempunyai
kekayaan dipercayai memerintah dikawasan Asia dan Afreka: Maruwih Ahmat, penjajahan portugis dan sepanyol keatas asia tenggara, satu
pengamatan semula,karisma publications, 2006. Hlm 67.
[13]Ibid. hlm 29.
[14] Haji buyong bin adil, sejarah johor.
[15] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor. Hlm 34.
[16]Ibid. hlm 35.
[17]
Haji buyong bin adil, sejarah johor, dewan bahasa dan pustaka,
kementerian pelajaran Malaysia. Kuala lumpur, 1971. Hlm 70.
[18] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor. Hlm 36.
[19]Ibid. hlm 38.
[20]Bitawi pada masa kini di kenali
sebagai Jakarta, dan menjadi ibu negeri bagi kerajaan ripablik Indonesia.
[21]Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman,kerajaan johor-riau dalam sejarah melayu,
university Malaya, 2005. Hlm 53.
[22]Ibid. hlm 54.
[23]Ibid.
[24]Ibid. hlm 87.
[25] Leonard Y. Andaya. Kerajaan johor 1641-1728. Hlm 58
[26]Pengajian Malaysia, sejarah tanah melayu, Internasional Law
Book Services, 2010.Hlm 42.
[27]Ibid. hlm 43.
[28] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1617-1729, hlm 67.
[29] Ibid.
[30] Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman,
kerajaan Johor-Riau. Hlm 44.
[31] Setelah kematian Sultan Mahmud
mangkat dijulang pada tahun 1699 masihi Sultan Abdul Jalil memegang tampuk
pemerintahan sehinggalah tahun 1718 masihi apabila Raja Kecil muncul. Beliau mendakwa dia adalah waris dari sultan Mahmud II setelah itu beliau
mendapat kepercayaan dan sekongan dari orang laut serta rakyat tempatan dan
akhirnya mengulingkan semula pemerintahan dinasti Bandahara sebagai pemerintah
kerajaan johor melalui serangan pada 22 mac 1718 masihi dan mengangkat dirinya
sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah(1718-1722M). Baliau telah meletakan semula pangkat Abdul Jamil
sebagai Bandahara, namun beliau melarikan diri ke terangganu setelah anaknya
yang menjadi isteri Raja kecil ( tungku Kamariah) melarikan diri ke rumah Tun
Abdil Jamil. Dalam tuhfat al-nafis
menyatakan bahawa tungku kamariah dilarikan oleh kakaknya tungku tenggah. Melalui peristiwa ini Raja Kecil menyerang
kediaman Abdul Jamil kerana marah. Kemarahan ini mengakibatkan pembunuhan Abdul
Jamil dipahang yang dilakukan oleh Nahkota Sekam atas arahan Raja kecil,
walaupun pada awalnya hanya mengarahkan agar membawa pulang Abdul Jalil bersama
keluarganya namun arahan tersebut berubah dan akhirnya Tun Abdul Jamil di bunuh
di pahang. Dan peristiwa ini akhirnya
menimbulkan kemarahan anak tun abdul jamil iaitu raja sulaiman dan tengku
tengah( selain dendam diputuskan tali pertunagan dengan raja kecil) akhirnya
telah memintah pertolongan lima bugis bersaudara dan kedudukan raja kecil tidak
bertahan lama apabila serangan pada 4 okteber 1722 M mangakibatkan kekalahan
raja kecil dan bermulanya campur tangan bugis di negeri johor. Mardiana Nordin, politik kerajaan johor, 1718-1862: kajian berdasarkan tuhfat al-nafis,
jabatan sejarah universiti Malaya, kuala lumpur, 1999. Hlm 58-59.
[32]Kerajaan Johor tidak pernah aman
kerana sentiasa terumbang-ambing diantara tahun 1530-1699, hanya beberapa masa
sahaja johor aman iaitu diantara tahun 1587-1617 dan 1643-1673 yakni semasa
pemerintahan sultan Abdul Jalil shah dan sultan Abdullah. Khoo Kay Kim,Tanah Melayu Abad ke 18, jernal sejarah,
jernal tahunan persatuan sejarah university Malaya, kuala lumpur,1977/78.hlm 3.
[33] Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman,
kerajaan Johor-Riau. Hlm 13.
[34]Ibid. hlm 15.
[35] Malaysia kita, institusi
tadbiran awan Negara (intan), kuala lumpur malaysia, 1991 .Hlm 177.
[36] Leonard Y. Andaya: the kingdom of johor, hlm 43.
[37] Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman:
kerajaan johor-riau dalam sejarah
peradaban melayu. Hlm 41.
[38] Matlob Zam Ismail, imbasan peristiwa bersejarah johor,
yayasan warisan johor, 2002. Hlm 1.
[39] Ibid.
[40] Ibid.
[41]Leornard Y. Andaya, kerajaan johor 1617-128.hlm 28.
[42]Ketinggian daulat seorang raja
juga mempengaruhi kedudukan dan kemakmuran kerajaannya. Ini digambarkan dengan
ciri fizikal seorang raja yang memerintah adalah tinggi dan istimewa daulatnya
maka negerinya akan aman dan makmur dengan hasil tanaman dan ternakan yang
melimpah ruah serta rombongan pedagang juga tidak putus-putus untuk berkunjung
untuk berniaga kedalam negeri. Dan sebaliknya jika berlaku kemerosotan timbul
dalam negeri, kicau-bilau berlaku, kerugian dan bencana alam berlaku maka ia
dikaitkan dengan sikap raja yang zalim dan tidak mentadbir dengan baik
disamping sikap raja yang boros, gemar menghabiskan duit rakyat dan tidak kukuh
pegangan agama maka raja berkenaan rendahlah nilai daulatnya. Dalam konteks masyarakat melayu raja diangap
sebagai sacral yang tinggi kedudukanya. Daulat juga membezakan aktiviti raja
dengan rakyat biasa dimana semua yang ada pada raja adalah berbeza dan tidak
sama dengan rakyatnya misalnya pengunaan peralatan dan alat kebesaran. Kelebihan ini termasukalah pengunaan warna
kuning, dan peralatan lain seperti paying kuning, tandur dan usungan dan
lain-lain.selain itu pengunaan bahasa juga menjadikan perbezaan antara raja
dengan rakyat tempatan seperti pengunaan istilah patik,titah, murka, kurnia dan
anugerah serta istilah istanah yang lain.
Hal ini menandakan perbezaan antara raja dan penduduk tempatan. Mardiana Binti Nordin, Politik Kerajaan Johor, 1718-1862: kajian teks berdasarkan Tuhfat
Al-Nafis,Jabatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999. Hlm 202-203.
[43] Leonard Y. Andaya, kingdom of johor, hlm 49.
[44] Leonard Y. Andaya, kerajaan johor 1641-1728. Hlm 50.
[45]Ibid.
[46]Ibid. hlm 51.
[47]Ibid.
[48]Ibid. Hlm 51.
[49]Ibid.
[50]Ibid. hlm 53.
[51] Leonard Y. Andaya, kerajaan
johor 1641-1728. Hlm 33.
[52] Ibid.
[53] Ibid.
[54]Ibid. hlm 34
[55]Barbara Waston Andaya dan Leonard
Y. Andaya, sejarah melaysia. Hlm 78
[56]Ibid. hlm 79.
[57]Ibid, hlm 80.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan