Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 19 Februari 2013

RUMPAI LAUT.


PAKER HARGA YANG DITAWARKAN

harga yang ditawarkan adalah 70 % dari harga yang ditawarkan oleh pihak lain.
contoh :
RM 35.00/ KG pasaran lain  = pihak kami menawarkan RM 21.00/KG
RM 25.00/KG pasaran lain = pihak kami menawarkan RM 11.00/KG.

* berdasarkan jenis gred yang diminta.
GRED AA  =  RM 20
GRED A     = RM 17
* harga akan berubah berdasarkan budi bicara antara penjual dan pembeli dan keadaan semasa. pelajar dan surirumah sahaja... hihihi :)
# kos untuk pos penghantaran produk akan ditangung oleh pembeli.
#


kepada pembeli yang melebihi 25 KG akan diberikan keistemewaan dalam urusniaga, antaranya seperti berikut :
1.  harga akan dikurangkan sebanyak 10 %
2  10 % kos penghantaran akan ditangung oleh pengeluar.
3.  percuma 1 kg setiap pembelian 10 kg.

CARA PENGHANTARAN.

penghantaran untuk kawasan selain SEMPORNA akan dihantar melalui Pos Laju  termasuk sarawak dan semenanjung malaysia.
dan bagi sahabat dan kawan-kawan yang mengenai saya boleh mendapatkannya secara terus dari saya.

SYARAT PERNIAGAAN YANG DILAKUKAN

syarat  perniagaan dua pihak antara pengeluar dan pembeli adalah penting dalam urusan  jual beli secara online ini. kami  melakukan perkara ini adalah untuk menyakinkan pelangan dalam melakukan urus niaga secara maya ini.
1.  segala urus niaga yang hendaklah dilakukan secara jujur agar  pengeluar dan pembeli saling percaya mempercayai.
2.  sebarang kelewatan perhantaran produk kepada pelangan, maka pelangan  berhak untuk membuat komen @  teguran secara baik.
3.  jika terdapat kesilapan yang memyebabkan produk rumpai laut tidak sampai ke alamat pembeli, maka kami akan bertangungjawab dengan cara  mengembalikan wang urus niaga @ menghantar semula produk baru ke alamat pembeli
4.  sebarang masalah antara pembeli dan pengeluar hendaklah diselesaikan secara berhemah tampa melibatkan pihak tertentu.
5.  pihak pengeluar tidak bertangungjawab dengan sebarang masalah yang timbul akibat daripada produk yang di urusniagakan.
6.   urus niaga hendaklah dillakukan secara hukum syarak iaitu mengharamkan riba  dan penipuan dalam jual beli.



untuk tempahan hubungi saya RAZIS KAMARUDIN, no hp : 0193974504, FB : Razis Kamarudin, gmail : azisrazis@gmail.com.

CARA-CARA MEMBUAT COLEGEN RUMPAI LAUT.



1. Mula2 basuh dan bilas sepeket/separuh kolagen mentah 100gm beberapa kali (seperti membasuh beras) sebelum direndam semalaman di dalam air bersih.


2. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut dan kotoran  yang melekat.

Selepas direndam semalaman, kolagen mentah tadi akan kembang macam ni.


3. Lepas basuh & bilas lagi beberapa kali, toskan kolagen tadi.


4. Kemudian rebus bersama 2 liter air (untuk sepeket kolagen 100gm) / 1 liter air (untuk separuh peket ). Tunggu hingga mendidih dan biarkan selama 15-20 minit.

Masukkan beberapa helai daun pandan untuk mengurangkan bau hanyir.


5. Lepas semua kolagen dah larut, sejukkan di dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

@


KAEDAH PENYEDIAAN A

1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras lebih kurang 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman, (paling bagus direndam selama 2-6 jam agar
khasiatnya tidak berkurangan,tetapi agak berbau sedikit.)
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi lebih kurang 5-6 kali dan toskan.
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong  ke dalam periuk untuk direbus (kalau nak keras mcm agar-agar kurangkan sikit air).
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum ditapis & diletakkan ke dalam bekas, simpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah sisa dr tapisan tadi (seperti agar-agar) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker.


Cara Pengambilan :-

1. Waktu terbaik untuk mengambil kolagen adalah semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan dan sebelum masuk tidur).
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah.
3. Sebelum minum bolehlah dimulakan dengan membaca Bismillah dan berselawat.


KAEDAH PENYEDIAAN B

1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas kolagen seperti membasuh beras lebih kurang 5-6 kali.
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman.
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi lebih kurang 5-6 kali, kemudian toskan.
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng.
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais.



                                     Cara Pengambilan :-

1) Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur).
2) Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu sahaja.
3) Sebelum minum bolehlah dimulakan dengan membaca Bismillah dan berselawat.
4) Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker.


PERHATIAN :

* Jika boleh elakkan meminum kopi, Nescafe, minuman yang tinggi kandungan kafein kerana minuman jenis ini boleh menyerap dan membuang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama Vitamin C untuk kesan yang maksimum dan lebih cepat. Banyakkan minum air kosong.

Dapatkan kolagen anda hari ini dengan harga yang sangat berpatutan! Mudah disediakan dan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan anda!


sekian terima kasih.
... razis kamarudin...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan