BINCANGKAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH
PENTADBIRAN BRITISH DALAM MEMPROMOSIKAN KAPITAL PADA ERA RESIDEN.
PENGENALAN:
Perkembangan
emperialisme British di Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19 menunjukkan
perubahan dasar dari tidak Campur tangan kepada campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Negeri-negeri Selat mengunakan alasan
kekacauan yang berlaku sebagai alasan untuk campur tangan bagi menjaga
kepentingan ekonomi. Campur tangan
bermula di Perak apabila Perjanjian
Pangkor pada 20 Junuari 1874 ditandatangani dan bermula sistem Residen di Perak
dengan perlantik J.W.W Birch sebagai Rasiden yang pertama.[1] Selepas itu, campur tangan merebak kesemua
negari-negeri Melayu lain termasuklah Selagor, Pahang, dan Negeri Sembilan dan
meletakkan seorang Rasiden di setiap negeri tersebut.
Perlantikan seorang Rasiden disetiap
negeri mempunyai tugas dan matlamat tersendiri yang membawa kepada pengukuhan
kekuasaan Britihs di negeri-negeri Melayu. Pusat tanah jajahan yang tidak mengariskan
secara terang panduan dan peranan seorang Residen di negeri Melayu menyebabkan
Residen bertindak berdasarkan kehendak sendiri yang dianggap betul. Terdapat tiga matlamat utama Residen iaitu
pertama, menegakkan keamanan melalui undang-undang, kedua adalah mewujudkan
satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur dan terakhir
adalah memajukan ekonomi melalui ekplotasi sumber semula jadi negari-negeri
melayu.[2]
Melalui keadaan ini maka berlaku perubahan
secara ketara dalam semua aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial di
negeri-negeri Melayu berkenaan.
Krabiliti dan kebijaksanaan Residen-residen menyebabkan pelbagai langkah
dan pembaharuan yang dilakukan dalam semua aspek bagi meningkatkan kegiatan
perdagangan capital di negeri berkenaan.
Perkara ini sebagai langkah untuk mempromosikan perdagangan bebas kepada
pelabur dan firma luar untuk melabur di negeri-negeri melayu.
PENTADBIRAN
Selepas sahaja British campur tangan melalui
penempatan seorang Residen di negeri-negeri melayu maka langkah pertama yang
dilakukan adalah menghapuskan sistem Feudal kerajaan melayu dalam pentadbiran. Residen telah mengamalkan sistem
pemerintahan Pax Britainnica dalam
pentadbiran yang menyebabkan pelbagai
pembaharuan dilakukan agar lebih sistematik.[3] Tindakan pertama yang dilakukan oleh Residen
setiap negeri adalah membentuk satu pusat kerajaan negeri, oleh itu semua para
pembesar wilayah akan dilucutkan jawatan sebagai contoh di Perak selepas
pembunuhan JWW Birch semua pembesar telah digugurkan jawatan dan tiada sistem
pewarisan melainkan perlantikan dari pihak British selepas tahun 1876.[4] Setelah melantik Residen ,British juga telah
menubuhkan jabatan-jabatan baru dan menyerap penduduk tempatan dalam pentadbiran
tersebut. Sultan dan pembesar telah
diberikan elaun yang kadarnya ditetapkan sebagai menggantikan pendapatan
tradisi golongan tersebut sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, pengukuhan penguasaan
British dapat dilihat melalui penubuhan Masjis Mesyuarat Negeri. Persidangan MMN dikendalikan dalam Bahasa
Melayu di mana dalam masjis itu sesuatu keputusan yang dibuat oleh British akan
dirundingi terlebih dahulu. Pada tahun
1880 dapat dilihat pembesar Melayu telah dilantik sebagai Majistret di daerah
yang mereka pernah tadbir dan bertugas menasihati pegawai daerah yang dilantik
oleh pihak British. Pada peringkat
kampung dapat dilihat pihak British mengekalkan jawatan Penghulu yang menjadi
saluran bagi pentadbiran luar Bandar Mereka
ini diberi autoriti dan gaji yang tetap oleh pihak British.[5]
Dalam pentadbiran awal British setiap negeri
dibahagikan kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh pegawai daerah yang
dikenali juga sebagai pemungut hasil dan majistret. Mereka ditugaskan memungut
hasil,mentadbir serta mengawasi kerja-kerja ketua jabatan di daerah.[6]
Setiap daerah akan dibahagikan kepada beberapa Mukim yang diketuai oleh
penghulu yang tugas utamanya adalah menjelaskan dasar kerajaan,memberitahu
kerajaan tentang kehendak rakyat dan memelihara keamanan.
