Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 14 Januari 2013

TAIWAN VS CHINA


PENGENALAN

            Taiwan adalah sebuah pulau yang terletak di timur China yang mempunyai keluasan 13 965 ribu batu persegi.  Pada abad ke-16 Portugis telah menduduki Taiwan iaitu pada tahun 1544 dan mengelar taiwan sebagai “Illa Formosa” ataupun pulau cantik.[1]. Selain Portugis, Belanda dan sepanyol turut sama menduduki Taiwan pada tahun 1624 dan 1626, Sepanyol mendirikan fort zeelandia dan fort san domingo pada 1629.[2] 
Setelah imperialis Jepun mengalahkan China dalam era Dinansti Qing pada tahun 1895 masihi, Taiwan dan kepulauan Penghu di duduki oleh Jepun melalui perjanjian Shimonoseki antara China-Jepun.  Pada  23 may 1895 Tang Shing-sung telah dilantik sebagai president pertama Taiwan.[3]   Pada 02 October  1945 M   China akhirnya Berjaya menewaskan Jepun.  Kekalahan Jupun menyebabkan Taiwan dan  kepulauan Pinghu di kembalikan semula kepada China.    Walaupun China berjaya mengusir emperialis luar dari tanah besar China, namun kemelut dalaman menyebabkan berlakunya konflik akibat daripada perbezaan ideologi.
  Parti nasionalis yang diperkenalkan semasa era revolusi 1911   telah menubuhkan parti Kaomintang ( KMT ).[4]   Manakala parti komunis ditubuhkan pada 23 julai 1921 apabila kongres pertama diadakan di Shanghai dan mula berkerjasama dengan KMT dengan menubuhkan Barisan Bersatu I pada 1923 untuk menghapuskan imperialism yang menduduki China.  Namun gabungan KMT dan PKC menghadapi masalah dan rintangan.[5]   Pergerakan PKC dan KMT sudah tidak sehaluan dan mengambil langkah masing-masing untuk melawan kuasa asing.  Chiang Kai-shek muncul disaat KMT menghadapi masalah dalaman.  PKC dan KMT tetap mempunyai keretakan hubungan walaupun penubuhan Barisan Bersatu II dilaksanakan kerana kedua-dua pihak mempunyai perancangan tersendiri yang akhinrya membawa kepada ketegangan dan permusuhan antara  keduanya.[6]   Ketegangan hubungan antara keduanya akhirnya membawa kepada konflik selepas kekalahan Jepun pada 1945.
 Chiang Kai-she melihat PKC adalah satu ancaman untuk menyatukan China dan komunis perlu dihapuskan.  KMT telah menduduki Manchuria sejurus selepas Rusia meninggal wilayah tersebut.  PKC telah mengeluarkan bantahan terhadap tindakan KMT yang bertapak di Mukden.  KMT menyerang PKC kerana berdegil tidak mahu meninggalkan Bandar Mukden.   Pada peringkat awal Perang saudara ini banyak memberi kelebihan kepada KMT dari sudut  bilangan tentera dan persenjataan kerana mendapat bantuan dari Amerika syarikat.   Namun selepas itu, Komunis mengunakan teknik dan strategic dengan mengunakan rakyat china sebgai senjata dan akhirnya berjaya apabila bilangan komunis meningkat kepada 2.5 juta pada tahun 1948 berbanding 1.95 juta pada 1947.[7]
 Sejurus selepas itu, kebanyakkan perang saudara yang berlaku banyak dimenangi oleh PKC dan lebih menguasai keadaan di china.   perpecahan dalam KMT memudahkan PKC mengusir KMT dari tanah besar china. perkara ini  menyebabkan Chiang Kai-shek dan pengikutnya berundur ke Taiwan dan mendirikan kerajaan Republik pada tahun 1949 apabila berjaya melepaskan diri dari serangan PKC.



 MASALAH HUBUNGAN CHINA DAN TAIWAN SELEPAS 1949.
TUNTUTAN  CHINA KEATAS TAIWAN.
Setelah pengunduran Chiang Kai-shek ke Taiwan apabila kalah dalam perang saudara pada tahun 1949 maka China telah terbahagi kepada dua blok pemerintahan iaitu komunis (PKC) yang metadbir tanah besar China diketuai oleh Mao Zedong telah membentuk Republik Rakyat China( PRC ) dan selepas itu ia dikenali sebagai China.[8]   Manakala Taiwan yang ditubuhkan oleh KMT dibawa pemerintahan Chiang Kai-shek telah membentuk kerajaan sendiri yang bebas dan demokrasi.    Pembentukan dua kerajaan ini menjadi masalah utama yang dihadapi oleh Negara China selepas perang saudara 1949.[9]    Perkara ini menjadikan satu kemelut hubungan antara China dan Taiwan apabila kedua-duanya cuba untuk berusaha untuk menundukan satu sama lain agar membentuk satu Negara China yang menyatukan seluruh wilayah di china.    Chiang Kai-shek masih mempunyai cita-cita yang tinggi bagi menyatukan seluruh tanah besar China dengan Taiwan. Beliau bergantung harap kepada Amerika untuk mendapatkan bantuan ekonomi dan pertahanan.
Pihak China menganggap Taiwan adalah sebagai pemberontak yang perlu dihapuskan dan Taiwan dianggap sebagai hak wilayah China yang ke-23.   China cuba membebaskan Taiwan dari KMT dan disatukan dengan tanah besar china malalui prinsip “ satu Negara, satu sistem” dan bukan “dua China” atau “satu China, satu Taiwan”.[10]  Pada tahun 1950 komunis telah membentuk tentera Pembebasan Rakyat ( PLA ) bagi menyerang Taiwan.   Walau bagaimanapun PLA terpaksa menangguhkan serangan keatas Taiwan kerana meletusnya perang saudara Korea pada 25 Jun 1950.[11]   Bukan itu sahaja, China turut mengalami keretakan hubungan dengan Rusia mengenai isu sempadan    Setelah tamat perang tersebut PLA memodenkan ketenteraanya bagi mengancam Taiwan dengan memiliki 300 pesawat, 519 kapal perang dan 341 kapal penyokong pada tahun 1955.  Perkara ini membawa kepada pengeboman kepulauan Jinmen pada September 1954 dan pada junuari 1955, PLA meranmpas beberapa pulau yang diduduki oleh KMT antaranya adalah pulau Iklang Shang dan Kinmin.[12]   China terus berusaha untuk mendapatkan Taiwan sebagai wilayah kekuasaanya dengan menubuhkan beberapa akta antaranya adalah akta anti-pemisah iaitu satu akta yang bertangungjawab menghalang mana-mana gerakan pemisahan dengan tanah besar China.
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA.
            Setelah pengunduran KMT dibawa Chiang Kai-shek ke Taiwan apabila tewas kepada kerajaan komunis maka beliau telah menubuhkan sebuah kerajaan bebas dan demokrasi di Taiwan yang mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat.[13]  Chiang Kai-shek telah menjadikan Taipei sebagai ibu negeri dan bercita-cita untuk mendapatkan semula tanah besar China untuk menyatukan china pada masa akan datang.   Manakala PKC telah menubuhkan parti Rakyat China (PRC ) dibawa Mao Zedong.    Pembentukan dua kerajaan ini cuba berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Negara-negara luar agar salah satu antaranya dianggap wakil China.
            Pada awalnya Chiang Kai-shek lebih mendapat perhatian dunia sebagai wakil China dan bukannya Pihak Kuminis (PRC ).   Taiwan telah mendapat sokongan kuat daripada Amerika dan Jepun dan pihak Kuminis pula tidak diiktiraf oleh Amerika dan liga bangsa-bangsa bersatu( PBB).  Walau bagaimanapun keadaan ini telah berubah pada penghujung abad ke-20 apabila pihak komunis mula mendapat perhatian dunia.  Perkara ini berlaku akibat daripada  Taiwan telah menarik diri dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) dan penarikan tersebut menyebabkan China mengisi kekosongan kerusi yang dilepaskan oleh Taiwan pada tahun 1971. 
Selain itu, blog kumunis mula berpengaruh dan Rusia Negara pertama yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China (RRC) selepas pengistiharanya pada 1 october 1949.  Rusia mempunyai agenda tersendiri kerana memerlukan Negara komunis untuk menjayakan dan meluaskan pengaruhnnya.[14] Perkara ini menyebabkan semangkin banyak Negara mula mengiktiraf China dan bukan lagi Taiwan.  Keadaan Taiwan semangkin terdesak apabila Amerika mengubah dasarnya terhadap China  pada tahun 1972 apabila Nixon melawat China.  Perkara ini menyebabkan kekecewaan Chiang Kai-shek.  Hubungan Jepun-China juga semangkin baik selepas lawatan Nixon pada tahun 1972, dasar Jepun terhadap China turut berubah termasuklah mengiktiraf China sebagai kerajaan yang sah mewakili keseluruhan China dan mengiktiraf Taiwan sebahagian daripada China.[15]
Setelah kematian Chiang Kai-shek, Taiwan telah diperintah oleh anaknya Chiang kai-guo.  Semasa pemerintahan beliau polisi Taiwan telah diubah daripada usaha untuk mendapatkan tanah besar China kepada pengukuhan ekonomi Taiwan dalam bidang industri.  Namun pemerintahan beliau tidaklah lama ia telah digantikan oleh Lee Teng-hui pada tahun 1988 sehingga tahun 2000.[16]  Semasa pemerintahan beliau Taiwan semangkin hilang pengiktirafan dunia.   Perubahan president Amerika Syarikat daripada Trujman kepada Clington menyebabkan Amerika mengubah dasarnya dan cuba berhubung dengan China melalui “ strategic Partnership”.[17]  Perkara ini ditegaskan oleh Clington bahawa polisi Amerika untuk menyokong Taiwan akan berkurang  dan lebih menerima China.
 sehubungan dengan itu, Clington mula bertindak menapikan Taiwan apabila tidak menyokong usaha Taiwan untuk kearah kemerdekaan, bahkan tidak menyokong polisi “ satu china, satu taiwan” dan tidak menyokong penyertaan Taiwan dalam badan PBB.    Selain Amerika Syarikat, China turut menjalinkan hubungan antarabangsa dengan Negara-negara lain seperti China-Perancis dan China-Rusia pada 1997.  Pengiktirafan Taiwan oleh Negara-negara luar semangkin jelas apabila Afrika Selatan memutuskan hubungan Diplomatik dengan Taiwan dan menjalin hubungan dengan China pada tahun 1998.[18]
Perkara ini jelas menunjukan permasalah hubungan yang dihadapi oleh China dan Taiwan apaila kedua-dua pihak cuba berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Negara-negara luar termasuk PBB.  Walaupun awalnya Taiwan lebih banyak Negara yang menyokong perjuangan KMT, namun pada pengakhir abad ke 20 memperlihatkan China mula mendapat tempat dimata dunia berbanding  Taiwan.
STRATEGIK  HARD POWER CHINA KEATAS TAIWAN.
            Selepas perang saudara pada 1949, China terus berusaha untuk mendapatkan Taiwan sebagai wilayah kekuasaanya yang ke-23.   China telah mengunakan kaedah Hard Power[19] agar Taiwan bersatu dengan tanah besar China.  Perkara ini menjadi permasalahan hubungan antara Taiwan dengan China selepas perang saudara tersebut.
            Tindakan tersebut menjadi masalah hubungan  antara China dan Taiwan.  Setelah China mendapat pengaruh diperingkat antarabangsa China cuba berusaha untuk mendapatkan semula Taiwan daripada terus berpisah dari China.   strategic Hard Power yang digunakan oleh china menyebabkan permasalahan hubungan dengan Taiwan semangkin meruncing.  China telah mengunakan kuasa ketenteraan bagi mengatasi ancaman dari Taiwan.  Perkembangan kegiatan ekonomi di Shanghai dan wilyah timur China yang berdekatan dengan Taiwan dianggap berbahaya oleh China kerana terdedah kepada serangan dari Taiwan akibat faktor geografi.
            Keupayaan China mengembangkan ketenteraanya melalui penubuhan tentera PLA menyebabkan tekanan keatas Taiwan.  China sering kali melakukan serangan keatas pulau-pulau berdekatan dengan Taiwan termasuklah pulau Jinmen dan menakluk beberapa pulau yang dikuasai oleh KMT.[20]  Tindakan china yang mengancam Taiwan juga dapat dilihat melalui latihan peperangan di pulau Fujian yang berdekatan dengan Taiwan.   China telah membina jalan keretapi dari Xiamen di Fujian ke Yingtan.[21]   Tindakan ini meregangkan lagi hubungan antara China dan Taiwan.  Pada tahun 1960-an ancaman China keatas Taiwan berkurang kerana berlaku krisis ekonomi dan pergolakan dalaman China.   perubahan dasar Amerika juga yang mula berbaik-baik dengan china pada tahun 1971-1972 turut menyumbang kepada pengurangan tekanan China keatas Taiwan.   
 Pada penghujung abad ke-20  China sekali lagi mengunakan kuasa tentera bagi mengancam Taiwan.  Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah pertukaran pemimpin, Jiang Zemin telah mengantikan Deng Xiaoping.[22]   Keadaan ini menyababkan sekali lagi Taiwan diancam apabila China  melakukan latihan ketenteraan secara besar-besar termasuk latihan laut, udara dan darat.   Latihan tentera  PLA ini adalah bagi memberi amaran kepada Taiwan sekiranya pihak taiwan memilih untuk merdeka maka China akan serang dan menakluk Taiwan dengan kuasa tentera.  Hal ini kerana China menentang sebarang usaha untuk memisahkan Taiwan dari China.  selain itu pihak Beijing telah memperkenalkan undang-undang anti-pemisah.
Beijing telah meningkatkan lagi tindakan mengandakan aktiviti ketenteraan bagi mengancam Taiwan dengan menceroboh udara Taiwan pada ogos 1999.[23]   Kemarahan Beijing terhadap Taiwan juga dapat dibuktikan apabila berlaku gempa bumi di Taiwan.  China telah mensyaratkan PBB agar mendapat keizinan terlebih dahulu dari Beijing.  Selain itu, bantuan dari Rusia seperti ubat-ubatan turut tergendala dihantar ke Taiwan kerana China tidak membenarkan kapal terbang melalui udara China.  bukan setakat itu sahaja,  china turut mengancam Taipei dengan menambah bilangan peluru berpandu jarak jauh dan dekat yang menghala ke Taiwan.  pada tahun 1998, 50 buah peluru berpandu diletakan menghadap Taiwan dan telah meningkat kepada 150 buah pada tahun 1999.[24]
STRATEGIK SOFT POWER CHINA KEATAS TAIWAN.
            Semasa pemerintahan Deng Xiaoping telah mengubah tindakan keatas Taiwan daripada mengunakan hard power kepada soft power.[25]  Deng cuba berusaha untuk memulihkan hubungan dengan Taiwan agar dapat membawa Taiwan ke China sebagai wilayahnya setelah terpisah kesan daripada perang saudara pada tahun 1949.   Beijing telah menghantar surat kepada rakyat Taiwan dengan mengatakan “ kepada rakan senegara sekalian oleh NPC ( kongres kebangsaan China) pada januari 1979.[26]   Deng juga berjanji kepada Taiwan sekianya berlaku penyatuan antara Taiwan dan China tiada perubahan sistem yang akan dilakukan keatas taiwan termasuk ekonnomi, social dan politik.[27]     
            Naib pengerusi NPC, Ye Jingying mencadangan konsep “satu Negara, dua sistem” pada September 1981.  Setelah itu, pelbagai langkah penyatuan dilakukan antaranya melalui 3 hubungan ataupun three link berfungi untuk hubungan komersial, pos dan lawatan dan kedua adalah melalui “empat pertukaran” iaitu petukaran akedemik, ekonomi, sukan dan kebudayaan.[28]  Bagi menjaya penyatuan tersebut Beijing telah menubuhkan ARATS ( Association For Relation across Taiwan Straits ) dan Taipei pula menubuhkan SEF ( Strait Exchange Foundation ).   Bagi Lee Teng-hui president Taiwan menyambut baik cadangan tersebut dengan membenarkan rakyat Taiwan melawat ke China dan menhantar menteri-menteri kerajaan untuk menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh China.[29]
            Walau bagaimanapun usaha ini tidak berhasil akibat beberap faktor antaranya adalah perubahan dasar pentabiran China.  pertukaran president Deng Xiaoing kepada Jeng Zemin menyebabkan semua kuasa pentadbiran, politik dan ketenteraan dibawa Jeng.  Beliau telah mengunakan kaedah tradisional iaitu cenderung kearah Konevatif.[30]  Perkara ini menyebabkan usaha kearah penyatuan tidak berlaku.   Persidangan Koo-Wang pada 16 Jun 1995 antara ARATS dan SEF dibatalkan.  Selain itu,  tindakan Taiwan yang mengunakan polisi three no’s  iaitu no contrak, no negotiation, dan no compromise memyebabkan Taipei menolak hubungan perdagangan, udara dan air dengan Beijing. Perkara ini menyebabkan hubungan antara Beijing dan Taipei tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kedua pihak.[31]
USAHA PEMBEBASAN DAN KEMERDEKAAN TAIWAN.
            Sepanjang penubuhan kerajaan sosialis Taiwan bermula pada tahun 1949, apabila Chiang Kai-shek melarikan diri akibat kalah dalam perang saudara pada tahun yang sama.  Setelah itu, Taiwan telah membentuk identity sendiri yang bertentangan dengan China.  pada penghujung abad ke-20 menyaksikan bagaimana usaha pembebasan Taiwan dilakukan untuk menjadikan Taiwan sebagai sebuah Negara yang merdeka untuk mengekalkan status quenya.
Pembentukan Taiwan untuk merdeka dapat dilihat melalui sokongan rakyat Taiwan sendiri.   Rakyat Taiwan yang dulu memberi sokongan kepada parti KMT telah berpaling arah kepada parti DPP yang memperjuangkan kemerdekaan Taiwan.[32]  Perkara ini permasalahan hubungan antara Taiwan- China apabila rakyat Taiwan memerjuangkan kemerdekaan dari China selepas perang saudara 1949.  Pada tahun 1992 sebanyak 45 % rakyat Taiwan menganggap diri mereka sebagai rakyat china.  walau bagaimanapun peratusan ini terus merosot pada tahun berukutnya iaitu pada tahun 1994 sehingga 1997, peratusan rakyat Taiwan yang menganggap diri mereka sebagai rakyat china terus merosot kepada 41 % kepada 30 %.  Lawatan Koo ke China juga menyebabkan penurunan kepada 12 % sahaja yang menganggap diri mereka sebagai rakyat china dan pada masa kini hanya 9 % sahaja yang rakyat Taiwan yang menganggap diri mereka sebagai rakyat China.[33]   perkara ini jelas menunjukan riaksi rakyat Taiwan yang cuba membebaskan Taiwan dan membentuk sebuah Negara yang merdeka.   Kemenangan parti DPP yang diketuai oleh Chen dalam kempen pilihanraya pada 28 september 1998 menyatakan bahawa jika Beijing tidak mengunakan ketenteraan untuk menyatukan taiwan dan china, maka tiada gerakan kemerdekaan akan dilakukankan dan sebaliknya.[34]
Sehubungan dengan itu, ramai cendikiawan dan ahli politik Taiwan cuba berusaha untuk membentuk identity Taiwan yang berbeza dengan china.  Lee Teng hui sebagai ketuai ahli TSU ( Taiwan Solidarity Union) cuba membentuk identity taiwan dengan mengalakan golongan muda untuk menulis sejarah dari perprektif Taiwan dan mengunakan sejarah baru untuk memupuk pelajar agar menerima Taiwan dan menolak china.[35]  melalui identity ini akan melahirkan semangat nasionalis untuk mengekalkan status que taiwan.   
KESIMPULAN.
            Kesimpulanya, jelas menunjukan hubungan Taiwan dengan China tidak pernah mencapai sepakat untuk menyelesaikan persengketaan untuk hubungan dua hala.  Kesan daripada perang saudara adalah satu titik mula persengketaan antara taiwan dan china.   persengketaan selepas perang saudara pada 1949 banyak mendatangkan kesan kepada hubungan keduanya pihak.   Kedua-dua parti pemerintah iaitu KMT dan PKC cuba untuk membentuk satu kerajaan sebagai wakil china secara keseluruhannya iaitu meliputi kawasan tanah besar china dan taiwan. Tindakan China yang mengunakan dua kaedah hard dan soft power bagi membawa masuk Tiawan untuk menjadi wilayah yang ke-23 tidak mecapai matlamat apabila kedua-duanya gagal untuk menarik taiwan.   Hubungan china dan taiwan juga turut dipengaruhi oleh situasi politik dunia luar terutamanya Amerika Syarikat.   Pihak luar turut menjadikan masalah hubungan antara Taiwan dan China kerana Taiwan cuba untuk mendapatkan pengaruh dan sokongan Negara lain bagi mengukuhkan kedudukan dan untuk mengekalkan status quenya.

BIBLIOGRAFI.
1.      Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya, Universiti Malaya Kuala   Lumpur, 2009.

2.      O. Edmund Clubb, Twentieth Centry China. Columbia University Press , New York 1967

3.      Kenneth Scott Latourette, Sejarah China Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1970

4.      A. J. Grajdanzev, Formosa (Taiwan) Under Japanese Rule. Pacific Affairs, Vol. 15, No. 3.  1942.


5.        Lung-Chu Chen and Harold D. lasswell, Formosa, China and United Nations : Formosa in The World Community.  St. Martin’s Press, New York 1967. Hlm 82.


6.      Asmadi Hassan, Md Nasrudin Md Akhir, Dinamisme Politik dan Sosiobudaya Jepun, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Asia Timur, 2007


7.      Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar.  Intitut Pengajian China Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2004.


[1] Lung-Chu Chen and Harold D. lasswell, Formosa, China and United Nations : Formosa in The World Community.  St. Martin’s Press, New York 1967. Hlm 82.
[2] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 82.
[3] A. J. Grajdanzev, Formosa (Taiwan) Under Japanese Rule. Pacific Affairs, Vol. 15, No. 3. (Sep., 1942). Hlm 311.
[4] Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya, university Malaya Kuala Lumpur, 2009. Hlm 106.
[5] Suffian Mansor, sejarah china moden. Hlm 124.
[6] Ibid. 175.
[7] Suffian mansor. Sejarah china moden. Hlm 184.
[8] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China and United Nations. Hlm 84
[9]Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar.  Intitut Pengajian China Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2004. Hlm 65.
[10] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 87.
[11] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 63.                         
[12] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 86
13. O. Edmund Clubb, Twentieth Centry China. Columbia University Press , new York 1964. Hlm 297
[14] Kenneth Scott Latourette, Sejarah China Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1970. Hlm 154.
[15] Asmadi Hassan, Md Nasrudin Md Akhir, Dinamisme Politik dan Sosiobudaya Jepun, Jabatan Pengajian Asia Timur Kuala Lumpur:, 2007
[16] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm  76.
[17] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[18] Ibid. 76.
[19] Hard Power merujuk kepada tindakan strategic sesebuah Negara yang mempunyai keupayaan dari sudut ketenteraan yag kuat bagi menuntut dan memaksa Negara lain untuk mengikuti kehendak Negara tersebut.  China telah mengunakan kaeah ini bagi memaksa Taiwan untuk bersama menyertaan tanah besar china dengan mengunakan kekerasan iaitu mengunakan kekuatan tentera bagi mengancam Taiwan agar mengikuti kehendak china.  Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 64.
[20] Lung-Che Chen and Harold D. Lasswell, Formosa, China anD United Nations. Hlm 86.
[21] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 66
[22] Ibid. hlm
[23] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 77.
[24] Ibid. hlm 77
[25] Soft Power pula merujuk kepada satu tindakan memaksa Negara lain tidak secara kekerasan.  Menurut Joseph Nye soft power merupakan kuasa yang datang dari kekuatan ekonomi, nilai dan budaya.  Semua tindakan tersebut tampa melibatkan tindakan ketenteraan. Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 64.
[26] prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[27] Ibid. hlm 67.
[28] Ibid. 76
[29] Ibid.
[30] Ibid.
[31] prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[32] Ibid. hlm 83.
[33] Ibid.
[34] Prof. Madya Obaidellah Mohamad, China: Isu dan Hubungan Luar. Hlm 76.
[35] Ibid.

PERANG KLANG.


PENGENALAN
        Perang Klang memperlihatkan kepada kita satu lagi perang saudara yang telah berlaku pada abad ke-19 masihi di alam melayu.    Perang saudara yang berlaku di wilayah klang sebenarnya banyak di pengaruhi oleh perkembangan ekonomi dan perebutan kuasa pemerintahan Wilayah Klang.   Perkembangan perusahaan bijih timah di lembah Klang memyebabkan wilayah tersebut menjadi rebutan oleh pembesar-pembesar negeri Selangor kerana potensi ekonominya.  Hal ini menyebabkan pertelingkahan berlaku di antara Raja Mahdi dengan Raja Abdullah yang membawa kepada perang Klang.
Untuk mengetauhi lebih lanjut mengenai episod  perang yang berlaku penting untuk merujuk  naskah kenang-kenangan selangor yang di tulis oleh Wan Muhammad Amin[1] pada tahun 1920 M.   perang yang meletus pada abad ke-19, namun Naskah tersebut ditulis pada abad ke-20 seperti mana penyataan seperti berikut “ bahawa aku mula menulis riwayat ini pada 11 haribulan jamadil awal hijrat Nabi SAW. Sanah 1338, bersamaan dengan 1 haribulan Februari 1920”.[2]  ketika itu Wan Muhammad Amin telah berusia 73 tahun seperti mana di tulis dalam naskah tersebut . 
         
       “ bahawa sesungguhnya pada waktu inilah baharu dibukakan Allah swt, hatiku ingat dan berhajat hendak memperbuatkan dia pada hal boleh dikatakan sudah lewat daripada masanya kerana umurku lebih kurang telah tujuh pulu tiga tahun, otak telah kering tiada basah lagi, serta tubuhku pun selalu uzur, peringatan tengelam timbul, istimewa pula pengetauanku tersangat kurang. Oleh yang demikian, tiadalah dengan seperti peraturanya melainkan semata-mata cangung dan janggal sehaja segala sajak perkataan”.[3]
      
sepanjang tahun 1866-1873 M memperlihatkan  peristiwa penting yang bersejarah kepada  negeri Selangor.  Naskah kenang-kenangan Selangor  menjadi sumber dan bukti yang kukuh untuk melihat bagaimana perang tersebut berlak. [4]    Penulisan naskah kenang-kenangan selangor dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengambarkan episod perang yang berlaku di klang.  Melalui penulisan Wan Muhammad Amin yang mempunyai fakta yang dapat dipertanggungjawabkan.
KEPENTINGAN NASKAH KENANG-KENANGAN SELANGOR DALAM MENGAMBARKAN EPISOD PERANG KLANG 1866-1873

FAKTOR-FAKTOR PERANG KLANG
PEMBUNUHAN ORANG BENGALA.
            Naskah Kenang-kenangan Selangor adalah naskah yang penting dalam menyelidik faktor-faktor yang membawa kepada perang Klang pada tahun 1866 M.  faktor pertama yang menyebabkan perang berlaku seperti mana dalam dalam Naskah adalah faktor pembunuhan seorang orang Bengala.  Permulaannya adalah berpunca daripada perkalahian antara suku Bugis dengan anak-anak Pergalah.[5]  Dalam perkelahian tersebut telah mengorbakan seorang anak pergalah  yang bernama Encik Rasul.  Persengketaan itu juga turut menyebabkan  beberapa orang Bugis  cedera ditikam Haji Muhammad Tahir ( Dato’ Dagang).    Di sebabkan itu, orang Batu Bahara tidak berpuas hati dan berdendam ingin menuntut bela keatas kematian tersebut kerana pembunuhnya  tidak dihukum oleh Raja Abdullah.[6]  Dalam naskah dinyatakan seperti beriktu  “  setelah peristiwa ini berlaku maka tiadalah puas hati encik Muhammad “akid, kerana anak buahnya mati dengan tiada berbela, istimewa pula pihak yang melakukan pembunuhan itu tiada mendapat apa-apa hukuman”.[7]

PEREBUTAN WILAYAH KLANG
            Seterusnya faktor yang membawa kepada perang Klang pada tahun 1866 M  adalah disebabkan oleh perebutan wilayah Klang.  Raja Mahdi yang  berdendam dan tidak puas hati  terhadap Raja Abdullah mengenai kelayakan pertuanan Klang.  Sebelum ini Klang diperintahkan oleh Raja Sulaiman iaitu ayah  kepada Raja Mahdi,  namun setelah kemangkatan Raja Sulaiman, Klang di serahkan kepada Raja Abdullah.   Perkara ini menimbulkan tidak puas hati  Raja Mahdi yang seharusnya mewarisi jawatan tersebut.
Semasa pemerintahan Raja Abdullah berlaku perkembangan ekonomi di Klang dalam peningkatan pengeluaran hasil timah.  Kemasukan buruh-buruh china telah mengembangkan kegiatan perlombongan bijih timah.   Dendam Raja Mahdi semangkin membara apabila elaun sara hidup yang diberikan kepada beliau adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah.   Dalam naskah menyatakan seperti berikut
“  apabila Raja Mahdi mendengar penakuan yang demikian itu, amatlah sukacita hatinya seoleh-oleh orang yang mengantuk disarungkan bantal, kerana ia telah sedia berdendam dan sakit hati kepada raja Abdullah yang telah kaya raya oleh mendapat cukai berpuluh ribu ringgit setiap bulan”[8]
Sehubungan dengan itu, perang klang juga meletus akibat daripada dendam antara orang melayu dan bugis.    Perkara ini ditulis oleh pengarang dalam naskah Kenang-kenagan Selangor.  persenketaan antara orang melayu dengan bugis bermula pada abad ke 17 lagi apabila jawatan YDP di dalam pentadbiran kerajaan Johor.  Ketidak puashatian orang melayu terhadap orang-orang bugis menyebabkan beberapa persengketaan antara kedua pihak.
                        STRATEGIK DAN PERALATAN PERANG.
KEPUNGAN.
            Dalam naskah Kenang-kenangan Selangor diceritakan bagaimana strategic di setiap perang yang berlaku.  Antara strategic yang sering digunakan oleh kedua belah pihak adalah strategic kepungan keatas Kubu  musuh masing-masing.  Perang pertama yang berlaku pada 1866 antara Raja Mahdi dengan Raja Ismail.    Raja Mahdi telah melakukan kepungan dan sekatan keatas kubu orang bugis.  Dalam naskah dinyatkan seperti beriku:
orang-orang bugis dalam gudang Raja Abdullah itupun pada masa itu telah putus makanan, kerana barang-barang makanan tiada dapat dibawa masuk sebab sentiasa dijagai oleh orang-orang Raja Mahdi daripada kota diatas bukit”[9]
Kesanya menyebabkan barangan tidak dapat dibawa masuk ke kota. Hal ini membawa kepada kekalahan pihak musuh.   Begitu juga perang kedua dan ketiga, dimana kepungan telah dilakukan oleh pihak raja Ismail dan Tengku Kudin  keatas kubu Syed Mashor dan  Raja Mahdi yang menyebabkan kehabisan bekalan dan akhirnya membawa kepada kekalahan kepada pihak Raja Mahdi dan Syed Mashor.  Dalam naskah  dinyatakan seperti berikut :
“  dalam beberapa bulan saja maka terkepunglah kota dan gudang serta segala kubu-kubu Raja Mahdi hingga tiada dapat dibawa masuk barang-barang makanan.”[10]

PEMBINAAN KUBU-KUBU PERTAHANAN.
            Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tradisi perang alam melayu membina kubu-kubu pertahanan ketika perang.  Oleh itu perang Klang tidak terkecuali dalam hal tersebut.  Dalam naskah kenang-kenagan selangor menceritakan bagaimana kubu-kubu dibina dan peranan setiap kubu tersebut.   Kedua pihak akan membina kubu lebih daripada satu kubu dan setiap kubu mempunyai peranan tersendiri selain untuk berlindung.   Kubu-kubu pertahanan ini dibina diatas bukit dan disepanjang sungai.   Dalam siri perang pertama perang Klang Raja Mahdi telah memerintahkan Encik Muhammad Arkib untuk membina kubu di sungai Pengkalan Batu.  Perkara ini jelas menunjukan bagaimana peranan kubu dalam strategic ketika berperang.
 “ Enche ‘Muhammad Arkib orang yang jadi harapan Raja Mahdi, sedang berkubu di- tepi sungai Pengkalan Kota, berhampiran dengan masjib lama. Enche Muhammad Arkib menyuroh orang2 yang di dalam kubu itu supaya berjaga2, kerana Bugis sudah datang melanggar”[11]
            Begitu juga dalam perang siri ke-2 dan ke-3, apabila Raja Ismial berusaha semula untuk menawan kubu dan gudang yang telah ditawan Oleh Raja Mahdi.  Misalnya Raja Ismail mengarahkan Dato’ Dagang untuk membina kubu di Sungai Pinang, Bukit Kuda dan pengikut-pengikut Raja Ismail turut membina kubu disekeliling kota Raja Mahdi.[12]
SERANGAN HENDAP.
            Selain itu, strategic yang digunakan semasa perang klang adalah serangan hendap.  Serangan ini dilakukan ketika pihak lawan tidak bersedia sebagai contoh dalam naskah kenang-kenagan Selangor menyebutkan perkara ini “ adapun Raja Sulaiman telah mangkat takkala peperangan itu hampir selesai.  Kabarnya pada masa ia keluar dari bukit Elen hendak ke Kuala Kelang di Gempang.”[13]   Perkara ini jelas menunjukan bagaimana perang saudara dialam melayu sudah mula mengunakan strategik serangan hendap untuk menewaskan musush masing-masing.
PERALATAN DAN TEKNOLOGI PERANG.
            Seterusnya  naskah kenang-kenagan selangor juga turut memberikan fakta sejarah yang kukuh mengenai persenjataan perang didalam alam melayu.  Perang alam melayu pasti memberikan gambaran yang jelas mengenai persenjataan yang digunakan dalam setiap perang. Tidak terkecuali perang saudara di Selangor yang berlaku di wilayah Klang antara Raja Mahdi dengan Raja Abdullah.   Persenjataan tradisional pastinya antara alat senjata yang sering digunakan dalam perang.  Naskah Kenagan-kenagan Selangor turut memuatkan persenjataan perang saudara tersebut,  Antara peralatan perang tradisional yang digunakan dalam perang Klang ialah keris, pedang, perisai, sundan, kapilan dan lain-lain.  Naskah kenangan-kenangan selangor menyatakan seperti berikut.
“ Enche Muhammad Arkib pun menerkam masok ka-dalam barisan orang2 Bugis itu dengan sa-bilah pedang jenawi, satu perisai dan sa-bilah keris”[14]
            Perang alam melayu pada abad ke-19 bukan sahaja mengunakan peralatan tradisional, tetapi peralatan perang yang moden yang diperolehi daripada colonial barat termasuklah Belanda dan British.[15]  Dalam naskah turut memaparkan pengunaan senjata bukan dari alam melayu dan dianggap moden.  Antara  peralatan moden yang digunakan dalam perang Klang termasuklah  meriam, senapang, kapal api roda lambong  dan turkul.  Walaupun begitu, ketika perang Klang pertama pegunaan meriam tidaklah mahir sangat kerana turut dinyatakan dalam naskah bagaimana peluru-peluru meriam tidak tepat kesasaran. Contoh petikan yang disebutkan dalam naskah Kenang-kenagan Selangor adalah seperti berikut.
 “ pada waktu itu, alu dengar bunyi bedil seperti ‘bertih digoreng’ tetapi sangat hairan hatiku, kerana sebutir peluru pun tiada mengenai kedalam kota, melainkan kesemuanya jatuh dikaki kota sahaja, ada sesetengahnya terlepas pula keatas.”
“  Kerana itu mudiklah kapal kecil kenaikan soldadunya hendak menangkap China wangkang itu, lalu ditembak oleh Raja Mahmud dengan meriam dari Bukit Kota Kuala Selangor dari Kubu Tanjung.”[16]

PERANG KLANG DAN PIHAK YANG TELIBAT DALAM SETIAP EPISOD PERANG TERSEBUT.
PERMULAAN PERANG KLANG PADA TAHUN 1866 MASIHI.
            Permulaan perang klang diceritakan dengan jelas dalam naskah kenang-kenangan selangor sebab mushabab perang yang meletus pada tahun 1866 Masih.   Encik Muhammad Akib telah berjumpa dengan Raja Mahdi untuk menyatakan hasrat untuk membantu Raja Mahdi jika mahu mendapatkan Klang semula dari Raja Abdullah.   Dalam kenang-kenangan Selangor diceritakan bagaimana penyataan hasrat tersebut seperti berikut, “ sekiranya Engkau hendak berperang dengan Raja Abdullah, patik serta sekalian anak-anak dagang yang menjadi pengikut-pengikut  patik sedia berkhidmat bagi mengerjakan pekerjaan Engkau dengan sedaya upaya, sekalipun hingga habis nyawa, rehdalah patik sekalian”[17]
Pada peringkat awal perang, Raja Mahdi mengalami masalah apabila keputusan belanja termasuk beras dan ubat bedil.[18]   Dalam naskah kenang-kenanga di cerita banyak sungguh ladang padi di Teluk Pulai, namun tuannya telah meninggalkan dan melarikan diri ke Langat apabila saja meletusnya perang.  Perkara ini menyebabkan sumber makanan terhad kerana tiada menuai lading-ladang tersebut.  Manakala ubat bedil pula bermasalah kerana teleh luput dan tidak boleh lagi digunakan dan digambarkan hansur seperti tepung kerana telah usang yakni era Belanda lagi.[19]  Untuk menyelesaikan masalah ini,  Raja Mahdi telah mengutuskan Wan Muhammad Sa’id[20] untuk ke  Melaka bagi mendapatkan bantuan dari Baba Teck Cheng dan antara bantuan yang diminta termasuklah Wang, Ubat Bedil, Beras, dan alatan perang.  Raja Mahdi menyakinkan Baba Teck Cheng bila berakhirnya perang dan kemenangan memihak kepada Raja Mahdi maka ia akan dibayar berserta bunganya.[21]     Setelah itu, kelengkapan perang Raja Mahdi semangkin baik dan mendapat sokongan daripada orang-orang Mandeleng dari Kuala Lumpur yang diketuai oleh Raja Asal dan Raja Bernang.[22]
 kedatangan Raja Abdullah dari Melaka membawa makanan dan alat perang terutamanya ubat bedil dengan mengunakan Gajah Tunggal sebagai kenderaan.    Setelah Raja Abdullah mendarat di Pangkalan Batu, tentera Raja Mahdi telah membedil dengan meriam dan senapang dan orang-orang Raja Abdullah yang berada diatas kapal turut membalas tembakan.[23]  Walaupun sering berbalas tembakan dari kedua diibaratkan seperti “ berteh di goring” namun tak ada satu peluru pun yang mengenai kota Raja Mahdi. 
Pada peringkat awal perang Klang kedua-dua pihak berperang di tanah lapang dan tidak ramai yang tekorban.  Dalam naskah kenang-kenangan Selangor diceritakan tentang kematian encik Wali dari pihak Raja Mahdi yang merupakan anak Batu Bahara ditembak oleh orang Bugis.[24]  manakala pihak Raja Abdullah turut dikabarkan ada yang terkorban dan cedera.   Setelah itu,  orang-orang Bugis telah melakukan serang balas keatas kota Raja Mahdi dan tembak menembak terus berlaku.   Sewaktu serangan ini, terkorbanya orang harapan Raja Mahdi iaitu encik Muhammad Akib.[25]    Encik Muhammad Akib telah terkena peluru tembakan Wasigalah kerana ketika ini Beliau telah menyerbu masuk kedalam barisan orang bugis dengan hanya bersenjatakan satu perisai dan sebuah keris.  Kematian beliau sangatkan mendukacitakan Raja Mahdi kerana dia adalah orang harapan dalam memerangi Raja Abdullah.   Setelah itu, tempat beliau diganti oleh adiknya bernama encik Nonggok dan pada masa yang sama turut diberikan jawatan dan gelaran baru kepada beberapa orang termasuk encik Jumaat yang digelar Imam Perang, encik salleh sebagai Panglima Kiri dan encik Teba sebagai Panglima Kiri.
Setelah setahun berperang, maka perang Klang pertamapun melabuhkan tirainya apabila pihak Raja Abdullah telah mengakuh kalah dan meninggalkan Klang.  Kekalahan Raja Abdullah dalam perang ini adalah disebabkan kehabisan bekalan dari segi makanan dan alatan perang.  Perkara ini berlaku kerana pihak Raja Mahdi telah melakukan kepungan dan sekatan terhadap Kubu Raja Abdullah.   Maka turunlah Raja Abdullah dan orang-orang bugis dari Kota ke Gudang.  Maka Raja Ismail anak kepada Raja Abdullah telah pergi ke Lukut dan kemudian ke Melaka untuk bertemu ayahnya Raja Abdullah. 
EPISOD SIRI KE-2  PERANG KLANG
Setelah kekalahan Raja Abdullah ketangan Raja Mahdi, beliau tidak kalah begitu sahaja tetapi sebaliknya Beliau telah menyusun kembali ketenteraannya bagi menawan semula wilayah Klang yang kaya dengan bijih timah.   Dalam Naskah Kenang-Kenangan Selangor diceritakan bagaimana serang  balas Raja Ismail  keatas Raja Mahdi di Klang.  Raja Ismail telah mendapatkan bantuan dari Riau dengan menghantar Raja Empih[26] dan telah memdapat bantuan dari orang Retih, Igal, dan Manda.[27]   Diceritakan bagaimana pelayaran mereka dari Riau ke Melaka dan berhenti di Ketapang, kemudian ke Lukut bagi mendapatkan orang-orang lama.  Orang Bugis yang diketuai oleh Jenolok turut menambah kekuatan tentera Raja Abdullah.   Raja Ismail turut mendapatkan bantuan dari saudagar china yang bernama Baba Teck Ee yang merupakan sahabat baik ayahnya Raja Abdullah.[28]
             Perang meletus semula pada tahun 1869 bersamaan dengan 1286 tahun hijrah.  Semasa perang kedua ini, Raja Sulaiman bin Raja Hussin  yang memerintah Sungai Raya telah memihak kepada Raja Ismail.   Semasa perang Klang pertama beliau memihak kepada Raja Mahdi.[29]   Selain Raja Sulaiman, orang-orang Batu Bahara turut berpaling tadah dari pihak Raja Mahdi antaranya adalah Nahkoda Tapa dan encik Abdul Hamid telah belot.   Sewaktu ketibaan pasukan Raja Ismail di Selat Lembajin, maka Raja Mahdi memerintahkan agar semua rakyatnya memasuki Kota.   Tidak lama selepas itu, maka Kubu Raja Mahdi telahpun diserang oleh Raja Sulaiman dan Raja Ismail.  Serangan telah dilakukan pada pukul 4.00 subuh dan telah mengamuk dalam kubu Raja Mahdi.[30]
            Tembak-menambak telah berlaku diwaktu subuh menyebabkan orang-orang dalam Kubu Raja Mahdi telah panik sehinggakan tidak sempat mendapatkan senjata masing-masing.  Ketua kubu Raja Mahdi ketika itu adalah encik Embib dan beliau telah terkena peluru di pahanya, namun dapat menyelematkan dirinya di Kubu sebelah Hulu yang dibina oleh orang Batu Bahara.[31]   Keadaan yang huru-hara dalam Kubu menyebabkan kawan dan musuh tidak dikenali kerana suasana yang masih kelam.  Maka Panglima Perang Mahmud telah menyerang adiknya sendiri yang disangkakannya musuh.   Maka serangan ini, menyebabkan satu Kubu dikuasai oleh Raja Ismail.  Peralatan dalam Kubu tersebut telah dirapas dan digunakan antaranya adalah meriam.   Meriam-meriam telah diarahkan kearah ke seberang Kubu Raja Mahdi yang bernama Seri Lingga.
            Manakala Orang-orang Batu Bahara yang telah belot kepada Raja Mahdi telah mempersilakan Raja Abdullah mudik ke Pangkalan Batu Bahara.[32]      maka telah ternyata belot orang-orang Batu Bahara yang telah bersatu dengan musuh.  Peperangan terus berlaku antara Raja Ismail dengan Raja Mahdi.  Namun setelah dua bulan lamanya perang tersebut belum berkesudahan kerana tiada pihak lagi yang mengaku kalah.  Disaat situasi perang ini berlaku, telah datang Yang Teramat Mulia Tengku Dhia’uddin dari Kedah.  Kedatangan beliau bersama dengan nakhoda Nasrani yang bernama Kepten Belong dengan menaiki kapal Rembau.   Beliau terkanal dengan nama panggilan sebagai Tengku Kudin datang dengan rakyatnya yang  seramai 500 orang.
KEDATANGAN TENGKU KUDIN.
            Kedatangan Tengku Kudin adalah untuk mendamaikan dan menamatkan perang yang berlaku.  Tengku Kudin telah menulis surat kepada Raja Mahdi kehendaknya agar berdamai dengan Raja Ismail seperti mana dalam surat yang diutus kepada Raja Mahdi melalui Keptan Belong.[33]   Namun Raja Mahdi telah menolak pelawaan Tengku Kudin untuk berdamai sahaja dengan tidak membalas surat Tengku Kudin dan sebaliknya menyuruh Keptan Belong kabarkan kepada Tengku Kudin yang beliau tidak mahu berdamai dengan Raja Ismail.  Setelah pesanan tersebut disampaikan kepada Tengku Kudin, maka beliau telah berjumpa dengan Raja Sulaiman dan Raja Ismail di Sungai Pinang.[34] 
            Setelah itu,  Tengku Kudin telah bergabung dengan Raja Ismail dan Raja Sulaiman untuk memerangi Raja Mahdi.  Tidak lama selepas itu, maka Kota dan Gudang Raja Mahdi telah dikepung yang menyebabkan tersekat barang- barang makanan.[35]   Walau bagaimanapun,  Raja Mahdi dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan memperkenalkan “Kota berjalan”.   Beras akan dibawa masuk dari Kuala Lumpur dengan mengunakan sekunar Seri Lingga.   Namun sekatan telah dijalankan menyebabkan  penyeludupan pada waktu malam dilakukan untuk membawa masuk barang  ke dalam Kota.   Pekara ini menyebabkan kenaikan harga barangan semangkin melambung tinggi seperti mana dalam Naskah Kenang-kenagan Selangor dikatakan seekor ikan senohong mencecah dua ringgit, secupak beras berharga seringgit, sireh seikat berharga tiga puluh sen, dan lain-lain.[36]   Raja Mahdi terus mengarahkan operasi Kota bergerak dan rakit kepada Panglimanya untuk menyerang musuh di Sungai Pinang. 
            Sewaktu Kota bergerak beroperasi pada waktu malam ia telah tersekat di Sungai Pinang kerana rantai besi yang dipasang.  Maka musuh telah membedil dan Panglima Perang Malim terus membalas bedilan tersebut.  Walaupun Kota bergerak Berjaya melepasi halangan dengan memutuskan rantai besi tersebut, namun Panglima Perang Malim telah terkana peluru senapang.[37]   Setelah itu, pihak musuh Raja Mahdi telah mengunakan pelampung dan rantai besi yang lebih kasar bagi menyekat Kota bergerak.  Setibanya Kota bergerak di Kuala Sungai Tanjung Putus ia tidak dapat melepasi halangan tersebut menyebabkan ia kembali ke Hilir dan keadaan air surut menyebabkan tersekatlah Kota berjalan tersebut.
            Setelah itu, Panglima-panglima Kota berjalan telah berbincang dengan Panglima-panglima Mandeleng, lalu meninggalkan Kota berjala tersebut dan baik ke Kota.  Hal ini, memaksa Raja Mahdi untuk keluar dari Kota untuk mendapatkan bantuan.  Beliau telah ke kuala Selangor melalui jalan darat.  Setelah itu, Raja Mahdi ke Kuala Lumpur dan setelah balik dari sana mereka telah bertembung dengan musuh di Bukit Raja, maka berlakulah pertempuran antara kedua pihak.  Raja Mahdi terpaksa mengundur diri ke Sungai Buluh dan bertemu dengan Syed Mashor dan Raja Mahmud Tengku Panglima Raja.
            Situasi perang semangkin dikuasai oleh Raja Ismail apabila banyak Kota Raja Mahdi jatuh ketangannya.  Manakala kehidupan dalam Kota semangkin susah dan bahaya.  Kota Raja Mahdi yang terletak di di antara Bukit Jawa ada sebuah Kubu musuh yang dijaga oleh orang Inggeris yang bernama Tuan Fontein dan sering melakukan tembakan meriam ke Kubu Raja Mahdi.[38]   Bukan itu sahaja, Kota musuh di Bukit Raja dan Bukit Elen terus menerus melakukan tembakan keatas gudang Raja Mahdi.  Orang-orang yang terdapat dalam Kota Musuh tersebut adalah orang Pahang yang bernama Imam Perang Muhammad Akil.
            Imam Perang Muhammad Akil dulunya adalah memihak kepada Raja Mahdi semasa perang Klang yang pertama, namun perang kali kedua ini beliau telah memihak kepada Raja Ismail.   Setelah orang-orang Raja Mahdi tidak lagi mampu bertahan dengan serangan dan sekatan makanan maka Panglima-panglima telah berbincang hendak menyerah kalah kepada musuh.[39]   Setelah persetujuan tersebut maka Panglima Perang Kenap telah bertemu pihak Raja Ismail dan Tengku Kudin untuk mengaku kalah.  Manakala ketua-ketua Panglima Perang musuh turut memberi jaminan dan memberi persetujuan tidak akan membunuh orang-orang dalam Kota tersebut.  Lalu Raja Ismail dan Tengku Kudin bersetuju dengan perminataan tersebut.
            Maka musuh-musuh Raja Mahdi telah masuk ke Kota dan Gudang dan semua orang-orang dalam Kota tersebut keluarlah.  Sewaktu perang kepenghujungnya Raja Sulaiman telah terkorban.  Sewaktu beliau keluar dari Bukit Elen ke Kuala Klang dalam pertengahan perjalanan di Bukit Kuda beliau telah diserang yang memyebabkan Raja Sulaiman terkorban kerana terkena peluru tembakan.   Serangan tersebut diketuai oleh Jaluan dan tujuh orang pengikutnya yang melepaskan tembakan dari Bukit Kuda.     
            Maka setelah perang selesai maka Kuala Klang amanlah tampa persengketaan lagi.  Dalam Kenang-kenangan Selangor digambarkan lebih kurang Sembilan bulan selepas penyerahan Klang kepada Raja Ismail maka amanlah semula putih seperti sedia kala.[40]    Bagi orang-orang Mendeleng dan ketua mereka termasuk Raja Asal telh berundur dari Kuala Lumpur ke Perak dan sebahagian juga kekal di Kuala Lumpur yang berpusat di Bukit Nanas.     Manakala Raja Mahdi pula, telah berundur ke Kuala Selangor dan bergambung dengan Raja Mahmud dan Syed Mashor.[41]
EPISOD SIRI KE-3 BERLAKU DI KUALA LUMPUR DAN KUALA SELANGOR.
            Setelah peperangan di Klang telah berakhir, namun meletus kembali perang di Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.   Perang tersebut meletus disebabkan oleh perompak China memasuki Kuala Selangor yang telah melarikan diri dari Kuala Larut dengan menaiki Wangkang.[42]    Kapal perang Inggeris yang mencari lanun tersebut telah melihat Wangkang perompak tersebut di Kuala Selangor lalu mengarahkan tenteranya untuk berlabuh bagi manangkap perompak tersebut.  Namun Raja Mahmud dan Syed Mashor telah menembak meriam dari Bukit Kota, Kuala Selangor dan dari Kubu Tanjong kearah tentera Inggeris.   Maka Tentera Inggeris pun terpaksa balik ke kapal perang mereka.[43]
            Sehari selepas kejadian tersebut iaitu pada pukul 9.00 pagi kapal perang Inggeris masuk semula untuk berlabuh di Batu Buruk.   Walaupun ditembak dari Kota dan Kubu Tanjong kapal perang tersebut tetap tidak menghiraukan tembakan tersebut dan sebaliknya kapal perang Inggeris telah membalas tembakan dari kapal berkenaan.[44]  Maka orang-orang dalam Kota telah lari bertempiaran yang menyebabkan Raja Mahdi, Raja Mahmud dan Syed Mashhor berundur ke Hulu.   Raja Mahdi kemudian ke Tanjong Karang, selepas itu ke Sungai Buloh dan singgah ke Bilah sebelum ke Johor.  Namun kapal perang Inggeris telah meninggalkan Kuala Selangor dan balik semula ke Pulau Pinang dan gagal menangkap perompak china berkenaan.
            Selepas itu, maka terjadilah perang apabila pada satu malam Raja Isa bin Raja Haji telah masuk ke dalam Kota dan mengamuk yang menyebabkan ramai yang terkorban termasuk Sarjan Orang Putih yang beragama islam.[45]   Manakala Tengku Kudin yang telah mengarahkan Sheikh Muhammad menunggu di Kota dan Kubu Tanjung yang terletak di Kuala Selangor berundur dengan menaiki sampan ke Klang.   Pada 1289 hijrah bersamaan dengan 1872 M meletusnya perang di Kuala Lumpur dan perang ini melibatkan orang china.  Bagi pihak Tengku Kudin ia dibantu oleh Dato’ Dagang dan kepala kapitan Yap Ah Loy.  Manakala pihak Syed Mashhor pula dibantu oleh orang china dari puak Kek yang diketuai oleh Ah Chong.[46]   
            Peperangan tersebut menyebabkan huru- hara kerana ia tidak melibatkan satu kawasan untuk peperangan tetapi merebak ke kawasan lain sebagai contoh semasa perang meletus di Kanching ia turut merebak meluas sehingga ke Kuala Kali.   Tengku Kudin telah mengarahkan Panglima-panglima untuk menyerang Kuala Selangor yang diketuai oleh Imam Perang Muhammad Akil dan Panglima Garang yang turut dibantu oleh beberapa orang terkenal seperti encik Embok, encik Wan Da dan encik Wan Dollah.[47]  
            Sewaktu serangan ini, Tengku Kudin turut mendapatkan bantuan dari negeri Pahang kerana kehebatan pihak Syed Mashor dan Raja Mahdi.   Setelah bermuafakat antara Raja Ismail dengan Tengku Kudin maka mereka bersetuju meminta bantuan dari  Wan Ahmad, Dato’ Bandahara Raja Pahang.  Setelah itu, maka Tengku Kudin telah mengutus surat dan Tuan Syed Zain dan Raja Abdul Rahman membawa surat tersebut ke Pahang.[48]    Dengan bantuan dari Pahang, Tengku Kudin berharap dapat menewaskan Raja Mahdi. 
            Setelah sebulan kemudian maka angkatan bantuan dari Pahang telah sampai dengan kekuatan angota seramai 500 orang dengan menaiki 50 buah perahu dan angkatan dari darat pula tidak dapat dianggarkan dan keseluruhan jumlah tentera datang dari Pahang adalah seramai 3000 ribu orang.   Perkara ini membawa kepada kekalahan  Syed Mashor dan Raja Mahdi dalam peperangan yang mengambil masa kira-kira dua bulan lamanya.   Kekalahan tersebut menyebabkan Kota Kuala Selangor ditawan oleh Tengku Kudin.[49]
KESUDAHAN PERANG KLANG.
            Setelah tamat perang saudara telah dinyatakan dalam Naskah Kenang-kenangan Selangor mengenai kesudahan perang Klang.   Setelah tiga episode perang yang berlaku yang bermula pada tahun 1866 sehinggalah tahun 1877.   Raja Mahdi dan Syed Mashor telah pergi ke Langat untuk menghadap kepada Sultan Abdul Samad dan berjumpa Tengku Kudin.  Orang-orang yang terlibat dalam perang tersebut seperti orang Pahang dan orang kedah kembali ke negeri masing-masing.   Jumlah nyawa yang terkorban turut dimuatkan sekali dalam naskah tersebut dinyatkan seramai 300 orang melayu dan china yang terkorban dan ramai lagi yang cedera.   Ramai tentera mati bukan hanya disebabkan oleh peperangan tetapi juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit mata dan penyakit perut.
KESIMPULAN.
            Kesimpulanya,   naskah Kenang-kenagan Selangor jelas memberikan fakta-fakta sejarah dalam perkembangan perang Klang yang berlaku pada tahun 1866 sehinggalah tahun 1873.  Perang saudara ini sangat penting dalam perkembangan sejarah negeri selangor pada abad ke-19.  Kerana ia banyak memuatkan peristiwa-peristiwa bersejarah ketika meletusnya perang saudara di Klang.    Peperangan yang berlaku ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya yang paling utama adalah perebutan wilayah klang sendiri yang mempunyai kekayaan bijih timah.     Perkembangan disetiap peperangan ini telah ditulis oleh Wan Muhammad Amin dalam naskah Kenang-kenagan Selangor.  oleh itu, sangatlah penting untuk merujuk tulisan beliau dalam penulisan sejarah selangor mengenai perang saudara yang telah berlaku di wilayah Klang dan wilayah-wilayah sekitarnya termasuklah kuala lumpur dan kuala selangor.  Hal ini kerana naskah tersebut bukan sahaja bersifat moden yang membolehkan sejarawan mengenal pasti tarikh dan pihak terlibat dalam setiap episod perang dengan mudah.  Bahkan penulis naskah sendiri mengalami situasi perang tersebut menyebabkan semua fakta yang terdapat dalam kenang-kenangan selangor tidak diragui sebagai fakta dan bukit sejarah perang Klang.









BIBLIOGRAFI.

1.      Dr Mardiana Nordin, Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan ke-19: kajian berdasarkan naskhah Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan. Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010

2.      Mohd. Amin Hassan, Perang Klang Dan Kesannya Dalam Sejarah Negeri Selagor. Selangor sejarah dan proses pembangunannya, Editor Adnan Hj. Nawang dan Mohd. Fadzil Othman. Jabatan sejarah Universiti Malaya dan Muzium Sultan Alam Shah Selangor D.E. 1992

3.      Wan Muhammas Amin bin Wan Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor. suntingan Abdul Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala lumpur 1966.

4.      J. M. Gullick, A History Of Selangor ( 1766- 1939 ).  The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur 1998.

5.      Mohd Amin Hassan, Perang Klang dan Kesanya Dalam Sejarah Selangor.   Kolokium Sejarah Negeri Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya kuala lumpur, 1992.

6.      Dr Aruna Gopinath, Peranan Pahang Dalam Perang Saudara Selangor ( 1871- 1873 ).  Kolokium Sejarah Negeri Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya kuala lumpur, 1992.


7.      Khoo Kay Kim, Biographical Sketches Of Certain Straits Chinese Involved In the Klang War ( 1867- 1874).  Peninjau Sejarah, Vol II No 2. Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala lumpur, 1967.














LAMPIRAN.

                               Salasilah kekeluargaan Wan Muhammad Amin

Wan Su(Dato’ Temengung       Tuan Imam Abdul Haj             Hassan( Dato’ Kaya Klang)
Orang besar negeri kedah)
 

Wan Muhammad Hadi       +         Mahirin                                    Encik Bahir             
 

Wan Husin                         wan Mohammad Said             +              Gulliah
 

               Wan Soloh/Sulung             Wan Muhammad Amin                Ambiah       + = kahwin
Sumber: Dr Mardiana Nordin, Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan ke-19: kajian berdasarkan naskhah Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan. Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010.



[1] Wan Muhammad Amin berlatarkan seorang yang berpendidikan kerana beliau pernah mejadi juru tulis surat-surat melayu bagi nilai-nilai timbangan timah perolehan saudagar-saudagar melayu dan china di pelabuhan Pengkalan Batu, klang ketika masih kecil dan  Seterusnya beliau mewarisi jawatan dari ayahnya sebagai Dato’ Amar Diraja negeri selangor menyebabkan beliau mendapatkan banyak fakta tentang keadaan dan situasi negeri selangor ketika itu.  motif beliau menulis naskah kenagan- kenangan selangor adalah seperti berikut,
1.       Bagi mengisahkan tentang diri beliau dan kerabat keluarga beliau
2.       Memperihalkan mengenai peristiwa perang klang(1866-1873M)
3.       Bagi mengisahkan tentang adat istiadat dan protocol di dalam istana negeri selangor.
Dr Mardiana Nordin, Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan ke-19: kajian berdasarkan naskhah Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan. Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Hlm  63- 65.
[2] Wan Muhammas Amin bin Wan Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor.  Dewan Bahasa dan Pustaka, kementerian Pelajaran Malaysia, kuala Lumpur 1966. Hlm  2 .
[3] Dr Mardiana Nordin. Ibid. Hlm  68.
[4] Mohd. Amin Hassan, Perang Klang Dan Kesannya Dalam Sejarah Negeri Selagor. Selangor sejarah dan proses pembangunannya, Editor Adnan Hj. Nawang dan Mohd. Fadzil Othman. Jabatan sejarah Universiti Malaya dan Muzium Sultan Alam Shah Selangor D.E. 1992. Hlm 134.
[5] Wan Muhammas Amin bin Wan Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor . Hlm  6
[6] Ibid. hlm 7
[7] Ibid.
[8] Ibid. hlm 7.
[9] Ibid. hlm 10.
[10] Ibid. hlm 32.
[11] Ibid. hlm 16.
[12] Mardiana Nordin,  Perang Melaya pada Abad ke-18 dan ke0-19 : kajian berdasarkan Naskah Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan. Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Kuala Lumpur, 2010. Hlm 245.
[13] Ibid. 36.
[14] Ibid. hlm 16
[15] Kedatangan pihak penjajah yang bermula pada abad ke 16 masihi lagi menyebabkan perkembangan senjata baru yang dibawa dari barat kealam melayu.  Kemunculan portugis di Melaka pada 1511 menyebabkan peperangan alam melayu mula berubah corak dari sudut peralatan perang.   Kerajaan-kerajaan melayu yang mula menentang penjajah mula mengunakan alatan perang yang moden terutamanya meriam.  Senjata ini menjadi satu alat penting apabila sahaja berlakunya perang.  Kerana alatan tersebut mempunyai peranan yang penting.  Bermula dengan penentangan warisan kerajaan Melaka iaitu Johor menentang Potugis, diikuti penentangan keatas Belanda dan British, maka senjata dari barat amnya meriam dan ubat bedil adalah satu daripada peralatan perang yang mesti ada dalam setiap perang alam  melayu mula berubah corak.  Perkara ini menunjukan satu perubahan peralatan senjata peperangan dialam melayu selepas kedatangan penjajah.   Dalam Naskah Kenang-kenangan Selangor turut dinyatkan pengunaan senjata dari  tinggalan pihak Belanda.
[16] Ibid. hlm 38.
[17] Ibid.
[18] Wan Muhammas Amin bin Wan Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor . Hlm  8
[19] Ibid. 10
[20] Wan Muhammad Sa’id adalah ayah kepada pengarang naskah kenang-kenangan Selangor sendiri. semasa pelayaran beliau ke Melaka bagi mendapatkan bantuan dari Baba Teck Chang ia ditemani oleh Haji Abdullah Kapiting.
[21] Ibid.
[22]Wan Muhammas Amin bin Wan Muhammad Sa’id, Pesaka Selangor . Hlm  10.
[23] Ibid. hlm 11.
[24] Ibid. hlm 15.
[25] Ibid. hlm 16.
[26] Raja Empih adalah saudara kepada Raja Ismail.
[27] Ibid. hlm 19
[28] Khoo Kay Kim, Biographical Sketches Of Certain Straits Chinese Involved In the Klang War ( 1867- 1874).  Peninjau Sejarah, Vol II No 2. Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala lumpur, 1967. Hlm 47.
[29] Wan Muhammad  Amin, Pesaka Selangor. hlm 20.
[30] Ibid. hlm 23.
[31] Ibid. hlm 23.
[32] J. M. Gullick, A History Of Selangor ( 1766- 1939 ).  The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur 1998. Hlm 54.
[33] Wan Muhammad Amin, Pesaka Selangor. hlm 30.
[34] Ibid.32
[35] Ibid.
[36] Ibid.
[37] Ibid. hlm 33
[38] Ibid.34
[39] Ibd. Hlm 35.
[40] Ibid, hlm 36
[41] Ibid. hlm 37
[42] Ibid. hlm 38.
[43] Ibid.
[44] Ibid. 39.
[45] Ibid.
[46] J. M. Gullick, A History Of Selangor ( 1766- 1939 ).  The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur 1998. Hlm 55.
[47] Ibid.
[48] Dr Aruna Gopinath, Peranan Pahang Dalam Perang Saudara Selangor ( 1871- 1873 ).  Kolokium Sejarah Negeri Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya kuala lumpur, 1992. Hlm  152.
[49] Ibid. hlm 153.