Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 14 Januari 2013

TAIWAN VS CHINA


PENGENALAN

            Taiwan adalah sebuah pulau yang terletak di timur China yang mempunyai keluasan 13 965 ribu batu persegi.  Pada abad ke-16 Portugis telah menduduki Taiwan iaitu pada tahun 1544 dan mengelar taiwan sebagai “Illa Formosa” ataupun pulau cantik.[1]. Selain Portugis, Belanda dan sepanyol turut sama menduduki Taiwan pada tahun 1624 dan 1626, Sepanyol mendirikan fort zeelandia dan fort san domingo pada 1629.[2] 
Setelah imperialis Jepun mengalahkan China dalam era Dinansti Qing pada tahun 1895 masihi, Taiwan dan kepulauan Penghu di duduki oleh Jepun melalui perjanjian Shimonoseki antara China-Jepun.  Pada  23 may 1895 Tang Shing-sung telah dilantik sebagai president pertama Taiwan.[3]   Pada 02 October  1945 M   China akhirnya Berjaya menewaskan Jepun.  Kekalahan Jupun menyebabkan Taiwan dan  kepulauan Pinghu di kembalikan semula kepada China.    Walaupun China berjaya mengusir emperialis luar dari tanah besar China, namun kemelut dalaman menyebabkan berlakunya konflik akibat daripada perbezaan ideologi.
  Parti nasionalis yang diperkenalkan semasa era revolusi 1911   telah menubuhkan parti Kaomintang ( KMT ).[4]   Manakala parti komunis ditubuhkan pada 23 julai 1921 apabila kongres pertama diadakan di Shanghai dan mula berkerjasama dengan KMT dengan menubuhkan Barisan Bersatu I pada 1923 untuk menghapuskan imperialism yang menduduki China.  Namun gabungan KMT dan PKC menghadapi masalah dan rintangan.[5]   Pergerakan PKC dan KMT sudah tidak sehaluan dan mengambil langkah masing-masing untuk melawan kuasa asing.  Chiang Kai-shek muncul disaat KMT menghadapi masalah dalaman.  PKC dan KMT tetap mempunyai keretakan hubungan walaupun penubuhan Barisan Bersatu II dilaksanakan kerana kedua-dua pihak mempunyai perancangan tersendiri yang akhinrya membawa kepada ketegangan dan permusuhan antara  keduanya.[6]   Ketegangan hubungan antara keduanya akhirnya membawa kepada konflik selepas kekalahan Jepun pada 1945.
 Chiang Kai-she melihat PKC adalah satu ancaman untuk menyatukan China dan komunis perlu dihapuskan.  KMT telah menduduki Manchuria sejurus selepas Rusia meninggal wilayah tersebut.  PKC telah mengeluarkan bantahan terhadap tindakan KMT yang bertapak di Mukden.  KMT menyerang PKC kerana berdegil tidak mahu meninggalkan Bandar Mukden.   Pada peringkat awal Perang saudara ini banyak memberi kelebihan kepada KMT dari sudut  bilangan tentera dan persenjataan kerana mendapat bantuan dari Amerika syarikat.   Namun selepas itu, Komunis mengunakan teknik dan strategic dengan mengunakan rakyat china sebgai senjata dan akhirnya berjaya apabila bilangan komunis meningkat kepada 2.5 juta pada tahun 1948 berbanding 1.95 juta pada 1947.[7]
 Sejurus selepas itu, kebanyakkan perang saudara yang berlaku banyak dimenangi oleh PKC dan lebih menguasai keadaan di china.   perpecahan dalam KMT memudahkan PKC mengusir KMT dari tanah besar china. perkara ini  menyebabkan Chiang Kai-shek dan pengikutnya berundur ke Taiwan dan mendirikan kerajaan Republik pada tahun 1949 apabila berjaya melepaskan diri dari serangan PKC.



 MASALAH HUBUNGAN CHINA DAN TAIWAN SELEPAS 1949.
TUNTUTAN  CHINA KEATAS TAIWAN.
Setelah pengunduran Chiang Kai-shek ke Taiwan apabila kalah dalam perang saudara pada tahun 1949 maka China telah terbahagi kepada dua blok pemerintahan iaitu komunis (PKC) yang metadbir tanah besar China diketuai oleh Mao Zedong telah membentuk Republik Rakyat China( PRC ) dan selepas itu ia dikenali sebagai China.[8]   Manakala Taiwan yang ditubuhkan oleh KMT dibawa pemerintahan Chiang Kai-shek telah membentuk kerajaan sendiri yang bebas dan demokrasi.    Pembentukan dua kerajaan ini menjadi masalah utama yang dihadapi oleh Negara China selepas perang saudara 1949.[9]    Perkara ini menjadikan satu kemelut hubungan antara China dan Taiwan apabila kedua-duanya cuba untuk berusaha untuk menundukan satu sama lain agar membentuk satu Negara China yang menyatukan seluruh wilayah di china.    Chiang Kai-shek masih mempunyai cita-cita yang tinggi bagi menyatukan seluruh tanah besar China dengan Taiwan. Beliau bergantung harap kepada Amerika untuk mendapatkan bantuan ekonomi dan pertahanan.
Pihak China menganggap Taiwan adalah sebagai pemberontak yang perlu dihapuskan dan Taiwan dianggap sebagai hak wilayah China yang ke-23.   China cuba membebaskan Taiwan dari KMT dan disatukan dengan tanah besar china malalui prinsip “ satu Negara, satu sistem” dan bukan “dua China” atau “satu China, satu Taiwan”.[10]  Pada tahun 1950 komunis telah membentuk tentera Pembebasan Rakyat ( PLA ) bagi menyerang Taiwan.   Walau bagaimanapun PLA terpaksa menangguhkan serangan keatas Taiwan kerana meletusnya perang saudara Korea pada 25 Jun 1950.[11]   Bukan itu sahaja, China turut mengalami keretakan hubungan dengan Rusia mengenai isu sempadan    Setelah tamat perang tersebut PLA memodenkan ketenteraanya bagi mengancam Taiwan dengan memiliki 300 pesawat, 519 kapal perang dan 341 kapal penyokong pada tahun 1955.  Perkara ini membawa kepada pengeboman kepulauan Jinmen pada September 1954 dan pada junuari 1955, PLA meranmpas beberapa pulau yang diduduki oleh KMT antaranya adalah pulau Iklang Shang dan Kinmin.[12]   China terus berusaha untuk mendapatkan Taiwan sebagai wilayah kekuasaanya dengan menubuhkan beberapa akta antaranya adalah akta anti-pemisah iaitu satu akta yang bertangungjawab menghalang mana-mana gerakan pemisahan dengan tanah besar China.
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA.
            Setelah pengunduran KMT dibawa Chiang Kai-shek ke Taiwan apabila tewas kepada kerajaan komunis maka beliau telah menubuhkan sebuah kerajaan bebas dan demokrasi di Taiwan yang mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat.[13]  Chiang Kai-shek telah menjadikan Taipei sebagai ibu negeri dan bercita-cita untuk mendapatkan semula tanah besar China untuk menyatukan china pada masa akan datang.   Manakala PKC telah menubuhkan parti Rakyat China (PRC ) dibawa Mao Zedong.    Pembentukan dua kerajaan ini cuba berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Negara-negara luar agar salah satu antaranya dianggap wakil China.
            Pada awalnya Chiang Kai-shek lebih mendapat perhatian dunia sebagai wakil China dan bukannya Pihak Kuminis (PRC ).   Taiwan telah mendapat sokongan kuat daripada Amerika dan Jepun dan pihak Kuminis pula tidak diiktiraf oleh Amerika dan liga bangsa-bangsa bersatu( PBB).  Walau bagaimanapun keadaan ini telah berubah pada penghujung abad ke-20 apabila pihak komunis mula mendapat perhatian dunia.  Perkara ini berlaku akibat daripada  Taiwan telah menarik diri dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) dan penarikan tersebut menyebabkan China mengisi kekosongan kerusi yang dilepaskan oleh Taiwan pada tahun 1971. 
Selain itu, blog kumunis mula berpengaruh dan Rusia Negara pertama yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China (RRC) selepas pengistiharanya pada 1 october 1949.  Rusia mempunyai agenda tersendiri kerana memerlukan Negara komunis untuk menjayakan dan meluaskan pengaruhnnya.[14] Perkara ini menyebabkan semangkin banyak Negara mula mengiktiraf China dan bukan lagi Taiwan.  Keadaan Taiwan semangkin terdesak apabila Amerika mengubah dasarnya terhadap China  pada tahun 1972 apabila Nixon melawat China.  Perkara ini menyebabkan kekecewaan Chiang Kai-shek.  Hubungan Jepun-China juga semangkin baik selepas lawatan Nixon pada tahun 1972, dasar Jepun terhadap China turut berubah termasuklah mengiktiraf China sebagai kerajaan yang sah mewakili keseluruhan China dan mengiktiraf Taiwan sebahagian daripada China.[15]
Setelah kematian Chiang Kai-shek, Taiwan telah diperintah oleh anaknya Chiang kai-guo.  Semasa pemerintahan beliau polisi Taiwan telah diubah daripada usaha untuk mendapatkan tanah besar China kepada pengukuhan ekonomi Taiwan dalam bidang industri.  Namun pemerintahan beliau tidaklah lama ia telah digantikan oleh Lee Teng-hui pada tahun 1988 sehingga tahun 2000.[16]  Semasa pemerintahan beliau Taiwan semangkin hilang pengiktirafan dunia.   Perubahan president Amerika Syarikat daripada Trujman kepada Clington menyebabkan Amerika mengubah dasarnya dan cuba berhubung dengan China melalui “ strategic Partnership”.[17]  Perkara ini ditegaskan oleh Clington bahawa polisi Amerika untuk menyokong Taiwan akan berkurang  dan lebih menerima China.
 sehubungan dengan itu, Clington mula bertindak menapikan Taiwan apabila tidak menyokong usaha Taiwan untuk kearah kemerdekaan, bahkan tidak menyokong polisi “ satu china, satu taiwan” dan tidak menyokong penyertaan Taiwan dalam badan PBB.    Selain Amerika Syarikat, China turut menjalinkan hubungan antarabangsa dengan Negara-negara lain seperti China-Perancis dan China-Rusia pada 1997.  Pengiktirafan Taiwan oleh Negara-negara luar semangkin jelas apabila Afrika Selatan memutuskan hubungan Diplomatik dengan Taiwan dan menjalin hubungan dengan China pada tahun 1998.[18]
Perkara ini jelas menunjukan permasalah hubungan yang dihadapi oleh China dan Taiwan apaila kedua-dua pihak cuba berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Negara-negara luar termasuk PBB.  Walaupun awalnya Taiwan lebih banyak Negara yang menyokong perjuangan KMT, namun pada pengakhir abad ke 20 memperlihatkan China mula mendapat tempat dimata dunia berbanding  Taiwan.
STRATEGIK  HARD POWER CHINA KEATAS TAIWAN.
            Selepas perang saudara pada 1949, China terus berusaha untuk mendapatkan Taiwan sebagai wilayah kekuasaanya yang ke-23.   China telah mengunakan kaedah Hard Power[19] agar Taiwan bersatu dengan tanah besar China.  Perkara ini menjadi permasalahan hubungan antara Taiwan dengan China selepas perang saudara tersebut.
            Tindakan tersebut menjadi masalah hubungan  antara China dan Taiwan.  Setelah China mendapat pengaruh diperingkat antarabangsa China cuba berusaha untuk mendapatkan semula Taiwan daripada terus berpisah dari China.   strategic Hard Power yang digunakan oleh china menyebabkan permasalahan hubungan dengan Taiwan semangkin meruncing.  China telah mengunakan kuasa ketenteraan bagi mengatasi ancaman dari Taiwan.  Perkembangan kegiatan ekonomi di Shanghai dan wilyah timur China yang berdekatan dengan Taiwan dianggap berbahaya oleh China kerana terdedah kepada serangan dari Taiwan akibat faktor geografi.
            Keupayaan China mengembangkan ketenteraanya melalui penubuhan tentera PLA menyebabkan tekanan keatas Taiwan.  China sering kali melakukan serangan keatas pulau-pulau berdekatan dengan Taiwan termasuklah pulau Jinmen dan menakluk beberapa pulau yang dikuasai oleh KMT.[20]  Tindakan china yang mengancam Taiwan juga dapat dilihat melalui latihan peperangan di pulau Fujian yang berdekatan dengan Taiwan.   China telah membina jalan keretapi dari Xiamen di Fujian ke Yingtan.[21]   Tindakan ini meregangkan lagi hubungan antara China dan Taiwan.  Pada tahun 1960-an ancaman China keatas Taiwan berkurang kerana berlaku krisis ekonomi dan pergolakan dalaman China.   perubahan dasar Amerika juga yang mula berbaik-baik dengan china pada tahun 1971-1972 turut menyumbang kepada pengurangan tekanan China keatas Taiwan.   
 Pada penghujung abad ke-20  China sekali lagi mengunakan kuasa tentera bagi mengancam Taiwan.  Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah pertukaran pemimpin, Jiang Zemin telah mengantikan Deng Xiaoping.[22]   Keadaan ini menyababkan sekali lagi Taiwan diancam apabila China  melakukan latihan ketenteraan secara besar-besar termasuk latihan laut, udara dan darat.   Latihan tentera  PLA ini adalah bagi memberi amaran kepada Taiwan sekiranya pihak taiwan memilih untuk merdeka maka China akan serang dan menakluk Taiwan dengan kuasa tentera.  Hal ini kerana China menentang sebarang usaha untuk memisahkan Taiwan dari China.  selain itu pihak Beijing telah memperkenalkan undang-undang anti-pemisah.
Beijing telah meningkatkan lagi tindakan mengandakan aktiviti ketenteraan bagi mengancam Taiwan dengan menceroboh udara Taiwan pada ogos 1999.[23]   Kemarahan Beijing terhadap Taiwan juga dapat dibuktikan apabila berlaku gempa bumi di Taiwan.  China telah mensyaratkan PBB agar mendapat keizinan terlebih dahulu dari Beijing.  Selain itu, bantuan dari Rusia seperti ubat-ubatan turut tergendala dihantar ke Taiwan kerana China tidak membenarkan kapal terbang melalui udara China.  bukan setakat itu sahaja,  china turut mengancam Taipei dengan menambah bilangan peluru berpandu jarak jauh dan dekat yang menghala ke Taiwan.  pada tahun 1998, 50 buah peluru berpandu diletakan menghadap Taiwan dan telah meningkat kepada 150 buah pada tahun 1999.[24]
STRATEGIK SOFT POWER CHINA KEATAS TAIWAN.
            Semasa pemerintahan Deng Xiaoping telah mengubah tindakan keatas Taiwan daripada mengunakan hard power kepada soft power.[25]  Deng cuba berusaha untuk memulihkan hubungan dengan Taiwan agar dapat membawa Taiwan ke China sebagai wilayahnya setelah terpisah kesan daripada perang saudara pada tahun 1949.   Beijing telah menghantar surat kepada rakyat Taiwan dengan mengatakan “ kepada rakan senegara sekalian oleh NPC ( kongres kebangsaan China) pada januari 1979.[26]   Deng juga berjanji kepada Taiwan sekianya berlaku penyatuan antara Taiwan dan China tiada perubahan sistem yang akan dilakukan keatas taiwan termasuk ekonnomi, social dan politik.[27]     
            Naib pengerusi NPC, Ye Jingying mencadangan konsep “satu Negara, dua sistem” pada September 1981.  Setelah itu, pelbagai langkah penyatuan dilakukan antaranya melalui 3 hubungan ataupun three link berfungi untuk hubungan komersial, pos dan lawatan dan kedua adalah melalui “empat pertukaran” iaitu petukaran akedemik, ekonomi, sukan dan kebudayaan.[28]  Bagi menjaya penyatuan tersebut Beijing telah menubuhkan ARATS ( Association For Relation across Taiwan Straits ) dan Taipei pula menubuhkan SEF ( Strait Exchange Foundation ).   Bagi Lee Teng-hui president Taiwan menyambut baik cadangan tersebut dengan membenarkan rakyat Taiwan melawat ke China dan menhantar menteri-menteri kerajaan untuk menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh China.[29]
            Walau bagaimanapun usaha ini tidak berhasil akibat beberap faktor antaranya adalah perubahan dasar pentabiran China.  pertukaran president Deng Xiaoing kepada Jeng Zemin menyebabkan semua kuasa pentadbiran, politik dan ketenteraan dibawa Jeng.  Beliau telah mengunakan kaedah tradisional iaitu cenderung kearah Konevatif.[30]  Perkara ini menyebabkan usaha kearah penyatuan tidak berlaku.   Persidangan Koo-Wang pada 16 Jun 1995 antara ARATS dan SEF dibatalkan.  Selain itu,  tindakan Taiwan yang mengunakan polisi three no’s  iaitu no contrak, no negotiation, dan no compromise memyebabkan Taipei menolak hubungan perdagangan, udara dan air dengan Beijing. Perkara ini menyebabkan hubungan antara Beijing dan Taipei tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kedua pihak.[31]
USAHA PEMBEBASAN DAN KEMERDEKAAN TAIWAN.
            Sepanjang penubuhan kerajaan sosialis Taiwan bermula pada tahun 1949, apabila Chiang Kai-shek melarikan diri akibat kalah dalam perang saudara pada tahun yang sama.  Setelah itu, Taiwan telah membentuk identity sendiri yang bertentangan dengan China.  pada penghujung abad ke-20 menyaksikan bagaimana usaha pembebasan Taiwan dilakukan untuk menjadikan Taiwan sebagai sebuah Negara yang merdeka untuk mengekalkan status quenya.
Pembentukan Taiwan untuk merdeka dapat dilihat melalui sokongan rakyat Taiwan sendiri.   Rakyat Taiwan yang dulu memberi sokongan kepada parti KMT telah berpaling arah kepada parti DPP yang memperjuangkan kemerdekaan Taiwan.[32]  Perkara ini permasalahan hubungan antara Taiwan- China apabila rakyat Taiwan memerjuangkan kemerdekaan dari China selepas perang saudara 1949.  Pada tahun 1992 sebanyak 45 % rakyat Taiwan menganggap diri mereka sebagai rakyat china.  walau bagaimanapun peratusan ini terus merosot pada tahun berukutnya iaitu pada tahun 1994 sehingga 1997, peratusan rakyat Taiwan yang menganggap diri mereka sebagai rakyat china terus merosot kepada 41 % kepada 30 %.  Lawatan Koo ke China juga menyebabkan penurunan kepada 12 % sahaja yang menganggap diri mereka sebagai rakyat china dan pada masa kini hanya 9 % sahaja yang rakyat Taiwan yang menganggap diri mereka sebagai rakyat China.[33]   perkara ini jelas menunjukan riaksi rakyat Taiwan yang cuba membebaskan Taiwan dan membentuk sebuah Negara yang merdeka.   Kemenangan parti DPP yang diketuai oleh Chen dalam kempen pilihanraya pada 28 september 1998 menyatakan bahawa jika Beijing tidak mengunakan ketenteraan untuk menyatukan taiwan dan china, maka tiada gerakan kemerdekaan akan dilakukankan dan sebaliknya.[34]
Sehubungan dengan itu, ramai cendikiawan dan ahli politik Taiwan cuba berusaha untuk membentuk identity Taiwan yang berbeza dengan china.  Lee Teng hui sebagai ketuai ahli TSU ( Taiwan Solidarity Union) cuba membentuk identity taiwan dengan mengalakan golongan muda untuk menulis sejarah dari perprektif Taiwan dan mengunakan sejarah baru untuk memupuk pelajar agar menerima Taiwan dan menolak china.[35]  melalui identity ini akan melahirkan semangat nasionalis untuk mengekalkan status que taiwan.   
KESIMPULAN.
            Kesimpulanya, jelas menunjukan hubungan Taiwan dengan China tidak pernah mencapai sepakat untuk menyelesaikan persengketaan untuk hubungan dua hala.  Kesan daripada perang saudara adalah satu titik mula persengketaan antara taiwan dan china.   persengketaan selepas perang saudara pada 1949 banyak mendatangkan kesan kepada hubungan keduanya pihak.   Kedua-dua parti pemerintah iaitu KMT dan PKC cuba untuk membentuk satu kerajaan sebagai wakil china secara keseluruhannya iaitu meliputi kawasan tanah besar china dan taiwan. Tindakan China yang mengunakan dua kaedah hard dan soft power bagi membawa masuk Tiawan untuk menjadi wilayah yang ke-23 tidak mecapai matlamat apabila kedua-duanya gagal untuk menarik taiwan.   Hubungan china dan taiwan juga turut dipengaruhi oleh situasi politik dunia luar terutamanya Amerika Syarikat.   Pihak luar turut menjadikan masalah hubungan antara Taiwan dan China kerana Taiwan cuba untuk mendapatkan pengaruh dan sokongan Negara lain bagi mengukuhkan kedudukan dan untuk mengekalkan status quenya.

BIBLIOGRAFI.
1.      Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya, Universiti Malaya Kuala   Lumpur, 2009.

2.      O. Edmund Clubb, Twentieth Centry China. Columbia University Press , New York 1967

3.      Kenneth Scott Latourette, Sejarah China Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1970

4.      A. J. Grajdanzev, Formosa (Taiwan) Under Japanese Rule. Pacific Affairs, Vol. 15, No. 3.  1942.


5.        Lung-Chu Chen and Harold D. lasswell, Formosa, China and United Nations : Formosa in The World Community.  St. Martin’s Press, New York 1967. Hlm 82.


6.      Asmadi Hassan, Md Nasrudin Md Akhir, Dinamisme Politik dan Sosiobudaya Jepun, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Asia Timur, 2007


7.      Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar.  Intitut Pengajian China Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2004.


[1] Lung-Chu Chen and Harold D. lasswell, Formosa, China and United Nations : Formosa in The World Community.  St. Martin’s Press, New York 1967. Hlm 82.
[2] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 82.
[3] A. J. Grajdanzev, Formosa (Taiwan) Under Japanese Rule. Pacific Affairs, Vol. 15, No. 3. (Sep., 1942). Hlm 311.
[4] Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya, university Malaya Kuala Lumpur, 2009. Hlm 106.
[5] Suffian Mansor, sejarah china moden. Hlm 124.
[6] Ibid. 175.
[7] Suffian mansor. Sejarah china moden. Hlm 184.
[8] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China and United Nations. Hlm 84
[9]Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar.  Intitut Pengajian China Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2004. Hlm 65.
[10] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 87.
[11] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 63.                         
[12] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 86
13. O. Edmund Clubb, Twentieth Centry China. Columbia University Press , new York 1964. Hlm 297
[14] Kenneth Scott Latourette, Sejarah China Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1970. Hlm 154.
[15] Asmadi Hassan, Md Nasrudin Md Akhir, Dinamisme Politik dan Sosiobudaya Jepun, Jabatan Pengajian Asia Timur Kuala Lumpur:, 2007
[16] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm  76.
[17] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[18] Ibid. 76.
[19] Hard Power merujuk kepada tindakan strategic sesebuah Negara yang mempunyai keupayaan dari sudut ketenteraan yag kuat bagi menuntut dan memaksa Negara lain untuk mengikuti kehendak Negara tersebut.  China telah mengunakan kaeah ini bagi memaksa Taiwan untuk bersama menyertaan tanah besar china dengan mengunakan kekerasan iaitu mengunakan kekuatan tentera bagi mengancam Taiwan agar mengikuti kehendak china.  Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 64.
[20] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 86.
[21] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 66
[22] Ibid. hlm
[23] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 77.
[24] Ibid. hlm 77
[25] Soft Power pula merujuk kepada satu tindakan memaksa Negara lain tidak secara kekerasan.  Menurut Joseph Nye soft power merupakan kuasa yang datang dari kekuatan ekonomi, nilai dan budaya.  Semua tindakan tersebut tampa melibatkan tindakan ketenteraan. Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 64.
[26] prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[27] Ibid. hlm 67.
[28] Ibid. 76
[29] Ibid.
[30] Ibid.
[31] prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[32] Ibid. hlm 83.
[33] Ibid.
[34] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[35] Ibid.

2 ulasan:

  1. hap kok kaa lu kie.. niak blog.. canggih na hak..

    BalasPadam
  2. kebetulan tong.. sengaja ditahuk banan kerja mareom blog.

    BalasPadam