Perubahan
struktur kuasa tidak hanya melibatkan Sultan akan tetapi turut melibatkan para
pembesar di peringkat Daerah. Pelaksanaan sistem Residen menyebabkan
daerah-daerah tertentu ditadbir oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik
khusus bagi menguruskan urusan sewa tanah, menjaga keamanan dan melaksanakan
undang-undang British.[7]
Pembesar-pembesar Melayu yang sebelum
itu berperanan di peringkat daerah telah kehilangan kuasa. Dengan adanya satu sistem pentadbiran yang
sistematik ia dapat mengjamin keamanan dan melicinkan pentadbiran dan secara
tidak lansung ia menarik para pelabur untuk mengalirkan modal dalam
mengembangkan kegiatan capital di NNMB.
DASAR LEBERAL DALAM UNDANG-UNDANG TANAH
Seterusnya langkah yang dilakukan oleh pihak
British dalam mempromosikan kegiatan ekonomi capital di Tanah Melayu adalah
melalui pembentukan Dasar Liberal dalam Undang-undang Tanah. Selepas sahaja British campur tangan di Perak
pada tahun 1874, British terus melaksanakan Undang-undang
berkaitan dengan Tanah. Perkara ini
penting kerana tanah adalah satu asset utama dalam perkembangan kegiatan
pertanihan dan perlombongan bijih timah. Dengan melaksanakan undang-undang tanah ia
dapat mewujudkan satu kawalan secara terus dalam bidang tersebut.[8]
Pertama sekali
Undang-undang yang perkenalkan
adalah mereka yang menduduki tanah selepas 13 julai 1874 dianggap sebagai
menyewa tanah kerajaan dan sebelumnya tertakluk kepada undang-undang barat. [9] Selain itu, pemilikan tanah peruntukan
diadakan bagi untuk pemilikan tanah selama 999 tahun. Hal ini dapat dilihat berlaku di Selangor
pada tahun 1877 dengan syarat sewaan dengan bayaran tahunan. Setelah itu tanah peruntukan akan digunakan
dalam kegiatan pertanihan, pembinaan bangunan dan pembinaan khusus. Pada tahun 1897 dibentuk lagi satu
undang-undang tanah baru secara menyeluruh diperkenalkan kepada Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.[10]
Selain itu, Residen turut berkuasa dalam
menentukan pemilikan sesuatu bidang tanah kepada pemohon melalui atas nama
Sultan. Walaupun begitu kuasa Residen
mempunyai terhad dalam meluluskan keluasan permohonan dalam sebidang tanah
iaitu Residen hanya boleh meluluskan permohonan yang tidak melebihi 100 ekar
dan jika permohonan melebihi 100 ekar maka ia adalah bidang Residen Jeneral. Melalui tindakan ini menyebabkan pelabur
tidak mengalami masalah untuk mendapatkan tanah dalam mengusahakan aktiviti
pelaburan di Tanah Melayu. Secara tidak
langsung ia satu tindakan yang dilaksanakan oleh pihak British untuk berusaha
menarik pelabur dan firma untuk masuk ke Tanah Melayu seterusnya mengembangkan
sistem capital di NNMB. Hal ini kerana
di antara tahun 1906 sehingga 1913 keluasan tanaman getah bertambah dari 100, 000 ekar kepada 685, 000
ekar dan tanah khas untuk tanaman getah dan kelapa sawit di NNMB meningkat
kapada 400,000 ekar.[11] Dengan kuasa untuk memberikan konsesi tanah
kepada pelabur maka ia dapat menarik pelabur kerana permohonan untuk kelulusan
tanah tidak memerlukan kos dan masa yang panjang.
DASAR PERLOMBONGAN
Sehubungan dengan itu, langkah yang dilaksanakan oleh pihak British semasa
era Residen adalah melalui pembentukan Dasar Perlombongan. Pelbagai langkah yang dilakukan dalam
mengawal aktiviti perlombongan yang dilakukan di Tanah Melayu . Undang-undang pertama yang dilaksanakan
adalah pada tahun 1876 di negeri Perak.[12] Dalam undang-undang tersebut ia akan
menentukan hak tempoh masa pemajakan tanah lombong oleh pelabur. Pada tahun 1885 pihak British telah
memperkenalkan undang-undang baru dalam industry perlombongan iaitu semua
sumber galian yang dijumpai dalam tanah adalah milik Negara.[13] Hal ini menyebabakan kawalan semangkin kukuh
oleh pihak British dalam aktiviti perlombongan dan ia dilaksanakan di Negeri Selangor. manakala pada tahun 1895 pihak British telah
memperkenalkan Kod perlombongan Bijih Timah bagi mengawal pemilikan tanah
kepada pelombong dan bagi menyekat penggunaan buruh oleh buruh china dalam
industry perlombongan terutamanya kawasan lombong yang berskala kecil. Kawasan tanah lombong juga boleh ditukar
milik melalui jual beli dan sebagai cagaran.
Hal secara tidak lansung menarik pelabur dalam aktivit perlombongan
untuk mendapatkan kawasan lombong.
Tindakan pihak British mengunakan amalan kod perlombongan menyebabkan
British memonopoli kawasan aktiviti perlombongan sehinggakan pada tahun 1895
British telah menyekat banyak kawasan lombong kecil.[14] Sebelum campur tangan British di NNMB,
pelabur Cina lebih mendominasi pengeluaran Bijih timah akibat penguasaan modal
oleh orang Cina berbanding dengan penguasa tempatan.
DASAR LEBERAL IMEGRASI
Seterusnya langkah yang dilakukan oleh pihak
British dalam mempromosikan capital di NNMB adalah dengan membawa buruh dari
China dan India bagi memenuhi tenaga kerja dalam pengeluaran bijih timah dan
getah. Perkara ini menyebabkan
perkembangan dalam aktiviti pengeluaran timah dan getah di NNMB kerana tenaga
buruh yang ramai dan mengurangkan kos pengeluaran para pelabur. Buruh India yang dibawa sebelum abad ke-20
adalah melalui sistem kontrak antara pekerja dan majikan. Pada abad ke-20, adalah
melalui sistem Kangani yang bertanggungjawab dalam penyeliaan dan pengambilan
buruh-buruh India.[15] Selain itu,permintaan bijih timah yang tinggi
juga turut mendorong kepada kemasukan buruh-buruh Cina yang banyak. Kemasukan
ini menyebabkan berlakunya camput tangan pemodal asing atas sistem ekonomi
orang Melayu. Kaum Cina dibawa masuk melalui sistem Singkeh dan kredit tiket.[16] Galakan oleh pihak British dalam membawa
masuk buruh dari Cina menyebabkan peningkatan pendapatan melalui pengutipan
cukai seperti cukai candu, cukai arak dan lain-lain.[17]
Jadual Imegrasi India ke Tanah Melayu dari Tahun 1900-1915.
|
Sumber : K.S Sandu, Indians in Malaya : Imegration and Settlement 1786-1957, Cambridge
1969.
Kehadiran
buruh-buruh ini membawa kepada penubuhan agensi kerajaan yang khusus untuk
menguruskan hal ehwal buruh-buruh seperti Jabatan Pelindung Cina yang
ditubuhkan pada tahun 1877 untuk menjaga hal ehwal buruh Cina. Residen Jeneral NNMB kemudiannya telah
menubuhkan sebuah jawantankuasa Imigrasi dan diikuti dengan pengesahan Ordinan
Tabung Imigrasi Tamil pada 1907 untuk memenuhi keperluan buruh India.[18] Sebuah syarikat swasta Eropah juga dilantik
untuk menyelia kerja-kerja pengambilan buruh-buruh India Selatan pada tahun
1903. Dengan kemasukan buruh yang ramai
menyebabkan pelabur dapat mengatasi permasalahan kekurangan tenaga kerja dalam
aktiviti pengeluaran terutamanya bijih timah dan getah.[19]
DASAR PERTANIHAN.
Langkah seterusnya yang dilaksanakan oleh pihak
British bagi menarik pelabur dalam untuk melabur di NNMB adalah dengan
memperkenalkan dasar pertanihan dengan menubuhkan jabatan pertanihan NNMB pada
1905.[20] Potensi Tanah Melayu untuk pertanihan dan Perladangan
seperti tebu dan kopi menyebabkan ramai pelabur cuba masuk ke NNM. Selain itu, pertanian gambir, lada hitam dan ubi kayu turut
diusahakan oleh orang-orang Cina di Negeri-negeri Melayu melalui pajakan tanah
daripada pembesar atau Sultan.
Penanaman getah diperkenalka oleh H.N Ridley di Tanah
Melayu akibat peningkatan permintaan di pasaran antarabangsa terutamanya
Amerika Syarikat dan Britain sendiri.[21] H.N
Ridley yang dilantik sebagai Pengarah
Kebun Bunga di Singapura bertanggungjawab membuat percubaan dalam tanaman getah
ini bagi menyekinkan para pelabur untuk melabur di NNMB. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan bagi menggalakkan perladangan
getah dimajukan termasuklah kemudahan
pinjaman dengan kadar faedah yang rendah melalui Tabung Pinjaman Penanam. Selain itu,tanah yang diberikan hak milik
selepas tahun 1900 mestilah ditanam dengan tanaman tetap iaitu getah atau
kelapa dan Kegiatan penanaman getah
bertambah pesat apabila harga pasaran antarabangsa meningkat akibat
perkembangan Industri. Keyakinan
petani terhadap pertanian menyebabkan Pejabat Tanah di NMB sibuk dengan urusan
memproses permohonan tanah. Kebanyakkan
permohonan tanah ialah daripada peladang-peladang Eropah dan sebilangan kecil
bangsa-bangsa lai. Perkara ini
dibuktikan dengan peningkatan dan perluasan kawasan ladang getah pada tahun
1897 sehingga 1905.[22]
Jadual keluasan tanaman
getah di NNMB dari tahun 1897-1905
TAHUN
KELUASAN
|
1897 139.6
|
1898
712.7
|
1899
1305.9
|
1900 1899.2
|
1901
2304.7
|
1902
2929.6
|
1903 4548.4
|
1904
7785.9
|
1905
17 573.9
|
.
Sumber : laporan Tahunan Pengarah Pertanihan
NMB 1906. Cheah
Boon Kheng dan Ab Talib Ahmad.
Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara Lain.
Perkara ini jelas menunjukan pertambahan jumlah
pelabur ke NNMB menyebabkan jumlah penerokaan tanah untuk kegiatan penanaman
getah bertambah begitu banyak sekali. Kebanyakan
pemodal yang mengusahakan penanaman getah terdiri daripada peladang Eropah yang
melibatkan diri dalam perladangan kopi di Tanah Melayu. Sebagai contoh,di Perak pada tahun 1907 permohonan
tanah bagi kawasan Matang,Perak Hilir,Batang Padang dan Kinta meningkat kepada
11,134 hektar. Setahun kemudian seluas
12,511 lagi diberikan hak milik.Di Ulu Langat,pertambahan permohonan tanah
menyebabkan hasil tanah meningkat daripada $7,147 pada Januari 1909 kepada
$98,000 Disember 1909.Peningkatan penanaman getah ini mengakibatkan permintaan
terhadap tanah mencurah-curah.[23]
PERKEMBANGAN INTITUSI BANK
Selain itu, langkah yang dilakukan
oleh pihak British dalam mempromosikan kegiatan capital di negeri-negeri Melayu
semasa era Residen adalah melalui galakan dalam perkembangan intitusi perbankan
di Tanah Melayu. Era moden yang berlaku
di Eropah melalui penubuhan bank-bank dalam meningkatkan produktiviti dalam
pelbagai kegiatan ekonomi turut dilaksanakan oleh British di Negeri Melayu bagi
menarik lebih ramai pelabur dan firma untuk bergiat di Tanah Melayu.[24] Melalui intitusi Bank maka ia akan berperanan
memberi pinjaman kepada peniaga dalam bentuk modal. Bank-bank ini akan memberi dorongan dalam
bentuk pinjaman dalam pelbagai bentuk pelaburan sama ada dalam kegiatan
perlombonga bijih timah, getah dan lain-lain.
Penubuhan Bank-bank seperti Orental
Bank 1846, Mercantle Bank Of India, London & China pada tahun 1875,
menyebabkan semangkin ramai pelabur melabur di Tanah Melayu dibuktikan dengan
kemunculan ramai pedagang Eropah yang membuat pinjaman dari bank-bank ini bagi
kegiatan ekonomi.[25]
Kemunculan Institusi Penyelidikan, Organisasi
Pertanian dan Perlombongan
Sehubungan dengan itu, perkembangan kegiatan ekonomi capital di
negeri-negeri melayu bersekutu adalah disebebkan oleh peranan yang dimainkan
oleh Intitusi Penyelidikan, Organisasi Pertanihan dan Perlombongan. Kemunculan Intitusi seperti intitusi R&D
Getah dan lain-lain intitusi menyebabkan daya penarik kepada pelabur dan firma
untuk mengusahkan perusahaan di Negeri-negeri melayu. Hal ini menyebabkan pengaliran Modal dalam
mengembangkan industry dan ekonomi kapitalis di Negeri-negeri berkenaan. Firma dan pelabur yakin dengan penyelidikan
yang dilakukan oleh intitusi-intitusi akan memberi peluang besar melalui
penemuan dan kaedah baru dalam menghasilkan produk yang baik. Disamping itu, para pelabur dan firma luar
tertarik untuk bergiat dalam perdagangan capital di negeri-negeri melayu
disebabkan oleh tahap keselesaan dan keselamatan dari sudut kesihatan melalui
perkemabangan Institusi Kesihatan yang melakukan kajian terhadap beberapa
penyakit berbahaya seperti Malaria dan Biri-biri pada tahun 1894. Penubuhan Labour
and Health Department di Kuala Lumpur juga dapat mengurangkan kadar
kematian buruh yang memberikan kesan baik kepada pengeluaran.[26]
Sehubungan dengan itu, kerencakan pengaliran
modal dalam perkembangan kegiatan capital di Negeri-negeri melayu didorong oleh
penubuhan beberapa jabatan seperti jabatan pertanihan pada tahun 1905. Jabatan lain seperti Jabatan Parit dan
talian, Lembaga Pinjaman Pertanihan menyebabkan British mudah untuk
mempromosikan sector pertanihan. Selain
itu, British turut menggalakan penubuhan kesatuan bagi mempromosi hasil
pertanihan sebagai contoh kesatuan penanaman Melayu 1897 dan kesatuan penanam
getah 1907. Sector perlombongan turut
ditubuhkan satu jabatan iaitu jabatan Tanah dan Galian, kesatuan lombong dan
melantik Inspektor lombong bagi menjamin keselataman seperti menyelesaikan
permasalahan yang berlaku di kawasan lombong.
Hal ini menyebabkan daya penarik kepada perkembangan kegiatan capital di
negeri-negeri melayu.[27]
INFRASTRUKTUR.
Selepas campur tangan British pelbagai pembaharuan yang dilakukan dalam
meningkatkan kemudahan dalam pelbagai sector terutamanya sector pengangkutan
dan komunikasi. Hal ini penting bagi
merencakkan pengaliran modal di NNMB. Pembentukan satu jaringan pengangkutan yang
baik banyak memberi ruang kepada kemudahan untuk pergerakan dan pengangkutan dari kawasan
aktiviti pengeluaran ke pelabuhan. Hal
ini menyebabkan British menaik taraf infrastruktur seperti jalan raya, kereta
api, kemudahan perkapalan, pos dan perhubungan.
Kebanyakan infrastuktur yang dibina adalah bagi
merencakkan lagi kegiatan ekonomi
sebagai contoh Jalan raya dibina bagi menghubungkan kawasan pengeluaran bijih
timah dengan pelabuhan. Keadaan ini
menyebabkan masa penghantaran barangan
ke pelabuhan adalah singkat dan cepat.
Pembinaan kereta api juga dalam menghubungkan kawasan pedalaman dengan
pelabuhan utama seperti Kereta api
dibina menghubungkan kawasan lombong di Kuala Lumpur dengan pelabuhan Kelang dapat membawa hasil
perlombongan dengan mudah ke pelabuhan.
Selain itu Kewujudan perkhidmatan kapal stim juga turut menggalakkan
golongan buruh imigran berhijrah ke Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan tarikan kepada
pelabur-pelabur dari Negeri-negeri selat, China dan Eropah.[28]
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, campur tangan British di NNMB dengan
menempatkan seorang Residen sebagai penasihat kepada Sultan akhirnya dapat
mengembangkan ekonomi di negeri tersebut.
Melalui campur tangan secara terus menyebabkan pelbagai pembaharuan
telah dilakukan dalam semua aspek termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Perubahan-perubahan yang dilakukan adalah
bagi melicinkan proses perkembagan kegiatan ekonomi di NNMB sendiri bagi keuntungan
pihak British. perubahan ini akhirnya
menarik para pelabur-pelabur sama ada dari Eropah, Amerika dan Asia sendiri
untuk melabur di NNMB. Tindakan ini
jelas menunjukan segala perubahan yang dilakukan adalah bagi menarik minat para
pelabur seterusnya dapat mengalirkan modal dalam mengembangkan kegiatan capital
di NNMB itu sendiri.
BIBLIOGRAFI
1. Khoo
Kay Kim. Malaysia : warisan dan
perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala lumpur 1992.
2. P.L
Burns. Kapitalisme dan Negeri-negeri
Melayu. Kajian Malaysia IV,2, Disember 1986.
3. Jernal
Sejarah. Undang-undang Tanah Simpanan
Melayu, satu tinjauan ringkas. Terbitan persatuan sejarah Universiti
Malaya, Kuala Lumpur. Jilid XV 1977/78.
4. K.S
Sandu, Indians in Malaya : Imegration and Settlement 1786-1957, Cambridge 1969.
5. Cheah
Boon Kheng dan Ab Talib Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara
Lain. Penerbit Fajar Bakti SDN BHD 1990.
6. Lofti
Ismail. Sejarah Malaysia 1400-1963.
Utusan Publications and Distributrs, Kuala Lumpur 1975.
7. Sivachandralingam
Sundra Raja. Sejarah Perdagangan Bebas.
Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2005.
8. C.D
Cowan. Tanah Melayu kurun ke-19 :
asal-usul penguasaan politik British. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 1970.
[1] Khoo Kay Kim. Malaysia
: warisan dan perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala lumpur 1992.
Hlm 86.
[2] Ibid. hlm 87.
[3] P.L Burns. Kapitalisme dan Negeri-negeri Melayu. Kajian Malaysia IV,2,
Disember 1986.hlm 69.
[4] C.D Cowan. Tanah Melayu kurun ke-19 : asal-usul penguasaan politik British.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1970. Hlm 335.
[5] P.L Burns. Kapitalisme dan Negeri-negeri Melayu. Hlm 70.
[6] Ibid. hlm 70.
[7] P.L Burns. Kapitalisme dan Negeri-negeri Melayu.
[8] Pada tahun 1913, British telah memperkenalkan
Akta Tanah Simpanan Melayu bertujuan untuk melindungi tanah-tanah kaum pribumi
ini daripada dimiliki oleh orang lain, hanya Residen mempunyai kuasa untuk
memberikan konsesi tanah perusahaan kepada mana-mana pemodal.
[9] Cheah Boon Kheng dan Ab Talib
Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara Lain. Hlm
[10] Ciri-ciri undang-undang tanah
bagi keseluruhan negeri-negeri melayu bersekutu 1897.
I.
Undang-undang
tanah ditadbir oleh badan-badan khas dengan pelaksanaan dan penguasaan yang
rapi.
II.
Semua
tanah adalah milik pemerintah/kerajaan dan pemohon harus membuat permohonan
kepada kerajaan bagi mendapatkan hak milik tanah yang dipohon.
III.
Jabatan
ukur akan mengukur tanah bagi menyempadankan hak milik dan selepas itu jabatan
tanah akan mengeluarkan dokumen rasmi hak milik.
IV.
Tanah
dibahagikan kepada 3 klas iaitu pertama adalah tanah dalam Bandar, kedua adalah
tanah luar Bandar tidak melebihi 100 ekar dan terakhir adalah tanah luar Bandar
yang melebihi 100 ekar.
V.
Pentadbiran
tanah diuruskan oleh pejabat tanah disetiap daerah.
VI.
Tanah
yang dibuka perlu diukur, ditentukan sempadan dan didaftarkan. Pentadbiran
tanah seumpama ini menentukan bidang hak milik keatas sesuatu bidang tanah dan
pemungutan hasil.
[11] Jernal Sejarah. Undang-undang Tanah Simpanan Melayu, satu
tinjauan ringkas. Terbitan persatuan sejarah Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Jilid XV 1977/78. Hlm 52.
[12] Cheah Boon Kheng dan Ab Talib
Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara Lain.
[13] Ibid.
[14] P.L Burns. Kapitalisme dan
Negeri-negeri Melayu. Hlm 72
[15] Cheah Boon Kheng dan Ab Talib
Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia dan
Negara-negara Lain.
[16] Ibid.
[17] Sivachandralingam Sundra Raja.
Sejarah Perdagangan Bebas. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2005. Hlm
133.
[18] Cheah Boon Kheng dan Ab Talib
Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara Lain. Hlm 249
[19] Ibid. hlm 249
[20] Mohd Amin Hassan.
Asas Perkembangan Ekonomi Tanah
Melayu : Bijih Timah dan Getah. Malaysia warisan dan perkembangan. Hlm 155.
[21] Cheah Boon Kheng dan Ab Talib
Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara Lain. Penerbit Fajar
Bakti SDN BHD 1990. Hlm 238.
[22] Cheah Boon Kheng dan Ab Talib
Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara Lain. Hlm 241
[23] Cheah Boon Kheng dan Ab Talib
Ahmad.
Kolonialisme Di Malaysia dan Negara-negara Lain. Hlm 230.
[24] Nota kuliah
[25] Nota kuliah.
[26] Lofti Ismail. Sejarah Malaysia 1400-1963. Utusan
Publications and Distributrs, Kuala Lumpur 1975. Hlm 222.
[27]
Nota kuliah.